You are on page 1of 10

LATAR

BELAKANG
ORGANISASI

9
1.2 : PENGENALAN JKR KUARI

JKR Kuari telah ditubuhkan pada tahun 1945 dan kini telah berusia 62
tahun.Jkr Kuari mempunyai keluasan tapak seluas 94 ekar dan terletak 30 KM dari
Bandar Kota Bharu dan 12 KM dari Bandar Machang.Semua operasi Kuari
dijalankan oleh kakitangan JKR Kuari sehingga November 2007,jumlah kakitangan
di Kuari ini ialah seramai 113 orang.Kakitangan- kakitangan di sini terbahagi kepada
dua iaitu kakitangan Kerajaan Negeri seramai 96 % manakala kakitangan Kerjaan
Persekutuan seramai 4 %.

Produk utama JKR Kuari ialah menghasilkan batu kuari seperti batu blok,
Crusher Run (batu pecahan ) dan Premix (batu goreng ). Produk-produk ini adalah
untuk membuat jalan raya, bangunan , benteng laut /sungai, lankskap taman dan
lain lain produk yang berasaskan batu.

Peranan utama JKR Kuari adalah untuk memenuhi kehendak dan keperluan
dalam penyediaan hasil batu kuari dan premix bagi pembinaan jalan,insfrastruktur
dan bangunan yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat. Perancangan
dan data-data penyelengaraan jalan diperoleh oleh Jurutera Jajahan (JJ) yang
diperbaharui setiap tahun mengikut keperluan jajahan masing masing. Proses kerja
di JKR Kuari melibatkan proses penggerudian dan letupan, memproses batu granit
dan membentang premix.

Mengikut statistik Peruntukan KAPJN , pada tahun 2006 sebanyak RM 32 juta


diperuntukkan kepada ibu pejabat JKR Kelantan. Manakala peruntukan KAPJN
kpada JKR Kuari sebanyak RM 9.35 juta. Perbelanjaan daripada peruntukan KAPJN
adalah sebanyak RM 9.17 juta. Manakala daripada RM 30 juta peruntukan kepada
ibu pejabat pada 2007, RM 9.2 juta telah diperuntukkan kepada JKR Kuari. Daripada
jumlah tersebut , RM 9.1 juta telah dibelanjakan sehingga November 2007.
Peruntukan kerajaan persekutuan pula hanya untuk penyelengggaraan loji dan

10
kenderaan berat (MHPV) disalurkan melalui cawangan Kejuruteraan Mekanikal
Negeri Kelantan kepada JKR Kelantan untuk membaiki kenderaan berat dan loji
bergerak milik kerajaan persekutuan seperti lori, road paver, roller dan lain-lain.
Jumlah peruntukan untuk tahun 2005 adalah sebanyak RM 1.37 juta, tahun 2006
sebanyak RM 1.3 juta. Manakala RM 1.125 juta bagi 2007.

Semua hasil jualan dari produk kuari ini akan disalur blik sepenuhnya (100 %)
kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Pendapatan hasil jualan kuari pada tahun 2006
ialah sebanyak RM 7,161,664.31 berbanding tahun 2005 iaitu sebanyak RM
4,145,161.42 sahaja. Manakala hasil jualan sehingga November 2007 ialah sebanyak
RM 7,260,008.84.

Jumlah jualan tahun 2005 bagi premix ialah sebanyak RM 3,136,000.00,


RM 990,000.00 bagi crusher run dan RM 19,000.00 bagi batu blok dan lain lain.
Angka ini bertambah bagi tahun 2006 iaitu RM 5,062,000.00 bagi jualan premix ,
RM 1,874,000.00 bagi jualan Crusher Run dan RM 226,000.00 bagi batu blok dan
lain-lain produk.Manakala bagi tahun sehingga November 2007, jualan untuk premix
ialah sebanyak RM 5,466,000.00, RM 391,000.00 bagi crusher run dan RM
177,000.00 bagi produk batu blok dan lainlain. Nilai stok alat ganti bahan mentah
bagi tahun 2005 ialah sebanyak RM 790,595.18, RM 2,178,264.05 bagi tahun 2006
dan RM 2,021,363.03 sehingga November 2007.

Mengikut rekod ringkasan untung rugi,tahun 2006, JKR Kuari untung sebanyak
RM 166,166.30. Manakala sehingga November 2007 JKR Kuari untung sebanyak
RM 131,058.62. Pada tahun 2005,pelanggan JKR Kuari tergolong kepada kerajaan
dan swasta. Kerajaan sebanyak 75% dan swasta sebanyak 25%. Pada tahun 2006,
kerajaan sebanyak 70% dan 30%. Anggaran nilai stok produk pada 2006 ialah
berjumlah sebanyak RM 956,900.00 yang berakhir pada 1.12.2006.

11
1.2.1 PROFIL SYARIKAT

Rajah 1.1 : JKR Kuari Pusat Bukit Buloh

Alamat : JKR Kuari Pusat Bukit Buloh,


16600 Pulai Chondong,
Machang,Kelantan.

Tel : 09 7878227
Fax : 09 7878440
Facebook : https://www.facebook.com/pages/JKR-Kuari-Pusat-Bukit-Buloh
Laman Sesawang : http://jkrkuari.gov.my
E-mel : qpbb@jkrkuari.gov.my

12
1.2.2 KAKITANGAN JKR KUARI

- Terdapat lebih kurang 92 kakitangan JKR yang ditempatkan di JKR Kuari Pusat
Bukit Buloh.

Kakitangan JKR Kuari

1.2.3 FUNGSI JKR

JKR Betanggungjawab terhadap:

i. Perancangan, reka bentuk dan pembinaan projek infrastruktur seperti


jalan,
ii. bangunan kerajaan, lapangan terbang, pelabuhan, jeti, dan produk
kejuruteraan yang berkaitan.
iii. Penyelenggaraan jalan dan bangunan kerajaan yang tertentu.

iv. Khidmat nasihat teknikal kepada Kerajaan di peringkat persekutuan ,


negeri dan daerah.

13
1.2.4 OBJEKTIF JKR

Untuk menyediakan infrastruktur dari kemudahan awam khususnya jalan, bekalan


air,
bangunan, lapangan terbang, pelabuhan dan pengkalan bagi memenuhi keperluan
pembangunan negara dengan sentiasa memberi penekanan kepada:

J Jangka masa secepat yang mungkin


K Kos yang ekonomik
R Rupa bentuk dan mutu yang terbaik

1.2.5 DASAR KUALITI JKR

JKR komited bagi menghasilkan produk berkualiti yang memenuhi kepuasan


pelanggannya, berasaskan amalan profasionalismeyang terbaik.
JKR akan memastikan penambahbaikan yang berterusan dilaksanakan ke atas Sistem
Pengurusan Kualiti.

1.2.6 OBJEKTIF DASAR KUALITI JKR

Kualiti menyediakan infrastruktur jalan raya, bangunan, dan perkhidmatan


kejuruteraan bagi memenuhi Dasar Pembangunan Negara dan Kerajaan Negeri yang
menumpukan kepada:
i. Menyerahkan 100% projek mengikut jadual yang dipersetujui dalam Q-Plan
dengan Varian 10%.
ii. Menyiapkan 100% projek mengikut kos yang diluluskan dengan Varian 10%.
iii. Membelanjakan 100% peruntukan tahunan dengan Varian 5%
iv. Ke arah produk berkualiti yang menjurus kepada aduan sifar daripada
pelanggan dengan memastikan kurang daripada 10 jenis aduan bagi setiap
projek yang berkait dengan ciri-ciri yang berikut:

14
a) Keselamatan Penggunaan
b) Kemudahan Senggaraan.
c) Mutu Ketukangan (Workmanship).

NOTA:

* Jenis aduan bermaksud suatu suatu bentuk kerosakan / kecacatan / kegagalan


mana-mana komponen dalam produk tanpa mengira bilangan lokasi atau kekerapan
yang berlaku semasa rempoh tanggungan kecacatan bagi sesuatu projek.

1.2.7 MISI JKR

i. Kami adalah Jabatan Teknikal yang terunggul dalam Pembangunan


Infrastruktur Negara.
ii. Kami meyediakan pelbagai bidang kepakaran bagi memastikan
amalan terbaik perundingan teknikal, pengurusan projek, dan
pengurusan penyelenggaraan aset / kemudahan.
iii. Kami berusaha untuk menyediakan kualiti kehidupan yang lebih baik
kepada semua kakitangan.
iv. Kami menghargai serta mengamalkan keutuhan dan ketelusan.
v. Kami komited untuk berusaha kearah pembangunan lestari demi
manfaat generasi hari ini dan akan datang.

1.2.8 VISI JKR

Kami akan menjadi pusat kecemerlangan pembangunan infrastruktur dengan


menggunakan kreativiti dan inovasi modal insan serta teknologi terkini.

15
1.2.9 PENGURUSAN KUARI

STRUKTUR ORGANISASI

Struktur Organisasi

16
1.2.10 PENGURUSAN PENTADBIRAN JKR KUARI

BIL NAMA JAWATAN

1 MOHD ZUHAIRI AB. RAHMAN PENGURUS KUARI


2 MOHD EZANEE ABD. HALIM PEMBANTU TEKNIK I
3 MOHD ZUHAIRIL MAT ZUBIR PEMBANTU TEKNIK II
4 SUPIAN MUHAMMAD PENOLONG AKAUNTAN
PEN.PEG.TEKNOLOGI
5 TG. IZURIATI TG. YACOB
MAKLUMAT
JURUTEKNIK MEKANIKAL
6 ZULKIFLI ABDULLAH
KANAN
PEM.TADBIR KANAN
7 MOHD SUKRI SALLEH
(KEWANGAN)
MOHD TARMIZI
8 JURUTEKNIK MEKANIKAL II
KALIKUZAMAN
9 MOHDNAZRIM ABDULLAH JURUTEKNIK MEKANIKAL III
MOHD MAULUK FAIZAL CHE
10 JURUTEKNIK MEKANIKAL IV
ALI
11 MOHD SUKRI SHAMSUDIN JURUTEKNIK AWAM I
12 NORFAIZAL MOHAMAD JURUTEKNIK AWAM II
13 ZUL FAIZAL ISMAIL JURUTEKNIK ELEKTRIK
14 NORHAYATI IBRAHIM PEM.TADBIR PERKHIDMATAN
15 MOHD ZULKIFLI SUHAIMI PEM.TADBIR KEWANGAN
TUAN AZLINA TUAN AB
16 PEM.TADBIR KEWANGAN
MUTALIB
17 HASLINDA AB WAHAB PEMBANTU TADBIR

18 MEK JAH LOMAN PRA

17
1.2.11 LOGO SYARIKAT

18

You might also like