You are on page 1of 5

Perang Korea

1905 – Jepun mengisytiharkan pendudukan, kawalan dan perlindungannya ke atas


Korea.

1910 – Jepun menguasai Korea sepenuhnya sebagai koloni. Aliran pelaburan pelabur-
pelabur daripada Jepun mula memasuki Korea yang menjadikan Korea sebagai sumber
kekayaan industri dan agrikultur baru untuk Jepun. Jepun membahagikan kedua-dua
kawasan ini kepada wilayah utara dan selatan di mana wilayah utara akan dijadikan
kawasan perindustrian manakala wilayah selatan akan dijadikan kawasan agrikultur.

Julai 1945 – Dengan persetujuan bersama dalam persidangan Potsdam setelah


berakhirnya Perang Dunia Kedua, AS dan Soviet – sekutu dalam Perang Dunia Kedua –
merancang untuk menduduki Korea berikutan daripada kekalahan Jepun dalam perang
tersebut. Soviet akan menguasai wilayah utara manakala AS akan menduduki wilayah
selatan dengan menjadikan titik darjah selari ke-38 sebagai pemisah antara kedua-dua
wilayah/zon pendudukan.

10 Ogos 1945 – Pada hari-hari terakhir Perang Dunia Kedua, tentera Rusia mula
memasuki wilayah Korea Utara manakala wilayah Korea Selatan masih belum menerima
kehadiran tentera AS.

15 Ogos 1945 – Jepun menyerah kepada kuasa Bersekutu yang menandakan


berakhirnya Perang Dunia Kedua.

26 Ogos 1945 – Tentera Soviet melengkapkan pendudukan mereka di Korea Utara


sementara menunggu ketibaan tentera AS di Korea Selatan.

9 Sep 1945 – Tentera AS tiba di Seoul di mana mereka menerima pengunduran tentera
Jepun di wilayah selatan Korea.

12 Mac 1947 – Presiden Harry Truman dalam satu ucapan beliau berikrar untuk
memberi bantuan kepada mana-mana negara yang diancam oleh perluasan ideologi
mahupun perluasan kuasa komunis yang mana menandakan dasar menghalang
pengaruh komunis di seluruh dunia sebagai kepentingan negara utama AS dari sudut
keselamatan.

Sep 1947 – Tentera AS bersedia untuk berundur daripada Korea Selatan dengan
meletakkan harapan agar negara demokrasi Korea dapat diwujudkan di bawah
kepimpinan Dr. Syngman Rhee yang merupakan seorang pro-konservatif Amerika.

Mei 1948 – Pelantikan Syngman Rhee sebagai Presiden pertama Korea Selatan selepas
memenangi pilihan raya pertama di wilayah tersebut yang kemudiannya diikuti dengan
1
pengisytiharan rejim Korea pada Ogos 1948 dengan menafikan legitimasi Korea Utara
dan mendakwa kedaulatannya ke atas keseluruhan semenanjung Korea (Korea Utara dan
Selatan). Kim Il-Sung yang mengetuai pentadbiran Korea Utara turut menyatakan
tuntutan yang sama semasa pengisytiharan penubuhan Korea Utara pada Sep 1948.

12 Jan 1950 – Dalam sebuah ucapan, Dean Acheson yang merupakan Setiausaha
Negara AS berikrar bahawa AS akan mempertahankan kesemua wilayah yang berada
dalam lingkungan “perimeter pertahanannya” termasuklah Jepun dan Filpina tetapi tidak
menyebut berkenaan perlindungan sama ke atas Korea Selatan. Joseph Stalin yang
merupakan ketua Soviet mentafsir ucapan ini sebagai “lampu hijau” kepada Kim Il-Sung
untuk “membebaskan” Korea Selatan dengan risiko campurtangan AS.

Mac 1950 – Kim Il-Sung membuat lawatan ke Moscow untuk meminta kebenaran
daripada Stalin untuk menceroboh wilayah Korea Selatan dan inilah yang memulakan
Perang Korea. Stalin memberikan persetujuannya kerana percaya bahawa AS tidak
mempunyai kepentingan yang besar terhadap Korea Selatan dan Korea Selatan juga
dianggap kurang penting terhadap dasar Amerika.

25 Jun 1950 – Semasa tentera-tentera Korea Utara Kim Il-Sung – dilengkapi dengan
keperluan senjata dan kapal perang Soviet – maju dan mengepung Korea Selatan,
Amerika Syarikat (AS) menghantar bantuan untuk membantu Korea Selatan memerangi
dan menghantar pulang tentera-tentera Korea Utara ke wilayah mereka.

- Jeneral Douglas MacArthur yang memantau keadaan wilayah-wilayah ini selepas


pendudukan Jepun pasca-Perang Dunia Pertama, mengetuai tentera-tentera AS yang
mana pada waktu itu mula menahan rakyat Korea Utara di Pusan iaitu kawasan paling
selatan di Korea Selatan.

- Meskipun pada ketika itu Korea Selatan tidaklah, secara strategiknya, penting kepada
AS namun, dalam persekitaran politik Perang Dingin ketika itu memaksa pembuat dasar
AS untuk melaksanakan dasar melindungi Korea Selatan atas dasar 1) bimbang Korea
Selatan akan dikuasai oleh Korea Utara dan Soviet sehinggakan akan diubah menjadi
sebuah negara komunis atau dalam erti kata lain, AS cuba menyekat perluasan pengaruh
komunis ke atas Korea Selatan dan 2) tidak mahu dilihat lemah oleh negara-negara
komunis.

- Dengan tentera AS, PBB dan Korea Selatan tersekat di Pusan – kawasan yang belum
dikuasai tentera Korea Utara pada ketika itu – MacArthur melancarkan sebuah serangan
ke atas Inchon, salah satu pelabuhan di kawasan pantai barat Korea. Melalui serangan
ini, MacArthur berjaya mematahkan serangan tentera Korea Utara dan berjaya menakluk
Seoul semula yang menjadi ibu negara Korea Selatan.

2
- Setelah berjaya mengambil semula Seoul daripada tentera lawan, MacArthur
seharusnya mempertahankan kawasan tersebut dan tidak lagi melakukan sebarang
tindakan. Namun begitu, MacArthur mengambil keputusan untuk menyeberangi garisan
darjah selari ke-38 untuk memaksa tentera Korea Utara berundur ke bahagian paling
utara Korea. Tindakan ini mendapat tentangan daripada Presiden Harry Truman sehingga
membuatkan Jeneral MacArthur dipecat kerana tindakan menyeberangi ini sememangnya
tidak mendapat persetujuan dan keizinan daripada Truman. Namun, MacArthur bimbang
bahawa sekiranya garisan itu tidak diseberangi, tentera-tentera Korea Utara akan
melakukan serangan balas semula ke atas tentera bersekutu AS, PBB dan Korea Selatan.

- Bimbang sekiranya AS akan menjadikan Korea Utara sebagai pangkalan untuk serangan
ke atas Manchuria, China menghantar tenteranya ke Sungai Yalu. Tentera-tentera China
kemudiannya menyerang tentera bersekutu AS, PBB dan Korea Selatan. Jeneral Matthew
Ridgway dilantik bagi menggantikan MacArthur dan di bawah arahan Ridgway, serangan
dan kemaraan tentera China dapat dipatahkan dan dielakkan melalui serangan ke atas
Iron Triangle yang dijadikan titik serangan tentera komunis ke atas Korea Selatan.

- Setelah serangan demi serangan dilancarkan, sebuah rundingan damai diadakan di


Kaesong yang kemudiannya dipindahkan ke Panmunjom pada 1951 sehingga 1952. AS
cuba untuk menggunakan pengeboman strategi untuk mengancam komunis menyertai
rundingan damai tersebut tetapi pihak komunis enggan terutamanya dalam hal
pengembalian semula banduan perang antara kedua-dua wilayah.

- Kedua-dua pihak enggan untuk mengalah dan ini menyebabkan rundingan terpaksa
ditunda dan diteruskan sehinggalah mengambil masa selama berbulan-bulan. Hanya
apabila mantan Presiden Eisenhower mengambil alih tampuk pentadbiran daripada
Truman, AS dapat mengadakan beberapa konsesi bersama dengan pihak komunis
sehingga membawa kepada pemetraian rundingan damai dan gencatan senjata di
Panmunjom yang mengakhiri Perang Korea dan memisahkan Korea kepada dua wilayah
kekal sama seperti sebelum berlakunya perang tersebut.

3
Sejauh manakah ideologi menjadi punca tercetusnya Perang Korea?

Sumber:

Ohn, Chang-Il. 2010. The Causes of the Korean War: 1950-1953. International Journal
of Korean Studies. 14(2):1. Seoul: Korean Military Academy,
http://pdfs.semanticscholar.org/f6b1/29a6b1dd9790ff3a2161f48f35a70304a250.
pdf. Diakses pada 25 Nov 2017

Abstrak

- Punca berlakunya Perang korea boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu faktor
ideologi dan politik. Secara ideologinya, pihak komunis termasuklah Soviet Union, China
dan Korea Utara berhasrat untuk memiliki keseluruhan Semenanjung Korea sebagai
sebahagian daripada blok komunis. Secara politiknya, Soviet Union menganggap dan
melihat semenanjung Korea sebagai Poland di Eropah Timur – sebagai batu loncatan
untuk menyerang Rusia – dan menegaskan bahawa kerajaan Korea perlu memberikan
“taat setia” kepada Soviet Union. Disebabkan oleh dasar dan kedudukan strategik,
kerajaan tentera Soviet di Korea Utara (1945-1948) menolak sebarang idea untuk
menubuhkan sebuah kerajaan Korea di bawah “jari telunjuk” PBB yang pada hakikatnya
dimanipulasi oleh AS. Disebabkan inilah, Korea kekal dipisahkan menjadi dua wilayah
pentadbiran berbeza. Melihat kepada kedudukan Soviet di semenanjung Korea, Kim Il-
Sung meminta sokongan Soviet dari sudut bantuan persenjataan untuk tentera Korea
Utara dan Stalin yang pada ketika itu menjadi ketua Soviet menyokong Kim dan menjamin
sokongan China ke atas Korea Utara. Melihat kepada desakan untuk mewujudkan “buffer
zone” menentang Barat dan bantuan Soviet untuk membangunkan China, kerajaan China
bersetuju untuk memenuhi permintaan Soviet untuk memberi bantuan kepada Korea
Utara terutamanya dalam kes-kes melibatkan campurtangan AS dalam wilayah
semenanjung Korea. Dengan sokongan penuh dan bantuan ketenteraan daripada Soviet
Union dan China, Kim Il-Sung menyerang Korea Selatan dengan senjata yang lebih baik
dan strategi pertahanan yang lebih kuat berbanding Korea Selatan.

4
M/s 1

- Perang Korea, tercetus disebabkan oleh serangan yang dilakukan oleh Korea Utara ke
atas Korea Selatan dengan keyakinan bahawa mereka boleh memenangi peperangan ini
dan meng’komunis’kan keseluruhan semenanjung Korea. Keyakinan Korea Utara
bukanlah semata-mata berdasarkan kepada harapan tetapi atas keyakinan tinggi bahawa
Korea Utara mampu mengambil semula Korea Selatan disebabkan oleh faktor kekuatan
menentang Korea Selatan yang agak lemah pada ketika itu. Tentera Korea Utara pada
ketika itu adalah lebih seragam dan lebih besar dari segi jumlah tentera dan dari pelbagai
segi kemampuan dan kapasiti berbanding Korea Selatan. Tentera-tentera Korea Utara
dilengkapi dengan senjata berat dan peralatan ketenteraan lain yang dibekalkan oleh
Soviet Union, dilatih dengan koordinasi di bawah penasihat latihan dan pendidikan
ketenteraan Soviet Union, kepimpinan kombat yang lebih baik, pengalaman dalam Perang
Saudara China (1927-1949) dan diberikan pelan peperangan yang disediakan oleh
penasihat perancang perang tentera Soviet. Berdasarkan kepada faktor kekuatan ini dan
sokongan kuat daripada negara pemberi dana terbesar kepada Korea Utara iaitu Soviet
dan China, Korea Utara menjangkakan untuk menakluk semula Seoul dan Korea Selatan
dengan mudah yang mana dimulakan dengan serangan ke atas wilayah selatan tersebut
pada 25 Jun 1950.

You might also like