You are on page 1of 16

JIHAD

Jasmeen Kaur Chahal


6A2
1.7.1    Jihad
a)  Pengertian Jihad

—  Definisi dari segi bahasa – perkataan jihad berasal daripada kalimah arab ‘jahada’ yang bermaksud ”keberatan dan
kesusahan”
—  Dari segi istilah – jihad bermaksud “mencurahkan daya dan tenaga kekuatan dalam usaha mencapai sesuatu
matlamat atau cita-cita  mulia dalam bentuk  kata-kata  atau perbuatan. Ia mencakupi usaha bersungguh-sungguh
  untuk mencapai  satu-satu  tujuan yang  diingini atau mempertahankan sesuatu yang tidak diingini dengan berbagai
cara”.
—  Kesimpulannya jihad meliputi pelbagai aspek iaitu melibatkan perlawanan dan peperangan secara fizikal dan juga
perlawanan secara  mental dan spiritual.
—  Pada zaman awal kebangkitan Islam,  semangat jihad telah memperkukuhkan ketahanan dan pertahanan para pejuang
Islam. Mengikut mazhab Shafie, jihad ialah berperang di jalan Allah SWT (fisabilillah) dan mengerahkan
segala kemampuan untuk memerangi orang-orang kafir (zimmi). Allah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud:

           
 
• Jenis –jenis jihad
•  
• a) Jihad nyawa dan tenaga
• b)  Jihad harta benda
• c)  Jihad pemikiran, lisan dan penulisan
• d) Jihad mempertahankan  kebenaran
• e) Jihad melawan hawa nafsu / syaitan  (zahit dan batin)
•    Jihad melawan musuh kafir harbi dan golongan riddah
• g) Jihad menentang  golongan munafik
• h) Jihad menuntut ilmu dan menghapuskan  kejahilan
• i)  Jihad menentang  kemungkaran dan kezaliman
• j)  Jihad ekonomi  - membasmi kemiskinan  dan kemunduran
• k)  Jihad politik
Tujuan Jihad
1)    Dalam Islam,tujuan jihad  adalah untuk membangunkan masyarakat berdasarkan syariah Islam, memelihara
dan memastikan maslahat masyarakat Islam dan manusia   keseluruhannya agar terbela atas prinsip  keadilan 
yang  telus.

2)   Jihad juga berperanan untuk memastikan  ketinggian agama Allah SWT supaya    agama ini dapat
disampaikan  secara terbuka kepada manusia  tanpa dihalang oleh sesiapa

3)   Oleh sebab itu,para  fuqaha` Islam telah   bersepakat  menyatakan bahawa menjadi tanggungjawab setiap
orang Islam  untuk mempertahankan  setiap  tanah yang dikuasai  dan dijajah oleh golongan yang tidak beriman

4)   Pengembelingan usaha  sama ada dalam bentuk tenaga,wang ringgit,fikiran ataupun  kepakaran,malahan jiwa
dan raga sekalipun adalah perlu untuk memastikan ketiga-tiga tujuan tersebut tercapai.

5)   Mereka juga mengatakan bahawa jihad ialah tuntutan  fardu  ain bagi  setiap  Muslim yang tinggal di tanah air
yang dijajah oleh golongan kafir.

6)   Jihad ialah prinsip Islam yang agung kerana jihad merupakan  cara  memelihara kebesaran,kemuliaan dan
kedaulatan Islam
PEPERANGAN
• PENGENALAN
• Islam ialah agama damai dan cinta akan keamanan dan perdamaian kerana perkataan Islam sendiri
bermaksud aman dan perdamaian. Oleh itu, Islam tidak menggalakkan peperangan dan melarang sebarang
pencerobohan ke atas wilayah atau negara lain tanpa mempunyai sebab yang munasabah

• Namun apabila agama Islam, negara dan maruah diri diancam, umat Islam wajib mengangkat senjata utk
mengelak maruah dipermainkan oleh pihak tertentu seperti mana ayat al-Quran melalui Surah al-Baqarah,
ayat 190. Melalui ayat ini, jelas menunjukkan Allah SWT membenarkan berperang sekiranya diserang oleh
pihak musuh spt kafir Quraisy Makkah yg memusuhi Islam, Nabi Muhammad SAW dan umat Islam.

• Perjuangan inilah dikatakan jihad iaitu berjuang krn Allah SWT dan konsep ini berjaya melahirkan individu
yg benar-benar mempunyai jati diri dan mampu mempertahankan agama Islam.

• Peperangan dlm Islam dilakukan mempunyai tujuan spt mempertahankan diri atau meneguhkan kedudukan;
mempertahankan agama, mempertahankan kedaulatan negara; mencari keamanan, menegakkan keadilan; dan
melindungi hak asasi kehidupan dan melindungi rumah ibadat. Dalam Islam, peperangan mempunyai etikanya
yg mampu memupuk disiplin tentera Islam.
Etika Peperangan dalam lslam

Etika Peperangan dalam lslam ialah mematuhi perintah Allah swt


serta mencari keredaannya.

Secara amnya, etika peperangan dalam Islam terbahagi kepada tiga


mengikut situasi, iaitu:

(a) etika sebelum peperangan.


(b) etika semasa peperangan.
(c) etika selepas peperangan.
(a) Harus mengajak manusia kepada Islam sebelum memeranginya.

Hal ini telah dilaksanakan ketika zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq sewaktu menggempur wilayah  Hirah.
Beliau telah memberi  tiga pilihan kepada musuh Islam, iaitu menganut Islam, berdamai ataupun berperang.

(b) Membayar cukai jizyah

Pihak musuh yang enggan menerima Islam tetapi sanggup berada di bawah naungan kerajaan Islam dikehendaki
membayar c:ukai jizyah. Ia sebagai simbol balasan kerajaan Islam melindungi harta dan nyawa mereka.

(c) Memerangi musuh seandainya mereka diperangi terlebih dahulu

Islam hanya membenarkan umatnya mengangkat senjata seandainya mereka diperangi terlebih dahulu. Hal ini
dapat dilihat terutamanya ketika Perang Badar. Sewaktu itu, tentera
Islam hanya memrnggu serangan musuh yang menceroboh, barulah peperangan secara besar-besaran dilaksanakan.

(d) Mentaati arahan pemimpin atau ketua

Merupakan salah satu etika yang amat penting tatkala peperangan berlaku. Hal ini bertujuan memastikan segala
perancangan memberikan impak yang positif. Contoh yang paling jelas ialah kekalahan tentera Islam dalam Perang
Uhud pada tahun 3 H akibat daripada tentera Islam tidak akur dengan arahan pemimpin (kecuaian pasukan
pemanah meninggalkan
posisi yang ditetapkan).
(e) Tidak boleh memerangi orang kafir yang tidak memiliki kekuatan dan daya upaya

Dalam ekspedisi peperangan tentera Islam, golongan kanak-kanak, kaum wanita, orang cacat, lumpuh, paderi atau
pendeta tidak boleh diperangi. Berdasarkan etika inilah golongan-golongan ini tidak dikenakan jizyah pada zaman
Khulafa' al-Rasyidin kerana dianggap tidak mengancam keselamatan negara Islam.

(f) Dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau membakar rumah kecuali darurat

Ini menunjukkan betapa Islam mementingkan keamanan serta kesejahteraan kepada masyarakat seluruhnya. Ini
terbukti ketika peristiwa Rasulullah s.a.w mengepung kota Ta'if, harta-harta musuh Islam langsung tidak diusik.

(g) Tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah


Sesuai dengan pilihan-pilihan yang diberikan kepada seteruseteru Islam, maka Islam menetapkan etika tidak boleh
memerangi orang yang sudah menyerah atau kafir dhimmi atau
mereka yang sudah mengikat perjanjian damai serta mengaku taat setia kepada pemerintah Islam.

(h) Melarang sebarang perbuatan yang boleh mengaibkan musuh

Antara larangan tersebut ialah tentera tidak boleh mencincang mayat atau musuh yang terbunuh, sebagaimana
tindakan yang dilakukan oleh Hindun binti Utbah terhadap jasad Saidina Hamzah, bapa saudara Rasulullah s.a.w di
medan Perang Uhud.
(i) Sebarang perjanjian damai yang dimeterai wajib ditaati
Oleh sebab itulah ketika Perjanjian Hudaibiyah dimeterai pada tahun 6 H, meskipun fasal-
fasal dalam perjanjian itu seolah-olah memberikan kelebihan kepada musuh Islam, namun
Rasulullah s.a.w mempunyai misi yang tersendiri.Sikap musuh Islam yang melanggar
gencatan senjata yang dipersetujui membolehkan Rasulullah s.a.w mengetuai tentera Islam
membuka kota Makkah pada tahun 8 H.

j. Tawanan perang akan dilayan dengan baik


Ia merupakan salah satu kaedah berdakwah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Meskipun ada
cadangan daripada para sahabat agar musuh-musuh Islam yang ditawan dalam Perang Badar
dibunuh, Rasulullah s.a.w tidak menerima cadangan itu sebaliknya baginda menggunakan
kaedah diplomasi, iaitu tawanan perang harus menebus diri dengan ilmu pengetahuan serta
sejumlah wang tertentu. Ternyata kaedah inilah yang berjaya menarik ramai musuh Islam
menerima agama Islam.
• STRATEGI ATAU TAKTIK DALAM PEPERANGAN
1. Menguasai Tempat Strategik
Kaedah ini merupakan satu cara di mana tentera Islam akan menguasai tempat strategik seperti menguasai kawasan
punca air. Ini akan menyebabkan pihak musuh akan terputus bekalan air sehingga memaksa pihak musuh
menceroboh kubu pertahanan tentera Islam. Kaedah ini telah memberikan kemenangan kpd tentera Islam seperti
dalam Perang Badar (2H) dgn tentera Quraisy Makkah, walaupun tentera Islam hanya 313 org shj berbanding
tentera Quraisy Makkah berjumlah 1000 org.
2. Kaedah Bertahan
Kaedah ini mula dilakukan apb seorg sahabat iaitu Salman al-Farisi mencadangkan sebuah parit digali bagi
melindungi Kota Madinah drp serangan musuh Islam. Kaedah ini digunakan oleh Nabi Muhammad SAW ketika
Perang al-Ahzab (Khandak) iaitu tentera Islam hanya 1000 org utk berhadapan dgn tentera musuh seramai 10 000
org. Parit telah digali utk menghalang tentera musuh memasuki Kota Madinah dan tentera Islam hanya bertahan
dlm kota shj. Oleh kerana pihak musuh tdk pernah lagi menghadapi taktik ini telah menyebabkan keadaan
pertahanan musuh menjadi huru-hara. Ribut yg diturunkan oleh Allah SWT telah memecahbelahkan tentera musuh.
3. Menempatkan Pasukan Memanah Di Atas Bukit
Dlm Perang Uhud, Nabi Muhammad SAW telah menggunakan strategi meletakkan pasukan pemanah di kawasan
tinggi iaitu Bukit Uhud bagi memberi perlindungan kpd pasukan infantri. Strategi ini ternyata telah berjaya
mengalahkan musuh iaitu pasukan memanah tentera Islam diketuai oleh Abdullah bin Zuber berjaya dgn mudah
mengalahkan tentera musyrikin Makkah yg diketuai oleh Khalid al-Walid. Akibat tidak mematuhi arahan ketua
akhirnya tentera Islam telah kalah dlm Perang Uhud ekoran mereka meninggalkan kedudukan di atas bukit utk
memunggut rampasan perang. Tentera musuh telah mengambil kesempatan utk menyerah balas sehingga tentera
Islam kucar-kacir.
4. Kaedah Penyamaran
• Dlm kaedah ini seorang tentera Islam dihantar utk menyamar bagi merisik maklumat drp tentera musuh. Ketika
Perang Khandak (Ahzab), seorg sahabat iaitu Nu’aim bin Mas’ud telah dihantar utk memecahbelahkan benteng
pertahanan serta kekuatan tentera Quraisy dan Yahudi yg akhirnya menyebabkan berlaku pertelagahan sesama
mereka. Tentera yg menyamar ini juga akan melaporkan kekuatan dan kelemahan musuh yg bakal bakal dihadapi
oleh tentera Islam. Nabi Muhammad SAW terlebih dahulu akan bermesyuarat dgn para sahabat sebelum
berhadapan dgn musuh. Begitu juga dgn tindakan Nabi Muhammad SAW yg hanya memakai pakaian biasa
menunjukkan bahawa baginda ingin kelihatan sebagaimana tentera biasa.
5. Mementerai Perjanjian Persahabatan Dengan Musuh
• Perjanjian persahabatan dgn musuh juga merupakan salah satu strategi perang spt Perjanjian Hudaibiyah antara
Rasulullah dgn pihak Quraisy Makkah. Pada peringkat awal, para sahabat mempertikaikan tindakan baginda krn
menerima syarat-syarat Perjanjian Hudaibiyah. Walau bagaimanapun baginda tetap menerima syarat perjanjian
tersebut krn baginda dpt menjangkakan bhw kemenangan akan berpihak kpd Islam nanti. Akhirnya, pihak Quraisy
telah mencabuli syarat perjanjian tersebut. Ini telah memberi peluang kpd baginda Nabi dan tentera Islam yg
berjumlah seramai 10 000 org utk bertindak balas dan berjaya membuka kota Makkah tanpa pertumpahan darah.
6. Tidak Mengejar Musuh Yang Lari Ke Sempadan
• Tentera Islam dilarang mengejar musuh yang lari ke sempadan mereka juga merupakan salah satu strategi yg
digunakan oleh tentera Islam seperti larangan oleh Nabi Muhammad SAW sewaktu Perang Mu’tah. Strategi ini
juga diteruskan oleh pemerintah Khulafa’ al-Rasyidin. Tindakan ini dilakukan bagi mengelak tentera Islam
terperangkap dgn strategi musuh yg akan mengorbankan lagi byk nyawa atau syuhada. Antara yg terkorban dlm
perang ini ialah Ja’afar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah.
7. Strategi Mengepung Dan Menyerang Secara Bertubi-Tubi
Dlm Perang Taif, tentera Islam telah menggunakan strategi mengepung dan menyerang secara
bertubi-tubi ke atas pertahanan musuh yg dipimpin oleh Malik bin Auf. Melalui kaedah ini, tentera
Islam akan mengepung kota atau sesuatu kawasan buat seketika sehingga berjaya memutuskan
bekalan makanan dari tempat musuh dan bertindak melancarkan serangan. Semasa perang ini, Nabi
Muhammad SAW juga memaklumkan kpd penyokong Bani Thaqif bahawa kebun mrk akan dibakar
seandainya enggan menyerah diri serta tunduk di bawah pemerintahan kerajaan Islam.
8. Perang Satu Lawan Satu
Strategi perang satu lawan satu merupakan satu lagi kaedah yg digunakan oleh tentera Islam dan juga
bangsa Arab lain sebelum berperang secara besar-besaran. Kaedah ini sebenarnya akan
menyemarakkan lagi semangat para pejuang lain seperti mana yg digunakan ketika Perang Badar.
Dlm perang ini, 3 org sahabat Nabi telah keluar utk mencabar 3 org Quraisy sebelum berlakunya
perang secara besar-besaran.
9. Merahsiakan Jumlah Musuh Bagi menjaga moral
kaedah merahsiakan jumlah sebenar musuh telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Kaedah ini
juga akan dapat merangsangkan perjuangan para sahabat utk berjuang bermatian-matian demi
agama, diri dan negara.
10. Menyusun Tentera Berasaskan Sistem al-Saf
• Mengikut kaedah ini, tentera Islam dibhgkan kpd beberapa barisan atau saf bergantung kpd jumlah tentera
yg ada. Barisan pertama biasanya diletakkan tentera berjalan kaki (infantri) dan diikuti oleh pasukan
pemanah. Tentera berkuda pula dijadikan tentera sokongan utk menguatkan lagi jentera serangan dan
memantapkan benteng pertahanan.
11. Membina Bandar atau Pusat Tentera.
• Di zaman Khalifah Umar al-Khattab, beberapa bandar atau pusat tentera telah dibina spt di Iraq, Syam,
Mesir dan kawasan lain berhampiran sempadan bagi mengelakkan pencerobohan pihak musuh. Pusat tentera
ini akan dilengkapi dgn kubu atau benteng pertahanan di samping memperluaskan dakwah Islamiah dan
mempergiatkan lagi aktiviti ketenteraan di kawasan berhampiran. Tentera-tentera ini akan sentiasa
menjalani latihan dan tidak dibenarkan melibatkan diri dlm kegiatan lain.
12. Menggunakan Helah Utk menimbulkan perasaan takut dan gerun pihak musuh,
• tentera Islam mestilah kelihatan dan kedengaran hebat. Ketika peristiwa pembukaan Kota Makkah,
Rasulullah SAW telah memerintahkan tentera Islam supaya menyalakan unggun api yg byk dan dipacakkan
di tanah atau diikat pada pokok kayu. Ini telah menakutkan musuh dan mrk telah berundur krn
menyangkakan unggun api itu ialah jumlah tentera Islam. Rasulullah SAW juga telah memerintahkan
supaya peralatan perang digilat supaya berkilat dan boleh memantulkan cahaya utk menakutkan musuh.
Rambut tentera Islam yg beruban juga dihitamkan supaya musuh menyangkakan tentera Islam kesemuanya
muda dan mempunyai kekuatan yg luar biasa.
• KESIMPULAN

Dgn adanya strategi dan taktik peperangan yg diperkenalkan oleh Nabi Muhammad SAW telah
menguatkan kedudukan pemerintahan dan pentadbiran Islam di Madinah. Kekuatan dan
keunggulan tentera Islam telah menyebabkan Islam dapat berkembangan luas di Sem. Tanah
Arab.
Strategi dan taktik yg digunakan oleh tentera Islam adalah berkonsepkan wahyu yg diturunkan
kpd Nabi Muhammad SAW. Kemudian kaedah ini telah digunakan oleh pemerintah Khulafa’
al-Rasyidin terutama oleh Khalifah Umar al-Khattab.
Ini telah membawa perkembangan Islam keluar Sem. Tanah Arab spt Palestin, Parsi, Afrika
Utara dan Syria. 
SEKIAN, THANK YOU

You might also like