You are on page 1of 11

1.

Menjelaskan isu-isu ekonomi dunia semasa atau isu-isu global yang sedang
berlaku serta cabarannya berdasarkan satu artikel yang anda pilih.

Malaysia mengalami pemanasan global dua kali setiap tahun pada bulan
Mac dan September. Pada ketika itu, matahari akan berada tepat di atas garisan
Khatulistiwa dengan suhu paling panas terutama pada pukul 12 tengah hari
sehingga 3 petang. Apabila suhu di sekeliling kita melebihi suhu optimum bagi
keselesaan, kita boleh terdedah kepada strok haba atau “heat stroke”. Stok haba ini
merupakan satu penyakit yang dicirikan dengan peningkatan suhu badan melebih
40℃ . Situasi ini tidak normal kerana suhu badan individu yang normal ialah 37 ℃ .
Apabila badan kita merasai kepanasan yang ekstrem, jumlah haba yang dihasilkan
akan melebihi kesan penyejukan penyejatan peluh. Kelembapan yang melampau
dan suhu yang amat tinggi itu akan menyusahkan penyejatan peluh. Keadaan ini
dapat menyebabkan badan kehilangan keupayaan untuk menghilangkan haba
daripada badan. Strok haba akan menyebabkan kematian dan menjejaskan
kesejahteraan manusia jika dibiarkan tanpa dirawat dengan segera.

Sebenarnya, proses menghasilkan peluh merupakan satu proses yang


biasa dan normal. Proses ini bertujuan untuk menghilangkan haba daripada badan
kita dan seterusnya menyejukkan badan kita. Tetapi, suhu sekitar yang melampau
tinggi telah menyebabkan proses menghasilkan peluh berlaku secara berterusan.
Kesannya, kandungan air dalam badan telah menjadi semakin kurang yang
seterusnya menyebabkan dehidrasi, sawan, kekeliruan, kerosakan otak dan organ
dalam badan, koma dan seterusnya kematian. Simptom-simptom strok haba yang
dapat mengenal pasti sama ada seseorang tersebut telah atau pun tidak mengalami
strok haba ialah muka dan kulit kelihatan kemerah-merahan, tidak berpeluh
walaupun berada dalam cuaca panas, rasa nak muntah, denyutan nadi yang
pantas, sakit kepala, kulit yang kering serta pitam.

Strok haba ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan juga haiwan
peliharaan. Tetapi, strok haba lebih mudah menyerang mereka yang bekerja
sebagai buruh, peladang, nelayan, ahli sukan dan tentera serta kanak-kanak yang
berumur lima tahun ke bawah. Mereka terpaksa berhenti bekerja atau bersekolah
bagi beberapa hari demi kesihatan mereka. Keadaan ini akan menjejaskan
kemajuan sektor ekonomi dan pendidikan. Begitu juga dengan mereka yang
menghidapi penyakit darah tinggi, kencing manis dan kelenjar tiroid, risiko berkali
ganda terdedah kepada gejala berkenaan. Hipertermia ialah keadaan seseorang
mengalami penyakit yang dikaitkan dengan kepanasan. Risiko hipertermia lebih
tinggi dalam kalangan warga tua, pesakit diabetes, orang obese dan pesakit yang
menghidap hipertiroidisme.

Faktor yang menyebabkan suhu sekitar meningkat ialah proses


perbandaran. Proses perbandaran merupakan satu proses penumpuan penduduk di
kawasan bandar. Proses ini boleh menyebabkan perubahan dalam jumlah
penduduk, fungsi, bandar, penggunaan tanah dan cara hidup penduduk. Bandar-
bandar di Malaysia telah mengalami pembangunan yang pesat selepas Negara
mencapai kemerdekaan. Jumlah penduduk dalam sesebuah bandar menjadi
semakin meningkat kerana migrasi penduduk luar bandar ke bandar telah berlaku.
Apabila bilangan penduduk dalam sesebuah kawasan telah meningkat, kegiatan
industri turut meningkat yang seterusnya menyebabkan pemanasan global untuk
berlaku. Kegiatan industri dan jumlah kenderaan yang bertambah telah melepaskan
asap yang berlebihan ke ruang atmosfera bumi. Asap-asap ini dapat memerangkap
haba dan seterusnya mengakibatkan strok haba untuk menyerang manusia.

Faktor yang seterusnya mengakibatkan pulau haba berlaku ialah


kekurangan pokok-pokok di sekitar bandar. Apabila kita berada di sekitar bandar,
tumbuhan hijau memang kurang. Permandangan yang dapat kita nampak hanya
bangunan-bangunan yang tinggi dan kilang-kilang yang melepaskan
asap.Kekurangan pokok di sekitar bandar telah melembapkan proses penyerapan
haba. Tumbuhan hijau serta pokok mempunyai peranan yang penting di kawasan
bandar kerana ia dapat merendahkan suhu di bandar dengan memberikan teduhan
dan melalui proses evapotranspirasi. Keteduhan mengurangkan jumlah radiasi
matahari yang terik terus ke lantai bumi untuk memastikan ia sejuk. Dinding yang
diteduhi pokok kebiasaannya mempunyai suhu yang lebih dingin dari suhu
permukaan puncak dinding yang tidak diteduhi maka kuranglah haba yang
dipindahkan ke atmosfera.
2. Mengulas dan menganalisis isu-isu ekonomi dunia semasa/isu-isu global dan
kesannya terhadap ekonomi, sosial dan sistem pendidikan untuk semua.

Kesan Terhadap Sosial

i. Menyebabkan kematian :

Jika seseorang telah diserang oleh strok haba, komplikasi dalam sistem
saraf otak akan berlaku dan menyebabkan seseorang itu menjadi koma. Kepanasan
yang dirasai oleh badan seseorang akan menyebabkan proses perpeluhan berlaku
secara semula jadi. Keadaan ini seterusnya menyumbang kepada kekurangan
kandungan air dalam badan. Kandungan air yang semakin kurang dalam badan
menyebabkan kerosakan otak dan organ dalam badan. Kerosakan organ penting
seperti jantung akan menjejaskan peredaran darah dalam badan.

Seperti yang dimaklumkan, jantung memainkan peranan yang penting


dalam menyediakan oksigen ke seluruh tubuh dan membersihkan tubuh dari hasil
metabolism seperti karbon dioksida. Apabila jantung sudah rosak kesan daripada
strok haba, darah yang mengandungi oksigen tidak dapat dipamkan kepada seluruh
badan. Keadaan ini akan menyebabkan seseorang mengalami kesesakan nafas
dan seterusnya membawa kepada kematian.

Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah yang berterusan yang


membawa oksigen dan nutrien yang penting. Otak yang kekurangan dengan
oksigen akan membawa maut kepada seseorang. Apabila saluran darah ke otak
terputus, oksigen tidak dapat dialirkan ke bahagian otak. Keadaan ini menyebabkan
saluran darah ke otak untuk terhenti dan seterusnya mengakibatkan sel-sel otak
kekurangan dengan nuterien dan oksigen. Hipoksia akan berlaku dengan segera,
menyebabkan kerosakan otak dan seterusnya mencetus kepada kematian.

Otak dan sistem saraf dalam badan kita saling memerlukan satu sama lain
untuk berfungsi. Otak kita akan menghantar segala mesej kepada sistem saraf.
Sistem saraf kita boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu, sistem saraf motor,
autonomi dan deria. Kekurangan oksigen dalam otak menyebabkan otak tidak dapat
menghantar mesej kepada sistem saraf.

Sistem saraf merupakan sistem yang penting kerana sistem ini dapat
mengesan kesakitan yang kita alami. Kerosakan sistem saraf boleh berlaku di
dalam otak atau di seluruh badan. Keadaan ini menghalang kita daripada
mengalami kesakitan dan akan menyebabkan kematian kepada seseorang. Jika
seseorang tidak dapat merasa kesakitan, dia mungkin akan mati pada bila-bila
masanya. Hal ini demikian kerana pendarahan yang berlebihan daripada luka akan
mengakibatkan seseorang itu kehilangan darah secara berlebihan kerana mangsa
tersebut tidak sedar bahawa dia telah cedera. Otak tidak dapat berfungsi dan mesej
tidak dapat disampaikan kepada sistem saraf. Jadi, ternyatalah bahawa strok haba
akan menyebabkan kematian berlaku.

ii. Tahap dapat huni di kawasan bandar berkurang :

Tahap dapat huni bermaksud kadar penduduk menetap di kawasan bandar.


Peningkatan suhu di sesebuah bandar akibat daripada pulau haba dapat
menpengaruhi penetapan bilangan penduduk dalam bandar tersebut. Bilangan
penduduk yang menetap di bandar selepas pulau haba berlaku telah berkurang.
Mereka telah berhijrah ke luar bandar untuk menetap di situ. Hal ini demikian kerana
persekitaran di luar bandar lebih sihat dan tidak begitu tercemar berbanding dengan
bandar yang mengalami pulau haba.

Bandar mempunyai banyak bangunan kaca dan konkrit serta permukaan


berturap yang menyerap haba daripada pancaran matahari lebih pantas daripada
tanah atau tumbuhan hijau yang terdapat di luar bandar. Keadaan ini telah
menyebabkan suhu di bandar meningkat secara mendadak dan seterusnya
mencetus kepada berlakunya pulau haba. Keselesaan kehidupan penduduk terjejas
kerana suhu yang dan telah mengganggu aktiviti kehidupan penduduk bandar. Oleh
itu, sebahagian besar penduduk telah mengambil keputusan untuk berhijrah ke luar
bandar yang mempunyai udara segar dengan suhu yang agak rendah.

Situasi ini menyebabkan tahap dapat huni di kawasan bandar berkurang.


Apabila bilangan penduduk di sesuatu bandar berkurang, tapak perumahan yang
telah dibina dan bersedia untuk dijual mengalami kerugian. Tidak ada penduduk
yang sanggup membelanjakan wang untuk membeli rumah kerana pulau haba
sering berlaku di bandar. Mereka tidak berani untuk mengambil risiko yang dapat
mengancam nyawa mereka dengan menetap di kawasan bandar. Situasi ini telah
menyusahkan kehidupan seharian penduduk bandar yang mengakibatkan mereka
untuk berhijrah ke luar bandar.

Bangunan yang dibina dengan rapat-rapat di bandar telah menghalang


peralihan udara yang lancar. Suhu yang begitu tinggi di kawasan bandar akan
menganggu kehidupan penduduk. Mereka tidak dapat melakukan aktiviti rekreasi
seperti bersenam di taman, berjogging atau berjalan kaki ke sesuatu tempat
disebabkan pulau haba yang berlaku. Mereka terpaksa berada dalam rumah pada
sepanjang masa walaupun pada hujung minggu atau hari cuti untuk mengelakkan
diri daripada mengalami strok haba. Jadi, ternyatalah bahawa strok haba akan
dapat menpengaruhi tahap dapat huni di kawasan bandar untuk menurun.

iii. Kesejahteraan masyarakat terjejas :

Pulau haba yang menyerang kawasan bandar telah menganggukan


kesejahteraan masyarakat. Masyarakat tidak dapat keluar dari rumah pada waktu
petang untuk melakukan aktiviti rekreasi. Mereka terpaksa mengorbankan masa
hiburan mereka dilakukan di luar rumah supaya dapat mengelakkan diri daripada
mengalami strok haba. Keadaan ini telah menjejaskan kehidupan seharian mereka.
Mereka tidak dapat melakukan aktiviti yang mereka suka sebelum ini.

Selain itu, pulau haba menyebabkan masyarakat kerap mengalami proses


perpeluhan. Kandungan air dalam badan mereka telah menjadi semakin kurang dan
keadaan ini menyebabkan mereka terpaksa meminum air yang lebih sekiranya
berada di luar rumah bagi menggantikan kandungan air yang hilang. Bukan itu
sahaja, suhu yang melampau tinggi akan mengakibatkan kulit mereka menjadi
kering dan kusam. Oleh itu, mereka terpaksa memakai baju berlengan panjang
dalam cuaca yang panas bagi mengelakkan daripada terdedah kepada suhu tinggi.

Kesan Terhadap Ekonomi

i. Ketidakmapanan alam sekitar :

Ketidakmapanan alam sekitar bermaksud alam sekitar tidak mampu untuk


terus berkembang bagi mencapai tahap prestasi yang baik. Pulau haba yang
berlaku akibat peningkatan suhu di kawasan bandar telah mengurangkan
kelembapan udara. Keadaan ini menyebabkan sumber air yang terdapat pada
permukaan air cepat kering dan seterusnya mengakibatkan kemarau untuk berlaku.
Kelembapan udara yang rendah menyebabkan proses sejatan tidak mempunyai
wap-wap air untuk membentuk awam-awam tebal bagi hujan untuk turun. Apabila
kadar hujan berkurangan, udara di bandar akan menjadi semakin kering dan lama-
kelamaan, jerebu akan menyerang bandar.

Ketidakmapanan alam sekitar dalam konteks ini boleh dirujukkan sebagai


peningkatan kejadian ribut dan di kawasan bandar akibat serangan pulau haba.
Kejadian ribut ini berlaku apabila suatu pusat tekanan rendah terbentuk dengan
dikelilingi oleh suatu sistem bertekanan tinggi. Kombinasi daya yang berlawanan ini
dapat menghasilkan angin dan menimbulkan pembentukan awan ribut. Situasi ini
akan mengancam keselamatan masyarakat yang menetap di bandar. Selain itu,
ribut yang berlaku mungkin akan menyebabkan putusan elektrik. Keadaan ini akan
menjejaskan segala aktiviti yang memerlukan elektrik seperti pengeksportan dan
pengimportan barang yang memerlukan elektrik.
Peningkatan suhu yang tinggi di kawasan bandar juga akan mengakibatkan
banjir untuk berlaku pada masa dan tempoh yang tidak sesuai. Banjir yang berlaku
telah menyebabkan ketinggian air pasang hingga menyekat pengaliran air sungai ke
laut telah membawa kepada banjir besar. Selain itu, sistem tekanan rendah yang
wujud di khatulistiwa menyebabkan angin kencang bergerak dari sistem tekanan
tinggi kepada sistem tekanan rendah dan membawa cuaca sejuk serta hujan lebat
hingga mengakibatkan banjir. Banjir yang berlaku telah memusnahkan tanaman
yang bernilai RM1 juta dan kerugian ini tidak mungkin dapat dibayar dengan RM1
juta. Kerajaan terpaksa memperuntukkan dana yang tinggi bagi mengatasi kerugian
tersebut.

Suhu yang terlalu panas juga akan menyebabkan hutan dan kepelbagian
biologinya iaitu biodiversiti diancam kepupusan. Hutan sememangnya kaya dengan
kepelbagian spesies. Suhu yang melampau tinggi mungkin merupakan salah satu
elemen yang mengancam kehidupan sesetengah flora dan fauna Spesies-spesies
tersebut tidak sesuai untuk hidup dalam suhu yang begitu tinggi. Akhirnya, spesies
tersebut akan mati dan seterusnya mengalami kepupusan. Sesetengah daripada
spesies tersebut yang perlu dieksport ke luar Negara terpaksa diberhentikan kerana
diancam kepupusan. Keadaan ini menyebabkan kerajaan untuk memperuntukkan
wang bagi memelihara dan memulihara alam sekitar daripada terus diancam.

Kesan Terhadap Pendidikan

i. Sekolah terpaksa ditutup :

Seperti yang telah dinyatakan di atas, pendedahan kepada cuaca


sememangnya dapat menyebabkan kesihatan masyarakat terancam. Apabila
mereka meluangkan masa lapang dalam melakukan aktiviti rekreasi di sekitaran
luar, peratusan kesihatan mereka dimudaratkan adalah tinggi. Keadaan ini bukan
sahaja memburukkan orang dewasa malah, golongan pelajar turut dipengaruhi.
Pelajar-pelajar yang terpaksa menghadiri sekolah dan menjalankan kokurikulum
dalam keadaan buruk ini mempunyai kemungkinan besar diserang oleh strok haba.
Oleh itu, kerajaan telah membuat keputusan untuk menutup sekolah demi kebaikan
kesihatan pelajar.

Penutupan sekolah ini akan menjejaskan proses pembelajaran dan


pengajaran guru dan pelajar. Mereka terpaksa menggantikan kelas tersebut kepada
hari yang lain. Walaupun kelas dapat digantikan kepada hari yang lain, tetapi
keadaan ini akan menjejaskan sistem pembelajaran dan pengajaran guru serta
pelajar. Sebagai contoh, apabila kelas digantikan kepada hari lain, iaitu tempoh
yang berhampiran dengan minggu peperiksaan, guru dan pelajar terpaksa
menghabiskan silabus dengan tergesa-gesa. Keadaan ini amat memburukkan
pelajar kerana mereka tidak dapat menerima pengetahuan yang sepatutnya dengan
baik. Para guru mungkin tidak dapat mengajar kesemua topik yang terdapat dalam
silabus disebabkan kesuntukan masa.

Para pelajar terpaksa belajar dan memahami topik tersebut semula dan
seterusnya menduduki peperiksaan dalam kekeliruan. Akhirnya keputusan yang
mereka perolehi tidak begitu memuaskan. Statistik keputusan telah menurun.
Keadaan ini dengan secara tidak langsungnya telah memberi kesan buruk kepada
sistem pendidikan. Para guru dan pelajar terpaksa membuat kelas tambahan
selepas tamat persekolahan bagi meningkatkan kefahaman mereka terhadap
silabus. Jadi, ternyatalah bahawa strok haba dapat memberi kesan kepada
pendidikan.
3. Mencadangkan beberapa tindakan yang boleh diambil sebagai langkah
kawalan ke atas isu-isu tersebut termasuk penglibatan Malaysia dalam
menyelesaikan isu-isu tersebut.

Langkah-langkah kawalan :

i. Bahan permukaan bangunan bandar :

Pembangunan yang optimum dengan menggunakan bahan binaan yang


sesuai dapat mengurangkan penyerapan haba daripada matahari. Bangunan-
bangunan di sekitar bandar yang mempunyai bumbung logam yang diperbuat
daripada aluminium, zink, tembaga atau keluli tahan karat yang mempunyai
kelemahan sebagai konduktor haba yang sangat berkesan. Hal ini membolehkan
bangunan untuk menyerap haba dan seterusnya meningkatkan suhu di sekeliling
bandar.
Pembinaan atap tambahan perlu ada dan permukaan bangunan dengan
atap tambahan tersebut perlu mempunyai jarak dalam beberapa inci untuk
membolehkan pengaliran udara yang mencukupi di sekitar bangunan. Penebat
haba atau pembinaan siling palsu akan memberi kesan yang positif yang sama.
Haba masuk dan keluar dari rumah melalui bumbung, dinding, tingkap dan lantai.
Dinding dalaman, pintu dan pengaturan bilik menjejaskan pengagihan haba dalam
rumah.
Geometri bangunan yang optimum merupakan bangunan yang
menggunakan bahan-bahan binaan seperti blok konkrit untuk dinding dan genting
konkrit. Blok konkrit dan genting konkrit ini mempunyai kelebihannya iaitu dapat
menyimpan lebih banyak haba jika dibandingkan dengan bata dan genting yang
dipererbuat daripada tanah liat.
Selain itu, untuk membina sebuah bangunan yang dapat menghalang
penyerapan haba daripada matahari, kita boleh menggunakan bahan-bahan yang
diperbuat daripada keluli untuk bumbung. Bahan-bahan keluli merupakan pengalir
haba yang baik dan berupaya mengalirkan haba matahari ke dengan cepat.
Penebatan yang sempurna diperlukan untuk menghalang pengaliran haba melalui
bahan bumbung.
Sekiranya bangunan dibina dengan mengabaikan kesan orientasi terhadap
peningkatan haba matahari. Penambahan haba daripada matahari akan berlaku
dan suhu dalaman akan meningkat lebih tinggi lagi. Oleh itu, bagi mengurangkan
pendedahan kepada sinaran terus daripada matahari, kerajaan telah membina
banyak bangunan yang sengaja dibina dengan fasad panjangnya menghadap arah
barat dan timur serta dengan bukaan dinding berkaca yang luas pada bahagian ini.
ii. Penghijauan bandar :
Bagi mengurangkan fenomena pulau haba, kerajaan perlu mewujudkan
kawasan hijau dalam bandar atau program penghijauan bandar dengan menanam
pokok-pokok peneduh di kawasan rizab bandar. Kerajaan perlu menggalakkan
rakyat supaya berusaha menanam tumbuhan hijau di sekitar bandar. Tumbuhan
hijau dan pokok dapat menyerap karbon dioksida yang merupakan penyumbang
kepada ketinggian suhu dan seterusnya menyejukkan kawasan bandar.
Pokok-pokok dan tumbuhan hijau memainkan peranan yang sangat
penting, iaitu dengan menyerdahanakan suhu di sekitar bandar. Kerajaan perlu
memperkenalkan inisiatif-inisiatif bagi mencapai taraf bandar raya hijau sebagai
satu langkah mewujudkan persekitaran mapan dengan mengurangkan suhu bandar.
Inisiatif yang pertama ialah dengan mengamalkan dasar penghijauan hijau. Dasar
ini boleh dilakukan dengan menanam pokok teduhan di sekitar bandar. Pokok
teduhan biasanya mempunyai batang yang besar dan daunnya ditumbuh dengan
lebat.
Inisiatif yang kedua yang boleh diperkenalkan oleh kerajaan ialah
penggunaan kaedah kreatif bagi penanaman yang padat, penghijauan bumbung,
landskap mendatar dan landskap tegak. Dengan membanyakkan penanaman
tumbuhan hijau bermakna dapat meningkatkan proses sejatan di kawasan bandar
dan mengurangkan kadar penyimpanan haba pendam oleh bahan-bahan binaan.
Dengan itu, keadaan persekitaran bandar menjadi lebih sejuk apabila kadar
kelembapan bandingan lebih tinggi.Tumbuh-tumbuhan dan pokok bukan sahaja
dapat menurunkan suhu di kawasan bandar malah, dapat memberi teduhan kepada
masyarakat pada cuaca yang panas.
Penghijauan bumbung boleh dijalankan dengan kaedah yang berbeza.
Kaedah yang paling mudah adalah untuk mereka bentuk permukaan dalam bentuk
sudut hijau, disusun dengan tab atau bekas dengan tumbuh-tumbuhan. Kerajaan
boleh menguruskan tumbuh-tumbuhan dan seluruh permukaan.
Landskap mendatar merupakan bangunan yang reka bentuknya
melibatkan penggunaan komponen mendatar sahaja khususnya, rumput tahap,
kerikil, batu kecil, tumbuh-tumbuhan penutup bumi, yang tidak memerlukan
penjagaan khas dan sebagainya. Penggunaan komponen mendatar ini adalah lebih
memudahkan. Selain itu, tumbuh-tumbuhan yang digunakan sedikit sebanyak dapat
menyejukkan permukaan bandar. Bagi landskap intensif pula, penggunaan unsur-
unsur menegak termasuk pokok renek dan pokok-pokok.
iii. Mengehadkan nisbah tinggi-lebar ngarai jalan :
Nisbah tinggi-lebar ngarai jalan yang sesuai dapat mewujudkan satu laluan
bagi aliran angin dan mengurangkan penyerapan haba matahari melalui teduhan.
Langkah ini dapat memberi keadaan yang selesa dengan mewujudkan suhu yang
sederhana bagi penghuni yang tinggal di bandar.
Pengehadan nisbah tinggi-lebar ngarai dapat mewujudkan pengudaraan
semula jadi. Pengudaraan semula jadi boleh memastikan akses dalaman seni bina
untuk udara segar dan mengeluarkan haba yang berlebihan. Pengudaraan semula
jadi ini sangat menjimatkan kerana tidak menggunakan kuasa, tenaga, pelaburan
peralatan dan kos operasi. Oleh itu, ia adalah satu cara yang kos efektif
pengudaraan. Walau bagaimanapun, pengudaraan semula jadi berkait rapat
dengan keadaan cuaca luar.
Nisbah tinggi-lebar ngarai jalan yang dihadkan juga dapat menghalang
cahaya matahari daripada dipancar terus ke permukaan jalan, terutamanya di
kawasan bandar. Keadaan ini dapat mengurangkan haba matahari di kawasan
bandar daripada terus meningkatkan suhu bandar.
iv. Meningkatkan kawasan badan air :
Peningkatan kawasan badan air perlu dilakukan supaya suhu di sekitar
bandar dapat diturunkan dan sekaligus mengelakkan pulau haba daripada berlaku.
Usaha membanyakkan kawasan pancutan air di kawasan bandar dapat
mengurangkan kadar suhu yang tinggi. Pancutan air mampu meningkatkan kadar
kelembapan bandingan dan dengan itu, mengurangkan suhu sekitaran dalam
bandar. Selain itu, pembinaan pancutan air juga boleh digunakan sebagai hiasan di
kawasan bandar yang dapat menarik perhatian pelancong seperti pancutan air yang
terdapat di KLCC, Kuala Lumpur.
Di samping itu, kerajaan boleh mewujudkan lebih banyak tasik di sekitar
bandar. Tasik buatan manusia yang mempunyai keluasan yang besar dapat
menyerapkan haba daripada matahari. Keadaan ini dapat menurunkan suhu di
sekitar kawasan tersebut dengan meningkatkan suhu tasik. Oleh itu, bandar yang
mempunyai tasik di sekelilingnya mempunyai terma yang selesa berbanding dengan
bandar lain yang tidak ada tasik. Kewujudan tasik secara tidak langsung dapat
mengelakkan fenomena pulau haba daripada berlaku dan menjaminkan
kesejahteraan manusia.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, pulau haba yang berlaku terutamanya di sekitar
bandar akan menyebabkan serangan strok haba dalam kalangan masyarakat.
Pulau haba yang merupakan satu fenomena di mana suhu di kawasan bandar
terlalu tinggi berbanding dengan kawasan lain telah menjejaskan kesejahteraan
hidup masyarakat. Selain itu, kesihatan masyarakat juga turut diancam. Hal ini
demikian kerana serangan strok haba ini akan mengakibatkan kematian. Seperti
yang dinyatakan, pulau haba bukan sahaja memberi kesan kepada sosial malah,
juga memberi kesan kepada pendidikan dan ekonomi. Jadi, penglibatan Malaysia
dalam menyelesaikan fenomena ini adalah penting. Kerajaan haruslah mengambil
pelbagai insiatif bagi mengatasi fenomena ini supaya kesejahteraan rakyat terjamin
dan seterusnya melahirkan sebuah Negara yang tenteram dan maju.

You might also like