You are on page 1of 2

Kesan Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan Pengkorpotan dan penswastaan pusat-pusat kesihatan awam akan membawa kepada kos yang

lebih tinggi, dan mengakibatkan peningkatan bayaran yang dikenakan kepada pengguna. Di samping itu pusat kesihatan swasta muncul dengan pesatnya, yang mana kesannya akan menghadkan peluang rakyat untuk mendapatkan khidmat kesihatan sejagat yang bermutu. Sektor swasta yang mewah telahpun menarik pakar-pakar perubatan keluar daripada perkhidmatan kesihatan awam. Dekad ini melihat penghijrahan doktor pakar, doktor, jururawat, juruteknik dari pusat-pusat kesihatan awam. Ini sudah tentunya meninggalkan kesan negatif terhadap mutu khidmat di hospital kerajaan untuk rakyat yang berpendapatan rendah dan yang tidak mampu mendapatkan perkhidmatan swasta. Malah dalam keadaan kegawatan ekonomi sekarang ini, pusat-pusat kesihatan kerajaan bertambah bebannya kerana ramai orang yang tidak mampu mendapatkan perkhidmatan swasta telah memilih perkhidmatan kesihatan awam yang lebih murah itu. Manakala hospital swasta pula mengalami kerugian apabila pelanggannya berkurangan dan kemudahan serta kakitangan perubatannya pula tidak digunakan dengan sepenuhnya. Untuk menangani isu peningkatan kos perkhidmatan kesihatan, kerajaan telah merancang untuk menubuhkan skim kewangan kesihatan kebangsaan supaya setiap orang berpeluang untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang telah dikorporat dan diswastakan. Namun, tiada perbincangan dan maklumat terperinci tentang skim kewangan kesihatan kebangsaan ini dan ia menimbulkan pula keraguan dan kerisauan orang awam serta para pekerja sektor kesihatan. Siapakah yang akan membayar premium dan siapakah pula yang dilindungi? Contohnya, apakah pihak majikan terpaksa membayar sebahagiannya, seperti pembayaran KWSP, dan apakah suami perlu membayar premium untuk isteri yang tidak keluar bekerja, serta juga anak-anak mereka? Bagaimana pula bayaran distrukturkan bagi pekerja sendiri seperti penjaja, petani dan para nelayan? Dan juga bagaimana kadar premium ditentukan, apakah ianya akan distruktur secara progresif? Perkhidmatan apakah yang akan diberi? Apakah ianya akan merangkumi perkhidmatan asas seperti imunisasi, khidmat ibu mengandung dan bersalin, perancangan keluarga; atau juga akan termasuk perkhidmatan berteknologi tinggi seperti dialisis, pembedahan jantung dan khidmat imbasan resonan magnetik? Pada jangka masa panjangnya pula, apabila kos perkhidmatan kesihatan meningkat tinggi, apakah seseorang itu akan memerlukan tambahan insuran kesihatan peribadi untuk menampung khidmatkhidmat yang tidak dilindungi oleh skim kerajaan? Skim kewangan kesihatan kebangsaan, termasuklah juga pengkorporatan dan penswastaan, sudah tentunya amat berbeza daripada sistem perkhidmatan kesihatan yang biasa kita alami di masa silam, dan sedikit sebanyak masih wujud pada hari ini. Sudah tentu beberapa perubahan tertentu tidak boleh dielakkan, namun demikian mestilah mempertahankan prinsip hak-hak perkhidmatan kesihatan yang mampu ditanggung oleh orang ramai. Tindakan:

1. Hentikan pengkorporatan dan penswastaan pusat-pusat kesihatan awam. Kembalikan

peruntukan kewangan kepada sektor kesihatan awam. Negara mempunyai tanggungjawab besar ke atas khidmat kesihatan seluruh rakyat.

2. Kawal kadar bayaran perkhidmatan kesihatan awam. Bentuk sebuah badan kawalan yang

3. Demi ketelusan dan kerjasama, butir-butir skim kewangan kesihatan kebangsaan perlu
bahawa:

dianggotai oleh kumpulan-kumpulan berkepentingan awam, pertubuhan pengguna dan wanita dalam merumuskan jadual bayaran perkhidmatan kesihatan yang akan digunakan sebagai garis panduan, dan untuk mengawasi mutu perubatan dan perkhidmatan. Rancang satu dasar pengeluaran dadah generik untuk mengawal pembekalan dan harga bahan ubat-ubatan. didedahkan kepada orang ramai untuk menjamin proses demokrasi dalam memajukannya.

4. Jika tabung perlindungan kesihatan kebangsaan akan ditubuhkan, maka perlu dipastikan

terjamin perkhidmatan kesihatan untuk semua rakyat, dan ianya dilaksanakan dengan kos yang minima seperti sekarang ini; premium distruktur secara progresif; wujudkan satu rancangan kesihatan yang menyeluruh termasuk perkidmatan-perkhidmatan mengandung, bersalin dan pasca bersalin; perkhidmatan perancang keluarga serta pemeriksaan kesihatan reproduktif; serta juga pembiayaan kolektif bagi malapetaka kesihatan.

5. Memperbaiki peluang dan mutu perkhidmatan kesihatan untuk semua wanita. Menggubal satu
dasar khidmat mesra gender bagi seluruh fasa hayat wanita, dari bayi hingga ke hari tua mereka. Memberi tumpuan khusus betapa pentingnya perkhidmatan kesihatan reproduktif yang mesra kepada perempuan muda tanpa mengira status kekeluargaannya. Laksanakan program peka gender bagi pengurus dan kakitangan perkhidmatan kesihatan untuk menjamin bahawa mereka mempunyai sikap yang positif apabila memberikan perkhidmatan mereka kepada wanita di semua peringkat umur dan bagi semua status sosial. keperluan kesihatan mereka, temasuk kesihatan reproduktif. Pastikan semua majikan ada memberikan skim kesihatan kepada pekerja pendatang asing wanita mereka. kesihatan mereka, dan juga kemudahan-kemudahan perkhidmatan kesihatan yang dapat menampung keperluan mereka.

6. Rumuskan satu skim kesihatan pendatang asing wanita yang dapat menangani dengan wajarnya 7. Jalankan kempen kesedaran dan pendidikan di kalangan wanita bagaimana untuk menjaga

You might also like