You are on page 1of 4

LAPORAN PELANCARAN PROGRAM HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (HIP)

1.0 TAJUK PROGRAM


1.1 Majlis Pelancaran Program Highly Immersive Programme (HIP)
Peringkat Sekolah.

2.0 TARIKH PELAKSANAAN


Tarikh : 27 Mac 2017
Masa : 7.30 – 8.30 pagi

3.0 TEMPAT
3.1 Dewan SK Seri Murni, KL.

4.0 TEMPOH
4.1 Sepanjang tahun

5.0 OBJEKTIF
Program HIP bertujuan untuk:
4.1 Mewujudkankan persekitaran highly immersive yang menggalakkan
pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah.
4.2 Meningkatkan pengunaan dan penguasaan bahasa Inggeris dalam
kalangan murid.
4.3 Meningkatkan penglibatan murid secara lebih aktif dalam aktiviti
Bahasa Inggeris di sekolah.
4.4 Menggalakkan pemimpin sekolah memainkan peranan penting dalam
merancang perlaksanaan aktiviti bahasa Inggeris di sekolah dan
4.5 Memastikan penglibatan ibu bapa yang lebih aktif dalam pembelajaran
Bahasa Inggeris murid.

6.0 AJK PELAKSANA


JAWATANKUASA PELANCARAN PROGRAM HIGHLY IMMERSIVE ROGRAMME
(HIP)
Penaung : Puan Wan Salmiah Binti Ismail, Guru Besar
Pengerusi : Puan Hafizah Binti Abdullah, PK Kokurikulum
Naib pengerusi : (1) Encik Mohd Hazni Bin Mohd Hanafiah, PK T/K
(2) Puan Siti Khadizah Binti Ismail, PK HEM
Penyelaras Program : Puan Alia Binti Ismail
Juruacara : Puan Norjannah Binti Abdullah Halim
Bacaan Doa : Adik Muhammad Zulhusni Bin Marzulhisyam
Disiplin : 1) Puan Rahayu Binti Abu Bakar
2) En Apipi Rashdan bin Johari
3) En Abdul Rasid bin Hamdan
PA Sistem : En Mohd Azman bin Awang Ali
Fotografi : En. Ahmad Roskhairil Hisyam bin Tajudin

7.0 AKTIVITI PELAKSANAAN


7.30 pagi Murid – murid dan guru-guru mengambil tempat di tapak perhimpunan
7.35 pagi Ucapan Pengerusi Majlis – Juruacara (pengawas bertugas)
7.40 pagi Bacaan doa oleh pengawas bertugas
7.45 pagi Nyanyian 4 buah lagu (lagu Negaraku, Lagu Wilayah, dan Lagu
Sekolah) dan Ikrar
7.50 pagi Ucapan guru bertugas dan guru bertugas minggu sebelumnya
8.00 pagi Ucapan perasmian pelancaran program HIP oleh En Mohd Hazni Bin
Mohd Hanafiah – PK Tadbir dan Kurikulum
8.10 pagi Tayangan video HIP
8.15 pagi Taklimat pelaksanaan HIP di SK Seri Murni
8.25 pagi Ucapan penutup oleh Pengerusi Majlis.
8.30 pagi Majlis bersurai.

8.0 KUMPULAN SASARAN


Semua pelajar, guru dan kakitangan SK Seri Murni, KL.
9.0 IMPAK
8.1 Mendapat kerjasama daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan
Majlis Pelancaran Highly Immersive Programme (HIP).
8.2 Dapat memberi pendedahan lebih meluas kepada murid akan
pengunaan Bahasa Inggeris.
8.3 Memupuk minat dan motivasi murid-murid terhadap pengunaan
Bahasa Inggeris secara optimum.

10.0 LAPORAN
Majlis Pelancaran Program Highly Immersive Programme telah diadakan dengan
jayanya pada 27 Mac 2017 dengan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa
yang dilantik. Majlis ini telah berjalan dengan baik sebagaimana yang telah
dirancangkan. Pelaksanaan program ini merupakan satu titik permulaan kepada
aktiviti-aktiviti Bahasa Inggeris yang akan diadakan di sekolah sebagai salah satu
perintis sekolah di zon Sentul yang terlibat di dalam program ini yang berkuatkuasa
pada tahun 2017. Program Imersif Tinggi (HIP) merupakan sebuah program yang
diperkenalkan di bawah dasar MBMMBI yang bertujuan untuk meningkatkan
penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid, melalui pendedahan
yang lebih tinggi kepada Bahasa inggeris di sekolah.
Ucapan Perasmian Highly Immersive Programme telah disampaikan oleh Encik
Mohd hazni Bin mohd hanafiah, Penolong Kanan Tadbir dan kurikulum SK Seri
Murni sekaligus merasmikan majlis tersebut. Dalam ucapan perasmian beliau
menasihatkan dan memberi peringatan kepada pelajar supaya membiasakan diri
dengan amalan pengunaan Bahasa Inggers tidak kira di mana sahaja berada.
Disamping itu, beliau menggalakkan para pelajar agar mengikuti d an mengambil
bahagian dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh panitia Bahasa Inggeris.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan tayangan video tentang rasional dan
kepentingan pelaksanaan highly immersive program di sekolah-sekolah di Malaysia.

11.0 PENUTUP
Majlis ini adalah titik permulaan kepada Highly Immersive Programme yang akan
mewujudkan suasana Bahasa Inggeris secara berperingkat. Semoga dengan
adanya program seumpama ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar disamping
menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai minat terhadap bahasa kedua ini,
iaitu Bahasa Inggeris di kalangan warga sekoah serta melahirkan pelajar yang
mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam menggunakan Bahasa Inggeris.
12.0 LAMPIRAN
Gambar dan video majlis disertakan pada lampiran 12.0 (Rujuk lampiran 12.0).

Disediakan oleh,

________________
(ALIA BINTI ISMAIL)
Penyelaras HIP
SK Seri Murni.

You might also like