You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS MIRI

JALAN DATUK MUIP, PIASAU JAYA


98000 MIRI SARAWAK

KERTAS KERJA
PROGRAM TAK NAK PONTENG
SEKOLAH

ANJURAN:
KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
SK PENDIDIKAN KHAS MIRI

DENGAN KERJASAMA:
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SK PENDIDIKAN KHAS MIRI
1.0 PENGENALAN

Ponteng sekolah adalah masalah tingkah laku yang dihadapi di setiap peringkat
sekolah. Masalah tingkah laku ini bukan sahaja memberi kesan kepada diri murid itu
sendiri bahkan juga kepada sekolah. Oleh hal yang demikian, Kelab Pencegah
Jenayah ingin mengadakan sebuah program ‘Tak Nak Ponteng’ kepada murid-murid
di Sekolah Pendidikan Khas Miri. Program ini merupakan salah satu usaha untuk
memberi maklumat kepada masyarakat, khususnya murid-murid sekolah tentang
implikasi-implikasi yang bakal dihadapi apabila masalah tingkah laku ini tidak diberi
perhatian yang sewajarnya.

2.0 MATLAMAT

Program ini diharapkan dapat memberikan kesedaran kepada murid SKPK Miri
tentang salahlaku ponteng sekolah. Bukan itu sahaja, murid-murid akan didedahkan
dengan kesan dan akibat yang akan mereka hadapi apabila melakukan salahlaku ini
secara sengaja mahupun tidak. Hal ini demikian dipercayai akan sekaligus
mengurangkan salah laku tersebut.

3.0 OBJEKTIF

1. Memberikan kesedaran kepada murid tentang kepentingan hadir ke


sekolah.
2. Murid dapat menyedari dan memahami implikasi ponteng sekolah.
3. Mewujudkan sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri.

4.0 BUTIRAN PROGRAM

Tarikh : 04 April 2023 / Selasa


Hari : Selasa
Masa : 8.00 pagi - 9.40 pagi
Tempat : Dewan Sekolah Pendidikan Khas Miri

5.0 SASARAN

Semua murid Sekolah Pendidikan Khas Miri

6.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Encik Iswandi bin Ismail (Guru Besar)


Naib Pengerusi I : Encik Salihin bin Ahmad (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi II : Encik Mohamad Abidin bin Sipek (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi III : Puan Ling Mee Choo (PK HEM)
Penyelaras : Puan Aida Masturina binti Hamka

7.0 AHLI JAWATANKUASA KERJA

AJK TUGAS
Pengacara Majlis  Menyediakan skrip pengacara majlis dan
1. Puan Sabariah binti Solhi
mengendalikan acara semasa program
berlangsung.

Bacaan Doa  Menyediakan teks doa.


1. Encik Muhammad
Zulhusaini bin Abdul Wahab  Membaca doa semasa program.

Teknikal dan Siaraya  Memastikan peralatan ICT berfungsi dengan baik.


1. Kumpulan Bertugas
Minggu 3  Memastikan tayangan video, lagu, atau powerpoint
berjalan dengan lancar.

Jurubahasa Isyarat  Menjadi penterjemah untuk murid masalah


1. Puan Jeriah anak Simon
pendengaran semasa majlis berlangsung.

Persiapan Tempat  Menyusun kerusi meja sebelum dan selepas


1. Kumpulan Bertugas
majlis.
Minggu 3

Gimik  Melatih murid untuk menjayakan gimik pada hari


1. Guru Penasihat Kelab
program berlangsung.
Pencegah Jenayah

Pengawasan dan  Mengawas dan mengawal pergerakan murid


Pengawalan Murid
sepanjang program berlangsung.
1. PPM

8.0 ATUR CARA PROGRAM TAK NAK PONTENG

MASA AKTIVITI
8.00 pagi - Persiapan tempat
- Pergerakan murid menuju ke dewan

8.15 pagi - Ucapan daripada Penolong Kanan Pentadbiran SKPK Miri

8.30 pagi - Gimik


- Ceramah mengenai disiplin
9.00 pagi - Ceramah Tak Nak Ponteng

9.40 pagi - Bersurai


9.0 PENUTUP

Diharapkan agar Program Tak Nak Ponteng ini dapat dilaksanakan dengan
jayanya dan mencapai objektif seperti yang dirancang. Semoga program ini mampu
memberi impak yang positif kepada murid agar lebih bermotivasi tinggi untuk
membantu mengekalkan serta menaikkan lagi prestasi sekolah dari segi kualiti
pencapaian akademik, sahsiah dan kokurikulum bagi melahirkan murid yang
cemerlang dalam segenap aspek kehidupan.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disah oleh,

……………………………. …………………………….. ……………………………..


(Puan Aida Masturina binti (Encik Salihin bin Ahmad) (Encik Iswandi bin Ismail)
Hamka) PK Kokurikulum, Guru Besar,
Penyelaras Program, SKPK Miri, Sarawak. SKPK Miri, Sarawak.
SKPK Miri, Sarawak.

You might also like