You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT UNIT HAL EHWAL MURID SK SEBAUH BILANGAN 2/2019

Tarikh : 12 Mac 2019 ( Selasa)


Masa : Pukul 2.30 petang
Tempat : Bilik Kurikulum SK Sebauh
Pengerusi : Encik Munong Anak Ugak (Penolong Kanan HEM SK Sebauh )

Kehadiran

I. Encik Munong Anak Ugak - Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)
2. Ustaz Mohd. Noor Azman bin Md Noor - Warden
3. Cik Nurul Syafiqah binti Badruddin - Warden
4. Encik Ruduan bin Ahim - Pembantu Pengurusan Murid Asrama (PPMA)
6. Encik Ismail bin Jamaluddin - Penyelia Asrama
7. Puan Cecilia Rasa - Pembantu Pengurusan Murid Asrama (PPMA)
8 Encik Mark Eston - Guru Bimbingan & Kaunseling

Tidak hadir:
Encik Mark ( Kursus Bimbingan dan Kaunseling di Bintulu)

Agenda

1. Ucapan alu aluan pengerusi

1.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua ahli pengurusan asrama yang dapat hadir
mesyuarat Bil.2/2019 pada petang ini

1.2 Mesyuarat kali ini bertujuan untuk mendapatkan laporan dalam suku pertama
pengurusan asrama sesi 2019 dan pembentangan kepada tuan Guru Besar pada
mesyuarat Ketua Unit Pengurusan (KUP) bagi unit HEM.
1.3 Berharap semua unit dapat membentangkan semua program atau aktiviti yang telah
dirancang, dilaksanakan, sedang dilaksanakan dan akan dilaksanakan.
Semua aktiviti perlu ada kertas kerja/konsep dan laporan prlu dibuat secara bertulis
berserta cadangan penambahbaikan. ( Eviden boleh dalam bentuk analisis, bergambar dan
video)

1.4 Berharap gandingan baru dalam pengurusan asrama kali ini dapat merealisasikan KPI
asrama dan memberi perubahan baru dalam aktiviti asrama.

1.5 Memohon semua ahli dalam pengurusan asrama dapat memberi perubahan baru dan dapat
memberi sumbangan secara maksimum kea rah TS25 iaitu sekolah berprestasi tinggi dan
kemenjadian murid.

1.6 Menjelaskan bahawa penilaian kendiri Standard Kualiti Pengurusan Asrama (SKPA)
meningkat skor komposit dari 74.56% pada tahun 2017 (band 2) kepada 80.0% tahun 2018
(band2). Bagi tahun 2019 KPI sekolah skor kompositmeningkat kepada 85% dan band 2.

1.7 Memaklumkan bahawa SKPMg2 keseluruhan 3.3, SK Sebauh mendapat 88.89% pada tahun
2018 dan perlu ditingkatkan lagi ke 90%.
Tindakan : Makluman

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Bil. 1/2019

2.1 Minit Mesyuarat Bilangan 1/2019 disahkan oleh Cikgu Syafiqah dan disokong oleh Ustaz
Azman.

3. Perkara perkara berbangkit.

3.1 Buku laporan harian asrama hendaklah digunakan sepenuhnya oleh warden dan penyelia
asrama.
4. Perbentangan Unit Pengurusan Asrama Sesi 2019

4.1 Unit sahsiah disiplin

4.1.1 Program Sehari Bersama Waris. Program ini dijalankan sewaktu minggu murid tinggal di
asrama. Ibu bapa dibenarkan untuk melawat anak-anak di asrama. Program ini juga
bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan pihak asrama dengan ibu bapa.
4.1.2 Program Jom Solat. Program ini mensasarkan murid yang beragama Islam untuk
melakukan ibadah solat 5 waktu di surau asrama. Program ini telah berlangsung sejak
Januari lagi.
4.1.3 Program Pemupukan Sifat-sifat Terpuji. Program ini bertujuan untuk menerapkan sifat-
sifat terpuji dalam diri murid seperti tolong menolong, bekerjsama dan hormat-
menghormati.
4.1.4 Program Penghayatan Nilai-nilai Murni. Program ini bertujuan untuk menyuntik nilai-nilai
murni dalam diri murid seperti mengemas tempat tidur, menyusun selipar dan menolong
guru.

Tindakan : Ustaz Azman

4.2 Unit Kurikulum

4.2.1 Program kelas tuisyen Tahun 6. Cikgu Syafiqah memaklumkan bahawa beliau akan
mengadakan kelas tuisyen untuk subjek kritikal(Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris)
pada hari Selasa (8 hingga 9 malam).
4.2.2 Program “ Facilitator Cilik” SK Sebauh. Program ini bertujuan melahirkan facilitator untuk
mengendalikan aktiviti Ice Breaking & Team Building di sekolah. Seramai 10 orang murid
asrama terlibat dengan program ini.
4.2.3 Program Bijak Baca/Bachaton. Program bacaan yang diadakan pada sebelah petang
bermula pukul 2 hingga 3 petang. Semua guru terlibat dengan program Bachaton.
4.2.4 Program SISKA.
Tindakan : Cikgu Syafiqah

4.3 Unit KOkurikulum

4.3.1 Kebitaraan Asrama adalah Olahraga. Pencapaian tertinggi murid setakat ini adalah
peringkat Negeri.

4.3.2 Pertandingan futsal, takraw dan permainan tradisional diadakan dua bulan sekali.
4.3.3 Program Pencarian Bakat Seni Cilik. Pihak asrama berhasrat mencungkil bakat bercerita,
berpidato dan berpuisi dalam kalangan murid asrama.

Tindakan : Encik Ruduan

4.4 Unit 3K ( Kesihatan, Kebajikan dan Keselamatan)

4.4.1 Puan Cecilia memaklumkan Program Keselamatan iaitu Latihan Pengosongan Bangunan
Asrama yang telah dilaksanakan dengan jayanya pada 24 Januari 2019. Program ini
dijalankan pada 3 fasa. Fasa kedua program ini akan melibatkan pihak bomba yang akan
dijemput untuk mengadakan latihan keselamatan di asrama.

4.4.2 Puan Cecilia memaklumkan system keluar masuk murid asrama di SK Sebauh adalah
berdasarkan Buku Pelaporan Pergerakan Murid Asrama. Murid-murid wajib mengisi
buku Pergerakan Murid sewaktu masuk dan keluar asrama. Murid juga perlu
meletakkan pass murid di pondok pengawal keselamatan semasa keluar dari asrama.

4.4.3 Puan Cecilia juga memaklumkan bahawa beliau telah mengadakan ceramah
Penggunaan Jaket Keselamatan khusus untuk murid yang menggunakan pengangkutan
air.

4.4.4 Puan Cecilia juga telah mengadakan ceramah “Rabies” fasa 1 pada bulan Februari dan
akan diteruskan dengan fasa 2 pada bulan April. Beliau mencadang agar pihak sekolah
menjemput pihak bertanggungjawab dari Klinik Kesihatan Sebauh untuk memberikan
ceramah “Rabies”.

4.4.5 Puan Cecilia memaklumkan tentang program Social Individual Responsibilities (SIR) di
mana ibu bapa dialu–alukan untuk menderma pakaian, kelengkapan alat tulis,
kelengkapan tidur untuk kegunaan murid asrama.
Tindakan : Puan Cecilia

4.5 Unit Dewan Makan dan Keceriaan

4.5.1 Encik Ismail memaklumkan bahawa pihak asrama telah mengadakan Program Gotong
Royong Asrama pada 16 Februari 2019. Ibu bapa dijemput untuk bersama-sama
membersihkan kawasan dan menceriakan kawasan asrama.
4.5.2 Program keceriaan “Asramaku, Rumahku” akan diadakan pada bulan April. Program ini
bertujuan untuk menceriakan Dewan Makan murid asrama.
4.5.3 Program Landskap Asrama akan dijalankan pada bulan April nanti. Program ini bertujuan
Untuk menceriakan kawasan asrama dan memberi keselesaan kepada murid-murid.
4.5.4 Program Taman Botani akan dijalankan juga pada April nanti. Program ini bertujuan
Untuk mewujudkan Taman Sains dimana tanaman tersebut akan ditanam oleh murid-
murid asrama sendiri.

Tindakan: Encik Ismail

4.6 Aktiviti Keagamaan

4.6.1 Usta Azman mengadakan Program Kerohanian untuk murid Islam asrama setiap hari
bermula jam 6.30 petang sehingga 7.30 malam. Antara pengisian program ini adalah
solat Maghrib berjemaah dan bacaan Yaasin manakala murid Iban akan mengikuti
pengisian Moral oleh Puan Cecilia.

Tindakan : Ustaz Azman

4.7 Aktiviti Senggang

4.7.1 Program Bachaton selama 1 jam bermula pada pukul 2 hingga 3 petang. Kemudian,
murid akan berehat di bilik selama 1 jam. Pada pukul 4.30 petang murid akan beriadah
di padang.

4.8 Perbincangan Gred Pemarkahan SKPA 2018

4.8.1 Terdapat beberapa perubahan pada gred pemarkahan SKPA. Perubahan tersebut telah
dipersetujui oleh semua ahli Unit Pengurusan Asrama.

4.9 Perbincangan Isu Bekal Makanan bersama Kontraktor


4.9.1
5. Hal-hal lain

Pengerusi memaklumkan kepada semua ahli untuk menyediakan senarai semak semua
Aktiviti yang telah dirancang dan dilaksanakan sepanjang Januari hingga Mac.

6. Penutupan
Mesyuarat ditangguh pada pukul 5.00 petang oleh Puan Cecilia dan disokong oleh
semua. Mesyuarat seterusnya akan ditetapkan tarikh kemudian.

………………………………. ………………………………...

Disediakan oleh : Disemak oleh:

NURUL SYAFIQAH BADRUDDIN MUNONG ANAK UGAK

Setiausaha Unit HEM Penolong Kanan Unit HEM

Tarikh : Tarikh :

You might also like