You are on page 1of 5

தேசிய வகை சுங்கை பாக்காப் தமிழ்ப்பள்ளி

S J K TAMIL SUNGAI BAKAP


14200 SUNGAI JAWI
Tel & Faks : 04-582 7377 : PBD4034
Email: pbd4034@jpnpp.edu.my Kod Sekolah

________________________________________________________________
MINIT MESYUARAT HEM KALI – 2 2022/2023

Tarikh : 17.6.2022 (Jumaat)


Masa : 12.00 Tengahari
Tempat : Pusat Sumber

Kehadiran :

1. En.L.Murugan (Guru besar)

2. Pn.R.Yogeswari (PK 1)

3. Pn.R.Puvanes (PK Hem)


4. En.Y.Loganathan (PKKK)
5. Pn.G.Susilah
6. Pn.S.Puspalatha
7. Cik.S.Usha Dewi
8. Pn.M.Jessica Jeevankumari
9. Pn.P.Cithra
10. Pn.S.Santhiya
11 .Pn.S.Sheela
12. Pn.R.Eyaminy
13. Pn.K.Sumathi

14. En.M.Purushothman

Tidak Hadir :

En.Ravindran@Richard (mesyuarat)

AGENDA :
1. Ucapan Aluan Tuan Guru Besar

2. Ucapan Penolong Kanan Hem

3. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang pertama

4. KPI unit masing-masing

5. Hal-hal lain

1. UCAPAN ALUAN TUAN GURU BESAR


1.1 – Guru Besar telah mengalu-alukan kedatangan semua guru ke mesyuarat

Hem kali ke 2 2022/2023.

1.2 –Bahagian Hem diuruskan dengan baik dan tahniah kepada PK Hem dan

semua Bidang Hem.

1.3- Segala program berjalan dengan baik dibawa salingan Pn.Puvanes.

2. UCAPAN PENOLONG KANAN HEM


2.1 - Pn.R.Puvanes selaku PK Hem telah mengalu-alukan kedatangan

semua guru ke mesyuarat Hem Kali kedua bagi tahun 2022/2023.

3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


3.1 – PK Hem telah membaca minit mesyuarat Hem kali 1 dan ia:

Disokong oleh : Pn.S.Sheela

Disahkan oleh : Pn.K.Sumathi

4. PERKARA BERBANGKIT

Tiada

5. KPI UNIT MASING-MASING


4.1- Disiplin
4.1.1 KPI bagi bidang disiplin adalah masalah disiplin menjadi kosong peratus.
4.1.2 Empat aktiviti dirancang dan tiga aktiviti sudah dijalankan.
4.1.3 Menurut Pn.Sheela SSDM bagi bulan April dan Mei belum disahkan
kerana ada guru yang belum masuk data.

4.2- Lawatan
4.2.1 KPI bagi bidang lawatan adalah mengadakan lawatan dalam negeri
iaitu lawatan ke’ Island Pulau Pinang’.

4.3 SPBT
4.3.1 KPI bagi SPBT adalah mewujudkan bilik BOSS.
4.3.2 Menurut Pn.Santhiya tiga program telah dirancangkan.
4.3.3 Program Jom Sayangi Buku Teks akan dijalankan pada bulan ini.

4.4 RMT
4.4.1 Sebanyak 100 % murid akan mengambil makanan RMT dan Program
Susu Sekolah.
4.4.2 Sebanyak tiga program telah dirancangka bagi tahun ini. Program
pertama akan dijalankan pada bulan Julai.

4.5 KWAPM
4.5.1 Sebanyak 45 % murid telah menerima KWAPM.

4.6 PPDa
4.6.1 KPI bagi PPDa adalah mengadakan pameran denggi.
4.6.2 PK Hem menyatakan tentang isu Murid Tahun 3 yang membawa vape.
Beliau meminta guru mengadakan satu program untuk menjelaskan
keburukan vape.

4.7 3K
4.7.1 KPI 3K adalah mengambil bahagian dalam pertandingan tandas bersih.
4.7.2 Tiga program telah dirancang iaitu ‘Fire Drill’, program gotong-royong
dan pertandingan kelas tercantik.
4.8 KESIHATAN
4.8.1 KPI Kesihatan adalah mengadakan Taklimat Covid Tahun 1 hingga
Tahun 6.
4.8.2 Tiga program dirancangkan bagi tahun ini.
4.8.3 Telah menghantar maklumat suntikan ke Pejabat Kesihatan Bukit
Panchor.

4.9 BIMBINGAN DAN KAUNSELING


4.9.1 KPI bidang bimbingan dan kaunseling adalah mengadakan hari kanak-
kanak.
4.9.2 Empat program telah dirancang. Dua program sudah dijalankan.

MAKLUMAN

5.HAL-HAL LAIN

5.1 Guru-guru perlu mengemaskini fail masing-masing dan hantar kepada PK


Hem untuk semakan.
5.2 Semua guru perlu menyediakan jawatankuasa, minit dan carta gantt.
5.3 Guru yang berada di dalam kelas bagi waktu terakhir sebelum rehat perlu
membimbing dan membawa murid ke tapak perhimpunan. Ini kerana kadang-kadang guru
bertugas tidak dapat mengikuti murid disebabkan ada kelas pada waktu tersebut.
5.4 Tentatif perhimpunan mesti mengikuti urutan berikut:

-Ucapan pengerusi majlis


- Nyayian lagu Negaraku lagu Negeri Pulau Pinang dan lagu sekolah
-Bacaan doa
-Rukun Negara
-Ucapan guru bertugas
-Ucapan guru besar, PK 1, PK Hem dan PK Koko
-Persembahan murid

Tindakan: Semua guru


6.PENANGGUHAN MESYUARAT

- Mesyuarat Hem kali kedua ini telah ditangguhkan pada pukul 1.30 petang

dengan ucapan terima kasih oleh Penolong Kanan Hem.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………. ………………………
( Pn.R.Eyaminy ) (En.L.Murugan)
Setiausaha HEM Guru Besar

You might also like