You are on page 1of 3

SJK (T) JALAN CHERAS,

56100 KUALA LUMPUR.

DIALOG PRESTASI GURU BIL. 3 / 2020

Tarikh : 12 Mac 2020 (Khamis)

Masa : 1.00 pm – 4.30 pm

Tempat : Makmal Komputer

Pengerusi : Pn.R.Mariayee @ Theve

Kehadiran :-

1. Pn.R.Mariayee @Theve (Guru Besar)


2. En.K.Povaneswaran (PK Kurikulum)
3. En.K.L.Ravisundram (PK HEM)
4. Pn.P.Jayamalar (PKKO)
5. Pn.S.Shamala
6. Pn.R.Renuka
7. En.K.Kasavan
8. Pn.B.Rathimathi
9. Pn.M.Yuganeswary
10. Cik T.Sangaree
11. Pn.S.Geetha
12. Pn.Thulasi
13. Pn.J.Sithara
14. Pn.A.Khavidha
15. Pn.S.Yogeswari
16. Pn.K.Rohyini
17. En.A.Karthikh
18. En.T.Muniandy
19. Pn.U.Punithuati
20. Pn.R.Mhariamah
21. Pn.V.Ponggani
22. Pn.C.Lexcumi
23. Pn.S.Rajeswary
24. Pn.R.Indra
25. En.Ismanizan
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Guru Besar Pn.R.Theve selaku Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada
semua guru yang menghadiri dialog prestasi kali ke-3/2020.

2. PERKARA-PERKARA BAHARU

2.1 Syarahan BM- Piala Perpaduan Perdana Menteri


2.1.1 GB meminta Pn.Shamala mengumpul maklumat (nama murid dan skrip)
tentang syarahan Piala Perpaduan PM daripada Cikgu Indra yang sedang
bercuti(cuti salin.)
2.1.2 GB menyatakan bahawa PKKO Pn.Jayamalar dan Pn.Shamala perlu
menyediakan tag nombor dan menyerahkan tag tersebut kepada Gb secepat
mungkin. Gb perlu menyerahkan tag tersebut kepada SJKC Naam Kheung
yang akan menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Syarahan Piala Perpaduan
pada tahun 2021.
2.1.3 GB memaklumkan bahawa guru-guru BM perlu melatih murid-murid yang
dipilih oleh Cikgu Indra untuk pertandingan itu.
Tindakan : Makluman

2.2 Lawatan Guru

2.2.1 PK Hem En.Ravisundram meminta kelab guru merancang lawatan guru ke


Sabah. Beliau akan membantu menguruskan semua persediaan untuk
lawatan itu.
2.2.2 Guru-guru sebulat suara bersetuju untuk lawatan guru ke Sabah.
2.2.3 Pn.Lexchumi selaku Ketua Kelab Guru memberitahu bahawa beliau akan
membuat persediaan untuk lawatan itu.
Tindakan : Makluman

2.3 Cuti Deepavali


2.3.1 Gb memaklumkan bahawa cuti peristiwa sempena Deepavali akan
diselaraskan dengan sekolah-sekolah Tamil di JPWP. Maklumat terperinci
tentang cuti ini akan diumumkan selepas berbincang dalam mesyuarat MGB
JPWPKL.
Tindakan : Makluman

2.4 Pengurusan Bilik Khas – Prasekolah dan PEMULIHAN


2.4.1 Gb meminta Pn.Lexchumi selaku Guru Pra sekolah membuat persediaan
yang rapi untuk pdpc Pra sekolah. Jika terdapat murid yang lemah dan
memerlukan bantuan guru maka boleh mengadakan kelas tambahan untuk
murid-murid tersebut.
2.4.2 En.Karthik selaku Guru Pemulihan diminta mengadakan kelas pemulihan
untuk murid-murid mengikut jadual yang diberikan. Walaupun, sekolah kita
mempunyai masalah ruang dan kekurangan guru, namun kita perlu berusaha
untuk memperbaiki kelemahan ini. Kelas pemulihan harus dan wajib
dijalankan di sekolah.
Tindakan : Makluman
2.5 SKPMG2 dan Sistem Fail
2.5.1 En.Povaneswaran selaku PK Kurikulum telah menyatakan bahawa pengisian
data dalam SKPMG2 akan dijalankan pada bulan ini. Beliau meminta guru-
guru mengisi borang yang diedarkan dengan evidens-evidens yang sesuai
berdasarkan bidang tugas masing-masing.
2.5.2 PK 1 juga memaklumkan bahawa pencerapan pdpc guru akan dijalankan
oleh barisan pentadbir sekolah mengikut takwim sekolah.Guru-guru diminta
sentiasa bersedia untuk pencerapan. Pencerapan pdpc merupakan salah
satu aspek yang sangat penting dalam SKPMg2.
2.5.3 GB meminta guru-guru mengemas kini fail-fail sekolah mengikut bidang
masing-masing. Penyemakan fail akan diadakan selepas cuti sekolah. Guru-
guru diminta memastikan fail-fail dikemas kini dalam cuti sekolah ini.
Tindakan : Makluman

2.6 Tahun 6
2.6.1 GB memberitahu bahawa mesyuarat bersama ibu bapa tahun 6 perlu
diadakan.Guru kelas tahun 6 diminta memastikan program tahun 6 dijalankan
sepertimana dirancang.
2.6.2 Bengkel teknik menjawab soalan mengikut subjek akan diadakan pada cuti
sekolah ini. Guru-guru diminta mencari penceramah yang sesuai bagi
mengendalikan bengkel ini.
2.6.3 GB meminta guru kelas memastikan semua murid membayar sumbangan
UPSR yang ditetapkan. Dengan ini, kita dapat menjalankan program-program
yang dirancang dengan lancar.
2.6.4 Pn.Geetha mengedarkan senarai semak fail mengikut panitia masing-masing.
Guru-guru diminta menyediakan fail mengikut senarai semak yang
ditetapkan.
Tindakan : Makluman

3.0 Hal-hal lain

3.1 PKKO Pn.Jayamalar memaklumkan bahawa Merentas Desa akan diadakan pada
11 April 2020 ( Sabtu). Beliau meminta guru-guru menjalankan tugas-tugas
mengikut senarai tugas yang ditetapkan.
3.2 Para pemenang dipilih dari tempat pertama hingga ke-20. PKKO meminta guru-
guru menyediakan hadiah mengikut jumlah ini.
Tindakan : Makluman

4.0 PENUTUP

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

Dicatat oleh, Disemak oleh,

........................................................... ........................................
(PN.S.SHAMALA) (PN.R.MARIAYEE@THEVE)
Setiausaha Mesyuarat Guru Guru Besar
SJK (T) JALAN CHERAS SJK (T) JALAN CHERAS

You might also like