You are on page 1of 5

SJK(T) KINTA VALLEY, 31000 BATU GAJAH, PERAK 2021

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN BIL 2/2021

TARIKH : 19.2.2021

MASA : 10.30 pagi

TEMPAT : Lokasi masing-masing (Google meet)

PENGERUSI : Puan S. Mariayee (Guru Besar)

KEHADIRAN : 1. En.A.Tasaratharajan (GPK.KU)

2. Pn.P.Vijaya Rani (GPK. HEM)

3. Pn.S.Kuppammal (GPK.KO-KO) /(KP PJK)

4. Pn.K.Pushpa

5. Pn.T.Jaya Luxmy

6. Pn.K.Kalarani

7 Pn.N.Thelagavatani

8. Pn.M.Vani

9. Pn.K.Thirumagal

10. En.S.Jeffrey

11. Pn.H.Padma Priya.

TIDAK HADIR : -
SJK(T) KINTA VALLEY, 31000 BATU GAJAH, PERAK 2021

AGENDA:

1.0 UCAPAN ALUAN

1.1 Ketua Panitia PJK, Pn.S.Kuppammal memberi ucapan aluan dan mengalu-alukan
semua guru ke mesyuarat Panitia PJK yang ke 2 ini.

1.2 Beliau juga mengalu-alukan kedatangan Puan Guru Besar dan semua guru ke
mesyuarat ini.

1.3 Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para hadirin kerana dapat
menghadirkan diri dalam mesyuarat google meet ini.

Tindakan: makluman

2.0 PERUTUSAN PENGERUSI

2.1 Puan Guru Besar telah mengalu-alukan kedatangan semua guru ke Mesyuarat Panita
PJK yang ke 2/2021 ini.

2.2 Puan Guru Besar mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana telah mula
menggunakan CIDS 90% ke atas terutamannya dalam mata pelajaran PJK

2.3 Beliau juga mengatakan bahawa semua guru sedang melaksanakan penghantaran
RPH CIDS untuk mata pelajaran PJK dengan betul.

2.4 Guru Besar juga mengatakan bahawa pemberian latihan kepada murid oleh guru-guru
mata pelajaran PJK amat memuaskan.

2.5 Latihan yang diberi oleh guru subjek Bahasa Tamil khususnya yang berbentuk
modul sangat memuaskan.

2.6 Beliau meminta para guru supaya memastikan latihan yang diberikan kepada murid
jelas, dan berkesan. Arahan semasa memberi tugasan kepada murid juga harus
jelas.

2.7 Menurut beliau lagi, kerja rumah yang diberikan kepada murid harus dipermudahkan
dan beliau meminta supaya mengurangkan pemberian tugasan yang berlebihan.

Tindakan: makluman
SJK(T) KINTA VALLEY, 31000 BATU GAJAH, PERAK 2021

3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

3.1 Minit mesyuarat Panitia PJK bil 1/2021 dibacakan kepada semua guru oleh

ketua panitia PJK.

3.2 Minit mesyuarat tersebut diterima dengan sebulat suara tanpa sebarang bantahan.

Dicadangkan : Pn. Pn.K.Pushpa

Disokong : En.Jeffrey

Tindakan: makluman

4.0 JADUAL WAKTU VERSI 2.0

4.1 Guru Besar menerangkan pelaksanaan jadual waktu baharu iaitu versi 2.0.

4.2 Beliau juga mengatakan bahawa mata pelajaran akan disusun supaya pelaksanaan
PDPR lebih berkesan.

4.3 Beliau juga mengatakan bahawa kandungan mata pelajaran dalam jadual waktu
berkenaan akan merangkumi 3 mata pelajaran sehari bagi mengurangkan beban
murid semasa menyiapkan tugasan.

4.4 Menurut beliau lagi, pelaksanaan PDPR harus merangkumi sesi tutorial dimana ia
memudahkan murid-murid memahami sesuatu topik dengan berkesan.

Tindakan: makluman

5.0 PBD

5.1 Guru Besar meminta para guru supaya melaksanakan PBD bagi semua mata
pelajaran yang dijalankan mengikut jadual waktu PDPR.

5.2 Beliau juga menjelaskan bahawa pemberian Tahap Penguasaan bagi sesuatu mata
pelajaran harus tepat dan harus menunjukkan tahap sebenar seseorang murid dalam
mata pelajaran PJK

5.3 Beliau juga meminta guru-guru supaya menyediakan buku ataupun fail PBD bagi
mata pelajaran PJK.

Tindakan: semua guru


SJK(T) KINTA VALLEY, 31000 BATU GAJAH, PERAK 2021

6.0 LATIHAN MURID

6.1 Guru Besar menyatakan bahawa latihan yang diberikan kepada murid untuk mata
pelajaran PJK harus menarik dan berkesan.

6.2 Beliau juga meminta para guru supaya mengurangkan pemberian latihan yang terlalu
banyak. Ini kerana, murid-murid yang kian menggunakan telefon bimbit dalam
menyiapkan tugasan sekolah akan mengalami kesukaran jika terlalu lama malihat
telefon bimbit.

6.3 Beliau juga mengatakan guru bolah melaksanakan ‘team teaching’ semasa
melaksanakan pengajaran PJK. Misalnya, team teaching melalui youtube dengan
mengambil sesuatu topik dalam mata pelajaran PJK.

Tindakan: Guru mata pelajaran PJK

7.0 LAPORAN PDPR

7.1 Guru Besar meminta semua guru supaya melaksanakan laporan PDPR bagi mata
pelajaran Bahasa Tamil.

7.2 Beliau juga mengatakan laporan PDPR harus mengikut senarai nama murid mengikut
tahun 1 hingga tahun 6.

Tindakan: Guru mata pelajaran PJK

8.0 HAL-HAL LAIN

7.1 Ketua Panitia Mata pelajaran Bahasa Melayu, Sains, RBT dan PJK telah
membentangkan kandungan taklimat SKPMG 2.

7.2 Guru Besar meminta semua guru supaya menyediakan laporan jam kredit.

7.3 Guru Besar juga mengatakan bahawa guru perlu bersedia ‘oncall’ iaitu bersedia
melaksanakan sebarang penjelasan daripada murid berkaitan subjek PJK

Tindakan: makluman
SJK(T) KINTA VALLEY, 31000 BATU GAJAH, PERAK 2021
9.0 UCAPAN PENANGGUHAN

Ketua Panitia PJK telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar dan para guru yang
hadir dalam mesyuarat google meet ini.

Mesyuarat Paniti PJK ditangguhkan pada pukul 12.00 tengahari.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

……………………………… ……………………………… ……………………….


(PN.S.KUPPAMMAL) (En.A.TASARATHARAJAN ) (PN.S. MARIAYEE)
KP PJK PENOLONG KANAN PENTADBIRAN GURU BESAR

You might also like