You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT PULAU TIKUS

1-A, LORONG MAKTAB, 10250 PULAU PINANG

MINIT MESYUARAT
PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
KALI KEDUA SESI 2021
BIL. 2/2021

Tarikh : 29 Mei 2021


Hari : Sabtu
Tempat : Dalam Talian (Google Meet)
Masa : 11.30 pagi – 12.15 tgh
Pengerusi : Encik Mohd Razin
Kehadiran :

Bil. Nama Jawatan

1. Pn Tan Yoke Keow PK Kokurikulum


2. Siti Nurhawa Binti Mohd Yusami Guru Akademik
3. Cik Dharisini Guru Akademik
4. En Kogilan Guru Akademik
5. Pn Yuharni Salleh Guru Akademik
6. Pn Munirah Guru Akademik
7. Janarthanan Velliathum Pencatat

1.0 UCAPAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengalu- alukan kehadiran Puan Tan PK Kokurikulum dan ahli panitia
yang lain. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin yang telah
meluangkan masa.

2.0 UCAPAN PK KOKURIKULUM


2.1 Puan Tan telah mengucapkan terima kasih kepada Ketua Panitia dan ahli panitia
kerana sudi menjemput beliau ke mesyuarat. Beliau juga telah mengucapkan
tahniah dan syabas kepada semua ahli panitia kerana sedang melaksanakan PDPR
dengan berkesan walaupun mengalami pelbagai kekangan.

1
3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT Bil. 1/2021.
3.1 Pencadang : Pn Munirah
Penyokong : En Kogilan

Tindakan: Setiausaha

4.0 PERKARA BERBANGKIT

4.1 (4.1.3) RPT dan DSKP Penjajaran dalam bentuk QR Code untuk
simpanan fail panitia.
4.1.1 Ketua panitia menyatakan bahawa semua guru telah menghantar Kod
QR untuk simpanan fail panitia.
4.1.2 Beliau juga memesan semua guru supaya harus simpan satu salinan
DSKP dan RPT untuk rujukan masing-masing.
Tindakan : Makluman

5.0 PERBINCANGAN PROFESIONAL


5.1 E-Prema Dan SPDPR
5.1.1 Mesyuarat sebulat suara menyatakan bahawa tiada masalah pengisian
dihadapi semasa mengisi E-Prema dan SPDPR.
5.1.2 Beliau juga menyatakan para guru harus mengisi dan menyimpan
rekod transit untuk mengelakkan sebarang masalah.

Tindakan : Semua ahli panitia

5.2 SEGAK
5.2.1 Ketua Panitia menyatakan bahawa tiada makluman tentang
pelaksanaan SEGAK buat ketika ini walauapapun guru-guru sentiasa
bersedia untuk ujian SEGAK jika ia diadakan secara virtual.
5.2.2 Ketua Panitia menyatakan pelaksanaanya bergantung pada keputusan
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tindakan : Makluman

2
5.3 Pentaksiran Bilik Darjah
5.3.1 Ketua panitia menyatakan bahawa semua guru Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan perlu menyediakan pelaporan offline PBD untuk
merekod tahap penguasaan murid. Kalau boleh sediakan satu fail untuk
subkek PJK.
5.3.2 Ketua Panitia juga menyatakan bahawa guru-guru boleh menyimpan
gambar atau video pdp yang dilaksanakan sebagai eviden terutamanya
bagi subjek Pendidikan Jasmani yang melibatkan pengajaran
kemahiran tertentu.

Tindakan: Semua ahli panitia

5.4 Profesional Learning Communities (PLC)


5.4.1 Ketua panitia menyatakan buat ketika ini tiada PLC dirancang bersama
ahli-ahli panitia tetapi sekiranya diperlukan PLC akan dilaksanakan
bersama ahli-ahli panitia
Tindakan: Ketua Panitia

6.0 HAL – HAL LAIN


6.1 Perbelanjaan PCG

6.1.1 Ketua panitia menyatakan peruntukan PCG bagi tahun 2021 telah
digunakan dan tiada baki, akan maklumkan sekiranya ada
penyelarasan.
Tindakan:Makluman
6.2 Stor PJ
6.2.1 Ketua panitia telah menyatakan bahawa walaupun guru-guru PJ tidak
mengunakan Stor PJ keadaan Stor PJ berada dalam keadaan tang tidak
teratur.
6.2.2 Ketua Panitia mencadangkan untuk membuat satu gotong royong bagi
membersihkan Stor PJ sebelum sesi persekolahan bermula.

Tindakan: Makluman

3
7.0 UCAPAN PENANGGUHAN PENGERUSI

7.1 Ketua Panitia berharap agar semua guru PJK S.K.Convent Pulau Tikus dapat
melaksanakan amanah yang telah diberikan dengan penuh dedikasi dan
mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua guru yang menghadiri
mesyuarat kali ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada 12.15 tgh.

You might also like