You are on page 1of 21

NAMA DAN NO.

MATRIK :
MUHAMMAD FIRDAUS BIN MAZLAN
BPP2015-4111

KOD DAN NAMA KURSUS :


MACH 3212 - PRAKTIS KESIHATAN KOMUNITI lll

SESI PENGAJIAN :
SEMESTER 6
OBJEKTIF SPESIFIK

MENGESAN PENYAKIT-PENYAKIT YANG KERAP BERLAKU DI KAWASAN


KOMUNITI

PENYAKIT TIBI DAN DENGGI


2017
3.5

2.5

1.5

0.5

0
BULAN 5 BULAN 6 BULAN 9 BULAN 10

TIBI DENGGI
PLUS STASTITIK/PERATUSAN

MENGKLASIFIKASIKAN AKTIVITI-AKTIVITI KESIHATAN PRIMER- Wellness , Illness ,


Support dan Emergency (WISE)

Mempertingkatkan kapasiti penglibatan masyarakat bagi memperbaiki status Kesihatan komuniti melalui
'community action'. Antaranya, mengenalpasti dan menyenarai keutamaan aktiviti komuniti yang memberi impak
kesihatan.mMembangun dan memperkukuhkan penglibatan komuniti dalam aktiviti penjagaan kesihatan. Menyelaras
dan memantau program/aktiviti promosi kesihatan dalam komuniti.Menyedia garis panduan untuk kegunaan program
komuniti. Mengenalpasti 'amalan terbaik' dalam aktiviti penglibatan komuniti untuk perlaksanaan amalan tersebut
secara menyeluruh dan lebih berkesan.

Membangun perkhidmatan Wellness yang komprehensif dan tersusun di peringkat penjagaan kesihatan primer
untuk memperbaiki tahap kesihatan individu dan masyarakat. Mengenalpasti risiko kesihatan termasuk pekerjaan dan
persekitaran yang perlu diberi intervensi. Menyediakan kaedah penilaian risiko mengikut keutamaan yang memberi
impak paling berkesan terhadap kesihatan. Menyelaras dan memantau aktiviti pencegahan dan intervensi dan
pengurusan risiko di peringkat penjagaan kesihatan primer. Menilai kesesuaian 'teknologi/tool' yang diguna serta hasil
output berbanding dengan peningkatan kesedaran. Memperkukuhkan penilaian risiko kesihatan melalui program,
aktiviti dan protokol saringan kesihatan di peringkat penjagaan kesihatan primer di sektor awam dan swasta.

Mengintegrasi aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pengurusan penyakit akut dan kronik bagi penyakit
berjangkit dan tidak berjangkit serta memperkukuhkan perkhidmatan yang berkualiti di peringkat Penjagaan
Kesihatan Primer. Mengkaji secara menyeluruh prevalens penyakit di peringkat klinik Kesihatan. Menyediakan
kaedah-kaedah intervensi secara 'pakej' dari pelbagai program bagi penyakit mengikut kumpulan sasaran.
Memantau sumber yang diluluskan, membuat "prioritization" dan penggunaan mengikut jenis penyakit yang diurus.
Menyediakan kaedah dan konsep program-program kualiti seperti program kepastian kualiti (QAP) dan prosedur
operasi piawai (SOP) mengikut program yang diurus. Mempertingkatkan penggunaan Clinical Practice Guideline
secara konsisten dan mewujudkan Clinical Pathway di peringkat Penjagaan Kesihatan Primer

Memperkukuhkan Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Pra-hospital Di Peringkat Penjagaan Kesihatan Primer


Membuat 'mapping' perkhidmatan kecemasan yang disediakan oleh Poliklinik Komuniti dan Klinik Desa mengikut
tahap. Mengenalpasti 'gaps' dan keperluan bagi membangun perkhidmatan kecemasan yang 'appropriate' dan 'effisien'
di peringkat klinik. Menyelaras dan memperkukuhkan kemahiran tenaga manusia melalui program latihan 'emergency
and trauma care' di penjagaan kesihatan primer. Mempertingkatkan infrastruktur dan keperluan asas bantuan
kecemasan termasuk sistem rangkaian untuk berhubung terus dengan perkhidmatan 'call center' di hospital.
Menyelaras dan memantau proses 'credentialing and privileging' untuk prosedur-prosedur kecemasan untuk anggota
kesihatan penjagaan kesihatan primer. Menyelaras dan memperkukuhkan pemberian perkhidmatan bantuan
kecemasan di antara penjagaan primer dan sekunder dalam "first response in crisis and disaster'.

Mengintegrasi perlaksanaan aktiviti yang berkaitan dengan limitasi ketidakupayaan dan rehabilitasi pesakit di
peringkat kesihatan primer. Mengenalpasti skop program rehabilitasi penyakit kongenital, akut atau kronik yang
bersepadu di peringkat primer mengikut resos yang ada dan dirancang. Menyelaras dan memantau perlaksanaan
perkhidmatan rehabilitasi di klinik kesihatan dan komuniti (rumah, sekolah dan lain-lain). Menyedia dan
mengawalselia perkhidmatan penjagaan pasca-operasi dan paliatif di peringkat kesihatan primer. Menyelaras dan
memantau perlaksanaan perkhidmatan rawatan penjagaan di rumah.

MELAKSANAKAN TUGAS DALAM AKTIVITI-AKTIVITI UTAMA PERKHIDMATAN


KESIHATAN PRIMER
Penolong pegawai perubatan bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan kesihatan merangkumi aspek
promotif (promosi), preventif (pencegahan), kuratif (perawatan), dan rehabitatif (pemulihan) pada tahap yang
bersesuaian dalam program. Kesihatan awam dan perubatan di bawah pengawasan pegawai perubatan.
Perkhidmatan-perkhidmatan yang terlibat adalah seperti berikut
1) Penjagaan Kesihatan Primer (Prima)
Memberi rawatan primer (pesakit luar) dan kecemasan di Klinik Kesihatan, Klinik malaysia, Pusat Hatihan
Khidmat Degara, Klinik-Klinik khas di Penjara Malaysia, Puspen, Sekolah-sekolah Sukan, Pusati tahanan
imigresen, institut Pengajian tinggi awam, Perkhidmatan kesihatan komuniti,kem-kem kesihatan dan
sebagainya. Antara program atau rawatan yang diberikan ialah membuat saringan ke atas pesakit yang
memerlukan rawatan,memberi rawatan awal bagi kes-kes kecemasan, memberi kaunseling dan pendidikan
kesihatan kepada pesakit dan masyarakat setempat, memeriksa atau mendiagnosa penyakit dan memberikan
rawatan ke atas penyakit ringan.
2) Perkhidmatan Pengkhususan dan Kepakaran (Skunder)
Memberi perkhidmatan pengkhususan di bawah program kesihatan awam serta unit-unit kepakaran dan
sub-kepakaran di bawah program perubatan bagi aktiviti-aktiviti berikut:
Perkhidmatan Pengkhususan.
i) Program wellness
Kesihatan remaja, kesihatan warga emas,kesihatan orang kurang upaya, kesihatan mental, kesihatan sekolah
dan warga sihat
ii) Program non Communicable Disease Diabetes, penyakit kardio vaskular, berhenti merokok, darah tinggi,
asma, routine medical examination dan lain-lain.
iii) Program Communicable Disease Tuberculosis, leprosy, denggi, HIV, H1N1 dan lain-lain.
MENGAPLIKASIKAN STRATEGI-STRATEGI MEMPERTINGKATKAN PERKHDMATAN
PENJAGAAN KESIHATAN PRIMER

Perkhidmatan penjagaan kesihatan primer merupakan perkhidmatan yang berasaskan kepada penjagaan kesihatan
7at the point of contact8dan perkhidmatan pesakit luar merupakan asas kepada penjagaan kesihatan primer. Kesihatan
primer banyak menekankan kepada aspek-aspek mempromosikan kesihatan danmemaksimakan proses pemulihan
dari masalah kesihatan. Perkhidmatan kesihatan primer telah tergolong dalam rancangan alaysia ke tujuh iaitu ia
telah dijadikantiang utama kepada sistem perkhidmatan penjagaan kesihatan di malaysia berdasarkan perkhidmatan
yang komprehensif yang merangkumi aspek-aspek seperti 4
i.Promosi
emberitahu kepada masyarakat dan mempromosikan tentang penjagaan kesihatan yang sempurna dan dapat
mengekalkan kesihatanmasyarakat pada tahap maksimum.
ii.Preventif
Pencegahan pada peringkat awal untuk mengawal penyakit- penyakit. Pihak kesihatan juga perlu membendung
penyakit berjangkit dikalangan komuniti dan masyarakat supaya penyakittidak merebak dan berlarutan.
iii.Kuratif
Mengambil tindakan awal untuk penyembuhan penyakit supaya tidak berjangkit kepada komuniti. Selain itu,
pihak kesihatan mengambil langkah awal untuk membendung penyakit berjangkit.
iv.Rehabilitasi
Kaedah pemulihan dilakukan pada pesakit yang mengalamikecacatan dan anggota pemulihan dan memberi
sokongan kepada pesakit yang memerlukan sepenuhnya.
v.Sokongan
Mengenalkan kaedah-kaedah phisioterapi atau terapi kepada komuniti atau pesakit pada peringkat awal supaya
dapat melakukan kerja-kerja harian seperti biasa
MELAKUKAN TUGAS-TUGAS DALAM AKTIVITI PROGRAM PENCEGAHAN DAN
KAWALAN PENYAKIT-PENYAKIT BERJANGKIT DAN PENYAKIT-PENYAKIT TIDAK
BERJANGKIT

Pencegahan

Memusnahkan tempat pembiakan vektor seperti menjalankan aktiviti gotong royong bersama sebagai contoh
menjalankan aktiviti gotong royong di kawasan perumahan. Menjalankan program pendidikan kesihatan kepada
masyarakat untuk mempertingkatkan pengetahuan tentang bahayanya penyakit berjangkit dan tidak berjangkit sebagai
contoh mengedar risalah , kaunseling berkaitan amalkan pemakaian topeng muka dan sentaiasa amalkan mencuci
tangan, nasihat pesakit agar asingkan bilik tidur , jangan kongsi pakaian dan elakkan sentuhan, selain itu juga pastikan
pengudaraan dalam rumah baik dan dedahkan tempat cahaya matahari Mmempertingkatkan kuatkuasaan
undang-undang agar masyarakat dinegara ini dapat mengubah sikap tingkah laku dan sikap. Mnejalankan diagnosis
awal dengan pertingkatkan aktiviti penyaringan untuk kesan jangkitan awal. Dan akhir sekali program imunisasi rutin
suntikan vaksin untuk perlindungan kepada keluarga dan pekerja yang terdedah kepada penyakit.

Kawalan

Dengan cara notifikasi iaitu melaporkan kepada PKD kejadian wabak penyakit yang aktif. Kerjasama dengan
NGO untuk tingkatkan kawalan dan sokongan. Menjalankan program kaunseling agar dapat tingkatkan kualiti
kehidupan dan khidmat nasihat untuk pesakit supaya dapat megelakkan pesakit dari tekanan dan sentiasa berfikiran
positif. Kajian epidiomologi tentang wabak penyakit dengan cara pemeriksaaan darah penduduk dan adakan rawatan.
Selain itu. Menjalankan aktiviti penyiasatan dan pengurusan kontek seperti beri suntikan kepada keluarga dan pekerja
yang terdedah kepada penyakit berjangkit dan tidak berjangkit.
MENGENDALIKAN PROGRAM-PROGRAM RAWATAN PENYAKIT DALAM
PERKHIDMATAN KESIHATAN

Antaranya adalah menjalankan program penyiasatan dan pengurusan kontek sebagai contoh suntikan kepada
kelaurgapesakit dan pekerja yang terdedah kepada penyakit. Kaunseling untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan
dan memberi segala nasihat kepada pesakit agar dapat mengelakkan dari segala tekanan dan sentiasa berfikiran
positif. Menjalankan program kajian epidemiologi tentang wabak penyakit degan pemeriksaan darah dari penduduk
dan memberi rawatan dan juga mengumpul dan menyimpan data. Selain itu juga, menjalankan program imunisasi
rutin salah satu contoh suntikan vaksin untuk perlindungan kepada pesakit , keluarga pesakit dan pekerja yang
terdedah kepada wabak penyakit berjangkit. Diagnosis awal menjalankan aktiviti penyaringan untuk kesan jangkitan
awal. Akhir sekali notifikasi antaranya melaporkan kepada PKD kejadian wabak kes aktif penyakit berjangkit dan
tidak berjangkit.
MELAKUKAN PUNGUTAN SPECIMEN PCD, PENGESANAN KONTEK DAN DEFAULTER

Penyiasatan dan pengurusan kontek dengan pemberian suntikan pada keluarga pesakit dan pekerja yang terdedah
kepada penyakit berjangkit dan tidak berjangkit. Pungutan Spesimen. Bagi, Tatacara pungutan spesimen , pastikan
spesimen diambil daripada pesakit yang betul. Nama pesakit, dan nombor pendaftaran hospital perlu
disemak.Pastikan permohonan ujian adalah tepat dan lengkap. Melabel spesimen pastikan maklumat di label
spesimen mudah dilihat Lekatkan label di spesimen sebelum mengisi label Pungutan spesimen dan melekatkan
label mestilah orang yang sama Maklumat yang diisi di label mestilah dilakukan di sebelah pesakit selepas
pungutan spesimen dengan segera. Bagi spesimen yang berisiko membawa penyakit berjangkit seperti diabetes dan
HIV, haruslah di ‘tag’ pada spesimen dan borang permohonan dengan tanda merah. Akhir sekali, dalam
menjalankan tugas pegawai kesihatan dibekalkan kuasa. Ia perlu dikawal bagi mengelakkan penyelewengaan dan
menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi. Setiap masa pegawai hendaklah menjaga tingkahlaku dan
perbuatan supaya nama baik perkhidmatan awam tidak terjejas . Memelihara tingkahlaku bgi mengelakkan syak
wasangka orang awam terhadap kejujuran dan kesungguhan dalam menjalankan tugas.
MELIBATKAN DIRI DALAM AKTIVITI-AKTIVITI PROMOSI KESIHATAN

Konsep Pusat Promosi Kesihatan adalah Pusat Promosi Kesihatan merupakan satu tempat yang menyediakan
perkhidmatan promosi kesihatan yang terancang dengan tumpuan terhadap membina pengetahuan dan kemahiran
gaya hidup sihat (healthy lifestyle skills) di kalangan peserta. Pusat ini menyediakan peluang dan memberi faedah
kepada masyarakat sekitar bagi mencapai visi KKM. Pusat ini akan diuruskan oleh Pegawai Pendidikan Kesihatan
dan dibantu oleh beberapa petugas sukarela yang mahir dalam bidang berkaitan. Fasilitator Kempen Cara Hidup Sihat
yang dilatih akan menjadi feeder kepada pusat ini. Perancangan serta penyeliaan pusat ini akan dikendalikan oleh
satu jawatankuasa khas yang keanggotaannya terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi, Pengurus dan ahli
jawatankuasa. Program-program yang berbentuk latihan kemahiran dan lain-lain akan disediakan secara berjadual dan
berkala. Semua peserta akan didaftar sebagai ahli pusat dan untuk tujuan tersebut kad ahli akan disediakan. Dan
promosi kesihatan ini Memberi peluang kepada masyarakat membina pengetahuan dan kemahiran gaya hidup sihat.
Membimbing peserta mencapai matlamat ke arah kesejahteraan. Menanam kesedaran pentingnya menjaga dan
meningkatkan kesihatan. Membentuk rangkaian individu yang bertindak sebagai petugas penting (fasilitator) yang
menyokong usaha promosi kesihatan. Pusat Promosi Kesihatan akan ditempatkan di Unit Promosi Kesihatan Negeri
dan menggunakan kemudahan sedia ada dengan sedikit tambahan ruang untuk menempatkan bilik latihan.
MENYEDIAKAN LAPORAN / STATISTIK PERKHIDMATAN KESIHATAN

Penyakit berjangkit merupakan satu masalah Kesihatan Awam di Malaysia. Kejadian penyakit berjangkit perlu
dilaporkan bagi mencegah penyakit tersebut daripada merebak dan mengawal penyakit berjangkit itu daripada
melarat sehingga menjadi wabak penyakit yang boleh mengancam nyawa manusia. Pemberitahuan atau notifikasi
wajib kejadian penyakit berjangkit kepada pihak berkuasa telah diperuntukkan di bawah Akta Pencegahan dan
Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Peraturan-Peraturan Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit yang
telah diwartakan pada tahun 1993 pula telah mewajibkan sebanyak 26 jenis penyakit berjangkit yang perlu
dinotifikasi di bawah Undang-undang kesihatan awam itu dengan menggunakan Borang Notis yang khusus.

Keperluan melaporkan penyakit berjangkit melalui perundangan di bawah Sek 10(2) Akta Pencegahan dan
Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 menyatakan:-“ Tiap – tiap pengamal perubatan yang merawat atau mendapat
tahu tentang wujudnya apa-apa penyakit berjangkit di mana-mana premis hendaklah memberi notis tentang wujudnya
penyakit berjangkit itu kepada Pegawai Kesihatan yang paling hampir, seboleh–bolehnya tanpa kelengahan, dalam
borang yang ditetapkan oleh peraturan yang dibuat di bawah akta ini”

Semua pengamal perubatan yang terdiri daripada Pegawai Perubatan di klinik dan hospital sama ada kerajaan
ataupun swasta wajib melaporkan jika berlaku kejadian penyakit berjangkit.Berdasarkan kenyataan di atas, semua
penyakit yang disenaraikan dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 perlu dilaporkan
dengan segera ke Pejabat Kesihatan Daerah. Penyakit yang perlu dilaporkan di bawah Akta Pencegahan dan
Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 adalah seperti Batok kokol, demam campak, demam denggi , TB , malaria dan
lain-lain wabak penyakit.
CASE STUDY

MENGKLASIFIKASIKAN AKTIVITI-AKTIVITI KESIHATAN PRIMER- Wellness , Illness ,


Support dan Emergency (WISE)

Welness

Promosi dan Pendidikan Kesihatan Saringan Kesihatan Warga Sihat menggunakan Borang Saringan Status
Kesihatan (BSSK) dan Perkhidmatan Pemeriksaan Sendiri “Self Monitoring” status kesihatan – Body mass index
(BMI), Tekanan Darah (BP), Status Merokok & pengambilan alkohol dan ukurlilit pinggang

Seminar ini bertujuan untuk mendedahkan peserta dengan kaedah pengurusan kesihatan diri yang sepatutnya
dilakukan oleh setiap orang. Sekadar diisytiharkan bebas dari penyakit masih tidak bermakna kita di dalam tahap
kesihatan yang cemerlang. Terdapat pelbagai penanda aras kesihatan (health biomarkers) yang sepatutnya
digunapakai untuk menentukan tahap kecemerlangan diri masing-masing. Setelah seseorang mengetahui tahap
sebenar bagi diri mereka maka mereka dapat membuat perancangan yang sesuai untuk bergerak kedepan bagi
mencapai tahap kecemerlangan kesihatan yang diinginkan.

Peserta didedahkan dengan pemahaman mengenai kaedah badan manusia berfungsi dan bagaimanakah zat-zat
makanan diproses serta kaedah-kaedah yang telah sedia wujud bagi mengelakkan kita daripada dihidapi sebarang
penyakit.

Peserta juga di dedahkan dan diberikan kefahaman tentang apakah tindakan yang telah kita lakukan selama ini yang
telah memudaratkan kesihatan diri kita masing-masing. Tindakan-tindakan kita ini yang telah menjadikan statistik
penyakit-penyakit kronik makin meningkat hari demi hari.

Peserta juga didedahkan dengan pengetahuan mengenai genetik dan nutrigenomic. Kefahaman mengenai susunan
genetik bagi setiap individu yang menggambarkan keadaan kesihatan masing-masing juga dijelaskan. Maklumat
ringkas mengenai intervensi yang boleh dilakukan untuk mengubah genetic expression bagi gene-gene yang terlibat
juga dihuraikan. Di samping itu juga peserta juga didedahkan mengenai fungsi Telomere di dalam memberikan
gambaran status ketuaan (age status) sel-sel di dalam badan dan huraian juga diberikan mengenai kaedah-kaedah
untuk meningkatkan kepanjangan Telomere (yang dikaitkan rapat dengan peningkatan kemudaan sel) masing-masing.

Senaman adalah merupakan salah satu aktiviti penting bagi mencapai kecemerlangan kesihatan. Walaubagaimanapun
senaman hendaklah dilakukan dengan betul agar maksud utama akan tercapai. Sekiranya senaman dilakukan dengan
kaedah yang silap, pelbagai masalah dan penyakit lain boleh dihadapi oleh kita dan ianya tidak memberikan manfaat di
dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan kesihatan atau memulihkan kembali kesihatan kita. Penerangan mengenai
perkara ini serta demonstrasi senaman yang sesuai dilaksanakan di dalam seminar ini.

Illness

Perkhidmatan Pesakit Luar meliputi Pemeriksaan Kesihatan & Perawatan / Konsultasi / Kaunseling oleh Pakar/
Pegawai Perubatan dan anggota Paramedik

Penyakit merupakan proses dimana fungsi individu dalam satu atau lebih dimensi yang ada mengalami perubahan
atau penurunan bila dibandingkan dengan kondisi individu sebelumnya.Sakit adalah keadaan dimana fisik, emosional,
intelektual, sosial, perkembangan, atau seseorang berkurang atau terganggu, bukan hanya keadaan terjadinya proses
penyakit.Oleh karena itu sakit tidak sama dengan penyakit. Sebagai contoh pesakit TB yang sedang menjalani
perubatan mungkin akan mampu berfungsi seperti biasanya, sedangkan pesakit lain dengan kanser payu dara yang
sedang mempersiapkan diri untuk menjalani operasi mungkin akan merasakan akibatnya pada dimensi lain, selain
dimensi fisik.Perilaku sakit merupakan perilaku orang sakit yang meliputi: cara seseorang memantau tubuhnya;
mendefinisikan dan menginterpretasikan gejala yang dialami; melakukan upaya penyembuhan; dan penggunaan
sistem pelayanan kesehatan.
Support

Perkhidmatan Sokongan Klinikal di Klinik Kesihatan salah satu contoh Perkhidmatan Makmal Perubatan ,
Perkhidmatan Radiologi , Perkhidmatan Farmasi , Perkhidmatan Rehabilitasi, dan juga Perkhidmatan Kaunseling
Pemakanan
Mewujudkan ‘Peer Support Group’ dikalangan pesakit diabetes ,berkaitan penyakit berjangkit
sekurang-kurangnya satu kumpulan bagi setiap daerah setiap tahun. Untuk mengurangkan Kadar Penyakit (Morbidity)
dan Kematian (Mortality) yang disebabkan oleh keadaan atau penyakit tidak berjangkit supaya ia tidak menyebabkan
masalah kesihatan awam, seterusnya menwujudkan masyarakat sihat dan berdaya saing.

Emergency

Perkhidmatan Kecemasan termasuk perkhidmatan ambulan & ‘pre hospital careKesemua jenis perkhidmatan
diberi melalui pelbagai fasiliti kesihatan samada fasiliti statik yang berjumlah 19 klinik (10 Klinik Kesihatan, 4 Klinik
Desa, 5 Klinik 1 Malaysia) atau melalui perkhidmatan bergerak yang diberikan oleh Pasukan Asas Klinik Bergerak
dan pasukan yang dikenalpasti dari Klinik Kesihatan
STRATEGI MEMPERTINGKATKAN KESIHATAN PRIMER Promotif dan Krovenhensif

Antaranya ialah menyediakan perkhidmatan promotif, preventif, curative ,dan rehabilitatif yang comprehensif.
Pengukuhan infrastruktur dan pembangunan tenaga kerja. Penyeidikan dalam epidemiologi. Sentiasa memastikan
kelengkapan perawatan yang sesuai. Menjalankan program pendidikan kesihatan untuk memberikan maklumat
tentang penyakit dan masalah yang akan timbul . Nasihat kesihatan kepada setiap pesakit yang diperiksa dan
diberikan rawatan. Promosi kesihatan perlunya ada kempen - makanan sihat untuk kesihatan tema kempen yang
tertentu pesakit diabetes pesakit haypertension dan lain-lain penyakit. Pencegahan dan kawalan penyakit kepentingan
mencegah kejadian penyakit dan kawalan rebakan penyakit. Kerjasama dengan lain-lain unit. Rawatan awal penyakit
dapat mengelakkan komplikasi dan juga penyakit dapat disembuhkan dan dapat mengelakkan rebakan serta
komplikasi. Promosi kesihatan mental kepentingan menjaga kesihatan mental , memastikan pesakit mental di rawat di
komuniti, tidak mengasingkan dari masyarakat . Kepentingan kesihatan mental untuk meningkatkan kualiti
kehidupan keupayaan adaptasi dengan perubahan, keupayaan atasi masalah/ konflik hidup harian, keupayaan
menikmati hidup, dan kepuasaan dalam perhubungan
8 ELEMEN KESIHATAN PRIMER - Rawatan Awal

Antara elemen-elemen yang terkandung didalam program yang digariskan oleh WHO merupakan matlamat yang
perlu diusahakan oleh kerajaan untuk dicapaiterutama dalam aktiviti komuniti yang perlu digalakkan sebanyak
mungkin. Selain pihak kerajaan, penduduk juga perlu memainkan peranan penting untuk sama-sama berkerjasama
bagi menjayakan elemen-elemen yang telah digariskan oleh WHO demi kepentingan kesihatan sejagat. Antara lapan
elemen penjagaan kesihatan primer yang telah digariskan oleh WHO ialah:
1) Pendidikan Kesihatan
Elemen ini diterapkan kepada semua masyarakat tidak mengira golongan kecil, dewasa, muda mahupun warga
tua dan menggunakan dua kaedah iaitu kaedah individual dan lokaliti (tempatan). Ia lebih kepada memberi
kesedaran kesihatan dikalangan komuniti,kepentingan penjagaan kesihatan dan amalan gaya hidup yang sihat.
Meningkatkan kesedaran dan langkah-langkah pencegahan penyakit dan memupuk sikap bertanggungjawab
terhadap kesihatan sendiri. Memberi kesedaran tentang kemudahan-kemudahan kesihatan yang tersedia serta
menggalakkan penggunaan kemudahan yang tersedia. Elemen ini memberi kesedaran kepada masyarakat tentang
kepentingan penjagaan kesihatan melalui program-program seperti kempen cegah diabetes, kempen tak nak
merokok dan sebagainya sama ada diperingkat sekolah mahupun di peringkat komuniti.
2) Pemakanan yang sihat.
Makanan berkhasiat menjadi keutamaan untuk kesan jangka panjang pertumbuhan dan perkembangan
kanak-kanak. Pengambilan makanan seimbang, berkhasiat dan vitamin penting bagi manusia untuk keperluan
tubuh badan bagi menjaga kesihatan yang berpanjangan selain mengelakkan dari mudah mendapat
penyakit-penyakit yang tidak diinginkan. Antara contoh bantuan pihak kerajaan yang dapat membantu dalam
aspek ini ialah seperti pemberian susu sekolah dan dana makanan tambahan bagi murid miskin oleh pihak
sekolah dari sumber makanan tempatan yang sihat. Selain itu, media massa jugaturut mempopularkan gaya
pemakanan seimbang yang berkhasiatmenerusi pelbagai program televisyen dan penulisan artikel
bagimewujudkan minat kepada penduduk tentang kebaikan makanan berkhasiat ini.
3) Pemberian imunisasi (Program imunisasi)
Immunisasi atau juga dikenali sebagai pengvaksinan merupakan perkara penting yang dilakukan terhadap
seseorang kerana ia merupakan pencegahan peringkat awal bagi seseorang terhindar dari penyakit berbahaya
diperingkat awal dan ia juga dikenali sebagai immunisasi primer terhadap kanak-kanak berumur dibawah satu
tahun. Imunisasi adalah satu proses memberi vaksin kepada bayi bagi tujuan mencegah kawalan penyakit seperti
tifoid, meningitis, influenza dan lain-lain. Immunisasi boleh diberi secara suntikan atau melalui mulut dan kesan
sampingan vaksinasi adalah perkara biasa yang tidak membahyakan seseorang bayi itu
4) Penjagaan Kesihatan Ibu dan Kanak-Kanak
Program ini merupakan ‘bench marking’ utama untuk menentukan taraf kesihatan negara. Ia perlu memastikan
golongan ibu dan kanak-kanak mendapat akses kepada penjagaan kesihatan yang berterusan dibawah struktur
perkhidmatan yang tersusun melalui aktiviti klinik ibu dan anak. Selain itu, ia juga disokong oleh sistem
kesihatan kebangsaan yang kuat selain melibatkan masyarakat tempatan.
5) Kesihatan Mental
Melalui program penjagaan kesihatan mental di komuniti seperti melibatkan aktiviti rawatan, penyaringan,
rehabilitasi dan juga promosi.Secara umumnya ia terbahagi kepada dua iaitu rawatan susulan kepada pesakit
psikiatri dan promosi kesihatan mental. Individu yang sihat mental berupaya mengekalkan perhubungan yang
harmoni dengan orang lain dalam pergaulan aktiviti kemasyrakatan di peringkat komuniti
6) Pencegahan dan kawalan penyakit.
Pencegahan ini melalui program yang dilaksanakan secara sistematik sama ada pencegahan penyakit berjangkit
atau pun penyakit tidak berjangkit. Penyakit berjangkit sebagai contoh seperti malaria dan denggi boleh
dilaksanakan program seperti menganjurkan gotong-royong membersih kawasan persekitaran dan manakala
contoh bagi penyakit tidak berjangkit pula seperti diabetes,dan hipertensi boleh dilaksanakan melalui program
seperti memberi ceramah dan kempen kesedaran tentang pentingnya amalan gaya hidup sihat yang melibatkan
cara pemakanan yang sihat dan bersenam.
7) Sanitasi dan bekalan air yang selamat
Elemen ini menyatakan tentang kepentingan sumber air bersih yang memainkan peranan penting untuk kegunaan
penduduk bagi penjagaan kesihatan kerana air merupakan keperluan asas setiap manusia. Program ini dijalankan
oleh unit kebersihan alam sekitar, kawalan mutu air, kawalan mutu makanan dan juga bahagian penguatkuasaan
Kementerian Kesihatan Malaysia atau pun majlis berkuasa tempatan. Dengan adanya sumber air bersih dan
sempurna kita dapat mengelak dan mencegah dari sebarang penyakit yang melibatkan bawaan air.
8) Menyediakan bekalan ubatan asas.
Elemen ini biasanya dilakukan oleh penolong pegawai perubatan yang bertugas di unit perkhidmatan pesakit luar
dengan memberi rawatan pada peringkat awal terhadap kes-kes kecederaan ringan, demam dan sebagainya.
Ubatan asas yang bersesuaian dengan kes akan diberikan sebagai contoh antibiotic, kawalan demam, insulin dan
beberapa ubatan yang risiko kepada kesan sampingan adalah rendah seperti paracetamol dan amoxycilline.
PERANAN PPP DALAM PROGRAM PENCEGAHAN DAN KAWALAN PENYAKIT
BAWAAN VEKTOR

Pendidikan kesihatan dengan menjalankan kempen kesedaran , edaran pamplet , lawatan rumah ke rumah ,
dan sebagainya. Notifikasi melapor kepada PKD kejadian wabak kes yng aktif dalam sesuatu kawasan.
Kerjasama dengan NGO untuk meningkatkan lagi kawalan dan sokongan antara unit kawalan dan pencegahan
penyakit berjangkit. Kaunseling program rehabilitasi dengan cara tingkatkan kualiti kehidupan dan mengadakan
khidmat nasihat salah satu contoh untuk meningkatkan kualiti kehidupan dan memberi nasihat agar dapat
mengelakkan pesakit dari sebarang tekanan penyakit yang dialami dan sentiasa berfikiran positif. Penyiasatan dan
pengurusan kontek dengan suntikan kepada keluarga dan pekerja yang terdedah penyakit dari pesakit. Program
imunisasi rutin dengan cara suntikan vaksin untuk perlindungan . Sentiasa beri rawatan dan amalkan teknik
isolasi, Akhir sekali , kajian epidemiologi tentang penyakit pemeriksaaan darah dari penduduk dan beri rawatan
dan juga mengumpul dan menyimpan data
PERANAN PPP DALAM KAWALAN DAN PENCEGAHAN DALAM REHABILITASI AIDS
DAN HIV

Pencegahan

Memberikan sokongan dan semangat, sebagai Penolong Pegawai Perubatan perlulah membantu mereka dengan
memberi mereka dorongan dan sokongan untuk meneruskan kehidupan dengan membuat kebajikan.
Mereka masih boleh menyumbangkan tenaga dan idea untuk mencegah wabak HIV/AIDS daripada menular.
Mereka boleh memberi ceramah atau melakukan kerja-kerja kebajikan yang bersesuaian dengan mereka agar
penyakit berbahaya ini tidak merebak. Selain itu, memberi pendidikan yang betul dan secukupnya pendidikan adalah
cara yang terbaik untuk mencegah virus berbahaya ini dari menular. Mengadakan ceramah, bengkel, kaunseling,
majalah dan sebagainya sebagai langkah kesedaran dan pencegahan virus HIV/AIDS. Menasihati ibubapa agar
sentiasa mendidik anak-anak mereka, keluarga dan rakan-rakan agar menjauhi aktiviti-aktiviti yang boleh membawa
kepada jangkitan HIV/AIDS seperti seks bebas atau menghisap dadah. Sentiasa nasihat agar amalkan gaya hidup sihat
Badan yang sihat dan cergas menjanjikan kehidupan yang sempurna. Apabila mengamalkan gaya hidup yang sihat,
secara automatiknya dapat mengelak dari melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral seperti seks bebas atau
menagih dadah dan seterusnya dapat mengelak dari dijangkiti penyakit berbahaya ini.Amalan gaya hidup yang sihat
merangkumi semua aspek kesihatan dari segi pemakanan, senaman dan aktiviti harian.

Kawalan

Dengan cara notifikasi iaitu melaporkan kepada PKD kejadian wabak penyakit yang aktif. Kerjasama dengan
NGO untuk tingkatkan kawalan dan sokongan. Menjalankan program kaunseling agar dapat tingkatkan kualiti
kehidupan dan khidmat nasihat untuk pesakit supaya dapat megelakkan pesakit dari tekanan dan sentiasa berfikiran
positif. Kajian epidiomologi tentang wabak penyakit dengan cara pemeriksaaan darah penduduk dan adakan rawatan.
Selain itu. Menjalankan aktiviti penyiasatan dan pengurusan kontek seperti beri suntikan kepada keluarga dan pekerja
yang terdedah kepada penyakit berjangkit dan tidak berjangkit.
STRATEGI DALAM PENCEGAHAN PENYAKIT TB

Menjalankan pendidikan kesihatan kepada masyarakat berkaitan penyakit TB adalah membahaya sehingga
menyebabkan kematian. Dengan salah satu cara menjalankan kempen kesedaran kepada masyarakat. Program
kempen kesedaran haruslah menarik perhatian masyarakat agar sertai pelbagai program yang dijalankan seperti
cabutan bertuah , pertandingan poster yang berkaitan BAHAYANYA TB merupakan salah satu contoh untuk menarik
perhatian masyarakat sertai program yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan. Bukan itu sahaja ia dapat
mengeratkan kasih sayang antara pasukan perubatan dan masyarakat setempat. Selain itu, program imunisasi rutin
dengan suntikan vaksin untuk perlindungan sevarang penyakit yang membahaya. Promosi Kesihatan dengan
menagadakan lawatan rumah ke rumah .
PERANAN PPP DALAM KAWALAN DAN PENCEGAHAN DALAM PENYAKIT TB

Kawalan
Sebagai Penolong Pegawai Perubatan perlulah menjalankan notifikasi untuk melaporkan kepada PKD kejadian
wabak penyakit berjangkit. Kerjasama dengan NGO untuk mempertingkatkan kawalan dan sokongan. Kaunseling
program rehabilitasi untuk tingkatkan kualiti kehidupan dan memberi khidmat nasihat kepada pesakit agar dapat
mengelakkan dari tekanan dan sentiasa berfikiran positif. Kajian epidiomologi tentang penyakit dengan pemeriksaan
darah penduduk dan rawatan. Dan akhir sekali, Penyiasatan dan pengurusan kontek beri suntikan kepada keluarga dan
pekerja yang terdedah kepada penyakit.

Pencegahan

Menjalankan pendidikan kesihatan kepada pesakit agar mengamalkan gaya hidup yang sihat , sentiasa menjaga
kebersihan diri. Menjalankan pendidikan kesihatan juga kepada masyarakat berkaitan penyakit TB adalah
membahaya sehingga menyebabkan kematian. Dengan salah satu cara menjalankan kempen kesedaran kepada
masyarakat. Program kempen kesedaran haruslah menarik perhatian agar masyarakat sertai pelbagai program yang
dijalankan seperti cabutan bertuah , pertandingan poster yang berkaitan BAHAYANYA TB merupakan salah satu
contoh untuk menarik perhatian masyarakat sertai program yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan. Akhir sekali,
Diagnosis awal antaranya mempertingkatkan aktiviti penyaringan untuk kesan jangkitan awal. Dan juga menjalankan
imunisasi rutin dengan pemberian suntikan vaksin untuk perlindungan kepada keluarga pesakit dan pekerja yang
terdedah kepada penyakit
PROMOSI KESIHATAN DAN PENCEGAHAN DALAM PROGRAM DIABETES

Promosi Kesihatan

Menjalankan peromosi kesihatan kepada masyarakat berkaitan penyakit Diabetes adalah membahaya sehingga
menyebabkan kehilangan anggota. Dengan salah satu cara menjalankan kempen kesedaran kepada masyarakat.
Program kempen kesedaran haruslah menarik perhatian masyarakat agar sertai pelbagai program yang dijalankan
seperti cabutan bertuah , pertandingan poster yang berkaitan BAHAYANYA PENYAKIT KENCING MANIS
merupakan salah satu contoh untuk menarik perhatian masyarakat sertai program yang dianjurkan oleh Kementerian
Kesihatan. Serta memberi pendidikan kesihatan berkaitan penjagaan luka haruslah dititik beratkan. Bukan itu sahaja
ia dapat mengeratkan kasih sayang antara pasukan perubatan dan masyarakat setempat.

Pencegahan

Pegawai kesihatan perlulah menyampaikan kaunseling kepada keluarga waris pesakit diabetes agar membuat
rawatan susulan untuk mencegah penyakit diabetes yang lebih kronik atau teruk dan juga sentiasa menasihati
penjagaan makanan yang seimbang dan hindari segala minuman manis
PERANAN PPP DALAM KAWALAN DAN PENCEGAHAN SERTA REKOD REHABILITASI
PENYAKIT BAWAAN AIR DAN MAKANAN

Kawalan

Sebagai Penolong Pegawai Perubatan perlulah menjalankan notifikasi untuk melaporkan kepada PKD kejadian
wabak penyakit berjangkit. Kerjasama dengan NGO untuk mempertingkatkan kawalan dan sokongan. Kaunseling
program rehabilitasi untuk tingkatkan kualiti kehidupan dan memberi khidmat nasihat kepada pesakit agar dapat
mengelakkan dari tekanan dan sentiasa berfikiran positif. Kajian epidiomologi tentang penyakit dengan pemeriksaan
darah penduduk dan rawatan. Dan akhir sekali, Penyiasatan dan pengurusan kontek beri suntikan kepada keluarga dan
pekerja yang terdedah kepada penyakit.

Pencegahan

Menjalankan pendidikan kesihatan kepada pesakit agar mengamalkan gaya hidup yang sihat , sentiasa menjaga
kebersihan diri. Diagnosis awal antaranya mempertingkatkan aktiviti penyaringan untuk kesan jangkitan awal. Dan
juga menjalankan imunisasi rutin dengan pemberian suntikan vaksin untuk perlindungan kepada keluarga pesakit dan
pekerja yang terdedah kepada penyakit

You might also like