You are on page 1of 2

Kesan kesan jika perkhidmatan kesihatan diswastakan dan langkah untuk meningkatkan

perkhidmatan kesihatan kerajaan.

Definisi Dewasa ini masalah perkhidmatan kesihatan semakin membimbangkan


pelbagai pihak. Masalah ini selalunya dikaitkan dengan isu kerajaan dan
swasta . Mengikut tafsiran , terdapat beberapa perkhidmatan kesihatan
diswastakan . Sebagai bukti pada tahun 1993 ,dasar penswastaan khidmat
kesihatan oleh kerajaan telah dilaksanakan. Namun demikian terdapat
beberapa kesan jika perkhidmatan kesihatan diswastakan.

Isi 1 Kesan pertama jika perkhidmatan kesihatan diswastakan adalah kerana


membebankan rakyat. Hal ini demikian kerana , penswastaan pusat-pusat
kesihatan awam akan membawa kepada kos yang lebih tinggi, dan
mengakibatkan peningkatan bayaran yang dikenakan kepada pengguna. Sebagai
bukti, bagi berpendapatan rendah tidak mampu membiayai kos rawatan
perkhidmatan yang sangat tinggi . Selain itu, pusat kesihatan swasta muncul
dengan pesatnya, yang mana kesannya akan menghadkan peluang rakyat untuk
mendapatkan khidmat kesihatan sejagat yang bermutu. Kesannya, rakyat terasa
beban.

Isi 2 Kesan kedua perkhidmatan kesihatan diswastakan adalah kerana hanya


golongan yang mampu sahaja mendapat rawatan . Hal ini demikian kerana,
perkhidmatan yang diswastakan menawarkan kos rawatan yang tinggi.
Sebagai contoh, golongan yang kurang mampu tidak dapat menanggung kos
rawatan yang sangat mahal. Disamping itu, sektor swasta yang mewah telah
pun menarik pakar-pakar perubatan keluar daripada perkhidmatan kesihatan
awam. Kesannya, kurangnya pakar-pakar perubatan dalam perkhidmatan
kesihatan awam.

Isi 3 Kesan ketiga perkhidmatan kesihatan diswastakan adalah kerana


perkhidmatan tidak sampai luar bandar. Hal ini demikian kerana
perkhidmatan kesihatan yang diswastakan lebih tertumpu di bandar. Sebagai
contoh , terdapat banyak pusat-pusat kesihatan di bandar berbanding di
bandar. Selain itu, dalam keadaan kegawatan ekonomi sekarang ini, pusat-pusat
kesihatan kerajaan bertambah bebannya kerana ramai orang yang tidak mampu
mendapatkan perkhidmatan swasta telah memilih perkhidmatan kesihatan awam
yang lebih murah itu.Kesannya, perkhidmatan awam tidak mampu dirasai
oleh penduduk di luar bandar .

Isi 4 Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa langkah untuk meningkatkan


perkhidmatan kesihatan kerajaan .Langkah pertama ialah dengan
meningkatkan penggunaan mesin- mesin perubatan yang lebih baik. Hal
ini bertujuan ,untuk memastikan keadaan dan perkhidmatan berjalan dengan
baik. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan perlu menyediakan mesin
mesin perubatan yang banyak dan mencukupi di setiap pusat
perkhidmatan kesihatan. Sebagai bukti, di setiap pusat kesihatan kerajaan
terdapat mesin mesin perubatan yang telah disediakan . Selain itu, pihak
kerajaan perlu mewujudkan satu rancangan kesihatan yang menyeluruh
termasuk perkidmatan- perkhidmatan mengandung, bersalin dan pasca bersalin;
perkhidmatan perancang keluarga serta pemeriksaan kesihatan reproduktif; serta
juga pembiayaan kolektif bagi malapetaka kesihatan. Kesannya, lebih ramai
akan mendapatkan perkhidmatan kerajaan.

Isi 5 Langkah kedua adalah dengan memperbanyakan klinik kesihatan kerajaan.


Hal ini bertujuan untuk meluaskan pusat perkhidmatan kesihatan kerajaan
.Sebagai contoh, di Malaysia terdapat 2837 klinik kesihatan kerajaan yang
terdapat di portal rasmi kementerian kesihatan Malaysia . Disamping itu,
kawal kadar bayaran perkhidmatan kesihatan awam dengan mengenakan
bayaran yang rendah yang boleh dibiayai oleh semua masyarakat. Kesannya,
klinik kesihatan kerajaan dapat diluaskan .

Isi 6 Langkah ketiga untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan kerajaan adalah


dengan memperbaiki perkhidmatan.Hal ini bertujuan untuk menarik minat
dan ramai pengguna untuk menggunakan khidmat kesihatan kerajaan .
Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan perlu menyediakan kemudahan
perkhidmatan kesihatan yang baik secara percuma ataupun pada kadar kos yang
paling minimum. Sebagai contoh, melalui Klinik Bergerak 1Malaysia , bas-
bas yang telah disediakan akan membawa doktor, jururawat dan staf sokongan
untuk merawat mereka yang sakit dan memberikan perkhidmatan kesihatan
yang berkualiti di tempat yang tidak ada kemudahan klinik dan hospital
terutama di kawasan pedalaman. Kesannya, ekonomi negara akan meningkat.

Kesimpulannya Kesimpulannya , penggunaan perkhidmatan kerajaan dapat diperluaskan


.Selain itu, lebih ramai akan menggunakan perkhidmatan ini.Sehubungan
dengan itu, semua pihak perlu berkerjasama dalam mengutamakan
perkhidmatan kesihatan kerajaan . Namun demikian, saya berharap semua
pihak lebih mengutamakan sektor kerajaan.

You might also like