You are on page 1of 2

5 Kelebihan Pemasangan Panel

Solar Di Rumah
Tenaga solar dihasilkan daripada radiasi cahaya matahari. Matahari adalah sumber
tenaga yang sangat kuat, dan sumber tenaga ini boleh dimanfaatkan dengan
pemasangan panel solar. Tahukah anda bahawa tenaga yang dihasilkan oleh matahari
kepada bumi untuk tempoh satu jam, boleh mencapai keperluan penggunaan tenaga
secara global untuk tempoh satu tahun? Kita hanya mampu memanfaatkan 0.001%
daripada tenaga tersebut.

Terdapat alasan mengapa tenaga solar telah menjadi satu topik hangat apabila berbicara tentang
pembaharuan. Ketika ia dikritik secara meluas kerana harganya yang mahal dan tidak terlalu
efisyen, tenaga solar kini telah terbukti menjadi sangat berguna - tidak hanya untuk alam sekitar
tetapi juga bagus jika diambil kira tentang faktor perbelanjaan. Tambahan lagi, disebabkan oleh
permintaan yang tinggi, teknologi telah ditambah baik dengan ketara, menjadi sumber tenaga
yang bersih yang sangat berkesan.

Tetapi ia terpulang kepada setiap individu untuk memutuskan samada penggunaannya adalah
bagus atau tidak, dan ia boleh diputuskan dengan mengambil tahu tentang kelebihan yang ada
jika mahu mengaplikasikannya.

1. Sumber Tenaga Yang Boleh Diperbaharui

Dari semua kebaikan yang ada pada panel solar, perkara yang paling penting
adalah tenaga solar ini boleh diperbaharui. la boleh dimanfaatkan di mana-
mana kawasan diseluruh dunia dan sentiasa ada pada setiap hari. Tenaga
solar tidak akan habis, tidak seperti beberapa sumber tenaga yang lain.
Tenaga solar akan sentiasa boleh dihasilkan selagi mana wujudnya matahari,
jadi cahaya matahari akan sentiasa ada untuk kita sekurang-kurangnya
selama 5 bilion tahun, iaitu tempoh sebelum matahari akan 'mati' mengikut
kajian saintis.

2. Mengurangkan Bil Elektrik

Memandangkan tenaga solar mampu memberikan keperluan yang sama


seperti mana yang anda mahukan dengan menggunakan tenaga elektrik, jadi
ia akan mengurangkan bil anda. Berapa banyak yang anda boleh berjimat
bergantung kepada saiz sistem solar tersebut dan juga tenaga elektrik atau
penggunaan haba. Malah, bukan sahaja anda boleh menjimatkan
penggunaan elektrik malah boleh menjana lebih banyak tenaga eletrik.
3. Aplikasi Yang Pelbagai

Tenaga solar boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Anda boleh menjana
elektrik (photovoltaics) atau haba (solar thermal). Tenaga solar boleh digunakan
untuk menghasilkan elektrik di kawasan tanpa akses kepada grid tenaga,
untuk menapis air di kawasan dengan bekalan air bersih yang terhad dan
kepada satelit kuasa di ruang angkasa. Tenaga solar juga boleh dimasukkan
ke dalam bahan yang digunakan untuk pembinaan bangunan. Tidak lama
dahulu Sharp telah memperkenalkan tingkap telus tenaga solar.

4. Kos Penyelenggaraan Yang Rendah

Sistem tenaga solar secara umumnya tidak memerlukan banyak


penyelenggaraan. Anda hanya perlu memastikannya sentiasa bersih, jadi
dengan membersihkannya beberapa kali dalam setahun sudah mencukupi.
Jika masih ragu-ragu, anda sentiasa boleh bergantung kepada syarikat
pembersihan yang khusus, dengan kos yang tidaklah begitu tinggi. Pengeluar
panel solar yang boleh dipercayai selalunya memberikan jaminan sehingga
20-25 tahun. Malah, disebabkan ia tidak mempunyai mana-mana bahagian
yang bergerak, jadi tidak ada bahagian yang akan haus dan lusuh. Inverter
adalah satu-satunya bahagian yang perlu diubah selepas 5-10 tahun kerana
ia secara berterusan berfungsi untuk menukarkan tenaga solar kepada
tenaga elektrik dan haba.

5. Pembangunan Teknologi

Teknologi dalam industri tenaga solar sentiasa berkembang maju dan


peningkatan akan terus berlaku pada masa akan datang. Inovasi dalam
quantum physics dan nanotechnology berpotensi meningkatkan keberkesanan
panel solar dan mampu meningkatkan input elektrik sistem tenaga solar
secara berganda, atau mungkin juga sebanyak tiga kali ganda.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang pemasangan sistem


panel solar di rumah anda, sila hubungi Absolute Solar.

You might also like