You are on page 1of 4

LAPORAN UNIT MAKANAN PROGRAM KARNIVAL SUKAN KOLEJ KEDIAMAN

EXCELLENT SESI 2017/2018.

DISEDIAKAN OLEH : MAIZATUL IZZAH BINTI ROSLEY

ORGANISASI PENTADBIRAN UNIT MAKANAN

KETUA : MAZWAN BIN SARIHASSAN

AHLI JAWATANKUASA : RATNA BINTI OMAR

: NOOR ALFATIMAH BINTI MOHAMAD

: SABARIAH BINTI MASSERE

: MAIZATUL IZZAH BINTI ROSLEY

SKOP TUGSAN UNIT MAKANAN

 Merancang makanan yang akan disediakan untuk semua ahli jawatankuasa yang
terlibat.
 Membuat perbandingan harga di kebanyakan restoran yang menyediakan
perkhidmatan katering.
 Menentukan makanan yang hendak disediakan untuk semua ahli jawatankuasa
yang terlibat.
 Menentukan restoran sebagai tempat tempahan makanan dengan harga yang
berpatutan.
 Membuat tempahan makanan mengikut jumlah bilangan ahli jawatankuasa yang
terlibat dalam program.
 Memastikan makanan yang ditempah tidak menjejaskan kesihatan ahli
jawatankuasa.
 Mengagihkan makanan kepada ahli jawatankuasa pada hari kejadian.
LAPORAN PROGRAM KARNIVAL SUKAN KOLEJ KEDIAMAN EXCELLENT SESI
2017/2018

TARIKH : 13 MEI 2018 (AHAD)

MASA : 8.00 PAGI – 11.00 MALAM

TEMPAT : KOMPLEKS SUKAN, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

SEBELUM ( 14 APRIL 2018 – 28 APRIL 2018)

Ahli-ahli jawatankuasa unit makanan telah membuat perbincangan untuk pertama kalinya dan
skop tugasan telah diberikan oleh saudara Mazwan bin Sarihassan mengikut kesesuaian masa
lapang masing-masing. Ketua unit juga telah membuat satu kumpulan khas unit makanan di
aplikasi Whatsapp untuk memudahkan ahli-alhi berkomunikasi. Kemudian, setiap ahli
jawatankuasa telah mencari katering untuk membuat perbandingan harga mengikut bajet
perbelanjaan yang diperuntukkan. Ahli-ahli jawatankuasa unit makanan juga telah bertanya
semasa mesyuarat penuh dilakukan sekiranya terdapat mana-mana ahli jawatankuasa yang
terlibat dalam program ini mengalami alergik atau yang mengamalkan permakanan vegetarian.
Setelah membuat perbandingan, ahli jawatankuasa unit makanan telah membuat penetapan
untuk membuat tempahan makanan di cafeteria Kolej Kediaman Tun Fuad dengan harga yang
sangat berpatutan. Ahli jawatankuasa juga sentiasa membuat tindakan susulan terhadap
cafeteria tersebut agar setiap perancangan yang dibuat berjalan dengan lancar.

SEMASA (13 MEI 2018)

Semas hari kejadian, ketua unit makanan telah mengarahkan ahli jawatankuasa dalam unit
makanan untuk turun ke kompleks sebelum pukul 7 pagi. Hal ini adalah kerana penghantaran
makanan untuk sarapan akan dihantar oleh kafetaria tersebut pada pukul 7.15 pagi di komples
sukan. Sebanyak 50 bungkusan makanan yang telah dihantar mengikut bilangan yang telah
diminta. Pada waktu tengahari, unit makanan di mana sebelum ini terdapat kafeteria yang
menyatakan akan menaja makanan ahli-ahli jawatankuasa program Karnival Sukan 2018.
Namun begitu, kafeteria tersebut terlupa untuk menyediakan pada hari kejadian. Masalah ini
telah diselesaikan dengan membeli makanan secara langsung sebanyak 45 bungkus di kafetaria
Aneka Mee. Pada waktu malam pula, kafetaria Tun Fuad telah menghantar makanan untuk ahli
jawatankuasa beserta makanan tetamu jemputan di kompleks sukan pada pukul 7.00 malam.
Pengagihan makanan dan penyediaan makanan untuk tetamu jemputan telah dilakukan oleh
ahli jawatankuasa. Sepanjang program berlangsung, unit makanan telah memastikan semua
ahli jawatankuasa akan mendapat makanan yang disediakan.

SELEPAS (13 MEI 2018)

Ketua unit makanan telah membuat perjumpaan dengan ahli unit makanan yang bertujuan
untuk mengenal pasti masalah yang telah berlaku semasa program berlangsung. Ahli unit
makanan telah memulangkan kembali set peralatan makanan untuk tetamu jemputan pada
malam tersebut. Unit makanan juga telah menyediakan laporan lengkap bagi unit makanan
mengenai Program Karnival Sukan Kolej Kediaman Excellent 2017/2018 dan menghadiri post-
mortem yang telah diadakan oleh pengarah program bagi tujuan penambah baikan untuk
program-program seterusnya.

CADANGAN DAN PENAMBAH BAIKAN

1. Unit makanan seharusnya menyediakan plastik sampah untuk menjaga kebersihan.


2. Unit makanan perlulah sentiasa menghubungi kafetaria yang ditempah agar tiada
salah faham atau maklumat yang tidak jelas berlaku.
3. Skop tugasan yang terperinci juga mestilah diterangkan dengan lebih jelas.
4. Ketua unit makanan seharusnya memastikan setiap ahli unit makanan menjalankan
tugas yang diberi.
5. Jika berlaku sebarang masalah, setiap unit harus membuat perbincangan dan
tindakan dengan pantas dan bukan saling menunding jari.
6. Budaya mengamalkan post-mortem selepas program perlulah dikekalkan bagi
mengenal pasti masalah yang berlaku secara terang-terangan mahupun tidak.
7. Penambah baikan boleh dilakukan sekiranya masalah-masalah disenaraikan semasa
post-mortem.

You might also like