You are on page 1of 1

Pada pendapat saya, ekonomi China telah berkembang mengikut zaman pemerintahan yang

mentadbir pada ketika itu. Ekonomi China bermula kerajaan Hsi/Qin Shi Huang (221-206SM)
di mana kerajaan ini hanya bergiat dalam skala yang kecil. Kegiatan ekonomi mereka
tertumpu kepada penternakan dan tanaman sara diri sahaja. Setelah berlaku perubahan
dinasti, ekonomi China semakin berkembang apabila sistem mata wang tembaga telah
diperkenalkan. Hal ini menunjukkan bahawa, rakyat China telah meluaskan kegiatan
ekonomi mereka dalam perdagangan secara perlahan-lahan. Perkara ini dapat dilihat dalam
pemerintahan Dinasti Chou. Dinasti Chou telah memperkenalkan mata wang tembaga dalam
pelbagai rupa dan saiz. Kesan daripada itu, ekonomi dalam aspek kraftangan dan barangan
sutera semakin berkembang kerana adanya pertukaran nilai dan faedah.

Di samping itu juga, berlakunya proses urbanisasi di kawasan China iaitu bandar Lin-
Tzu, ibu kota China di Shantung. Perkembangan ekonomi China semakin meningkat apabila
system pertanian menjadi asas ekonomi mereka pada ketika itu. Perlbagai projek pengairan
yang telah dibuat untuk mewujudkan system tali air yang sistematik. Semasa Dinasti Jin,
system tanah telah diperkenalkan untuk memudahkan pengagihan tanah-tanah negeri
keada petani.

Pembukaan tanah-tanah untuk pertanian telah menggalakkan pengeluaran kain


sutera dan kertas dengan pesat. Walau bagaimanapun, kemajuan ekonomi China dalam
aspek pertanian telah mengalami kucar-kacir setelah kedatangan orang Monggul. Orang
China semasa pemerintahan Dinasti Yuan telah ditindas. Mereka telah merampas tanah-
tanah orang China dan memberikan tanah tersebut kepada golongan Aristokrat Mongol.
Namun begitu, masih ada ekonomi China yang masih mencapai kemajuan iaitu dalam aspek
perdagangan. Perkembangan ini berlaku disebabkan oleh penyerapan China dalam Empayar
Mongol.

Pada zaman Dinasti Ming, kegiatan pertanian kembali menyerlah apabila berlaku
revolusi pertanian di kawasan luar bandar China. Pelbagai tanaman baru telah diperkenalkan
seperti jagung, ubi kentang dan kekacang. Ekonomi negara China telah menjadi cekap
apabila zaman Dinasti Manchu memerintah. Hal ini berlaku ekoran daripada kemasukan
golongan kapitalisme. Banyak sistem telah diperkenalkan untuk menjadikan perdagangan
dalam China menjadi efesien. Sistem kapitalisme ini telah menjadi sistem ekonomi utaa
dunia yang menggerakkan era perindustrian.

You might also like