You are on page 1of 22

EN.

MOHAMAD FADZLUN BIN ZAMHURI




Aktiviti mengajar perlu meransang pemikiran
murid, mengalakkan penglibatan murid,
mengambil kira pelbagai kecerdasan dan
gaya pembelajaran individu.
Pembelajaran Koperatif merupakan salah satu
komponen kurikulum yang sangat
dititikberatkan kerana ia merupakan strategi
pembelajaran yang memenuhi ciri-ciri di atas.
Secara umum, strategi koperatif dan
kolaboratif memerlukan pelajar
bekerjasama dalam kumpulan bagi
mengatasi sesuatu masalah, memberi
maklum balas dan berkomunikasi
serta berinteraksi antara satu sama
lain secara berstruktur.
Menurut Johnson dan Holubec (1990), Kagan
(1992) dan T. H. Gan & Wong (1995), mereka
mendapati bahawa STRATEGI PEMBELAJARAN
KOPERATIF membawa kesan positif sama ada
dari segi pencapaian akademik mahupun dari
segi sikap, minat, motivasi dan kemahiran
sosial di kalangan murid.
PK merupakan aktiviti pembelajaran dalam
kumpulan yang berstruktur dimana
pembelajaran adalah bergantung kepada
pertukaran maklumat secara sosial antara
ahli-ahli kumpulan, setiap murid adalah
bertanggungjawab terhadap pembelajaran
sendiri dan juga ahli kumpulannya.
KAGAN & OLSEN (1992)
PK sebagai pembelajaran dalam kumpulan
kecil yang terdiri dari dua hingga empat
orang murid yang bersifat heterogen untuk
memaksimakan pembelajaran setiap ahli
kumpulan bagi mencapai matlamat bersama.
Johnson dan Holubec (1993)
Walaubagaimana pun, PK bukan setakat
mengumpulkan murid dalam kumpulan kecil
untuk duduk bersama-sama, mereka
hendaklah berkongsi bahan pembelajaran
dan berinteraksi sambil menyiapkan tugasan
yang diberikan oleh guru.
PK berlandaskan dua perspektif utama iaitu ;
Perspektif Motivasi.
Perspektif Kognitif.

Perspektif motivasi berfokus pada kesan
struktur ganjaran dan matlamat kumpulan.
Murid perlu didorong untuk bermotivasi
untuk mencapai matlamat kumpulan.
Bermaksud, beliau hanya akan mencapai
matlamat apabila kumpulannya mencapai
matlamat.

Menekankan kesan dari interaksi antara
murid dalam proses menyiapkan tugasan
bersama.
Interaksi antara rakan sebaya dapat
meningkatkan kebolehan seseorang murid
memproses maklumat sekaligus
meningkatkan penguasaan pemikiran kritik.
Interaksi dalam kumpulan kecil membantu
murid menganalisis, berbincang dan
bersintesis idea untuk meningkatkan tahap
pemikiran dan pemahaman murid.

Hubungan saling bergantung yang positif.
Akauntabiliti individu.
Interaksi bersemuka.
Kemahiran sosial.
Pemprosesan kumpulan.
Setiap ahli kumpulan perlu mempunyai
persepsi saling bergantung antara satu sama
lain.
sink or swim together
Ahli kumpulan perlu mempunyai peranan
masing-masing.
Contohnya Kapten, Pelaksana, Penyokong dan
Pemeriksa.
Setiap ahli kumpulan perlu bertanggungjawab
menunjukkan pencapaian pembelajaran.
Penilaian berterusan perlu dilakukan bagi
melihat pencapaian murid.
Dilakukan secara rawak mengikut kumpulan
atau kepada semua murid.
Ahli kumpulan perlu berinteraksi antara satu
sama lain seperti berbincang, berkongsi
maklumat dan memberi sokongan kepada
usaha ahli kumpulan.
Kedudukan antara ahli kumpulan perlu
dititikberatkan mengikut keselesaan dan
fungsi setiap ahli.
Kemahiran interpersonal penting untuk
menjayakan PK.
Kemahiran sosial juga adalah amat penting
untuk mewujudkan interaksi yang berkesan
antara ahli kumpulan dari etnik dan budaya
yang berbeza.
Kemahiran berkomunikasi, mengurus konflik,
memimpin, membuat keputusan, mendengar,
memberi galakan dan mengikut giliran.
Ahli kumpulan perlu menilai kembali usaha
mereka serta kemajuan kumpulan dari segi
pencapaian matlamat.

Ini membolehkan ahli kumpulan mendapat
maklumbalas terhadap sumbangan masing-
masing dan berusaha memperbaiki
kemahiran sosial.

K Keep with the group
(Sentiasa dalam pasukan)
I Include everyone
(libatkan semua ahli elakkan passenger)
S Share ideas and feelings
(sedia berkongsi idea dan perasaan)
S Stay on task
(Sentiasa melakukan tugasan yang diberi)
E Encourage others
(Memberi galakan kepada rakan sebaya)
S Six inch Voices
(perbincangan mesra kumpulan berdua
/berempat dalam jarak lebih kurang 6
inci.)

1. Think pair share.

Pelajar akan diberi satu soalan dan diberi
masa untuk memikirkan jawapannya
secara bersendirian untuk jangkamasa
tertentu. Kemudian, secara berpasangan,
mereka akan membandingkan jawapan-
jawapan mereka dan mempersembahkannya
di dalam kelas.
2. Round Robin

Di dalam struktur ini, setiap pelajar
memberikan idea setiap kali sampai giliran
mereka.

3. Pembahagian tugas (Assigning
Roles).

Di dalam struktur ini, setiap ahli diberikan
peranan masing-masing, contohnya,
pencatat idea, memanjangkan idea kumpulan
kepada kumpulan lain dan
sebagainya.
Rumusan yang dibuat oleh D. W.
Johnson dan R. T. Johnson (1989) dari
375 kajian luar negeri yang dijalankan
dalam jangka masa 90 tahun
mendapati pendekatan PK adalah
paling berkesan dalam situasi yang
memerlukan pemikiran aras tinggi,
idea-idea kreativiti, aplikasi dalam
dunia sebenar dan melibatkan banyak
penyelesaian masalah.

You might also like