You are on page 1of 2

Soalan 1.

Jelaskan pengertian jihad dan jenis-jenis jihad dalam islam

Pendahuluan
Dalam Islam, tujuan jihad adalah untuk membangunkan masyarakat berdasarkan syariat Islam,
memelihara dan memastikan maslahat masyarakat Islam dan manusia keseluruhannya agar terbela
atas prinsip keadilan yang telus. Jihad juga berperanan untuk meastikan ketinggian agama Allah SWT
supaya agama ini dapat disampaikan secara terbuka kepada manusia tanpa dihalang oleh sesiapa.
Jihad adalah tuntutan fardu ain bagi setiap Muslim yang tinggal di tanah air yang dijajah oleh
golongan kafir.

Isi-isi penting:
(a) Pengertian Jihad
i. Dari segi bahasa, jihad berasal daripada perkataan “jahada” yang bemraksud menggunakan
segala usaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu.
ii. Dari segi syarak pula, jihad boleh didefinisikan dengan pengertian yang lebih luas, berjuang
dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu matlamat yang disasarkan
dalam menegakkan agama Allah SWT di atas muka bumi ini.
iii. Menurut Abu a’al- Maududi, jihad merupakan perjuangan di jalan Allah SWT dan fisabillah
merupakan syarat utama bagi jihad dalam Islam.
iv. Menurut mazhab Hanafi, jihad ialah mengajak orang kafir ke dalam pelukan Din al-Haqq.
v. Mazhab Shafie menegaskan bahawa jihad adalah sebagai berperang dijalan Allah SWT dan
mengerahkan segala kemampuan untuk memerangi orang-orang kafir.
vi. Definis yang lebih sempit bagi perkataan jihad ialah mencurahkan segala tenaga dan
keupayaan dalam memerangi orang kafir dan menahan serangan mereka dengan jiwa, harta
dan lisan.

(b) Jenis-jenis jihad


Jenis Jihad Penerangan
Jihad nyawa dan tenaga  Jihad yang paling tinggi dalam islam adalah melalui pengorbanan
jiwa dan raga untuk agama Islam.
 Lazimnya, jihad begini ialah jihad di medan perang
 Dan mereka yang terkorban diistilah sebagai syahid
 Contohnya, Saidina Hamzah telah gugur atau syahid di medang
Perang Uhud.
Jihad harta  Pengorbanan wang dan harta juga termasuk dalam jihad fi sabillah
 Bagi golongan kaya, mereka boleh menyumbang harta
 Bagi menyokong usaha jihad golongan yang berperang di medan
perang
 Contohnya, Saidina Abu Bakar al-Siddiq menyerahkan semua
hartanya demi menegakkan syiar Islam.
Jihad akal fikiran  Idea yang bernas dan positif serta memberi manfaat kepada
masyarakat dan negara tergolong dalam ciri-ciri jihad di jalan Allah
SWT.
 Contohnya, Salman al-Farisi selain berjihad di medan perang, beliau
juga menyumbangkan idea dalam pembinaan parit dalam Perang
Khandak.
Jihad melawan nafsu  Berjihad melawan nafsu ialah jihad yang paling tinggi darjatnya di
sisi Islam.
 Melaluinya, seluruh tenaga disalurkan supaya menuruti jalan
(manhaj) yang digariskan oleh Allah SWT.
 Perjuangan melawan nafsu dalam diri setiap individu Muslim adalah
fardu ain.
 Mencari petunjuk agama yang benar atau mencari ilmu tergolong
dalam jihad melawan nafsu,
 Iaitu berusaha tunduk dan patuh untuk beramal kepada ajaran
Islam, menyebarkan dakwah Islamiah serta sabra di atas segala
ujian dan cabaran yang diterima.
Jihad menentang Syaitan  Syaitan ialah musuh yang sebenar-benarnya.
 Buktinya, banyak ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan permusuhan
di antara Syaitan dan manusia.
 Misalnya dendam Iblis terhadap Nabi Adam a.s.
 Terdapat dalil di dalam surah al-Fatir ayat 6 yang membuktikan
syaitan adalah musuh manusia, “Sesungguhnya syaitan itu seteru
bagimu maka jadikan dia atau layanilah dia sebagai seteru”.
 Jihad menentang Syaitan juga tergolong sebagai jihad dalam
kategori fardu ain kerana setiap manusia Islam mestilah sentiasa
berjihad menentang hawa nafsu dan Syaitan.
 Ini kerana kedua-duanya menjadi musuh di dalam diri mereka
sendiri.
Jihad menentang  Jihad dalam kategori ini bermaksud menentang golongan yang
golongan munafik berselindung di sebalik nama Islam.
 Terdapat banyak ayat dalam al-Quran yang membicarakan
berkenaan golongan menufaik ini.
Jihad menentang  Umat Islam digalakkan menentang kemungkaran dan kezaliman
kemungkaran dan dalam sesebuah pemerintahan.
mempertahankan  Oleh sebab itu, segala kebatilan yang terdapat dalam masyarakat
kebenaran mestilah ditentang sama ada melalui perbuatan, perkataan ataupun
dengan hati.
Jihad menuntut ilmu  Selain berjihad di medan perang, manusia juga disyariatkan
berjuang dalam bidang keilmuan.
 Ini penting bagi memastikan umat Islam tidak ketinggalan dalam
setiap lapangan.
 Umat Islam digalakkan mempelajari ilmu yang bermanfaat sama
ada fardu ain seperti feqah dan tauhid atau fardu kifayah seperti
sains, perubatan dan kejuruteraan.
 Tujuannya supaya umat Islam tidak bergantung kepada bangsa lain,
bahkan fardu kifayah boleh menjadi wajib sekiranya tidak ada orang
Islam yang mempelajarinya.

Penutup:
Kesimpulannya, jihad adalah prinsip Islam yang agung kerana jihad merupakan cara memlihara
kebesaran, kemuliaan dan kedaulatan Islam. Tanpa jihad Islam akan menjadi sebuah agama yang
dapat diperkotak-katikkan dan umat Islam akan terumbang-ambing oleh pelbagai rupa dan bentuk
filsafat dunia.

You might also like