You are on page 1of 3

Soalan 21 TEMA 4 [PENGISIAN KEMERDEKAAN]

PEMBINAAN NEGARA BANGSA


Tajuk Bincangkan peranan Presiden Macapagal dalam usaha beliau
membangunkan negara Filipina.
Pendahuluan Presiden Macapagal atau Diosdado Pangan Macapagal dilahirkan di
Lubao, Pampanga pada 28 September 1910. Bapanya ialah Urbano
Macapagal manakala ibunya ialah Romana Pongan. Beliau berasal
daripada keluarga yang miskin dan berpeluang melanjutkan pelajaran ke
University of Santos Tomas dan memperoleh ijazah dalam bidang
perundangan pada tahun 1936. Beliau menjadi Presiden Filipina yang ke-9
bermula pada tahun 1961-1965 bagi menggantikan Presiden Carlos P.
Garcia. Presiden Macapagal meninggal dunia pada 21 April 1997 ketika
berusia 86 tahun di Makati City, Metro Manila. Semasa hayat Presiden
Macapagal, rakyat Filipina menggelarkannya “The incorruptable” (orang
jujur). Sepanjang pemerintahannya terdapat pelbagai sumbangan yang
telah dilaksanakan oleh beliau dalam pembangunan politik, ekonomi dan
sosial Filipina.
Fakta 1 Menukar tarikh kemerdekaan Filipina

Huraian/contoh Antara sumbangan Presiden Macapagal dalam bidang politik ialah pada
tahun 1962, beliau bertindak mengubah tarikh perayaan rasmi Hari
Kemerdekaan Filipina yang telah ditetapkan oleh Amerika Syarikat dari 4
Julai kepada 12 Jun. Tarikh 12 Jun dipilih kerana tarikh itulah tarikh
Emilio Aquinaldo mengumumkan kemerdekaan Filipina daripada penjajah
Sepanyol pada tahun 1898.
Sebagai contohnya, pada 12 Mei 1962, Presiden Macapagal telah
menandatangani proklamasi yang mengisytiharkan 12 Jun setiap tahun
sebagai cuti umum khas untuk memperingati pengisytiharan hari
kemerdekaan daripada Sepanyol pada 12 Jun 1898.

Penegasan isi Tegasnya, Presiden Macapagal berjaya mengubah tarikh tersebut bagi
mengingati perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan daripada
Sepanyol.

Fakta 2 Meningkatkan Keluaran Bahan Makanan


Huraian/contoh Salah satu sumbangan yang dilaksanakan oleh Presiden Macapagal dalam
bidang ekonomi ialah bertindak meningkatkan keluaran bahan makanan
untuk menampung keperluan penduduk dan mengelakkan mengimport
makanan daripada luar. Hal ini bertujuan mengelakkan pengaliran peso
Filipina ke luar negara dengan banyak.
Sebagai contohnya, untuk memberi pekerjaan kepada penduduk Filipina,
Presiden Macapagal memperkenalkan program sosioekonomi. Dalam
program ini, reformasi tanah melalui Kod Reformasi Tanah Pertanian
diperkenalkan pada tahun 1963. Macapagal juga melaksanakan Program
Pembangunan Bersepadu Lima Tahun yang bermatlamat memulihkan
kestabilan ekonomi, membela nasib rakyat dan mewujudkan asas kukuh
untuk pertumbuhan masa depan. Presiden Macapagal tidak dapat
melakukan pembaharuan dasar ekonomi kerana mendapat tentangan
daripada Parti Nasionalis.

Penegasan isi Jelaslah usaha yang dilakukan oleh Presiden Macapagal dapat
meningkatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.15 peratus bagi tahun
1962 hingga tahun 1965.

Fakta 3 Pembaharuan Undang-undang Tanah

Huraian/contoh Presiden Macapagal juga telah memansuhkan penyewaan dan program


reformasi tanah yang disertakan dalam Kanun Tanah Pertanian
Pembaharuan 1963. Program ini bertujuan untuk memerangi kemiskinan
secara besar-besaran dan menghapuskan perhambaan terhadap penyewa
tanah kepada kebebasan dan keselamatan petani di tanah milik mereka.
Beliau telah menandatangani pemansuhan tersebut pada 8 Ogos 1963 bagi
menghapuskan perhambaan.

Penegasan isi Namun begitu, beliau gagal dalam melaksanakan reformasi tanah tersebut.

Fakta 4 Mewujudkan Pentadbiran Pekerjaan Asas (EEA)

Huraian/contoh Di bidang sosial pula, beliau telah berusaha untuk menyelesaikan masalah
pengangguran yang merupakan masalah utama semasa pentadbirannya.
Oleh itu, beliau telah mewujudkan pentadbiran Pentadbiran Pekerjaan
Asas (EEA). Beliau berharap usaha ini dapat memberi peluang rakyat
mendapatkan pekerjaan dan mengatasi masalah pengangguran.
Contohnya, bantuan ini telah menyediakan lebih banyak peluang
pekerjaan kepada penduduk Filipina.

Penegasan isi Tegasnya, usaha Presiden Macapagal ini mampu mengatasi masalah
kemiskinan dan meningkatkan ekonomi negara.

Fakta 5 Penggunaan bahasa Filipina


Huraian/contoh Selain itu, Presiden Macapagal juga membuat pembaharuan dari segi
penggunaan bahasa. Beliau telah memulakan penggunaan bahasa Filipina
dalam semua urusan rasmi kerajaan .
Sebagai contohnya, semua dokumen, kelayakan diplomatik, diploma serta
sijil semuanya menggunakan bahasa Filipina. Beliau menggalakkan
penggunaan bahasa kebangsaan mereka sebagai bahasa rasmi yang
digunakan dalam semua acara komunikasi dan dokumen.

Penegasan isi Oleh itu, usaha yang dilakukan bagi memartabatkan bahasa Filipina telah
meningkatkan lagi semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat Filipina.

Kesimpulan Presiden Macapagal merupakan negarawan ulung Filipina. Beliau telah


banyak membawa perubahan sama ada dari segi politik mahupun
ekonomi. Beliau juga bijak dalam menjalin hubungan dengan negara jiran
Semasa pentadbirannya, Filipina telah menjalin hubungan yang lebih rapat
dengan Malaysia dan Indonesia melalui pembentukan MAPHILINDO.
Terdapat beberapa projek ekonomi tidak dapat dilaksanakan kerana
mendapat penentangan daripada Parti Nasionalis di bawah pimpinan
Ferdinand Marcos yang telah menguasai Dewan Perwakilan dan Dewan
Senat Filipina. Presiden Macapagal telah dikalahkan oleh Ferdinand
Marcos dalam pertandingan pemilihan presiden pada tahun 1965.

Hurainan/contoh Filipina juga telah menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak
ASEAN+3 yang ketiga pada tahun 1987. ASEAN+3 merupakan
kerjasama ekonomi ASEAN dengan China, Jepun dan Korea.
Menteri-menteri Luar negara-negara tersebut telah dijemput menghadiri
perbincangan tentang kerjasama yang ingin diwujudkan.
Filipina juga telah menjadi tuan rumah kepada sukan SEA yang diadakan
untuk merapatkan hubungan antara negara melalui semangat kesukanan.
Sehingga tahun 2000, Filipina telah menjadi tuan rumah sebanyak dua kali
iaitu pada tahun 1981 dan 1991.
Penegasan isi Jelaslah sumbangan tersebut membawa kebaikan untuk ASEAN.

Kesimpulan Pada abad ke-20, Filipina telah terlibat dalam pertubuhan serantau seperti
ASA, MAPHILINDO dan ASEAN. Selepas merdeka, Filipina bergiat
aktif dalam pertubuhan antarabangsa seperti SEATO dan PBB.
Penglibatan dan hubungan tersebut memberi banyak faedah dalam
memelihara kedudukan politik, kemajuan ekonomi serta sosial.

You might also like