You are on page 1of 3

SUMBANGAN MACAPAGAL DI FILIPINA Pengenalan Presiden Diosdado Macapagal

Pangan merupakan Presiden Filipina yang ke-9 (1961-1965). Beliau dilahirkan pada 28
September 1910 di Lubao, Pampanga dan meninggal dunia pada 21 April 1997 akibat kegagalan
jantung, paru-panu, dan komplikasi buah pinggang di Makati Medical Center. Beliau
dikebumikan di Libingan ng nada Bayani. Beliau merupakan anak kedua daripada empat orang
adik-beradik. Bapa beliau bernama Urbano Macapagal dan ibunya Romana Pangan. Beliau
dikenali sebagai budak miskin dari Lubao, Pampanga dan menggunakan nama samaran Tidak
Rasuah. Beliau mendapat pendidikan awal di Elementary School Lubao dan memperoleh
kelulusan valedictorian pada tahun 1925 serta lulus dengan kelas kedua tinggi di Sekolah Tinggi
Pampanga pada tahun 1929. Beliau telah melanjutkan pelajaran ke University of Santo Tohias
dalam jurusan undang-undang dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1936. Setelah itu,
beliau mengajar dan memperoleh Ijazah Sarjana Doktor Undang-undang Sivil dan Ph.D.
Ekonomi di universiti yang sama. Setelah tamat pengajian, Macapagal menjadi peguam, menjadi
ahli Kongres, menjadi ahli Dewan Rakyat pada tahun 1948, beliau berkhidmat sebagai setiausaha
kedua di Kedutaan Filipina di Washington, D.C. Beliau juga merupakan wakil Filipina ke
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebanyak tiga kali.
Sumbangan Politik
Presiden Macapagal telah memainkan peranannya dalam pembentukan MAPHILINDO. Melalui
MAPHILINDO, Filipina telah menjalin hubungan yang lebih rapat dengan Negara jiran seperti
Malaysia dan Indonesia. MAPH1LINDO ialah pergabungan bukan politik yang dicadangkan dan
ia merupakan pencapaian yang penting sebagai pembuka jalan untuk mewujudkan Persatun
Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). MAPHILINDO telah digambarkan sebagai persatuan
serantau yang akan mendekati isu-isu kepentingan bersama dalam semangat persaudaraan.
Presiden Macapagal telah memfailkan tuntutan Filipina ke atas Sabah (Borneo Utara) sebagai
sebahagian dan wilayah Filipina kerana ia telah diberikan sebagai hadiah kepada sultan Sulu oleh
sultan Brunei. Tuntutan ini telah dikemukakan oleh Macapagal pada 22 Jun 1962. Presiden
Macapagal juga telah memujuk Kongres agar rnenghantar tentera ke Vietnam Selatan pada akhir
tahun 1965. Walau bagaimanapun, cadangan ini telah disekat oleh pembangkang yang dipimpin
oleh Presiden Senat, iaitu Ferdinand Marcos.
Ekonomi Beliau telah memperkenalkan pembaharuan dalam undang-undang tanah negara,
menghapuskan kawalan pertukaran mata wang asing, mengawal keuntungan yang keluar, dan
memperkenalkan kawalan harga serta mengurangkan pengangguran. Tujuannya ialah untuk
menyekat rasuah, meningkatkan pengeluaran makanan, dan melaksanakan sosioekonomi yang
berani. Namum, tujuan beliau banyak dihalang oleh Kongras Filipina yang dikuasai oleh parti
saingan beliau, iaitu Parti Nasional. Beliau juga telah memperkenalkan Kanun Tanah Pertanian
Pembaharuan 1963. Melalui kanun ini, beliau telah melakukan pemansuhan penyewaan dan
program reformasi tanah sebagai usaha untuk memerangi kemiskinan secara besar-besaran.
Beliau menandatangani pemansuhan tersebut pada 8 Ogos 1963, bertujuan untuk menghapuskan
perhambaan terhadap penyewa tanah kepada kebebasan dan keselamatan petani di tanah milik
mereka. Walau bagaimanapun, beliau gagal dalam melaksanakan reformasi tanah. Beliau juga
telah menghapuskan kawalan pertukaran mata wang dan membenarkan peso Filipina diapungkan
di pasaran pertukaran mata wang percuma. Pada 21 Januari 1962, selepas bekerja selama 20 jam
berturut-turut akhirnya Presiden Macapagal berjaya menandatangani dekri Bank Negara yang
memansuhkan kawalan pertukaran dan mengembalikan negara kepada perusahaan bebas.
Presiden Macapagal juga mewujudkan Pentadbiran Pekerjaan Asas (EEA) sebagai usaha untuk
menyelesaikan masalah pengangguran yang juga merupakan salah satu masalah utama semasa
pentadbirannya. Kerajaan telah memberi bantuan dengan menyediakan lebih banyak peluang
pekerjaan untuk penduduk Filipina bagi membolehkan mereka mengatasi masalah kemiskinan
dan meningkatkan ekonomi negara. Presiden Macapagal juga memperkenalkan program
sosioekonomi yang berlandaskan kembali kepada perusahaan bebas dan swasta akan
meletakkan pembangunan ekonomi Filipina di tangan usahawan swasta dengan campur tangan
kerajaan yang minimum. Oleh itu, Undang-undang Perdagangan Runcit Kebangsaan telah
diwujudkan untuk memecahkan monopoli oleh perniagaan asing yang menguasai perdagangan
runcit Filipina. Presiden Macapagal turut memperkenalkan program Pembangunan Bersepadu
Lima Tahun yang bertujuan untuk pemulihan segera kestabilan ekonomi; membela nasib
golongan rakyat biasa; dan mewujudkan asas yang kukuh untuk pertumbuhan masa depan.
Dengan itu, beliau telah berjaya mencatat kemajuan ekonomi yang stabil dan pertumbuhan
KDNK tahunan purata pada 5.15% bagi tahun 1962-1965.
Sosial Presiden Macapagal juga telah menukar tarikh kemerdekaan Filipina dari 4 Julai kepada
12 Jun. Ini kerana 4 Julai ialah tarikh Amerika Syarikat memberikan kemerdekaan kepada rakyat
Filipina sedangkan 12 Jun ialah tarikh Filipina mengisytiharkan kemerdekaan mereka sendiri
daripada penjajah Sepanyol pada tahun 1898. Pada 12 Mei 1962, Presiden Macapagal telah
menandatangani proklamasi yang mengisytiharkan 12 Jun setiap tahun sebagai cuti umum khas
untuk memperingati pengisytiharan kemerdekaan daripada Sepanyol, iaitu pada 12 Jun 1898.
Walaupun pada 12 Jun 1898, Filipina belum lagi bebas sepenuhnya kerana kemudian dijajah pula
oleh Amerika Syarikat yang ketika itu berjaya mengalahkan Sepanyol, tetapi bagi rakyat Filipina
mereka sudah mendapat kemerdekaan. Presiden Macapagal juga telah memulakan penggunaan
bahasa Filipina dalam semua urusan rasmi kerajaan, kelayakan diplomatik, diploma, sijil dan
dokumen lain yang masih diteruskan sehingga kini. Beliau juga menggalakkan penggunaan
bahasa kebangsaan mereka sebagai bahasa rasmi yang digunakan dalam semua acara cara
komunikasi dan untuk semua dokumen.

You might also like