You are on page 1of 4

LATAR BELAKANG

Institut Aminuddin Baki (IAB) adalah sebuah institusi latihan kepimpinan dan pengurusan
pendidikan bagi membangunkan keupayaan pengurus dan pemimpin pendidikan di semua
peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sejarah penubuhan IAB yang dahulunya
adalah dikenali sebagai Malaysian Educational Staff Training Institute (MESTI) pada Mac 1979.
Lokasi MESTI pada masa itu bertempat di Bahagian Pendidikan Guru telah berpindah ke
kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi pada bulan Ogos 1979 sehingga
September 1980. Pengurusan MESTI telah diterajui oleh Dr. Chew Tow Yow selaku Pengetua
dan Dr. Mohd. Yaacob Haji Mat Nong sebagai Naib Pengetua. Kemudiannya berpindah pula ke
Blok 1, Kompleks Pantai Puri, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur sebelum berpindah ke kampus
rasminya di Sri Layang, Genting Highlands, Pahang Darul Makmur pada bulan Mac 1985.

MESTI kemudiannya dikenali sebagai Institut Pengurusan Pendidikan Negara (IPPN) pada tahun
1985 selaras dengan perkembangan pesatnya dan serentak dengan perpindahan operasinya ke
kampus induk pada masa itu di Sri Layang, Genting Highlands. Pada 14 Mac 1988 YB Menteri
Pendidikan Malaysia telah mengisytiharkan nama baru IPPN kepada Institut Aminuddin Baki
(IAB) sebagai mengenang jasa dan sumbangan Allahyarham Aminuddin Baki (Penasihat
Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu) terhadap pembangunan dan perkembangan dalam bidang
pendidikan negara Malaysia. Kampus ini terletak di atas tapak seluas 48.6 hektar dan telah mula
beroperasi sejak Mei 1985. Perasmian IAB Genting Highlands telah diperkenankan oleh Duli
Yang Maha Mulia , Tuanku Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu
Bakar Riayatuddin A-Muadzam Shah pada 20 oktober 1988.

Peranan dan tanggungjawab IAB dalam bidang pendidikan terus berkembang sehingga
mempunyai beberapa cawangan iaitu Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara (IABCU)
terletak di Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah. Pewujudan Kampus Institut Aminuddin Baki
Cawangan Utara mula diilhamkan berikutan arahan yang dikeluarkan oleh YB Menteri
Pendidikan pada Mesyuarat Jemaah Menteri, Kementerian Pendidikan pada 22 November 1989.
Pada bulan Februari 1990, IAB Cawangan Utara diarah menggunakan kemudahan Kampus
Universiti Utara Malaysia (UUM) di Bandar Darulaman, Jitra, Kedah sebagai kampus cawangan.
Keputusan ini dibuat semasa mesyuarat mengambil alih kampus sementara UUM di Bandar
Darul Aman telah diadakan pada Januari 1990 di UUM yang dipengerusikan oleh yang
Berbahagia Tan Sri Datuk Wira Abdul Rahman bin Arshad, Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia pada masa itu.

Pada bulan Mei 1991, IAB Cawangan Utara beroperasi dan telah melaksanakan program latihan
menggunakan tenaga pengajar dari pensyarah-pensyarah kampus Induk. Pada 1.1.1996 IAB
Cawangan Utara telah mendapat kelulusan perjawatan baru dan En. Zulkifli bin Bahari telah
dilantik sebagai Pengetua pertama. Pada tahun 2005, IAB Cawangan Utara telah diluluskan
pertambahan beberapa perjawatan baru dan gelaran jawatan bagi Pengetua kampus telah
ditukarkan kepada Pengarah.

Manakala cawangan Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak (IABCS) mula beroperasi
secara pentadbiran di Kampus Universiti Pertanian, Cawangan Bintulu pada tahun 1996 hingga
1998. Pada 27 Disember 2005, IABCS beroperasi secara pentadbiran di Kuching dengan
menggunakan dua buah bilik darjah di SK Sungai Maong Hilir. Kini, cawangan ini telah
berpindah ke kampus tetap di Jalan Sultan Tengah, Santubong, pada 14 Oktober 2013.

Sebagai sebuah institusi latihan pengurusan dan kepimpinan khusus dalam bidang pendidikan,
IAB mempunyai komited dan tanggungjawab besar bagi menghasilkan organisasi pendidikan
yang berkualiti selaras dengan aspirasi negara Malaysia. Pada Februari 2014, Kampus Induk IAB
di Sri Layang, Genting Highlands telah berpindah ke kampus induk baharu bertempat di
Kompleks Pendidikan Nilai, Bandar Enstek, Negeri Sembilan dengan menjadikan IAB di
Kampus Sri Layang sebagai IAB Cawangan Genting Highlands (IABCGH).

Kemudiannya, penubuhan Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah telah bermula apabila
bahagian pengurusan IAB Induk membawa dan membentangkan Kertas Cadangan penubuhan
IAB Zon Sabah dalam Mesyuarat Profesional KPM Bil 1/2010. Hasil permuafakatan dengan
Jabatan Pelajaran Negeri Sabah maka premis Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu, Bukit
Padang, Kota Kinabalu telah diperolehi daripada Pengarah Pelajaran Negeri Sabah. Pada 25
Februari 2014, Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Sektor Pelajaran (JTPK), yang
dipengerusikan oleh YBhg Tan Sri Dr. Madinah binti Mohamad Ketua Setiausaha Utama (KSU)
KPM telah meluluskan peruntukan untuk pengoperasian IAB Cawangan Sabah menggunakan
kabin (kaedah fast-track). Keluasan pembinaan pejabat fast track IAB Cawangan Sabah adalah
dianggarkan 7.04 ekar. Majlis pecah tanah telah disempurnakan oleh YB Datuk Mary Yap Kain
Ching pada 21 Mac 2015 bertempat di tapak Kampus IAB Cawangan Sabah. Majlis penyerahan
bangunan fast-track IAB Cawangan Sabah dari JKR kepada Kementerian Pendidikan Malaysia
yang disaksikan oleh Pengarah Institut Aminuddin Baki, Hjh Serina binti Sauni telah
disempurnakan pada 26 Februari 2016.

Peranan IAB di setiap cawangan kian berkembang merangkumi program-program bersepadu di


peringkat institusi, daerah, kebangsaan dan antarabangsa di samping kursus-kursus khas pada
peringkat serantau dan antarabangsa. Matlamat IAB ialah untuk membina dan membangunkan
profesionalisme dalam kepemimpinan dan pengurusan pendidikan yang akan membantu
membangunkan sistem pendidikan kebangsaan keseluruhannya.

VISI

Pusat pembangunan kepimpinan pendidikan yang terbilang.

MISI

Membangun kepemimpinan pendidikan bagi menghasilkan organisasi berkualiti.

OBJEKTIF

AB sebagai sebuah institusi latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan bagi membangunkan
keupayaan pengurus dan pemimpin pendidikan di semua peringkat KPM.

Menghasilkan organisasi pendidikan yang berkualiti selaras dengan aspirasi negara untuk
menjadi maju mengikut acuan sendiri.
Fungsi :

Latihan
Pentaksiran
Konsultasi
Penyelidikan
Penerbitan
Pasukan Pemikir

Matlamat :

Stakeholder dan pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan teras yang ditawarkan
Barisan pengurusan dan kepimpinan organisasi pendidikan yang berkualiti dan bertaraf
dunia
Warga kerja IAB yang sejahtera dan berkompetensi tinggi
Pengurusan kewangan dan sumber yang cekap, berhemat dan memberi pulangan nilai
(value for money)

IAB komited untuk memberi kepuasan hati kepada stakeholders dan pelanggan berdasarkan
piagam pelanggan seperti berikut dan memastikan akan:

1. Melaksanakan sekurang-kurangnya 98% program latihan yang didaftarkan dalam


dokumen Program Latihan IAB pada tahun berkenaan;
2. Memastikan sekurang-kurangnya 82% peserta kursus berpuas hati dengan
pengendalian program latihan IAB;
3. Memastikan sekurang-kurangnya 82% peserta yang mengikuti program latihan
berpuas dengan pengendalian sesi latihan oleh Pensyarah IAB dan Pensyarah
Jemputan;
4. Memaklumkan pelanggan tentang kelulusan sesuatu kursus yang dipohon
sekurang-kurangnya empat minggu (4) sebelum kursus bermula;
5. Memastikan prasarana latihan dan semua keperluan serta peralatan latihan
berfungsi dengan baik dan dalam keadaan siap sedia untuk digunakan dalam
tempoh satu (1) hari sebelum kursus bermula;
6. Menjalankan sekurang-kurangnya sembilan (9) penyelidikan dan pembangunan
sistem maklumat setahun;
7. Menghasilkan sekurang-kurangnya sepuluh (10) penerbitan setahun;
8. Menjalankan sekurang-kurangnya enam (6) program konsultasi termasuk khidmat
pasukan pemikir setahun;
9. Menghasilkan indeks keperluan latihan dan pembangunan profesional pemimpin
sekolah bagi setiap negeri setiap tahun;
10. Memastikan sekurang-kurangnya 80% peserta kursus berpuas hati dengan
perkhidmatan sajian dan penginapan;
11. Menyediakan perkhidmatan perpustakaan pada setiap hari bekerja mulai: 8.15
pagi hingga 4.45 petang;
12. Memastikan semua staf IAB mendapat peluang untuk mengikuti latihan sekurang-
kurangnya 7 hari setahun;
13. Memastikan maklum balas kepada semua pertanyaan dan aduan pelanggan
mengenai pengurusan perkhidmatan di IAB adalah menepati tempoh-tempoh
berikut:

a. akuan penerimaan dalam tempoh satu (1) hari

b. maklum balas awal dalam tempoh 15 hari

You might also like