You are on page 1of 21

UNIVERSITY OF MALAYA

DEPARTMENT OF MALAYSIAN LANGUAGES AND


APPLIED LINGUISTICS
FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS

TID180005/17114738/1
INDUSTRIAL TRAINING
SEMESTER I
SESSION 2021/2022
FINAL REPORT

Nama KaviPriya A/P Manimaran


No. matrik TID 180005 / 17114738/1
Nama& alamat Pejabat Pendidikan Daerah Kuala
organisasi/institusi/company Langat, Banting
External Supervisor’s Name En. Yusman Bin Mubni
Internal Supervisor’s Name En. Aminuddin bin Sarmiran
Training Period 11 Oktober 2021 – 31 Januari 2022
ISI KANDUNGAN

1.0 Penghargaan 1
2.0 Pengenalan 2

3.0 Objektif 3
4.0 Latar Belakang Agensi 4
4.1 Visi dan Misi 5

4.2 Moto Dan Piagam Pelanggan 5


4.3 Logo PPD 6
4.4 Peta Lokasi 7

4.5 Carta Organisasi 7


5.0 Tugasan 8
5.1 Sektor Pentadbiran 8

5.2 Sektor Pembangunan Murid 8


5.3 Sektor Perancangan 9
5.4 Sektor Pembelajaran 10

6.0 Sumbangan Latihan Amalan Industri 10


6.1 Sumbangan kepada pelajar 10
6.2 Sumbangan kepada agensi 11

7.0 Masalah dan cabaran 11


8.0 Cadangan dan penutup 12
Senarai rujukan 13

Lampiran 13
1

1.0 PENGHARGAAN

Selamat Sejahtera,

Bersyukur kerana dengan izin kurnianya dapat juga saya menyempurnakan Latihan Industri
dari 11 Oktober 2021 sehingga 31 Januari 2022. Sepanjang menjalankan Latihan Industri,
saya telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat
berharga dan bermakna dalam hidup saya sebagai seorang pelajar latihan industri.
Pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalankan latihan ini boleh menambahkan lagi
pengetahuan dan kemahiran saya yang sedia ada.

Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada Pejabat Pendidikan
Daerah Kuala Langat (PPDKL), penyelia Latihan Industri serta kakitangan PPDKL yang
telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menjalankan latihan
industri ini dan memberi peluang untuk menjalankan latihan industri di situ. Tunjuk ajar
mereka amat membantu saya dalam usaha menyempurnakan latihan ini.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga saya dan juga pihak
Universiti Malaya yang telah banyak memberi sokongan moral semasa menjalankan latihan
industri. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana
telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan laporan akhir ini
dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan
ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan
amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat
dilaksanakan dengan sempurna.

Sekian, terima kasih.


2

2.0 PENGENALAN

Latihan Industri ini merupakan sebahagian daripada kursus yang diwajibkan kepada

setiap pelajar Universiti Malaya dan merupakan salah satu syarat untuk bergraduasi. Latihan

ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengalaman kepada pelajar tentang keadaan

sebenar alam pekerjaan bagi pelajar Fakulti Bahasa dan Linguistik dan sebagai persediaan

awal bagi pelajar sebelum melangkah ke satu tahap menjadi seorang pekerja, latihan ini

berjalan selama 16 minggu iaitu bermula pada 11 Oktober 2021 sehingga 31 Januari 2022.

Latihan industri ini bertujuan untuk melaksanakan hasrat universiti yang ingin

menambahkan lagi kepelbagaian pengalaman pelajar. Semua pelajar fakulti diwajibkan

mengikuti dan lulus latihan ini untuk melayakkan mereka mendapat Ijazah Sarjana Muda

Bahasa dan Linguistik Bahasa Tamil dengan kepujian. Di akhir latihan industri, pelajar

diharap dapat mencapai objektif dan memanfaatkan segala ilmu yang dipelajari dalam

menghadapi cabaran era globalisasi dunia zaman ini yang semakin lama semakin mencabar.

Saya telah memohon dan mendapat tempat untuk menjalani Latihan Industri di

sebuah agensi iaitu Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat. Saya telah ditempatkan di dua

unit sepanjang Latihan Industri iaitu unit Pentadbiran selama dua hari sebelum saya

ditempatkan di Sektor Pembelajaran sepanjang tempoh latihan di sini. Saya telah diberi

peluang untuk melibatkan diri dalam melakukan pelbagai pekerjaan sepanjang keberadaan

saya di sini.
3

3.0 OBJEKTIF LATIHAN AMALAN INDUSTRI

Objektif Latihan Industri adalah:

i) Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar.

ii) Membolehkan pelajar melihat berkaitan di antara teori yang dipelajari dengan kerja-
kerja praktikal.

iii) Membentuk dan mengukuhkan keyakinan diri dalam melaksanakan tugas.

iv) Menanamkan semangat kerja berpasukan dan perhubungan yang baik sesama
pekerja.

v) Dapat menilai kebolehan diri sendiri untuk persediaan menghadapi alam pekerjaan
selepas tamat pengajian.

vi) Menimbulkan kesedaran serta meningkatkan minat pelajar terhadap jurusan yang
dipilih.

vii) Meningkatkan semangat jujur, amanah, berdedikasi dan bertanggungjawab terhadap


tugas-tugas yang diberikan.

Antara objektif laporan Latihan Industri adalah:

i) Menjadi bukti bahawa pelajar tersebut telah menjalani Latihan Industri mengikut
jangka waktu yang telah ditetapkan.

ii) Mencatatkan segala aktiviti semasa menalani Latihan Industri.

iii) Membuktikan bahawa pelajar itu memahami dan menghayati sesuatu kerja yang
dibuat semasa Latihan Industri.
4

iv) Sebagai rujukan selepas menjalani Latihan Industri di agensi terbabit selepas tamat
menjalani pengajian di UM.
4.0 LATAR BELAKANG AGENSI

Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat (PPDKL) terletak di Jalan Sultan Abdul Samad,
Taman Banting Jaya, Banting Selangor. Tambahan lagi, PPDKL ini adalah dibawah tadbir
Jabatan Pelajaran Selangor (JPS) juga merupakan pusat pentadbiran pendidikan bagi seluruh
sekolah di daerah Kuala Langat termasuk Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK). Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat dan Sepang (PPDKLS)
ditubuhkan pada 1 Julai 1982. Pada asalnya, bangunan PPDKL ini adalah di Sekolah
Kebangsaan Banting, Jalan Jugra atau kini dikenali dengan Jalan Sultan Abdul Samad. Pada
tahun 1950, Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat dan Sepang ditubuhkan dibawah
Education Ordinance, namun pada 1 November 1991, Pejabat Pelajaran Daerah Sepang telah
dibuka di bangunan Pusat Kegiatan Guru (PKG), Salak. Oleh itu, Pejabat Pelajaran Daerah
Kuala Langat (PPDKL) telah dipisahkan dengan Pejabat Pelajaran Daerah Sepang (PPDS)
pada 1 Februari 2002.

Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat diketuai oleh Pegawai Pelajaran
Daerah dan juga Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah iaitu En Agos Salim Bin Shahrom
dengan dibantu oleh 4 Penolong Pegawai Pelajaran Daerah. Selain itu, Unit kualiti dan
Dokumentasi ditubuhkan pada tahun 2005 untuk membantu memantapkan lagi Sistem
Pengurusan Kualiti (SPK) di PPD Kuala Langat. Pada 23 Mac 2006, PPD Kuala Langat telah
mendaftar untuk pensijilan MS ISO 9001:2000 (SIRIM) dan menjalani Audit Kecakupan
pada 7 Julai 2006 seterusnya Audit Pematuhan pada 18 dan 19 Oktober 2006.

Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat telah mendapat pengiktirafan pensijilan MS


ISO 9001:2000 oleh SIRIM pada 26 Januari 2007 dengan No. Pendaftaran AR 4245. Setiap
bangunan telah dinamakan dengan 3 blok iaitu Blok A merangkumi Dewan Seri Delima,
Blok B iaitu untuk unit Linus, unit Peperiksaan, unit Akademik, unit Kemanusiaa dan Dewan
Cenderawasih, seterusnya adalah Blok C yang merangkumi unit Pengurusan Sekolah,
Perkhidmatan, Kewangan, Kualiti dan unit Pembangunan.
5

4.1. Visi Dan Misi

Visi

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu


Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

4.2 Moto Dan Piagam Pelanggan

Moto

Muafakat, Tangkas, Cemerlang

Piagam Pelanggan

PPD Kuala Langat Komited dalam meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses
penyampaian perkhidmatan bagi memenuhi kehendak pelanggan dan aspirasi negara.

Kami warga Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat dengan penuh tekad dan iltizam akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :

1. Memastikan semua pelanggan dilayan dalam 30 minit pertama.

2. Memastikan setiap aduan bermaklumat lengkap yang diterima dikeluarkan surat akuan

terima kepada pengadu dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh terima aduan dan

memastikan surat jawapan hasil siasatan akan disampaikan kepada pengadu yang
berkenaan

dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh disahkan.

3. Memastikan permohonan pertukaran murid warga negara yang memenuhi syarat diproses
6

dan diberikan keputusan dalam tempoh 3 hari bekerja.

4. Memastikan surat pertukaran guru di dalam daerah dapat dikeluarkan dalam tempoh 14
hari

bekerja selepas mesyuarat panel.

5. Memastikan keputusan peperiksaan awam diedarkan kepada sekolah pada hari keputusan

dikeluarkan.

6. Memastikan surat kelulusan permohonan bersekolah semula bagi kes disiplin yang

memenuhi syarat dikeluarkan dalam tempoh 21 hari bekerja.

7. Memastikan surat kelulusan permohonan bersekolah semula yang memnuhi syarat

dikeluarkan dalam tempoh 7 hari bekerja.

8. Memastikan bayaran kepada pembekal dijelaskan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas

dokumen lengkap diterima.

9. Memastikan setiap laporan kerosakan di sekolah diambil tindakan pemeriksaan awal dalam

tempoh 7 hari bekerja dari tarikh terima aduan.

4.3 Logo PPD


7

4.4 Peta Lokasi

4.5 Carta Organisasi


8
9

5.0 TUGASAN

5.1 Sektor Pentadbiran

Pada hari pertama kami melapor diri di PPDKL, kami telah ditempatkan di unit pentadbiran
selama 3 hari sebelum kami ditempatkan di unit masing-masing. Pelatih telah diberikan tugas
untuk mengemas kini fail yang terdapat di dalam bilik fail. Bilik fail tersebut menempatkan
fail untuk semua sekolah yang berada di bawah PPD Kuala Langat dan fail guru yang berada
di sekolah tersebut. Pelatih harus menyusun kesemua data berkaitan dengan guru tersebut
dengan meletakkan segala surat yang berkaitan dengan cikgu tersebut ke dalam fail yang
terdapat di dalam bilik fail tersebut.

Pelatih juga telah diberi peluang untuk menjaga bahagian kaunter utama di bahagian
perkhidmatan. Di bahagian ini, pelatih telah belajar bagaimana untuk berinteraksi dengan
pelanggan yang telah hadir ke PPDKL untuk membuat urusan berkaitan dengan sekolah dan
sebagainya. Selain itu, pelatih juga telah belajar bagaimana untuk meminitkan surat keluar
dan masuk. Seterusnya, pelatih telah menghantar surat ke dalam Pigeon Holder sekolah yang
terdapat di bahagian hadapan PPDKL. Surat yang ingin dihantar ke sekolah hendaklah
diletakkan di dalam Pigeon Holder mengikut sekolah yang telah ditulis di Pigeon Holder
tersebut. Seterusnya, pelatih telah diajar untuk membuat minit surat keluar dan masuk.

Pelatih juga telah membantu dalam persiapan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang


(APC) 2021 seperti menampal tagging kerusi, persiapan tempat dan sebagainya. Pada 11
November 2021, APC telah berlangsung dan pelatih telah menjadi AJK video/fotografi
membantu Encik Mohd Aris Bin Sabri untuk menguruskan pembayaran gambar bagi
penerima anugerah.

5.2 Sektor Pembangunan Murid

Sepanjang 9 minggu di organisasi, pelatih diletakkan di Sektor Pembangunan Murid yang


diketuai oleh Tuan Haji Zulkifli Bin Mohamed iaitu Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Kuala Langat Sektor Pembangunan Murid. Di bawah sektor pembangunan murid terdapat
dua unit iaitu berkaitan dengan hal ehwal murid dan juga pembangunan bakat murid
(Kokurikulum). Antara bidang tugas dibawah sektor ini adalah telah mengemas kini senarai
nama untuk tender perkhidmatan sewaan peralatan ICT, pengurusan dan pentadbiran dengan
10

menggunakan Microsoft Excel. Selain itu, menyemak dan menulis nombor serial barangan
ICT seperti PC, mouse, dan printer pegawai yang berada di Sektor Pembangunan Murid.

Seterusnya, pelatih telah mengecop salinan bagi surat-surat yang telah diterima oleh
pengurusan aktiviti sukan. Pelatih juga telah diberi tugas oleh penyelia untuk mengemas kini
portfolio penyelia dan membuat senarai sekolah menengah dan rendah yang terpilih sebagai
penerima peranti pengimbas suhu dan muka peringkat PPD Kuala Langat. Seterusnya, pelatih
telah membantu pegawai Hal Ehwal Murid untuk mengedarkan buku syarat kemasukan ke
Universiti kepada guru kaunseling sekolah yang datang ke Sektor Pembangunan Murid.
Pelatih juga telah mengemas kini data penerima bantuan Rancangan Makanan Tambahan
(RMT) bagi bulan oktober 2021 bagi SK, SJKT dan SJKC. Seterusnya, membuat meeting
notes bagi bengkel kerja pengurusan kesihatan murid.

Encik Shahrul Razi Bin Omar telah meminta bantuan pelatih untuk membantu
pegawai bagi persiapan taklimat Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum (AKK) 2021 yang
diadakan di SK Sungai Manggis pada 17 November 2021. Seterusnya, pelatih telah
mengikuti pegawai bagi mesyuarat taklimat pengurusan fail kokurikulum untuk PK dan S/U
Kokurikulum bagi SMK, SK, SJKT dan SJKC selama 2 hari iaitu 17 dan 18 November 2021
di SK Sungai Manggis. Selain itu, pelatih juga telah membuat fail baharu bagi pengurusan
kokurikulum mengikut kelab dan badan beruniform. Pada 27 November 2021, pelatih telah
mengikuti pegawai untuk menghadiri bengkel pengu rusan pengerusi teknik (PT) bagi
sekolah daerah Kuala Langat di SK Sungai Manggis.

Encik Mohd Zulkifly Bin Mohamed telah memberi tugasan untuk mengemas kini
maklumat di dalam buku ketetapan pelaksanaan kokurikulum. Selain itu, menghantar invois
program ke unit kewangan.

5.3 Sektor Perancangan

Pelatih juga telah diberi peluang untuk membantu bahagian sektor perancangan iaitu dengan
membantu pengurusan dengan menghantar surat-surat yang berkaitan ke Pigeon Holder
pegawai. Selain itu, mengedarkan piagam pelanggan PPD ke semua sektor yang terdapat di
PPDKL. Pelatih juga telah membuat fail bagi kes-kes aduan yang telah berlaku di sekolah.
Tugasan ini telah diberikan Encik Khirul Anuar Bin Ishak iaitu penolong pegawai pendidikan
11

daerah Sektor Perancangan. Pelatih juga telah mengemas kini folder surat 2021 bagi sektor
kualiti.

Seterusnya, kesemua pelatih diberikan tugasan dalam membantu proses audit yang
berlangsung pada 15 sehingga 16 November 2021 di PPDKL. Pelatih membantu dalam
penyediaan audit seperti menyediakan fail, membuat salinan borang audit, membuat tentatif,
menyediakan fail “ Pengurusan Audit 2021”. Pelatih juga telah mengedarkan borang akta
rahsia rasmi 1972 untuk di isi oleh pegawai dan juga semua pelatih di PPDKL dan diletakkan
di dalam fail “Akta Rasmi Kerajaan 1972”. Pelatih juga telah menghantar borang penilaian
kompetensi juruaudit MSO ISO 9001:2015 kepada semua pegawai yang diaudit dan
mengumpulkan kembali untuk diletakkan di dalam fail khas borang audit.

Selain itu, Puan Hajah Zakiah Binti Mat Rabee telah memberi arahan kepada 3 orang
pelatih untuk membuat minit refleksi jumaat yang diadakan di Dewan Cenderawasih. Pada 19
November 2021, 3 orang pelatih telah menyertai post morterm analisis dapatan audit 2021
yang diadakan di Dewan Delima. Pelatih telah ditugaskan untuk membuat catatan bagi hasil
perbincangan analisis dapatan audit 2021.

5.4 Sektor Pembelajaran


Pelatih telah membantu sektor pembelajaran di bahagian Pendidikan Islam dengan menjadi
hakim bagi Pertandingan E-Hafazan Pendidikan Khas Sekolah-Sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia tahun 2021 yang diadakan secara atas talian di PPDKL. Acara ini telah
diadakan pada 2 Disember 2021, di War Room PPDKL. Terdapat 4 orang pelatih yang
terlibat dan seorang pegawai daripada sektor pembelajaran iaitu iaitu Encik Norhizam bin
Ismail. Terdapat 8 orang peserta yang mempunyai masalah pembelajaran yang terdiri
daripada murid sekolah rendah lelaki dan perempuan.

6.0 SUMBANGAN LATIHAN AMALI INDUSTRI

Sumbangan Kepada Pelajar

1. Mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan yang sebenar.


2. Menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik antara pekerja dan kakitangan
sesebuah organisasi.
12

3. Memupuk sifat amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan.

Sumbangan Kepada Agensi

1. Memudahkan urusan staf-staf dalam meminitkan surat keluar dan masuk


2. Menghantar surat ke Pigeon Holder sekolah dan pegawai
3. Membantu urusan pegawai untuk menghantar dokumen ke unit lain
4. Menyusun kembali fail- fail ke dalam rak dengan kemas

7.0 MASALAH DAN CABARAN


Banyak cabaran yang saya terpaksa tempuhi terutama sekali apabila ditempatkan di kaunter
khidmat pelanggan. Pelbagai ragam manusia yang perlu ditempuhi setiap hari yang datang ke
kaunter untuk berurusan dengan pegawai. Pada mulanya agak sukar untuk saya mengatasi
masalah pelanggan yang datang berurusan kerana tidak pernah berhadapan dengan perkara
tersebut namun dengan bantuan daripada staf-staf jabatan tersebut lama-kelamaan saya dapat
mengatasi masalah tersebut dengan sendiri.

Dari segi perhubungan dengan staf-staf jabatan, tiada sebarang masalah yang saya
hadapi. Ini kerana sikap setiap pekerja yang ceria dan begitu prihatin terhadap setiap gerak
kerja yang saya lakukan. Kerjasama yang dihulurkan oleh kakitangan jabatan amat
membanggakan. Selain itu, kerajinan dan keprihatinan dalam setiap masalah yang timbul
mencenderungkan diri saya untuk menjadikan mereka sebagai contoh. Di samping itu, latihan
industri melatih diri saya untuk sentiasa menepati masa. Secara tidak langsung latihan
industri mendidik diri saya supaya menjadi seorang yang berdisiplin dengan masa. Walaupun
pelbagai cabaran yang telah ditempuhi oleh setiap pelajar sepanjang menjalani latihan
industri berbeza antara satu sama lain, namun apa yang penting ialah setiap individu mestilah
bersikap lebih positif dalam menghadapi setiap situasi supaya pengalaman yang diperoleh
dapat dimanfaatkan pada masa akan datang.
13

8.0 CADANGAN DAN PENUTUP

Cadangan agar tempoh latihan industri dipanjangkan bagi Fakulti Bahasa dan Linguistik agar
pelajar dapat belajar dan menimba ilmu pengetahuan serta pengalaman dengan lebih banyak.
Hal ini kerana, tempoh latihan industri bagi pelajar Fakulti Bahasa dan Linguistik adalah
merupakan tempoh yang paling singkat jika mahu dibandingkan dengan tempoh latihan
industri bagi fakulti yang lain. Tempoh latihan industri selama 16 minggu itu sangat singkat
dalam memperolehi dan mempelajari ilmu-ilmu yang baru. Seperti sedia maklum, ilmu
pengetahuan dalam dunia pekerjaan ini tidak akan diperolehi melainkan dengan cara
mengadakan latihan industri seperti ini. Oleh itu, semakin lama tempoh latihan industri
dijalankan maka semakin banyak ilmu yang akan diperolehi dan ianya sekaligus akan dapat
memberikan keyakinan kepada pelajar untuk melangkah ke alam pekerjaan. Bagi sesebuah
organisasi juga, mereka akan mengambil kira tentang tempoh masa latihan industri pelajar
tersebut sebelum membuat pertimbangan untuk diambil kerja terus atau tidak. Justeru itu,
tempoh latihan industri bagi pelajar Fakulti Bahasa dan Linguistik harus dipanjangkan
kepada minimun selama 6 bulan supaya pelajar dapat menimba penglaman dan dapat belajar
dengan lebih banyak lagi berkaitan dengan tugas di agensi. Secara kesimpulan, latihan
industri ini banyak memberikan pengalaman dan pembelajaran yang luar biasa kepada
pelatih. Pengalaman yang disertai dengan latihan berkala ini harus dipraktikkan oleh pelatih
agar dapat digunakan sewaktu bekerja kelak kerana ilmu yang diperolehi semasa latihan
industri ini bukan sahaja boleh digunakan pada masa akan datang tetapi juga boleh digunakan
untuk kegunaan diri sendiri. Selain itu, kemahiran berkomunikasi secara dua hala atau sehala
yang digunakan sewaktu latihan tersebut dapat mengajar pelatih tentang bagaimana untuk
berkomunikasi dengan orang luar atau rakan sekerja dengan lebih baik dan seterusnya dalam
membina hubungan yang baik dalam rakan sekerja. Justeru itu, perhubungan dalam bekerja
juga sangat penting bagi memastikan keselesaan untuk menjalankan tugas di tempat
organisasi dilaksanakan dengan sempurna dan baik. Tuntasnya, ilmu dan kemahiran yang
diperolehi sepanjang latihan industri ini sangat berguna untuk pelatih mempraktikkan di alam
kerjaya selepas ini. Sekian terima kasih.
14

SENARAI RUJUKAN

Buku Pengurusan PPD Kuala Langat 2021

https://ppdkualalangat.wordpress.com

LAMPIRAN

Rajah 1 : Pelatih telah mengikuti pegawai ke mesyuarat PK dan S/U kokurikulum di Sekolah
Rendah Sungai Manggis.

Rajah 2 : Pelatih telah mengemas kini data Tinjauan KPM PerkasaKu.


15

Rajah 3 : Pelatih telah mengemas kini laman web sekolah-sekolah bagi matapelajaran yang

berdaftar dan jumlah pelajar yang mengambil pengkhususan mata pelajaran.


16

Rajah 4 : Pelatih telah meletak surat-surat & sijil-sijil mengikut sekolah di peti makluman

sekolah.

Rajah 5 : Pelatih telah menggulung poster-poster untuk dihantar ke sekolah.


17

Rajah 6 : Pelatih telah menyusun kertas-kertas ke dalam rak fail mengikut abjad.

Rajah 7 : Pelatih telah merangka Google Form dan sijil penyertaan digital untuk peserta.
18

Rajah 8 : Pelatih telah mengemas kini data Proposal Kajian Tindakan dalam Excel Sheet.

Rajah 9 : Pelatih telah menyertai sesi refleksi bersemuka dan atas talian bersama dengan

staf-staf PPD Kuala Langat pada setiap hari Jumaat.


19

Rajah 10 : Pelatih telah mengedarkan Doktor Muda poster (Health Promotion in Learning

Institutions (HePiLI) dan buku -buku kepada 72 buah sekolah.

Rajah 11 : Pelatih telah menghadiri Majlis Penyampain Sijil Modul CPH 2021 di Dewan Seri

Hotel Bagan Lalang.

You might also like