You are on page 1of 24

GGGA3316 LATIHAN INDUSTRI/KOMUNITI

Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor

MAKLUMAT DIRI PELAJAR

NAMA PELAJAR: ANIS HUSNA BT MD IZHAM

NO. MATRIK: A169132

NO. KAD PENGENALAN: 990904-02-5944

PROGRAM PENGAJIAN: PENDIDIKAN KHAS


ALAMAT SEMASA: NO 80, KAMPUNG SENA,
08200 SIK,
KEDAH.
TELEFON: -
NO. HP: 013-5854914
E-MEL: A169132@siswa.ukm.edu.my

NAMA ORGANISASI: KOLEJ KOMUNITI SIK

ALAMAT ORGANISASI: KOLEJ KOMUNITI SIK


NO 28-A, PUSAT PERNIAGAAN ALAMANDA,
08200 SIK, KEDAH
TELEFON: 04-4693101
FAKS:

NAMA PENYELIA: PUAN NORHASLINDAWATI BINTI ZAINOL

JAWATAN PENYELIA: TIMBALAN PENGARAH DH44


TELEFON: 014-9615622
E-MEL: watiekksik@gmail.com

TEMPOH LATIHAN: 2 OGOS 2021 HINGGA 17 SEPTEMBER 2021

1
GGGA3316 LATIHAN INDUSTRI/KOMUNITI
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor

DASAR LATIHAN INDUSTRI DAN KOMUNITI


Universiti Kebangsaan Malaysia

1.0 Pengenalan

1.1 Latihan Industri dan Komuniti (LIK) merupakan komponen program


pengajian yang memberi pelajar peluang pembelajaran di dunia
pekerjaan agar lebih bersedia dengan suasana kerja yang bakal
mereka ceburi. Selain daripada itu, program LIK adalah untuk
memperkasakan kompetensi dan kemahiran pekerjaan pelajar dan
seterusnya dapat mempertingkatkan kebolehan pasaran pelajar.

2.0 Penyata Dasar

2.1 Semua pelajar peringkat Sarjana Muda termasuk pelajar


antarabangsa di UKM diwajibkan menjalankan LIK bagi satu tempoh
yang ditetapkan. Pelajar pascasiswazah pula digalakkan mengikuti
latihan industri.

3.0 Definisi Latihan Industri dan Komuniti

3.1 Latihan Industri dan Komuniti merupakan satu program yang


menempatkan pelajar untuk menjalankan latihan praktikal, amali,
klinikal atau kerja komuniti dalam satu-satu organisasi luar UKM
yang dipilih dan diselia dalam jangka masa yang ditetapkan sebelum
pelajar dianugerahkan ijazah.
3.2 Organisasi luar yang dimaksudkan boleh terdiri daripada syarikat-
syarikat swasta, badan- badan kerajaan, badan-badan bukan
kerajaan (NGO), sekolah-sekolah, hospital termasuk HUKM, komuniti
dan lain-lain tempat yang diadili kewajarannya.
3.3 Penempatan LIK boleh dilaksanakan dalam agensi-agensi UKM yang
bersesuaian dengan matlamat LIK sekiranya usaha mencari
penempatan LIK di organisasi luar tidak berjaya.

4.0 Matlamat Latihan Industri dan Komuniti

4.1 Matlamat LIK adalah untuk mendedahkan pelajar kepada alam


pekerjaan yang sebenar sambil mempraktikkan pengetahuan secara
teori kepada amalan serta mempertingkatkan pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang profesion masing-masing. Latihan Industri
dan Komuniti juga bertujuan melahirkan pelajar yang mempunyai

2
GGGA3316 LATIHAN INDUSTRI/KOMUNITI
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor

kompetensi dan kemahiran generik yang diperlukan oleh majikan di


samping mendedahkan kepada pelajar pengalaman keusahawanan.

5.0 Objektif Latihan Industri dan Komuniti

5.1 Objektif utama program LIK adalah untuk:

a) memberikan peluang kepada pelajar mengaplikasikan


pengetahuan dan kemahiran akademik dalam alam pekerjaan
sebenar;
b) memberi peluang kepada pelajar belajar dari pengamal dalam
bidang masing-masing;
c) mempertingkatkan kemahiran generik dan profesional seperti
kemahiran interpersonal, bekerja secara berkumpulan,
kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran
keusahawanan;
d) menghayati nilai etika profesion masing-masing,
e) mempertingkatkan peluang pekerjaan;
f) memberikan pengalaman pembelajaran dalam dunia industri;
dan
g) merapatkan jalinan hubungan universiti dengan industri.

6.0 Hasil Pembelajaran Latihan Industri dan Komuniti

6.1 Setelah menyelesaikan LIK, pelajar berupaya:

a) mempraktikkan teori dan pengetahuan akademik yang


dipelajari di tempat kerja di bawah penyeliaan;
b) mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran, sikap dan
pengalaman praktikal yang berkaitan dengan bidang
pengajian;
c) berinteraksi, berkomunikasi dan bekerja secara berkumpulan
secara berkesan dengan pelbagai pihak;
d) memberi pandangan secara kritis, berkeyakinan, inovatif dan
mampu menyelesaikan masalah secara profesional;
e) mempamerkan etika dan integriti yang tinggi dalam
menjalankan tanggungjawab yang diberikan; dan
f) menghayati pengurusan organisasi.

7.0 Skop Latihan Industri dan Komuniti

7.1 Setiap fakulti perlu merangka skop latihan


berpandukankepadakurikulum program akademik. Skop tugas
hendaklah memberi peluang kepada pelajar untuk
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang

3
GGGA3316 LATIHAN INDUSTRI/KOMUNITI
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor

dipelajari serta mendapat pendedahan amalan kerja dalam


bidang masing-masing.
7.2 Sehubungan dengan ini, pelajar atau beberapa orang pelajar
boleh menjadi pelatih kepada organisasi yang dipilih atau
bertindak sebagai perunding kepada syarikat-syarikat kecil
dan sederhana.
7.3 Latihan Industri dan Komuniti boleh diberikan jam kredit
dengan latihan selama DUA minggu bersamaan dengan satu
kredit. Jumlah jam kredit yang boleh diberikan tidak melebihi
12 kredit.

8.0 Tempoh Latihan Industri dan Komuniti

8.1 Tempoh minimum latihan industri dan komuniti adalah 10


minggu secara berterusan atau kumulatif. Pihak fakulti boleh
menetapkan tempoh yang lebih panjang bergantung kepada
keperluan pihak-pihak berkepentingan tertakluk kepada
tempoh maksimum 24 minggu (bersamaan 12 kredit).

9.0 Syarat Mendaftar Latihan Industri dan Komuniti

9.1 Pelajar boleh menjalankan Latihan Industri dan Komuniti


seawal-awalnya pada tahun kedua pengajiannya dan tertakluk
kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh fakulti
masing-masing.

10.0 Insurans

10.1 Semua pelajar yang mengikuti LIK perlu mendapat


perlindungan insurans termasuk aspek keselamatan lain
seperti mendapat vaksin untuk perlindungan semasa
menjalankan latihan industri. Kos insurans dan vaksin
hendaklah dimasukkan dalam yuran pengajian.

11.0 Imbuhan

11.1 Pihak industri/majikan digalakkan memberi elaun kepada


pelajar yang menjalankan program latihan industri dengan
organisasi mereka. Selain itu, UKM juga perlu berperanan
untuk membantu pembiayaan program LIK.

12.0 Pengecualian Latihan Industri dan Komuniti

4
GGGA3316 LATIHAN INDUSTRI/KOMUNITI
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor

12.1 Pelajar-pelajar yang pernah bekerja dalam bidang yang


berkaitan dengan program yang diikuti boleh memohon
pengecualian LIK. Kelulusan permohonan tertakluk kepada
kriteria fakulti masing-masing.

13.0 Penyelarasan Latihan Industri dan Komuniti

13.1 Semua aktiviti yang berkaitan dengan LIK hendaklah


dikelolakan oleh Jawatankuasa Penyelarasan LIK Fakulti yang
diketuai oleh Ketua Hal Ehwal Jaringan Industri dan
Masyarakat. Aktiviti penyelarasan termasuklah mempelawa
organisasi untuk menawarkan tempat Latihan Industri kepada
pelajar dan menyediakan jadual kerja pelaksanaan LIK di
fakulti. Pejabat Hubungan Industri (PHI) merupakan pusat
tanggungjawab (PTJ) di peringkat universiti yang berperanan
dalam pemantauan dan penyelarasan latihan industri.

14.0 Penempatan Latihan Industri dan Komuniti

14.1 Pelajar boleh menjalani latihan industri dalam organisasi yang


sesuai dengan program pengajian masing-masing dan yang
telah disahkan dan mendapat kelulusan daripada fakulti.
Sehubungan dengan ini, pelajar-pelajar sangat digalakkan
untuk memilih penempatan yang memberikan pengalaman
keusahawanan dan inovasi.
14.2 Pelajar yang ingin menjalankan LIK di luar negara boleh
memohon untuk mendapatkan bantuan dari pihak universiti
dalam Program Mobiliti Pelajar (Outbound).

15.0 Penyeliaan

15.1 Pelajar akan diselia dan dinilai oleh penyelia organisasi dan
juga oleh penyelia universiti. Kedua-dua penyelia akan
bertanggungjawab menyelaras, membimbing dan memberi
panduan kepada pelajar yang sedang menjalani LIK.
Pemberian sagu hati kepada penyelia organisasi adalah
digalakkan bagi melicinkan lagi penempatan serta
pelaksanaan program LIK. Kos penyeliaan sama ada
penyeliaan pihak organisasi dan penyeliaan universiti perlu
diperuntukkan.

16.0 Tugas dan Tanggungjawab

16.1 Tugas dan Tanggungjawab Pelajar:

5
GGGA3316 LATIHAN INDUSTRI/KOMUNITI
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor

a) Mengesah penerimaan tawaran LIK dengan sesebuah


organisasi dalam tempoh yang dipersetujui dan tidak
menukar tawaran tersebut dengan organisasi lain.
b) Melapor diri di organisasi berkenaan dalam minggu
pertama LIK.
c) Memastikan nama baik UKM terpelihara dengan
menunjukkan sikap dan tingkah laku yang baik.
d) Melaporkan aktiviti harian dalam buku log dan
mendapat pengesahan penyelia di industri
e) Menghantar laporan dan melakukan pembentangan
yang diminta dalam tempoh yang dipersetujui

16.2 Tugas dan tanggungjawab Penyelia di Fakulti:


a) Memastikan pelajar menjalani LIK dalam tempoh yang
dipersetujui
b) Melawat pelajar di industri bagi tujuan pemantauan
sekiranya sumber kewangan mengizinkan
c) Memantau dan menilai prestasi pelajar secara
keseluruhan
d) Menilai kesesuaian tempat latihan di peringkat awal
latihan dijalankan
e) Mendapatkan maklum balas dari penyelia pelajar di
tempat LIK
f) Melapor kepada fakulti sekiranya timbul sebarang
masalah dengan pelajar
g) Menilai laporan dan pembentangan pelajar untuk tujuan
pemarkahan

16.3 Tugas dan tanggungjawab Penyelia di Industri dan Komuniti:


a) Memberi panduan dan merangka pelan latihan kepada
pelajar yang menjalani LIK
b) Memberi peluang kepada pelajar untuk menghargai
persekitaran tempat kerja yang sebenar
c) Memantau dan menilai kemajuan LIK pelajar
d) Melapor kepada fakulti sekiranya timbul sebarang masalah
dengan pelajar

17.0 Penilaian

17.1 Penilaian Latihan Industri dan Komuniti bertujuan mengukur


prestasi kerja pelajar dan perkembangan kemahiran generik
mereka. Fakulti boleh memilih kaedah penilaian bersesuaian
dengan bidang pengajian dan objektif yang hendak dicapai.
Antara kaedah penilaian yang digunakan adalah:
• Laporan penilaian penyelia organisasi
• Laporan penilaian penyelia universiti
• Laporan Latihan Industri oleh pelajar

6
GGGA3316 LATIHAN INDUSTRI/KOMUNITI
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor

• Buku log/kehadiran
• Pemerhatian di tempat kerja
• Pembentangan pelajar

17.2 Pelajar perlu menyempurnakan semua aspek penilaian yang


ditetapkan oleh Fakulti. Syarat utama untuk lulus Latihan
Industri adalah pelajar mesti menyempurnakan tempoh
Latihan Industri dan Komuniti yang ditetapkan oleh Fakulti
berkenaan dan menyiapkan laporan dan lain-lain keperluan
yang ditetapkan oleh pihak Fakulti sebagai syarat lulus
Latihan Industri dan Komuniti.

17.3 Pelajar akan diberikan gred A hingga E untuk LIK. Fakulti


boleh mengambil kira gred ini dalam Purata Nilai Gred
Kumulatif (PNGK) atau tidak mengambil kira bergantung
kepada keperluan pihak-pihak berkepentingan.

17.4 Penilaian LIK terkini adalah berdasarkan kepada Kertas


MPFSSK Bil.133/2019 mengenai pencapaian dan kebolehan
pelajar dalam penyediaan laporan akhir LIK, dokumentasi
buku log, laporan penilaian daripada penyelia universiti dan
penyelia organisasi. Kriteria Penilaian Pelajar melibatkan:

Penilaian Buku Log Laporan Akhir


(Ketua Program Aktiviti di Organisasi (Ketua Program
dan dan
Penyelia Dalam) Penyelia Luar Penyelia Dalam Penyelia Dalam)

20 30 20 30

a) Pelajar wajib menghadiri 3 daripada 5 modul Insan Budiman yang


ditawarkan.
b) Pelajar wajib menganjurkan dan menyertai Bengkel Dalaman
(Program Pembangunan Profesional @ FSSK) sebagai salah satu
terma pemarkahan untuk Kursus Latihan Industri.
c) Pelajar yang tidak melengkapkan bahagian (a & b) akan menghadapi
satu penurunan gred markah akhir (contoh: markah B+ akan
diturunkan kepada B) berkuatkuasa Sesi Akademik 2019-2020.

18.0 Penutup

7
GGGA3316 LATIHAN INDUSTRI/KOMUNITI
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor

18.1 UKM berhak mengubah dasar ini dari semasa ke semasa. Dasar ini
juga perlu disemak dalam tempoh 5 tahun sekali bagi mengambil kira
keperluan semasa dan kehendak pihak-pihak berkepentingan.

8
GGGA3316 LATIHAN INDUSTRI/KOMUNITI
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor

IKRAR
ETIKA LATIHAN INDUSTRI DAN KOMUNITI

MENYEDARI bahawa pembelajaran melalui pengalaman bekerja menjadi


pelengkap dalam pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia sesuai dengan
falsafahnya: panduan antara iman kepada Allah dan ilmu yang bermanfaat serta
gabungan antara teori dan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu,
proses pembinaan masyarakat terpelajar dan perkembangan Universiti.

MENGINSAFI bahawa sebagai pelajar, saya bertanggungjawab untuk memajukan


diri saya, memenuhi harapan ibu-bapa, menonjolkan citra cemerlang Universiti
Kebangsaan Malaysia dan bertekad untuk melaksanakan tugas saya dengan
cemerlang dalam program latihan amali dan industri ini.

MEMAHAMI bahawa sebagai pelajar yang ingin berjaya dalam kerjaya, saya perlu
bijak menyesuaikan diri dengan rakan-rakan sekerja, situasi tempat kerja, pula
bersedia bekerja dalam satu pasukan.

Maka, saya mahasiswa/i Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti


Kebangsaan Malaysia, pada hari ini berikrar untuk mengamalkan 9 prinsip etika
latihan industri dan komuniti seperti berikut:

1. Saya penuh yakin bahawa pengalaman kerja yang akan saya lalui ini akan
memberikan faedah yang besar kepada pembentukan peribadi dan etika kerja
saya, demi membantu melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam kerjaya
saya.

2. Semasa menjalani latihan ini, saya akan sentiasa menjaga citra diri saya,
fakulti, universiti, pensyarah-pensyarah saya, pegawai, kakitangan dan
organisasi yang melatih saya dengan menunjukkan kesungguhan dan inisiatif
dalam melaksanakan tugas yang diberikan kepada saya.

3. Sebagai seorang pelatih, saya sanggup belajar daripada sesiapa sahaja


asalkan pengetahuan dan kemahiran yang bakal diterima itu akan memberi
faedah kepada pembinaan tabiat kerja cemerlang.

4. Sebagai seorang pelatih, saya menganggap kehadiran saya di organisasi


latihan sebagai salah seorang pekerja organisasi tersebut; justeru saya
bertanggungjawab mematuhi segala peraturan kerja yang diamalkan di
organisasi tersebut.

5. Sebagai seorang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, saya berjanji akan


menggunakan kemudahan-kemudahan organisasi latihan dengan penuh
tanggungjawab dan tidak akan membocorkan apa juga fakta dan rahsia
berkenaan kepada sesiapapun yang boleh menjejaskan nama baik atau
merugikan organisasi itu.

9
GGGA3316 LATIHAN INDUSTRI/KOMUNITI
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor

6. Sebagai seorang mahasiswa yang bertanggungjawab, saya akan sentiasa


berpakaian kemas dan sopan, sesuai dengan suasana kerja dalam organisasi
latihan.

7. Sebagai seorang pelatih yang ingin maju, saya akan sentiasa bersikap
terbuka kepada teguran dan tunjuk ajar rakan-rakan sekerja saya dan tidak
akan malu untuk bertanya jika ada kemusykilan untuk memperbaiki diri saya.

8. Saya sentiasa bersedia untuk bergaul dengan rakan-rakan sekerja dalam apa
jua suasana asalkan ia tidak melanggar agama dan nilai sosial yang murni.

9. Sebagai seorang mahasiswa dan pelatih, saya akan berusaha untuk


mewujudkan hubungan yang baik antara organisasi latihan dengan Universiti
Kebangsaan Malaysia supaya peluang latihan ini dapat terus dimanfaatkan
untuk para mahasiswa akan datang.

Yang benar,

……………………………………………………………………………………..
Tanda Tangan

Nama Pelajar: ANIS HUSNA BT MD IZHAM

2 OGOS 2021
Tarikh:

10
GGGA3316 LATIHAN INDUSTRI/KOMUNITI
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor

ARAHAN KEPADA PELAJAR

Buku Log ini digunakan untuk melaporkan setiap tugasan yang


dijalankan oleh pelajar sepanjang tempoh latihan industri dan komuniti
di organisasi latihan.

Pelajar dikehendaki membawa Buku Log ini ke pejabat dan


mencatatkan aktiviti dan tugas-tugas latihan industri dan komuniti
setiap hari.

Buku Log ini hendaklah diserahkan kepada Penyelia di organisasi


latihan industri dan komuniti sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Buku Log ini hendaklah diserahkan bersama laporan latihan industri


dan komuniti kepada Penyelia Universiti sekembalinya pelajar dari
latihan.

11
GGGA3316 LATIHAN INDUSTRI/KOMUNITI
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor

CATATAN AKTIVITI HARIAN


LATIHAN INDUSTRI DAN KOMUNITI MINGGU 1

ISNIN TARIKH : 2 OGOS 2021


10.00 am – Lapor diri
10.30 am – Perjumpaan bersama penyelia (Puan Norhaslindawati binti Zainol –
Timbalan Pengarah Kolej Komuniti Sik). Penyelia memberi taklimat mengenai
pentadbiran Kolej Komuniti Sik, staf, kemudahan dan peraturan-peraturan yang
perlu diikuti.
11.30 am – Perjumpaan bersama Pengarah Kolej Komuniti Sik. Pengarah
menyampaikan amanat dan harapan sepanjang menjalani latihan industri.
1.30 pm – Melawat ke seluruh bangunan Kolej Komuniti Sik yang bersama
penyelia. Kolej Komuniti Sik mempunyai tiga bilik kuliah, empat makmal, bilik
pensyarah, perpustakaan, dewan kuliah dan pejabat pentadbiran. Berkenalan
dengan staf-staf dan para pensyarah.
2.00 pm – Pulang ke rumah
SELASA TARIKH : 3 OGOS 2021
9.00 am – Perjumpaan bersama penyelia dan Pegawai Hal Ehwal Pelajar
tentang projek yang akan dijalankan sempena Hari Kemerdekaan. Menjana idea
untuk merancang satu program webinar bersama pelajar Kolej Komuniti Sik
10.00 am – Membuat kertas kerja program Webinar Mental Health: Pengurusan
Stress semasa Kelas Online
1.00 pm – Pulang ke rumah
RABU TARIKH : 4 OGOS 2021
Bekerja dari Rumah
-Menyiapkan kertas kerja
-Mencari penceramah webinar

KHAMIS TARIKH : 5 OGOS 2021


Bekerja dari Rumah
-Menyiapkan kertas kerja
-Mencari penceramah webinar

JUMAAT TARIKH : 6 OGOS 2021


Bekerja dari Rumah
-Menyiapkan kertas kerja
-Menghubungi penceramah webinar
-Penceramah bersetuju untuk memberikan “talk” mengenai pengurusan stress
-Mendapatkan modul/slide yang akan disampaikan oleh penceramah
ULASAN DAN PENGESAHAN PENYELIA ORGANISASI

12
GGGA3316 LATIHAN INDUSTRI/KOMUNITI
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor

TANDATANGAN PENYELIA : TARIKH :

13
GGGA3316 LATIHAN INDUSTRI/KOMUNITI
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor

CATATAN AKTIVITI HARIAN


LATIHAN INDUSTRI DAN KOMUNITI MINGGU 2
AHAD TARIKH : 8 OGOS 2021
9.00 am – Membuat persediaan untuk pembentangan kertas kerja, objektif
program dan modul yang ingin disampaikan dalam webinar bersama Pegawai
Pembangunan Pelajar.
10.00 am – Perjumpaan bersama En Azrul, Pegawai Pembangunan Pelajar
Kolej Komuniti Sik. Pembentangan tentang kertas kerja projek, objektif program,
CV penceramah serta modul yang akan disampaikan oleh penceramah.
-Membuat perbincangan bersama En Azrul mengenai google form pre-test: soal
selidik tahap stress pelajar dan google form post-test: maklum balas peserta
selepas program berlangsung.
-En Azrul meminta saya untuk bertemu dengan En Zakwan yang merupakan
pensyarah yang mengendalikan JPP Kolej Komuniti Sik. Beliau menyarankan
agar program ini dijalankan dengan kolaborasi bersama JPP.
12.00 pm – Memperbaiki kertas kerja yang dibetulkan oleh En Azrul
1.00 pm – Pulang ke rumah
ISNIN TARIKH : 9 OGOS 2021
9.00 am – Perjumpaan bersama Pensyarah Encik Zakwan. Perbincangan
mengenai kolaborasi dengan JPP bagi melancarkan program.
-Jumlah bilangan pelajar / peserta = 83 orang
-Saya meminta penyertaan ahli jawatankuasa daripada JPP KK Sik, iaitu untuk
emcee, Ajk Program, Ajk teknikal, Ajk cenderamata dan Ajk pendaftaran.
-Encik Zakwan meminta saya menghubungi Azimah, selaku NYDP JPP KK Sik
dan berbincang dengan beliau mengenai ahli jawatankuasa program tersebut.
-Encik Zakwan menyemak kertas kerja, google form pendaftaran dan poster
program.
11.00 am – Menghubungi Azimah. Beliau bersetuju untuk menjadi AJK program
dan akan mengajak rakan-rakan JPP yang lain untuk turut serta menjadi AJK.
12.00 am – Membuat research mengenai Google Meet – maksimum peserta
adalah seramai 100 orang selama 60 minit sahaja.
SELASA TARIKH : 10 OGOS 2021
Bekerja dari rumah
-Mereka bentuk poster program
-Mereka bentuk background program
RABU TARIKH : 11 OGOS 2021
Bekerja dari rumah
-Mereka design poster program
-Mereka bentuk background program

KHAMIS TARIKH : 12 OGOS 2021


Bekerja dari rumah
-Membuat sijil penyertaan kepada pelajar dan pensyarah
-Membuat sijil penghargaan kepada penceramah
-Membuat google form pendaftaran dan google form pre-test: soal selidik tahap
stres pelajar
ULASAN DAN PENGESAHAN PENYELIA ORGANISASI
TANDATANGAN PENYELIA : TARIKH: 14
GGGA3316 LATIHAN INDUSTRI/KOMUNITI
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor

CATATAN AKTIVITI HARIAN


LATIHAN INDUSTRI DAN KOMUNITI MINGGU 3
AHAD TARIKH : 15 OGOS 2021
Bekerja dari rumah
-Membuat sijil penyertaan kepada pelajar dan pensyarah
-Membuat sijil penghargaan kepada penceramah
-Membuat google form pendaftaran dan google form pre-test: soal selidik tahap
stres pelajar
ISNIN TARIKH : 16 OGOS 2021
Bekerja dari rumah
-Menyediakan teks emcee
-Membuat google form kehadiran dan soalan post-test mengenai maklum balas
selepas program
SELASA TARIKH : 17 OGOS 2021
Bekerja dari rumah
-Menyediakan teks emcee
- Membuat google form kehadiran dan soalan post-test mengenai maklum balas
selepas program
RABU TARIKH : 18 OGOS 2021
Perjumpaan bersama Jabatan Perwakilan Pelajar yang akan menjadi Ahli
Jawatankuasa program webinar dan Encik Zakwan. Disertai oleh 7 orang wakil
JPP dan perjumpaan dijalankan secara atas talian melalui platform google meet.
Agenda meeting adalah berkaitan dengan penerangan dan pengenalan terhadap
program yang akan dijalankan serta pembahagian tugas sesama AJK.

1. AJK Program (Azimah dan Alif)


-menjadi emcee dan pembaca doa sewaktu program
-memastikan prgoram berjalan dengan lancar mengikut tentatif yang
dirancang
2. AJK Cenderamata (Adila dan Azienna)
-melengkapkan template sijil dengan nama peserta
-email sijil kepada setiap peserta
3. AJK Pendaftaran (Atiqah dan Shafinas)
-blast link pendaftaran dua hari sebelum program berlangsung dan link
kehadiran di penghujung program
-blast link google Meet
4. AJK Teknikal (Yasin)
-membuat link Google Meet
-memaparkan slide penceramah semasa program berlangsung

15
GGGA3316 LATIHAN INDUSTRI/KOMUNITI
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor

KHAMIS TARIKH : 19 OGOS 2021


Bekerja dari Rumah
-Menghubungi Encik Azrul untuk menyemak google form pendaftaran dan pre-test:
soal selidik mengenai tahap stres pelajar Kolej Komuniti Sik, poster, teks emcee,
sijil penyertaan dan google form kehadiran serta post-test: maklum balas peserta
selepas menyertai program.
ULASAN DAN PENGESAHAN PENYELIA ORGANISASI
TANDATANGAN PENYELIA : TARIKH :

16
GGGA3316 LATIHAN INDUSTRI/KOMUNITI
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor

CATATAN AKTIVITI HARIAN


LATIHAN INDUSTRI DAN KOMUNITI MINGGU 4

AHAD TARIKH : 22 OGOS 2021


-Perjumpaan bersama En Azrul untuk meluluskan kertas kerja
-En Azrul menyemak Curricular Vitae (CV) penceramah
-En Azrul menyemak isi kandungan slide penceramah

ISNIN TARIKH : 23 OGOS 2021


-Perjumpaan bersama Puan Norhaslindawati untuk meluluskan kertas kerja dan
mendapatkan tanda tangan beliau.
-Puan Norhaslindawati mengingatkan untuk menyediakan surat jemputan dan
sijil penghargaan kepada penceramah.
SELASA TARIKH : 24 OGOS 2021
9.00 am – Membantu Puan Yusmizawati (Pembantu Perpustakaan) membuat
pemprosesan buku yang disumbangkan oleh Perpustakaan Pendidikan Negeri
dan merekodnya dalam slip kerja pemprosesan buku
1.00 pm – Pulang ke rumah

RABU TARIKH : 25 OGOS 2021


Encik Azrul meminta saya bertemu dengan Puan Wan untuk membuat surat
jemputan penceramah

KHAMIS TARIKH : 26 OGOS 2021


-Berjumpa dengan Puan Wan untuk membuat surat rasmi jemputan kepada
penceramah
-Email surat jemputan kepada penceramah program

ULASAN DAN PENGESAHAN PENYELIA ORGANISASI


TANDATANGAN PENYELIA : TARIKH :

17
GGGA3316 LATIHAN INDUSTRI/KOMUNITI
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor

CATATAN AKTIVITI HARIAN


LATIHAN INDUSTRI DAN KOMUNITI MINGGU 5

AHAD TARIKH : 29 OGOS 2021


-Blast link pendaftaran, soalan pre-test: soal selidik tahap stress pelajar dan poster
kepada para pelajar Kolej Komuniti Sik

-Rehearsal bersama Jabatan Perwakilan Pelajar Kolej Komuniti Sik untuk program
Webinar Mental Health: Pengurusan Stress semasa Kelas Online

ISNIN TARIKH : 30 OGOS 2021


-Perjumpaan bersama Pengarah untuk mendapatkan kelulusan program
-Pengarah meminta saya membuat laporan selepas program untuk dijadikan
sebagai sumbangan kepada Kolej Komuniti Sik tentang data soal selidik tahap
stress pelajar dan tahap keberkesanan program terhadap para pelajar

SELASA TARIKH : 31 OGOS 2021


Cuti Hari Kemerdekaan yang ke 64

RABU TARIKH : 1 SEPT 2021

18
GGGA3316 LATIHAN INDUSTRI/KOMUNITI
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor

-Blast link google meet kepada para peserta


-Membuat persiapan terakhir sebelum program berlangsung
-Program Webinar Mental Health: Pengurusan Stress semasa Kelas Online
berlangsung dengan jayanya.

KHAMIS TARIKH : 2 SEPT 2021


-Membantu Puan Norhaslindawati untuk mengemaskini Senarai Aset dalam
Sistem Pengurusan Aset (SPA)
-Membuat laporan program Webinar Mental Health: Pengurusan Stress semasa
Kelas Online

ULASAN DAN PENGESAHAN PENYELIA ORGANISASI


TANDATANGAN PENYELIA : TARIKH :

19
GGGA3316 LATIHAN INDUSTRI/KOMUNITI
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor

CATATAN AKTIVITI HARIAN


LATIHAN INDUSTRI DAN KOMUNITI MINGGU 6

AHAD TARIKH : 5 SEPT 2021


-Perjumpaan bersama Encik Azrul untuk menyemak laporan program
-Membuat tagging peralatan dalam bilik kemudahan seperti bilik kuliah dan bilik
mesyuarat (mencetak barkod, menggunting, melabel dan laminate tagging)

ISNIN TARIKH : 6 SEPT 2021


-Membuat pembetulan laporan program

SELASA TARIKH : 7 SEPT 2021

RABU TARIKH : 8 SEPT 2021

KHAMIS TARIKH : 9 SEPT 2021

ULASAN DAN PENGESAHAN PENYELIA ORGANISASI


TANDATANGAN PENYELIA : TARIKH :

20
GGGA3316 LATIHAN INDUSTRI/KOMUNITI
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor

CATATAN AKTIVITI HARIAN


LATIHAN INDUSTRI DAN KOMUNITI MINGGU 7

ISNIN TARIKH :

SELASA TARIKH :

RABU TARIKH :

KHAMIS TARIKH :

JUMAAT TARIKH :

ULASAN DAN PENGESAHAN PENYELIA ORGANISASI


TANDATANGAN PENYELIA : TARIKH :

21
GGGA3316 LATIHAN INDUSTRI/KOMUNITI
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor

CATATAN AKTIVITI HARIAN


LATIHAN INDUSTRI DAN KOMUNITI MINGGU 8

ISNIN TARIKH :

SELASA TARIKH :

RABU TARIKH :

KHAMIS TARIKH :

JUMAAT TARIKH :

ULASAN DAN PENGESAHAN PENYELIA ORGANISASI


TANDATANGAN PENYELIA : TARIKH :

LAWATAN PENYELIAAN OLEH PENYELIA UNIVERSITI

22
GGGA3316 LATIHAN INDUSTRI/KOMUNITI
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor

NAMA PENYELIA :

TARIKH LAWATAN :

CATATAN :

TANDATANGAN PENYELIA
UNIVERSITI :

ULASAN PRESTASI KESELURUHAN


OLEH PENYELIA ORGANISASI
CATATAN:

23
GGGA3316 LATIHAN INDUSTRI/KOMUNITI
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor

Nota:

24

You might also like