You are on page 1of 69

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENGENALAN KEPADA LATIHAN INDUSTRI

Bab 1 ini menerangkan tentang pelaksanaan latihan industri yang wajib dijalani oleh semua
pelajar Kolej Vokasioval sebelum menamatkan pelajaran di peringkat Diploma Vokasional
Malaysia (DVM). Secara ringkasnya, latihan industri merujuk kepada penempatan pelajar di
sesebuah organisasi untuk menjalankan latihan praktikal dalam industri yang dipilih, sama ada
di dalam mahupun di luar negara dan pelaksanaanya adalah dalam jangka masa yang ditetapkan
sebelum mereka bergraduasi dan dianugerahkan Sijil Diploma.

Latihan industri merupakan usaha yang dirancang bagi memudahkan pembelajaran


iaitu pada kecekapan kerja yang berkaitan pengetahuan, kemahiran atau tingkah laku yang
penting bagi prestasi kerja yang baik dan secara umumnya strategi pendidikan berorientasikan
individu untuk perubahan individu (Halizawati & Irni Norsuhana, 2017). Shazaitul Azreen
(2011) pula menyatakan bahawa latihan industri merupakan batu loncatan kepada pelajar
sebelum masuk ke alam pekerjaan sebenar. Istilah latihan industri menurut Endok
Fadhliatunnur (2012) bermaksud strategi dan usaha yang penting untuk memberi pendedahan
awal kepada pelajar tentang keadaan sebenar ketika di alam pekerjaan.

Dalam penulisan Zhao dan Liden (2011), mereka mendefinisikan latihan industri
sebagai meletakkan pelajar ke dalam satu komuniti kerja di mana mereka dapat menimba
pengalaman baru ketika berada di bidang tersebut. Berdasarkan takrifan-takrifan tersebut,
latihan industri boleh dirumuskan sebagai suatu latihan yang memberi ruang kepada pelajar
untuk membentuk unsur-unsur penambahbaikan dalam aspek seperti disiplin diri, bekerja

1
mengikut peraturan kerja yang sebenar, melaksanakan tugas secara berkumpulan serta
menyediakan diri bagi perancangan kerjaya selepas selesai pengajian di institusi pendidikan.

Pelaksanaan latihan industri yang lebih dikenali sebagai On-The Job Training (OJT)
bagi pelajar Diploma Kolej Vokasional Malaysia merupakan salah satu syarat wajib bagi
semua pelajar tersebut dalam menamatkan pengajian mereka pada peringkat diploma.
Berdasarkan tafsiran dalam Garis Panduan OJT Kolej Vokasional 2015, On Job Training ialah
latihan dalam suasana pekerjaan sebenar di agensi kerajaan atau swasta dan wajib diikuti oleh
setiap pelajar selama tempoh empat bulan setelah tamat semester lapan seperti terkandung
dalam Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) (Bahagian Pendidikan Teknikal dan
Vokasional, 2015: 24).

On-The Job Training (OJT) ini diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang
diperlukan bagi meningkatkan tahap mampu kerja para graduan serta memberi peluang kepada
pelajar merasai pembelajaran di dunia pekerjaan sebenar supaya dapat mencapai
kebolehpasaran yang tinggi. Latihan ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar
dari segi perkembangan teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan, polisi,
prosedur, peraturan-peraturan serta perspektif dan etika profesional organisasi. Selain itu,
kursus ini membina semangat dan sikap proaktif di kalangan pelajar dan seterusnya
meningkatkan keyakinan untuk menjadi pelatih yang cemerlang.

Di setiap institusi pendidikan di Malaysia, pelajar akan diwajibkan menjalani latihan


industri di sektor industri berkaitan bagi mendedahkan pelajar kepada pengalaman bekerja
sebelum bergelar graduan sama ada di peringkat sijil, diploma mahupun ijazah sarjana muda
(Muhammad Zul Azri et al., 2016). Hal ini kerana, institusi pendidikan bukanlah sebuah
institusi pengajian tinggi yang berperanan melahirkan tenaga kerja dalam pelbagai bidang
pekerjaan, tetapi juga dalam masa yang sama berperanan membentuk dan mengembangkan
sahsiah seseorang insan supaya menggunakan ilmu serta daya pemikiran bagi menghadapi
sebarang bentuk cabaran terutamanya dalam alam pekerjaan (Ross & Elechi, 2002; Parent &
Williamson, 2010; Chen & Shen, 2012).

Oleh yang demikian, Unit Perhubungan dan Latihan Industri Kolej Vokasional Kuala
Klawang telah diberi tanggungjawab untuk menempatkan para pelajar yang akan menjalani
On-The Job Training (OJT) di jabatan-jabatan kerajaan, badan-badan berkanun dan syarikat

2
swasta yang sudi menempatkan para pelajar di organisasi mereka. Oleh itu, para pelajar boleh
mempraktikkan ilmu teori mahupun amali yang telah dipelajari untuk digunakan sebaik
mungkin di alam pekerjaan yang sebenar sambil menimba pengalaman serta memperluaskan
ilmu pengetahuan dalam bidang yang diceburi.

Konklusinya, On-The Job Training (OJT) ini banyak memberi pengalaman dan sedikit
sebanyak dapat membuka minda pelajar agar dapat menilai sesuatu pekerjaan dari perspektif
yang positif. Diharapkan dengan adanya pelaksanaan latihan industri ini, pelajar dapat
memantapkan ilmu, memperbaiki kelemahan diri seperti cara berkomunikasi dan mewujudkan
keyakinan diri sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.

1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri merupakan satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar sebelum layak
dipertimbangkan untuk penganugerahan Diploma. Setiap pelajar perlu lulus latihan industri
sebelum dibenarkan untuk melanjutkan pelajaran pada semester berikutnya mahupun pada
peringkat yang lebih tinggi. Pelajar yang gagal perlu mengulangi semula latihan industri.

Objektif merupakan pernyataan yang ingin dicapai dalam sesuatu pelaksanaan program.
Setiap program boleh mempunyai lebih daripada satu objektif. Pernyataan objektif yang jelas
dan tepat perlu mempunyai ciri-ciri S.M.A.R.T iaitu Specific (spesifik), Measurable (boleh
diukur), Achievable (boleh dicapai), Realistic (realistik) dan Time bound (mempunyai tempoh
masa tertentu). Antara objektif program latihan industri ini diadakan adalah bagi:

1.2.1 Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan di tempat kerja


1.2.2 Meningkatkan kemahiran komunikatif secara berkesan
1.2.3 Mengamalkan kerja berpasukan
1.2.4 Meningkatkan tahap profesionalisme dan beretika dalam mematuhi dasar-
dasar, prosedur dan kaedah-kaedah di dalam organisasi.
1.2.5 Meningkatkan kebolehpasaran graduan

3
1.3 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri merupakan satu cabang bidang ilmu yang memberi peluang kepada seseorang
pelajar bagi mengaplikasikan setiap proses pembelajaran yang dilalui semasa sesi pengajaran
dan pemudahcaraan (PdPc) tidak kira secara teori mahupun praktikal ketika di dalam bilik
kuliah. Manfaat yang diperolehi daripada pelaksanaan latihan industri ini dapat dilihat daripada
pelbagai perspektif. Sebagai contoh, melalui pelaksanaan latihan industri ini, pelajar secara
tidak langsung dapat melipat gandakan kemahiran yang sedia ada hasil daripada pembelajaran
mereka di samping memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang baharu dalam sesuatu
bidang kerja yang dilalui. Pengalaman dan pengetahuan yang diterima sepanjang menjalani
latihan industri tersebut amatlah penting untuk membuahkan hasil graduan yang kompeten
serta cemerlang dalam alam pekerjaan yang akan diceburi kelak.

Di samping itu, latihan industri ini juga mampu mengurangkan rasa gementar serta rasa
janggal pelajar apabila mereka mengharungi alam pekerja sebenar yang bakal merealisasikan
segala cita-cita dan impian ketika belajar. Segala penyelesaian masalah yang dihadapi sewaktu
menjalani latihan industri akan dijadikan suatu pengalaman untung mematangkan diri sendiri.
Oleh yang demikian, secara tidak langsung, ia dapat memberi kesedaran kepada pelajar bahawa
situasi di alam pekerjaan sebenarnya adalah tidak semudah yang dipelajari dalam bentuk teori
dan amali ketika pembelajaran kerana ianya meliputi pelbagai aspek peraturan serta SOP yang
perlu dipatuhi pekerja.

Dari sudut lain pula, latihan industri ini penting kerana ia memudahkan pelajar untuk
memohon jawatan yang sesuai setelah mereka tamat pengajian kelak. Ini tidak dinafikan kerana
secara umum sesebuah organisasi amat mengutamakan individu yang pengalaman bekerja di
samping ilmu pengetahuan yang tinggi. Justeru itu, tidak mustahil sesebuah organisasi tersbut
menawarkan kekosongan jawatan untuk bekas pelatih setelah tamat pengajian.

Walau bagaimanapun, input yang diperolehi daripada latihan ini adalah sangat berguna.
Pelajar dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran yang diperolehi sepanjang tempoh
latihan sebagai panduan dan bekalan untuk masa akan dating dengan baik. Selain itu, segala
isu dan cabaran yang ditempuhi semasa dalam tempoh pelaksanaan latihan industri tersebut
akan menjadi pendorong dang pemangkin kepada pelajar untuk meningkatkan prestasi ke tahap

4
yang lebih tinggi dan turut menjadikan diri sebagai seorang pelajar dan pekerja yang
berdedikasi dan cemerlang.

1.4 SKOP KERJA LATIHAN INDUSTRI

Persetujuan antara pihak kolej bersama penyelia organisasi adalah perlu bagi menentukan tugas
spesifik pelajar yang menjalani latihan industri yang berkaitan. Skop kerja harus memberi
peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari
serta mendapat pendedahan amalan kerja dalam bidang pengkhususan masing-masing.

Jadual 1.1 menunjukkan skop kerja yang dilaksanakan oleh pelajar sepanjang menjalani latihan
industri selama 4.5 bulan di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

NO SKOP KERJA BUTIRAN SKOP KERJA


Menulis email, memo dan surat mengikut
1 Pemprosesan dokumen
arahan
Menyambut tetamu dan membawa mereka ke
jabatan atau individu yang berkenaan
2 Pentadbiran hospitaliti Menjawab panggilan telefon dan membalas
pertanyaan melalui telefon atau email
Mengendalikan temu janji majikan
Menempah bilik mesyuarat, menyediakan
3 Pengurusan mesyuarat panggilan mesyuarat dan mencatat minit
semasa mesyuarat mengikut arahan
Melaksanakan tugas pentadbiran, termasuk
pemfailan, membuat salinan dokumen dan
4 Pengurusan rekod dan maklumat
mengendali bahagian sulit fail/rekod mengikut
arahan
Menguruskan acara organisasi mengikut
5 Pengurusan acara
arahan
Mengurus sumber manusia organisasi
6 Pengurusan sumber manusia
mengikut arahan

5
Pengurusan aset organisasi dan Mengurus aset dan inventori organisasi
7
kerja-kerja inventori. mengikut arahan
Melaksanakan tugas simpan kira atau
8 Asas simpan kira pengurusan akaun asas organisasi yang lain
mengikut arahan
Jadual 1.1: Jadual Skop Kerja

1.5 PERATURAN SEMASA MENJALANKAN LATIHAN INDUSTRI

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, peraturan didefiniskan sebagai segala yang telah
ditentukan dan harus diturut atau dipatuhi. Oleh yang demikian, semasa menjalani latihan
industri, para pelajar perlu mengikuti peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak
institusi pengajian iaitu Kolej Vokasional dan pelajar turut tertakluk kepada peraturan-
peraturan atau arahan tempat di mana latihan industri itu dijalankan. Peraturan-peraturan ini
perlu dipatuhi selama tempoh latihan dijalankan iaitu 4.5 bulan yang bermula pada 1 Mei 2023
sehingga 1 September 2023. Peraturan-peraturan yang ditetapkan ini dapat membentuk pelajar
tersebut untuk menjadi lebih berdisiplin dan berdedikasi.

1.5.1 Antara peraturan am yang perlu pelajar patuhi adalah seperti berikut:

1.4.1.1 Berdisiplin tingi dan bersahsiah baik


1.4.1.2 Mematuhi disiplin dan etika kerja
1.4.1.3 Memastikan maklumat/dokumen diberikan sahih dan tepat

Selain peraturan-peraturan yang dinyatakan di dalam garis panduan pelaksanaan On-


The Job Training Kolej Vokasional, pelajar turut bertanggungjawab mematuhi peraturan-
peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak organisasi latihan seperti yang dilampirkan bersama
surat penempatan pelajar latihan industri.

6
1.5.2 Antara peraturan yang ditetapkan oleh pihak organisasi latihan adalah seperti rajah
berikut:

Rajah 1.1: Lampiran A - Peraturan CIDB Negeri Sembilan

7
BAB 2

LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 LATAR BELAKANG ORGANISASI LATIHAN

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) ditubuhkan menerusi Akta


Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan 1994 (Akta 520) bagi membina kapasiti dan
kapabiliti industri pembinaan melalui peningkatan kualiti dan produktiviti dengan memberi
penekanan kepada professionalisme, inovasi dan pengetahuan ke arah kehidupan yang
berkualiti.

Pada tahun 2011, Akta 520 ini telah dipinda untuk memantapkan lagi peranan CIDB
Malaysia dalam menguatkuasakan industri pembinaan yang selamat dan berkualiti di samping
meningkatkan amalan terbaik dalam industri tersebut dan dengan itu menaik-tarafkan kualiti
kerja pembinaan secara keseluruhannya.

Antara tugas utama CIDB adalah mendaftar dan mengakreditasi mana-


mana kontraktor yang terlibat dengan pembinaan di Malaysia dengan syarat-syarat tertentu
serta membuat pembaharuan lesen CIDB dan juga memperakukan mana-mana individu yang
berdaftar yang terlibat dengan pembinaan melalui pendaftaran personel binaan (kad hijau). Di
samping itu, terdapat fungsi-fungsi lain dan antaranya ialah:

a) Memajukan dan merangsang pembangunan, penambahbaikan dan pengembangan


industri pembinaan
b) Menasihati dan mengesyorkan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
mengenai perkara yang menyentuh atau berkaitan dengan industri pembinaan

8
c) Memajukan, merangsang dan mengusahakan penyelidikan mengenai apa-apa
perkara yang berhubungan dengan industri pembinaan
d) Memajukan, merangsang dan membantu dalam pengeksportan perkhidmatan
berhubungan dengan industri pembinaan
e) Mengadakan perkhidmatan perundingan dan nasihat berkenaan dengan industri
pembinaan
f) Memajukan dan menggalakkan jaminan kualiti dalam industri pembinaan
g) Mengawal selia pematuhan standard bagi buatan kerja binaan dan bahan binaan
h) Mendapatkan, menyiarkan, memulakan dan menyenggarakan maklumat yang
berhubungan dengan industri pembinaan termasuklah penubuhan sistem maklumat
industri pembinaan
i) Mengadakan, memajukan, mengkaji semula dan menyelaraskan latihan dalam
industri pembinaan
j) Mendaftar dan mengakreditasi kontraktor, mengenakan apa-apa syarat pendaftaran
dan akreditasi kontraktor dan membatalkan, menggantung atau mengembalikan
semula pendaftaran dan akreditasi kontraktor itu
k) Mendaftar, mengakreditasi dan memperakukan personel binaan dan membatalkan,
menggantung atau mengembalikan semula pendaftaran, akreditasi dan pemerakuan
personel binaan itu
l) Mengawal selia pelaksanaan bagi kerja pembinaan yang berkualiti dan selamat
m) Mengawal selia pelaksanaan Sistem Binaan Berindustri dalam industri pembinaan
n) Menguruskan apa-apa aduan atau laporan yang dibuat berkenaan dengan apa-apa
kegagalan kerja pembinaan atau kerja pembinaan yang telah siap yang menyentuh
keselamatan awam dan mengambil tindakan yang sesuai untuk menanganinya.

Selain itu, tugas lain CIDB adalah dengan memberikan nilai tambah kepada pensijilan
Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) dan pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
Semua aktiviti yang berkaitan dengan proses pensijilan telah diselaraskan dengan keperluan
ISO/IEC 17024:2012 (Conformity Assessment: General Requirements for Bodies Operating
Certification of Persons).

ISO/IEC 17024(Conformity Assessment: General Requirements for Bodies Operating


Certification of Persons) merupakan standard antarabangsa yang menggariskan keperluan am
bagi badan pensijilan dalam memastikan aspek kesaksamaan diterapkan dalam setiap aktiviti

9
berkaitan pensijilan. Standard ini memastikan proses penilaian dan penentuan keputusan
pensijilan dilaksanakan secara adil, sahih dan dipercayai.

CIDB memfokuskan kepada tiga (3) bidang utama iaitu:


• a) Kimpalan (Welding)
• b) Ujian Tanpa Musnah (Non-Destructive Testing – NDT)
• c) Jurubagas dan Jurucat (Blasting and Painting)

Senarai Program yang ditawarkan oleh CIDB adalah:


Kimpalan (Welding) Shielded Metal Arc Welding (SMAW)
Gas Tungsten Arc Welding (GTAW)
Gas Metal Arc Welding (GMAW)
Flux Cored Arc Welding (FCAW)
Ujian Tanpa Musnah (Non- Magnetic Testing (MT)
Destructive Testing – NDT) Penetrant Testing (PT)
Ultrasonic Testing Thickness Measurement (UTTM)
Ultrasonic Testing in Welds (UT)
Radiographic Interpreter (RI)
Jurubagas dan Jurucat (Blasting Blaster
and Painting-BPO) Painter
Jadual 2.1: Senarai program yang ditawarkan oleh CIDB

Di Wisma KoCIDB Negeri Sembilan, terdapat 2 bahagian iaitu bahagian operasi dan
bahagian pembangunan. Bahagian operasi yang terdiri daripada unit penguatkuasaan, unit
siasatan dan pendakwaan serta unit levi dan bahan binaan berfungsi untuk melaksanakan
tinjauan di tapak pembinaan bagi pemeriksaan dan penguatkuasaan terhadap akta serta
peraturan yang berkaitan dalam pembinaan negara di tapak bina terutamanya Akta 520 CIDB.

Manakala bagi bahagian pembangunan yang dibahagikan kepada empat unit iaitu unit
penilaian kompentensi, unit CCA, pendaftaran kontraktor & khidmat pelanggan, unit
pembangunan & teknologi industri serta unit pemdaftaran personel & perhubungan berfungsi
untuk menyelaras, merancang, memantau dan melaksanakan semua projek pembangunan iaitu
projek fizikal dan bukan fizikal agensi supaya dapat menyokong operasi yang berkesan.

10
Selain itu, tidak lengkaplah penubuhan organisasi tanpa unit pentabiran yang berfungsi
untuk melaksanakan sesuatu tugas yang telah ditetapkan ke arah mencapai visi, misi dan
objektif dalam sesebuah organisasi. Di samping itu, kewujudan unit kewangan yang berfungsi
bagi pengurusan aktiviti untuk merancang, menyusun, mengarah dan mengawal segala aspek
pembiayaan dan perbelanjaan dalam organisasi. Segala aset dan liabiliti perlu diuruskan
dengan cara terbaik bagi menjamin organisasi kekal lestari

2.2 PENGENALAN ORGANISASI LATIHAN

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) adalah satu entiti yang tidak dapat
dielakkan bagi mereka yang terlibat dalam industri pembinaan di Malaysia, sebahagian
besarnya penglibatan CIDB adalah melalui levi di mana ia dikenakan ke atas semua projek
pembinaan utama, dan kursus-kursus wajib yang dijalankan olehnya.

CIDB adalah sebuah badan korporat yang telah dicipta oleh “Akta Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994”. Tujuannya telah diringkaskan oleh Menteri
Kerja Raya pada majlis pembukaan rasmi:

“Kita sedang memasuki ke dalam era pertumbuhan berterusan kerana kita meletakkan
diri kita ke alaf baru apabila kita menjadi sebuah negara perindustrian dengan barangan bukan
sahaja dihasilkan untuk mengeksport tetapi juga kemahiran dan kepakaran untuk menjual di
luar negara. Bagi memenuhi aspirasi ini industri pembinaan perlu dibimbing, dipupuk dan
dibangunkan untuk mencapai kualiti yang diperlukan”.

Fokus CIDB adalah pada:


▪ Pertumbuhan yang mampan, pembangunan kapasiti dan pemerkasaan
▪ Penambahbaikan prestasi industri dan amalan terbaik
▪ Perubahan industri, disokong oleh amalan perolehan yang konsisten dan beretika
▪ Meningkatkan nilai kepada pelanggan dan masyarakat

11
2.3 LOGO ORGANISASI LATIHAN

Rajah 2.1: Logo Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB)

2.4 VISI, MISI, OBJEKTIF ORGANISASI LATIHAN

2.4.1 Visi
Menjadi pihak berkuasa yang menerajui penyediaan penyelesaian untuk
membangunkan industri yang bertanggungjawab terhadap sosial dan alam sekitar.

2.4.2 Misi
Mengawal selia, membangun dan memudahcara industri pembinaan dengan
menerapkan profesionalisme dan memanfaatkan inovasi untuk menghasilkan
persekitaran binaan yang berkualiti, produktif dan mampan.

2.4.3 Objektif
Objektif CIDB adalah untuk membina kapasiti dan kapabiliti industri pembinaan
melalui peningkatan kualiti dan produktiviti dengan memberi penekanan kepada
profesionalisme, inovasi dan pengetahuan ke arah kehidupan yang berkualiti.

12
2.5 LOKASI ORGANISASI LATIHAN

Lokasi pejabat ini terletak di kedudukan yang strategik yang merupakan laluan utama dan turut
merupakan kawasan komersial di Seremban 2. Bangunan Wisma KoCIDB yang bersebelahan
dengan Sutera Hotel Seremban dan berdekatan dengan pusat membeli-belah Aeon Seremban
2 memudahkan pelanggan CIDB untuk berurusan dan sekaligus memudahkan pelanggan
mencari bangunan pejabat seperti yang tertera pada google maps.

Wisma KoCIDB adalah beralamat seperti di bawah :

CIDB Negeri Sembilan


Wisma KoCIDB
Lot D30,
Persiaran Utama S2/B2, Seremban 2,
70300 Seremban, Negeri Sembilan

Rajah 2.2: Lokasi Wisma KoCIDB Negeri Sembilan melalui google maps

13
2.6 CARTA ORGANISASI LATIHAN

Carta organisasi adalah rajah di mana struktur organisasi entiti, syarikat atau badan awam
diwakili secara grafik. Oleh itu, istilah carta organisasi adalah akronim yang terdiri daripada
perkataan 'organisasi' dan elemen '-gram', yang bermaksud 'ditulis', grafik '.

Carta organisasi syarikat secara grafik menunjukkan hierarki, hubungan serta fungsi
jabatan, pasukan dan orang yang bekerja di syarikat tersebut. Dalam pengertian ini, carta
organisasi adalah alat maklumat dan pentadbiran, kerana ia mewakili unit jabatan, pengedaran,
fakulti, fungsi dan kecekapan mereka, serta maklumat yang berkaitan dengan atribusi
hubungan dan struktur hierarki syarikat.

Dengan cara tertentu, carta organisasi juga melambangkan prinsip-prinsip falsafah yang
mendasari struktur organisasi syarikat. Sebaliknya, dalam bidang teknologi, carta organisasi
dapat digunakan untuk mewakili aliran prosedur dan tugas dalam proses industri.

Carta 2.1: Carta Organisasi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB)

14
BAB 3

RINGKASAN MINGGUAN

3.1 PENGENALAN

Bab 3 ini merupakan ringkasan keseluruhan aktiviti mingguan yang dilaksanakan sepanjang
menjalani latihan industri. Setiap aktiviti atau tugas yang dijalankan akan dicatat di dalam buku
laporan harian. Oleh itu, bahagian ini akan menjelaskan secara terperinci aktiviti-aktiviti dan
tugas yang telah dicatat dan dijalankan sepanjang tempoh pelaksanaan latihan industri bermula
01 Mei 2023 hingga 01 September 2023 bersamaan 18 minggu. Segala aktiviti yang dilakukan
diterangkan dari minggu ke minggu supaya dapat menyimpulkan kerja-kerja yang telah
dilakukan di samping memudahkan proses penyemakan.

3.2 AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEMASA LATIHAN INDUSTRI

BIL.
RINGKASAN AKTIVITI MINGGUAN
MINGGU
01/05/2023 – 05/05/2023
▪ Menghantar borang pengesahan maklumat syarikat/individu serta
dokumen-dokumen berkenaan yang diterima daripada hq melalui
email penempatan pelajar latihan industri di Lembaga Pembangunan
MINGGU 1
Industri Pembinaan Malaysia kepada penyelia organisasi
▪ Menyerahkan kad pengesahan lapor diri (KVOJT09) beserta surat
tawaran bagi memperoleh pengesahan daripada penyelia oraganisasi
▪ Mendaftar akses kedatangan menggunakan thumb print

15
▪ Sesi melawat persikataran Wisma KoCIDB dan sesi perkenalan
bersama staf CIDB Negeri Sembilan di unit-unit/bahagian yang
berbeza
▪ Meminitkan surat-surat dan menyusun fail di rak penyimpanan
mengikut nombor rujukan yang sedia ada
▪ Menyediakan senarai nama bagi jemputan ke Rumah Terbuka
Aidilfitri CIDB Negeri Sembilan 2023 yang akan diadakan pada 18
Mei 2023
▪ Menyediakan senarai alamat penerima jemputan di dalam bentuk
pelekat untuk ditampal di sampul surat berukuran A5 bagi urusan
menghantar kad jemputan tersebut kepada penerima mengikut
jemputan yang telah disenaraikan.
▪ Mencetak draf senarai alamat jemputan untuk disemak oleh penyelia
MINGGU 2 08/05/2023 – 12/05/2023
▪ Terlibat dalam Mesyuarat Pengurusan CIDB Negeri Sembilan Bil.
2/2023
▪ Mencatat perkara-perkara yang dibincangkan sepanjang mesyuarat
▪ Membuat salinan dokumen-dokumen sampingan yang dibentangkan
semasa mesyuarat untuk tujuan lampiran pada minit mesyuarat
▪ Mula mencetak pelekat alamat jemputan yang telah disediakan dan
disemak
▪ Mengambil stock/inventori di stor utama Aras G iaitu Simile Sticker,
A4 Paper (5 Rim), Blue Ball Pen dan gam (2)
▪ Menambah bilangan kad jemputan dengan menyediakan alamat
jemputan di dalam bentuk pelekat
▪ Menampal pelekat beralamat di sampul surat yang berisi kad
jemputan dan itinerari majlis
▪ Menyelesaikan kesemua sampul kad jemputan beserta itinerari
majlis sebelum jam 10:00 pagi untuk dihantar kepada penerima
mengikut alamat yang tertera seperti di sampul
▪ Menyediakan dan mencetak senarai semak penghantaran kad
jemputan bagi kawasan Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur

16
▪ Menyediakan gambar-gambar tetamu jemputan Majlis Rumah
Terbuka Aidilfitri CIDB di bawah Agensi Kerajaan sebagai rujukan
▪ Menambah bilangan kad jemputan bagi dua orang tetamu
▪ Membuat panggilan telefon kepada Pejabat Kementerian Kemajuan
Desa dan Wilayah Negeri Sembilan (KKDW NS) untuk
mendapatkan nama pengarah bagi jemputan Majlis Rumah Terbuka
Aidilfitri CIDB. (No. Tel: 06-6314162)
▪ Menyelesaikan minit mesyuarat dan mencetak draf minit untuk
disemak oleh penyelia sebelum ditandatangani oleh pengurus.
▪ Melengkapkan tugasan bagi carian gambar-gambar tetamu jemputan
yang melibatkan Persatuan di Jabatan Persatuan Kontraktor Melayu
Malaysia Negeri Sembilan dan Perkobf Negeri Sembilan serta
pejabat negeri yang terdiri daripada CIDB Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, CIDB Selangor dan CIDB Melaka.
▪ Membuat carian gambar Pengarah bagi anak syarikat
▪ Menyusun surat-surat bagi fail personel (staf) mengikut tarikh dan
bilangan sebelum diminitkan.
MINGGU 3 15/05/2023 – 19/05/2023
▪ Meminitkan surat-surat bagi fail personel (staf) dan menyimpan fail
tersebut di rak penyimpanan mengikut nombor rujukan fail yang
sedia ada.
▪ Menambah kad jemputan Rumah Terbuka Aidilfitri CIDB Negeri
Sembilan bagi tetamu jemputan iaitu dari Sutera Hotel Seremban –
penyediaan pelekat alamat untuk kegunaan sampul surat, kad
jemputan dan itinerari majlis.
▪ Menghantar kad jemputan ke Sutera Hotel Seremban bersama
Penyelia Organisasi
▪ Membuat panggilan telefon kepada jemputan Majlis Rumah
Terbuka Aidilfitri CIDB bagi tetamu di bawah agensi kerajaan untuk
mendapatkan pengesahan kehadiran serta memaklumkan masa
perjalanan majlis diawalkan pada jam 10:15 pagi.
▪ Membuat senarai kehadiran jemputan
▪ Persiapan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri CIDB Negeri Sembilan

17
▪ Menyusun gambar tetamu yang hadir bagi Majlis Rumah Terbuka
Aidilfitri mengikut kedudukan meja yang telah disediakan dan
kekananan.
▪ Menyediakan hadiah cabutan bertuah Majlis Rumah Terbuka
Aidilfitri yang akan disampaikan kepada staf-staf CIDB Negeri
Sembilan
▪ Pelaksanaan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri CIDB Negeri
Sembilan yang bermula pada jalan 10:00 pagi hingga 2:30 petang –
(melibatkan kehadiran Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’
Seri Haji Aminuddin bin Harun, Ketua Eksekutif CIDB Malaysia,
Datuk Ir. Ahmad ‘Asri bin Abdul Hamid dan lain-lain)
▪ Menjemput ketibaan tetamu-tetamu jemputan
▪ Membuat salinan gambar tetamu jemputan untuk diberikan kepada
Encik Dhiya’ Uddin
▪ Mericih dokumen/kertas yang tidak digunakan
▪ Membuat carian tempat bagi program team building
MINGGU 4 22/05/2023 - 26/05/2023
▪ Morning talks bersama staf CIDB Negeri Sembilan pada hari Isnin
di M Floor
▪ Mendapatkan nombor telefon pilihan tempat untuk menjalankan
program (latihan/kursus) melalui website: Beacon Resort Sdn Bhd
▪ Mendapatkan cop pengurus dan pengarah bagi dokumen yang
dikendalikan oleh Encik Zuraizad
▪ Menghantar gambar displayport cable melalui email kepada Dell
bagi pihak Puan Juliana
▪ Merekod setiap dokumen surat masuk di Microsoft Excel sebelum
diminitkan
▪ Mengimbas (scan) surat di atas nama Encik Kamal di dalam fail
Lawatan dan Kunjungan untuk dihantar kepada Puan Juliana melalui
aplikasi Whatsapp
▪ Merekod surat masuk sebelum diminitkan
▪ Meminitkan dokumen/surat dan menyusun di rak penyimpanan
mengikut nombor rujukan fail

18
MINGGU 5 29/05/2023 – 02/06/2023
▪ Morning talks bersama staf CIDB Negeri Sembilan pada hari Isnin
di M Floor
▪ Meminitkan surat/dokumen bagi fail personel (staf)
▪ Merincih dokumen yang tidak digunakan
▪ Membuat salinan dokumen
▪ Mengambil stok/inventori di stor utama Aras G
▪ Menyusun fail-fail yang telah selesai diminitkan di rak
pemyimpanan fail dengan mengikut nombor rujukan yang sedia ada
▪ Melaksanakan pemeriksaan bagi membuat laporan kerosakan pada
bulan Jun di setiap aras bangunan CIDB Negeri Sembilan bersama
penyelia
▪ Merekod surat masuk di Microsoft Excel dan melampirkan surat
masuk tersebut ke dalam fail minit pengarah untuk mendapatkan
pengesahan
▪ Mengedarkan surat-surat untuk tindakan serta fingerprint time and
attendance kepada staf CIDB
▪ Cop dokumen bagi pihak Pengarah, Puan Rohana
MINGGU 6 05/06/2023 – 09/06/2023
▪ Menyelesaikan laporan senarai kerosakan / penyelenggaraan alatan
/ perkakas / bangunan CIDB Negeri Sembilan bulan Jun 2023
▪ Mencetak laporan senarai kerosakan
▪ Menghasilakan 5 design papantanda bagi kegunaan pejabat CIDB
Negeri Sembilan
▪ Melengkapkan fail yang diminitkan
▪ Mengemaskini senarai lokasi stok di stor aras G
▪ Scan laporan senarai kerosakkan yang telah ditandatangani oleh
pengarah
▪ Menyusun fail yang telah diminitkan mengikut nombor rujukan fail
MINGGU 7 12/06/20223 – 16/06/2023
▪ Morning talks bersama staf CIDB Negeri Sembilan pada hari Isnin
di M Floor

19
▪ Menghantar fail dan dokumen kepada Encik Hazlan dan Encik Jefri
di aras 2 CIDB
▪ Membuat lawatan lokasi di Tadom Hill Resort, Banting, Selangor
untuk perbincangan bersama person in charge tempat berkenaan
bagi menjalankan program team building.
▪ Menyusun fail di rak mengikut nombor rujukan fail
▪ Membuat kertas cadangan bagi program pengukuhan integriti dan
pencegahan rasuah staf CIDB Negeri Sembilan
▪ Mendapatkan sebut harga bagi bayaran katering (AISY Kitchen
House) melalui Puan Ezza untuk pelaksanaan kertas cadangan
program pengukuhan integriti dan pencegahan rasuah staf CIDB
Negeri Sembilan
▪ Meminitkan surat bagi fail latihan/kursus am serta fail surat khabar
▪ Membuat salinan surat permohonan menjalankan program
pengukuhan integriti dan pencegahan rasuah
▪ Mengambil stok di bilik stor utama aras G
▪ Menghantar fail kepada Encik Jefri di aras 2
▪ Membuat salinan surat permohonan kebenaran meninggalkan
pejabat dalam waktu bekerja
MINGGU 8 19/06/2023 – 23/06/2023
▪ Mencetak sebut harga daripada AISY Kitchen House untuk
dilampirkan di dalam sampul kecil kursus integriti bersama kertas
cadangan
▪ Memeriksa keberadaan dan menyenarai maklumat alat pemadam
kebakaran pejabat CIDB mengikut aras
▪ Membuat salinan cover note eTiQa General Takaful dan imbas
salinan untuk diberikan kepada Encik Wahyudi
▪ Melengkapkan senarai maklumat alat pemadam kebakaran
menggunakan Microsoft Word dan hantar kepada penyelia
oragnisasi
▪ Menghantar fail kepada Encik Jefri di aras 2
▪ Melengkapkan fail-fail yang ingin diminitkan
▪ Ricih kertas/dokumen yang tidak digunakan

20
▪ Membuat sticker (QR Code) untuk ditampal pada setiap stok
inventori yang terdapat di stor utama aras G bagi tujuan pengurusan
audit
▪ Menghantar fail kepada Encik Hazlan di Aras 2
▪ Mencetak pelekat (QR Code) dan potong mengikut saiz yang
bersesuain untuk ditampal di ruangan penyimpanan stok inventori
▪ Meminitkan surat bagi fail kenderaan am
▪ Meminitkan surat bagi fail VB 3744
▪ Menyusun fail di rak mengikut nombor rujukan yang sedia ada
MINGGU 9 26/06/2023 – 30/06/2023
▪ Morning talks bersama staf CIDB Negeri Sembilan pada hari Isnin
di M Floor
▪ Mengambil stok inventori di stor utama aras G
▪ Meminitkan surat-surat bagi fail kenderaan yang bernombor plat
WUS 3755, WC 164 K dan VB 3744
▪ Menyusun fail-fail yang telah diminitkan
▪ Membuat signage untuk dilabel pada rak di stor utama aras G
▪ Memperbaiki signage yang dihasilkan dan mencetak mengikut saiz
yang bersesuaian
MINGGU 10 03/07/2023 – 07/07/2023
▪ Menghantar fail kepada Puan Sharizan di aras G
▪ Menyusun fail di rak mengikut nombor rujukan fail
▪ Memeriksa stok barangan berbentuk cenderahati di stor tingkat 3
▪ Mencetak label bagi signage barangan di stor utama aras G
▪ Laminate label dan memotong label mengikut saiz yang bersesuaian
dengan rak penyimpanan stok
▪ Meminitkan surat bagi fail kenderaan (AM) dan VKR 3926
▪ Menukar dan menampal label stock inventori di store aras G
▪ Bacaan Yassin bersama staf CIDB Negeri Sembilan di M Floor
MINGGU 11 10/07/2023 – 14/07/2023
▪ Morning talks bersama staf CIDB Negeri Sembilan pada hari Isnin
di M Floor

21
▪ Menyelesaikan proses melabel stok inventori yang terdapat di stor
utama aras G
▪ Scan dokumen dan hantar kepada Encik Wahyudi
▪ Merangka teks emcee bagi program pengukuhan integriti dan
pencegahan rasuah berdasarkan format dan contoh yang diberikan
▪ Menyediakan fail untuk pengarah bagi bengkel panduan pengurusan
pengkompaunan kesalahan di bawah akta 520 (pindaan) 2011
(pendaftaran & levi)
▪ Meminitkan surat bagi fail kenderaan VKR 3926
▪ Membuat panggilan telefon kepada Pejabat Federal Land
Development Authority (FELDA) dan memaklumkan kepada Encik
Azahar melalui aplikasi whatsapp mengenai ketidakhadiran
Pengarah bagi jemputan ke Taklimat Sempena Karnival Malaysia
Madani pada 14 Julai 2023
▪ Cop minit surat masuk yang bertarikh 12 Julai 2023 dan mendaftar
surat masuk di Microsoft excel
MINGGU 12 17/07/2023 – 21/07/2023
▪ Morning talks bersama staf CIDB Negeri Sembilan pada hari Isnin
di M Floor
▪ Menghantar fail kepada Encik Jefri di tingkat 2
▪ Mengubah tetapan dan menyelenggara masalah kecil mesin fotostat
▪ Mengedar memo Majlis Doa Selamat dan Majlis Sambutan Hari
Lahir kepada semua staf CIBD dan membuat salinan memo kepada
Encik Jefri
▪ Mencetak tender sebut harga tahun 2021 daripada website
https://www.ns-gov-my/43-arkib-sebut-harga dan membuka sampul
kecil bagi hasil cetakan tender tersebut
▪ Meminitkan surat bagi fail pelajar latihan industri
▪ Memperbaiki dan mencetak surat Majlis Serahan Sumbangan
Program CSR di Kg. Seri Bengkel, Parit Yaani, Batu Pahat, Johor
▪ Mendapatkan tandatangan Pengarah bagi surat tersebut dan serahkan
kepada Puan Rosmariana

22
▪ Menyusun fail di rak mengikut nombor rujukan fail yang tersedia di
setiap rak
▪ Memperbaiki dan mencetak teks emcee bagi program pengukuhan
integriti dan pencegahan rasuah di dalam saiz A5
▪ Rehearsal bagi perjalanan program yang akan diadakan
▪ Membuat panggilan telefon kepada Encik Shamsul Amin untuk
mendapatkan pengesahan kehadiran dan bertanyakan tentang
keperluan yang ingin diperlukan bagi sesi taklimat yang akan
disampaikan oleh beliau
▪ Membuat salinan senarai alat pemadam kebakaran dan serahkan
kepada Encik Fahmi
▪ Menutup fail yang telah penuh kandungannya dan membuka fail
baharu
▪ Membuat label untuk barangan di pejabat CIDB bagi persediaan
audit
▪ Pelaksanaan program pengukuhan integriti dan pencegahan rasuah
staf CIBD (sebagai urus setia – pengacara)
▪ Membuat salinan dokumen yang dikendalikan oleh Puan Norliza
▪ Menyemak dan mengemaskini aset alih di Bilik Mesyuarat Aras M
berdasarkan lampiran KEW.PA-7 Senarai Aset Alih CIDB Malaysia
▪ Melengkapkan fail KEW.PA-15 Rekod Penyelenggaraan Aset serta
menyediakan tulang fail bagi fail tersebut
▪ Mendapatkan attendance NSCop daripada Pengurus CIDB, Puan
Yuanti
▪ Mendapatkan cop Pengarah bagi dokumen yang dikendalikan oleh
Encik Dhiya’Uddin
▪ Mendapatkan tandatangan Pengurus, Encik Jefri bagi dokumen yang
dikendalikan oleh Puan Ezza
MINGGU 13 24/07/2023 – 28/07/2023
▪ Morning talks bersama staf CIDB Negeri Sembilan pada hari Isnin
di M Floor
▪ Terlibat dalam Mesyuarat JPP di bilik mesyurat aras M

23
▪ Mengumpulkan fail-fail yang telah ditutup dan simpan di ruangan
kosong rak penyimpanan fail
▪ Gotong-royong hari pertama: Mengemas bilik Pengurus di M floor
▪ Gotong-royong hari kedua: Mengemas di M floor dan menulis tarikh
luput fire extinguisher di setiap signage yang terdapat di tingkat G
dan M
▪ Mendapatkan tandangan Encik Jefri bagi fail yang dikendalikan oleh
Puan Ezza dan serahkan kepada Puan Juliana
▪ Gotong-royong hari ketiga: Menukar tarikh di whiteboard aras M
▪ Mengambil stok iaitu 5 rim A4 dan 6 fail keras di bilik stor inventori
aras G
▪ Meminitkan surat dan menyimpan fail di rak mengikut nombor
rujukan fail
MINGGU 14 31/07/2023 – 04/08/2023
▪ Morning talks bersama staf CIDB Negeri Sembilan dan briefing
berkenaan gotong royong pejabat CIDB
▪ Meminitkan surat-surat/dokumen bagi fail fail kenderaan iaitu “VM
3731”, “WTK 205”, “WC 164 K”, “VKR 3926” dan “VB 3744”
▪ Menutup dan membuka fail baharu bagi fail Perkhidmatan Am serta
meminitkan memo maklum balas sebagai kandungan pertama
▪ Membuat tagging dan label bagi keperluan 3KP
▪ Membuat label tumbuh-tumbuhan bagi laman mak-mak di bahagian
luar bangunan CIDB Negeri Sembilan
▪ Laminate tatacara penggunaan peralatan pejabat dan signage-
signage seperti fire extinguisher, carpal tunnel, syndromeoffice
syndrome, business infographics dan sebagainya
▪ Mengemaskini dan mendaftar penempatan aset alih melalui website
asetstor.cidb.gov.my
▪ Membuat salinan senarai aset alih yang terkini dan meletakkan
senarai aset alih mengikut lokasi penempatan aset
▪ Meminitkan surat bagi fail kenderaan am dan menyusun fail-fail di
rak mengikut nombor rujukan fail
▪ Mengemas ruangan tempat kerja dan sudut borang bagi tujuan audit

24
MINGGU 15 07/08/2023 – 11/08/2023
▪ Menghasilkan kertas cadangan-anggaran perolehan-keselamatan
dan menyunting dokumen sebut harga-perkhidmatan-keselamatan-
terkini
▪ Menghasilkan kertas cadangan-anggaran perolehan-pembersihan
dan menyunting dokumen sebut harga perkhidmatan-pembersihan-
terkini
▪ Membuat salinan bagi dokumen pesanan tempahan
▪ Menghasilkan kertas cadangan bagi perkhidmatan sewaan mesin
fotostat dan menyunting dokumen sebut harga sewaan fotostat
▪ Memperbaiki kertas cadangan bagi perkhidmatan sewaan mesin
fotostat
▪ Menghantar dokumen sewaan bangunan kepada Pengurus- Puan
Yuanti Mohamed
▪ Lawatan penyeliaan daripada pensyarah penyelia
▪ Melengkapkan ketiga-tiga kertas cadangan dan menyunting lengkap
kesemua dokumen sebut harga pekhidmatan
▪ Memperbaiki ketiga-tiga kertas cadangan dan dokumen perolehan
dari segi nombor perolehan serta membuat semakan kod bidang
MOF bagi ketiga-tiga perkhidmatan
▪ Mengimbas (scan) dokumen yang dikendalikan oleh Encik Wahyudi
MINGGU 16 14/08/2023 – 18/08/2023
▪ Mendapatkan pengesahan dan tandatangan Encik Hazlan bagi
dokumen yang dikendalikan oleh Puan Norliza di tingkat 2
▪ Melengkapkan fail-fail yang ingin diminitkan
▪ Menghidangkan tetamu/ahli mesyuarat minum pagi
▪ Mengemaskini semula lokasi stok seperti di lampiran senarai
kawalan stok dengan mengkategorikan ianya kepada Rak, Tingkat,
Baris dan Petak
MINGGU 17 21/08/2023 – 25/08/2023
▪ Aktiviti rakaman video penghargaan di atas persaraan Ketua
Eksekutif CIDB Malaysia, Ybhg. Datuk Ir. Ahmad ‘Asri bin Abdul
Hamid

25
▪ Membuat salinan dokumen sebut harga perkhidmatan pengawal
keselamatan tanpa api senjata untuk Lembaga Pembangunan
Industri Malaysia (CIDB) Pejabat CIDB Negeri Sembilam bagi
tempoh bermula Januari 2023 hingga Disember 2023 sebanyak 4
salinan
▪ Mendapatkan tandatangan Puan Yuanti, Pengurus bagi pihak
Pengarah bagi surat Perbincangan Isu-Isu Keselamatan di Pejabat
CIDB Negeri Sembilan dan melampirkan di dalam sampul surat
bersaiz 9’ X 6’
▪ Membuat satu salinan bagi surat Perbincangan Isu-Isu Keselamatan
di Pejabat CIDB Negeri Sembilan
▪ Mendapatkan cop jabatan bagi 5 baucar bayaran kenderaan
▪ Mengimbas (scan) 6 set dokumen yang dikendalikan oleh Encik
Wahyudi
▪ Scan dokumen dan hantar kepada Pengurus, Puan Yuanti
▪ Mencetak resit daripada ABS Catering
▪ Meminitkan surat-surat bagi fail pelajar latihan industri, teknologi
AM maklumat, peringatan – vendor, borang permohonan peringatan
dan aduan ICT, pentadbiran AM dan surat khabar
▪ Menyusun fail-fail yang telah diminitkan di rak penyimpanan
mengikut nombor rujukan fail
▪ Mengemaskini lokasi stok di stor Aras G berdasarkan senarai
kawalan stok
▪ Mericih dokumen-dokumen yang tidak digunapakai
▪ Menghantar dokumen dan mendapatkan tandatangan pengurus bagi
dokumen yang dikendalikan oleh Puan Ezza di tingkat 2
▪ Meminitkan borang-borang berkenaan cuti staf CIDB di fail “CUTI”
▪ Menyemak dan menghantar ketiga-tiga kertas cadangan serta
dokumen sebut harga perkhidmatan kepada Encik Wahyudi
MINGGU 18 28/08/2023 – 01/09/2023
▪ Morning talks bersama staf CIDB Negeri Sembilan
▪ Menyambung tugasan meminitkan dokumen (borang-borang
berkenaan cuti staf) di fail “CUTI”

26
▪ Terlibat dalam mesyuarat pengurusan unit pentadbiran dan
kewangan di bilik mesyuarat aras M
▪ Mengemaskini lokasi setiap aset inventori di stor aras G melalui
sistem eStor di https://asetstor.cidb.gov.my/myserv/welcome
berdasarkan senarai kawalan stok yang telah lengkap disemak
▪ Melengkapkan fail yang ingin diminit dan menyusun fail di rak
penyimpanan mengikut nombor rujukan fail
▪ Menutup dan membuka fail baharu bagi fail personel (staf) iaitu fail
NURSYAKILLA NORAZAM dan NOORLIZA MD ZAN
▪ Membuat salinan borang-borang berkenaan cuti beserta medical
certificate yang terkandung di dalam fail personel (staf) –
NORHIDAYAH MD ISA dan FARADHILA ZAKBAH
▪ Menutup fail personel (staf) iaitu fail FARADHILA ZAKBAH dan
AWANG MOHD SYERUJI AWANG SULAIMAN
▪ Mericih dokumen yang tidak digunakan
▪ Menyusun fail-fail yang telah diminitkan di rak penyimpanan
mengikut nombor rujukan fail
▪ Mengemas ruangan kerja iaitu meja pejabat
Jadual 3.1: Aktiviti yang dijalankan semasa latihan industri

27
BAB 4

LAPORAN TEKNIKAL

4.1 PENGENALAN

Laporan teknikal merupakan bahagian laporan yang meliputi kerja-kerja yang telah
dilaksanakan sepanjang tempoh latihan industri. Secara ringkasnya, laporan teknikal adalah
menjurus kepada tugasan yang melibatkan proses serta prosedur yang telah ditetapkan dan
ianya perlulah dijalankan secara berperingkat. Hal ini bagi memastikan segala pegurusan
organisasi dapat berjalan dengan lancar tanpa menimbulkan sebarang permasalahan.

Di samping itu, segala kerja yang melibatkan aktiviti dan proses ini hendaklah
dilakukan supaya pelajar dapat mengetahui, mempelajari dan meningkatkan kemahiran dalam
mengendalikan sesuatu kerja teknikal tersebut dengan baik

Oleh yang demikian, penerangan berkaitan kerja-kerja teknikal secara spesifik dan
terperinci yang telah dipelajari serta dipraktikkan oleh pelajar selama 18 minggu di organisasi
latihan dijelaskan di dalam bab ini. Tugas dan kerja-kerja teknikal yang dilaksanakan ini
merangkumi kerja-kerja pengurusan pentadbiran yang merupakan skop kepada bidang yang
diceburi pelajar iaitu Diploma Kesetiausahaan Pentadbiran. Setiap tugasan yang diterima
memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari semasa di peringkat
pembelajaran di Kolej Vokasional

28
4.2 PENGURUSAN PEMFAILAN DAN SURAT-MENYURAT

Surat dan dokumen lampiran yang diterima dan diwujudkan oleh sesuatu jabatan atau agensi
kerajaan dalam menjalankan urusan rasminya hendaklah dikandungkan di dalam satu fail yang
didaftar menggunakan kulit fail yang ditetapkan dan digunapakai oleh organisasi tersebut.
Penggunaan fail ini membolehkan maklumat yang terkandung di dalamnya dikawal dan dicapai
dengan cepat dan tepat apabila diperlukan.

Secara ringkasnya, pengendalian fail adalah satu kaedah pengurusan penyimpanan


rekod yang perlu diuruskan dengan sistematik mengikut piawaian dan prosedur pengurusan
rekod yang ditetapkan oleh Jabatan Arkib Negara. Hal ini demikian, bagi menyumbang ke arah
mempertingkatkan kualiti pengurusan pentadbiran sesuatu jabatan atau agensi kerajaan
tersebut. Di samping itu, pengurusan pemfailan yang melibatkan proses pendokumentasian,
pengurusan maklumat, dokumen, rekod dan pengendalian fail rasmi perlulah dikendalikan
dengan baik bagi memudahkan semua aktiviti-aktivti organisasi.

Semua rekod atau dokumen yang diterima perlu didaftarkan di dalam fail dan diedarkan
kepada Ketua Jabatan atau pegawai yang bertanggungjawab untuk diambil tindakan. Proses
kerja pengurusan surat masuk dan pengendalian fail adalah seperti berikut:

i. Cop tarikh terima surat/dokumen di ruang yang kosong


ii. Daftar surat di dalam sistem penerimaan surat iaitu melalui Microsoft Excel
Butiran-butiran yang diperlukan bagi mendaftar surat adalah seperti berikut:
• Mempunyai tarikh surat dan tarikh terima surat
• Terdapat catatan daripada/kepada
• Terdapat catatan kaedah pengiriman surat/dokumen
• Terdapat catatan pegawai yang bertanggungjawab untuk tindakan bagi tujuan tersbut
iii. Mendapatkan tandatangan/pengesahan pengarah serta pilihan pegawai yang
bertanggungjawab untuk tindakan bagi surat tersebut
iv. Membuat salinan surat bagi tujuan pemfailan dan mengedar surat kepada pegawai yang
bertanggungjawab

29
Rajah 4.1: Kedudukan kertas minit dan kandungan fail (dokumen)

v. Membuka fail yang telah ditebuk di penjuru atas sebelah kiri (Sila rujuk rajah 4.1)
vi. Kandungkan suart/dokumen di sebelah kanan fail menggunakan tali hijau (treasury tag)
vii. Catatkan nombor kandungan dipenjuru atas sebelah kanan sebagai nombor kandungan
fail. Dokumen terawal diberi nombor kandungan bermula dengan nombor 1 dan
dokumen-dokumen berikutnya akan diberi nombor kandungan seterusnya serta
dibulatkan.
• Nombor lampiran bagi surat masuk ditulis dengan pen berdakwat merah
• Nombor lampiran bagi surat keluar ditulis dengan pen berdakwat biru atau hitam.
viii. Surat/dokumen perlu diminitkan atau direkodkan ke dalam kertas minit. (Sila rujuk
perkara 4.2.1: Penyediaan Kertas Minit).

4.2.1 Penyediaan Kertas Minit

Merekodkan surat masuk dan surat keluar:


Kandungan di dalam fail hendaklah didaftarkan ke dalam kertas minit bagi tujuan kawalan
pada peringkat dokumen seperti berikut:

i. Kandungan surat masuk hendaklah dicatatkan seperti berikut:


• Surat/Memo/Emel daripada (Surat/Memo/Emel drp…..)
• Bertarikh (bth….)
• Difailkan pada (d/f pd ….)
• Ditulis menggunakan pen dakwat merah seperti berikut :
Surat/Memo/Emel drp………..bth……………d/f pd………

30
ii. Kandungan surat keluar hendaklah dicatatkan seperti berikut :
• Surat/Memo/Emel kepada (Surat/Memo/Emel kpd …..)
• Bertarikh (bth …….)
• Difailkan pada (d/f pd ….)
• Ditulis menggunakan pen dakwat biru/hitam seperti berikut :

Surat/Memo/Emel kpd………….bth…………d/f pd…………

Surat/Memo/Emel kpd………….bth…………d/f pd…………

Format di atas boleh ditulis tangan atau menggunakan cap getah.

Rajah 4.2: Contoh penulisan bagi meminitkan dokumen

31
4.3 PENGURUSAN JEMPUTAN DAN PERSEDIAAN BAGI MAJLIS RUMAH
TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI CIDB NEGERI SEMBILAN 2023

Pengurusan majlis melibatkan tiga perkara utama yang penting, iaitu perancangan, pelaksanaan
dan penilaian. Dalam proses membentuk perancangan, pelaksanaan dan penilaian tersebut,
penganjur perlu mengetahui konsep pengurusan majlis yang merangkumi tindakan sebelum
majlis (pre-event), semasa majlis (at-event) dan selepas majlis (post-event).

Semasa proses perancangan, penganjur perlu melihat kepada enam persoalan asas
perancangan majlis, iaitu kenapa majlis tersebut diadakan: objektif (Why), apakah atur cara
atau program yang akan dijalankan (What), bila ia akan diadakan (When), di mana ia akan
berlangsung (Where), siapa tetamu kenamaan, peserta atau jemputan (Who) dan bagaimana
untuk melaksanakan acara (How). Melalui kaedah ini, penganjur dapat mengenalpasti taraf dan
saiz sesuatu majlis yang akan diadakan dan seterusnya dapat menentukan jumlah peruntukan
kewangan yang diperlukan.

Oleh yang demikian, pelajar diberi tugasan bagi menguruskan tindakan sebelum majlis
(pre-event) iaitu dari segi pengurusan jemputan tetamu yang melibatkan jawatankuasa tertinggi
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Menteri Besar Negeri Sembilan,
agensi-agensi kerajaan serta beberapa anak syarikat. Pengurusan jemputan ini melibatkan
beberapa prosedur bagi mengesahkan kehadiran sasaran tetamu jemputan bagi majlis yang
bakal dijalankan. Prosedur tersebut adalah seperti berikut :

Menyenarai nama jemputan beserta alamat menggunakan Microsoft Word

Menyediakan kad jemputan bersaiz A5

Membuat pelekat bagi nama-nama jemputan serta pelekat bagi alamat setiap tetamu jemputan
untuk ditampal pada sampul surat yang akan dikirim

Menyediakan salinan initerari bagi semua jemputan seperti yang telah disenaraikan

Menyediakan checklist jemputan bagi membuat semakan penghantaran kad jemputan

32
Menyediakan checklist jemputan bagi mencatat maklum balas kehadiran tetamu jemputan

Membuat panggilan telefon kepada jemputan/organisasi bagi mendapatkan pengesahan


kehadiran dan iringan bagi tetamu jemputan

Menyediakan gambar bagi tetamu-tetamu kehormat seperti Menteri Besar Negeri Sembilan,
Ketua Eksekutif CIDB Malaysia untuk gambaran dan persediaan awal

Menyusun kedudukan tetamu yang hadir mengikut kekananan

Carta 4.1: Carta Alir Pengurusan Jemputan dan Persediaan bagi Majllis Rumah Terbuka
Aidilfitri CIDB Negeri Sembilan

Rajah 4.3: Tugasan menyediakan nama beserta alamat tetamu bagi tujuan menghantar kad
jemputan

Rajah 4.4: Kad Jemputan Rumah Terbuka Aidilfitri CIDB Negeri Sembilan

33
Rajah 4.5: Itinerari Majlis Jemputan Rumah Terbuka Aidilfitri CIDB Negeri Sembilan

Rajah 4.6: Sampul surat berisi kad jemputan dan itinerari majlis beserta nama dan alamat
tetamu jemputan

Rajah 4.7: Tugasan membuat panggilan telefon kepada tetamu jemputan bagi mendapatkan
pengesahan kehadiran

34
4.4 PENGURUSAN SURAT MASUK SERTA PROSES MEREKOD DOKUMEN-
DOKUMEN YANG DITERIMA SEBELUM DIMINITKAN DAN DIEDAR PADA
PEGAWAI YANG BERTANGGUNGJAWAB

Setiap surat yang diterima daripada organisasi luar perlu direkodkan ke dalam Buku Daftar
(Am 10 -Pin.3/80) atau melalui pengurusan rekod elektronik mengikut organisasi bagi
membolehkan tindakan diambil dengan berkesan dan sebagai salah satu rujukan kepada
pegawai yang bertanggungjawab ke atas pengurusan rekod di organisasi. Oleh yang demikian,
tugasan merekod atau mendaftar dokumen dilakukan oleh pelajar mengikut langkah-langkah
seperti berikut :

Terima surat

Umum
Kategori surat?

Buka surat dan cap


tarikh penerimaan serta
tindakan pegawai

Ada nama bahagian/penerima


Merekod maklumat
penerimaan surat

Melampirkan surat di dalam


fail dan mendapatkan
pengesahan Pengarah
Masukkan surat ke dalam pigeon hole
mengikut bahagian / Mengedar surat yang
telah mendapat pengesahan Pengarah
kepada pegawai yang bertanggungjawab

Carta 4.2: Carta Alir Pengurusan Surat Masuk

35
Rajah 4.8: Pengurusan merekod surat masuk

4.5 MEMBUAT LAPORAN KEROSAKAN PADA BULAN JUN

Ketidakcekapan terhadap sistem kerja penyenggaraan bangunan boleh menimbulkan kecacatan


dan kerosakan pada bangunan. Kecacatan dan kerosakan bangunan ini ditakrifkan sebagai
kegagalan terhadap keupayaan bangunan untuk menyampaikan perkhidmatan seperti yang
diharapkan. Ketidakcekapan dalam menangani masalah kecacatan atau kerosakan bangunan
secara sistematik juga boleh mendatangkan pelbagai kesan dan impak negatif kepada pengguna
dan juga pemilik bangunan.

Sehubungan dengan itu, pemeriksaan secara berkala adalah perlu bagi menangani
masalah ini di samping melanjutkan proses pembaikan yang lebih terancang dan peruntukan
belanjawan yang mencukupi. Oleh yang demikian, pemeriksaan pada setiap aras bangunan
Wisma KoCIDB Negeri Sembilan dilaksanakan bagi mengenalpasti sebarang kerosakan yang
berlaku termasuklah mengenalpasti pembaharuan yang wajar dibuat bagi beberapa keperluan
bangunan atau pejabat seperti pembaharuan papan tanda. Berikut merupakan langkah-langkah
dalam membuat Laporan Senarai Kerosakan / Penyelenggaraan Alatan / Perkakas Bangunan
CIDB Negeri Sembilan :

36
Membuat pemeriksaan pada setiap aras bangunan CIDB Negeri Sembilan bermula dengan
aras G, M, 1, 2 dan 3.

Mencatat segala kerosakan yang berlaku termasuklah di tandas, pantry, tangga kecemasan,
dan papan tanda yang perlu diperbaharui

Membuat laporan kerosakan berpandukan catatan kerosakan dan format yang diberi

Mengira dan menjumlahkan kerosakan yang berlaku

Mengambil kira jumlah peralatan-perlatan yang diperlukan bagi proses penyelenggaraan

Melampirkan gambar sebagai bukti kerosakan

Mencetak laporan senarai kerosakan

Mendapatkan pengesahan/tandatangan pengarah untuk tindakan seterusnya

Carta 4.3: Carta Alir Pelaksanaan Laporan Senarai Kerosakan

Rajah 4.9: Kerosakan yang terdapat di pejabat CIDB Negeri Sembilan

37
4.6 MELAKSANAKAN KERTAS CADANGAN BAGI PROGRAM
PENGUKUHAN INTEGRITI DAN PENCEGAHAN RASUAH STAF CIDB NEGERI
SEMBILAN

Kertas cadangan merupakan dokumen yang amat penting disediakan sebelum sesuatu program
berlangsung. Penyediaanya dibuat berdasarkan kepada catatan minit mesyuarat seperti yang
telah dipersetujui. Di samping itu, pelaksanaan kertas cadangan juga berfungsi untuk
mendapatkan kelulusan daripada Pengarah bagi menjalankan program seperti yang dirancang.
Oleh yang demikian, pelaksanaan kertas cadangan bagi Program Pengukuhan Integriti dan
Pencegahan Rasuah Staf CIDB Negeri Sembilan dibuat seperti langkah-langkah di bawah :

Mendapatkan format penulisan kertas cadangan di dalam bentuk Microsoft Excel

Melengkapkan kandungan kertas cadangan berdasarkan format yang ditetapkan seperti :


▪ Nama program ▪ Tempat cadangan
▪ Latar belakang ▪ Tenpoh latihan
▪ Objektif program ▪ Anggaran perbelanjaan
▪ Kumpulan sasaran ▪ Urus setia program
▪ Tarikh cadangan ▪ Lain-lain

Menyediakan lampiran kertas cadangan iaitu :


▪ tentatif pelaksanaan program
▪ senarai nama peserta
▪ sebut harga katering bagi anggaran perbelanjaan

Mencetak kertas cadangan yang telah lengkap diisi dan mendapatkan pengesahan serta
tandatangan daripada Pengarah
Carta 4.4: Carta Alir Pelaksanaan Kertas Cadangan Program Pengukuhan Integriti dan
Pencegahan Rasuah

38
Rajah 4.10: Kertas Cadangan Permohonan Program Menggunakan Peruntukan Latihan

4.7 MENYENARAI MAKLUMAT ALAT PEMADAM KEBARAN PEJABAT CIDB


MENGIKUT ARAS

Berdasarkan Garis Panduan Pengurusan yang terdapat di Manual Sistem Pengurusan


Persekitaran Berkualiti (SPPB), penyenggaraan alat pemadam kebakaran hendaklah dilakukan
secara berkala setahun sekali serta mendapat pengesahan Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia. Oleh itu, pemeriksaan maklumat alat pemadam kebakaran seperti tarikh luput perlu
dibuat bagi mengemaskini rekod yang terkini

Memeriksa keberadaan fire extinguisher di setiap aras pejabat CIDB Negeri Sembilan

Memeriksa dan mencatat jenis (ABC, CO2), berat, tarikh tamat tempoh, nombor siri, lokasi

Membuat senarai alat pemadam kebakaran seperti rajah di bawah

Membuat cetakan dan scan kepada penyelia

Mendapatkan pengesahan dan hantar tugasan kepada penyelia

Carta 4.5: Carta Alir Penyediaan Senarai Alat Pemadam Kebakaran Pejabat CIDB

39
Rajah 4.11: Maklumat alat pemadam kebakaran di pejabat CIDB Negeri Sembilan

4.8 PENYEDIAAN FAIL UNTUK PENGARAH BAGI PENGLIBATAN BENGKEL


PANDUAN PENGURUSAN PENGKOMPAUNAN KESALAHAN

Fail Bengkel Panduan Pengurusan Pengkompaunan Kesalahan ini disediakan untuk rujukan
bahan-bahan pembentangan Pengarah sepanjang bengkel berlangsung. Langkah penyediaan
fail adalah seperti berikut :

Menerima isi kandungan bagi bengkel tersebut melalui email

Mencetak kesemua isi kandungan dan menebuk lampiran-lampiran tersebut

Kandungakan di dalam fail keras

Menyediakan muka hadapan (tajuk fail)

Carta 4.6: Carta Alir Penyediaan Fail bagi Bengkel Panduan Pengurusan Pengkompaunan
Kesalahan

40
Rajah 4.12: Isi kandungan bagi fail Panduan Pengurusan Pengkompaunan Kesalahan di
bawah Akta 520 yang diterima melalui email

Rajah 4.13: Muka hadapan dan tajuk fail

4.9 MENCETAK TENDER SEBUT HARGA TAHUN 2021

Melayari laman web ns.gov.my/43-arkib-sebut-harga

Mencari sub-tajuk Kenyataan Sebut Harga / Tender Tahun 2021

Mencetak kesemua kenyataan sebut harga

Melampirkan di dalam sampul kecil bertajuk Tender Sebut Harga Tahun 2021

Carta 4.7: Carta Alir Cetakan Tender Sebut Harga Tahun 2021

41
Rajah 4.14: Senarai kenyataan sebut harga / tender tahun 2021 melalui Portal Rasmi Kerajaan
Negeri Sembilan

4.10 MENGEMASKINI DAN MENDAFTAR PENEMPATAN ASET ALIH


MELALUI WEBSITE https://asetstor.cidb.gov.my/myserv/ BAGI TUJUAN AUDIT
TAHUNAN

Aset Alih bermaksud aset atau peralatan yang boleh dipindahkan atau dialihkan dari satu
tempat ke tempat lain secara mudah termasuk aset yang dibekalkan termasuklah dengan
penyediaan bangunan atau infrastruktur lain.

Pengauditan boleh ditakrifkan sebagai suatu pemeriksaan, analisa dan nilaian yang
berterusan dan sistematik ke atas penyata kewangan, rekod, operasi dan pentadbiran sesuatu
organisasi bagi menentukan samada prinsip-prinsip am perakaunan, polisi-polisi pengurusan,
peraturan dan prosedur dipatuhi.

Pengauditan dijalankan bagi memastikan:

a. kehendak undang-undang dan peraturan telah dipatuhi


b. mendedahkan faktor atau elemen yang tidak mendorong kepada kecekapan,
keberkesanan, dan ekonomi berhubung dengan perakaunan Negara
c. memberi pendapat sama ada penyata kewangan menunjukkan satu kenyataan yang
benar dan munasabah mengenai kedudukan dan ketepatan rekod-rekod mengikut
piawaian pengauditan yang diterima pakai.

42
Langkah 1 : melayari website https://asetstor.cidb.gov.my/myserv/ untuk log masuk

Rajah 4.15: Paparan Log masuk

Langkah 2 : Mengisi kata nama dan kata laluan untuk mengakses sistem

Rajah 4.16: Paparan mengakses sistem

Langkah 3 : Klik pada eAset di bawah pilihan Perkhidmatan

Rajah 4.17: Pilihan perkhidmatan yang hendak digunakan

43
Langkah 4 : Klik pada carian pantas

Rajah 4.18: Pilihan pengurusan aset alih

Langkah 5 : Mula membuat carian dengan mengisi nombor aset di ruangan yang disediakan

Rajah 4.19: Proses membuat carian bagi menyemak keberadaan aset

Langkah 6 : Klik pada butang carian dan senarai rekod aset akan dipaparkan. Seterusnya klik
pada butang hijau seperti di rajah berikut bagi mengakses maklumat untuk melanjutkan proses
pengemaskinian aset

Rajah 4.20: Membuat carian dan mengakses maklumat aset

44
Langkah 7 : Klik pada pilihan penempatan di bahagian maklumat aset dan semak lokasi serta
pegawai penempatan
Langkah 8 : Klik pada tambah penempatan sekiranya terdapat perubahan lokasi mahupun
pegawai penempatan dan isi maklumat pada ruangan yang disediakan seperti
rajah di bawah
Langkah 9 : Klik daftar untuk meneruskan pengemaskinian maklumat aset dan klik pada
butang OK setelah maklumat berjaya dikemaskini

Rajah 4.21: Pengemaskinian maklumat penempatan aset

Langkah 10 : Klik pada carian penempatan untuk mengetahui lokasi aset setelah dikemaskini

Rajah 4.22: Membuat carian penempatan

45
Langkah 11 : Mengisi maklumat aset untuk carian penempatan dan tekan butang cari
Langkah 12 : Semak senarai rekod aset dan klik pada butang KEW.PA-7 untuk mencetak
senarai aset alih yang terkini

Rajah 4.23: Senarai Rekod Aset Alih

Langkah 13 : Membuat pilihan untuk cetakan samada memerlukan cetakan bersama Kod QR
mahupun tidak

Rajah 4.24: Pilihan cetakan yang ingin dibuat

Langkah 14 : Semak dan klik pada ikon printer serta memilih tetapan dan meneruskan
senarai Aset Alih (KEW.PA-7)

Rajah 4.25: Proses mencetak Senarai Aset Alih (KEW.PA-7)

46
4.11 MENGEMASKINI LOKASI STOK INVENTORI DI STOR ARAS G MELALUI
WEBSITE https://asetstor.cidb.gov.my/myserv/ BERDASARKAN SENARAI
KAWALAN STOK YANG TELAH DILENGKAPKAN

Langkah 1 : melayari website https://asetstor.cidb.gov.my/myserv/ untuk log masuk

Rajah 4.26: Paparan Log masuk

Langkah 2 : Mengisi kata nama dan kata laluan untuk mengakses sistem

Rajah 4.27: Paparan mengakses sistem

Langkah 3 : Klik pada eStor di bawah pilihan Perkhidmatan

Rajah 4.28: Pilihan perkhidmatan yang hendak digunakan

47
Langkah 4 : Klik pada Senarai Kad di bawah pilihan Bekalan dan Kawalan

Rajah 4.29: Pilihan Pengurusan Stor

Langkah 5 : Senarai Kad akan dipaparkan dan klik pada butang merah seperti contoh di bawah
bagi mengemaskini lokasi penyimpanan setiap stok inventori

Rajah 4.30: Kemaskini Lokasi Penyimpanan

Langkah 6 : Klik pada butang daftar untuk meneruskan proses pendaftaran lokasi penyimpanan

Rajah 4.31: Proses Pendaftaran Lokasi Penyimpanan Stok

48
Langkah 7 : Mengisi maklumat bagi lokasi penyimpanan stok inventori

Rajah 4.32: Proses Daftar Lokasi Penyimpanan

Langkah 8 : Klik pada butang simpan dan teruskan proses mengemaskini dengan menekan
pada butang Ya. Seterusnya klik pada butang Ya di paparan makluman seperti rajah di bawah

Rajah 4.33: Proses menyimpan maklumat setelah pengemaskinian dibuat

Langkah 10 : Semak maklumat lokasi penyimpanan stok inventori seperti yang telah
didaftarkan dan klik pada butang hijau bagi mengesahkan pengemaskinian.

Rajah 4.34: Semakan dan pengesahan maklumat peyimpanan yang telah dikemas kini

49
Langkah 11 : bagi mengesahkan lokasi penyimpanan yang telah dikemas kini, klik pada butang
Ya pada lokasi penyimpanan yang dipilih dan paparan makluman

Rajah 4.35: Proses menyimpan maklumat setelah pengemaskinian dibuat

Langkah 13 : Semak pada ruangan lokasi stok untuk memastikan maklumat lokasi telah diisi
selepas proses mendaftar dibuat

Rajah 4.36: Semak semula lokasi stok yang telah didaftarkan

50
4.12 CARA PENGGUNAAN SISTEM SOYAL (ACCESS CONTROL SYSTEM)

Sistem Soyal (Access Control System) ini berfungsi menyediakan panel khusus untuk
penggunaan pintu keluar, pintu kecemasan dan perakam masa kehadiran cap jari staf di
sesebuah organisasi. Oleh itu, cara penggunaan untuk mengakses sistem diajar bagi
mengemaskini dan merekod kehadiran staf di Pejabat CIDB Negeri Sembilan. Antara langkah-
langkah yang terlibat adalah seperti berikut :

Langkah 1 : Klik pada sistem Soyal Client dan mengisi User ID beserta Password bagi
mengakses sistem

Rajah 4.37: Membuka aplikasi Soyal Client

Langkah 2 : Klik pada butang filter dan mengemaskini tetapan di current event search filter
seperti rajah di bawah
Langkah 3 : Bagi mengemaskini kehadiran staf dan masa thumb print, klik pada select door

Rajah 4.38: Mengubah tetapan bagi menyemak penggunaan sistem

51
Langkah 4 : Memilih pilihan door name iaitu pada G.F Attendance dan M.F Attendance
Langkah 5 : Klik pada butang OK

Rajah 4.39: Pemilihan pintu yang ingin diakses

Langkah 6 : Semak tetapan sistem yang lain seperti tarikh, masa, jabatan dan sebagainya.
Seterusnya klik pada butang search

Rajah 4.40: Tetapan bagi current event search filter

Langkah 7 : Senarai akses sistem dipaparkan dan semakan nama serta masa boleh diteruskan

Rajah 4.41: Senarai semakan kehadiran

52
4.13 PENGENDALIAN PERALATAN PEJABAT : MESIN FOTOSTAT

4.13.1 Prosedur bagi mengimbas (scan) dokumen

1. Meletakkan dokumen yang ingin diimbas (scan) di atas tray mesin fotostat seperti rajah
di bawah dan pastikan tiada klip kertas di permukaan dokumen

Rajah 4.42: Kedudukan dokumen yang ingin diimbas

2. Memilih tetapan Easy Scan di skrin mesin fotostat dan klik pada address book bagi
memilih storage/folder yang akan menyiman hasil dokumen yang telah diimbas

Rajah 4.43: Pilihan tetapan bagi proses mengimbas dokumen

3. Memilih storage/folder (PC staf) yang akan menyimpan hasil imbasan dokumen

Rajah 4.44: Pilihan address bagi menyimpan imbasan dokumen

53
4. Klik pada butang start mengikut pilihan bewarna mahupun hitam dan putih serta semak
dokumen yang telah diimbas di PC

Rajah 4.45: Langkah akhir bagi proses mengimbas dokumen

4.13.2 Prosedur membuat salinan dokumen

1. Meletakkan dokumen yang hendak difotostat di atas tray mesin fotostat atau di
bahagian dalam mesin

Rajah 4.46: Kedudukan dokumen yang ingin difotostat

2. Memastikan kandungan kertas di mesin fotostat mencukupi

Rajah 4.47: Ruangan kertas di dalam mesin fotostat

54
3. Klik pada pilihan Copy dan menetapkan tetapan seperti saiz, warna serta bilangan
salinan yang diperlukan

Rajah 4.48: Pilihan tetapan bagi proses membuat Salinan dokumen

4. Klik pada butang Start atau Cancel Copy sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang
berlaku dan salinan yang telah difotostat boleh diambil di bahagian sebelah kiri mesin

Rajah 4.49: Langkah akhir bagi proses membuat salinan dokumen

55
4.14 PENGENDALIAN PERALATAN PEJABAT : MESIN RICIH

1. Buka suis mesin ricih


2. Masukkan kertas atau dokumen yang ingin dilupuskan ke dalam mesin
3. Tekan butang MULA

4.14.1 Langkah-langkah penyelengaraan mesin ricih


Jika keadaan kerts tersekat maka langkah berikut boleh diambil :
1. Tekan butang OFF
2. Tarik bekas bahan diricih
3. Periksa di bahagian pemotong
4. Bersihkan bahan tersekat
5. Tutup kembali bekas bahan diricih

Rajah 4.50: Mesin Ricih

56
4.15 PENGENDALIAN PERALATAN PEJABAT : MESIN LAMINATE

1. Hidupkan suiz
2. Pastikan anda melaraskan sama ada ingn menggunakan pilihan hot atau cold laminating
3. Laraskan suhu mengikut ketebalan filem laminate. Rujuk nota di bawah untuk
melaraskan suhu mengikut ketebalan :

KETEBALAN FILEM SUHU


100 mic 130 ˚C – 140 ˚C
125 mic 150 ˚C – 160 ˚C
250 mic 180 ˚C
Jadual 4.1: Nota Pelarasan Suhu bagi Pengendalian Mesin Laminate

4. Pastikan anda mematikan suis selepas menggunakan mesin ini


5. Letakkan semula mesin pada tempat asalanya dan isikan rekod penggunaan mesin
laminate di dalam buku yang disediakan

Rajah 4.51: Mesin Laminate

57
4.16 PENGENDALIAN PERALATAN PEJABAT : PEMOTONG KERTAS

1. Letakkan kertas mengikut kesesuaian berpandukan ukuran yang disediakan pada


pemotong kertas
2. Cara memotong adah dengan menaikkan pemotong di sebelah kanan dan
menurukannya bagi meneruskan prosedur memotong
3. Pastikan tangan tidak berada di bawah pemotong
4. Berhati-hati ketika menggunakan pemotong kertas keranan pemotong tersebut adalah
tajam dan boleh mencederakan

Rajah 4.52: Pemotong Kertas (Paper Cutter)

58
BAB 5

DAPATAN DAN CADANGAN

5.1 PENGENALAN

Setiap tugasan yang diberi sepanjang tempoh pelaksanaan latihan industri dapat dilaksanakan
dengan baik dan setiap tugasan tersebut direkodkan di dalam buku log mingguan pelajar. Oleh
yang demikian, melalui catatan mingguan itu, pelajar dapat menyimpulkan dapatan iaitu seperti
pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi serta isu-isu atau permasalahan yang berlaku
ketika melaksanakan sebarang tugasan.

Oleh yang demikian, bab ini secara ringkasnya membincangkan tentang dapatan yang
diperolehi sepanjang tempoh menjalani latihan industri di Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan Malaysia (CIDB) dan masalah serta cabaran yang timbul kepada pelajar. Justeru
itu, di dalam bab ini juga terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang dikemukakan
kepada pihak organisasi latihan dan kolej yang mampu membina dan memberi kesan positif
serta membantu untuk memperbaiki lagi mutu program latihan industri ini dengan lebih cekap
dan berkesan.

59
5.2 DAPATAN

Latihan industri adalah salah satu platform yang dapat memberi peluang kepada para pelajar
merasai pengalaman pekerjaan serta dapat mempratikkan apa yang dipelajari di kolej sepanjang
berada di organisasi latihan. Berikutan itu, pelbagai kebaikan dapat diperolehi oleh pelajar
ketika menjalani sesi latihan industri yang dijalankan selama 4.5 bulan ini. Segala pengalaman
serta kemahiran juga menjadi batu loncatan kepada para pelajar apabila menghadapi alam
pekerjaan yang sebenar kelak.

Akan tetapi, terdapat juga permasalahan yang harus diharungi oleh pelajar ketika
pelaksanaan latihan industri ini dan antara faktornya ialah tugasan yang diterima mungkin tidak
bersesuaian dengan skop kerja di bawah bidang yang dipelajari. Namun, dengan usaha serta
sikap inovatif dan kreatif yang ditanam di dalam diri pelajar, masalah atau cabaran yang
dihadapi mampu ditangani dengan baik dan berkesan.

Melalui pelaksanaan latihan industri ini, pelajar dapat meningkatkan kemahiran dalam
pengendalian fail yang melibatkan urusan mendaftar atau merekod surat masuk dan beberapa
prosedur-prosedur yang perlu dipatuhi bagi merekod pengurusan surat atau dokumen tersebut.
Di samping itu, pelajar turut dapat meningkatkan kemahiran dalam penulisan meminitkan surat
dan susunan fail di rak penyimpanan yang mudah dicapai dan menjimatkan masa.

Di samping itu, dengan adanya tugasan-tugasan yang melibatkan penggunaan teknologi


yang terdapat di organisasi latihan, pelajar juga dapat meningkatkan lebih kemahiran dalam
penggunaan Microsoft word, Microsoft Excel, Sistem Soyal yang berfungsi untuk mengesan
cap jari sebagai tanda kehadiran staf dan pengurusan sistem bagi stok inventori serta aset-aset
alih di pejabat CIDB Negeri Sembilan.

Pelajar juga menjadi lebih kompeten dalam pengendalian peralatan pejabat seperti
mesin fotostat, mesin cetak, mesin ricih, mesin laminate dan peralatan-peralatan pejabat yang
lain. Peralatan pejabat ini perlulah dikendalikan dengan baik dan mengikut SOP seperti yang
telah ditetapkan. Cara penggunaan juga perlulah difahami oleh pelajar sebelum
menggunakannya bagi mengelakkan sebarang kerosakan pada peralatan tersebut.

60
Pelajar turut berpeluang menghadiri mesyuarat pengurusan dan beberapa mesyuarat
lain yang mampu membuka mata pelajar akan pelaksanaan mesyuarat yang melibatkan
pengurusan sebelum, semasa dan selepas. Sebagai contoh, panggilan mesyuarat yang perlu
dilaksanakan oleh setiausaha melalui edaran memo atau melalui penghantaran email pada
peringkat sebelum mesyuarat dijalankan dan tugasan mencatat perkara-perkara yang
dibincangkan ketika mesyuarat berlangsung serta memastikan mesyuarat berjalan mengikut
agenda yang telah ditetapkan. Selain itu, bagi tindakan selepas mesyuarat, setiausaha
bertanggungjawab menyediakan minit mesyuarat yang lengkap sebagai rujukan pada sesi
mesyuarat yang akan datang.

Seterusnya, pelajar juga dapat mengasah kemahiran komunikasi dengan adanya tugasan
seperti membuat panggilan telefon dan pengendalian majlis iaitu sebagai pengacara. Prosedur
pengendalian telefon yang tepat dipraktikkan dengan baik oleh pelajar dan setiap tutur kata
serta bahasa yang digunakan ketika berkomunikasi jelas dan mudah difahami. Manakala
tugasan yang diberi sebagai pengacara juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dengan
cara penulisan teks yang disediakan oleh pelajar serta raptai yang turut diadakan.

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang diadakan ketika sesi latihan industri ini
dijalankan juga dapat meningkatkan kefahaman pelajar mengenai cara susunan kedudukan
tetamu kehormat mengikut kekananan seperti yang telah dipelajari di dalam modul Protocol &
Etiquette di Kolej. Pelajar turut mengetahui cara susunan tentatif yang sistematik bagi majlis
formal dan cara-cara menyambut tetamu secara profesional.

Akhir sekali, pelajar turut memperoleh pengetahuan bagi penulisan dokumen seperti
laporan-laporan, senarai kerosakan dan kertas cadangan yang juga merupakan salah satu
tugasan di unit pentadbiran sesebuah organisasi. Melalui penulisan ini, secara tidak langsung
dapat meningkatkan kecekapan pelajar dalam menaip dan meningkatkan ketelitian ketika
melaksanakan sesuatu tugasan.

61
5.3 MASALAH DAN CABARAN

Antara masalah dan cabaran yang mampu ditangani dengan baik oleh pelajar adalah dari segi
keyakinan. Isu ini dapat diatasi daripada penglibatan pelajar di dalam Program Pengukuhan
Integriti dan Pencegahan Rasuah iaitu sebagai pengacara program. Pelaksanaan program ini
turut dikendalikan dengan baik hasil daripada tunjuk ajar oleh penyelia organisasi serta raptai
ringkas yang diadakan sebelum program berlangsung.

Selain itu, pelajar juga menghadapi masalah dari segi pengurusan pemfailan iaitu bagi
tugasan meminitkan dokumen-dokumen atau surat pada peringkat awal latihan industri. Hal ini
kerana, terdapat banyak dokumen daripada tahun 2020 yang masih belum diminitkan dan
pelajar perlu menyusun semula dokumen tersebut mengikut tarikh yang sepatutnya untuk
dikandungakan di dalam sesuatu fail. Namun, dengan cara melaksanakan tugasan secara
beperingkat dan masa yang diberikan adalah bersesuaian, pelajar dapat menyelesaikan tugasan
dengan sistematik dan baik. Di samping itu, pelajar juga dapat meningkatkan kecekapan dalam
pengurusan pemfailan kerana tugasan yang diberikan ini adalah salah satu tugasan harian dan
diberi secara berterusan.

Masalah dan cabaran lain yang turut dihadapi oleh pelajar ketika pelaksanaan latihan
industri adalah tugasan yang dilakukan berada di luar skop kerja di bawah bidang yang diceburi.
Tugasan yang diberikan tersebut adalah penyediaan design papan tanda bagi kegunaan pejabat
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Negeri Sembilan. Namun,
tugasan ini mampu diselesaikan dengan baik dengan wujudnya sikap ingin belajar dan
tanggungjawab pelaksanaan ke atas tugasan yang diberikan. Hasilnya, pelajar dapat
meningkatkan tahap kreativiti dan pengetahuan melalui tugasan ini.

62
5.4 CADANGAN

Dapatan daripada pelaksanaan latihan industri di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan


Malaysia (CIDB) Negeri Sembilan, terdapat beberapa cadangan yang berpotensi ingin saya
kemukakan dan ianya terbahagi kepada dua pihak iaitu kepada organisasi latihan serta kepada
pihak intitusi pengajian (Kolej Vokasional Kuala Klawang).

5.4.1 Cadangan terhadap syarikat

5.4.1.1 Pihak organisasi boleh memperkenalkan syarikat dan aktiviti yang dijalankan
kepada pelajar dengan lebih terperinci bagi meningkatkan pengetahuan berkenaan
fungsi pembangunan organisasi dengan lebih jelas. Hal ini kerana, terdapat segelintir
pelajar yang tidak mengetahui atau mengenali aktiviti yang dijalankan oleh organisasi
terutamanya pada pelajar yang bukan di bawah bidang pembangunan mahupun bidang
kejuruteraan awam. Melalui cadangan yang diberikan ini, secara tidak langsung
membantu pelajar dalam menyelesaikan laporan akhir latihan industri mereka dengan
menerangkan latar belakang organisasi latihan secara terperinci dan lengkap.

5.4.1.2 Pihak organisasi juga boleh mempromosikan kekosongan atau pengambilan


pelajar latihan industri secara meluas bagi memberi peluang kepada para pelajar tidak
kira di peringkat diploma mahupun ijazah untuk membuat permohonan bagi
pelaksanaan latihan industri mereka di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan
Malaysia (CIDB). Dengan ini, terdapat lebih ramai pelajar yang berpeluang
melaksanakan salah satu syarat wajib bagi menamatkan pengajian di organisasi tersebut
di samping meningkatkan kebolehpasaran pelajar dalam bidang kerjaya di organisasi.

5.4.1.3 Pihak organisasi boleh menyediakan perancangan tugasan dengan lebih teliti
dan meluaskan skop kerja pelajar mengikut keperluan bidang yang diceburi. Sebagai
contoh, pihak organisasi menyediakan jadual tugasan mingguan berdasarkan skop kerja
bagi memudahkan pelajar melaksanakan tugasan secara sistematik dan sempurna. Di
samping itu, pantauan dan tunjuk ajar daripada penyelia sepanjang tugasan dijalankan
juga perlu dititikberatkan bagi meningkatkan kefahaman kepada pelajar.

63
5.4.1.4 Pihak organisasi juga boleh mendedahkan pengetahuan dan memberi peluang
kepada pelajar latihan industri bagi pengurusan di kaunter hadapan pejabat CIDB (front
desk). Hal ini demikian bagi meningkatkan keyakinan di dalam diri pelajar di samping
mengasah kemahiran dari segi komunikasi bersama pelanggan dan cara pengurusan di
kaunter hadapan.

5.4.2 Cadangan terhadap kolej

5.4.2.1 Pihak kolej boleh memperbanyakkan perjumpaan atau sesi perkongsian di


antara alumni dan para pelajar semester akhir yang akan menjalani latihan industri
samada melalui alam maya iaitu google meet atau secara bersemuka. Melalui
perjumpaan ini, pelajar dapat memperoleh bayangan dan pengetahuan sebelum
bermulanya pelaksanaan latihan industri tersebut. Selain itu, pelajar turut berpeluang
mendapatkan jawapan bagi persoalan yang ditujukan kepada alumni pada sesi soal
jawab. Oleh yang demikian, dengan cara ini secara tidak langsung mampu membuka
mata pelajar akan situasi pekerjaan yang sebenar dan meningkatkan keyakinan pelajar
dengan adanya kata-kata motivasi yang diberikan.

5.4.2.2 Pihak kolej juga boleh menghubungi pihak organisasi latihan secara berkala
untuk mengetahui perkembangan, keadaan serta tingkah laku pelajar sepanjang tempoh
menjalani latihan industri. Oleh yang demikian, tindakan disiplin boleh diambil
sekiranya pelajar didapati melakukan perkara yang melanggari peraturan mahupun
menunjukkan sikap yang kurang baik dan tidak komited dalam melaksanakan tugasan.

5.4.2.3 Pihak kolej juga boleh memberi gambaran atau simulasi awal kepada pelajar
berkaitan pengurusan sesuatu kerja seperti penglibatan dalam mesyuarat. Sebagai
contoh, pihak kolej boleh memperbanyakkan mesyuarat yang dikendalikan oleh para
pelajar supaya mereka memperoleh pengalaman dan pengetahuan awal serta tidak
kekok apabila sudah melangkah ke alam pekerjaan.

64
BAB 6

KESIMPULAN

Bab 6 ini menyimpulkan dapatan keseluruhan saya sepanjang menjalani On-The Job Training
(OJT) di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Negeri Sembilan
selama 4.5 bulan bermula 1 Mei 2023 hingga 1 September 2023. Kesimpulan yang dijelaskan
di dalam bab ini secara langsung dapat dijadikan sebagai maklum balas positif kepada pihak-
pihak yang terlibat dalam meneruskan pelaksanaan latihan industri bagi memberi peluang
kepada lebih ramai pelajar untuk menimba pengalaman baharu di samping memenuhi syarat
penganugerahan Diploma.

Melalui latihan industri ini, pelajar dapat mengetahui keberkesanan pelaksanaan latihan
industri yang dijalani hasil daripada pembelajaran, pengetahuan dan pendedahan yang
diperolehi di organisasi latihan. Di samping itu, menerusi latihan industri ini juga, pelajar
mampu mencapai objektif pembelajaran sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan dalam memartabatkan bidang teknikal dan vokasional supaya bidang ini dapat
menyumbang kepada pembentukan tenaga mahir dalam industri di Malaysia.

Sepanjang tempoh menjalani latihan industri di Lembaga Pembangunan Industri


Pembinaan Malaysia (CIDB), terdapat banyak pengetahuan dan pengalaman baharu yang
diterima ketika menjalankan kerja-kerja di dalam mahupun di luar pejabat. Segala perolehan
pengetahuan dan pengalaman ini adalah amat berguna bagi memajukan diri serta membantu
pelajar dalam menghadapi situasi sebenar pekerjaan terutama sekali dalam bidang pengurusan.

65
Praktikal yang dilaksanakan merupakan pelengkap kepada ilmu atau teori yang
dipelajari. Oleh yang demikian, pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
yang sedia ada dalam melaksanakan segala tugasan yang diberi sepanjang berada di organisasi
latihan. Keberhasilan sesuatu tugasan yang dilaksanakan oleh pelajar menyumbang kepada
prestasi yang membawa maksud keupayaan seseorang individu untuk memajukan kebolehan
dan kecemerlangan hasil pembelajaran yang diikuti termasuklah dari segi kecekapan, sikap,
gaya kepimpinan, komunikasi dan kemahiran dalam membuat keputusan (Norhani et al., 2004).
Justeru itu, prestasi juga membawa maksud kebolehan atau keupayaan pelajar dalam
menunjukkan kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki dan memenuhi kehendak majikan
semasa menjalani latihan industri.

Selain daripada mengaplikasikan pengetahuan yang sedia ada, pelajar turut


memperoleh pelbagai pengetahuan dan ilmu baharu yang boleh dijadikan panduan di masa
hadapan. Pelajar didedahkan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti serta tugas di jabatan yang secara
langsung membantu pelajar mengetahui setiap tanggungjawab dan peranan bagi setiap
kakitangan di dalam sesuatu jabatan. Pelajar turut mampu mengenalpasti dan menangani
masalah-masalah yang timbul dalam situasi pekerjaan yang sebenar. Terbuktilah bahawa,
pendedahan ke alam pekerjaan yang sebenar adalah baik kepada para pelajar terutamanya
untuk membuka minda dan pemikiran agar lebih kreatif dan berpengetahuan tinggi.

Seterusnya, melalui pelaksanaan latihan industri ini, ia mampu membuktikan


kebolehan pelajar untuk bekerja secara dalam kumpulan. Kebolehan ini menunjukkan
personaliti professional yang harus dimiliki oleh setiap individu bagi mewujudkan suasana
pekerjaan yang positif. Personaliti merujuk kepada keseluruhan cara di mana individu
bertindak dan berinteraksi dengan individu lain. Ia paling kerap digambarkan oleh ciri-ciri yang
ditunjukkan oleh seseorang (Robbins, 2000). Ahmad Atory (2001) pula menyatakan bahawa
personaliti sebagai sifat, keperibadian, sahsiah, tingkah laku dan pembawakan diri seseorang
individu yang boleh dibezakan dengan individu yang lain. Ia turut mencirikan kebolehan dan
keupayaan seseorang dalam menyesuaikan diri dalam pelbagai persekitaran.

Berdasarkan personaliti yang dibawa oleh pelajar secara langsung mempengaruhi


kepuasan majikan dalam memberikan markah pencapaian hasil daripada penilaian yang dibuat.
Di dalam konteks ini, pemberian markah pencapaian bagi pelajar latihan industri bergantung
kepada penyelia di organisasi latihan. Oleh itu, kepuasan penyelia merujuk kepada keupayaan

66
pelajar dalam menjalankan atau melaskanakan tugasan yang diberi dengan baik serta
memenuhi kriteria yang ditetapkan. Menurut Michael (2006) kepuasan majikan bermaksud
kepuasan yang dikaitkan dengan prestasi tinggi di mana kepuasan dalam pencapaian dan
hubungan kerja yang berkesan.

Di samping itu, perkara yang perlu dititikberatkan dalam dunia pekerjaan adalah dari
segi perhubungan di antara staf-staf jabatan. Oleh yang demikian, pelajar haruslah
mengamalkan kemahiran komunikasi secara efektif, mempamerkan kemahiran bertutur dan
menunjukkan kemahiran menulis dan komunikasi secara lisan semasa menjalani latihan
industri. Menurut Faddili (2009) menyatakan hubungan pekerja dengan majikan bermaksud
mewujudkan satu budaya kerja yang menguntungkan kedua-dua pihak iaitu dengan
mewujudkan dan mengekalkan satu perhubungan saling faham memahami dan mengelakkan
perbezaan serta mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang dibangkitkan selain
menambah pengetahuan dan latihan kerja. Selain itu, pelajar juga dapat mempamerkan tabiat
mendengar yang baik, kemahiran bekerja secara berkumpulan yang menyumbang kepada
hubungan kerja yang produktif.

Secara keseluruhannya, dari pengalaman dan pemerhatian pelajar sepanjang 4.5 bulan
di organisasi latihan, dapat disimpulkan bahawa latihan industri bukan sahaja tempat melatih
diri ke alam pekerjaan sebenar, bahkan dapat mendidik pelajar agar mematuhi segala peraturan
yang ditetapkan. Selain itu, latihan ini merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang baik
untuk menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada. Dengan adanya latihan industri ini, ia dapat
meningkatkan keyakinan diri bagi menghadapi kehidupan yang kian mencabar pada masa kini
dan menjadi satu landasan bagi para pelajar untuk mengenali bidang kerja yang sebenar dengan
lebih meluas. Justeru itu, latihan ini amat baik dan wajar diteruskan bagi melahirkan graduan
yang lebih berkualiti selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan golongan profesional
yang dinamik.

Melalui latihan industri ini, jelaslah bahawa objektif latihan telah tercapai sepanjang 18
minggu tempoh pelaksanaannya. Tegaslah disini bahawa pendedahan yang telah diberikan
kepada pelajar sepanjang latihan industri ini sangat berguna dan perlu dimanfaatkan dengan
baik pada masa hadapan.

67
RUJUKAN

CIDB Malaysia (2023). Mengenai Kami. Diperolehi pada 27 Mei 2023 daripada
https://www.cidb.gov.my/latar-belakang/
Endok Fathliatunnur Miswan (2012). Keberkesanan Program Latihan Industri bagi Pelajar
Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan Fakulti Pendidikan UTM, Skudai. Projek
Sarjana (Tidak diterbitkan). Johor, Malaysia : Universiti Teknologi Malaysia
Faddili Kasin (2009). Hubungan majikan dan Pekerja. Bahan Kursus Pengurusan Sumber
Manusia. Universiti Malaysia Sabah.
Fnurizdian (2020). Kolej Vokasional Langkawi Laporan Latihan Industri / Praktikal
07Mei2018. Diperolehi pada 23 Julai 2023 daripada
https://www.slideshare.net/fnurizdian/ojt-3-laporan-lengkap-bptv-07-mei2018
Halizawati & Irni Norsuhana. (2017). Latihan Industri : Keberkesanan Terhadap Peningkatan
Kemahiran Pelajar Fesyen dan Pakaian di Politeknik Ibrahim Sultan. In e-Proceeding
National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017, 20–30.
Jaminan Kualiti Perisian Aplikasi Sektor Awam Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan
Pengurusan Malaysia (MAMPU). 3.2.3 Mengenalpasti Objektif dan Skop Projek.
Diperolehi pada 29 Ogos 2023 daripada https://sqa.mampu.gov.my/index.php/ms/3-2-
3-mengenal-pasti-objektif-dan-skop-projek
Kementerian Pendidikan Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (2022). Garis
Panduan Pelaksanaan On-The-Job Training Kolej Vokasional Edisi Kedua. Wilayah
Persekutuan Putrajaya, Malaysia
Michael Leimbach (2006). Redifining Employee Satisfaction: Business Performance,
Employee Fulfillment and Leadership Practices. The Wilson Learning Worldwide.
Muhammad Zul Azri (2016). Keberkesanan Pelaksanaan Sistem Latihan Amali / Industri
Dalam Pengurusan Penempatan Latihan Industri bagi Pelajar Pusat Pengajian Fizik
Gunaan. Jurnal Personalia Pelajar, 19(1), 52–64.
Noor Azalina Khalil (2002). Kesediaan Pelajar Diploma Kejuruteraan Awam di Politeknik
Sebelum Menjalani Latihan Industri. Diperolehi pada 23 Julai 2023 daripada
http://eprints.uthm.edu.my/2974/1/NOOR%20AZALINA%20KHALIL%20-%2024p.
pdf
Norhani Bakri, Noor Zainab Abd Razak, Hamidah Ab. Rahman dan Aminah ahmad Khalid
(2004). Analisis Kerluan Latihan Di kalangan Pelajar Berprestasi Kurang Memuaskan
di Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai.
Nurul Hidayah Salleh (2014). Kepuasan Majikan Terhadap Prestasi Pelajar Ketika
Menjalani Latihan Industri. Universiti Teknologi Malaysia
Ross, L. E., & Elechi, O. O. (2002). Student attitudes towards internship experiences: From
theory to practice. Journal of Criminal Justice Education, 13(2), 297-312.
Shahmi Haziq (2017). Laporan Akhir Latihan Industri (On Job Training). Diperolehi pada 29
Ogos 2023 daripada
https://www.academia.edu/32914530/LAPORAN_AKHIR_LATIHAN_INDUSTRI_
ON_JOB_TRAINING_
Shazaitul Azreen Rodzlan (2011). Latihan Industri : Tahap Aplikasi, Hubungan dengan
Penyelia dan Peningkatan Kemahiran Generik di Kalagan Pelajar FPPSM, UTM.
Projek Sarjana Muda (Tidak diterbitkan). Johor, Malaysia Universiti Teknologi
Malaysia.
Zhao, H & Liden, R. C. (2011). Internship: A recruitment and Selection Perspective. Journal
of Applied Psychology, 96(1), 221-229.

68
LAMPIRAN

69

You might also like