You are on page 1of 45

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

I NET SPATIAL SDN BHD


41-A & 41-B, JALAN FLORA 1/9,
TAMAN PULAI FLORA,
81300 SKUDAI, JOHOR.

MOHAMAD REDZUAN BIN FAIZAL

AP190231

SEMESTER II / 2023

FAKULTI PENGURUSAN TEKNOLOGI DAN PERNIAGAAN


(PEMBINAAN)
UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA
PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa:

1. Saya adalah penulis tunggal laporan ini.

2. Perincian latihan dan pengalaman yang terdapat dalam laporan ini menggambarkan
penglibatan saya sebagai pelatih dalam bidang teknologi pembinaan.

3. Laporan ini hanya disediakan untuk keperluan akademik saya dan bukan untuk
tujuan lain.

4. Semua maklumat yang terdapat dalam laporan ini adalah pasti dan tepat untuk
pengetahuan penulis.

Tandatangan : Redzuan Faizal

Nama : MOHAMAD REDZUAN BIN FAIZAL

No. Matrik : AP190231

Tarikh : 20 JULY 2023


“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang”

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan
kurniaan dan rahmat darinya, akhirnya saya berjaya menamatkan latihan industri ini dengan
jayanya. Dengan rendah hati, saya juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada
syarikat yang memberi peluang dan ruang untuk saya menamatkan latihan industri iaitu I Net
Spatial Sdn. Bhd.

Jutaan terima kasih diucapkan juga kepada penyelia industri saya iaitu Encik Mohd Zuhari bin
Mhd Jonid atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada saya sepanjang
tempoh latihan industri ini. Dengan pengalaman beliau, banyak perkara baharu terutamanya
tentang selok belok industri pembinaan khusus kepada ukur tanah dapat saya pelajari dari
beliau. Terima kasih juga kepada staf- staf syarikat dan pasukan di tapak yang turut membantu
saya dari segi masa, tenaga dan kerja.

Penghargaan juga ditujukan kepada kedua ibu bapa, adik beradik dan sahabat seperjuangan atas
kerjasama serta sokongan padu yang diberikan. Akhir sekali, setinggi penghargaan saya
ucapkan kepada penyelia fakulti saya iaitu Dr. Hamidun bin Mohd Noh kerana sanggup
meluangkan masa dan membantu dan membimbing saya untuk menyiapkan laporan akhir
latihan industri ini.
ISI KANDUNGAN

TAJUK
PENGAKUAN
PENGHARGAAN
ISI KANDUNGAN
BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Pengenalan Terhadap Latihan Industri 1
1.2 Objektif Latihan Industri 2
1.3 Kepentingan Latihan Industri 2
BAB 2 I NET SPATIAL SDN SDN. BHD. 4
2.1 Latar Belakang Syarikat 4
2.2 Visi Dan Misi 5
2.2.1 Visi 5
2.2.2 Misi 5
2.3 Maklumat Syarikat 6
2.4 Carta Organisasi Syarikat 7
2.5 Lesen Dan Pendaftaran Syarikat 8
2.6 Pelan Lokasi Syarikat 9
BAB 3 PENGALAMAN DI JURU WAJAR SDN. BHD. 10
3.1 Pengalaman Latihan Industri Di Juru Wajar 10
Sdn. Bhd.
3.2 Ringkasan Latihan Industri/Aktiviti Yang 12
Dilakukan (Kerja Pembinaan Pusat Data Baharu Di Uthm)
3.2.1 Proses Kerja 12
3.2.2 Koordinator Mekanikal Dan 14
Elektrikal (M&E)
3.2.3 Pelan Mitigasi 15
3.3 Ringkasan Buku Log Sepanjang 16 Minggu 16
Latihan Industri
3.4 Gambar Sepanjang Latihan Industri 22
3.4.1 Penandaan Laluan konduit untuk item elektrikal 22
3.4.2 Membuat Temujanji antara Perunding M&E dan 24
Sub-kontraktor di Bawah skop kerja M&E
3.4.3 “Material on Site” yang telah lulus Borang 27
Penerimaan Bahan.
3.4.4 Menyertai Mesyuarat Tapak, Msyuarat Teknikal 30
Bersama Klien dan Perunding
3.4.5 Pemeriksaan Kerja Yang telah Siap Bersama 32
Konsultan
3.4.6 Pemantauan Kerja di Tapak 34
BAB 4 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 37
4.1 Cadangan Kepada Pihak Industri 37
4.1.1 Aspek Kebajikan Pekerja & Pengurusan 37
4.1.2 Aspek Pengoperasian 38
4.2 Cadangan Kepada Jabatan 39
BAB 5 KESIMPULAN 40
5.1 Faedah Latihan Industri 40
5.2 Kesimpulan Latihan Industri 41
LAMPIRAN 42
BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENGENALAN TERHADAP LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri ini diwajibkan kepada setiap pelajar Sarjana Muda Pengurusan
Teknologi (Pembinaan) Dengan Kepujian sebagai syarat penganugerahan ijazah. Latihan
Industri ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan pengalaman kepada
pelajar tentang keadaan sebenar dalam alam pekerjaan dan sebagai persediaan awal bagi
pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Latihan industri yang telah ditetapkan oleh
pihak Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) untuk pelajar Fakulti Pengurusan Teknologi &
Perniagaan adalah selama 16 minggu iaitu bermula pada 26 Mac 2023 sehingga 16 Julai
2023.

Saya telah diterima untuk menjalani Latihan Industri Bersama syarikat I Net Spatial
Sdn. Bhd Di dalam syarikat ini, saya telah di berikan kepercayaan dalam menjalankan
tugas sebagai Pembantu Sistem Maklumat Geografi (GIS Assistant) iaitu kerja-kerja
yang berkaitan dengan skop pengumpulan data geografi. Sepanjang latihan ini saya telah
didedahkan dengan proses menyediakan dokumentasi untuk kerja yang akan dijalankan,
proses aturan kerja yang dijalankan di tapak, cara untuk memahami dan membaca lukisan
berkaitan pemetaan ultiliti dan sebagainya. Pengalaman yang saya perolehi semasa tempoh
latihan industri ini dapat membantu saya memahami keperluan kerja dan memberikan
gambaran yang lebih jelas berkenaan selok-belok dalam industri terutamanya dalam skop
tinjauan dan pemetaan. Latihan industri ini juga merupakan satu langkah yang bagus untuk
menyediakan para siswazah untuk mengetahui situasi sebenar dan keadaan industri sebelum
melangkah masuk ke alam pekerjaan.

1
1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri ini penting kepada siswazah untuk keyakinan diri, memperluaskan
pergaulan sama ada secara korporat atau tidak, menanam semangat kerja berpasukan dan
perhubungan baik sesama pekerja, menilai kebolehan diri di alam pekerjaan dan menonjolkan
kebolehan para siswazah selain memahami keperluan industri pada masa kini.

Objektif latihan industri ini diadakan antaranya adalah untuk:

i. Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan sebenar.

ii. Menambah dan meluaskan pengetahuan teknikal dan kemahiran pelajar.

iv. Membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori dengan situasi sebenar di alam


pekerjaan

1.3 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

Tujuan latihan industri adalah untuk mendedahkan para pelajar tentang situasi sebenar
yang bakal dihadapi setelah melangkah ke alam pekerjaan. Para pelajar dapat mengaplikasikan
pembelajaran yang dipelajari di universiti dengan situasi alam pekerjaan yang sebenar. Ianya
secara langsung memberi pengalaman dan menambah pengetahuan pelajar serta membuka
minda pelajar tentang peluang pekerjaan yang akan pelajar ceburi.

Selain itu, bimbingan, tunjuk ajar dan kemahiran yang diperolehi daripada pihak yang
profesional dalam jurusan masing-masing di industri dapat dijadikan pegangan bagi pelajar
untuk menghadapi pahit getir alam pekerjaan di masa depan. Hal ini merupakan peluang
keemasan yang diberikan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia kepada pelajarnya. Tambahan
pula kemahiran dan pengetahuan yang tidak diperolehi di universiti mungkin dapat dipelajari
oleh para pelajar semasa proses latihan industry. Ianya sangat penting untuk pelajar lepasan
UTHM bagi menyediakan diri dari segi ilmu, kemahiran, dan sahsiah sebelum mereka
melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.

2
Sememangnya dengan menjalani latihan industri dalam jangka masa yang telah
ditetapkan ini dapat menjadikan seseorang pelajar itu lebih bersedia dan matang dalam
membentuk dan mencapai arah matlamat mereka. Dari sinilah juga pelajar sedikit sebanyak
dapat menilai keupayaan sebenar pelajar dalam bidang yang diceburi. Serta pelajar dapat
membandingkan kelebihan dan kekurangan dan cuba memperbaiki dari semasa ke semasa.

Mereka yang sedang menjalani latihan industri sememangnya menjadi satu titik tolak
bagi seseorang pelajar untuk berfikiran lebih matang dan bersedia untuk menghadapi alam
pekerjaan sebenar kelak. Malahan ia mengajar seseorang pelajar itu untuk berhadapan dengan
tanggungjawab yang perlu dipikul oleh setiap orang pada masa akan datang.

3
BAB 2

I NET SPATIAL SDN. BHD.

2.1 LATAR BELAKANG SYARIKAT

I Net Spatial Sdn. Bhd. (INSSB) telah ditubuhkan dan diperbadankan di bawah SSM
pada tahun Januari 2016 di Johor Bahru. I Net Spatial ialah syarikat multidisiplin yang
memberi tumpuan mengenai perundingan dan pembekalan. Syarikat ini juga 100% dimiliki
oleh Bumiputra.

Fokus syarikat ini adalah kepada ukur tanah di mana syarikat menawarkan
perkhidmatan yang berkaitan dengan Sistem Maklumat Geografi (GIS), Teknologi Internet
(IT), Rangkaian, Kartografi, Penderiaan Jauh, Hartanah, Alam Sekitar dan Hidrologi. Ini
syarikat menyediakan perkhidmatan ukur tanah. Selain itu, ia juga menyediakan Spatial GIS
Koleksi - Perkhidmatan Pembangunan Sistem ia adalah perkhidmatan dalam menyediakan
rangka kerja sistem untuk menangkap, menyimpan, menganalisis dan mengurus data yang
berkaitan. Selain itu, syarikat juga melakukan Perkhidmatan Kartografi dan Pemetaan..

4
2.2 MISI DAN VISI

Seperti syarikat pembinaan yang lain, INSSB juga komited dalam menyempurnakan
kerja-kerja yang diperolehi dalamindustri. Ianya diperjelaskan dalam visi dan misi syarikat
INSSB sendiri.

2.2.1 MISI

Misi syarikat ini adalah menyediakan perkhidmatan perundingan yang berkesan


dalam GIS, IT, Rangkaian, Kartografi, Penderiaan Jauh, Hartanah, Alam Sekitar dan
Bidang hidrologi, mampu menyampaikan teknologi terkini perkakasan, rangkaian,
keselamatan, perisian, peranti, instrumen dan untuk menjalankan trend penyelidikan
yang berkaitan dan keperluan klien sambil memindahkan pengetahuan sebagai salah
satu output daripada perkhidmatan.

“INSSB provide effective consultancy services in GIS, IT,


Networking, Cartographic, Remote Sensing, Real
Estate,mEnvironment and Hydrological fields, able to deliver
up-to-date technologies of hardware, network, security,
software, device, instrument and to conduct related research
trends and needs of the client while transferring the knowledge
as one of the outputs of the services.”

2.2.2 VISI

Visi syarikat adalah untuk menjadi entiti yang terkemuka dan boleh dipercayai dalam
menyampaikan perkhidmatan perundingan berkaitan yang terutamanya mementingkan
keperluan pelanggan dan kepuasan melalui perkongsian profesionalisme kami dengan
teknologi terkini.

“INSSB be the leading and trustworthy entity in delivering


related consultancy services which are mainly concerned on
client needs and satisfaction via sharing our professionalism
with the latest technology.”
5
2.3 MAKLUMAT SYARIKAT

Name of Company : I Net Spatial Sdn Bhd

Company Registration No. : 1216001-v

Date of Incorporation : 17hb Jan 2017

Registered & Business : 41A & 41B Jalan Flora 1/9


Address Taman Pulai Flora,
81300, Skudai, Johor

Telephone No. : 018-2055664


Facsimile No. : -
Email Address : admin@inetspatial.com
Authorised Capital : RM 2,000,000.00
Paid-Up Capital : RM 300,000.00
Directors : Gs Sr dr Mohd Radhie
Sr Dr Mohd Hairi
Yushazwan Yusof

Bankers : CIMB Bank Berhad

Company Secretary : Themis Corporate Secetary PLT

Auditor : L & Co Pit (LLP0012804-LCA)

6
2.4 CARTA ORGANISASI SYARIKAT
2.5 PELAN LOKASI SYARIKAT

41A & 41B, Jalan Flora 1/9, taman Pulai Flora, 81300 Skudai, Johor

8
BAB 3

PENGALAMAN DI I NET SPATIAL SDN. BHD.

3.1 PENGALAMAN LATIHAN INDUSTRI DI I NET SPATIAL SDN. BHD.

Sepanjang tempoh latihan industri di I Net Spatial Sdn Bhd (INSSB), pelbagai
pengalaman dan perkara baru yang saya perolehi. Antaranya ialah membaca lukisan
pemetaan,mennganalisis laluan untuk pengumpulan data, melakukan pengumpulan data di
tapak,memastikan data yang diperolehi dimasukkan ke dalam sistem, malakukan lawatan
tapak dan banyak lagi. Disamping itu, pihak INSSB telah memberi kepercayaan kepada saya
untuk melakukan tugas pengumpulan data secara kendiri. Pihak INSSB memberikan tugas
untuk mengumpul data di kawasan Ipoh secara berseorangan di atas faktor prestasi yang
baik.Segala prosedur permulaan dari pemasangan alatan kamera sehingga memuat naik data
perlu saya lakukan setiap hari. Tugas ini sedikit sukar untuk dilakukan seorang diri namun
saya dapat melakukannya hasil dari tunjuk ajar oleh penyelia di INSSB. Dengan bimbingan
penyelia industri juga, saya diajar cara-cara untuk mengatur kerja yang perlu dijalankan di
tapak. Di samping melakukan kerja kerja pengumpulan data mengunakan kamera Karta , saya
juga tidak melepaskan peluang untuk menimba ilmu untuk skop kerja lain seperti pemetaan
ultiliti bawah tanah.. Ianya juga merupakan satu cabang dalam Sistem Maklumat Geografi
(GIS).

Selain itu, saya juga belajar cara-cara untuk melihat dan membaca peta untuk pemetaan
ultiliti bawah tanah, cara melaksanakan pengumpulan data ultiliti bawah tanah dan cara
melukis peta berkaitan di perisian AutoCad. Pengalaman ini adalah satu pembelajaran yang
amat berguna untuk meningkatkan ilmu pengetahuan saya berkenaan proses dan prosedur
kerja pemetaan ultiliti bawah tanah. Saya juga diminta oleh penyelia industri untuk
menghantar laporan ketika di tapak kepadanya menerusi aplikasi WhatsApp melakukan tugas di
tapak. Semasa latihan industri ini berlangsung saya juga berpeluang untuk mengikut mesyuarat
9
tapak dan mesyuarat teknikal bersama pihak klien, yang diadakan di pejabat termasuk
perbincangan berkenaan isu yang timbul di tapak, status kemajuan kerja dan banyak lagi yang
dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

Segala pengalaman dan pengajaran semasa latihan industri ini sangat membantu saya untuk
menjadi seorang yang lebih bersedia untuk melangkah ke alam perkerjaan di masa akan datang.
Saya berharap dengan pengalaman yang saya perolehi semasa latihan industri ini dapat
membantu saya untuk jadi lebih berjaya. Segala ilmu yang saya dapat pastinya saya akan
manfaatkan semasa saya berada di alam pekerjaan kelak.

10
3.2 RINGKASAN LATIHAN INDUSTRI/AKTIVITI YANG DILAKUKAN
(KERJA PENGUMPULAN DATA GEOMATIK (KARTACAM))

3.2.1 PROSES KERJA

SEBELUM KERJA DIMULAKAN

 Penyediaan kamera dan bateri

 Analisis laluan pemetaan


 Pemasangan pada kenderaan
(kereta)
 Penyambungan kamera pada
aplikasi Karta pada tablet

Sekiranya
terdapat
kekeliruan/
SEMASA KERJA DIJALANKAN permasalan  Rujuk pada
pengurus
 Kerja dimulakan sehingga projek
selesai.

SELEPAS KERJA SIAP

 Nyahpasang kamera
daripada kenderaan (kereta)

 Melakukan proses memuat


naik data ke dalam sistem

Rajah 3.1 Proses sebelum, semasa dan selepas kerja siap

11
Dalam satu-satu kerja yang dijalankan di tapak, ia mempunyai proses yang perlu
dilalui sama ada sebelum, semasa dan selepas kerja disiapkan. Sebelum kerja di tapak
dimulakan, alatan kamera perlu disediakan. Penyediaan alatan adalah penting sebelum
memulakan kerja di tapak. Hal ini kerana ia perlu dipastikan berada dalam kondisi yang baik.
Kamera perlu mengandungi bateri yang mencukupi agar kerja yang dilakukan dapat berjalan
dengan lancar. Selain itu, bateri tambahan juga diperlukan sekiranya bateri sedia ada habis,
pengambilan data dapat diteruskan mengikut pelan yang ditetapkan.

Seterusnya analisis untuk laluan pemetaan dan pengambilan data perlu dilakukan. Hal
ini adalah untuk memastikan waktu kerja siap dan peratusan data yang perlu diambil dapat
diperolehi. Analisis dilakukan dengan merujuk daripada aplikasi Karta. Aplikasi Karta ialah
aplikasi yang digunakan untuk mengumpul data di tapak. Dalam aplikasi ini terdapat grid dan
peta laluan pemetaan. Analisis dilakukan dengan cara mengenalpasti beberapa grid yang akan
dilakukan untuk proses pengambilan data dan keberadaan lokasi tapak juga dikenalpasti.

Proses pemasangan kamera pada kenderaan dilakukan semasa tiba di kawasan tapak.
Pemasangan perlulah dilakukan secara teliti dengan mengambil kira sudut pandang kamera
yang dipasang supaya imej dan video data yang di ambil lebih jelas. Setelah itu,
penyambungan kamera dan aplikasi karta dilakukan dan kerja pengambilan data dimulai.
Semasa kerja dilakukan, beberapa aspek perlu diambil kira dan perlu diteliti.
Penyalaan lampu hazard pada kenderaan dan had kelajuan kenderaan amatlah penting bagi
memastikan keselamatan terjaga serta imej data yang berkualiti dapat diambil. Sekiranya
terdapat kekeliruan dan permasalahan serta isu yang timbul di tapak kerja, ianya perlu
dilaporkan kepada pengurus projek untuk membincangkan solusi dan tindakan yang perlu
diambil. Jika tiada kekeliruan atau isu yang timbul semasa kerja dijalankan, kerja tersebut
boleh dilaksanakan sehingga selesai.

Setelah kerja tersebut selesai, ianya perlu dilaporkan kepada pengurus projek sama
ada perlu menambah grid pengambilan data atau tidak. Jika tidak, proses nyahpasang kamera
akan dilakukan di tapak. Seterusnya, proses memuat naik data yang diambil di tapak
dilakukan di pejabat dengan menggunakan tablet. Jika perlu menambah data yang di ambil,
ianya akan diteruskan seperti prosedur di atas sehingga selesai.

12
Tugasan saya semasa latihan industri di I net Spatial Sdn. Bhd. adalah melakukan
kerja kerja pengambilan data di tapak serta melakukan kerja kerja memuat naik data yang
diperolehi di tapak ke dalam sistem. Selain itu, Proses memuat naik data juga dilakukan
dengan menggunakan tablet dan komputer.

13
3.3 RINGKASAN BUKU LOG SEPANJANG 16 MINGGU LATIHAN INDUSTRI

MINGGU 1
 Minggu pengenalan bersama penyelia industri dan juga pasukan.
 Mendapat taklimat berkenaan maklumat projek seperti dan juga pro sedur dan
kaedah pelaksanaan berkait an pro jek Gr ab Kart aCa m dan pelbagai lagi
berkenaan projek.
 Mempelajari cara pemasangan kamera karta pada kenderaan dan cara-cara
menggunakan aplikasi Karta.
 Mempelajari sistem-sistem yang digunakan untuk menganalisis data dan memuat
naik data.
 Melakukan simulasi dan praktis kerja pengambilan data di tap ak bersama
penyelia industri.
 Melakukan simulasi dan praktis kerja di kawasan Kulai, Gelang Patah dan
Skudai.

MINGGU 2
 Tugasan lebih tertumpu di tapak projek di mana pengambilan data lebih banyak dan
membuat jangkaan hasil yang bakal diperolehi.
 Mempelajari cara menggunakan aplikasi dengan lebih praktikal.
 Menganalisis peta grid yang akan dilalui di tapak kerja.
 Mengisi data di dalam aplikasi sambil merakam data mengunakan kamera.
 Menanda bahagian-bahagian jalan yang mempunyai halangan di dalam aplikasi seperti
tanda halangan di hadapan, laluan pejalan kaki dan jalan ditutup.
 Melakukan kerja di lapangan bersama penyelia industri.
 Dapat mempraktikan kerja yang dibincangkan semasa mesyuarat berlangsung di tapak
kerja.
 Dapat melihat apa yang ada di dalam peta pada aplikasi Karta diterjemahkan di
tapakdengan perincian yang lebih jelas.
 Melakukan kerja pengambilan data di kawasan Kulai dan Pasir Gudang.

14
MINGGU 3

 Melakukan tugasan mengambil data bersama rakan kerja yang baru.


 Mula mempelajari kaedah pemanduan untuk pengambilan data di tapak.
 Memandu kenderaan dengan kelajuan maksimum 30 km/jam.
 Memasang kamera Karta pada kenderaan.
 Menanda bahagian-bahagian jalan yang mempunyai halangan di dalam aplikasi seperti
tanda halangan di hadapan, laluan pejalan kaki dan jalan ditutup.
 Melakukan pengambilan data di kawasan Pasir Gudang dan Ulu Tiram.

MINGGU 4

 Melakukan tugasan mengambil data seorang diri.


 Mempelajari cara untuk mengambil data sambil memandu di tapak kerja.
 Memasang kamera Karta pada kenderaan.
 Menghubungkan camera Karta pada aplikasi karta di dalam tablet.
 Memandu kenderaan dengan kelajuan maksimum 30 km/jam.
 Menanda bahagian-bahagian jalan yang mempunyai halangan di dalam aplikasi seperti
tanda halangan di hadapan, laluan pejalan kaki dan jalan ditutup.
 Melakukan pengambilan data di kawasan Permas Jaya.

MINGGU 5

 Melakukan tugasan mengambil data seorang diri.


 Memasang kamera Karta pada kenderaan.
 Menghubungkan camera Karta pada aplikasi karta di dalam tablet.
 Memandu kenderaan dengan kelajuan maksimum 30 km/jam.
 Menanda bahagian-bahagian jalan yang mempunyai halangan di dalam aplikasi seperti
tanda halangan di hadapan, laluan pejalan kaki dan jalan ditutup.
 Melakukan pengambilan data di kawasan Permas Jaya.

15
MINGGU 6

 Melakukan tugasan mengambil data seorang diri.


 Memasang kamera Karta pada kenderaan.
 Menghubungkan camera Karta pada aplikasi karta di dalam tablet.
 Memandu kenderaan dengan kelajuan maksimum 30 km/jam.
 Menanda bahagian-bahagian jalan yang mempunyai halangan di dalam aplikasi seperti
tanda halangan di hadapan, laluan pejalan kaki dan jalan ditutup.
 Melakukan pengambilan data di kawasan Kulai dan Kangkar Pulai.

MINGGU 7

 Melakukan tugasan mengambil data seorang diri.


 Memasang kamera Karta pada kenderaan.
 Menghubungkan camera Karta pada aplikasi karta di dalam tablet.
 Memandu kenderaan dengan kelajuan maksimum 30 km/jam.
 Menanda bahagian-bahagian jalan yang mempunyai halangan di dalam aplikasi seperti
tanda halangan di hadapan, laluan pejalan kaki dan jalan ditutup.
 Melakukan pengambilan data di kawasan Kulai.
 Mempelajari kaedah pengambilan data Point of Interest (POI) bersama penyelia industri.
 Menulis maklumat data yang diperolehi.
 Mempelajari kaedah memasang dan menggunakan kamera Garmin untuk data POI.
 Melakukan pengambilan data di kawasan felda di Kota Tinggi.
 Memuat naik data pada sistem komputer di pejabat.

MINGGU 8

 Mempelajari tentang cara membaca dan menganalisis peta serta melukis pelan peta
untuk tinjauan ultiliti bawah tanah.
 Bergerak ke tapak kerja untuk POI di Dengkil, Selangor.
 Melakukan pengambilan data Point of Interest (POI) bersama penyelia industri.
 Menulis maklumat data yang diperolehi.
16
 Memasang dan menggunakan kamera Garmin untuk data POI.
 Melakukan pengambilan data di kawasan perumahan di Southville, Dengkil Selangor.
 Memuat naik data pada sistem komputer di pejabat.

MINGGU 9

 Melakukan pengambilan data Point of Interest (POI) bersama penyelia industri.


 Menulis maklumat data yang diperolehi.
 Memasang dan menggunakan kamera Garmin untuk data POI.
 Melakukan pengambilan data di kawasan perumahan di Shah Alam, Sekinchan dan Hulu
Selangor, Selangor.
 Memuat naik data pada sistem komputer di pejabat.

MINGGU 10

 Melakukan pengambilan data Point of Interest (POI) bersama penyelia industri.


 Menulis maklumat data yang diperolehi.
 Memasang dan menggunakan kamera Garmin untuk data POI.
 Melakukan pengambilan data di kawasan perumahan di Hulu Selangor, Selangor.
 Memuat naik data pada sistem komputer di pejabat.
 Bergerak pulang ke Johor Bahru.

MINGGU 11

 Mempelajari tentang cara membaca dan menganalisis peta serta melukis pelan peta
untuk tinjauan ultiliti bawah tanah menggunakan AutoCad.
 Bergerak ke tapak kerja Grab KartaCam di Ipoh, Perak.
 Melakukan tugasan mengambil data seorang diri.
 Memasang kamera Karta pada kenderaan.
 Menghubungkan camera Karta pada aplikasi karta di dalam tablet.
 Memandu kenderaan dengan kelajuan maksimum 30 km/jam.
 Menanda bahagian-bahagian jalan yang mempunyai halangan di dalam aplikasi seperti
17
tanda halangan di hadapan, laluan pejalan kaki dan jalan ditutup.
 Melakukan pengambilan data di kawasan Meru, Ipoh, Perak.

MINGGU 12

 Melakukan tugasan mengambil data seorang diri.


 Memasang kamera Karta pada kenderaan.
 Menghubungkan camera Karta pada aplikasi karta di dalam tablet.
 Memandu kenderaan dengan kelajuan maksimum 30 km/jam.
 Menanda bahagian-bahagian jalan yang mempunyai halangan di dalam aplikasi seperti
tanda halangan di hadapan, laluan pejalan kaki dan jalan ditutup.
 Melakukan pengambilan data di kawasan Seri Iskandar, Perak.
 Bergerak pulang ke Johor Bahru.

MINGGU 13

 Melakukan tugasan mengambil data seorang diri.


 Memasang kamera Karta pada kenderaan.
 Menghubungkan camera Karta pada aplikasi karta di dalam tablet.
 Memandu kenderaan dengan kelajuan maksimum 30 km/jam.
 Menanda bahagian-bahagian jalan yang mempunyai halangan di dalam aplikasi seperti
tanda halangan di hadapan, laluan pejalan kaki dan jalan ditutup.
 Melakukan pengambilan data di kawasan Johor Bahru, Johor.

18
MINGGU 14

 Melakukan tugasan mengambil data seorang diri.


 Memasang kamera Karta pada kenderaan.
 Menghubungkan camera Karta pada aplikasi karta di dalam tablet.
 Memandu kenderaan dengan kelajuan maksimum 30 km/jam.
 Menanda bahagian-bahagian jalan yang mempunyai halangan di dalam aplikasi seperti
tanda halangan di hadapan, laluan pejalan kaki dan jalan ditutup.
 Melakukan pengambilan data di kawasan Johor Bahru, Johor.

MINGGU 15

 Melakukan tugas-tugas di pejabat bersama penyelia industri seperti menganalisis peta


untuk tinjauan ultiliti bawah tanah.
 Melakukan tugasan lain seperti melipat lukisan peta.
 Menghantar lukisan dan laporan klaim pada klien.
 Melakukan lawatan tapak imbasan dan pemetaan kerja-kerja penanaman sesalur dan
tiang kabel optik Maxis Sdn Bhd di kawasan Pasir Gudang, Johor.

MINGGU 16
 Melaksanakan tugasan lawatan tapak untuk pengimbasan dan pemetaan bagi kerja-kerja
penyelenggaraan kabel di Kg Tanjung Langsat, Pasir Gudang.

 Minggu terakhiMelaksanakan tugasan kerja pengimbasan dan pemetaan bagi kerja-kerja


penyelenggaraan kabel di Kg Tanjung Langsat, Pasir Gudang.
 Menghadiri mesyuarat berkaitan bot hidro sonar dan mempelajari cara menggunakannya.
 Pergi ke tapak untuk menguji dan mempraktikkan kaedah menggunakan dan mengumpul
data berkaitan sonar hidroboat
 Pergi ke tapak untuk menguji dan mempraktikkan kaedah menggunakan dan mengumpul
data berkaitan sonar hidroboat dan melakukan ujian manual untuk mengenal pasti
ketepatan data yang diambil.
 Menyiapkan tugasan-tugasan terkahir sebelum menamatkan latihan industri.

19
3.4 GAMBAR SEPANJANG LATIHAN INDUSTRI
3.3.1 Prosedur kerja untuk Grab KartaCam

Rajah 3.3 Pemasangan kaki kamera Karta pada bumbung kenderaan di tapak kerja

Rajah 3.4 Pemasangan kamera Karta pada kaki kamera pada kenderaan di tapak kerja

20
Rajah 3.5 Menghubungkan kamera pada aplikasi Karta di tablet atau telefon bimbit

Rajah 3.6 Pemilihan grid laluan untuk kerja KartaCam sebelum mengambil data di tapak kerja

21
Rajah 3.7 Proses mengambil data imej di tapak kerja

Rajah 3.8 Data yang telah dimuatnaik ke dalam aplikasi Karta di tablet atau telefon bimbit

22
Rajah 3.9 Pengecasan kamera selepas kerja pengambilan data dan kerja memuatnaik data
dilakukan

23
3.3.2 Prosedur kerja untuk Grab POI

Rajah 3.10 Pemasangan kamera Garmin pada sisi dalam kenderaan

Rajah 3.11 Menetapkan mod kamera sebelum pengambilan data


dilakukan

24
Rajah 3.12 Kaedah pengambilan data POI di felda di Kota Tinggi
demnggunakan dua kamera Garmin yang dilekatkan disisi
dalam kenderaan

Rajah 3.13 Pengambilan data video dan data alamat yang di tulis pada “field
sheet”

25
3.3.3 Lawatan tapak untuk kerja tinjauan ultiliti bawah tanah

Rajah 3.14 Lawetan tapak kerja tinjauan ultiliti bawah tanah di


tapak kerja

Rajah 3.15 Perbincangan dan analisis pelan pemetaan di tapak kerja

26
3.3.4 Kerja Tinjauan Ultiliti Bawah Tanah

Rajah 3.16 Membuat pengesanan kabel bawah tanah dengan


menggunakan “Pipe and cable Locator” (PCL)

Rajah 3.17 Data yang diperoleh oleh PCL akan disalurkan kepada “Receiver”
seperti di dalam rajah

27
Rajah 3.17 GPS staff digunakan untuk menentukan koordinat kabel

Rajah 3.18 Penggunaan dron diperlukan bagi mengambil


data “orthophoto” di kawasan tapak kerja

28
Rajah 3.18 Penandaan kedalaman kabel yang telah
dikesan di tapak kerja

Rajah 3.19 Contoh lakaran pelan pemetaan kabel bawah tanah yang diperolehi dan diterjemahkan
pada AutoCad

29
3.3.5 Pembelajaran dan pengenalan kepada USV Aprowae M-Boat (hydroboat)
secara teri dan praktikal

Rajah 3.20 Wakil dari pasukan bot hidro dari Malang, Indonesia sedang mengajar
cara penggunaan dan mendapatkan data dari sonar boat

30
Rajah 3.21 Penerangan berkaitan prosedur penggunaan sonar bot di tapak percubaan

Rajah 3.22 Percubaan mengawal dan mengambil data secara manual yang
ditunjukkan oleh wakil pasukan sonar bot.

31
Rajah 3.23 Penerangan berkaitan cara cara pengendalian sebelum dan
selepas menggunakan sonar bot.

Rajah 3.24 Proses pengambilan data secara “auto pilot”

32
Rajah 3.25 Proses pengambilan data secara manual bagi mengukur tahap
ketepatan data yang di ambil oleh sonar boat.

Rajah 3.26 Proses pengambilan data secara manual bagi mengukur tahap
ketepatan data yang di ambil oleh sonar boat.

33
BAB 4

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

4.1 CADANGAN KEPADA PIHAK INDUSTRI

4.1.1 ASPEK KEBAJIKAN PEKERJA & PENGURUSAN

Saya mencadangkan agar pihak industri serius terhadap aspek kebajikan pekerja di
tapak kerja termasuk staf samada di tapak mahupun pejabat. Pihak syarikat perlu
cakna tentang masalah yang dihadapi oleh pekerja dan staf mereka. Dengan cara ini
pekerja akan merasa dihargai oleh syarikat sekaligus dapat meningkatkan motivasi
pekerja untuk memberikan komitmen yang terbaik. Selain itu, pihak syarikat juga
disarankan untuk memberi insentif atau token kepada pekerja dan staf yang telah
bertungkus lumus untuk menjayakan sesuatu projek sekaligus menjaga nama baik
syarikat. Ianya bukan sahaja dapat membantu meningkatkan prestasi kerja, tetapi
membantu dari segi kualiti kerja yang dipamerkan.

Dalam sektor ini, aspek pengurusan juga perlu dititik beratkan terutamanya
pengurusan masa. Pengurusan masa adalah penting kerana segala aktiviti yang
dirancang di tapak melibatkan tempoh masa yang tertentu. Pihak syarikat perlu tegas
terhadap vendor yang bertanggungjawab terhadap sesebuah kerja. Selain tegas, pihak
syarikat juga perlu bersedia dengan pelan sandaran sekiranya vendor tidak
memberikan kerjasama untuk menambah kemajuan kerja. Pihak syarikat boleh
menyediakan pelan mitigasi untuk mengelakkan kelewatan kerja berlaku akibat dari
pihak yang tidak bekerjasama.

34
4.1.2 ASPEK PENGOPERASIAN

Aspek pengoperasian di tapak kerja adalah sangat penting kerana ianya berkait
rapat dengan kemajuan kerja di tapak kerja. Oleh yang demikian, saya mencadangkan
agar pihak syarikat dapat menempatkan pelajar untuk memantau atau menerajui salah
satu skop kerja yang terlibat dalam sesebuah projek. Selain dapat membina keyakinan
diri pelajar, ianya dapat membantu pelajar mengembangkan pengetahuan terhadap
sesuatu kerja yang dijalankan di tapak. Selain itu, ianya juga dapat membina
kebolehan pelajar untuk berfikir secara lebih luas dan matang bagi menangani sesuatu
isu berbangkit dalam skop kerja yang dijaga. Proses ini membantu pelajar menimba
pengalaman yang tidak dapat dipelajari universiti. Walaubagaimanapun, pelajar
perlulah dibimbing dan sentiasa diselia untuk mengelakkan kesalahan berlaku
sekaligus melambatkan kemjuan kerja.

Penyeliaan dari pihak syarikat terhadap pelajar juga amat penting untuk membantu
pelajar yang baru berjinak di dalam industri pembinaan. Saya mencadangkan pihak
syarikat mengadakan satu inisiatif penyeliaan yang boleh dilaksanakan dengan cara
menjadikan seorang staf di syarikat syarikat mentor kepada pelajar praktikal di tapak.
Staf tersebut bukan sahaja dapat membantu pelajar belajar dengan lebih berkesan, tetapi
ianya juga menjadi sumber rujukan pelajar semasa menjalani latihan industri. Dengan
cara ini, pelajar lebih cepat belajar tentang selok belok dalam duniaindustri ini selain
dapat menyediakan diri untuk menempuhi alam pekerjaan yang sebenar.

35
4.2 CADANGAN KEPADA JABATAN

Saya mencadangkan agar tempoh untuk menjalani latihan industri ini dilanjutkan
kepada satu jangka masa yang lebih panjang. Sebagai contoh selama 6 bulan. Ini kerana
pelajar yang menjalani latihan industri memerlukan pendedahan yang secukupnya di tapak
kerja sebelum melangkah masuk ke alam pekerjaan. Tempoh 16 minggu boleh dianggap
singkat kerana biasanya sesebuah projek memakan masa yang lebih daripada itu. Jika latihan
industri dipanjangkan kepada tempoh 6 bulan, pelajar akan mendapat lebih masa untuk
berada di tapak dan membantu meningkatkan pengalaman pelajar untuk berada di alam
pekerjaan sebenar.

Selain itu juga, pihak universiti juga boleh menetapkan tempat latihan industri bagi
pelajar ataupun menghadkan radius kawasan pemilihan lokasi syarikat yang ingin pelajar
pilih. Sebagai contoh, fakulti boleh menetapkan pelajar untuk memilih tempat latihan industri
di tempat asal pelajar tersebut supaya masalah penginapan tidak akan timbul.Hal ini kerana,
bukan semua syarikat yang mengambil pelajar untuk menjalani latihan industri menyediakan
kemudahan tempat tinggal untuk pelajar. Hal ini merumitkan pelajar untuk menjalani latihan
industri di syarikat tersebut akibat daripada tidak ada tempat tinggal di samping kekangan
kewangan yang dihadapi pelajar untuk menyewa tempat tinggal. Pihak universiti juga boleh
membuat kolaberasi bersama syarikat terpilih dengan menjamin untuk peluang pekerjaan
yang lebih tinggi selepas pelajar menamatkan latihan industri.

Bukan itu sahaja, pihak fakulti juga boleh mengadakan inisiatif untuk menghantar
pelajar menjalani latihan industri di luar negara. Pelajar yang dihantar perlulah ditapis dan
perlu menjalani ujian saringan sebelum layak dihantar ke luar negara untuk menjalani latihan
industri. Pelajar yang terpilih bukan sahaja dapat menimba pengalaman dan ilmu di negara
lain, tetapi pelajar tersebut juga menjadi duta kepada UTHM yang perlu menumjukkan contoh
teladan, kemahiran dan pengetahuan yang tinggi. Hal ini juga akan menjadikan UTHM lebih
dikenali dan sekaligus ianya dapat mempromosikan universiti.

36
BAB 5

KESIMPULAN

5.1 FAEDAH LATIHAN INDUSTRI

Sepanjang 16 minggu menjalani latihan industri di I Net Spatial Sdn Bhd., banyak
pengetahuan dan kemahiran yang dapat saya pelajari. Latihan industri ini membantu saya
menyesuaikan diri dalam sektor GIS ini selain memahami kriteria yang diperlukan bagi
memenuhi keperluan semasa di industri. Selain itu, saya dapat meningkatkan kemahiran
berkomunikasi dengan cara berurusan bersama orang berkepentingan di dalam syarikat.

Selain meningkatkan kemahiran berkomunikasi, saya telah di berikan kepercayaan


dalam menjalankan tugas sebagai Pembantu Sistem Maklumat Geografi (GIS
Assistant) iaitu kerja-kerja yang berkaitan dengan skop pengumpulan data geografi.
Sepanjang latihan ini saya telah didedahkan dengan proses menyediakan dokumentasi untuk
kerja yang akan dijalankan, proses aturan kerja yang dijalankan di tapak, cara untuk
memahami dan membaca lukisan berkaitan pemetaan ultiliti dan sebagainya. Pengalaman
yang saya perolehi semasa tempoh latihan industri ini dapat membantu saya memahami
keperluan kerja dan memberikan gambaran yang lebih jelas berkenaan selok-belok dalam
industri terutamanya dalam skop tinjauan dan pemetaan. Pengalaman ini amat bermakna
untuk diri saya yang akan melangkah masuk ke alam pekerjaan selepas ini.

Dari sudut yang lain, latihan industri ini membantu pelajar untuk melakukan
perancangan karier sekiranya ingin terus terlibat dalam sektor ini. Pelajar juga boleh
mempersiapkan diri dengan kualiti yang diperlukan sesebuah syarikat pembinaan kerana
sesebuah syarikat pastinya inginkan seorang pekerja yang berkemahiran tinggi serta
mempunya daya pemikiran kritis disamping mempunya pengalaman yang dapat membantu
pertumbuhan syarikat.
37
5.2 KESIMPULAN LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri bermanfaat sebagai satu pembelajaran dalam menyesuaikan diri


dengan persekitaran alam pekerjaan sebenar. Saya sangat beruntung kerana dapat menjalani
latihan industri di sebuah syarikat yang mempunyai pengalaman dalam bidang GIS ini iaitu I
Net Spatial Sdn Bhd (INSSB). Saya amat berterima kasih kepada pihak pengurusan syarikat I
Net Spatial Sdn Bhd (INSSB), pihak Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP)
dan pihak Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) kerana telah membantu saya dalam proses
menamatkan latihan industri saya pada semester ini.

Sepanjang proses saya menjalani latihan industri, syarikat INSSB telah mendedahkan
saya kepada banyak perkara dan membantu saya mempertingkatkan dan memperbaiki diri
dari segi pengetahuan, kemahiran, sahsiah dan disiplin. Latihan industri in bukan sahaja
membantu saya meningkatkan modal insan diri saya tetapi membantu saya untuk meningkat
keyakinan diri bagi menghadapi alam pekerjaan yang sebenar kelak. Kerjasama dari semua
pihak yang terlibat dalam projek yang saya sertai mengajar saya pentingnya komunikasi dan
erti kerja secara berpasukan. Saya amat berbesar hati kerana telah berjaya menempatkan diri
untuk menjalani latihan industri bersama syarikat INSSB. Segala ilmu dan pengalaman yang
diperolehi sangatlah bermakna untuk diri saya meneruskan perancangan karier selepas tamat
pengajian di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Akhir kata, saya amat berbangga menjadi
pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

38
LAMPIRAN

Contoh Borang “Field Sheet”

39
Contoh Pelan Pemetaan Tinjauan Ultiliti

40

You might also like