You are on page 1of 46

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA

IT–020–4:2013

PENTADBIRAN SISTEM KOMPUTER

SYARIKAT

MR REZQY TECH

DISEDIAKAN OLEH

NAMA: NURUL SHAQEERAH BINTI MOHD YUSOF

NO. K/P/BATCH: 030810-01-0284/DKM 12

NO. KAD MATRIK: CSA 221202

KOLEJ KEMAHIRAN MENTARI

2023

MAKLUMAT PELATIH

I
KOLEJ KEMAHIRAN MENTARI

NO. 22&24 , GROUND FLOOR, JALAN MERSING, 86000

KLUANG, JOHOR

Tajuk Laporan : Laporan Latihan Industri

Nama Program : Pentadbiran Sistem Komputer

Kod Program : IT – 020 – 4 : 2013

No. Batch : DKM12

Nama Pelatih : Nurul Shaqeerah binti Mohd Yusof

No. Kad Matrik : CSA 221202

No. Kad pengenalan : 030810-01-0284

Nama Penyelia: : Intan Syafeqah binti Sayri

Jawatan : Penyelia

Tempat Latihan Industri : MR REZQY TECH

Alamat : No 188, Jalan Seri Impian 8/10, Bandar Seri Impian 86000
Kluang,

Johor

Tarikh mula dan tamat : 28 Ogos 2023 sehingga 27 November 2023

II
III
IV
ABSTRAK

Saya Nurul Shaqeerah binti Mohd Yusof telah menyempurnakan latihan industri ini
dengan jayanya. Saya berasa amat gembira kerana latihan industri ini bermula dan berakhir
dengan baik dan jayanya. Setiap pelatih perlu berjaya menjalani latihan industri selama 3 bulan
dan perlu mengikut syarat-syarat yang telah diberikan oleh JPK dan juga syarikat industri latihan
tersebut.

Selain itu, setiap pelatih perlu menyiapkan laporan rasmi berkenaan kerja-kerja yang
dilaksanakan sepanjang latihan industri dan akan dihantar kepada pihak kolej untuk membuat
penilaian. Laporan yang dibuat ini adalah untuk memenuhi syarat dalam mendapatkan Sijil
Diploma Kemahiran Malaysia.

Selain laporan rasmi, pelatih juga perlu menyiapkan laporan harian yang diisi di dalam
buku log pelatih untuk merekodkan pekerjaan yang dilakukan sepanjang latihan industri bagi
memudahkan pelatih menyiapkan laporan rasmi. Di samping itu, buku laporan juga penting bagi
pensyarah untuk meneliti dan menilai proses kerja yang dilakukan pelatih sepanjang tempoh
latihan industri serta memudahkan pensyarah membuat penilaian ketika membuat lawatan di
tempat latihan industri tersebut.

V
PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke Hadrat Ilahi kerana dengan segala limpah dan kurnia yang telah
diberikan kepada saya, akhirnya berjaya saya menamatkan sesi Latihan Industri seperti yang
telah ditetapkan oleh pihak Kolej Kemahiran Mentari sepanjang 3 bulan bermula 28 Ogos 2023
sehingga 27 November 2023. Sepanjang saya menjalani Latihan Industri di MR REZQY TECH
telah didedahkan dengan ilmu pengetahuan dan cara kerja di industri ini selama 13 minggu saya
bertugas sebagai pelatih latihan industri di syarikat tersebut.

Setinggi-tinggi penghargaan juga saya ucapkan kepada kerana sudi menerima saya
menjalani Latihan Industri di MR REZQY TECH. Beliau banyak memberi nasihat, tunjuk ajar dan
kata-kata semangat kepada saya. Tidak dilupakan juga kepada staf-staf yang sudi memberi
tunjuk ajar, nasihat dan ilmu tambahan dalam industri ini yang tidak mungkin saya akan saya
lupakan. Ucapan ribuan terima kasih juga saya titipkan kepada para pensyarah dan tidak lupa
juga kepada rakan-rakan di Kolej Kemahiran Mentari di atas tunjuk ajar dan panduan yang
diberikan oleh mereka dalam menyediakan laporan Latihan Industri ini.

Tanpa kerjasama dan sokongan daripada semua pihak, saya tidak mungkin dapat
menyelesaikan buku laporan Latihan Industri ini. Akhir kata dari saya, ribuan terima kasih dan
setinggi-tinggi penghargaan diucapkan sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat sama ada
secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan buku laporan ini. Sekian. Terima kasih.

VI
ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

MAKLUMAT PELATIH

SURAT AKUAN PELATIH

ABSTRAK III

PENGHARGAAN IV-V

ISI KANDUNGAN VI-VII

1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan Latihan Industri 1

1.2 Matlamat Latihan Industri 2

1.3 Skop Kerja Semasa Latihan Industri 3

2 LATAR BELAKANG SYARIKAT

2.1 Pengenalan Syarikat Latihan Industri 4

2.2 Visi & Misi Syarikat Latihan Industri 5

2.3 Huraian WA Yang Dilaksanakan Di Syarikat LI 6-8

2.4 Carta Organisasi Syarikat 9

VII
BAB PERKARA MUKA SURAT

3 PELATIH DAN LI

3.1 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri Pelatih 10-11

3.2 Ringkasan Skop Kerja Pelatih Di Syarikat LI 12

3.3 Cabaran & Penyelesaian 13-14

4 KAJIAN KES

4.1 Pengenalan 15

4.2 Langkah Format Windows 10 Menggunakan Pendrive 16-19

4.3 Langkah-langkah Baiki Laptop Kerosakan Skrin 20-21

4.4 Cara Membuat Bungkusan Set laptop 22-23

4.5 PEMASANGAN CCTV 24-26

5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Kesimpulan 27

5.2 Masalah Yang Ditemui 28

5.3 Cadangan Penyelesaian 29

5.4 Kesan Latihan Industri Terhadap Pelatih 30

LAMPIRAN 31

RUJUKAN 32

BAB 1

VIII
LATIHAN INDUSTRI

1.1 PENGENALAN

Latihan industri merupakan satu komponen utama dalam pembelajaran di


universiti atau kolej di Malaysia. Pelajar disyaratkan agar lulus dalam latihan industri
sebelum diperakukan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma. Pelajar akan
ditempatkan di syarikat atau organisasi tertentu selama satu semester bagi mendedahkan
mereka ke alam pekerjaan yang sebenar. Pelajar juga diberi pilihan untuk memilih mana-
mana syarikat yang berkaitan untuk menjalani latihan industri. Latihan industri ini
dijalankan dalam tempoh yang ditetapkan oleh pihak kolej. Sebarang masalah berkaitan
tempat latihan hendaklah dibincangkan dengan pihak majikan dan sebarang keputusan
muktamad hanya akan dilaksanakan oleh pihak pengurusan pengajian. Sekiranya pelajar
ingin menukar tempat latihan industri, pelajar perlu berbincang dengan pihak pengurusan
pengajian untuk mendapatkan kebenaran untuk menukar tempat latihan industri.

1.2 MATLAMAT LATIHAN INDUSTRI

Objektif utama latihan industri adalah untuk mendedahkan para pelajar kepada alam
pekerjaan yang sebenar yang bakal ditempuhi selepas tamat pengajian. Antara tujuan lain
latihan industri adalah seperti berikut:

IX
MENDEDAHKAN KEPADA PELAJAR TENTANG ALAM PEKERJAAN YANG
SEBENAR

Latihan industri adalah penting kerana dapat mendedahkan kepada para pelajar ke
alam pekerjaan yang sebenar. Ia juga dapat menambah dan meluaskan pengetahuan
tentang skop-skop pekerjaan yang dijalani. Jika sebelum ini para pelajar hanya dapat
memperoleh pengetahuan secara umum, dengan latihan industri ini, para pelajar dapat
menambah pengetahuan secara luas tentang sesuatu pekerjaan tersebut.

MENINGKATKAN KEBOLEHAN PELAJAR

Latihan industri dapat meningkatkan kebolehan pelajar dengan lebih baik dan juga dapat
menonjolkan kebolehan pelajar untuk melakukan pekerjaan dengan sungguh-sungguh dan
bertanggungjawab. Latihan industri ini juga penting kerana dapat menaikkan keyakinan
diri para pelajar dalam melakukan pekerjaan berdasarkan suasana dalam industri tersebut.
Hal ini dapat meyakinkan para pelajar untuk bersemuka dengan pelanggan atau seseorang
yang berjawatan ketika dalam tempoh latihan mahupun di alam pekerjaan yang sebenar.

MENANAMKAN SEMANGAT BEKERJASAMA

Bekerjasama amatlah penting dalam kehidupan kita. Hal ini juga penting dalam
alam pekerjaan kita kerana di dalam sesebuah syarikat, kita akan bercampur dengan
pelbagai jenis orang seperti berbeza umur, agama, jantina dan sebagainya. Hal ini amat
penting bagi para pelajar untuk menanamkan sikap bekerjasama dalam melakukan
sesuatu perkara kerana memungkinkan bagi para pelajar yang akan menempuhi tempoh
latihan industri ini berbeza pendapat dan cara kerja dengan pekerja yang lain. Oleh yang
demikian, sikap bekerjasama ini amat penting dipupuk dan ditanam di dalam diri para
pelajar.

X
MENINGKATKAN DISIPLIN

Disiplin sangat penting dalam hidup kita kini. Setiap syarikat terikat disiplin dan walhal
dapat membantu memajukan sesebuah syarikat kerana ia dapat melahirkan modal insan yang
lebih cemerlang dalam setiap tindakan. Secara tidak langsung, pelajar akan terikat dengan
peraturan-peraturan dan disiplin yang ditetapkan syarikat semasa latihan industri.

1.3 SKOP KERJA SEMASA LI

Skop kerja bermaksud sesuatu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh pekerja
berdasarkan cara dan peraturan yang betul yang telah ditetapkan.

1.3.1 MEMASANG PERISIAN KOMPUTER

Skop kerja yang terlibat dalam kerja ialah CU1 SKM Tahap 3 iaitu Computer system
setup dan melibatkan Work Activities 4 Carry out computer software installation. Antara tugasan
pernah saya jalankan ialah melakukan penginstallan jenis windows 10 dan 11. Seterusnya, ada
melakukan penginstallan software untuk penulisan seperti Microsoft office versi 2019 dan
software pencetakan seperti driver printer. Selain itu, saya juga pernah menginstall software
seperti Winrar , Teamviewer , Ultraview, Adobe serta memasang PCI Network jenama Toto Link
mengikut pemintaan pelanggan.

1.3.2 MENYELENGGARA KOMPUTER

Skop kerja yang terlibat dalam kerja ialah CU2 SKM Tahap 3 iaitu Computer system
maintenance dan melibatkan Work Activities 3 Perform computer corrective maintenance. Antara
tugas yang saya lakukan ialah melakukan proses mengosok pada jalur RAM dengan mengunakan

XI
kertas atau pendam. Hal ini kerana, masalah komputer tidak mengeluarkan paparan pada monitor
semasa komputer dihidupkan . Masalah seterusnya, tarikh pada komputer bertukar tidak
mengikut masa sekarang pada paparan monitor selepas hidupkan komputer. Hal ini disebabkan
oleh pada bateri CMOS dan perlu digantikan dengan bateri cmos yang baru.

Di samping itu, sesetengah komputer pelanggan mengalami lag dan proses pada komputer
menjadi lambat. Hal ini disebabkan oleh ram, banyak file cache , hardisk yang selalu berlaku dan
perlu melakukan proses pada sistem iaitu disk cleanup,defragment and optimize drivers dan error
checking.

Selain itu, Menjalankan penyelenggaraan pembetulan bagi laptop dan pc yang bermasalah
seperti membersihkan dan mengantikan peralatan baru bagi meningkatkan prestasi laptop
sehingga ke tahap yang terbaik dan memuaskan untuk digunakan. Penyelenggaraan pembetulan
haruslah dilakukan sekiranya terdapat maslah yang telah berlaku.

1.3.3 LAKUKAN PEMBAIKAN DI TAPAK

Skop kerja yang terlibat dalam kerja ialah CU3 SKM Tahap 3 iaitu Computer system
repair dan melibatkan Work Activities 3 Perform on-site repair. Antara tugasan yang saya pernah
lakukan ialah menyelesaikan masalah komputer tidak boleh hidup. Hal ini disebabkan oleh
power supply sudah rosak jadinya perlu gantikan power supply yang baru.

Seterusnya, saya melakukan pembaikian pada laptop yang mengalami papan kekunci
yang tidak berfungsi dengan mengantikan papan kekunci yang baru. Sesetengah komputer
pelanggan, ada mengalami masalah tidak boleh membuka windows dan mengeluarkan mesej
error pada paparan komputer. Hal ini kerena, masalah pada hard disk dan perlu digantikan
dengan hard disk baru.

XII
1.3.4 MEMBUAT PEROLEHAN PRODUK

Skop kerja yang terlibat dalam kerja ialah CU 5 DKM Tahap 4 iaitu Computer system and
network procurments dan melibatkan Carry Out Procurements Activities. Antara membuat
pembungkusan barangan set laptop tersebut perlu diperiksa bagi mengelakkan kerosakan semasa
penghantaran kepada pelanggan.

1.3.5 MERANCANG KABEL RANGAKAIAN

Skop kerja yang terlibat dalam kerja ialah CU6 DKM Tahap 4 iaitu computer network
cabling management dan melibatkan Work Activities 2 Plan network cabling. Antara tugasan
pernah saya lakukan ialah membuat kabel rangakaian dengan menggunakan jenis kabel cat6 dan
RJ45. Selain itu juga, saya ditugaskan membuatkan kabel rangkaian sepanjang 2,3 dan 5 meter
mengikut pemintaan pelanggan. Oleh itu, untuk membuat tugasan ini juga memerlukan peralatan
seperti pemotong kabel, crimping tool, dan cable tester. D isamping itu , saya pernah ditugaskan
sepasukan untuk membuat plan kabel rangakaian di Kilang Dinasty Culture Sdn Bhd untuk
melakukan pemasangan cctv ip.

XIII
BAB 2
WA AGENSI / SYARIKAT LI DAN NOSS

2.1 PENGENALAN/ SYARIKAT AGENSI/ SYARIKAT LI

MR REZQY TECH merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan pada 17 Oktober 2021
diTaman Seri Impian, Kluang Johor. Kemudian, kami memperluaskan kedai kedua kami diTaman
Kluang Perdana, Kluang Johor. Seterusnya, kami membina kedai ketiga kami diSimpang
Renggam Johor. Kami mempunyai visi untuk mengembangkan kedai kami di seluruh Malaysia.

Ia dimiliki sepenuhnya bumiputera dan juga berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat


Malaysia (SSM) secara sah. Kami juga menerima tender kerana kami berdaftar dengan E-
Perolehan, mempunyai Lesen Kewangan MOF dan juga mempunyai sijil Taraf Bumiputera.

Matlamat utama penubuhan syarikat ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan


membaiki dan menyelenggara komputer riba dan komputer riba, membekalkan produk
komputer atau komputer riba dan perkhidmatan percetakan kepada semua jabatan agensi
kerajaan dan swasta serta penduduk sekitar. Selain itu, kami juga menyediakan CCTV
pemasangan kamera litar dan Sistem Tempat Jualan (POS) untuk peruncit.

XIV
2.2 VISI & MISI SYARIKAT LATIHAN INDUSTRI

Visi

Syarikat kami berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua


pelanggan. Syarikat kami berusaha menyelesaikan semua masalah teknikal yang berkaitan
dengan komputer agar pelanggan dapat meningkatkan taraf hidup dan bersedia menghadapi
cabaran teknologi yang semakin canggih.

Misi

Misi kami adalah untuk menyediakan kelengkapan komputer yang seiring dengan
teknologi terkini dan perkhidmatan yang professional untuk ahli dan pelanggan kami di
seluruh Malaysia.

XV
2.3 WORK ACTIVITIES (WA) YANG DILAKSANAKAN DI SYARIKAT

Work Activity ialah kitaran lengkap aktiviti kerja untuk menghasilkan permulaan dan
pengakhiran sesuatu kerja. Apabila melaksanakan perkara mengikut Work Activities, ia akan
menghasilkan satu hasil dari segi perkhidmatan, produk atau keputusan. Setiap aktiviti kerja
mestilah bersifat observable dan measurable yang boleh dinilai oleh manusia. Berikut merupakan
Competency Unit (CU) dan Work Activities (WA) yang saya jalankan di syatikat ini.

2.3.1 PENYEDIAAN PERALATAN DAN PERISIAN YANG DIPERLUKAN

WA 2 ini merupakan salah satu WA 2 yang terdapat didalam IT-020-3:2013-CU 1


Computer sytem setup. Work activities (WA) ini dilaksanakan bagi menyediakan alat-alat
pemasangan
komputer bahagian perkakasan dan perisian komputer. Peralatan yang diperlukan seperti
screwdriver, peralatan menyungkil dan sebagainya untuk kegunaan membuat pemulihan
kerosakan komputer atau buka pasang komputer. Selain itu, menyediakan perisian yang
diperlukan di dalam komputer seperti antivirus, Microsoft office dan vlc media player

2.3.2 CARRY OUT COMPUTER SOFTWARE INSTALLATION

WA 4 ini merupakan salah satu WA 4 yang terdapat didalam IT-020-3:2013-CU 1


Computer sytem setup. WA ini dilaksanakan apabila saya membuat kerja-kerja menginstall
perisian dalam komputer. Antaranya kerja-kerja yang dilaksanakan seperti menginstall software
dan windows 10 dan 11 pada komputer. Selalunya, kerja menginstall dilakukan apabila
melakukan format pada komputer ataupun komputer baru dibeli.

XVI
2.3.3 PERFORM COMPUTER CORRECTIVE MAINTENANCE

WA ini merupakan salah satu WA yang terdapat di dalam IT-020-3:2013-CU 2 Computer


system maintenance. WA ini dilaksanakan apabila saya membuat kerja-kerja penyelenggaraan
pembetulan. Antaranya kerja dilaksanakan ialah melakukan disk cleanup, defragment and
optimize drivers dan erro checking bagi maslah komputer yang mengalami lag dan proses
lambat. Selain itu, melakukan proses mengosok pada jalur RAM denganmengunakan kertas atau
pemadam. Hal ini kerana, maslah komputer tidak mengeluarkan paparan pada monitor semasa
komputer dihidupkan.

2.3.4 PERFORM ON-SITE REPAIR

WA ini merupakan salah satu WA yang terdapat di dalam IT-020-3:2013-CU 3 Computer


system repair. WA ini dilaksanakan apabila saya membuat kerja-kerja pembaikian perkakasan
komputer. Berikut kerja-kerja yang say lakukan seperti, mengantikan power supply jika berlaku
masalah komputer tidak boleh dihidupkan. Seterusnya, gantian papan kekunci pada laptop jika
papan kekunci tidak berfungsi dan hard disk jika berlaku masalah erro pada komputer dan tidak
boleh membuat windows.

2.3.5 MEMBUAT PEMBUNGKUSAN BARANGAN LAPTOP

WA ini merupakan salah satu WA yang terdapat di dalam IT-020-3:2013-CU 5 Computer


sytem and network procuments. Work activities (WA) ini dilaksanakan semasa membuat
pembungkusan barangan set laptop yang lengkap untuk tempahan pelanggan. Selain itu, laptop
tersebut perlu dibungkus dengan bubble wrap bagi mengelakkan calar atau rosak.

XVII
2.4 WA Yang Dilaksanakan Di Syarikat Industri Carta Organisasi Syarikat Industri.

PENGARAH SYARIKAT
Muhamad Kamil Bin Harun

JURUTEKNIK SENIOR
Intan Syafiqah Binti Safri

JURUTENIK KOMPUTER JURUTEKNIK KOMPUTER


Muhammad Mirza Bin Muzafar Mohamad Syafiq Danial Bin Saleh

PELATIH PRAKTIKAL PELATIH PRAKTIKAL


( KUMPULAN 1 ) ( KUMPULAN 2 )
- Nurul Shaqeerah Binti Mohd - Nur Shafiqah Binti Jamil
Yusof - Muhammad Aminurasyid Yus
- Aina Nafeesha Binti Rizan Amni

XVIII
BAB 3
PELATIH DAN LI

3.1 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI PELATIH

I. MINGGU PERTAMA ( 28 OGOS 2023 – 4 SEPTEMBER 2023 )

- Pengenalan suasan kedai.


- Belajar membuka semua bahagian laptop.
- Mengantikan skrin yang rosak.
- Mengantikan motheboard laptop Chromebook Dell yang baru.
- Menukarkan touch pad Chromebook Dell yang rosak.
- Menukar keyboard Chromebook Dell yang baru.
- Membersihkan segala bahagian PC.

II. MINGGU KE 2 ( 9 SEPTEMBER 2023 - 17 SEPTEMBER 2023 )

- Menambahkan RAM pada PC.


- Mengantikan external batery.
- Membersihkan segala bahagian PC.
- Mengantikan motheboard laptop Chromebook Dell yang rosak.
- Membuat pembungkusan laptop yang dijual.
- Check kefungsian kesemua stock laptop untuk dijual.
- Membuat proses format dan Install di laptop.

XIX
III. MINGGU KE 3 ( 18 SEPTEMBER 2023 – 26 SEPTEMBER 2023 )

- Membuat pembungkusan laptop yang dijual.


- Mengantikan external batery.
- Membuat pemasangan wifi bagi tarikkan yang kuat.
- Mengantikan speaker laptop Chromebook Dell yang rosak.
- Membersihkan segala bahagia PC.
- Mengantikan motheboard Chromebook Dell yang rosak.

IV. MINGGU KE 4 ( 27 SEPTEMBER 2023 – 4 OKTOBER 2023 )

- Mengantikan RAM PC.


- Membuat proses format dan Install di laptop.
- Check kefungsian kesemua stock laptop untuk dijual.
- Membuang sampah.

V. MINGGU KE 5 ( 5 OKTOBER 2023 – 12 OKTOBER 2023 )

- Membuat clone Lenovo Thinkpad.


- Mengantikan skrin laptop Lenovo Thinkpad.
- Mengantikan SSD laptop yang rosak.
- Upgred RAM PC.
- Check kefungsian kesemua stock laptop untuk dijual.

XX
VI. MINGGU KE 6 ( 14 OKTOBER 2023 – 21 OKTOBER 2023 )

- Mengantikan speaker laptop Chromebook Dell yang rosak.


- Menukar keyboard extanal laptop.
- Membuat proses format dan Install di laptop.
- Membuat clone Lenovo Thinkpad.
- Mengantikan external batery
- Mengantikan motheboard Chromebook Dell yang rosak
- Membuang Sampah.

VII. MINGGU KE 7 ( 22 OKTOBER 2023 – 29 OKTOBER 2023 )

- Mengantikan skrin laptop Chromebook Dell yang rosak.


- Upgred SSD laptop.
- Membersihkan segala bahagia PC.
- Check kefungsian kesemua stock laptop untuk dijual.
- Mengantikan speaker laptop Chromebook Dell yang rosak.
- Membuat proses format dan Install di laptop.

VIII. MINGGU KE 8 ( 30 OKTOBER 2023 – 6 NOVEMBER 2023 )

- Mengupgred hardisk ke SSD.


- Mengupgred RAM ke jumlah yang besar dari asal.
- Membuat format di laptop customer.
- Membuat pemereksaan keroskkan laptop customer.
- Melayan customer yang datang untuk print.

XXI
IX. MINGGU 9 ( 7 NOVEMBER 2023 – 14 NOMVEMBER 2023 )

- Membersihkan segala bahagia PC.


- Membersihkan motherboard PC.
- Membuat clone PC.
- Membuat proses format dan Install di PC.
- Menyiapkan one set PC.

X. MINGGU 10 ( 15 NOVEMBER 2023 – 22 NOMVEMBER 2023 )

- Menyiapkan one set PC.


- Check kefungsian kesemua stock laptop untuk dijual.
- Membuat proses format dan Install di PC.
- Membersihkan kawasan kedai dari pintu masuk sehingga bahagian belakang.

XI. MINGGU 11 ( 23 NOVEMBER 2023 – 27 NOVEMBER 2023 )

- Membersihkan segala bahagia PC.


- 24 hinga 25/ November cuti kebenaran.
- Membuat clone Lenovo Thinkpad.

XXII
3.2 RINGKAS SKOP KERJA PELATIH

3.3.1 PENYELENGGARAAN KOMPUTER

Antara kerja saya laksanakan ialah melakukan penyelenggaraan komputer. Masalah


komputer yang saya pernah selesaikan ialah komputer mengalami masalah tidak boleh hidup.
Saya menyelesaikan masalah ini dengan mengantikan power supply yang baru. Seterusnya,
masalah komputer tidak boleh mengeluarkan paparan pada monitor. Hal ini disebabkan oleh
masalah pada RAM. Cara penyelesaiannya, mengeluar RAM dari komputer dan melakukan
proses mengosokkan
pada jalur RAM dengan menggunakan kertas. Selain itu, melakukan pergantian pada bateri
CMOS jika berlaku berubahan tarikh pada komputer.

3.3.2 MEMASTIKAN KOMPUTER DALAM KEADAAN BAIK

Antara kerja yang tugasan ialah memastikan komputer dalam keadaan baik. Berikutnya
seperti, membuat pemeriksa berulang kali keadaan komputer dibaiki. Hal ini, untuk
mengelakkan komputer menjadi masalah lagi kepada pemiliknya.

3.3.3 KONGFIGURASI PADA RANGKAIAN

Kerja yang saya laksanakan ialah melakukan konfigurasi pada rangkaian. Hal ini
dilakukan kerana komputer tidak boleh mengakses atau mengunkan rangkaian internet. Langkah
ini merupakan cara penyelesaian untuk mengatasi masalah yang berkaitan dengan rangkaian pada
komputer. Cara dilakukan dengan mngubahkn alamat ip pada komputer dan selain itu juga
sesetengah komputer dari pelanggan ada berkaitan dengan sambungan ke server. Di situ perlu
berhati-hati dan perlu dicatatkan segala alamat ip yang terdapat dalam komputer jika ingin
membuat pengubahsuaian alamat ip. Seterusnya, melakukan konfigurasi pada router. Hal ini,

XXIII
ingin mewujudkan satu rangkaian internet untuk penguna. Oleh itu, untuk melakukan tugasan ini
dengan membuat alamat ip, gateway serta id pentadbiran dan nama rangkaian.

3.4 CABARAN DAN PENYELESAIAN

Antara cabaran yang saya hadapi sepanjang saya melakukan latihan industri di MR
REZQY TECH ialah kekurangan pengetahuan tentang nama software serta kegunaan
yang digunakan setiap industri seperti Microsoft Excel dan Outlook, Teamview,
ultraview, dan Aplus. Cabaran yang kedua di MR REZQY TECH ialah saya kurang
kemahiran dalam komunikasi dalam talian atau berhadapan antara pelanggan.

Seterusnya, penyelesaian ialah pihak kolej perlulah mewujudkan pembelajaran


mengajari jenis-jenis software asas serta kegunaan kedalam bab pembelajaran. Antara
software yang disarankan untuk dimasukkan kedalam pembelajaran yang digunakan
setiap industri ialah seperti software Microsoft Excel, Outlook, Team Viewer, Any desk
dan driver pack. Seterusnya, pelajaran perlulah mempelajari skill berkomunikasi dengan
bertanya kepada pensyarah dikolej ataupun dengan rakan sekerja yang berpengalaman
untuk meningkatkan kemahiran komunikasi. Selain itu, pelajar boleh berlatih
berkomonukasi dengan mengunakan aplikasi seperti ome tv. Hal ini juga, aplikasi ini
membantu untuk keyakinan semasa bercakap dengan orang tidak dikenali.

XXIV
BAB 4
KAJIAN KES

4.1 PENGENALAN

Kajian kes adalah satu kaedah penyelidik dengan menggunakan alat penyelidik dan teknik
pembelajaran yang dapat diaplikasikan dalam bidang pengetahuan apa pun. Apabila penyelidik
menumpukan pada satu kes, mereka boleh membuat pemerhatian terperinci dalam tempoh masa
yang sama panjang, sesuatu yang tidak dapat dilakukan dengan sampel besar tanpa menelan
banyak wang. Kajian kes juga berguna pada peringkat awal penyelidikan apabila matlamatnya
adalah untuk meneroka idea-idea ujian dan instrumen pengukur yang sempurna dan untuk
mempersiapkan kajian yang lebih besar.

4.2 PENYELENGGARAAN DAN BAIK PULIH KOMPUTER

Penyelenggaraan komputer adalah satu langkah yang dilakukan ke atas sistem komputer
supaya dapat mengurangkan atau mengelakkan komputer daripada menghadapi masalah teknikal
yang kecik atau serius.

4.2.1 PENERIMAAN ARAHAN KERJA

Berikut adalah tugasan yang di arahkan oleh penyelia saya di MR REZQY TECH adalah
seperti berikut:

i. Penyelenggaraan berkala dan semasa


ii. Penyelenggaraan komputer dan laptop
iii. Mengemaskini windows

XXV
iv. Pembersihan habuk

4.2.2 MENGANALISA MASALAH DAN PUNCA KEROSAKAN

Sebelum juruteknik mengetahui cara-cara untuk mengesan kerosakan seharusnya


diketahui dahulu keperluan sesebuah sistem. Kebanyakkan sistem mempunyai susunan atau
kedudukan tinggi rendah yang tersendiri. Oleh itu, dalam sistem komputer amatlah diperlukan
terutama kepada juruteknik untuk mngesan dan membaikpulih sesebuah sistem komputer. Begitu
juga dengan mengesan kerosakan pada alat-alat elektronik.

XXVI
4.2.3 ANALISIS KEPERLUAN PENYELENGGARAAN

MULA

TERIMA ARAHAN KERJA

ANALISIS MASALAH

SEDIAKAN PERKAKAKSAN

MEMBUAT PENYELENGGARAAN PEMBAIKIAN

TIDAK

MEMBUAT
PENGUJIAN

YA

SELESAI

TAMAT

XXVII
Rajah 4.2.3 Carta Alir

LANGKAH MEMFORMAT WINDOWS 10

Format Windows merupakan servis utama yang sering dilakukan oleh pelanggan
sepanjang saya berada di tempat latihan. Untuk melakukan format,ia terbahagi kepada
beberapa jenis dan kaedah yang sering digunakan adalah format menggunakan bootable
device ataupun pendrive kedai yang telah dilengkapi software Windows.Berikut merupakan
langkah melakukan format Windows 10 menggunakan bootable device.

1. Sediakan bootable windows yang telah dibuat sama ada menggunakan rufus
ataupun Power iso kemudian sambungkan ia ke usb port pada PC ataupun laptop.
2. Power on laptop anda dan spam bios setting "key". Untuk komputer/laptop Dell
tekan F2 sewaktu hidupkan computer dan laptop anda untuk memaparkan boot
option, set kan Boot Priority Order PC dan laptop anda kepada USB Device.

RAJAH 1

3. Set kan USB storage device di bahagian atas sekali dan F10 untuk save dan exit.

4. Komputer akan restart dan akan memaparkan boot windows dari pendrive anda.

XXVIII
RAJAH 2

5. Pilih bahasa , masa, keyboard dan tekan butang Next.


6. Tekan butang Install now untuk format windows 10

RAJAH 3
7. Klik pada kotak "I accept the license terms" dan tekan butang Next.

RAJAH 4

XXIX
8. Windows setup akan memaparkan dua jenis yang anda mahu untuk upgrade
windows atau custom install. Klik pada custom install.

RAJAH 5

*Upgrade : kekalkan data lama dan upgrade windows dari 7-10 tanpa membuang data
*Custom : bagi anda yang mahu delete semua partiton dan data
9. Seterusnya windows setup akan memaparkan partition hard disk anda. Sekiranya
anda untuk format partition C sahaja pilih pada partition C dan klik pada butang
format. Kalau anda mahu buang semua partition klik pada butang delete pada
semua partition. Kemudian klik pada butang next untuk start format.

RAJAH 6

10. Setelah selesai buat partition, anda boleh tekan next dan tunggu sehingga selesai.
Anggaran masa diambil 10 minit – 1 jam ( bergantung pada spesifikasi laptop/Pc
anda ).

XXX
RAJAH 7
11. Selepas selesai install windows komputer akan restart sendiri dan akan memaparkan
logo windows 10.

RAJAH 8
12. Windows 10 akan tanyakan soalan basic seperti masukan nama pc dan password
selepas selesai windows 10 sudah siap untuk digunakan.

XXXI
CARA MEMBUNGKUS SET LAPTOP.

Rajah 1: Memotong bubble wrap

Memotong bubble wrap melebihi setengah inci dari size laptop yang perlu dibungkus.

Rajah 2: Proses membalut laptop

Bungkus laptop dan set adapter menggunakan bubble wrap bagi mengelakkan
Kerosakkan yang tidak diingini.

Rajah 3: keadaan dalam kotak

XXXII
Masukkan laptop dan set adapter yang dah dibalut dengan bubble wrap tadi, ke dalam kotak
dengan keadaan yang kemas. Selain itu, masukan pula tambahan hadiah seperti tetikus .

Rajah 4: Proses pembungkusan

kemudian, balut kotak tersebut dengan menggunakan black wrapping menampakkan lagi kemas.

Rajah 5: Bungkusan yang siap dipack

Seterusnya, masukkan ke dalam plastik bungkusan khas untuk di post.


Akhirnya, tampal maklumat pelanggan dan sticker menandakan barang mudah pecah pada
plastik bungkusan dan siap untuk dihantar.

XXXIII
LANGKAH PROSES MEMBUAT CLONE
Klon (clone) bererti sesuatu yang menyerupai yang asal atau cuba meniru sehingga menjadi
serupa.

Rajah 1

Langkah pertama hidupkan laptop Lenovo Thinkpad 11e sehingga keluar halaman utama.

Raja 2

XXXIV
Selepas itu, tekan aplikasi yang bernama Acronis True Image menunggu die keluar ke halaman
seterusnya.

Rajah 3
Seterusnya, tekan yes

Rajah 4

Langkah seterusnya, kita hendaklah tekan perkataan “tool” dan ia akan keluar halaman yang
tentera ade di rajah 4.

XXXV
Rajah 5

Kita hendaklah memasukan cable USB disk ke port USB laptop menunggu sehingga keluar
menandakan disk telah dibaca.

Rajah 6

Selepas itu, tekan “clone disk” yang telah dibulatkn berwarna kuning.

XXXVI
Rajah 7

Tekan “next”

Rajah 8

Langkah seterusnya, tekan “to use on another machine” dan tekan “yes”

Rajah 9

XXXVII
Mengambil barisan pertama dan tekan “next”

Rajah 10
Selepas itu, mengambil barisan kedua dan tekan “next”

Rajah 11

Selepas itu, tekan “proced”

Rajah 12

XXXVIII
Langkah seterusnya, tekan “ok”

Rajah 13
Akhir sekali, menunggu die loading sehingga habis. Dan siap clone.

XXXIX
BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 KESIMPULAN

Setelah menjalani Latihan Industri selama tempoh 3 bulan ini, banyak yang dapat saya
pelajari dari segala aspek yang berkaitan dengan kerjaya terutama cara berkomunikasi dengan
pihak atasan dan pihak yang berkaitan. Juga banyak pengalaman, pengetahuan dan pendedahan
yang berguna yang dapat saya perolehi. Melalui program latihan industri ini, saya telah
didedahkan kepada bentuk alam pekerjaan yang sebenar. Oleh yang demikian, ia secara tidak
langsung telah mendisplinkan saya sebagai seorang pekerja dan mendedahkan saya kepada
struktur organisasi syarikat.

5.2 MASALAH YANG DITEMUI

Banyak cabaran bagi saya, saya terpaksa tempuhi terutama sekali apabila menguruskan
kaunter khidmat pelangan ketika ketiadaan staf. Hal ini, sukar untuk membuat keputusan
penyelesaian kepada sesetengah pelanggan yang sedang mengalami masalah komputer.
Seterusnya, kurang kemahiran berkomunikasi dalam panggilan telefon. Hal ini, merupakan
kemahiran yang amat sukar bagi saya jika ketiadaan staf dan memerlukan jangka masa lama
untuk biasakan diri melayan pelanggan yang datang ke kedai. Selain itu, semasa pelanggan
datang saya menerima pelbagai kaum seperti india, cina dan nepal mereka mengunakan bahasa
yang kurang untuk saya memahami. Masalah seterusnya, mengambil masa yang lama untuk
mempelajari tentang kegunaan software. Hal ini, memberi cabaran kepada saya untuk pelajari
software yang pertama kali saya lihat semasa dalam industri.

XL
5.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Sepanjang tempoh masa latihan industri, banyak pengalaman saya tempuh ada yang
membawa pengalaman pahit dan manis. Disini saya ingin kemukakan beberapa cadangan dan
berharap cadangan ini dapat dipertimbangkan oleh pihak yang bertanggungjawab. Antara
cadangannya ialah pihak syarikat perlu menambahbaikkan jumlah iklan penjualan di media sosial
sepertinya membuat iklan dengan menggunakan video pendek ataupun penghantaran. Oleh itu,
syarikat perlulah memperbanyakkan pengguna platform media sosial dari facebook seperti
instagram dan tiktok. Seterusnya, syarikat perlu menambahkan bilagan pekerja dalam industri.
Hal ini, kekurangan bilangan pekerja dalan pembantu tugas untuk kerja di luar industri.

XLI
5.4 KESAN LI TERHADAP PELATIH

Latihan industri ini telah dapat menanam rasa tanggungjawab dan berdisiplin
untuk kerja yang telah dibuat. Terdapat beberapa perkara baharu yang telah
dipelajari.

Antaranya :

i. Mempelajari cara-cara untuk melakukan beberapa pekerjaan yang sukar.

ii. Memahami serta dapat menerapkan sistem pengurusan organisasi


dalam membuat tugasan yang diberikan.

iii. Meningkatkan tahap keyakinan yang tinggi.

iv. Dapat merasa sendiri pengalaman sebelum melangkah ke alam


pekerjaan yang sebenar yang lebih mencabar dan menimba ilmu
pengetahuan.

Sejujurnya, latihan industri memberikan manfaat yang banyak kerana ia telah

memberi peluang khususnya kepada pelajar untuk mengalami sendiri,


serta mengetahui bahawa situasi bekerja merupakan situasi yang berbeza
dengan situasi pembelajaran .

XLII
LAMPIRAN

Rajah
1:

membaiki PC

XLIII
Rajah 2 : Repair skrin laptop

Rajah 3 : memasang menarik untuk line laju

XLIV
Rajah 4 : Repair batery laptop

RUJUKAN

SUMBER: BUKU

- BUKU LAPORAN HARIAN INDUSTRI

SUMBER LAMAN WEB

- https://www.tiktok.com/@computerrezqy?_t=8igud2xI2ci&_r=1

SUMBER PENYELIA

- MUHAMMAD MIRZA BIN MUZAFAR


- MOHAMAD SYAFIQ DANIAL BIN SALEH

XLV
XLVI

You might also like