You are on page 1of 23

‫كوليج يايسن إسالم ترغضانو‬

KOLEJ YAYASAN ISLAM TERENGGANU

TAJUK:
Laporan Akhir Latihan Industri

PROGRAM:
Diploma Pengajian Islam
Sesi Nov 2021 – Jan 2022

DISEDIAKAN OLEH:
SITI NOR SYAHIFAAQLIMA BINTI MAD ZIN
0519DPI017
010210-11-0240

NAMA PENYELIA:
USTAZ MUHAMMAD ILYAS BIN ZOLKIPLI

1
ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

Muka Hadapan(Judul) 1

Isi kandung 2

Penghargaan Ringkas 3

Pengenalan 4-5

Latar Belakang Organisasi 6-8

Aktiviti Yang Dijalankan 9-13

Cadangan/Kesimpulan 14-15

Lapiran Gambar/ Kertas Kerja 16-23

Dan Lain-lain Yang Berkaitan

2
PENGHARGAAN RINGKAS

‫الر ِح ْي ِم‬
َّ ‫الر ْح َم ِن‬
َّ ‫هللا‬
ِ ‫ــــــــــــــــــم‬
ِ ‫ِب ْس‬

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, dengan ini
saya Siti Nor Syahifaaqlima Binti Mad Zin (0519DPI017) siswi Kolej Yayasan Islam
Terengganu yang mengikuti kursus Diploma Pengajian Islam tahun akhir yang telah berjaya
menamatkan sesi Latihan Industri di Pertubuhan Peladang Kawasan Jerangau (PPKJ), pada
waktu yang telah ditetapkan iaitu bermula pada 14 November 2021 sehingga 6 Januari
2022 selama (8minggu), sekaligus dapat menyiapkan Laporan Akhir Latihan Industri ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada Pertubuhan Peladang
Kawasan Jerangau (PPKJ) yang berbahagia Hj. Mohamad Bin Jusoh, Pengerusi Ahli
Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan Jerangau, Seterusnya Pengurus Besar
Pertubuhan Peladang Kawasan Jerangau, Encik Aizuddin Bin Muhammad dan Pengurus
Bahagian Pentadbiran, Encik. Fadlie Rizal Bin Ibrahim, Encik Roslan Bin Abdul Kazar selaku
HEK Keusahanan Simpanan/Kredit Pertubuhan Peladang Kawasan Jerangau, jutaan terima
kasih lagi kerana sudi menerima kehadiran saya sebagai pelajar praktikal Di Pejabat
Pertubuhan Peladang Kawasan Jerangau (PPKJ) serta telah memberi banyak tunjuk ajar
dan mencurahkan segala ilmu pengetahuan kepada saya samada dalam bidang
pentadbiran dan Koperat Keahlian dan lain-lain bidang

Dan tidak lupa pula kepada semua kakitangan Pertubuhan Peladang Kawasan
Jerangau iaitu kerani Am dibahagian Hal Ehwal Pertubuhan, Pn Che Wan Maznah Binti Che
Wan Ahmad, seterusnya Kerani Am Bahagian Pentadbiran, Cik Nurul Nadia Shahirah Binti
Mohd Abdul Wahab, Kerani Juruwang, Cik Iria Faziera Binti Abd Ghani dan Pengurus Akaun
(PPKJ) Cik Nurul Nadie Binti Abd Rahim kerana  sudi memberi tunjuk ajar, nasihat,
bekerjasama dalam urusan kerja seharian dan kata-kata peransang yang tidak mungkin
akan saya lupakan. Tidak lupa juga, kepada keluarga tercinta ibu ayah, dan juga adik
beradik tanpa sokongan mereka, saya tidak mungkin berjaya dalam menjalankan Latihan
Industri ini.

Akhir sekali, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pensyarah atau ketua
penyelia Kolej Yayasan Islam Terengganu Ustaz Muhammad Ilyas Bin Zolkipli kerana sudi
korbankan waktu untuk datang bertandang ke tempat saya menjalani Latihan Industri Di
Peladang Jerangau walaupun jarak destinasi juga begitu jauh. Dan tidak lupa kepada Ketua
Program Diploma Pengajian Islam (DPI) Ustazah Ummi Saadah Binti Mohd Zain di atas
tunjuk ajar dan panduan yang diberikan oleh mereka dalam menyediakan Laporan Industri
ini. Tanpa kerjasama dan sokongan daripada semua pihak, saya tidak mungkin dapat
menyiapkan Laporan Industri saya ini. Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada
secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan buku laporan saya ini.

Sekian, terima kasih.

3
PENGENALAN

1.1 Pendahuluan
Latihan industri adalah satu mata pelajaran yang menjadi satu syarat atau kewajipan
bagi setiap pelajar di Kolej Yayasan Islam Terengganu iaitu semasa semester 6 atau
semester akhir bagi pelajar kursus Diploma. Lulus Latihan Industri adalah salah satu
syarat wajib bagi setiap pelajar KYIT sebelum layak dianugerahkan diploma. Para
pelajar akan menjalani Latihan Industri atau lebih dikenali sebagai ‘Praktikal’ selama
satu 8minggu di syarikat yang telah dipilih. Dalam tempoh itu pelajar mesti mengikuti
segala peraturan atau prosedur syarikat tersebut, contohnya disiplin, kedatangan,
pakaian, dan lain-lain.

Latihan Industri merupakan pendedahan awal kepada pelajar sebelum memasuki


alam pekerjaan setelah pelajar menamatkan pengajian di institusi. Pelajar akan
mengambil aliran yang berkaitan dengan kos mereka dan menjalani praktikal untuk
memastikan ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan pada masa hadapan. Sepanjang
tempoh latihan, pelajar dapat mempelajari dan mempraktikkan perkara baru samada
yang berkaitan dengan kursus yang diambil di Kolej ataupun pengalaman baru yang
mereka pelajari semasa latihan industri . Oleh itu, pelajar dapat melihat perbezaan
diantara suasana semasa alam pekerjaan dengan situasi semasa sesi pembelajaran di
bilik kuliah adalah berbeza sama sekali.

Pelajar juga dibimbing oleh pekerja-pekerja di dalam syarikat mahupun industri dipilih
mereka yang berkemahiran dan mempunyai pengalaman yang luas yang mana dapat
membimbing pelajar praktikal untuk menjadi pekerja yang lebih produktif dan cekap. Di
samping itu juga pelajar diterapkan dengan etika kerja yang tinggi dan menjadikan
suasana kerja yang tenteram dan ceria. Pelajar dapat berfikir dan berkongsi pendapat
bersama-sama kakitangan dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi
semasa menjalankan tugasan yang diberikan. Latihan ini dapat dijadikan pengalaman
baru dan pengajaran yang berguna kepada mahasiswa apabila mereka sudah bekerja
kelak.

Pelajar juga dikehendaki untuk membuat Laporan Harian ataupun jurnal berkaitan
dengan aktiviti di tempat kerja. Selain itu, pensyarah daripada KYIT juga melawat ke
tempat dimana pelajar akan membuat latihan industri untuk melihat perkembangan
mereka dan berjumpa dengan pengurus atau pegawai terbabit untuk mengetahui
keadaan atau suasana kerja yang dilalui oleh pelajar terbabit.

Kesimpulanya, Latihan Industri ini amatlah penting kepada pelajar untuk


meningkatkan prestasi diri dan menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan dan
memperoleh keputusan yang cemerlang bagi Latihan Industri.

4
1.2 Objektif Latihan Industri
Tujuan utama Latihan Industri adalah untuk memberi bimbingan dan pengalaman
baru kepada mahasiswa yang akan menempuhi alam pekerjan yang sebenar pada
masa yang akan datang. Mereka juga haruslah mematuhi segala perturan yang telah
ditetapkan oleh pihak KYIT ataupun pihak syarikat dalam mendidik mahasiswa untuk
menjadi manusia yang lebih berdisplin dan berkualiti pada masa akan datang. Pihak
KYIT menghantar pelajar untuk menjalani latihan industri untuk menimba pengalaman
untuk kegunaan masa hadapan.
Objektif Latihan Industri:
1. Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar.
2. Meluaskan serta menambahkan pengetahuan teknikal dan kemahiran pelajar.
3. Mengenali diri sendiri dari segi kebolehan, kesanggupan dan sikap bakal majikan.
4. Mengajar pelajar cara berkomunikasi dengan baik apabila berhadapan dengan orang
luar mahupun komuniti setempat ataupun kakitangan syarikat tersebut.
5. Menilaikan kebolehan dan keupayaan diri pelajar di dalam pekerjaan untuk
persediaan menghadapi alam pekejaan selepas tamat pengajian.
6. Memupuk semangat kerja dan perhubungan baik antara majikan dan pekerja.

1.3 Kepentingan Latihan Industri


Latihan industri adalah satu tempoh pengajian di mana para pelajar diberi peluang
untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang luas. Selain ilmu dan
kemahiran, pelajar juga akan dapat menimba pengalaman baru daripada pelbagai
bentuk kerja yang dilakukan. Latihan Industri ini adalah merupakan salah satu latihan
dalam membentuk jati diri mahasisiwa agar lebih didedahkan dengan sifat-sifat seperti
bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu kerja dan patuh terhadap setiap
arahan yang telah diberikan. Dengan berbekalkan pengalaman-pengalaman tersebut
sebagai salah satu aset yang amat berharga ketika ingin mencari atau mendapatkan
sesuatu pekerjaan pada masa akan datang.
Melalui Latihan Industri ini mahasiswa dapat mengatasi dari perasaan kekok/malu
apabila menjalankan tugasan seharian sewaktu memasuki alam pekerjaan yang
sebenar kerana mereka telah dilatih dan diajar untuk menunaikan tanggungjawab
mereka apabila menjalani Latihan Industri di badan syarikat masing-masing. Dengan
wujudnya Latihan Industri ini, mereka dapat bersikap lebih terbuka serta matang
berhubung dengan persekitaran alam pekerjaan yang sebenar melalui penggunaan
secara maksima ke atas setiap pengalaman dan pengajaran yang pernah dilalui dan
ditimba oleh mahasiswa
Justeru itu, Latihan Industri ini juga secara tidak langsung dapat membina dan
mengubah personaliti serta imej seseorang mahasiswa/mahasiswi tersebut menjadi
seorang yang amat berkaliber, berkeyakinan tinggi serta dapat membantu masyarakat
terutamanya dalam meningkatkan kesedaran, keupayaan dan taraf hidup masyarakat
sekeliling. Justeru itu, Latihan Industri ini bukanlah diwujudkan semata-mata untuk
memanuhi syarat-syarat untuk lulus bagi mendapatkan sekeping diploma, malah ianya
juga dapat digunakan dalam melahirkan seseorang mahsiswa yang amat berkualiti,

5
efisen dan memenuhi keperluan industri serta berguna kepada masyarakat dan negara
kelak

LATAR BELAKANG ORGANISASi

1) Pengenalan Organisasi

- Logo Pertubuhan Peladang Kebangsaan/Kawasan

Rajah 1: Bangunan Pejabat Pertuhan Peladang Kawasan Jerangau

Pertubuhan Peladang Kawasan Jerangau (PPKJ) berada di Lot 564 Jerangau, Jalan
Jerangau – Jabor 23200 Bukit Besi Dungun, Terengganu.

6
Rajah 2: Bangunan Kedai Input Pertanian Pertubuhan Peladang Jerangau

1.1 Latar Belakang Penubuhan Organisasi

Pertubuhan Peladang Kawasan Jerangau adalah sebuah pertubuhan yang


diperbadankan di bawah Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109). Ianya disertai
(dianggotai) oleh ahli-ahli indiividu perseorangan dari kalangan masyarakat tani
setempat dan Koperasi Berasaskan Pertanian (dahulunya dikenali sebagai SKATA).

 Pertubuhan Peladang  Kawasan  Jerangau ditubuhkan pada 27 september 1975


mengikut Akta Pertubuhan Peladang, 1973 (AFP 1973) dengan nombor pendaftaran
bagi PPK Jerangau ialah PPK 051. Ianya terletak di Lot 564 Jerangau, Jalan Jerangau –
Jabor 23200 Bukit Besi Dungun, Terengganu.

PPK merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan tetapi koperasi bersasakan


pertanian yang didaftar oleh Lembaga Pertubuhan Peladang ( LPP ). Oleh itu, setiap
urusan di peladang mestilah dilaporkan kepada LPP.  Pertubuhan Peladang Kawasan
Jerangau mempunyai 19 unit peladang dan terdapat sebanyak 1537 orang keahlian,
antaranya ialah Unit Tanjung, Unit Panchor, Unit Nerang, Unit Rantau Panjang, Unit
Kuala Jengai, Unit Shukor, Unit Minda, Unit Pasir Raja, Unit Dendang, Unit Bukit Besi,
Unit Lentang, Unit Kg Wa, Unit Padang Pulut , Unit Telemboh, Unit Lentang, Unit
Padang Ping, Unit Talong,Unit Jongok Batu, Unit Pinang
Pertubuhan Kawasan Peladang telah menyelaraskan sepuluh perkhidmatan untuk
peladang. Pertama ialah Lembaga Pertubuhan Peladang dan Jabatan Pertanian yang
mana skop pengurusan mereka ialah pengurusan dan pembangunan sumber manusia.
Kedua ialah Lembaga Pertubuhan Peladang, MARDI dan Jabatan Pertanian di mana
mereka menyediakan mekanisasi atau automasi ladang. Ketiga ialah Pertubuhan
Peladang yang membekalkan ladang kepada para petani. Keempat ialah FAMA,

7
Pertubuhan Peladang dan juga swasta menyediakan khidmat pemasaran kepada para
peladang. Kelima ialah Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Jabatan Pengairan & Saliran dan
juga Lembaga Pertubuhan Peladang menyediakan perkidmatan infrastruktur ladang.
Keenam ialah MOA Inc iaitu (Kerjasama Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian
Pertanian) dan swasta menyediakan pengembangan dan khidmat nasihat kepada para
peladang. Ketujuh ialah MARDI, FAMA dan Jabatan Pertanian menyediakan
perkhidmatan lepas tuai kepada peladang. 

2.3 Aktiviti Organisasi


a) Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Jerangau beroperasi daripada pukul :
 08:00 a.m sehingga 05:00 p.m. = Ahad – Rabu
 08.00 a,m sehingga 03:30 p.m. = Khamis

b) Kedai Pertubuhan Peladang Kawasan Jerangau (PPKJ) beroperasi :


 08.00 a.m. sehingga 05:00 p.m. = Ahad – Rabu
 08.00 a.m. sehingga 03:30 p.m. = Khamis
 08:00 a.m. sehingga 01:00 p.m. = Sabtu

2.4 Halatuju Organisasi


Di antara peranan Pertubuhan Jerangau adalah untuk meningkatkan daya pengeluaran
peladang menerusi penyediaan perkhidmatan, meningkatkan pertumbuhan sektor
pertanian yang pesat menerusi usaha penyusunan semula pertanian. Di samping itu, PP
berperanan untuk meningkatkan bidang perniagaan dan pertumbuhan pelaburan dalam
bidang pertanian,meningkatkan taraf sosioekonomi dan kualiti penghidupan peladang
dan mengimbangi pembangunan perusahaan asas tani di kawasan luar bandar.

2.4.1 Objektif Pertubuhan Peladang Kawasan Jerangau (PPKJ)


Di antara peranan Pertubuhan Peladang adalah untuk meninggikan taraf ekonomi dan
sosial, menambah pengetahuan dan kemahiran, meninggikan hasil dan pendapatan
serta membaiki cara hidup ahli- ahli serta mewujudkan satu masyarakat tani yang
progesif, berdikari, makmur dan bersatupadu.
2.4.2 Visi Pertubuhan Peladang Kawasan Jerangau (PPKJ)
Pertubuhan Peladang Kawasan Jerangau menjadi peneraju pembangunan Unit
Peladang dan Ahli Peladang yang unggul dan cemerlang
2.4.3 Misi Pertubuhan Peladang Kawasan Jerangau (PPKJ)
Menjadikan Pertubuhan Peladang Kawasan Jerangau sebagai agen perkhidmatan yang
berkesan kea rah Ahli Peladang Komersial.

2.4.4 Dasar Kualiti Pertubuhan Peladang Kawasan Jerangau (PPKJ)


Kami beriltizam memberikan perkhidmatan yang professional untuk menguruskan unit
peladang berkualiti dan membangunkan ahli peladang komersial yang menjadi
pengeluar utama makanan Negara.

AKTIVITI / PROGRAM YANG DIJALANKAN

8
1) Minggu 1 (14November2021-18November2021)

Pada 14/11/2021 iaitu hari Ahad hari dimana bermulanya saya menghadirkan diri
atau melaporkan diri ke tempat saya menjalani Latihan Industri di Pejabat Pertubuhan
Peladang Kawasan Jerangau. Tibanya saya disana, saya disambut dengan penuh
mesra oleh kakitangan pejabat sekaligus dijemput untuk masuk ke ruang pejabat di
bahagian pentadbiran. Setelah itu, saya dipanggil pula ke ruang Punch Card bagi sesi
penerangan cara atau kaedah penggunaan punch card dengan betul supaya tidak
berlaku kesilapan sewaktu hendak menggunakan di hari berikutnya, dan apabila sudah
selesai sesi penerangan punch card itu, saya dibawa oleh staff Kerani untuk
menunjukkan kepada saya meja persendirian saya di pejabat tersebut.

Di samping itu, pada waktu rehat pula kira-kira dalam pukul 10 pagi, saya diminta
oleh staff kakitangan di sana untuk membuat sesi taaruf dan memperkenalkan diri
diantara soalan yang ditanya sewaktu sesi perkenalan adalah Nama,Umur,Tempat
tinggal,Harapan yang ingin dicampai sewaktu menjalani Praktikal di PPK Jerangau,
Saya juga dapat berkenalan dengan lebih rapat dengan semua kakitangan di PPK
Jerangau dan tahu mereka bekerja dalam bidang apa. Contohnya disini terdapat Kerani
Juruwang,Kerani Pentadbiran, dan kerani Am, Selain itu di PPK Jerangau juga
mempunyai 4orang pegawai dari Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Iaitu Pengurus
Besar,Timbalan Pengurus Besar dan Pentadbiran, Pegawai HEK Simpanan/Kredit dan
Pegawai pengurus akaun. Seterusnya, disebelah petang pula, saya ditugaskan untuk
menyiapkan 120beg yang didalamnya berisi tuala,air,coklat dan pen. Beg ini akan
diagihkan kepada semua tetamu ahli-ahli peladang dari semua unit yang akan datang ke
Mesyuarat Agung Tahunan 2021 pada 17/11/2021 nanti.

Selain daripada itu, saya juga ditugaskan oleh kerani Am Cik Nurul Nadia Sahirah
untuk saya membuat beberapa panggilan telefon kepada 9orang yang berkenaan untuk
memaklumkan kepada mereka berkenaan borang kerja kepada mereka yang berminat.
Kedai Input PPK Jerangau telah membuat pengiklanan di semua media sosial PPK
Jerangau antaranya di Media Facebook,Twitter dan orang kampung dimana pihak Kedai
Input telah membuka peluang pekerjaan bagi sesiapa yang berminat untuk bekerja dan
bagi mengisi jawatankosong iaitu Kerani kiraan Stok, dan pengiklanan itu mendapat
sambutan oleh beberapa orang dan mereka perlu datang ke Pejabat bagi pengambilan
borang dan dipanggil untuk temuduga.

Memandangkan hari Mesyuarat Agung Tahunan hampir tiba,kami perlu membuat


persediaan dengan lebih rapi sebelum mesyuarat diadakan esok. Jadi, saya ditugaskan
oleh Pn Maznah iaitu kerani pentadbiran untuk membaiki muka surat yang bercetak
kerana di halaman tersebut terdapat beberapa perubahan jumlah kiraan di dalam buku
Mesyuarat Agung Tahunan PPK Jerangau tersebut, saya perlu siapkan dengan kadar
segera kerana buku tersebut akan diagihkan kepada tetami yang hadir esok. Selepas
saya selesaikan tugaskan tadi, disebelah tengah hari pula, saya perlu ke tapak kanopi
iaitu penepatan semua tetamu yang hadir ke Mesyuarat esok, saya ditugaskan untuk

9
mengemas dan membersihkan 120buah kerusi bagi memastikan kerusi tersebut dalam
keadaan yang bersih, selain itu, saya juga Menyusun atur kerusi agar kelihatan dengan
lebih teratur dan kemas. Saya juga telah Menyusun beberapa kotak besar yang berisi
cenderahati untuk para tetamu yang hadir ke dalam bilik supaya ianya berada dalam di
satu tempat agar senang untuk diagihkan.

Selanjutnya, pada hari Mesyuarat Agung Tahunan iaitu pada 17/11/2021 Semua
kakitangan PPK Jerangau termasuk juga saya telah diarahkan oleh Pengurus Besar
iaitu En.Aizuddin Bin Muhammad untuk datang awal iaitu 7.30 pagi agar dapat membuat
persiapan dengan lebih rapi sebelum Majlis bermula. Setelah itu, tetamu mula datang
memenuhi di dataran PPK Jerangau pada pukul 9.10pagi, saya ditugaskan untuk
menjaga dibahagian kaunter saringan suhu dan pengimbas QR Code dan saya perlu
menanda kehadiran sebagaimana di dalam senrai, Hal ini adalah untuk memastikan
agar SOP kekal terjaga dan dapat membendung penularan covid-19 kerana melibatkan
ratusan tetamu yang hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan ini. Dalam pada itu, setelah
semuanya berakhir pada pukul 2.00 petang, saya juga ditugaskan untuk menagihkan
cenderahati dan juga beberapa pokok sawi yang telah dibungkus kepada semua tetamu
yang hadir sebgai tanda terima kasih, dan sawi yang diagihkan itu adalah hasil tanaman
dan jagaan sendiri oleh PPK Jerangau. Keesokan harinya pula, saya dan juga semua
kakitangan PPK Jerangau sama-sama mengadakan gotong-royong membersihkan
disemua Kawasan di Ppk Jerangau samada diluar bangunan atau di dalam bangunan
pejabat PPK Jerangau, memandangkan para tatamu yang hadir yang begitu ramai ianya
juga menyebabkan berlakunya banyak sampah sarap seperti kulit roti, botol air dan
sebgainya. Kami kakitangan selesai gotong-royong membersihkan Kawasan PPK
Jerangau pada tengah hari, Kami bersyukur kerana program yang diadakan berjalan
dengan lancer dari mula sampai akhir.

2) Minggu 2(21/11/2021-25/11/2021)

Seterusnya, pada minggu kedua selepas selesai Mesyuarat Agung Tahunan, saya
menyambung Kembali untuk menyiap tugasan yang diberikan oleh Kerani Am Cik Nurul
Nadia Shahirah untuk menyalin dan memindahkan maklumat dari sebuah fail Minit
Mesyuarat Pengurusan Pertubuhan Peladang Jerangau Bagi tahun 2020-2021 ke dalam
sebuah buku log yang dikhaskan dan setiap tahun itu terdapat 7 atau 9 dimana
beberapa kali mesyuarat itu diadakankan dan setiapnya mempunyai Buku minit.yang
dicatatkan sebagai rekod.
Selain itu, saya juga ditugaskan untuk fotostat Salinan borang sebanyak 50 helaian
dan selapas itu saya perlu Menyusun mengikut tajuk, muka surat dan nombor lampiran
supaya dan borang yang telah selesai disusun mengikut keteria perlu di stapler agar
ianya tidak terbuka atau hilang, Setelah borang disiapkan saya perlu meletakkan di
dalam fail mengikut tajuk dan nombor code agar ianya mudah dicari.

3) Minggu 3 dan 4 (28/11/2021-9/12/22021)

10
Lain daripada itu, selepas saya selesai membuat tugasan minggu kedua iaitu menyalin
atau memindahkan minit mesyuarat pengurusan PPK Jerangau ke buku log yang dikhaskan,
saya segera menyerahkan fail atau kerja berkenaan kepada Kerani Am Cik Nurul Nadia
sebagai tanda laporan selesai dan fail berikut saya telah Menyusun dibahagian cabinet
mengikut nombor lampiran dan abjad yang betul kerana semua minit di dalam fail itu adalah
sulit. Selepas itu, saya pula diarahkan untuk membuat catatan minit mesyuarat yang lain
iaitu Minit Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah bagi tahun 2020 dan mempunyai bilangan 7
kali mesyuarat diadakan, tugaskan yang diberi adalah sama iaitu menyalin dan
memindahkan maklumat dari fail ke dalam buku log yang dikhaskan, hal ini kerana adalah
arahan daripada pihak atasan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bagi memudahkan
untuk mereka menyemak semua buku minit mesyuarat yang telah dijalankan di PPK
Jerangau.

Di samping itu , pada hari yang berikutnya, saya dijemput oleh Pegawai HEK iaitu
En.Roslan Bin Abd Kazar untuk turun ke padang bagi memperkenalkan kepada saya iaitu
hasil tanaman dan jagaan oleh pekerja yang dilantik Khas oleh PPK Jerangau iaitu saya
diberi peluang untuk melawat tapak tanaman sawi di belakang Kawasan Pejabat PPK
Jerangau. Tanaman sawi ini adalah salah satu cadangan dan idea Ahli Jemaah Pengarah
dan ahli-ahli peladang, terdapat sebanyak 30 meja tanaman yang Berjaya disemai dan
tumbuh dengan subur dan segar. Selain itu, saya juga diberi peluang untuk memotong dan
memetik sawi yang telah matang dan dikumpulkan di dalam sebuah bakal, sawi di tanaman
dengan begitu subur dan segar kerana penjagaan yang begitu rapi seperti sentiasa
meletakkan baja mengikut kadar dan sukatan yang betul, menyembur racun jenis air kepada
serangga dan membuang daun atau batang yang rosak. Setelah sawi mula matang dan
boleh dipetik, sawi tersebut akan dibungkus dan dibawa kepada pembekal seperti kedai
runcit, pasar raya sebagainya. Selain daripada sawi PPK Jerangau ada mengusahakan
tanaman timun batang, kalian, halia, pokok pisang, terung dan sebagainya.

Selain itu, aktivit yang diberikan kepada saya sewaktu menjalani Latihan Industri di PPK
Jerangau ialah, saya ditugaskan untuk menyemak senarai nama ahli-ahli peladang dan
laporan maklumat saham sehingga bulan berakhir iaitu November 2021 yang terdiri
daripada 19 unit Kawasan dan seramai 1889 orang ahli kesuluruhannya, penyemakkan ini
perlu disemak setiap bulan kerana terdapat pendaftaran kemasukkan ahli baru dan senarai
ahli baru perlu dimasukkan ke dalam Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah bagi menilai status
sama ada diluluskan atau gagal untuk memasuki saham di PPK Jerangau.

4) Minggu 5 dan 6 (12.12.2021-23/12/2021)

11
Kemudian daripada itu, saya mendapat tugasan daripada Cik Nurul Nadia Shahirah
untuk menyemak dan mengemaskini semua surat-surat yang dikirim melalui mesin fax
ataupun yang telah diposkan samada surat itu dikiram oleh Lembaga Pertubuhan
Peladang (LPP),PPK Kawasan Lain, Jabatan Pertanian atau sebagainya, saya perlu
mencatat tajuk surat yang dikirim, Tarikh surat dikirim dan diterima serta nombor rujukan
surat yang dikirim contohnya PPKJ.TR(C)1/6 JLD3. Fail dan surat yang perlu
dikemaskini adalah sebanyak 11fail dan tugasan ini perlu disiapkan dengan kadar
segera.

Seterusnya, saya juga diberi tugasan oleh Pegawai HEK En.Roslan untuk fotostit
catatan minit mesyuarat dengan kuantiti yang agak banyak, selepas selesai saya perlu
menstapler semua helaian fotostit itu agar ianya tidak tercabut dan supaya kelihatan
kemas kerana ianya akan ditape dan dijadikan sebuah buku Mesyuarat Ahli Jemaah
Pengarah Kali Ke-6 Tahun 2021. Buku ini akan diguna pakai dan diedarkan kepada
tetamu jeputan yang akan datang pada hari mesyuarat yang berkenaan. Selepas saya
selesaikan tugas iaitu menyemak dan mengemaskini surat yang memakan masa tiga
hari untuk disiapkan, saya diminta pula oleh Kerani Cik Nadia untuk Menyusun semua
fail yang sudah disiapkan dan digunakan itu ke bilik pengumpulan fail dan data, serta
semua fail dan surat itu perlu dimasukkan ke dalam kabinet laci mengikut abjad dan
nombor rujukan agarnya tidak berada dalam kabinet yang salah.

Tiba hari mesyuarat ahli jemahh pengarah PPK Jerangau, disebelah pagi, saya
menolong menyiapkan empat jug besar air kopi dan teh untuk dihidangkan dan saya
juga menyajikan beberapa jenis aneka kuih di dalam bilik mesyuarat kepada tetamu
yang hadir ke Mesyuarat pagi itu. Selepas itu, saya juga ditugaskan untuk menyemak
senarai nama ahli-ahli peladang dan perlu mencatat unit Kawasan yang betul pada
setiap nama ahli yang terlibat seramai 348 orang ahli. Seterusnya, saya Menyusun atur
nama-nama pada Borang Pendaftaran Pesawah Skim Baja Padi Kerajaan
Persekutuan(SBPKP) supaya ianya mengikut turutan nombor dan dimasukkan ke dalam
satu fail.

Di antara aktiviti pada minggu ini juga adalah, saya perlu menulis notis surat
berkaitan Peringatan Hutang Bagi Tahun 2021: Tututan Baki Hutang Ahli Dengan
Peladang Kawasan Jerangau yang berakhir 31 Disember 2021 mengikut jumlah baki
hutang yang tinggal,Ianya perlu disemak dengan teliti supaya pengiraan baki tidak
berlaku sebarang kesalahan sebelum surat diedarkan kepada nama-nama yang
berkenaan.

12
5) Minggu 7 dan 8 (27/12/2021-6/1/2022)

Seterusnya, memandangkan minggu ini terdapat dua orang pegawai dari Lembaga
Pertubuhan Peladang(LPP) yang akan melaporkan diri pada 27/12/2021, saya
diarahkan untuk mengemaskan meja,membuang fail-fail yang sudah tidak dipakai dan
apa-apa yang tidak berkaitan di bahagian meja itu supaya ianya kelihatan kemas dan
semuanya dalam keadaan baik sebelum digunakan oleh Pegawai tersebut.
Memandangkan telah masuk fasa tahun baharu, maka saya ditugaskan untuk membuka
fail-fail baharu bagi tahun 2022, antaranya saya perlu membuat nama bagi fail, dan juga
nombor rujukan,dan antara fail yang dibuka adalah fail untuk Pegawai kakitangan
LPP,PPK Pelagat,Motorsikal TCK 356,Kakitangan PPK Jerangau,Jabatan Kerja
Raya,Pekeliling Arahan Pentadbiran. Setelah selesai, semua fail berikut perlu disimpan
di bilik fail dan dimasukkan ke dalam kabinet mengikut nombor rujukan yang betul.

Di samping itu, saya juga telah diberikan kerja baru oleh kerani Am Cik Nurul Nadia
iaitu menyalin dan memindahkan maklumat dari sebuah fail Minit Mesyuarat Ahli
Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Jerangau Bagi tahun 2021 ke dalam sebuah
buku log yang dikhaskan dan setiap tahun itu terdapat 7 atau 9 dimana beberapa kali
mesyuarat itu diadakankan dan setiapnya mempunyai Buku minit.yang dicatatkan
sebagai rekod. Selain daripada itu, saya diminta untuk menyemak setiap helaian pada
Borang Pendaftaran Sawah Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan supaya borang
tersebut telah ditanda tangani ataupun telah disahkan oleh Mohd Zulkiflee Bin Yusop
sebagai Penolong Pegawai Pertanian G29(Kawasan Perkhidmatan Jerangai 1 Pusat
Pembangunan Pertanian Jerangau Dungun) ianya sebagai persiapan dan semakkan
terakhir sebelum dimasukukkan ke dalam mesyuarat baja dan padi yang akan diadakan
tidak lama lagi.

Seminggu sebelum Mesyuarat Jawatankuasa Penapis Skim subsidi Baja Padi


Kerajaan Persekutuan(SBPKP) diadakan, saya ditugaskan untuk membuat surat untuk
diedarkan mengikut tetamu jeputan yang ditetapkan antaranya ialah Pengarah Lembaga
Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu(PPNT), Ketua unit Industri Padi dan Beras
LPP Terengganu, Pegawai Daerah Tanah Dungun, Pegawai Pertanian Daerah Dungun,
Ketua Pusat Pembangunan Pertanian Jerangau, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah dan
sebagainya. Justeru itu, juga telah fotostit 15 helaian surat Jeputan Perhimpunan dan
diedarkan kepada Pegawai dan semua kakitangan PPK Jerangau, Dan saya juga telah
membuat surat dan mengedarkan Notis Pengosongan Rumah Kuarters PPK Jerangau
kepada yang menyewa.

13
KESIMPULAN/CADANGAN

Setelah menjalani latihan industri selama 8 minggu, terdapat banyak perkara yang telah
saya pelajari sepanjang ditempatkan di PPK Jerangau. Seperti biasa setiap perkara
yang berlaku ada buruk dan ada baiknya, begitu juga dengan latihan industri ini.

Latihan industri ini amat baik untuk para pelajar kerana ianya lebih banyak memberi
manfaat berbanding keburukkannya.  Dengan adanya latihan ini, saya telah didedahkan
kepada alam pekerjaan yang sebenar.  Selain itu saya dapat belajar cara bercampur
dengan golongan yang berbeza dan ini meningkatkan keyakinan saya dalam
berkomunikasi serta menjadikan saya lebih matang apabila dapat berkongsi pendapat,
nasihat dan sebagainya semasa bergaul.

Saya juga dapat mengaplikasikan apa yang telah saya pelajari secara teori semasa
KYIT kepada amali di sini.  Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu pemahaman saya
dalam teori yang tidak dapat difahami sepenuhnya yang berkaitan dengan
berkomunikasi dengan masyarakat yang ramai sepertimana yang saya pelajari dalam
subjek MPU dan Pembangunan Diri

Latihan industri ini juga membuka peluang kepada saya untuk berhubung terus dengan
pihak pengurusan syarikat dan seterusnya dapat membuka jalan kepada saya untuk
menjadi salah seorang daripada kakitangan syarikat ini apabila tamat pengajian
walaupun berlainan bidang.  Hal ini memudahkan saya untuk mencari pekerjaan apabila
tamat pengajian nanti.  InsyaALLAH.

Oleh yang demikian, saya mencadangkan pihak pengurusan KYIT menambah lebih
banyak lagi jam kredit untuk menjalankan amali di dalam modul bagi setiap semester. 
Ini adalah kerana saya dapati bahawa apa yang dipelajari secara amali lebih mudah
berbanding teori.  Hal ini secara tidak langsung juga dapat membantu pemahaman teori
pelajar.  Ini kerana saya menjalani latihan industri barulah saya dapat rasa betapa
kerdilnya dan sikitnya pengetahuan saya selama ini.

Selain itu juga, jika dilihatkan masa sekarang sesebuah syarikat lebih memandang tinggi
seseorang yang mempunyai pengalaman jika dibandingkan dengan seseorang yang
mempunyai pelajaran tanpa pengalaman ataupun seseorang yang mempunyai mata
gred peperiksaan yang tinggi.  Dengan ini kita dapat membuat kesimpulan bahawa
pendidikan secara amali adalah merupakan sesuatu yang sama penting dengan
pendidikan secara teori dan ianya boleh menjadi batu loncatan untuk para pelajar pergi

14
jauh lagi kerana latihan industri adalah satu lonjakan paradigma kepada perkembangan
minda.

- CADANGAN UNTUK ORGANISASI

1. Pihak PPK Jerangau perlulah menambahkan lagi bilangan pekerja yang ramai untuk
setiap kumpulan kerja walaupun secara kontrak.

2. Pekerja-pekerja seharusnya memberikan tunjuk ajar dan kerjasama yang baik ketika


bekerja bersama-sama dengan pelatih.

3. Membuat kajian terhadap kemampuan suasana tempat kerja samada ia


mampu memberi kesinambungan pelatih

4. Pihak PPK Jerngau perlu bertanggungjawab terhadap pelatih sekiranya pelatih


dalam keadaan pekerjaan yang rumit perlu di bantu.

5. Setiap syarikat sepatutnya memberikan penerangan tentang tugas yang perlu


dilakukan oleh pelajar .

15
LAMPIRAN : GAMBAR/ KERTAS KERJA DAN LAIN-LAIN YANG BERKAITAN

a) Persiapan Mesyuarat Agung Tahunan PPK Jerangau Tahun 2021

16
b) Menstapler dan Menyusun ke dalam fail mengikut tajuk

c) Salinan Minit Mesyuarat Pengurusan PPK Jerangau Tahun 2020-2021

17
d) Melawat Kebun sawi, timun, terung dan sebagainya

18
e) Menyemak dan mengemaskini nama dalam borang

f) Membuat surat dan edaran kepada yang berkenaan

19
g) Fotostit dan jadikan buku

20
h) Menyusun surat dan datarkan mengikut nombor rujukan

21
i. Menyusun dan mengemas fail mengikut nombor rujukan

22
23

You might also like