You are on page 1of 40

IJAZAH SARJANA MUDA PERAKAUNAN

UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH


FAKULTI PENGURUSAN DAN TEKNOLOGI
MAKLUMAT

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

KOPERASI WARISAN PEGAWAI HUTAN MELAYU NEGERI


PERAK BERHAD
SESI 2021/2022

MOHAMMAD HILMI BIN AZMIN


I16301748
IJAZAH SARJANA MUDA PERAKAUNAN
LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

DISEDIAKAN OLEH

MOHAMMAD HILMI BIN AZMIN


I16301748

IJAZAH SARJANA MUDA PERAKAUNAN

Laporan ini dimajukan kepada


Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat
Universiti Sultan Azlan Shah
sebagai memenuhi syarat pengurniaan
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan.

Semester 8 Sesi 2021/2022


DEKLARASI

Laporan ini telah saya sediakan kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya
jelaskan sumbernya demi memenuhi keperluan latihan industri. Laporan ini dimajukan
sebagai memenuhi syarat keprluan pengurniaan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Universiti
Sultan Azlan Shah (USAS).

Saya bersetuju untuk membenarkan pihak Perpustakaan Universiti Sultan Azlan Shah
mempamerkan buku laporan ini sebagai bahan rujukan umum. Sebarang bentuk salinan dan
cetakan untuk tujuan komersial tanpa kebenaran bertulis daripada penulis adalah dilarang
sama sekali. Saya juga bersetuju bahawa sebarang bentuk salinan yang bertujuan akademik
sama ada secara keseluruhan atau secara sebahagian daripada buku laporan ini, mestilah
mendapat kebenaran daripada Dekan Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat dan
Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Berhad (PEHUMA).
PENGESAHAN

Laporan latihan industri ini telah diterima sebagai memenuhi syarat pengurniaan Ijazah
Sarjana Muda Perakaunan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

……………………………………….
NOOR HILYATI BINTI
Penyelia Akademik
Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat
Universiti Sultan Azlan Shah.

……………………………….…….
MOHD AIDIL BIN ABDUL AZIZ
Dekan
Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat
Universiti Sultan Azlan Shah.

Tarikh :……………………………
PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Pentadbir Koperasi Warisan
Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak, Tuan Meor Mohammad Shariffudin Bin Meor Yahya
yang sudi menerima saya untuk menjalani latihan industri. Terima kasih juga kepada
kakitangan Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Berhad (PEHUMA) dan
pensyarah Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang memberi tunjuk ajar dan maklumat
serta nasihat berguna yang dapat saya aplikasikan dalam pelajaran dan hidup saya sepanjang
saya menjalani latihan industri.

Begitu juga, perkongsian idea bersama-sama rakan pelatih USAS yang banyak
membantu untuk menjayakan latihan industri saya. Akhir sekali, ucapan penghargaan kepada
kedua-dua ibu bapa saya kerana telah banyak memberi sokongan dan semangat sepanjang
saya menjalani latihan industri di Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak
(PEHUMA).
ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT


DEKLARASI
PENGESAHAN
PENGHARGAAN
KANDUNGAN LAPORAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKATAN
BAB 1: PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN
1.2 OBJEKTIF
1.3 HASIL PEMBELAJARAN
BAB 2: LATAR BELAKANG ORGANISASI
2.1 PENGENALAN ORGANISASI
2.2 LATAR BELAKANG PENUBUHAN ORGANISASI
2.3 AKTIVITI ORGANISASI
2.4 CARTA ORGANISASI
BAB 3: TUGASAN LATIHAN INDUSTRI
3.1 TUGASAN DAN OBJEKTIF
3.2 PROSEDUR TUGASAN
3.3 APLIKASI BIDANG ILMU
3.4 SUMBANGAN KEPADA INDUSTRI
BAB 4: PENUTUP
4.1 KEKUATAN DAN KELEMAHAN INDUSTRI
4.2 CADANGAN KEPADA INDUSTRI
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
SENARAI RAJAH

Rajah Tajuk Muka surat


2.1 Kedudukan Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak
2.2 Bangunan Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak
2.3 Logo Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak
2.4 Pelan Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak
2.5 Carta Organisasi Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak
3.1 Merangka setiap perbelanjaan dalam sistem SQL
3.2 Mengemaskini Butiran tuntutan jarak daripada maklumat pegawai
3.3 Mengendalikan akaun ABM2021 PPD Kuala Kangsar
3.4 Menglapor Diri pada Ketua pegawai PPD Kuala Kangsar dan sesi Kenal diri
3.5 Bacaan yasin dan minit mesyuarat laporan mingguan
3.6 Mengemaskini Baucer tahunan 2019 PPD Kuala Kangsar
3.7 Memastikan Baucer Tahunan 2019 ada didalam sistem
3.8 Mencetak Baucer tahunan 2018 - 2019
3.9 Mengemaskini fail-fail laporan kewangan lama
3.10 Membuat semakan tuntutan lebihan masa pegawai
3.11 Mengemaskini dan Memasukan data baru penyata gaji dan elaun pegawai untuk bulan
febuari ke ABM 2021 PPD Kuala Kangsar
3.12 Mempelajari untuk mengurus di kaunter perhidmatan oleh pegawai
3.13 Mengurus di bahagian kaunter perhidmatan dan bertugas Bersama pergawai yang
bertugas
3.14 Menerima data dari sekolah tentang penyata gaji dan elaun bagi setiap pegawai di
sekolah melalui akaun ABM2021
3.15 Memasukan data bagi setiap pegawai sekolah di Kawasan Kuala Kangsar ke ABM
2021
3.16 Melawati tempat sekolah untuk mengira kos peruntukan yang diperlukan Bersama
pegawai
3.17 Membantu menghasilkan notis Covic 19 untuk pegawai bagi mencegah dari pada
jangkitan
SENARAI SINGKATAN

FPTM Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat


ICT Information and Communication Technology
LALI Laporan Akhir Latihan Industri
USAS Universiti Sultan Azlan Shah
VIP Very Important Person
PEHUMA Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak
SQL
KOOP Koperasi
BAB 1 PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN

Dalam dunia hari ini, para graduan perlu mempunyai kompetensi dan kemahiran
pekerjaan untuk mereka bersaing di pasaran pekerjaan. Memiliki Ijazah sahaja tidak
menjamin pekerjaan seseorang. Sebaliknya, para graduan harus mempunyai pengetahuan
yang relevan dan terkini, pengalaman praktikal, kemahiran insaniah serta sikap yang positif
untuk melengkapkan para graduan sebelum berdepan dengan cabaran dunia kerjaya yang
sebenar. Untuk meningkatkan tahap mampu kerja para graduan, program latihan industri
diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang diperlukan. Latihan industri memberi
pelajar peluang pembelajaran di dunia pekerjaan untuk menerima pengalaman praktikal
supaya dapat mempertingkatkan kebolehpasarannya.

Latihan industri adalah satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran di


semua peringkat pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Latihan industri adalah
penempatan pelajar pada tempoh tertentu di industri atau organisasi luar di dalam negara agar
dapat mempraktikkan ilmu pengetahuan yang dipelajari mengikut undang-undang. Semua
pelajar peringkat diploma dan sarjana muda di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)
disyaratkan lulus latihan industri sebelum diperakui untuk penganugerahan diploma atau
ijazah sarjana muda di USAS. Pelajar Akan ditempatkan di industri tertentu pada tempoh
tertentu untuk mendedahkan mereka suasana pekerjaan sebenar. Ini bagi memberi
pengalaman kepada pelajar sebelum memulakan pekerjaan sebenar. Tempoh latihan industri
bagi pelajar diploma adalah selama 14 minggu dan bagi pelajar sarjana muda ialah selama 16
minggu.
1.2 OBJEKTIF

Objektif latihan industri adalah seperti berikut:

i. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang ilmu pengetahuan, pengalaman dan


persekitaran pekerjaan yang tidak diperoleh semasa belajar.

ii. Membolehkan pelajar menggunakan ilmu yang dipelajari di dalam kelas untuk
digunakan semasa latihan industri.

iii. Membuka peluang kepada pelajar untuk memilih dan memperoleh pekerjaan.

iv. Mengeratkan hubungan antara universiti dengan industri dalam bidang penyelidikan,
pengajaran, latihan dan khidmat rundingan.

v. Mampu berkomunikasi dan berinteraksi dengan berkesan semasa menjalani latihan


industri bukan sahaja antara pelajar dengan pekerja organisasi bahkan juga dengan
pelbagai pihak.

vi. Melahirkan graduan yang mempunyai kompetensi yang diperlukan oleh majikan.

vii. Memberi pendedahan kepada pelajar kepada amalan spesifik dalam bidang
pengkhususan pelajar
1.3 HASIL PEMBELAJARAN

Setelah menjalani latihan industri, pelajar mampu untuk:

i. Mempraktiskan teori dan ilmu pengetahuan yang dipelajari di tempat latihan industri.

ii. Menggunakan pelbagai kemudahan dan teknologi untuk melicinkan pelaksanaan


tugas di organisasi.

iii. Memberi pandangan secara kritis, kreatif, berkeyakinan dan mampu menyelesaikan
masalah secara profesional.

iv. Bekerja secara berkumpulan dengan berkesan dan cekap.

v. Berkomunikasi dengan berkesan, Sama ada secara lisan atau bertulis, dengan pelbagai
pihak.

vi. Menunjukkan sikap yang konsisten dengan etika profesional dan tanggungjawab
sosial.

vii. Menunjukkan komitmen dalam pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan


profesional.
BAB 2

LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 PENGENALAN ORGANISASI

Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Berhad merupakan sebuah Koperasi
dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang fungsi utamanya ialah berkaitan dengan
pengurusan pentadbiran koperasi di seluruh Negara. Perkhidmatan-perkhidmatan yang
diberikan ialah berkaitan dengan Pentadbiran dan Pengurusan Koperasi, Pengeluaran
Bantuan, Memberi Peruntukan, Kewangan dan Pengurusan Operasi.

Koperasi fungsi perkhidmatan merupakan koperasi-koperasi yang di dalam aktiviti dan


kegiatan selain daripada yang berkaitan dengan fungsi kewangan, pengguna, perladangan,
pengangkutan, perindustrian, penternakan dan perumahan. Di antara perkhidmatan yang
dijalankan oleh koperasi-koperasi ini ialah pengurusan Dana, penyelenggaraan bangunan dan
kawasan perumahan, sewaan bangunan/lot-lot gerai, dapur arang, perladangan dan
seumpamanya. Selain itu, objektif Koperasi ini adalah sesuatu pertubuhan yang matlamatnya
ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-
prinsip koperasi.

Rajah 2.1 Kedudukan Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak
Gambar rajah ini menceritakan terletaknya lokasi PEHUMA di Google Maps

Rajah 2.2 Bangunan Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak

Gambar rajah ini menceritakan banggunan di bahagian hadapan di PEHUMA

2.1.1 VISI DAN MISI

VISI

Menjadi sebuah koperasi yang berjaya dan unggul di dalam sektor perladangan dan lain-lain
aktiviti hiliran yang berkaitan dengan sektor perladangan.

MISI

Menjadi sebuah koperasi yang efisien dan profesional di dalam melaksanakan perniagaannya
bagi memastikan ianya dapat memberikan pulangan ke atas pelaburan yang maksimum
kepada anggota.
2.1.2 LOGO PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR

Rajah 2.3 Logo Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Berhad

2.1.3 BILANGAN STAF DI KOPERASI WARISAN PEGAWAI HUTAN MELAYU


NEGERI PERAK BERHAD

Jadual 2.1: Bilangan Staf di Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Berhad

Jantina Jumlah

Lelaki 12
Perempuan 5
17

Jadual 2.2: Waktu Operasi di PEHUMA

Hari Waktu Operasi Waktu Rehat


Isnin - Khamis 8.00 pagi - 5.00 petang 1.00 petang - 2.00 petang
Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang 12.30 petang - 2.45 petang
Sabtu - Ahad Cuti Cuti
2.2 LATAR BELAKANG KOPERASI WARISAN PEGAWAI HUTAN MELAYU
NEGERI PERAK BERHAD

SEJARAH

Tahun 1961

Koperasi ini ditubuhkan pada tahun 1961 dengan keahlian seramai 200 orang pada masa itu
harga saham RM 1.00 dan setiap ahli baru dikehendaki memiliki sekurang-kurangnya 100
saham (RM 100.00). Deposit itu dijadikan modal permulaan sehingga 1978 telah terkumpul
wang saham tersebut sebanyak RM 150,000.00.

Tahun 1973

Koperasi ini telah memohon tanah seluas 3,000 ekar di kawasan beruas berhampiran dengan
simpang tiga, buluh akar. Permohonan disusuli dengan beberapa perjumpaan dengan Menteri
Besar Perak dan beberapa orang Exco Kerajaan Negeri Perak.

Tahun 1974

Pada bulan April, Tanah telah diluluskan seluas 2650 ekar untuk tanaman kelapa sawit.
Tanah tersebut menjadi milik secara pajakan negeri untuk tempoh 99 tahun dengan bayaran
premium RM 50.00 seekar. Koperasi membuat pinjam daripada Bank Pertanian RM 3.7 Juta.

Tahun 1978

Pihak Bank Pertanian telah meluluskan pinjaman sebanyak RM 3,575,200.00 iaitu 80%
daripada kos pembangunan ladang dan geran tanah koperasi 2,650 ekar dijadikan jaminan
secara gadaian. Pinjaman ini telah mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah Jabatan
Pembangunan Kop. Malaysia.

Tahun 1983

Koperasi telah melantik Tuan Haji. Abd. Talib b. Kidam sebagai Pengurus Ladang pertama
hasil daripada temuduga yang telah dilaksanakan. Setiap 3 bulan ditugaskan 3 orang anggota
Lembaga Pengarah membuat lawatan pemantaunan ke kawasan ladang dan menyediakan
laporan kepada mesyuarat lembaga pengarah.
2.3 AKTIVITI ORGANISASI

A. Perladangan Kelapa Sawit dan Ternakan Lembu

a) Disekitar kawasan ini masih terdapat kawasan tanah yang terbiar milik perseorangan
dimana usaha sedang dilakukan dengan menghubungi pemilik tanah untuk
membelinya. Dengan adanya tanah ini ianya telah meningkatkan lagi keluasan ladang
KOOP PEHUMA bagi tujuan perladangan dan penternakan lembu dikawasan
tersebut.
b) Ladang KOOP PEHUMA (INDUK) juga mempunyai projek ternakan lembu yang
dimulakan secara sekecil-kecilan pada tahun 1996 dimana lembu tersebut dibeli
daripada anggota koperasi ini dan didapati dari tahun ke tahun pembiakannya adalah
mengalakkan.
c) Ladang KOOP PEHUMA (KP 1) merupakan ladang kedua milik koperasi dengan
tanaman pokok kelapa sawit seluas 198.506 hektar dan pokok getah 52.554 hektar.
Ladang ini luasnya 261.095 hektar dibeli dengan harga RM3.9 juta pada tahun 1993
daripada pengusaha ladang berbangsa cina.

B. Arang Kayu Bakau

a) Koperasi ini juga mengusahakan arang kayu bakau dengan kelulusan daripada
Jabatan Perhutanan Negeri Perak pada tahun 1980 sebanyak 4 buah dapur arang dan
berikutnya permohonan menambah dapur arang telah diajukan kepada pihak yang
berkenaan pada tahun 1990 dan telah mendapat kelulusan menambah sebanyak 2
buah dapur arang bagi menjadikan jumlah keseluruhan 6 buah dapur arang.
b) Bekalan kayu bakau untuk dijadikan arang bagi 6 buah dapur arang setahun
disediakan di kawasan hutan paya laut seluas 13.8 hektar.

2.3.1 Objektif PEHUMA

a) Memberikan perkhidmatan yang sempurna dan bermutu kepada semua anggota


PEHUMA.
b) Mempertingkatkan kepentingan sosio-ekonomi anggota-anggota mengikut prinsip-
prinsip koperasi.
c) Mempertingkatkan kemudahan dan meningkatkan Sara hidup anggota-anggota
koperasi.
2.3.2 Objektif bantuan/sumbangan wang kepada mangsa

a) Mengikut prosedur yang ditetapkan.


b) Menyediakan sampul yang disediakan.

Terdapat tiga unit berbeza di dalam Unit Khidmat Pelanggan PEHUMA dibuat dalam usaha
untuk meningkatkan kualiti kerja yang baik. Setiap aktiviti ini memberi tugas keutamaan.

Tiga aktiviti tersebut ialah:

a) Menghantar Duit Ke Bank - Duit Akan dihantar ke bank oleh salah seorang staff pejabat
untuk simpanan oleh bank bagi menyelesaikan status kelulusan tanah.

b) Mengumpulkan Borang Setem Hasil - Setelah mematikan setem hasil, setiap borang hasil
setem itu Akan direkodkan dan disemak semula oleh pejabat tanah sebelum dihantar ke
Lembaga Hasil Negeri untuk pungutan setem.

c) Kawalan Unit Khidmat Pelanggan - Setiap staff yang bertugas di Unit ini Akan
mempraktikan butiran maklumat melalui komputer riba agar dapat bersedia apabila
berhadapan dengan panggilan atau dikenali sebagai operator. Setiap Nama panggilan yang
diterima Akan dimasukkan dalam buku operator untuk rujukan pegawai daerah agar
memastikan aktiviti ini berjalan dengan lancar.

2.3.3 Objektif Utama tiga aktiviti ini:

a) Mengikut prosedur yang ditetapkan.


b) Menyusun borang Setem Hasil mengikut Bulanan Tahunan.
c) Mengemaskini butiran maklumat mengikut abjad Nama.
d) Sentiasa membuat rujukan pada komputer riba.
2.4 CARTA ORGANISASI

Pentadbir (Ibu Pejabat)

En. Meor Mohammad Shariffudin Bin Meor


Yahya

Penolong Pentadbir Penolong Pentadbir


En. Muhammad Saiful Abidin Bin Mohd En. Hairudin Bin Yeop Ahamad

Akauntan Pembantu Tadbir Pembantu Tadbir

Puan Norhana Bt. Nahar Puan Azizah Bt. Abdul Aziz Cik Nur Amirah Binti Zulkornain

Pengurus (Pejabat Ladang)

En. Mohd Rasyideen Bin Norrni

Penolong Pengurus

En. Mohd Saman Bin Ismail

Pembantu Tadbir Ladang Pembantu Tadbir Ladang Pembantu Tadbir Ladang


Pn. Hanisah Bt. HJ. Baharudin Cik Siti Nurfatimah Bt. Mohammad En. Mohammad Najmi B. Abd. Latif
A’zam
2.4.2 FUNGSI SETIAP BAHAGIAN DALAM ORGANISASI
Secara amnya, Pentadbiran PEHUMA terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu Bahagian
Pengurusan, Bahagian (Kewangan, Infrastruktur dan Perolehan) dan Bahagian (Sumber
Manusia, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Pentadbiran Am).

1) PENGURUSAN

Berikut merupakan fungsi bagi Bahagian Pengurusan antaranya ialah:

i. Menyelaras pelbagai urusan sumber manusia, kewangan, akaun, teknologi maklumat


dan komunikasi serta pentadbiran am bagi memastikan kelancaran operasi PEHUMA

2) BAHAGIAN KEWANGAN, INFRASTRUKTUR DAN PEROLEHAN

Berikut merupakan fungsi antaranya ialah:

a) Mengurus hal ehwal kewangan di pejabat.


b) Mengurus dan memperakuan terimaan dan kutipan hasil
c) Mengurus dan menyelia pengurusan asset di PEHUMA.
d) Mengawal Penyediaan Penyata Akaun Koperasi dan memastikan tiada laporan audit
bersyarat
e) Menyediakan khidmat nasihat dan rujukan dalam pengurusan kewangan kepada
kakitangan.
f) Melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan kecil untuk PEHUMA.
g) Mengendalikan urusan perakaunan untuk PEHUMA.
h) Menyelaras urusan keperluan bangunan dan sewaan rumah kedai.

3) PENTADBIRAN AM

Berikut merupakan fungsi antaranya ialah:

a) Mengurus hal ehwal perkhidmatan atau penjawatan pekerja.


b) Mengurus hal perkhidmatan kakitangan di PEHUMA.
c) Mentadbir pengurusan sistem maklumat pengurusan sumber manusia.
d) Menguruskan program latihan kepada kakitangan baru.
e) Mengurus pentadbiran am di PEHUMA.
f) Melaksanakan pengurusan integrity.
g) Menyelaras dan mengendalikan penyelenggaraan perkakasan dan perisian system
aplikasi.
h) Menyelaras dan mengendalikan Latihan pengunaan system aplikasi.
i) Melaksanakan kajian dan ulasan permohonan perolehan perkakasan computer.
j) Menyelaras pemprosesan sistem aplikasi pengurusan dan penganalisaan data.

BAB 3
TUGASAN LATIHAN INDUSTRI

3.1 TUGASAN DAN OBJEKTIF


Sepanjang saya menjalani latihan industri di PEHUMA selama 16 minggu, saya telah
ditempatkan di Bahagian Kewangan Ibu pejabat Koperasi Warisan Pegawai Hutan
Melayu Negeri Perak. Antara tugasan dan objektif yang telah saya lakukan adalah
seperti berikut:
1) Membuat rangka kerja perakaunan yang baru
Saya diberi tugas membuat dan merangka sistem perakaunan yang sedia ada mengikut
kehendak perbelanjaan koperasi dari semasa ke semasa.

2) Mengemaskini Butiran kakitangan eksekutif dan jarak daripada maklumat


pegawai

Saya diberi tugasan untuk mengemaskini maklumat kakitangan dari segi penyata
dan jarak pegawai daripada PPD ke sekolah untuk melaksanakan tugasasn mereka.

3) Mengendalikan akaun ABM2021 PPD Kuala Kangsar.


Saya diberi tugasan untuk mengendalikan sesebuat akaun di Google Mail untuk
menerima penyata dan peruntutkan daripada setiap sekolah didalam daerah Kuala
Kangsar untuk memasukkan kedalam akaun penyata dan peruntutkan tahunan 2021
iaitu ABM 2021.
4) Menglapor Diri pada Ketua pegawai PPD Kuala Kangsar dan sesi Kenal diri

Melapordiri kepada ketua pegawai iaitu Tuan Safuan Bin Haji Raba’ai bagi untuk
memaklumkan kepada beliau yang saya bertugas sepanjang prektikal ini berjalan.
Selain itu, saya mengenalkan diri saya kepada beliau dan memberi serba sedikit
tentang latar belakang saya sebagai pelajar di USAS.

5) Bacaan yasin dan minit mesyuarat laporan mingguan


Pada setiap hari jumaat saya perlu hadir dan juga bagi semua anggota pegawai di
PPDKK wajib menghadiri majlis di dewan serbaguna PPDKK untuk di bacakan yasin
secara beramai dan ketua atau penolong kanan akan memberi laporan mingguan.

6) Mengemaskini Baucer tahunan 2019 PPD Kuala Kangsar


Saya diberi tugasan untuk mengemaskini baucer bayaraan tahuan pegawai bagi
memastikan setiap nama pegawai dan sekolah ada di dalam fail tersebut

7) Memastikan Baucer Tahunan 2019 ada didalam system


Saya diberi tugasan untuk mamastikan baucer bagi setiap pegawai dan sekolah untuk
masamakan ia didalam sistem yang dia di sediakan oleh PPDKK

8) Mencetak Baucer tahunan 2018 – 2019


Selepas memastikan baucer tahunan tersebut, saya di tanggungjawabkan untuk
mencetak pengesahan bagi setiap baucer tahunan pada pihak pegawai dan
memasukan baucer tersebut kedalam dokumen tahunan.

9) Mengemaskini fail-fail laporan kewangan lama


Saya diberikan tugasan untuk membantu pegawai untuk mengemaskini fail-fail lama
dan Menyusun fail lama tersebut mengikut tahun berikut.

10) Membuat semakan tuntutan lebihan masa pegawai


Saya diberi tugas untuk membuat semakan tuntutan lebihan pegawai bagi mengenal
pasti berapakah nilai yang perlu untuk pihak kewangan memberi tuntutan kepada
pegawai tersebut.

11) Mengemaskini dan Memasukan data baru penyata gaji dan elaun pegawai
untuk bulan febuari ke ABM 2021 PPD Kuala Kangsar
Saya diberikan tugas untuk menerima email daripada pihak-pihak sekolah diseluruh
daerah Kuala Kangsar dan memasukkan kedalam penyata gaji dan elaun pegawai
untuk bulan Febuari ke ABM 2021.

12) Mempelajari untuk mengurus di kaunter perhidmatan oleh pegawai


Saya ditanggungjawabkan untuk mempelajari cara untuk mengurus dikauter
perkhidmatan Bersama pegawai PPDKK untuk memantau saya melakukan tugasan
dengan sempurna.

13) Mengurus di bahagian kaunter perhidmatan dan bertugas Bersama pergawai


yang bertugas
Selepas saya diajar cara untuk mengurus di kauter perkhidmatan saya ditugaaskan
untuk mengurus di kauter tersebut dengan mengambil panggilan daripada sekolah
dan juga memanggil pihak sekolah untuk mengambil data mereka di PPDKK.

14) Menerima data dari sekolah tentang penyata gaji dan elaun bagi setiap pegawai
di sekolah melalui akaun ABM2021
Saya ditugaskan untuk menerima setiap email didalam akaun ABM 2021 daripada
sekolah dan mengemaskini data tersebut
15) Memasukan data bagi setiap pegawai sekolah di Kawasan Kuala Kangsar ke
ABM 2021
Selepas itu saya memasukkan data yang telah dikemaskini kedalam akaun penyata
gaji dan elaun ABM2021.

16) Melawati tempat sekolah untuk mengira kos peruntukan yang diperlukan
Bersama pegawai
Saya diberikan tugas untuk membantu pegawai di dalam bahagian peruntukan untuk
melawati sekolah yang memerlukan perutukan tersebut dan mengira kos yang perlu
untuk memberi peruntukan kepada pihak sekolah tersebut

17) Membantu menghasilkan notis Covic 19 untuk pegawai bagi mencegah dari
pada jangkitan
Saya diberikan tugas untuk membntu menghasilkan notis tentang covid 19 dan
menterjemahkannya dalam Bahasa inggeris supaya senang difahami oleh tetamu luar
jika ingin melawat ke PPDKK

3.2 PROSEDUR TUGASAN

Berdasarkan tugasan dan objektif yang dinyatakan sebelum ini, berikut adalah prosedur
bagi setiap tugasan tersebut:

a) Merangka setiap perbelanjaan dalam SQL Accounting System


i. Mengemaskini setiap perubahan kod perbelanjaan
ii. Menyusun setiap kod perbelanjaan mengikut perbelanjaan koperasi

b) Mengemaskini fail lama mengikut tahunan di tetapkan

i. Memindahkan kandungan fail lama ke fail baru mengikut kod yang telah
ditetapkan

Rajah 3.6 Rak menyusun fail


Gambar rajak ini menceritahan tempat fail-fail penyata tahunan kewangan bagi setiap
pegawai di PPDKK dan juga penyata tahunan kewan sekolah-sekolah di sekitar daerah Kuala
Kangsar

c) Mencetak pengesahan baucer tahunan pegawai

A. Mencetak pengesahan tersebut dan clipkan di baucer tahunan tersebut


Gambar ini menceritakan cetakan baucer tahunan tersebut, selepas membuat pengesahan di
dalam sistem, ia akan di cetak dan akan dikumpukal dalam satu tahun yang sama dan di ikat
dan juga akan di simpan di kotak baucer-baucer tahunan yang lain

e) Memasukan penyata kewangan tahunan setiap sekolah di daerah Kuala Kangsar ke


dalam Penyata ABM 2021 dalam bentuk excel

Gambar rajah ini menceriakan penyata kewangan tahunan bagi setiap sekolah-sekolah
di dalam daerah Kuala Kangsar dan di masukan kedalam penyata ABM 2021 dalam
betuk excel dan selepas dimasukan semuat penyata tersebut, akan disemak oleh ketua
kewangan PPDKK dan akan di masukan kedalam sistem PPDKK untuk membuat
rujukan pada masa akan datang

f) membuat notis Covid 19

Gambar rajah ini menceritakan cara untuk membuat notis pendemik covid 19 dan membantu
untuk menterjemahkan notis tersebut dari bahasa melayu ke bahasa engeris supaya ia
memudahkan tetamu luar untuk memahami notis tersebut.
3.3 APLIKASI BIDANG ILMU PENGETAHUAN
Pengalaman melaksanakan tugas di latihan industri di Koperasi Warisan Pegawai Hutan
Melayu Negeri Perak Berhad menemukan saya pelbagai ilmu baru yang sebelum ini saya
tidak ketahui dengan mendalam sewaktu belajar di USAS. Berikut adalah sedikit
pengetahuan tambahan mengenai unit kewangan.
Unit kewangan dari maksud yang lain adalah pengurusan kewangan. Pengurusan kewangan
mesti ada dalam sesebuah organisasi untuk menguruskan hal yang berkaitan dengan
kewangan.
Disamping itu, saya juga mendapat pengalaman yang sebelum ini tidak terfikir untuk
melakukan kerja seperti ini iaitu mengendalikan bahagian operator. Pada mula-mula nya saya
berasa gelisah untuk kerja ini tetapi pada sebaliknya ianya adalah mudah kerana hasil
daripada tunjukkan oleh kakitangan yang kendalikan operator itu, saya dapat
menggunakannya dengan sebaik mungkin. Kerja yang begitu seronok dan gembira kerana
dapat berhubung dengan orang luar melalui talian, maka saya anggapkan ianya sebagai satu
pembelajaran yang baru dalam hidup saya kerana tidak pernah sesekali mengalami keadaan
kerja seperti ini. Saya amat bersyukur sangat di atas peluang yang diberi oleh kakitangan
pejabat sewaktu praktikal.

Selain itu, saya juga memperolehi pengalaman yang baik ketika di latihan industri ini, saya
dapat merasai situasi pekerjaan yang menakjubkan kerana terdapat pelbagai unit yang
berbeza-beza. Saya berbangga terhadap diri sendiri kerana dapat membantu apa yang
diperlukan untuk ke arah masa depan organisasi ini.

Akhir sekali, saya berpeluang meluangkan masa untuk mengetahui serba sedikit tentang
pekerjaan daripada kakitangan pejabat seperti cara untuk memohon kerja kerajaan negeri
melalui suruhanjaya perkhidmatan awam, (SPA) dan syarat kelayakan terkini. Saya juga
selalu diberi pendedahan tentang situasi pekerjaan semasa apabila berada didalam pejabat dan
sentiasa bersedia menghadapi suasana pekerjaan yang sebenar.

Sepanjang menjalani latihan industri, terdapat beberapa bidang ilmu yang telah dipelajari
semasa di universiti yang dapat saya amalkan. Antara bidang ilmu tersebut adalah:

KOM6013 INTRODUCTION TO COMPUTER SYSTEM


Berkenaan dengan kursus ini, saya dapat aplikasikan penggunaan Microsoft Office dan
Microsoft Excel. Saya juga dapat melakukan kerja dengan mudah jika diberi tugasan melalui
komputer.

WKU6033 KELAKUAN ORGANISASI

Kursus ini memberi persediaan kepada saya dalam alam pekerjaan yang sebenar. Saya dapat
melihat cara kerja dan tingkah laku seorang individu atau kumpulan kerja yang ada dalam
organisasi dalam usaha mencapai objektif tugasan secara profesional.

PBI6013 BUSINESS COMMUNICATION

Kursus ini dapat memberi persediaan kepada saya ketika mengikuti mesyuarat. Saya dapat
mengaplikasikan cara untuk membuat minit mesyuarat dan memberi komen tentang perkara
yang dibincangkan. Saya juga dapat mengaplikasikan cara untuk menjawab panggilan secara
formal.

ACC6243 FORENSIC ACCOUNTING

Kursus ini dapat memberi persediaan kepada saya tentang cara untuk menilai mana yang
terbaik untuk memberi peruntukan atau menganali pelaburan yang mana baik kesekolah
untuk mengendali program.

ACC6063 ADVANCED ACCOUNTING II

Kursus ini memberi persediaan kepada saya tentang cara untuk mengenali jenis aset, mengira
nilai aset serta merekod aset mengikut penempatan. Saya juga dapat memahami prosedur dan
kaedah untuk merekod semua aset di PPDKK.

3.4 SUMBANGAN KEPADA INDUSTRI

Sepanjang saya menjalani Latihan Industri di PEHUMA, sumbangan yang dapat saya
berikan adalah dengan membantu kakitangan di Bahagian Kewangan mengikut setiap tugasan
yang diberi. Selain itu, saya turut menyumbang tenaga dengan menjadi Urusetia melalui
program-program yang dijalankan di PEHUMA.

Di antara sumbangannya ialah:


Bertugas sebagai kaunter perkhidmatan PEHUMA

i. Bertugas sebagai menjawab panggilan dan pembatu di kaunter perkhidmatan

Gambar rajah ini menceritakan tugasan untuk mengurus di bahagian kaunter perkhidmatan
dan cara untuk melayan tetamu di kaunter dan juga mengakat panggilan dan salurkan ketalian
ke pembanggunan yang bertugas.

ii. Bertugas membantu kakitangan PEHUMA dalam penggunaan sistem perakaunan yang
baharu.
Gambar rajah ini menceritakan pengurusan mengemaskini baucer tahunan kewangan 2018
-2019 dan di susunkan kedalam kotak dan akan di hantar ke jabatan pembanguan fail lama
untuk membuat rujukan jika perlu.
BAB 4

PENUTUP

1.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN INDUSTRI

Sepanjang saya menjalankan latihan industri di Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu
Negeri Perak ini, terdapat beberapa perkara yang saya ingin mencadangkan kepada
PEHUMA kuala kangsar untuk penambahbaikan bersama.

Setiap organisasi pasti mempunyai kekuatan yang tersendiri untuk mengekalkan prestasi di
tahap yang cemerlang. Namun begitu, disebalik organisasi yang cemerlang tentunya ada
kekurangan dan kelemahanya. Dengan adanya latihan industri ini, saya telah didedahkan
dengan persekitaran sebenar alam pekerjaan. Antara kekuatan yang terdapat di dalam
organisasi ini adalah:

1) Kerja dapat dilakukan dengan cepat dan pantas


Kerja yang diberikan dapat disiapkan dengan cepat dan efisien kerana kakitangan
di sini mengamalkan sikap tidak suka menangguh kerja. Hal ini dapat memastikan
bebanan kerja tidak bertambah dan kerja yang diberikan dapat disiapkan pada
waktunya.

2) Pentadbir dan kakitangan sentiasa memberi tunjuk ajar kepada kakitangan


yang baru
Pentadbir dan kakitangan sentiasa membantu pekerja yang baru untuk
menyesuaikan dengan kerja yang baru. Mereka tidak lokek untuk memberi
pandangan dan tunjuk ajar supaya pekerja dapat melakukan kerja dengan baik.

3) Menyelesaikan masalah bersama


Jika berlaku sesuatu masalah dalam menyiapkan kerja, pentadbir turut sama
membantu untuk memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan kerja tersebut. Kerja
yang dibuat akan dapat dilaksanakan dengan baik dan menepati masa.
Antara kelemahan yang terdapat dalam organisasi ini adalah:

1) Sistem perakaunan yang lama


Sistem perakaunan yang lama dan tidak mengikut piawaian perakaunan sebenar. Hal
ini menyebabkan berlaku ketidakkecekapan dalam menguruskan kewangan yang baik.
Contohnya, Jika ingin mengeluarkan sesuatu penyata perakaunan ianya mendorong
kepada kelewatan dalam mengeluarkan invois, bayaran diterima, baucer bayaran dan
sebagainya.

2) Karenah birokrasi
Sesuatu urusan yang hendak dilakukan menjadi lambat kerana banyak prosedur yang
perlu dilalui. Contohnya, jika kakitangan hendak membuat tuntutan perjalanan perlu
melalui kerani kewangan kemudian penolong akauntan dan prosedur yang terakhir
adalah melalui pegawai yang terlibat.

3) Sistem dan Alatan Kemudahan

Terdapat lemahan dari segi sistem untuk proseskan fail agak lambat dan alatan
kemudahan bagi pihak pekerja segelintirnya masih menggunakan peralatan yang sama
seperti scanner dan printer

1.1 CADANGAN KEPADA INDUSTRI

Sepanjang menjalani latihan industri di PEHUMA terdapat beberapa cadangan kepada


industri untuk diberi penambahbaikan antaranya ialah:

1) Tugasan yang diberi

Kakitangan hendaklah memberikan tunjuk ajar kepada pelatih dalam segala tugasan
yang diberi haruslah dijelaskan dengan lebih mendalam agar pelatih lebih tahu dan
faham dengan tugas yang diberi.

2) Perkhidmatan yang disediakan

Pihak organisasi seharusnya menyediakan kelengkapan printer yang elok dan masih
boleh digunakan supaya memudahkan pelatih untuk melaksanakan tugasan yang
diberi. Hal ini untuk mengelakkan supaya tidak menggangu pekerja lain ketika sedang
bekerja.

3) Hubungan pekerja dengan majikan

Pihak pengurusan atasan juga perlu menunjukkan contoh terbaik dalam menjayakan
reformasi pentadbiran. Kepimpinan yang kukuh melalui teladan yang baik harus
diamalkan sepanjang masa. Komunikasi antara kakitangan juga amat penting untuk
memudahkan untuk menyelesaikan masalah yang timbul di setiap unit. Hubungan
persefahaman di antara kedua-dua belah pihak adalah salah satu faktor penting dalam
meningkatkan kualiti perkhidmatan.

4) Kursus

Pihak organisasi hendaklah memberi kursus atau latihan yang berkaitan dari masa ke
masa kepada kakitangan di semua peringkat kerana ianya adalah penting untuk
meningkatkan pengetahuan am, kemahiran, mutu kerja serta meningkatkan kesedaran
tentang tanggungjawab mereka. Kehadiran pelatih didalam mana-mana kursus yang
disediakan juga dapat memberi pendedahan dari pelbagai sudut dan kriteria yang
ditetapkan.

5) Portal rasmi

Pihak organisasi atau unit yang bertanggungjawab dalam menjaga portal rasmi
haruslah sentiasa mengemaskini setiap tajuk utama didalam portal tersebut contohnya
sejarah penubuhan, carta organisasi yang terbaru, latar belakang organisasi dan
sebagainya kerana terdapat kesukaran kepada pelatih untuk mencari maklumat
tersebut.

6) Internet

Pihak pengurusan hendaklah melakukan penambahbaikan terhadap kelajuan internet


yang sedia ada kerana ianya amat penting bukan sahaja untuk pelatih malah pada
semua pekerja yang menggunakan internet dalam tugasan seharian.
7) Sikap dan budaya kerja

Sikap adalah tunjang utama dalam sesuatu pekerjaan. Setiap individu hendaklah
mengamalkan sikap positif dalam diri untuk terus maju kehadapan, setiap kakitangan
juga hendaklah bersikap ringan tulang dan bertanggungjawab dalam sesuatu tugasan
yang diberi. Elakkan bersikap suka menangguh kerja dan mudah putus asa kerana hal
ini akan memudaratkan diri sendiri dan juga akan melibatkan organisasi. Peningkatan
akhlak, nilai murni dan penghayatan nilai islam dapat meningkatkan imej jabatan dan
dapat mengelakkan penyelewengan, salah guna kuasa dan pembaziran masa. Setiap
kakitangan memerlukan kesedaran dalam diri dari segi mental dan fizikal. Setiap
pekerja juga hendaklah berfikiran terbuka dan boleh bertukar-tukar pendapat agar
kerja dapat dilaksanakan dengan baik. Sikap kesabaran amat penting dan kerjasama
di antara rakan sekerja amat diperlukan dalam menyelesaikan tugas-tugas seharian.

8) Operasi dalam situasi pandemic Covid 19

Dicadangkan mewujudkan sistem merekod dalam pengoperasian semula bagi semua


kakitangan atau pelawat, merangkumi pemantauan kesihatan, sejarah perjalanan,
masa daftar masuk dan daftar keluar bangunan, pelan pembekalan, pengedaran serta
penggunaan sumber seperti topeng muka dan bahan sanitasi. Selain itu, mewujudkan
sesuatu system bagi pekerja membolehkan melakukan pekerjaan seperti biasa di
rumah dan jika ada mesyuarat atau perjumpaan penting, perlulah mengadakan satu
sistem yang membolehkan berhubung secara alam maya supaya pekerja tidak
merentas negeri atau daerah yang boleh menyebabkan terkena jangkitan pendemik
tersebut.

BIBLIOGRAFI

PEHUMA Bahagian Kewangan dan Infrastruktur. Ruang fail kewangan: Pejabat Pendidikan
Daerah Kuala Kangsar

http://103.8.146.148/ppdkualakangsar/v2/

http://103.8.146.148/ppdkualakangsar/v2/index.php/home-2/visi-dan-misi
LAMPIRAN
Pejabat Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Berhad

Pejabat Kewangan Pejabat Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Berhad
Di Bahagian Hadapan Kaunter Perhidmatan PPDKK

Di Bahagian Hadapan Pintu Masuk PPDKK


Di Bahagian Hadapan Unit Pengangkutan PPDKK

“Punched Card Thumbscan” Atau Di Kenali Sebagai Pengimbas Cap Jari Untuk Kehadiran Bagi Staf-
Staf Di PPDKK
Di Pejabat Utama PPDKK

Gambar Pengetua Senarai Sekolah-Sekolah Yang Di daftar di bawah jagaan PPDKK

You might also like