You are on page 1of 46

1

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN.................................................................................................................................2
PERAKUAN PELAJAR...........................................................................................................................4
PENGHARGAAN..................................................................................................................................5
BAB 1..................................................................................................................................................6
PENGENALAN.....................................................................................................................................6
1.1 PENGENALAN KEPADA LATIHAN INDUSTRI..............................................................................6
1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI....................................................................................................7
1.3 OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI...................................................................................8
1.4 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSRI.............................................................................................8
1.5 HASIL PEMBELAJARAN............................................................................................................10
BAB 2................................................................................................................................................11
LATAR BELAKANG ORGANISASI........................................................................................................11
2.1 CARTA ORGANISASI................................................................................................................11
2.2 SEJARAH PENUBUHAN............................................................................................................12
2.3 MISI........................................................................................................................................13
2.4 VISI.........................................................................................................................................13
2.5 OBJEKTIF.................................................................................................................................13
2.6 LOGO JABATAN AUDIT NEGARA.............................................................................................13
BAB 3................................................................................................................................................15
RINGKASAN AKTIVITI OJT.................................................................................................................15
3.1 PENGENALAN.........................................................................................................................15
3.2 RINGKASAN AKTIVITI MINGGUAN..........................................................................................15
BAB 4................................................................................................................................................20
LAPORAN TEKNIKAL.........................................................................................................................20
4.1 PENGENALAN.........................................................................................................................20
4.2 KAEDAH PELAKSANAAN DAN PENYELESAIAN.........................................................................21
1. Setup PC (Install Windows 7,10)..........................................................................................21
2. Menambah Pengguna Printer (RICOH MP C2004)..............................................................28

2
3. Membangunkan sistem e-Auditi menggunakan Joomla dan Xampp.................................32
BAB 5................................................................................................................................................42
DAPATAN DAN CADANGAN..............................................................................................................42
5.1 DAPATAN................................................................................................................................42
5.2 CADANGAN.............................................................................................................................43
BAB 6................................................................................................................................................44
KESIMPULAN....................................................................................................................................44
BIBLIOGRAFI/ RUJUKAN...................................................................................................................46

3
PERAKUAN PELAJAR

Pelatih akui penulisan ini adalah hasil kerja pelatih sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah pelatih jelaskan sumbernya.

Tandatangan : ………………………….

Nama Pelatih : Abdul Rahman Bin Razak

Tarikh : ………………………….

4
PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pihak Jabatan Audit Negara Negeri
Melaka kerana telah membuka peluang kepada saya untuk menjalankan Latihan Industri di
Seksyen Teknologi Maklumat selama lima bulan. Setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan
kepada penyelia saya iaitu En Mohd Zaini Bin Hamzah kerana telah banyak memberi
tunjuk ajar sepanjang saya menjalani Latihan Industri di sini.

Segala tunjuk ajar daripada semua kakitangan Jabatan Audit Negara Negeri Melaka
terutamanya untuk Seksyen Teknologi Maklumat telah memberi saya pengalaman untuk
bekerja dalam suasana pekerjaan yang sebenar. Pengalaman ini akan saya gunakan semasa
saya melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar pada masa akan datang nanti.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Unit Latihan
Industri dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kolej Vokasional Datuk Seri
Mohd Zin yang telah banyak membantu dari penyediaan awal sehingga ke akhir Latihan
Industri.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibubapa saya dan semua
rakan saya yang sering menjadi pembakar semangat saya sepanjang Latihan Industri ini
berlangsung.

Sekian, terima kasih.

5
BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENGENALAN KEPADA LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri (LI) adalah salah satu syarat wajib bagi semua pelajar di Kolej
Vokasional. Program Latihan Industri (LI) diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi
yang diperlukan untuk meningkatkan tahap mampu kerja para graduan. Latihan Indusri
(LI) memberi peluang kepada pelajar merasai pembelajaran di dunia pekerjaan sebenar
supaya dapat mencapai kebolehpasaran yang tinggi.

Latihan ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari segi
perkembangan teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan, polisi,
prosedur, peraturan-peraturan serta perspektif dan etika profesional organisasi. Selain itu,
kursus ini membina semangat dan sikap proaktif di kalangan pelajar dan seterusnya
meningkatkan keyakinan untuk menjadi pelatih yang cemerlang.

Unit Perhubungan Latihan Insdustri (UPLI) Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd
Zin telah diberi tanggungjawab untuk menempatkan para pelajar yang akan menjalani
Latihan Industri (LI) di jabatan-jabatan kerajaan, badan-badan berkanun dan syarikat
swasta yang sudi menempatkan para pelajar di tempat mereka. Oleh itu, para pelajar boleh
mempraktikkan ilmu teori dan amali yang dipelajari untuk digunakan sebaik mungkin di

6
alam pekerjaan yang sebenar sambil menimba pengalaman serta memperluaskan ilmu
pengetahuan dalam bidang yang diceburi.

Kesimpulannya, Latihan Industri (LI) ini banyak memberi pengalaman dan sedikit
sebanyak dapat membuka minda pelajar agar dapat menilai sesuatu pekerjaan dari
perspektif yang positif. Diharapkan pelajar membuat persediaan rapi dengan
memantapkan ilmu, memperbaiki kelemahan diri seperti cara berkomunikasi dan
mewujudkan keyakinan diri sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.

1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Latihan Indusri (LI) merupakan satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar sebelum
layak dipertimbangkan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma. Setiap pelajar perlu lulus
Latihan Industi (LI) dan pelajar yang gagal perlu mengulangi semula latihan industri.

Antara objektif Latihan Industri (LI) diadakan adalah :

1. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan di tempat kerja.


2. Berkomunikasi secara berkesan dengan pelbagai peringkat.
3. Mengamalkan kerja berpasukan.
4. Meningkatkan tahap profesionalisme dan beretika dalam memenuhi dasar-
dasar, prosedur dan kaedah-kaedah di dalam organisasi
5. Menerangkan tugas-tugas yang diberikan dalam tempoh LI mengikut format
yang ditetapkan.
6. Menguasai kemahiran bidang kursus dengan mengaitkan teori yang telah
dipelajari.

7
1.3 OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Pelajar dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari sepanjang menjalani Latihan Industri (LI)
dengan lebih efisien dengan mendokumentasikan aktiviti-aktiviti dan gerak kerja semasa
menjalankan latihan dengan sistematik dan berkesan melalui laporan yang dibuat. Melalui
penulisan laporan, pelajar boleh menggunakan teknik kerja yang dipelajari sebagai rujukan
untuk melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.

Laporan yang terperinci disediakan adalah sebagai bukti kepada latihan yang telah
dijalankan dengan sempurna mengikut jangka masa 5 bulan bermula pada 7 Januari 2019
sehingga 24 Mei 2019 seperti yang ditetapkan oleh pihak BPTV.

Laporan ini juga sebagai bahan penilaian untuk latihan yang telah dijalankan oleh
pelajar dan pemarkahan laporan ini akan diberikan setelah laporan disemak sepenuhnya
oleh pensyarah. Untuk memupuk semangat di dalam diri pelajar dan sikap tanggungjawab
dalam melaksanakan setiap tugas yang diberikan bagi memenuhi kehendak firma dan Kolej
Vokasional. Di mana pelajar dapat belajar untuk memikul sendiri tugas yang diamanahkan
dengan baik.

1.4 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSRI

Persaingan dalam merebut peluang pekerjaan amat sengit pada masa kini. Melalui
latihan perindustrian, pelajar akan didedahkan tentang suasana sebenar alam pekerjaan.
Pelajar juga memperoleh pelbagai faedah dari Latihan Industri (LI) antaranya adalah,
mendedahkan para pelajar tentang kepentingan pengurusan masa dalam setiap pekerjaan
yang dilakukan. Ia amat penting untuk menanam sikap pandai mengurus masa dalam diri
para pelajar supaya segala tugas yang diberikan dapat disiapkan dalam tempoh yang
ditetapkan.

8
Meningkatkan keupayaan pelajar untuk berinteraksi dengan pekerja-pekerja di dalam firma
atau masyarakat. Ia dapat mendidik para pelajar cara-cara berkomunikasi yang baik dan
bersesuaian dengan situasi sama ada dengan ketua, kakitangan ataupun pelanggan yang
wujud di persekitaran tempat pelajar bekerja.

Kebanyakan firma yang mahu mengambil pekerja baru juga memerlukan pekerja yang
sudah berpengalaman bekerja, setidak-tidaknya para pelajar Kolej Vokasional sudah
mempunyai pengalaman bekerja semasa menjalani latihan industri.

Dengan menggunakan pengalaman menjalani latihan di firma selama empat bulan,


para pelajar dapat mempelajari serba sedikit tentang alam pekerjaan dan dapat mengawal
situasi jika berada di pejabat atau lokasi bekerja satu hari kelak. Para pelajar tidak lagi
merasa kekok dan janggal apabila mereka melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar di
samping dapat menilai keupayaan diri sendiri sama ada boleh menempuhi alam pekerjaan
dan menghadapi cabaran apabila bekerja kelak. Ia membantu meningkatkan lagi keyakinan
diri para pelajar.

Dengan adanya pengalaman selama lima bulan menjalani latihan industri, para
pelajar serba sedikit dapat membantu menyelesaikan masalah di tempat kerja apabila sudah
bekerja kelak. Ia membantu para pelajar menyemai sikap bertanggungjawab dan
mengambil berat terhadap kerja yang diberikan kepadanya.

Para pelajar juga perlu menitikberatkan tentang kepentingan hidup hormat


menghormati di antara satu sama lain sewaktu berada di tempat kerja. Sifat ini penting
bagi memastikan segala urusan pejabat berjalan lancar tanpa sebarang konflik di antara
pekerja. Pelajar dapat menyesuaikan diri dengan polisi-polisi am peraturan-peraturan firma
agar tidak dikenakan sebarang tindakan oleh firma atau jabatan serta mendidik menjadi
seorang yang lebih disiplin. Pelajar dapat diberi pendedahan secara langsung, malah
mendidik pelajar agar lebih bersikap professional dinamik dan kreatif.

9
1.5 HASIL PEMBELAJARAN

Latihan Industri (LI) memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari segi
perkembangan teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan, polisipolisi,
prosedur dan peraturan-peraturan, perspektif profesional dan pelaporan. Latihan Indusri
(LI) ini akan membina semangat dan sikap proaktif di kalangan pelajar dan seterusnya
meningkatkan keyakinan untuk menjadi pelatih yang cemerlang.

10
BAB 2

LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 CARTA ORGANISASI

Rajah 1: Carta organisasi Jabatan Audit Negara

11
Rajah 2: Carta Organisasi Jabatan Audit Negara Negeri Melaka

2.2 SEJARAH PENUBUHAN


Institusi Audit telah wujud di Tanah Melayu sejak pentadbiran British pada awal
abad ke 20 bagi memperkukuh sisem pentadbiran kewangan kerajaan. Pada ketika itu ia
wujud secara berasingan mengikut negeri iaitu Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Selat.
Di setiap Negeri Melayu Bersekutu, institusi ini dikenali dengan nama Audit Office dan
diketuai oleh State Auditor. Ibu pejabat bagi Audit Office ini terletak di Kuala Lumpur dan
diketuai oleh seorang Chief Auditor.

Institusi Audit Negara yang lebih tersusun dari segi struktur dan bidang tugasnya bermula
pada tahun 1906 di mana Ketua Audit Negara untuk Negeri Melayu Bersekutu pertama
iaitu W.J.P Hume dilantik. Pada tahun 1932 kedua-dua institusi digabungkan dan
diletakkan di bawah kawalan Director of Colonial Audit yang berpusat di London. Tugas
pengauditan dipertanggungjawabkan kepada Auditor of the Straits Settlement and the
Federated Malay States yang berpusat di Kuala Lumpur. Menjelang kemerdekaan Tanah
Melayu pada tahun 1957, jawatan Director of Audit Malaya ditukar kepada nama Ketua
Audit Negara. Perlantikan Ketua Audit Negara serta tanggungjawabnya termaktub di
bawah Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957.

12
2.3 MISI
Melaksanakan pengauditan secara profesional dan bebas serta mengemukakan laporan
seimbang kepada Parlimen dan Dewan Perundangan Negeri ke arah meningkatkan Tadbir
Urus Sektor Awam.

2.4 VISI
Untuk menjadi penyumbang utama ke arah kecemerlangan Pengurusan Kewangan dan
meningkakan Tadbir Urus Sektor Awam menjelang tahun 2020.

2.5 OBJEKTIF
1. Menyediakan laporan audit pada masanya untuk dikemukakan kepada Parlimen/
Dewan Undangan Negeri
2. Melaksanakan aktiviti pengauditan dan penyediaan Laporan secara bebas dan adil
3. Memenuhi keperluan dan harapan daripada stakeholders dan Auditi
4. Menguruskan aktiviti audit dengan cekap dan berkesan
5. Menjadi Jabatan contoh dalam persekitaran negara maju.

2.6 LOGO JABATAN AUDIT NEGARA

Keterangan Logo:

13
Lambang Persekutuan – Melambangkan punca kuasa dan kebebasan yang diperuntukkan
kepada Ketua Audit Negara bagi melaksanakan akaun Kerajaan Persekutuan, Kerajaan
Negeri dan Badan Berkanun Persekutuan serta aktiviti
Kementerian/Jabatan/Agensi/Syarikat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Dua Tangkai Padi – Melambangkan usaha dan kegigihan warga Audit untuk
meningkatkan produktiviti Jabatan secara berterusan serta pelaporan seimbang yang
diamalkan oleh Jabatan Audit Negara.
Bentuk Bulat – Melambangkan keteguhan dan keutuhan semangat kerja berpasukan di
kalangan warga Audit sebagai penyumbang utama ke arah kecemerlangan pengurusan
kewangan dan akauntabiliti sektor awam dalam menghadapi era globalisasi.

Warna Maroon – Melambangkan imej korporat dan identiti Jabatan Audit Negara.

Warna Kuning – Melambangkan kedaulatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
sebagai Ketua Negara yang melantik Ketua Audit Negara atas nasihat Perdana Menteri
selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.

Warna Putih – Melambangkan keikhlasan dan ketelusan Jabatan dalam melaksanakan


tanggungjawabnya untuk memastikan wujudnya akauntabiliti dan integriti dalam
pengurusan kewangan sektor awam.

14
BAB 3

RINGKASAN AKTIVITI OJT

3.1 PENGENALAN

Ringkasan laporan mingguan ini disediakan bertujuan untuk melihat hasil kerja yang
telah dilakukan sepanjang menjalani Latihan Industri (LI) di Jabatan Audit Negara Negeri
Melaka. Latihan Industri (LI) ini merupakan satu peluang untuk mempelajari secara
langsung proses-proses kerja yang dilakukan oleh Jabatan Audit Negara Negeri Melaka
(Seksyen Teknologi Maklumat). Kesempatan ini adalah pengalaman yang sesuai sebelum
melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar untuk masa yang akan datang.

3.2 RINGKASAN AKTIVITI MINGGUAN

Berikut adalah ringkasan aktiviti yang telah saya lakukan sepanjang menjalani Latihan
Industri (LI) di Jabatan Audit Negara Negeri Melaka tahun 2019:

MINGGU TARIKH RINGKASAN AKTIVITI


1 7 Jan 2019 – 11 Jan 2019  Melapor diri di Jabatan Audit Negara Negeri
Melaka
 Mengenalpasti dan mengemaskini aset lupus
 Mengambil aset ICT di Akademi Audit Negeri

15
Sembilan
 Mengenali teknologi meyuarat menggunakan
Video Conference (VC)
 Format PC dan komputer riba
 Memasang Zebra TLP3842 Printer (Barcode)
 Mengemaskini aset ICT
2 14 Jan 2019 – 18 Jan 2019  Cuti sakit
 Melakukan CCleaner dan Defragmentation
 Melebel Harta Modal aset ICT
 Menyiapkan tempat untuk mesyuarat
 Menyemak alamat IP printer
 Mengenalpasti borang kerosakan aset ICT kerajaan
3 21 Jan 2019 – 25 Jan 2019
(KEW.PA 9)
 Remove virus dan recover data
 Membuat patch cord
 Menjalankan pengujian Video Conference
(Tindakan HQ)
 Menaiktaraf RAM
4 28 Jan 2019 – 1 Feb 2019  Membaikpulih mesin cetak
 Membuat pemeriksaan bilik Server
 Menyiapkan tempat untuk ceramah di bilik
mesyuarat
 Mendiagnosis komputer riba
 Cuti Tahun Baru Cina
 Melakukan Unprotected Mode pada Microsoft
5 4 Feb 2019 – 8 Feb 2019
Excel
 Membuat kabel LAN untuk sambungan Video
Conference
 Membuang virus Kaspersky Internet Security 2017
 Meneliti spesifikasi laptop
6 11 Feb 2019 – 15 Feb 2019  Memindahkan data PC menggunakan Converter
 Membina satu video pendek untuk persaraan
Ketua Audit Negara
7 18 Feb 2019 – 22 Feb 2019  Mengemaskini sambungan internet

16
 Menggabungkan tiga partition cakera keras
menjadi satu
 Menaikaraf jalur lebar internet daripada pihak
GITN
 Pengemaskinian terhadap Video Conference yang
dilakukan oleh Syarikat Audeonet
 Mengumpul gambar-gambar pengarah untuk
majlis persaraan Pengarah Audit Melaka
 Mengemaskini video
 Menyiapkan dewan untuk Majlis Persaraan
Pengarah Audit Melaka di Hotel MITC
 Memasang Adds-in E-Audit ke dalam komputer
8 25 Feb 2019 – 1 Mac 2019
riba
 Video Conference (VC)
 Memasang satu set komputer lengkap kepada
Pengarah Audit Melaka yang baru
 Mengemaskini perisian Notebook staf
 Mengaktifkan Google Calander untuk pengarah
9 4 Mac 2019 – 8 Mac 2019  Memasang aplikasi emel kepada Pembantu
Pengarah
 Membuat bootable USB Windows 10
 Memasang LCD screen pada siling pejabat
 Video Conference (VC)
10 11 Mac 2019 – 15 Mac 2019  Memeriksa keadaan dalam faceplate untuk
kegunaan VC
 Membina sebuah Homegroup untuk pejabat
 Mengambil aset ICT di Menara Persekutuan
Melaka
11 18 Mac 2019 – 22 Mac 2019  Memasang cable trunking
 Memasang Adds-in ke dalam Microsoftt Excel
 Menyiapkan bilik mesyuarat untuk kursus audit
12 25 Mac 2019 – 29 Mac 2019  Mengemaskini browser
 Memeriksa keadaan monitor televisyen pejabat
 Membuat satu akaun gmail baharu untuk Seksyen

17
Audit
 Mengemaskini toner printer pejabat
 Menyediakan surat rasmi berkenaan aduan
kerosakan VC
 Menyediakan senarai semak aset lupus
 Menghadiri Taklimat ICT di Auditorium Seri
Negeri
13 1 Apr 2019 – 5 Apr 2019
 Mengalih dan mengumpul aset lupus
 Membuat Head Cleaning pada printer
 Menyunting video untuk mesyuarat
 Mengkonfigurasi sistem dan alat thumbprint
 Menyediakan komputer riba baru kepada staff
14 8 Apr 2019 – 12 Apr 2019
 Format 11 buah PC
 Mengemaskini dan reset semula Video Conference
 Mewujudkan satu emel baru untuk salah satu
seksyen dalam jabatan
 Menghadiri Seminar Pengurusan Perubahan GPKI
15 15 Apr 2019 – 19 Apr 2019 2019 di Johor Bahru
 Memeriksa keadaan aset lupus dan menyemak
senarai aset lupus
 Merekod kerosakan aset IT
 Mengumpul senarai aset komputer riba dalam
pejabat
 ‘Burn disk’
 Memindahkan printer photostat Ricoh dari LHDN
16 22 Apr 2019 – 26 Apr 2019
ke Jabatan Audit
 Vendor IT mengambil aset rosak dari Jabatan
Audit
 Gotong-royong
17 29 Apr 2019 – 3 Mei 2019  Mengemas dan menyusun semua kabel di dalam
makmal
 Merangkaikan semua PC dalam satu seksyen
dengan satu printer photostat yang baru
 Membangunkan sebuah sistem e-Auditi

18
menggunakan Joomla dan Xampp
 Format PC
 Memeriksa aset keseluruhan ICT
18 6 Mei 2019- 10 Mei 2019  Menyiapkan bilik mesyuarat untuk Mesyuarat KIK
 Melakukan Backup terhadap database sistem e-
Auditi menggunakan phpmyadmin
 Melakukan konfigurasi terhadap sistem e-Auditi
yang dibangunkan
 Menyiapkan bilik mesyuarat
19 13 Mei 2019 – 17 Mei 2019
 Menyediakan aset PC dan printer kepada ketua
seksyen baru
 Membaiki PC
 Melakukan konfigurasi terhadap sistem e-Auditi
yang dibangunkan
 Mengemaskini aset ICT yang tiada dalam senarai
20 20 Mei 2019 – 24 Mei 2019  Mengemaskini aset toner dan printer
 Menempatkan sistem e-Auditi di server jabatan
audit untuk digunakan oleh semua kakitangan
Jabatan Audit Negara Negeri Melaka sahaja.

19
BAB 4

LAPORAN TEKNIKAL

4.1 PENGENALAN

Laporan teknikal menjurus kepada tugas-tugas atau kerja yang telah dilaksanakan
semasa latihan industri. Setiap tugas yang telah diberikan perlu mengikut proses dan
prosedur yang telah ditetapkan dan ianya dijalankan secara berperingkat. Selain itu, bab ini
membincangkan mengenai tugas atau projek yang telah diberikan semasa tempoh latihan
industri iaitu selama 5 bulan. Bab ini mengandungi spesifikasi tugas, pelaksanaan, kaedah
penyelesaian, dan hasil tugas.

Antara tugas yang telah dilakukan selama menjalani latihan industri di Jabatan
Audit ialah:

1. Setup PC (Install Windows 7, Windows 10)


2. Menambah pengguna printer (RICOH MP C2004)
3. Membangunkan sistem e-Auditi menggunakan Joomla dan Xampp

20
4.2 KAEDAH PELAKSANAAN DAN PENYELESAIAN

1. Setup PC (Install Windows 7,10)

Rajah 1: Pertama sekali, Windows Setup Window akan dicancarkan. Pengguna akan diberi
pilihan untuk memilih bahasa lalai untuk Windows tersebut. Kemudian klik ‘Install
now’

Rajah 2: Pengguna akan diberi pilihan sama ada hendah memilih ‘upgrade’ atau ‘custom
(advanced)’. Di sini, saya memilih ‘custom (advanced)’ kerana saya ingin bermula dengan
kosong.

21
Rajah 3: Di sini, pengguna perlu klik ‘new’, kemudian ‘next’ untuk membahagikan ‘space’
untuk cakera keras yang terdapat dalam komputer tersebut. Kemudian klik ‘next’.

Rajah 4: Windows 7 sedang dalam proses untuk memasang ke komputer pengguna.

Rajah 5: Setelah tamat proses install tersebut, pengguna perlu memasukkan nama, dan kata
laluan bagi komputer tersebut. Kemudian klik ‘Next’.
22
Rajah 6: Masukkan ‘produk key’ pada ruangan kosong. Kemudian klik ‘Next’

Rajah 7: Klik ‘next’

Rajah 8: Pengguna telah pun memasang Windows 7 pada komputer. Pengguna boleh
menggunakan komputer seperti biasa.

23
Rajah 1 :Pengguna perlu memilih bahasa lalai, masa lalai dan bahasa papan kekunci lalai.
Kemudian, klik ‘next’.

Rajah 2: Klik ‘Install now’

Rajah 3: Pengguna diberi pilihan sama ada hendak memilih ‘upgrade’ atau ‘custom’.

24
Rajah 4: Di sini, pengguna perlu klik ‘new’ , kemudian ‘next’ untuk membahagikan ‘space’
untuk cakera keras yang terdapat dalam komputer tersebut. Berhati-hati. Kemudian klik
‘next’.

Rajah 5: Windows 10 sedang dalam proses untuk memasang ke dalam komputer pengguna.

Rajah 6: Kemudian, pengguna akan diberi pilihan sama ada hendak menggunakan setting
secara automatic atau pun setting secara peribadi.

25
Rajah 7: Pengguna perlu mendaftarkan diri ke Microsoft Account.

Rajah 8: Pengguna diberi pilihan sama ada hendak

Rajah 9: Pengguna akan diberitahu bahawa mereka mempunyai simpanan cloud.

26
Rajah 10: Windows sedang memasang aplikasi ke dalam komputer pengguna.

Rajah 11: Akhirnya Windows 10 telah siap dipasang ke dalam PC pengguna. Pengguna
boleh menggunakan Windows 10 seperti biasa.

27
2. Menambah Pengguna Printer (RICOH MP C2004)

Rajah 1: Buka browser dan taip alamat IP printer tersebut

Rajah 2: Apabila paparan tersebut keluar, klik Login

28
Rajah 3: Masukkan Username dan password

Rajah 4: Selepas Login, pilih Devices Management kemudian klik Address Book

Rajah 5: Klilk Add User

29
Rajah 6: Klik Folder Destination kemudian klik Go to Next

Rajah 7: Masukkan nama PC dan klik Go to Next

Rajah 8: Masukkan Path (\\Melakau-PC\scan) dan juga password. Kemudian klik Go to


Next

30
Rajah 9: Paparan ini menunjukkan bahawa user telah ditambah. Klik OK untuk kepastian.

Rajah 10: Paparan ini menunjukkan bahawa penambahan user berjaya dilakukan.

31
3. Membangunkan sistem e-Auditi menggunakan Joomla dan Xampp
3.1 Kaedah untuk menghidupkan perisian Xampp

Rajah 1: Tekan Home Button, kemudian taip Xampp

Rajah 2: Paparan tersebut menunjukkan bahawa perisian Xampp telah dihidupkan dan
bersedia untuk digunakan.

32
Rajah 3: Tekan button Start untuk Apache dan MySQL

Rajah 4: Buka web browser, kemudian masukkan alamat localhost/jan_melaka iaitu


database sistem e-Auditi

Rajah 5: Paparan tersebut adalah halaman utama bagi sistem e-Auditi

3.2 Kaedah untuk membuka sistem e-Auditi kepada Admin (Joomla)

33
Rajah 1: Buka web browser, kemudian masukkan alamat
localhost/jan_melaka/administrator

Rajah 2: Masukkan username Admin dan password

34
Rajah 3: Ini merupakan perisian Joomla yang digunakan oleh Admin untuk mengubah atau
mengkonfigurasi sistem e-Auditi

3.3 Kaedah Login (users)

Rajah 1: Buka sistem e-Auditi melalui web browser

Rajah 2: Pada senarai menu, pilih Log Masuk

35
Rajah 3: Masukkan username dan password

Rajah 4: Paparan tersebut menunjukkan bahawa user sudah memasuki sistem e-Auditi

3.4 Kaedah untuk memuat naik fail kedalam sistem

36
Rajah 1: Pada senarai menu, pilih User Upload

Rajah 2: Pilih ‘Category’ dimana fail tersebut akan dimuat naik ke mana-mana seksyen
yang dikehendaki

37
Rajah 3: Tekan Choose File untuk memilih fail yang ingin dimuat naik

Rajah 4: Pilih mana-mana fail dan klik Open

Rajah 5: Masukkan nama fail, description (jika perlu), kemudian klik Start Upload

38
3.5 Kaedah untuk membuka PhpMyAdmin dan cara untuk membuat database
backup/export serta database import

Rajah 1: Buka web browser, kemudian masukkan alamat


http://localhost/phpmyadmin/import.php

Rajah 2: Paparan ini adalah muka hadapan bagi phpMyAdmin

39
Rajah 3: Pilih dan tanda pada database iaitu ‘media_database’ dan ‘media_janmelaka’

Rajah 4: Kemudian, pada menu pilih Export dan klik Go

Rajah 5: User dapat melihat bahawa satu fail SQL telah dimuat turun secara automatik. Ia
merupakan fail database.

40
Rajah 6: Ini merupakan proses Import. Pada menu, pilih Import. Kemudian klik Choose
File

Rajah 7: Pilih fail SQL yang ingin diimport

Rajah 8: Kemudian klik Go dan selesai

41
BAB 5

DAPATAN DAN CADANGAN

Saya sebagai pelajar Latihan Industri (LI) ingin memberikan sedikit dapatan dan
cadangan kepada Unit ICT Jabatan Audit Negara Negeri Melaka supaya dapat menjalankan
pengurusan ICT dan tugas dengan lebih cemerlang. Berkemungkinan juga ia dapat
memperbaiki dan memberi kemudahan dan keselesaan bagi semua kakitangan serta boleh
digunakan oleh pihak pengurusan pada masa akan datang.

5.1 DAPATAN
Hasil laporan ini secara keseluruhannya memberi pengetahuan dan kemahiran yang
berguna khususnya dalam bidang pengurusan ICT. Sepanjang menjalani latihan di Jabatan
Audit Negara Negeri Melaka, saya memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman baru
yang amat berguna kepada seorang pelajar yang akan melangkah masuk ke alam pekerjaan
kelak. Ini merupakan salah satu kelebihan yang ada untuk pelajar Kolej Vokasional
berbanding pelajar dari institusi pengajian tinggi yang lain.

Dalam tempoh selama 20 minggu, saya amat berpuas hati dengan kerjasama dan
perhatian serta tunjuk ajar yang diberikan oleh kakitangan Jabatan Audit Negara Negeri
Melaka tidak kira pangkat dan kedudukan terutamanya kepada Pegawai Penyelia Latihan
Industri saya di sana. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dari minggu pertama
hingga minggu ke dua puluh telah banyak membantu saya dalam meningkatkan prestasi,
kemampuan dan mengenal pasti kelemahan yang ada di samping mengaplikasikan teori dan
amali yang dipelajari di dalam kelas.

42
Antara pendapat atau pandangan yang saya ingin berikan ialah:

 Jabatan Audit Negara Negeri Melaka menggunakan Video Conference yang dibina
oleh Cisco untuk menjalankan mesyuarat antara semua negeri di alam maya yang
berpusat di Putrajaya.
 Rangkaian internet yang digunkan oleh Jabatan Audit Negara Negeri Melaka
disediakan oleh Telekom Malaysia (TM) dan disambung terus ke 1GovermentNet
berikutan jabatan tersebut merupakan jabatan kerajaan.

5.2 CADANGAN
 Jabatan Audit Negara Negeri Melaka memerlukan satu inovasi berkaitan
pengurusan penyimpanan dokumen berbentuk softcopy ke dalam satu server khas
yang dibina dan hanya digunakan oleh kakitangan dalaman sahaja. Penggunaan
perisian Joomla dan Xampp juga boleh digunakan dalam membangunkan inovasi
tersebut.
 Jabatan Audit Negara Negeri Melaka juga perlu menyediakan satu platform atau
satu sistem online yang memudahkan kakitangan audit mengurus mesyuarat.
Sistem tersebut digunakan untuk merekod, menganalisis, dan juga untuk
menyimpan semua laporan mesyuarat yang telah dijalankan. Terdapat satu sistem
lain yang boleh dibangunkan untuk memudahkan proses segala jenis pengundian
untuk semua kakitangan Jabatan Audit Negara Negeri Melaka sahaja.

43
BAB 6

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, Latihan Industri (LI) yang dilaksanakan oleh pelajar


semester lapan adalah amat berguna terutamanya bagi diri saya. Dengan adanya Latihan
Industri (LI) menjadi satu landasan bagi saya untuk mengenali bidang kerja yang sebenar
serta lebih luas. Di samping itu, ilmu yang diperoleh sepanjang pengajian di Kolej
Vokasional di aplikasikan sepenuhnya dalam dunia pekerjaan. Perbezaan semasa pengajian
Kolej Vokasional dan menjalani latihan praktikal adalah amat berbeza sekali terutamanya
cara berkomunikasi dengan orang luar. Gaya komunikasi yang lebih matang merupakan
satu kelebihan yang saya peroleh untuk meningkatkan lagi kemahiran komunikasi saya.
Justeru, latihan ini amat baik dan wajar diteruskan bagi melahirkan graduan yang lebih
berkualiti selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan golongan profesional yang
dinamik.

Dalam tempoh menjalani Latihan Industri (LI) di Jabatan Audit Negara Negeri
Melaka, banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang saya terima ketika melakukan
kerja di dalam pejabat dan luar pejabat. Pengetahuan dan pengalaman ini amat berguna
untuk memajukan diri dan membantu untuk kemudahan di masa hadapan terutama sekali
dalam bidang pengurusan. Saya juga telah banyak didedahkan dengan pelbagai aktiviti
serta tugas di jabatan ini secara tidak langsung saya juga telah mengetahui setiap
tanggungjawab dan peranan setiap kakitangan di dalam jabatan. Pendedahan kepada alam
pekerjaan yang sebenar adalah baik kepada para pelajar terutamanya untuk membuka
minda dan pemikiran agar lebih berfikiran kreatif dan berpengetahuan tinggi. Pelajar juga

44
dapat mengenal pasti dan menangani masalah-masalah yang sering timbul dalam situasi
pekerjaan yang sebenar.

Dari segi perhubungan dengan staf-staf jabatan, tiada sebarang masalah yang saya
hadapi. Ini kerana sikap setiap pekerja yang ceria dan begitu prihatin terhadap setiap gerak
kerja yang saya lakukan. Kerjasama yang dihulurkan oleh kakitangan jabatan amat
membanggakan. Selain itu, kerajinan dan keprihatinan dalam setiap masalah yang timbul
mencenderungkan diri saya untuk menjadikan mereka sebagai contoh. Di samping itu,
Latihan Industri (LI) melatih diri saya untuk sentiasa menepati masa. Secara tidak langsung
LI mendidik diri saya supaya menjadi seorang yang berdisiplin dengan masa. Selain itu, LI
juga telah mendedahkan kepada saya mengenai semangat kerja berpasukan dan bertukar-
tukar pendapat serta idea yang bernas dengan kakitangan yang lain.

Walaupun pelbagai cabaran yang telah ditempuhi oleh setiap pelajar sepanjang
menjalani LI berbeza antara satu sama lain, namun apa yang penting ialah setiap individu
mestilah bersikap lebih positif dalam menghadapi setiap situasi supaya pengalaman yang
diperoleh dapat dimanfaatkan pada masa akan datang.

Melalui Latihan Industri (LI) ini, jelaslah bahawa objektif latihan telah tercapai
sepanjang dua puluh minggu bermula 7 Januari 2019 sehingga 23 Mei 2019. Oleh itu, dapat
disimpulkan bahawa pendedahan yang telah diberikan kepada pelajar sepanjang Latihan
Industri (LI) ini sangat berguna dan perlu dimanfaatkan dengan betul pada masa hadapan.
Latihan Indusri (LI) juga dapat merealisasikan wawasan negara menjelang tahun 2020
dengan melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berkeperibadian tinggi serta taat
dalam menjalankan perintah agama.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang
terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung yang telah memberi ilmu dan tunjuk
ajar yang berguna. Jasa dan bantuan mereka tidak dapat saya lupakan. Saya juga ingin
memohon maaf kepada pihak Jabatan Audit Negara Negeri Melaka dan Unit Perhubungan
dan Latihan Industri (UPLI) Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin atas sebarang
kesilapan dan kekhilafan yang terkandung di dalam laporan ini serta ikhlas dan sedia
menerima teguran yang membina.

45
BIBLIOGRAFI/ RUJUKAN

Buku log aktiviti harian : On The Job Trainig

En Zaini Bin Hamzah : Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29

46

You might also like