You are on page 1of 33

JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

FAKHRY ARSYAD BIN FARUK AFERO


15DET19F1070

ELENTEC MALAYSIA SDN BHD


LOT 2247, JALAN RAJAWALI, MUKIM
TELOK PANGLIMA GARANG,42450 KUALA LANGAT,
SELANGOR DARUL EHSAN

SESI II: 2021/2022

0
ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA
SURAT

Isi Kandungan 1-2

Pengesahan Pelajar 3

Dedikasi 4

Penghargaan 5-6

Ringkasan Eksekutif 7

BAB 1 LATAR BELAKANG ORGANISASI LATIHAN

1.1 Pengenalan Latihan Industri 8

1.1.2 Objektif Latihan Industri 9-10

1.2 Maklumat Organisasi Latihan

1.2.1 Pengenalan 11

1.2.2 Visi dan Misi 12

1.2.3 Lokasi Organisasi 13

1.2.4 Profil Syarikat 14

1.2.5 Perkhidmatan Yang Disediakan 15

1.3 Jenis Aktiviti Organisasi 16-17

1.4 Carta Organisasi 18

BAB 2 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI 19

2.1 Jadual ringkasan tugas 20

2.2 Ringkasan mingguan 21-24

1
BAB 3 LAPORAN TEKNIKAL / TUGASAN

3.1 Pengenalan 25

3.2 Pendawaian Tiga Fasa 26

3.2.1 Kehendak Kod Warna Konduktor Dan Kabel 27

3.2.2 Pindaan Kod Warna Pada Konduktor Fasa 28

3.2.3 Fungsi Wayar Mengikut Warna 29

3.3 Paip Besi Bergalvani 30-31

3.3.1 Kebaikan Dan Keburukan Paip Besi Bergalvani 31

3.3.2 Melentur Paip Besi Bergalvani 32-33

3.4 Pendawaian Soket 34

3.4.1 Spesifikasi Teknikal Soket 13A 35

3.4.2 Alatan Pendawaian Soket 36

3.4.3 Cara Membuat Pendawaian Soket 37

3.5 Pengujian Soket 38

3.5.1 Cara Membuat Pengujian Menggunakan Soket Tester 39

BAB 4 KESIMPULAN DAN CADANGAN 40-43

4.1 Rujukan 44-

4.2 Lampiran

2
3
DEDIKASI

Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya


berjaya menyiapkan laporan latihan industri ini. Saya mengambil peluang ini
untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu-bapa ahli keluarga
serta rakan- rakan yang banyak membantu saya dalam memberi idea dan
sokongan sepanjang proses saya menyiapkan laporan latihan industri ini.

4
PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Terlebih dahulu saya Fakhry Arsyad Bin Faruk Afero (15DET19F1070)


daripada jurusan diploma kejuruteraan elektrik ingin merakamkan jutaan terima
kasih kepada pihak Elentec Malaysia Sdn Bhd kerana mengizinkan saya untuk
menjalani latihan industri di organisasi ini selama 20 minggu. Pelbagai
pengalaman yang berguna dan bermanfaat telah saya peroleh bersama dengan
kakitangan yang mesra di sini.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada para
pensyarah PSAS dan juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung
yang turut memberikan panduan, pandangan serta tunjuk ajar dalam penulisan
laporan akhir latihan industri.

Kepada ahli keluarga dan kawan-kawan terima kasih di atas segala


pengorbanan dan pengertian yang diberikan serta dorongan yang menguatkan
semangat sepanjang tempoh latihan industri.

Akhir sekali, ribuan terima kasih buat rakan seperjuangan di atas


pandangan, pendapat, dorongan, tunjuk ajar, nasihat serta sokongan moral
yang telah diberikan sepanjang usaha menyiapkan laporan akhir ini.

Semoga penulisan laporan ini dapat memberikan sumbangan dan


manfaat

kepada semua.

InsyaAllah sekian terima kasih.


5
RINGKASAN EKSEKUTIF

6
BAB 1

LATAR BELAKANG ORGANISASI LATIHAN

1.1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri merupakan satu pendekatan yang diberikan oleh

pihak politeknik di seluruh Malaysia untuk mendedahkan kepada para

pelajar tentang situasi alam pekerjaan yang sebenar. Oleh itu, setiap

penuntut Politeknik diwajibkan untuk menjalani Latihan Industri selama 20

minggu sebagai syarat untuk mendapatkan penganugerahan Diploma.

Latihan Industri ialah langkah awal bagi seseorang pelajar untuk mengenali

dengan lebih mendalam tentang pekerjaan. Latihan Industri ini amat

berguna kerana ianya dapat mendedahkan kepada pelajar tentang selok

belok pengurusan dalaman dan luaran bagi sesebuah organisasi dan ianya

amat berharga pada masa akan datang.

Di samping itu, ia juga dapat meluaskan pengetahuan dan

menambahkan pengalaman walaupun ianya mengambil masa yang

singkat. Latihan Industri ini dapat menerapkan pelajar dengan nilai-nilai

murni seperti bekerjasama, berdisplin, amanah dan bertanggungjawab.

Semasa di politeknik, pelajar hanya mempelajari secara teori dan ianya

akan dipraktikkan oleh pelajar ketika menjalani latihan industri. Pelajar akan

tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh organisasi

semasa menjalankan latihan dimana segala masalah akan dirujuk kepada

pihak pengurusan dan bukan lagi kepada pihak politeknik, contohnya

permohonan cuti.

7
Seterusnya, pelajar-pelajar tidak boleh mendedahkan maklumat-

maklumat tentang syarikat yang dianggap menjadi kerahsiaan syarikat

kepada orang lain. Ini adalah kerana ia dapat memberi kesan yang tidak

diingini oleh pihak pengurusan seterusnya dapat memburukkan imej

politeknik sendiri. Semasa menjalani industri, pelajar-pelajar diwajibkan

untuk mencatatkan apa saja aktiviti-aktiviti yang dilakukan, didengar atau

dilihat setiap hari di dalam buku laporan harian. Buku laporan ini hendaklah

dihantar kepada pihak pengurusan pada setiap dua minggu sekali untuk

disemak dan ditandatangi.

Catatan yang terdapat dalam buku laporan harian ini akan digunakan

oleh pelajar sebagai bahan rujukan ketika menulis laporan seperti yang

dikehendaki oleh Unit Perhubungan & Latihan Industri semasa melaporkan

diri untuk meneruskan pengajian pada semester berikutnya. Buku laporan

latihan industri ini juga boleh digunakakn oleh pelajar untuk mendapatkan

pekerjaan setelah pelajar menamatkan pengajian. Buku laporan ini boleh

dijadikan bahan rujukan kepada majikan. Adakalanya digalakkan supaya

para pelajar menyediakan satu salinan untuk tujuan tersebut. Oleh itu,

laporan latihan industri ini adalah gambaran keseluruhan semasa menjalani

Latihan Industri di Elentec Malaysia Sdn. Bhd.

8
1.1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Setiap pelajar politeknik di Malaysia perlu menjalani Latihan Industri

dalam tempoh yang telah ditetapkan selama 20 minggu. Pelajar diwajibkan

menyelesaikan latihan industri untuk melayakkan pelajar memperolehi sijil

atau diploma daripada Institut Pengajian Tinggi (IPT). Antara objektif latihan

industri dilakukan adalah:

a) Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan di


tempat kerja.

b) Melatih pelajar berkomunikasi secara berkesan dengan pelbagai


peringkat.

c) Mengamalkan kerja berpasukan serta menjalinkan hubungan yang

baik antara pelajar dan pekerja firma.

d) Profesional dan beretika dalam mematuhi dasar-dasar, prosedur dan

kaedah kaedah di dalam organisasi.

e) Menerangkan tugas-tugas yang diberikan (semasa LI) mengikut

format yang ditetapkan.

9
1.2 MAKLUMAT ORGANISASI LATIHAN

1.2.1 PENGENALAN ORGANISASI

Rajah 2.1: Elentec Malaysia Sdn. Bhd.

Elentec Malaysia Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat di Malaysia yang

terletak di Jalan Rajawali, Telok Panglima Garang, Selangor. Syarikat ini

ditubuhkan pada 1 Ogos 1990. Syarikat ini terkenal dalam membekalkan

produknya kepada Samsung dan syarikat besar yang lain kerana Elentec

Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang berasal dari Korea Selatan.

Sebilangan besar produk pengeluaran syarikat ini adalah barangan elektrik

dan elektronik seperti wire harness, dan peranti rokok elektronik yang

dikenali sebagai LIL SOLID 2.0. Rajah 2.1 menunjukkan bagaimana

bangunan syarikat Elentec Malaysia Sdn. Bhd.

10
1.2.3 SEJARAH PENUBUHAN ORGANISASI

Rajah 2.2: Elentec Sdn. Bhd.

Elentec Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat yang berasal dari Korea

Selatan dimana ibu pejabatnya terletak di Hwasung City, Gyeonggi Do,

Korea Selatan. Rajah 2.2 menunjukkan bangunan Elentec Sdn. Bhd. di

Korea Selatan. Syarikat ini ditubuhkan pada Januari 1978 yang diasaskan

oleh seorang figura yang bernama Lee Se Yong. Setelah beberapa lama

beroperasi, Elentec Sdn. Bhd. mula membangun dan kini, syarikat ini telah

mempunyai banyak cawangan di beberapa negara seperti Vietnam, India,

China dan Malaysia. Sebilangan besar produk pengeluaran syarikat ini

adalah barangan elektrik dan elektronik seperti antenna, alat kawalan jauh,

wire harness, pengecas bateri, wayar kabel dan peranti rokok elektronik

yang dikenali sebagai LIL SOLID 2.0. Setiap cawangan mempunyai

tumpuan pengeluaran dan penghasilan yang berbeza. Syarikat ini juga

merupakan anak syarikat daripada pengeluar terbesar barangan teknologi

iaitu Samsung.

Pada awal Ogos 1990, Elentec Malaysia Sdn. Bhd. mula ditubuhkan

dan terletak di Jalan Rajawali, Telok Panglima Garang, Selangor. Elentec

Malaysia Sdn. Bhd. merupakan satu industri pengeluaran komponen

elektronik yang lebih tertumpu dalam menghasilkan wire harness, dan


11
peranti rokok elektronik yang dikenali sebagai LIL SOLID 2.0. Syarikat ini

juga mempunyai jabatan yang bernama KT&G atau dikenali sebagai

”Korean Tobacco and Ginseng”. Walaupun peranti rokok elektronik

dihasilkan di syarikat Elentec Malaysia tetapi syarikat tidak boleh

menjualnya dibawah nama syarikat. Ini kerana peranti rokok elektronik

direka oleh KT&G yang merupakan pelanggan utama bagi Elentec Sdn.

Bhd. Dalam erti kata lain, Elentec dikenali sebagai Original Designt

Manufacturing (ODM) manakala KT&G dikenali sebagai Original Equipment

Manufacturing (OEM). Syarikat ini juga memberikan usaha yang terbaik

untuk mencapai kepuasan pelanggan dengan menyediakan kualiti,

kebolehpercayaan dan penghantaran yang cepat dan tepat pada masanya.

12
1.2.4 LOKASI ORGANISASI

Rajah 2.3: Lokasi Elentec Malaysia Sdn. Bhd.

Rajah 2.3 diatas menunjukkan lokasi yang menempatkan Elentec Malaysia

Sdn. Bhd. Seperti yang dinyatakan, Elentec Malaysia Sdn. Bhd. terletak di Jalan

Rajawali, Telok Panglima Garang, Selangor yang juga merupakan kawasan

perindustrian bagi syarikat lain juga.

13
1.2.5 LOGO ORGANISASI

Rajah 2.4: Logo Elentec Sdn. Bhd.

Rajah 2.4 diatas adalah logo rasmi bagi Elentec Sdn. Bhd. dimana semua

cawangan menggunakan logo yang sama dan mesti dipaparkan di bangunan

syarikat.

1.2.6 MISI

a) Menjadikan syarikat nilai utama dimana firma memainkan

peranan penting dalam melaksanakan kewajiban sosial dalam

menghasilkan produk terbaik berdasarkan kemampuan dan bakat,

kepatuhan terhadap undang- undang dan etika.

b) Menjadikan syarikat sebagai pusat teknologi terbaik di dunia

dengan keupayaan dan peningkatan kemahiran yang berterusan akan

membawa kepada pasaran global.

c) Memahami kepuasan pelanggan dengan memenuhi keperluan

dan membolehkan syarikat mempunyai akses kepada banyak sumber.

d) Menghasilkan pelbagai bakat dan tenaga kerja supaya

suasana tempat kerja menjadi seronok.

14
1.2.7 VISI

Menjadikan Elentec Malaysia Sdn. Bhd. pengeluar teras bagi

komponen teknologi. Seterusnya, memastikan pelanggan dan pekerja

berpuas hati dengan produk dan khidmat Elentec Malaysia Sdn. Bhd.

1.2.8 HALA TUJU ORGANISASI

a) Firma ini berusaha untuk mencipta produk yang terbaik

berdasarkan bakat dan kemahiran yang dimiliki disamping

mematuhi undang-undang dan lembaga yang telah

diselaraskan.

b) Mengekalkan budaya saling mempercayai antara satu sama lain

yang merupakan asas dalam tanggungjawab sosial.

15
1.3 CARTA ORGANISASI

Ahn Young Soo

Rajah 2.5: Carta Organisasi Elentec Malaysia Sdn. Bhd.

Rajah 2.5 menunjukkan carta organisasi Elentec Malaysia Sdn. Bhd.

yang diselia oleh seorang figura yang bernama Dato Ahn Young Soo yang

merupakan pengerusi bagi Elentec Malaysia Sdn. Bhd. Didalam sesuatu

organisasi, carta organisasi ataupun hierakki organisasi merupakan sesuatu

yang amat penting dalam memastikan pengurusan atau pentadbiran firma

tersebut berjalan dengan lancar dan sistematik.

16
1.4 AKTIVITI UTAMA ORGANISASI

Aktiviti utama Elentec Malaysia Sdn. Bhd. adalah menghasilkan

komponen elektronik seperti wire harness. Wire harness ini akan dihasilkan

kemudian dihantar pada syarikat Samsung yang merupakan pengeluar

utama peranti elektronik seperti televisyen, telefon bimbit dan lain-lain. Wire

harness yang dihantar ke Samsung akan melalui proses pemasangan

elektronik yang seterusnya. Seperti yang diketahui,

Elentec Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat pada Samsung. Dibawah

disertakan Rajah 2.6 menunjukkan gambaran wire harness yang dilakukan di

syarikat ini.

Rajah 2.6: Gambaran Wire Harness

Selain daripada penghasilan wire harness, terdapat satu organisasi ODM di

Elentec Malaysia Sdn. Bhd. yang menghasilkan peranti rokok elektronik iaitu
syarikat
KT&G atau dikenali sebagai “Korean Tobacco and Ginseng”. Pelajar yang

menjalani latihan industri di Elentec Malaysia Sdn. Bhd. akan ditempatkan


17
di KT&G kerana produk utama dibuat dan dipasang di. KT&G. KT&G

adalah satu bahagian yang menghasilkan peranti rokok elektronik yang

dikenali sebagai LIL SOLID 2.0. Didalam KT&G semua proses berlaku

didalam satu tempat bermula dari proses pemasangan sehingga berakhir

dengan proses pembungkusan yang akan dihantar ke pelanggan. Dibawah

disertakan Rajah 2.7 menunjukkan logo KT&G dan Rajah 2.8 menunjukkan

carta organisasi yang terdapat didalam KT&G.

Rajah 2.7: Logo KT&G

Ismail

18
Rajah 2.8: Carta Organisasi dalam KT&G
Didalam KT&G terdapat 5 proses penting untuk menghasilkan LIL

SOLID 2.0 sebelum dihantar ke pelanggan iaitu Main Process, Battery

Process, Sub Process, RTD process dan Packing Process. Rajah 2.9

dibawah menunjukkan keseluruhan proses penghasilan LIL SOLID 2.0.

Rajah 2.9: Keseluruhan Proses Penghasilan LIL SOLID 2.0

LIL SOLID 2.0 merupakan rokok elektronik yang berfungsi untuk

mengurangkan risiko bahan kimia yang terdapat didalam sesuatu rokok

untuk para perokok. Alat ini berfungsi dengan puting rokok diletakkan pada

corong peranti dan akan melakukan proses pembakaran dengan kaedah

heating. Berbeza dengan cara pembakaran rokok yang menggunakan

pemetik api. Disamping itu, semasa pembakaran heating berlaku, ia akan

menyerap bahan-bahan kimia yang terdapat didalam puting rokok dan

menjadikan ia lebih selamat untuk digunakan. Hasil daripada penghasilan

19
peranti rokok elektronik ini akan dieksport ke negara luar seperti Ukraine,

Russia, Korea, Romania dan negara-negara lain. Rajah 2.10 dibawah

menunjukkan peranti rokok elektronik yang dikenali sebagai LIL SOLID 2.0.

Rajah 2.10: LIL SOLID 2.0

20
BAB 2

RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

2.1 PENGENALAN

Bab ini adalah merupakan ringkasan keseluruhan aktiviti mingguan

yang dilakukan sepanjang menjalani latihan industri. Berdasarkan aktiviti

yang dilakukan akan ditulis di dalam buku jurnal refleksi secara ringkas

akan diterangkan dalam bab yang meliputi tugas yang diberikan oleh

penyelia. Oleh itu, bahagian ini akan dijelaskan secara ringkas mengenai

aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan semasa menjalani latihan industri

selama 20 minggu. Segala aktiviti yang dilakukan akan diterangkan dari

minggu ke minggu supaya dapat menyimpulkan kerja yang dilaksanakan

dalam masa seminggu sekaligus dapat memudahkan proses penyemakan.

Sepanjang menjalani latihan industri, banyak perkara baru yang telah

didedahkan. Selain daripada mempraktikkan apa yang telah dipelajari di

politeknik, etika dan peraturan ketika berada ditempat kerja juga

didedahkan kepada para pelajar dan ianya perlu dipraktikkan semasa

menjalani latihan industri. Pelajar yang menjalani latihan industri di syarikat

ini akan ditempatkan di bahagian mainline, packing dan sub-line dalam

penghasilan peranti elektronik. Syarikat ini mempunyai 2 shif dan akan

bertukar setiap 2 minggu. Waktu bekerja yang diperuntukkan oleh setiap

pekerja adalah 11 jam sehari termasuk overtime. Waktu operasi syarikat ini

bermula pada pukul 8 pagi hingga 7 malam dan setiap hari isnin hingga

sabtu. Waktu pertukaran shif akan dibuat pada 8 malam hingga 7 pagi.

21
2.2 RINGKASAN MINGGUAN

Berikut adalah ringkasan aktiviti sepanjang saya menjalani latihan


industri di ELENTEC MALAYSIA SDN BHD:

TARIKH / MINGGU JADUAL TUGASAN


MINGGU 1 

MINGGU 2 

MINGGU 3 

22
MINGGU 4 

MINGGU 5  X

MINGGU 6 

MINGGU 7 

MINGGU 8 

23
MINGGU 9 

MINGGU 10 

MINGGU 11 

MINGGU 12 

MINGGU 13

MINGGU 14

MINGGU 15

24
MINGGU 16 

MINGGU 17 

MINGGU 18 

MINGGU 19

MINGGU 20 

BAB 3

25
LAPORAN TEKNIKAL / TUGASAN

3.1 PENGENALAN

Laporan teknikal menjurus kepada tugas-tugas atau kerja yang telah

dilaksanakan semasa latihan industri. Di Elentec Malaysia, proses di KT&G

merangkumi tugasan-tugasan yang terlibat didalam penghasilan peranti

rokok elektronik. Setiap bahagian mempunyai prosedur dan SOP yang

perlu dipatuhi supaya penghasilan produk berjalan lancar dan mencapai

sasaran pengeluaran yang

ditetapkan.

BAB 4

26
KESIMPULAN DAN CADANGAN

4.1 PENGENALAN

Terdapat pelbagai kesan atau dapatan yang diperoleh melalui

medium latihan industri yang dijalankan oleh Politeknik. Latihan industri telah

menjadi satu platform bagi setiap pelajar untuk menimba pelbagai

pengalaman sama ada meningkatkan lagi kefahaman mengenai perkara

yang dipelajari di Politeknik mahupun ilmu baru yang akan membuka mata

serta mengembangkan minda ke arah lebih berdaya saing sekaligus dapat

mengaplikasikan segala teknik mahupun ilmu yang dipelajari semasa berada

di Politeknik. Kesusahan serta cabaran yang telah dilalui sepanjang latihan

industri lansung menjadi kayu ukur tahap kemampuan setiap pelajar dalam

berhadapan suasana bekerja suatu hari nanti tidak kira sektor apa yang

diceburi sekalipun sama ada melakukan kerja di hari persidangan mahupun

di dalam pejabat sahaja. Maka melalui latihan industri ini para pelajar akan

merasai segala pengalaman dan ilmu yang mungkin tidak pernah diperolehi.

4.2 HASIL DAPATAN

Hasil dapatan yang diperolehi sepanjang menjalani latihan industri di

Elentec Malaysia Sdn. Bhd. adalah dapat mempelajari tentang persekitaran

bekerja di alam pekerjaan yang sebenar selain dapat mengaplikasikan

segala ilmu yang telah dipelajari sepanjang menuntut di Politeknik supaya

lebih berkesan dan menguji sejauh mana tahap kefahaman serta kebolehan

yang telah diperolehi. Seterusnya, dapat mengetahui polisi-polisi tertentu

serta skop kerja yang berbeza. Selain itu, latihan industri dapat

27
membentuk disiplin seseorang pelajar untuk sentiasa menepati masa,

bertanggungjawab terhadap tugas yang dilaksanakan serta dapat

menyesuaikan diri dengan keadaan di sekitar tempat kerja bersama pekerja-

pekerja yang tidak kira di luar mahupun di dalam pejabat agar suasana di

tempat kerja akan menjadi lebih harmoni dan tenang tanpa ada rasa aura

negatif. Maka dengan itu, sesuatu kerja atau tugasan yang diberikan oleh

pihak syarikat dapat diselesaikan dengan baik dan sistematik.

4.3 CADANGAN UNTUK PELAJAR

1) Pelajar yang menjalani latihan industri hendaklah menunjukkan

sikap, minat, disiplin dan kesungguhan sepanjang menjalani

tempoh latihan

industri.

2) Pelajar hendaklah menjalinkan hubungan erat antara kakitangan

syarikat dan hendaklah sentiasa ringan tulang dan selalu bertanya

untuk mendapatkan maklumat atau bahan yang berkaitan.

3) Pelajar juga mestilah menjaga nama baik politeknik dan syarikat

serta mempraktikkan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran

yang dipelajari sebagai ilmu pengetahuan yang berguna semasa

menjalani latihan industri.

4.4 CADANGAN UNTUK ORGANISASI

1) Pihak syarikat mestilah memberikan kerjasama, pemerhatian dan

tunjuk ajar kepada pelajar yang sedang menjalani latihan dibawah

28
mereka. Ini kerana pelajar yang datang menjalani latihan industri

adalah buat pertama kali mengenal suasana bekerja yang

sebenar.

2) Pihak syarikat perlulah mendedahkan pelajar dengan perkara-

perkara yang baru supaya ilmu dan kemahiran pelajar

diperluaskan lagi dan mendapat banyak manfaat dari program

latihan industri ini.

3) Pihak syarikat juga diharapkan supaya dapat menyediakan

senarai tugas bagi membolehkan pelajar mengetahui kerja yang

sebenar dalam bidang yang diceburi.

4) Pihak syarikat seharusnya memberikan peluang kepada pelajar

untuk merasai pengalaman yang berbeza-beza dengan

memberikan tugas yang berbeza jika terdapat banyak proses

kerja.

4) Pihak syarikat perlu menjaga keselamatan pekerja dan pelajar

yang menjalani latihan industri di syarikat. Kelengkapan

keselamatan perlu sentiasa disediakan bagi mengelakkan perkara

yang serius berlaku.

4.5 CADANGAN UNTUK POLITEKNIK

1) Pihak politeknik seharusnya memberikan pemantauan dan

sokongan yang lebih kerap terhadap para pelajar untuk melihat

perkembangan mereka agar tidak berlaku sebarang

permasalahan.

29
2) Pihak politeknik hendaklah menyelidik tempat-tempat yang bakal

menempatkan pelajar supaya program ini bersesuaian dengan

apa yang dikehendaki.

4.6 KESIMPULAN

Latihan Industri merupakan salah satu syarat wajib untuk dianugerahkan

Diploma Politeknik oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Program

Latihan Industri bukan sahaja satu platform penting dalam meningkatkan

kemahiran para pelajar dalam bidang masing-masing, malah mereka akan

didedahkan dengan teknik penyediaan dan penulisan laporan yang betul.

Melalui pengalaman berharga ini sudah tentu diharapkan dapat

mengembangkan potensi diri untuk menonjol dalam pasaran kerja bagi

bidang yang berkaitan setelah tamat pengajian nanti.

Secara amnya, latihan industri patut diteruskan kerana ianya

berfungsi memberikan manfaat kepada pelajar dari segi ilmiah pengalaman

sebelum menjejaki ke alam pekerjaan yang sebenar. Dalam hal ini, pelajar

akan melihat gambaran yang jelas serta keadaan dunia pekerjaan yang

sebenar disamping berusaha menyesuaikan diri dengan tugasan-tugasan

yang diberikan kepada pelajar. Kemahiran seperti kepantasan, kecekapan,

dan kebolehan melaksanakan sesuatu kerja dengan efisien serta sistematik

adalah aspek penting yang akan dilihat dalam diri seseorang pelajar apabila

sudah menjejaki alam pekerjaan sebenar. Latihan industri, merupakan satu

alternatif kepada diri pelajar untuk lebih berpengetahuan dan berpengalaman

dalam diri seseorang pelajar. Disamping dapat memberi manfaat kepada diri
30
dari segi memajukan diri dalam melakukan kerja-kerja yang diberikan apabila

memasuki alam pekerjaan.

Sepanjang tempoh hampir enam bulan menjalani latihan industri di

Elentec Malaysia Sdn. Bhd. pelbagai pengalaman kerja telah diberikan serta

banyak ilmu pengetahuan baru yang tidak pernah diketahui sebelum ini

dapat memberi banyak manfaat kepada pelajar. Lantas latihan industri ini

sebenarnya telah membuka mata serta mengembangkan minda para pelajar

terhadap sesuatu perkara yang baru dilihat mahupun dilakukan dan ini akan

meningkatkan lagi ilmu yang akan menjadi satu aset penting dalam mencari

pekerjaan suatu masa nanti. Walaupun latihan industri merupakan perkara

yang diwajibkan untuk semua pelajar, namun ianya merupakan satu peluang

keemasan yang terbaik untuk para pelajar dan tidak sepatutnya dilepaskan

begitu sahaja. Hal ini kerana mereka dapat menimba pengalaman yang luas

dalam pelbagai perkara yang berkaitan dengan kerja seharian. Dengan itu,

para pelajar akan giat mempelajari sesuatu ilmu yang baru serta

meningkatkan lagi daya kemahiran pada perkara tersebut. Tuntasnya,

bidang perindustrian di Malaysia kini telah semakin pesat membangun dan

mula mendapat kesedaran daripada semua pihak. Maka, tenaga mahir

sudah tentu amat diperlukan dalam sektor ini serta dalam industri eletrik dan

eletronik bagi meningkatkan lagi kualiti kerja bidang perindustrian ini. Selari

dengan ini, generasi muda adalah merupakan tunjang utama yang bakal

melahirkan tenaga mahir yang berkualiti serta proaktif pada masa akan

datang. Perancangan dan kerjasama baik di antara Institusi Pengajian Tinggi

Awam dan Swasta serta syarikat-syarikat perindustrian adalah amat penting

dan merupakan satu medium yang berkesan untuk melahirkan generasi atau

31
tenaga pekerja separa professional yang berkemahiran dalam pelbagai

bidang kerjaya pada masa hadapan.

32

You might also like