You are on page 1of 47

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

MOHAMAD ALIFF IMRAN BIN MOHAMAD AZARIZAL


01DDT20F1053

MICROLAB TECHNOLOGY SDN BHD,


LEVEL 7, PERAK TECHNO TRADE CENTRE (PTTC),
BANDAR MERU RAYA, OFF JLN JELAPANG, 30020, IPOH,
PERAK.

SESI I 2022/ 2023


PENGESAHAN PELAJAR

“Saya akui laporan Latihan Industri ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dari
ringkasan yang tiap- tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

DISEDIAKAN OLEH

TANDATANGAN : ………………………….

NAMA : MOHAMAD ALIFF IMRAN BIN MOHAMAD AZARIZAL

NO. PENDAFTARAN : 01DDT20F1053

TARIKH : 17/2/2023

DISAHKAN OLEH

TANDATANGAN : ………………………….

NAMA : EN. KHAIRUL RIZAL BIN MUHAMMAD YUSUF

TARIKH : 17/2/2023

ii
PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan izin- Nya Laporan Latihan Industri
ini boleh disempurnakan. Seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Politeknik, saya telah
menjalani program Latihan Industri ini dalam tempoh yang ditetapkan iaitu sepanjang
satu semester (4 bulan) bermula 17 Oktober 2022 sehingga 03 March 2023 untuk sesi I
2022/2023.

Saya Mohamad Aliff Imran bin Mohamad Azarizal (01DDT20F1053) Politeknik Ungku
Omar yang mengikuti kursus Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) telah
berjaya menyempurnakan sesi latihan Industri di Microlab Technology Sdn Bhd. Banyak
pengalaman dan pengetahuan yang telah saya perolehi dalam tempoh selama 20
minggu.

Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Microlab
Technology terutama kepada Encik Azraie Radin Mahyuddin selaku Ketua Perniagaan
dan Operasi kerana sudi menerima saya menjalani Program Latihan Industri di sini.
Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada penyelia saya, Encik Khairul Rizal bin
Muhamad Yusuf dan Encik Meor Mohd Ruzainie bin Zaiyan kerana telah banyak
memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya di sini, tidak dilupakan juga staf-staf
di sini yang telah menganggap saya sebagai pekerja sekerja dan banyak membantu
saya dalam mengupayakan program Latihan Industri ini. Segala ilmu yang saya perolehi
di sini tidak akan saya lupakan walaupun di luar bidang saya kerana di sini banyak
pengalaman yang telah saya peroleh.

Juga diucapkan jutaan terima kasih kepada Unit Pelatihan Industri Industri (UPLI),
Politeknik Ungku Omar yang banyak memberikan tunjuk ajar dan pengetahuan yang
berguna sepanjang saya menjalankan Program Latihan Industri. Akhir kata, jutaan
terima kasih kepada semua yang terlibat langsung atau tidak langsung dalam
penghasilan laporan saya ini.

Sekian, Terima Kasih.

iii
ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN MUKA SURAT
Tajuk i
Pengesahan Pelajar ii
Penghargaan iii
Isi Kandungan iv
Senarai Jadual v
Senarai Rajah vi
Senarai Lampiran vii
Ringkasan Eksekutif viii

BAB 1: PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI LATIHAN


1.1 Pengenalan Latihan Industri 1
1.2 Latar belakang Organisasi 2
1.3 Pengenalan Organisasi 3
1.4 Lokasi Organisasi 4
1.5 Ahli Lembaga Pengarah dan Carta Organisasi 5
1.6 Aktiviti Utama Organisasi 6

BAB 2: RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI


2.1 Pengenalan 7
2.2 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri 8

BAB 3: LAPORAN TEKNIKAL


3.1 Pengenalan 19
3.2 Peralatan yang Digunakan 20
3.3 Proses Kerja 22

BAB 4: KESIMPULAN DAN CADANGAN


4.1 Kesimpulan 32
4.2 Cadangan 33
RUJUKAN
LAMPIRAN

iv
SENARAI JADUAL

JADUAL MUKA SURAT

Jadual 2.1: Ringkasan Aktiviti 18

v
SENARAI RAJAH

RAJAH MUKA SURAT


Rajah 1.1: Logo Microlab Technology Sdn. Bhd. 2
Rajah 1.2: Bangunan Perak Techno Trade Centre (PTTC) 4
Rajah 1.3: Lokasi Syarikat Microlab Technology Sdn. Bhd. 4
Rajah 1.4: Ahli Lembaga Pengarah 5
Rajah 1.5: Carta Organisasi Syarikat 5
Rajah 3.1: Komputer 20
Rajah 3.2: Mesin Pencetak pelbagai Fungsi 20
Rajah 3.3: Krimping 21
Rajah 3.4: Penguji Kabel Rangkaian LAN 21
Rajah 3.5: Potong kabel UTP 23
Rajah 3.6: Luruskan kabel UTP 23
Rajah 3.7: Susun kabel mengikut warna 24
Rajah 3.8: Kepitkan kabel 24
Rajah 3.9: Menguji kabel 25
Rajah 3.10: Memuat naik pelan lantai 26
Rajah 3.11: Melakar halangan 27
Rajah 3.12: Persekitaran mengikut kekuatan isyarat 27
Rajah 3.13: Persekitaran mengikut kadar kelajuan 28
Rajah 3.14: Eksport lakaran 28
Rajah 3.15: Buka settings 29
Rajah 3.16: Tambah Printer 29
Rajah 3.17: Tambah Printer menggunakan IP Address 30
Rajah 3.18: Memilih TCP/IP Device 30
Rajah 3.19: Memasukkan IP Address Printer 31
Rajah 3.20: Printer berjaya dipasang 31

vi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Aktiviti- aktiviti sepanjang Latihan Industri

vii
RINGKASAN EKSEKUTIF

Sepanjang 20 minggu menjalani Latihan Industri di Microlab Technology Sdn. Bhd.


saya telah ditempatkan di bahagian Rangkaian dan Infrastruktur, saya telah banyak
didedahkan dengan pelbagai kemahiran amali dan insaniah selain mengaplikasikan ilmu
yang telah dipelajari semasa kelas teori. Antara tugasan yang telah dijalankan ialah
melakukan penamatan kabel UTP, melakar ‘Heat Map’, memasang RAM ke dalam PC
serta mempelajari cara konfigurasi Switch dan Access Point. Kesimpulannya, program
latihan industri ini merupakan satu program yang banyak memberi manfaat serta
pendedahan dan pengenalan kepada pelajar tentang pelbagai aspek khususnya dalam
bidang Sains dan Teknologi. Secara tidak langsung, ianya juga dapat mewujudkan sikap
lebih berdisiplin, bertanggungjawab dan berupaya menguji keyakinan diri dalam
membuat sesuatu keputusan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Justeru itu,
Latihan Industri ini dapat memenuhi objektif dalam melahirkan graduan yang berkualiti
dari segi mental dan fizikal bagi mengisi kekosongan di dalam alam pekerjaan pada
masa akan datang.

viii
BAB 1

PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI LATIHAN

1.1 PENGENALAN
Kursus Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) merupakan salah
satu daripada kursus pengajian yang ditawarkan di Politeknik Ungku Omar
dimana ianya mengambil masa selama dua tahun setengah. Semasa berada di
semester ke- 7 pelajar diwajibkan untuk menjalani Latihan Industri (LI) ini adalah
syarat yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Politeknik dan tempoh
Latihan Industri yang ditentukan adalah selama 4 bulan.

Pada keseluruhannya, Latihan Industri (LI) adalah satu pembelajaran dari


segi teori dan amali yang dijalankan di luar kampus. Latihan dari segi amali
dipratikkan dalam tempoh latihan tersebut. Latihan ini juga merupakan pra-
syarat dalam penganugerahan Diploma Politeknik kepada kepada pelajar yang
tamat pengajian. Dengan ini, para penuntut Politeknik semua harus memandang
serius terhadap Latihan Industri ini dan kita tidak boleh memandang remeh
sahaja. Melalui Latihan Industri inilah kita akan dapat merasai suasana alam
pekerjaan yang sebenarnya.

1
1.2 LATAR BELAKANG ORGANISASI

Rajah 1.1: Logo Microlab Technology Sdn Bhd

Nama Syarikat : Microlab Technology Sdn. Bhd.


Tarikh Diperbadankan : 27 March 2019
Ketua Perniagaan dan Operasi : Encik Azraie Radin Mahyuddin
Alamat Premis : Level 7, Perak Techno Trade Centre

(PTTC), Bandar Meru Raya, Off Jln


Jelapang, 30020, Ipoh, Perak.
Aktiviti Syarikat : Pengurusan Peruncitan

Microlab Technology Sdn. Bhd. ditubuhkan pada Mac 2019, pada mulanya
merupakan Bahagian Teknologi Maklumat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak
(PKNP). Sebagai anak syarikat milik penuh PKNP, mereka menerokai segmen
pasaran keperluan ICT di Malaysia dan khususnya di Negeri Perak yang semakin
berkembang dari hari ke hari.

2
1.3 PENGENALAN ORGANISASI
Syarikat ini mempunyai visi dan misi yang jelas dan tersendiri. Disamping
visi dan misi tersebut, syarikat ini juga berhasrat untuk membantu masyarakat di
Malaysia khususnya di Negeri Perak dengan menyediakan perkhidmatan yang
terbaik dalam bidang teknologi yang semakin hari semakin berkembang.

i. Visi
• Memfokuskan kepada transformasi persekitaran digital Negeri Perak.
• Melahirkan modal insan berkemahiran tinggi.
• Meningkatkan kesejahteraan ekonomi & sosial rakyat Negeri Perak.

ii. Misi
• Berdedikasi untuk berkembang bersama-sama dengan pelanggan
dengan menyediakan penyelesaian yang paling sesuai untuk
keperluan dan rancangan ICT mereka.
• Menyediakan perkhidmatan berorientasikan kualiti dan kos efektif
yang direka untuk memenuhi keperluan pelanggan yang menjanjikan
kepuasan maksimum.
• Komited untuk merapatkan jurang dengan penglibatan erat dengan
pelanggan melalui perkongsian maklumat mengenai kemas kini
teknologi, menyediakan pendekatan perundingan satu-sama-satu
yang menggunakan infrastruktur ICT semasa untuk memanfaatkan
sepenuhnya pulangan pelaburan mereka.
• Dinamik dan fleksibel dalam menawarkan produk dan perkhidmatan
dengan pakej komprehensif yang berpatutan.

3
1.4 LOKASI ORGANISASI

Microlab Technology Sdn Bhd terletak secara strategik di tengah-tengah


Bandar Meru Raya di tingkat 7 Perak Techno Trade Centre. Lokasinya dianggap
begitu strategik kerana berhampiran jalan utama, terdapatnya kemudahan parkir
kenderaan yang luas dan sebagainya.

Rajah 1.2: Bangunan Perak Techno Trade Centre (PTTC)

Rajah 1.3: Lokasi Syarikat Microlab Technology Sdn. Bhd.

4
1.5 AHLI LEMBAGA PENGARAH DAN CARTA ORGANISASI

1.5.1 AHLI LEMBAGA PENGARAH

Rajah 1.4: Ahli Lembaga Pengarah

1.5.2 CARTA ORGANISASI

Rajah 1.5: Carta Organisasi

5
1.6 AKTIVITI UTAMA ORGANISASI
a) Waktu Beroperasi:

Hari : Isnin – Jumaat


Waktu : 8.00 pagi – 5.00 petang
Cuti : Sabtu dan Ahad

b) Antara perkhidmatan yang ditawarkan di Microlab Technology Sdn. Bhd:

i. Infrastruktur & Keselamatan:


• Penyelenggaraan rangkaian tanpa wayar (wireless)
• Pengurusan kabel
• Penyelenggaraan rangkaian keselamatan
• Penyelenggaraan keselamatan e-mel
• Pemasangan talian Internet
• Pemasangan sistem akses pintu
ii. Sistem & Aplikasi
• Perkhidmatan laman web
• Pembangunan sistem
iii. Perkhidmatan Pengkomputeran
• Pembekalan perkakasan IT, produk rangkaian
iv. Perkhidmatan Penyumberan Luar IT
• Perkhidmatan Penyelenggaraan
• Khidmat sokongan teknikal
• Perkhidmatan Operasi & Pengurusan IT
• Penyelenggaraan Perkakasan & Perisian
v. Kemudahan Sewaan Makmal Komputer

6
BAB 2

RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

2.1 PENGENALAN
Bab ini merangkumi sepanjang aktiviti yang pelajar lakukan semasa
dalam tempoh Latihan Industri. Tarikh permulaan adalah 17 Oktober 2022
sehingga 3 March 2023 bersamaan dengan 20 minggu. Setiap laporan Latihan
Industri yang ditulis di dalam buku jurnal refleksi adalah merupakan satu catatan
dari rekod rasmi untuk melaporkan tugasan yang berkaitan perjalanan Latihan
Industri.

Sepanjang menjalani Latihan Industri yang bertempat di Microlab


Technology Sdn Bhd, pelajar telah mengikuti segala peraturan- peraturan yang
telah ditetapkan sama seperti kakitangan di syarikat ini. Setiap hari secara rasmi,
waktu bekerja bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang
iaitu pada hari Isnin hingga Jumaat. Manakala hari Sabtu dan Ahad syarikat ini
tidak beroperasi (cuti). Semasa latihan, pelajar telah didedahkan dengan
pelbagai pengalaman kerja berkaitan dengan rangkaian dan infrastruktur.

7
2.2 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

Sepanjang pelajar menjalani Latihan Industri di syarikat ini, pelajar diberi

kepercayaan dan keyakinan untuk membantu staff yang bertugas menyiapkan

segala kerja tepat pada masanya. Pelajar juga diberi penjelasan dalam bentuk

perbincangan dan bersoal jawab antara satu sama lain serta diberi kesempatan

untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang cara sesuatu peranti di dalam

rangkaian berfungsi.

Berikut adalah Jadual 1 di mana ringkasan aktiviti yang dilakukan sepanjang

berada di Microlab Technology Sdn Bhd.

MINGGU AKTIVITI

i. Melapor diri di Microlab Technology


Sdn Bhd.
ii. Sesi memperkenalkan diri dan
mendengar taklimat dari penyelia.
iii. Diperkenalkan dengan infrastruktur
rangkaian yang digunakan di dalam
Minggu 1
organisasi.
(17 Oktober – 21 Oktober)
iv. Diajar cara memantau Firewall
'FortiGate 100F' dan Sistem
Pemantauan Rangkaian, 'Zabbix'.
v. Diajar cara konfigurasi Switch
secara amali menggunakan ‘PuTTY’
vi. Diperkenalkan dengan ‘Web Rock’
untuk merekod tugasan yang akan
dan telah disiapkan.
vii. Diterangkan fungsi iDRAC pada
server.

8
MINGGU AKTIVITI

i. Membuat tinjauan tapak sebelum


kerja- kerja menanam tiang Internet
dengan mengambil kira pelbagai
Minggu 2
faktor dan kaedah yang akan
(25 Oktober – 28 Oktober) digunapakai.
ii. Mempelajari cara pemasangan WiFi
dan CCTV.
iii. Mempelajari cara pemasangan dan
konfigurasi telefon tanpa wayar.
iv. Membuat penghantaran produk
yang dibeli oleh pelanggan.

i. Diajar cara merancang kedudukan


‘Access Point’ yang terbaik.
ii. Membuat penyambungan kabel
UTP.
Minggu 3 iii. Memasang ‘Metasploitable 2
Machine’ dan ‘Windows Server
(31 Oktober – 3 November)
2022’ di dalam Virtual Box.

9
MINGGU AKTIVITI

i. Mempelajari cara konfigurasi


Wireless Router dengan
‘Winbox64’.
Minggu 4
ii. Mempelajari cara melakar ‘Heat
(7 November – 11 November) Map’ menggunakan Ruijie.
iii. Membuat pemasangan kabel
Internet.
iv. Melakukan konfigurasi Access
Point.
v. Mengkrim dan menguji kabel
RJ45 setelah siap dipasang.

i. Diperkenalkan dengan Server


Apple.
ii. Diterangkan dengan perbezaan
di antara Hyper-V dan VMware.
iii. Mempelajari cara reset Windows
Minggu 5
Server 2012.
(14 November – 17 November)
iv. Diajar cara membuat Bootable
USB dengan menggunakan
Rufus.

10
MINGGU AKTIVITI

i. Ditugaskan untuk membantu


pelanggan mengakses printer
menggunakan PC.
Minggu 6
ii. Mempelajari cara- cara
(21 November – 25 November) menghubungkan printer ke
laptop.
iii. Membuat penamatan kabel
UTP di Data Center.
iv. Diperkenalkan dengan sistem
pemadam kebakaran yang
digunakan di Data Center.
v. Membuat pemeriksaan pada
rangkaian di pejabat
pelanggan.

i. Diterangkan mengenai VLAN


Trunking Protocol (VTP).
ii. Mempelajari bagaimana
sesuatu peranti berfungsi.
Minggu 7 iii. Membantu mengemas
pejabat.
(28 November – 2 Disember)
iv. Mencabut Access Point di
pejabat pelanggan.

11
MINGGU AKTIVITI

i. Diajar cara konfigurasi pada


Switch dan Firewall.
ii. Membuat pertemuan dengan
Minggu 8
kontraktor utama dengan
(5 Disember – 9 Disember) membincangkan hal projek.
iii. Melakukan restart kepada
server dan menambahkannya
sebagai host di dalam Zabbix.
iv. Membuat pemeriksaan pada
rangkaian di kawasan
pelanggan.

i. Membuat tinjauan di pejabat


pelanggan dan mengenalpasti
masalah yang berlaku.
ii. Diterangkan berkenaan
Minggu 9 rangka projek.
iii. Diarahkan untuk membantu
(12 Disember – 16 Disember)
pelanggan mengakses
Internet menggunakan laptop.
iv. Menulis Laporan Latihan
Industri.

12
MINGGU AKTIVITI

i. Melakukan tinjauan tapak


selepas mengkaji topologi
logikal yang diberi pelanggan.
Minggu 10
ii. Membantu memunggah
(19 Disember – 23 Disember) barang- barang yang dibeli dari
dalam lori.
iii. Memasang RAM dan
beberapa aplikasi ke dalam PC
milik pelanggan.
iv. Menyambung menulis laporan
Latihan Industri.

i. Menghantar dan memasang


PC di pejabat pelanggan.
ii. Diberi tugasan untuk
mengenalpasti beberapa
Minggu 11 kelemahan yang terdapat di

(27 Disember – 30 Disember) dalam pejabat pelanggan.


iii. Membentangkan berkenaan
carian yang telah dibuat.
iv. Diterangkan jenis- jenis
proposal dan cara menulis
dengan betul.
v. Mempelajari cara
menggantikan hard disk di
dalam server.

13
MINGGU AKTIVITI

i. Mula membuat slide


pembentangan berkenaan
Laporan Latihan Industri.
Minggu 12
ii. Menghantar dan memasang
(2 Januari – 6 Januari) PC yang disewa kepada
pelanggan.
iii. Melakukan tinjauan tapak di
pejabat pelanggan.
iv. Mempelajari cara menambah
user pada mesin pengimbas
cap jari di pejabat pelanggan.

i. Membincangkan berkenaan
topologi logikal dan konfigurasi
VTP di dalam Packet Tracer.
ii. Diarahkan untuk membantu
Minggu 13 pelanggan mengakses Wifi
menggunakan telefon pintar.
(9 Januari – 13 Januari)
iii. Membuat pemasangan PC di
pejabat pelanggan.
iv. Membuat konfigurasi pada
Wireless Router.
v. Diterangkan berkenaan
mengapa sesuatu polisi di
dalam Firewall dilakasanakan.
vi. Diterangkan bagaimana
sesuatu kesesakan pada
rangkaian boleh berlaku.

14
MINGGU AKTIVITI

i. Membuat tinjauan tapak di


kawasan pelanggan.
ii. Membuat konfigurasi pada
Minggu 14 Wireless Router.
iii. Diterangkan dengan dua jenis
(16 Januari – 20 Januari)
Virtual Private Network (VPN),
iaitu Proxy dan Tunnel.
iv. Ditunjukkan bagaimana
Aplikasi Chrome Remote
Desktop berfungsi.
v. Memasang perisian Anti Virus
ke dalam PC milik pelanggan.
vi. Membuat kerja menarik kabel
Internet di pejabat pelanggan.

i. Menyambung menyiapkan
slide pembentangan Laporan
Latihan Industri.
ii. Membantu memasang para

Minggu 15 pada rak server di Data


Center.
(23 Januari – 27 Januari)
iii. Membuat persediaan untuk
sesi pembentangan Latihan
Industri bersama pemantau.
iv. Membentangkan hasil laporan
Latihan Industri bersama
pemantau.

15
MINGGU AKTIVITI

i. Membantu menyempurnakan
pemasangan Access Point
dengan melakukan
Minggu 16 penamatan kabel RJ45 dan
melekatkan penutup wayar di
(30 Januari – 3 Februari)
dinding.
ii. Diperkenalkan dengan sistem
Data Center Infrastructure
Management (DCIM) yang
digunakan untuk mengurus
peranti ataupun aset yang
digunakan di Data Center.
iii. Ditugaskan untuk mengambil
gambar Bilik Riser di setiap
aras untuk proses
pendokumentasian.

i. Membantu dalam kerja


pemasangan peranti Face
Recognition di pejabat
Minggu 17 pelanggan.
ii. Mempelajari cara penamatan
(6 Februari – 10 Februari)
kabel yang betul.
iii. Diperkenalkan dengan sistem
GLPI yang juga digunakan
untuk mengurus aset di Data
Center.
iv. Merekod maklumat domain
client ke dalam sistem GLPI.

16
MINGGU AKTIVITI

i. Ditugaskan untuk menangkap


gambar aset pada rak server di
Data Center dan merekod
Minggu 18 maklumat tersebut ke dalam
sistem GLPI.
(13 Februari – 17 Februari)
ii. Diarahkan untuk membantu
pelanggan yang mengalami
masalah untuk mengakses
pada Internet.
iii. Diterangkan berkenaan
sebuah perisian yang
digunakan untuk remote
desktop iaitu TightVNC.
iv. Diarahkan untuk mengambil
maklumat komputer peribadi
pelanggan seperti IP Address
dan nama desktop untuk diberi
pengecualian pada polisi di
firewall.

i. Mempelajari cara konfigurasi


Access Point dan Router
dengan menggunakan telefon
pintar.
ii. Membuat konfigurasi Access
Minggu 19
Point di Masjid Negeri Perak.
(20 Februari – 24 Februari)
iii. Menyempurnakan
pendokumentasian maklumat
pada rak server di dalam
sistem GLPI.

17
MINGGU AKTIVITI

i. Mengemaskini Laporan
Latihan Industri.
ii. Diajarkan mengenai cara
Minggu 20 memindahkan konfigurasi
Firewall Fortigate ke model
(27 Februari – 3 March)
yang baru.
iii. Ditugaskan untuk membantu
pelanggan mengakses kepada
Wifi.
iv. Mempelajari berkenaan
dengan Domain dan
Workgroup pada Windows.
v. Ditugaskan untuk mengambil
maklumat Serial Number pada
setiap aset di dalam Data
Center untuk direkodkan di
dalam sistem GLPI.

Jadual 2.1: Ringkasan Aktiviti.

18
BAB 3

LAPORAN TEKNIKAL

3.1 PENGENALAN

Laporan teknikal adalah bahagian laporan yang meliputi kerja- kerja yang
dilakukan sepanjang tempoh latihan industri. Laporan teknikal ini menerangkan
tentang kerja- kerja teknikal yang dibuat atau diajarkan kepada pelajar selama
20 minggu. Sepanjang menjalani latihan ini, saya telah ditempatkan di Microlab
Technology di bahagian rangkaian dan infrastruktur.

Pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalani latihan industri ini


adalah amat berharga kerana sebelum ini saya hanya didedahkan melalui teori
semasa kuliah. Namun ianya amat berbaloi kerana saya dapat melihat sendiri
dan berkesempatan mempelajari bidang rangkaian ini dengan lebih mendalam.
Oleh itu, serba sedikit ianya membantu saya membandingkan dengan apa yang
telah saya pelajari selama ini. Ilmu yang diselangi dengan pengalaman ini dapat
membantu saya lebih memahami dan memupuk minat terhadap ilmu Sains dan
Teknologi ini.

Sepanjang tempoh latihan industri di syarikat ini, saya berpeluang untuk


mempelajari hampir kesemua yang ada terdapat di dalam syarikat. Perkara ini
meliputi bahagian teknikal, keselamatan maklumat dan rangkaian. Sedikit
sebanyak diperkenalkan dengan kepelbagaian kerjaya yang terdapat dalam
bidang Teknologi Maklumat yang memerlukan kerjasama antara satu sama lain
bagi memastikan sesuatu proses dapat dijalankan dengan jayanya.

19
3.2 JENIS PERALATAN YANG DIGUNAKAN

Dalam melaksanakan sesuatu tugas, terdapat banyak peralatan yang


digunakan untuk memudahkan sesuatu kerja itu disiapkan. Malah pada zaman
yang serba moden dan canggih ini, semua pejabat pastinya memiliki peralatan-
peralatan yang tersendiri untuk mepercepatkan sesusatu kerja tersebut.

3.2.1 Komputer

Rajah 3.1: Komputer.

Berfungsi sebagai alat yang digunakan untuk mempercepatkan kerja-


kerja seperti memasukkan data, membuat laporan, menyimpan data dan
menganalisis data. Ia juga berfungsi untuk berkomunikasi dan melayari
Internet.

3.2.2 Pencetak Pelbagai Fungsi

Rajah 3.2: Mesin Pencetak pelbagai Fungsi.

Digunakan bagi kerja- kerja untuk membuat salinan ke atas dokumen


dalam jumlah yang banyak. Alatan ini juga berfungsi untuk mencetak
dokumen yang diterima melalui Internet atau Emel.

20
3.2.3 Krimping

Rajah 3.3: Krimping.

Merupakan alat untuk memasang kabel UTP ke konektor RJ-45 / RJ-11.


Mempunyai pelbagai bentuk dan fungsi, seperti boleh memotong kabel,
mengupas dan sebagainya.

3.2.4 Penguji Kabel Rangkaian LAN

Rajah 3.4: Penguji Kabel Rangkaian LAN.

Digunakan untuk menguji sambungan kabel rangkaian yang telah dibuat


serta untuk mengenal pasti dan mencari hujung kabel.

21
3.3 PROSES KERJA YANG DILAKUKAN

Berikut adalah kandungan latihan yang telah saya pelajari sepanjang


latihan industri. Terlalu banyak kerja- kerja penyelenggaraan dan konfigurasi
yang telah saya lakukan sepanjang tempoh tersebut. Antaranya, melakukan
penamatan kabel UTP, melakar Heat Map menggunakan Ruijie, memasang
rangkaian printer menggunakan TCP/ IP dan banyak lagi.

3.3.1 Penamatan Kabel UTP

Kabel Rangkaian merupakan perantara di mana maklumat


bergerak dari satu peranti rangkaian ke satu peranti rangkaian yang lain.
Pemilihan jenis-jenis kabel adalah berkait rapat dengan saiz rangkaian,
protokol dan topologi. Dalam konteks ini kabel yang akan digunakan ialah
Kabel Tidak Berlapik Pasangan Berpintal (Unshielded Twisted Pair -
UTP) dengan Penyambung RJ 45. Proses ini perlu dilakukan dengan
amat teliti dan cermat. Antara alatan yang diperlukan ialah:

• Kabel UTP
• Kepala Penyambung RJ45
• Pemotong Wayar
• Krimping (Crimping)
• Penarik Kabel (Cable Stripper)
• Penguji Kabel Rangkaian LAN (Cable Tester)

22
Rajah 3.5: Potong kabel UTP.

Langkah 1

Potong dan tanggalkan pembalut kabel rangkaian dengan menggunakan


Penarik Kabel (Cable Stripper).

Rajah 3.6: Luruskan kabel UTP.

Langkah 2

Lepaskan simpulan pada pada kabel dan luruskan dengan menggunakan


jari. Potong hujung kabel agar semuanya sebaris.

23
Rajah 3.7: Susun kabel mengikut warna.

Langkah 3

Pegang Kepala Penyambung RJ45 dan pastikan klipnya menghadap ke


bawah. Masukkan kabel perlahan- lahan kedalam. Susunan kabel
mestilah mengikut peraturan pengkabelan yang ditetapkan.

Rajah 3.8: Kepit kabel.

Langkah 4

Kepitkan kabel dengan menggunakan Krimping.

Langkah 5

Ulang prosedur 1 hingga 5 untuk memasang sebelah kepala


penyambung RJ45.

24
Rajah 3.9: Menguji kabel.

Langkah 6

Menguji kabel yang telah siap dipasang dengan menggunakan Penguji


Kabel Rangkain LAN. Pastikan lampu pada peguji menyala mengikut
turutan nombor yang sepatutnya, Akhir sekali, labelkan kedua- dua
hujung kabel bagi memudahkan proses di masa hadapan.

25
3.3.2 Melakar ‘Heat Map’ Menggunakan Ruijie

Selepas melakukan tinjauan tapak, adalah digalakkan untuk


melakar ‘Heat Map’ tujuannya untuk mengenal pasti lokasi terbaik
meletakkan ‘Access Point’ dan melakukan perbandingan pada prestasi
pada sesuatu model. Di sini, kami menggunakan laman web Ruijie Cloud
yang mempunyai fungsi untuk menganalisis persekitaran dan juga
mengesyorkan model serta bilangan yang diperlukan.

Selain itu, ‘Heat Map’ ini akan memaparkan kekuatan isyarat


‘Access Point’ berdasarkan kod warna pada pelan lantai yang telah
dimuat naik.

Langkah 1

Pertama sekali, muat naik pelan lantai yang akan digunakan untuk
melakar ‘Heat Map’ mengikut format fail yang telah ditetapkan dan tekan
‘Import’.

Rajah 3.10: Memuat naik pelan lantai.

26
Langkah 2

Lakarkan halangan yang terdapat dalam pelan mengikut pilihan halangan


yang terdapat seperti dinding, cermin dan sebagainya.

Rajah 3.11: Melakar halangan.

Langkah 3

Tambahkan ‘Access Point’ pada pelan dan pastikan kekuatan isyarat


meliputi keseluruhan persekitaran.

Berikut merupakan persekitaran dengan kekuatan isyarat:

Rajah 3.12: Persekitaran mengikut kekuatan isyarat.

27
Berikut merupakan pelan mengikut kadar kelajuan ‘Access Point’:

Rajah 3.13: Persekitaran mengikut kadar kelajuan.

Setelah selesai proses melakar dan mengenal pasti model yang akan
digunakan, eksport lakaran ‘Heat Map’ tersebut untuk proses
pendokumentasian.

Rajah 3.14: Eksport lakaran.

28
3.3.3 Memasang Rangkaian Mesin Pencetak Menggunakan TCP/ IP

Langkah 1

Buka ‘Settings’ dan klik pada ‘Devices’.

Rajah 3.15: Buka settings.

Langkah 2

Seterusnya, klik ‘Printers & Scanners’ dan klik ‘Add a printer or scanner’.

Rajah 3.16: Tambah Printer.

29
Langkah 3

Kemudian, klik pada pilihan yang ketiga iaitu ‘Add a printer using an IP
address or hostname’ dan klik ‘Next’.

Rajah 3.17: Tambah Printer menggunakan IP Address.

Langkah 4

Seterusnya, pilih ‘TCP/ IP Device’ pada ‘Device Type’. Masukkan IP


Address atau Nama mesin pencetak yang telah ditetapkan. Kemudian,
klik ‘Next’.

Rajah 3.18: Memilih TCP/IP Device

30
Langkah 5

Kemudian, masukkan IP Address printer yang hendak digunakan dan


klik ‘Next’.

Rajah 3.19: Masukkan IP Address Printer.

Langkah 6
Akhir sekali, klik ‘Finish’. Printer berjaya dipasang ke dalam PC.

Rajah 3.20: Printer berjaya dipasang.

31
BAB 4

KESIMPULAN DAN CADANGAN

4.1 KESIMPULAN

Kesimpulannya, program latihan industri ini merupakan satu program


yang mempunyai pelbagai manfaat serta pendedahan kepada pelajar tentang
pelbagai aspek dalam bidang Sains dan Teknologi dan peranan pelatih dalam
sesuatu kerja. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) telah menetapkan
semua pelajar Politeknik untuk menjalani latihan industri ini sebagai syarat
sebelum menerima sijil Diploma.

Selain itu, ia juga dapat mengimbangkan pengetahuan setiap pelatih


sebagai seorang pelajar Teknologi Maklumat yang bukan sahaja berkemampuan
dari segi teori malah praktikal juga dapat ditonjolkan. Ia adalah suasana yang
berbeza di mana pelajar perlu lebih berdisiplin, bertanggungjawab, amanah dan
professional dalam segala hal. Semasa menjalani latihan industri ini, pelajar telah
didedahkan kepada suasana pekerjaan sebenar di mana mereka telah
ditempatkan bersama- sama mereka yang telah lama berkecimpung di dalam
bidang Teknologi Maklumat. Hal ini sedikit sebanyak akan memberikan
pengalaman yang amat berharga kepada mereka.

Pengalaman yang diperoleh ini amat berguna kepada pelajar agar dapat
bersedia menempuhi alam pekerjaan sebenar walaupun tempoh yang diberikan
semasa latihan adalah singkat. Apa yang penting sebenarnya adalah ilmu yang
diberikan oleh penyelia dan para staff sepanjang menjalani latihan industri. Oleh
yang demikian, setiap pelajar dapat menggunakan kemahiran teori dan amali
untuk digabungkan bersesuaian dengan situasi sebenar. Dengan ini, tidak
dianafikan segala ilmu pengetahuan semasa latihan ini akan digunakan semasa
menempuh alam pekerjaan. Di samping kemahiran bekerja, pelajar juga dapat
memantapkan lagi kemahiran insaniah dengan cara berkomunikasi dengan lebih
ramai masyarakat dalam pelbagai peringkat umur dan jawatan di dalam
sesebuah organisasi.

32
4.2 CADANGAN

Setelah menjalani latihan industri selama 20 minggu, terdapat banyak


perkara yang telah saya pelajari sepanjang ditempatkan di bahagian Rangkaian
dan Infrastruktur. Dengan adanya latihan ini, saya telah didedahkan kepada
alam pekerjaan yang sebenar. Selain itu saya dapat belajar cara berkomunikasi
dengan pelbagai peringkat umur dan pangkat dan ini meningkatkan keyakinan
saya dalam kemahiran insaniah serta menjadikan saya lebih matang apabila
dapat berkongsi pendapat, nasihat dan sebagainya semasa bergaul.

Saya juga dapat mengaplikasikan apa yang telah saya pelajari secara
teori di politeknik kepada amali di sini. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu
pemahaman saya dalam teori yang tidak dapat difahami sepenuhnya yang
berkaitan dengan rangkaian komputer khususnya.

Oleh yang demikian, saya mencadangkan kepada pihak pengurusan


politeknik untuk menambah lebih banyak lagi jam kredit dalam menjalankan
amali di dalam modul bagi setiap semester. Ini adalah kerana saya dapati
bahawa apa yang dipelajari secara amali lebih mudah berbanding teori. Hal ini
secara tidak langsung juga dapat membantu pemahaman teori pelajar. Selain
itu, saya mencadangkan supaya pihak syarikat juga hendaklah menjalankan
promosi di semua Institusi pengajian tinggi untuk memperkenalkan syarikat dan
membuka peluang lebih ramai kepada pelatih untuk menjalani latihan industri di
syarikat ini.

33
RUJUKAN

Pinola, M. (2022, April 26). How to add a printer in Windows 10. LaptopMag, from

https://www.laptopmag.com/articles/add-printer-windows-10

Cara Penulisan Laporan Latihan Industri Langkah Demi Langkah. (2018, September 30),

from https://www.maukerja.my/blog/ms/17558/cara-penulisan-laporan-latihan-

industri-langkah-demi-langkah
LAMPIRAN A

Berikut merupakan aktiviti- aktiviti yang dilakukan sepanjang Latihan Industri:

Rajah 5.1: Mempelajari fungsi iDRAC pada sesebuah server.

Rajah 5.2: Melakukan konfigurasi pada mesin pencetak di pejabat


pelanggan.
Rajah 5.3: Memasang perisian dan membuat pemasangan RAM pada PC.
Rajah 5.4: Mempelajari cara menggantikan hard disk pada server.
Rajah 5.5: Membantu dalam pemasangan peranti Face Recognition.
Rajah 5.6: Mendengar penerangan daripada
pelanggan.

Rajah 5.7: Menyambut majlis perpisahan pelajar


praktikal.

You might also like