You are on page 1of 35

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

GARIS PANDUAN
LATIHAN INDUSTRI

i
© Cetakan Pertama, 2013, Edisi 2
Pejabat Jaringan Industri & Masyarakat
Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Hakcipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula,
disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan
sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan
sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada pihak UTeM.

ii
KANDUNGAN

SINGKATAN DAN DEFINISI


SENARAI BORANG DAN LAMPIRAN

1.0 PENGENALAN 1

2.0 MATLAMAT 2
2.1 Pelajar 2
2.2 Universiti 2
2.3 Industri 2

3.0 OBJEKTIF PROGRAM LATIHAN INDUSTRI 3

4.0 HASIL PENDEDAHAN LATIHAN INDUSTRI 3

5.0 TANGGUNGJAWAB PIHAK YANG TERBABIT 4


5.1 Jawatankuasa Latihan Industri Universiti 4
5.2 Jawatankuasa Latihan Industri Fakulti 5
5.3 Pelajar Latihan Industri 5
5.4 Penyelia Akademik 6
5.5 Penyelia Industri 7

6.0 PELAKSANAAN 8
6.1 Pelaksanaan Sebelum LI 8
6.1.1 Carta Alir Proses Pelaksanaan Sebelum LI 10
6.2 Pelaksanaan Semasa LI 11
6.2.1 Program Diploma dan Sarjana Muda Kejuruteraan 11
10 minggu
6.2.2 Carta Alir Pelaksanaan Semasa LI untuk JKLIF dan PA 13
(Program Diploma dan Sarjana Muda Kejuruteraan
10 minggu)
6.2.3 Pelaksanaan Semasa LI 14
(Program Sarjana Muda di bawah FTMK, FPTT dan
FTK 24 minggu)
6.2.4 Carta Alir Pelaksanaan Semasa LI untuk JKLIF dan PA 18
(Program Sarjana Muda di bawah FTMK, FPTT dan FTK
24 minggu)
6.3 Pelaksanaan Selepas Menjalani LI 19
6.3.1 Carta Alir Proses Pelaksanaan Selepas LI oleh PA dan PLIF 20

7.0 SYARAT-SYARAT LATIHAN INDUSTRI BAGI PELAJAR 21


7.1 Sebelum LI 21
7.1.1 Mencari Tempat LI 21
7.2 Semasa LI 22
7.2.1 Melapor Diri di Industri 22
7.2.2 Disiplin dan Tatatertib 22
7.2.3Kehadiran dan Cuti 23

iii
7.2.4 Buku Laporan Harian 23
7.2.5 Kerahsiaan Industri 24
7.2.6 Tempoh Latihan 24
7.2.7 Penukaran Tempat Latihan 24
7.2.8 Penukaran Alamat 24
7.2.9 Elaun /Kemudahan Semasa Latihan 24
7.2.10 Insurans/Kemalangan/Kematian 25
7.3 Selepas LI 25
7.3.1 Penyerahan Buku Laporan Harian, Laporan LI dan Borang 25
Soal Selidik Pelajar

8.0 PENILAIAN 25
8.1 Tujuan Penilaian 25
8.2 Kriteria Penilaian PLI 26
8.2.1 Prestasi Kerja 26
8.2.2 Hasil Kerja 26
8.2.3 Sahsiah Pelajar 26
8.3 Kaedah Penilaian 27
8.3.1 Program Sarjana Muda di bawah FTMK, FPTT dan FTK 27
(24 minggu)
8.3.2 Program Diploma 28
8.3.3 Program Sarjana Muda Kejuruteraan (10 minggu) 28

iv
SENARAI BORANG DAN LAMPIRAN

UTeM (ISO)/PP/PK03/F5 (a) Borang Tawaran Penempatan Pelajar (Ijazah)

UTeM (ISO)/PP/PK03/F5 (b) Borang Tawaran Penempatan Pelajar (Diploma)


UTeM (ISO)/PP/PK03/F6 Borang Resume Pelajar
UTeM (ISO)/PP/PK03/F7 Borang Jawapan daripada Industri (Reply Form)

UTeM (ISO)/PP/PK03/F8 Borang Butiran Pelajar

UTeM (ISO)/PP/PK03/F9 Borang Pengesahan Lapor Diri

UTeM (ISO)/PP/PK03/F10 Borang Perakuan Tamat Latihan Industri

UTeM (ISO)/PP/PK03/F11 Borang Laporan Akhir Program Latihan Industri

Lampiran 1 Panduan Laporan Lawatan Pertama


Lampiran 2 Panduan Laporan Lawatan Kedua
Lampiran 3 Panduan Penilaian daripada Penyelia Industri
Lampiran 4 Panduan Soal Selidik Pelajar selepas Tamat LI
Lampiran 5 Panduan Penulisan Laporan LI
Lampiran 6 Format Kulit Muka Hadapan Laporan
Lampiran 7 Contoh Muka Surat Pertama
Lampiran 8 Contoh Senarai Isi Kandungan

v
SINGKATAN DAN DEFINISI

Industri Semua tempat Latihan Industri

JKLIF Jawatankuasa Latihan Industri Fakulti

JKLIU Jawatankuasa Latihan Industri Universiti

LI Latihan Industri

Minggu Minggu LI

PA Penyelia Akademik

PI Penyelia Industri

PJIM Pejabat Jaringan Industri & Masyarakat (PJIM) adalah


pusat tanggungjawab selaku urus setia Program LI pelajar

PLI Pelajar Latihan Industri

PLIF Penyelaras Latihan Industri Fakulti

Universiti Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

vi
1.0 PENGENALAN

Garis Panduan Latihan Industri ini dihasilkan sebagai rujukan dan panduan kepada
Jawatankuasa Latihan Industri Universiti (JKLIU) dan Jawatankuasa Latihan
Industri Fakulti (JKLIF). Buku panduan ini menerangkan fungsi dan peranan yang
perlu dimainkan oleh semua pihak yang terlibat dengan Latihan Industri (LI),
menerangkan skop latihan yang diperlukan dan pelaksanaan kaedah penilaian. Garis
panduan ini perlu dibaca bersama:

i) Peraturan Akademik dan Panduan Sistem Peraturan Akademik bagi


Program Sarjana Muda dan Diploma (Penilaian Latihan Industri)
ii) Polisi Latihan Industri, Polisi Akademik UTeM dan
iii) Dasar Latihan Industri Institusi Pengajian Tinggi

LI merupakan salah satu syarat pengijazahan dan wajib diikuti oleh semua pelajar
sama ada di peringkat Sarjana Muda mahupun Diploma semasa tempoh pengajian
di Universiti.

LI ini boleh dijadikan satu landasan bagi para pelajar untuk mendapatkan
pengalaman sebenar dengan mengaplikasikan pengetahuan yang telah dipelajari di
Universiti dan meningkatkan kemahiran yang diperlukan oleh sesuatu profesion
yang bakal diceburi. Jangka masa penempatan di industri ini adalah berbeza
mengikut peringkat pengajian pelajar. Jangka masa bagi peringkat Sarjana Muda
Kejuruteraan dan Diploma adalah selama 10 minggu manakala Sarjana Muda di
bawah Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK), Fakulti Pengurusan
Teknologi dan Teknousahawanan (FPTT) dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan
(FTK) adalah selama 24 minggu.

1
2.0 MATLAMAT

2.1 Pelajar

2.1.1 Pelajar akan mendapat pengalaman baru dalam budaya kerja di


industri yang dikenal pasti di samping dapat meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran praktikal yang diperlukan selaras
dengan hasrat melahirkan graduan yang cekap, bertanggungjawab,
inovatif, kreatif dan bersahsiah murni untuk memenuhi permintaan
tenaga kerja di dalam dan luar negara.

2.2.2 Pelajar dapat menjalin hubungan dan membina rangkaian industri


bersama kenalan profesional untuk kejayaan kerjaya pada masa
hadapan.

2.2 Universiti

2.2.1 Universiti dapat melahirkan ahli profesional yang kompeten selaras


dengan misi dan visi Universiti.

2.2.2 Universiti dapat mengenal pasti kehendak industri dalam menambah


baik dan mengukuhkan kurikulum pengajaran supaya graduan yang
bakal dihasilkan menjadi pilihan utama industri.

2.2.3 Universiti dapat menjalin perkongsian pintar bersama industri untuk


kepentingan bersama membangunkan ekonomi negara.

2
2.3 Industri

2.3.1 Bersama-sama Universiti dalam mencapai objektif LI seperti yang


telah digariskan.

2.3.2 Bertanggungjawab memberi pendedahan ilmu dan kemahiran


teknikal dan insaniah terkini kepada PLI.

2.3.3 Memberi tugas yang bersesuaian dan memastikan keselamatan dan


kebajikan pelajar dipelihara sepanjang tempoh LI.

2.3.4 Industri yang dipilih sebagai tempat LI perlu bersesuaian dengan


bidang pengajian pelajar.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri UTeM mempunyai objektif seperti berikut:


3.1 memahami tanggungjawab persekitaran pekerjaan yang sebenar

3.2 menerima pendedahan dan memperoleh pengalaman praktikal yang sesuai


dengan bidang masing-masing

3.3 mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran akademik dalam persekitaran


industri

3.4 menghayati nilai etika profesional

3.5 meningkatkan kemahiran insaniah yang sesuai dengan persekitaran


pekerjaan

3.6 menilai kebolehan kerjaya, pengetahuan dan keyakinan diri pelajar dan

3.7 meningkatkan kebolehpasaran pelajar supaya lebih berdaya saing

3
4.0 HASIL PENDEDAHAN LATIHAN INDUSTRI

Setelah menjalani LI pelajar akan dapat:


4.1 menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja dan mengamalkan cara kerja
yang efisyen dan beretika

4.2 mempelajari kemahiran dan ilmu teknikal yang relevan dengan bidang
pembelajaran pelajar

4.3 mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari, memperolehi kemahiran baru


dan peka terhadap teknologi terkini

4.4 mengenal pasti masalah industri dan mencadangkan beberapa langkah


penyelesaian

4.5 mempamerkan kemahiran insaniah terutamanya dari segi kemahiran


berkomunikasi, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, kerja
berkumpulan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat

5.0 TANGGUNGJAWAB PIHAK YANG TERBABIT

Bagi melaksanakan program LI, pelbagai pihak perlu bekerjasama dengan berkesan
dan memahami tanggungjawab masing-masing. Pihak tersebut adalah seperti
berikut:
i) Jawatankuasa Latihan Industri Universiti (JKLIU)
ii) Jawatankuasa Latihan Industri Fakulti (JKLIF)
iii) Pelajar Latihan Industri (PLI)
iv) Penyelia Akademik (PA)
v) Penyelia Industri (PI)

4
5.1 Jawatankuasa Latihan Industri Universiti

Jawatankuasa LI Universiti dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Bimbingan


Kerjaya dan Kebolehpasaran daripada Pejabat Jaringan Industri dan
Masyarakat (PJIM) selaku urus setia dan dianggotai oleh semua Penyelaras
LI Fakulti (PLIF).

Fungsi Jawatankuasa LI Universiti adalah :


i) menggubal polisi dan prosedur umum program LI untuk program
Sarjana Muda dan Diploma
ii) menyelaras dan memantau pelaksanaan program LI di peringkat
Universiti dan fakulti
iii) menyedia dan mengemas kini pangkalan data industri yang
menawarkan penempatan mengikut bidang pengajian pelajar
iv) menyediakan garis panduan LI yang umum untuk pelaksanaan yang
lebih terperinci di peringkat fakulti

5.2 Jawatankuasa Latihan Industri Fakulti

Jawatankuasa LI Fakulti dipengerusikan oleh Penyelaras LI Fakulti (PLIF).


Berikut adalah tanggungjawab Jawatankuasa Latihan Industri Fakulti:
i) merancang, melaksana dan menyelaraskan program LI fakulti seperti
penempatan pelajar di industri, menyediakan jadual lawatan, surat-
menyurat ke industri dan menyediakan Laporan Pelaksanaan LI;
ii) menyediakan garis panduan LI yang khusus untuk pelaksanaan yang
lebih terperinci di peringkat fakulti
iii) membina dan menyelaras instrumen penilaian
iv) mengenal pasti industri yang sesuai dan membantu penempatan
pelajar
v) memilih dan melantik PA yang bersesuaian dengan LI
vi) memastikan prasyarat LI yang ditetapkan dalam kurikulum dipatuhi
dan pelajar yang layak perlu mendaftar mata pelajaran LI sebelum
menjalani LI

5
vii) menerima serta menganalisis maklum balas daripada industri,
penyelia dan pelajar
viii) mengemukakan keputusan LI pelajar kepada fakulti untuk
diperakukan
ix) memberi perhatian terhadap kebajikan pelajar berkaitan dengan LI
x) memberi taklimat dan juga maklumat terkini kepada pelajar dan juga
PA tentang peraturan, perancangan dan perjalanan program LI yang
terkini dan perkara-perkara yang berkaitan

5.3 Pelajar Latihan Industri

Berikut adalah tanggungjawab pelajar:


i) mendaftar mata pelajaran LI dan mencari penempatan LI sendiri
ii) menghadiri setiap taklimat program LI
iii) melapor diri di industri pada tarikh yang telah ditetapkan oleh fakulti
iv) mematuhi semua peraturan industri dan Universiti
v) memberi kerjasama serta melaksanakan tugas dan tanggungjawab
yang ditentukan oleh industri, selagi tidak bercanggah dengan
peraturan Universiti, undang-undang umum dan hak asasi
kemanusiaan
vi) mematuhi skop latihan yang ditentukan
vii) merahsiakan segala maklumat sulit industri
viii) menghubungi JKLIF dengan segera sekiranya menghadapi sebarang
masalah semasa menjalani latihan seperti kemalangan, berlaku
eksploitasi, gangguan di tempat kerja, pertukaran alamat tempat
latihan dan sebagainya. Universiti boleh mengambil tindakan
undang-undang terhadap pihak industri yang berkenaan sekiranya
berlaku perkara-perkara seperti di atas
ix) membuat catatan aktiviti yang dilaksanakan di dalam buku Laporan
Harian, menulis laporan akhir LI dan melaksanakan tugas lain
sebagaimana yang diarahkan oleh fakulti

6
x) sentiasa bersikap positif serta memberi sumbangan mengikut
kemampuan pelajar bagi membuktikan yang pelajar adalah aset
kepada industri dan menjadi contoh kepada pelajar LI akan datang
xi) PLI dalam setiap keadaan hendaklah sentiasa menjaga dan
memelihara nama baik Universiti
xii) mencadangkan projek yang sesuai dengan program pengajian untuk
dibawa ke fakulti sebagai Projek Sarjana Muda bagi program yang
berkaitan

5.4 Penyelia Akademik

Berikut adalah tanggungjawab Penyelia Akademik:


i) menghadiri taklimat penyeliaan LI yang telah ditetapkan oleh JKLIF
ii) memahami skop dan tanggungjawab PA sebelum, semasa dan
selepas menjalani lawatan ke industri yang telah ditetapkan di dalam
panduan LI peringkat fakulti
iii) menyemak segala maklumat berkenaan lawatan yang akan
dilaksanakan dan memaklumkan JKLIF sebarang perubahan
iv) melakukan lawatan ke industri untuk memastikan kesesuaian tempat
latihan, memberi bimbingan kepada pelajar, membuat penyeliaan
dan penilaian
v) memberi penjelasan kepada PI dan PLI tentang perincian dan tujuan
penyeliaan LI
vi) memberi panduan kepada pelajar dalam menyediakan perancangan
tugasan LI
vii) memberi penjelasan tentang tatacara penulisan buku Laporan Harian
dan penulisan laporan LI kepada PLI
viii) memastikan pelajar mengikut arahan dan melakukan kerja seperti
yang diarahkan
ix) mengesahkan buku Laporan Harian pelajar semasa lawatan
penyeliaan

7
x) mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menjamin pelajar
mendapat faedah yang maksimum selaras dengan objektif yang
ditetapkan
xi) membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan latihan
termasuk akademik, disiplin dan sebagainya
xii) mengemukakan setiap laporan penyeliaan dan penilaian kepada
JKLIF
xiii) menjaga nama baik Universiti dengan mengamalkan tatacara
hubungan yang profesional dan beretika
xiv) membantu menjalinkan hubungan yang strategik bersama pihak
industri dalam semua bidang yang berkaitan yang dipersetujui
bersama

5.5 Penyelia Industri

Berikut adalah tanggungjawab Penyelia Industri:


i) menyediakan jadual kerja PLI mengikut skop latihan yang bersesuaian
dengan program pengajian PLI
ii) memberi sebanyak mungkin pendedahan untuk mendapatkan
pengalaman praktikal yang sesuai mengikut kemudahan yang ada dan
tidak bercanggah dengan undang-undang umum dan hak asasi
kemanusiaan serta keselamatan di tempat kerja (Akta Keselamatan &
Kesihatan Pekerjaan 1994 – Akta 514 serta Akta Pekerjaan 1955)
iii) menyemak dan mengesahkan buku Laporan Harian pelajar mengikut
tempoh yang dipersetujui
iv) memberi kerjasama kepada PA dalam segala hal-hal berkaitan LI
v) memastikan kebajikan pelajar sentiasa dipelihara seperti menyediakan
kemudahan asas dan sebagainya
vi) menilai pencapaian pelajar sepanjang latihan dengan memberi markah
pada akhir tempoh LI menggunakan borang yang disediakan oleh fakulti
vii) menyerahkan markah penilaian pelajar kepada PA

8
6.0 PELAKSANAAN
6.1 Pelaksanaan Sebelum LI

Perkara Tanggungjawab Catatan/Lampiran


1. Persediaan Awal LI
i) menghantar Borang Tawaran / PJIM/PLIF Borang Tawaran Penempatan LI:
Penempatan LI ke industri •UTeM(ISO)/PP/PK03/F5(a)
ii) mengemas kini pangkalan data •UTeM(ISO)/PP/PK03/F5(b)
penempatan

2. Prasyarat LI
Memastikan bilangan pelajar yang PLI/JKLIF Tertakluk kepada syarat-syarat
memenuhi prasyarat fakulti untuk fakulti
menjalani LI

3. Penyediaan Dokumen
i) menyediakan dokumen/fail
keperluan yang berkaitan JKLIF
ii) mengedarkan Borang Resume Borang Resume Pelajar:
kepada pelajar selepas taklimat LI •UTeM(ISO)/PP/PK03/F6
yang pertama JKLIF

4. Penyediaan Fail Maklumat Pelajar


i) memasukkan dan mengemas kini
senarai pelajar ke dalam sistem JKLIF
pangkalan data pelajar
ii) mencetak salinan dokumen untuk
dimasukkan ke dalam Fail JKLIF
Maklumat Pelajar

5. Taklimat Pertama LI
Memberi penerangan kepada pelajar PLI/JKLIF Mengikut fakulti
mengenai perkara berikut:
i) Pelaksanaan LI
ii) garis panduan memohon
penempatan LI
iii) tarikh akhir pencarian penempatan

6. Penempatan Pelajar: Pelajar dimestikan mencari


i) mencari penempatan LI PLI penempatan sendiri melalui
ii) penerimaan borang maklum balas borang permohonan penempatan
dari industri dan disimpan di PLIF kepada industri dari fakulti:
dalam Fail Maklumat Pelajar •UTeM(ISO)/PP/PK03/F8

9
Perkara Tanggungjawab Catatan/Lampiran
7. Penempatan Pelajar selepas Tarikh
Akhir Pencarian Penempatan PJIM/JKLIF
i) mencari penempatan LI
ii) penerimaan borang maklum balas
dari industri dan disimpan di dalam
Fail Maklumat Pelajar
8. Semakan dan Pendaftaran Subjek LI Bergantung kepada pra syarat
i) menyemak senarai pelajar yang JKLIF/PA yang ditetapkan oleh fakulti
layak menjalani LI
ii) mendaftar subjek LI PLI Minggu ke-12 sebelum
semester LI tertakluk kepada
Jadual Pendaftaran Mata
Pelajaran
9. Taklimat Kedua LI JKLIF
i) peraturan-peraturan yang perlu
dipatuhi
ii) panduan menulis buku Laporan
Harian
iii) panduan menulis laporan LI
iv) kriteria penilaian LI

Penyerahan Buku Laporan Harian dan JKLIF


surat insurans

Mengedar Surat Pengesahan Lapor Diri JKLIF Borang Pengesahan Lapor Diri:
yang mengandungi maklumat berikut: •UTeM(ISO)/PP/PK03/F9
i) maklumat pelajar
ii) maklumat industri
iii) tarikh lapor diri di industri
10. Penerimaan /Penolakan Tawaran
Penempatan
i) Memaklumkan kepada JKLIF PLI
Penerimaan/Penolakan tawaran
ii) Menghantar surat rasmi PJIM/JKLIF Sebelum LI bermula
penerimaan/ penolakan tawaran
penempatan
11. Mengemas kini maklumat pelajar di JKLIF
dalam pangkalan data berdasarkan
tawaran tempat latihan dan membuat
cetakan untuk disimpan di dalam Fail
Maklumat Pelajar

10
6.1.1 Carta Alir Proses Pelaksanaan Sebelum LI

Mula

Pendaftaran pelajar

Penyediaan borang

Penyediaan Fail Maklumat Pelajar

Taklimat pertama LI

Penempatan pelajar

Keputusan penempatan
Tiada
tempat
Ada tempat
Penyemakan keputusan peperiksaan dan
senarai pelajar yang layak menjalani LI
LI

Taklimat kedua LI

Penyerahan Surat Penempatan LI kepada


industri terlibat

Penyerahan surat Pengenalan Lapor Diri


kepada pelajar

Pengemaskinian pangkalan data pelajar

Tamat

11
6.2 Pelaksanaan Semasa LI
6.2.1 Program Diploma dan Sarjana Muda Kejuruteraan (10 minggu)

Perkara Tanggungjawab Catatan


1. Surat Pengesahan Lapor Diri:

i) melengkapkan Borang Pengesahan PLI Borang Pengesahan


Lapor Diri dan menghantar ke fakulti Lapor Diri:
•UTeM(ISO)/PP/PK03/
ii) menerima dan memasukkan Pengesahan PLIF F9
Lapor Diri ke dalam Fail Maklumat
Pelajar

iii) mula membuat catatan di dalam buku PLI


Laporan Harian

2. Perancangan aktiviti lawatan penyeliaan LI


seperti berikut:

i) mengenal pasti bilangan pelajar dan JKLIF


industri yang terlibat

ii) menentukan bilangan pensyarah dan JKLIF


pengagihan penyeliaan

iii) menentukan tempoh lawatan JKLIF

3. Persediaan Lawatan LI:

i) mengeluarkan surat pelantikan Fakulti


penyeliaan LI kepada PA

ii) taklimat lawatan kepada PA JKLIF

iii) memaklumkan kepada PA tempoh


lawatan penyeliaan LI JKLIF

iv) menetapkan tarikh lawatan dengan PI PA


dan memaklumkan kepada JKLIF

v) menghantar surat makluman lawatan Fakulti/


penyeliaan LI kepada industri JKLIF

12
Perkara Tanggungjawab Catatan

4. Laporan Lawatan LI:


Lampiran 1
i) melengkapkan laporan lawatan dan PA
menyerahkannya kepada JKLIF

ii) memaklumkan kepada JKLIF sebarang PA/JKLIF


masalah untuk dibawa kepada
Dekan/TD(A)

iii) mengambil tindakan berdasarkan JKLIF


laporan

13
6.2.2 Carta Alir Pelaksanaan Semasa LI Untuk JKLIF dan PA
(Program Diploma dan Sarjana Muda Kejuruteraan 10 minggu)

Mula

Perancangan aktiviti lawatan penyeliaan LI

Persediaan lawatan penyeliaan LI

Lawatan organisasi

Penghantaran laporan bertulis

Tamat

14
6.2.3 Pelaksanaan Semasa LI
(Program Sarjana Muda di bawah FTMK, FPTT dan FTK 24 minggu)

Perkara Tanggungjawab Catatan


1. Surat Pengesahan Lapor Diri:

i) melengkapkan Borang Pengesahan PLI Borang Pengesahan


Lapor Diri dan menghantar ke fakulti Lapor Diri :
•UTeM(ISO)/PP/PK03/
ii) menerima dan memasukkan Pengesahan PLIF F9
Lapor Diri ke dalam Fail Maklumat
Pelajar

iii) mula membuat catatan di dalam buku PLI


Laporan Harian

2. Perancangan aktiviti lawatan pertama


penyeliaan LI seperti berikut:

i) mengenal pasti bilangan pelajar dan JKLIF


industri yang terlibat

ii) menentukan bilangan pensyarah dan JKLIF


pengagihan penyeliaan

iii) menentukan tempoh lawatan pertama JKLIF

3. Persediaan Lawatan Pertama LI:

i) mengeluarkan surat pelantikan Fakulti


penyeliaan LI kepada PA

ii) taklimat lawatan pertama kepada PA JKLIF

iii) memaklumkan kepada PA tempoh JKLIF


lawatan pertama penyeliaan LI

iv) menetapkan tarikh lawatan dengan PI PA


dan memaklumkan kepada JKLIF

v) menghantar surat makluman lawatan Fakulti/


penyeliaan LI kepada industri JKLIF

15
Perkara Tanggungjawab Catatan
4. Lawatan Pertama LI:

- menerangkan kepada PI tujuan LI dan PA


tanggungjawab PLI dan PI Lampiran 1

- mendapatkan maklum balas LI daripada PA


PI dan PLI menggunakan Panduan
Laporan Lawatan Pertama tentang
perkara berikut:
i) perancangan tugasan PLI di industri

ii) persekitaran kerja dan kesesuaiannya


bagi PLI

iii) disiplin dan kedatangan PLI

iv) pendapat dan cadangan PI

v) pendapat dan cadangan PLI

- menyemak, mengulas dan PA


menandatangani buku Laporan Harian

5. Laporan Lawatan Pertama LI:

i) melengkapkan laporan lawatan pertama PA Lampiran 1


dan menyerahkannya kepada JKLIF

ii) memaklumkan kepada JKLIF sebarang PA/JKLIF


masalah untuk dibawa kepada
Dekan/TD(A)

iii) mengambil tindakan berdasarkan JKLIF


laporan

iv) menghantar/membentang laporan LI PLI


semasa lawatan

16
Perkara Tanggungjawab Catatan
6. Perancangan aktiviti lawatan kedua
penyeliaan LI seperti berikut:

i) mengemas kini maklumat PLI JKLIF Minggu 14

ii) menentukan tempoh lawatan kedua JKLIF Sekiranya ada


sebarang
iii) menyediakan laporan dan butiran JKLIF perubahan
lawatan kedua

7. Persediaan Lawatan Kedua LI:

i) memberi taklimat lawatan kedua kepada JKLIF Panduan Penilaian


PA tentang kaedah penilaian mengikut fakulti,
contoh seperti
ii) memaklumkan kepada PA tempoh JKLIF Lampiran 3
lawatan penyeliaan kedua LI

iii) menetapkan tarikh lawatan kedua PA


dengan PI dan memaklumkan kepada
JKLIF

iv) menghantar surat makluman lawatan Fakulti/JKLIF


penyeliaan kedua dan Panduan Penilaian
Penyelia Industri kepada industri

v) membuat persediaan pembentangan PLI


tugasan LI

vi) menyediakan draf laporan LI PLI

17
Perkara Tanggungjawab Catatan
8. Lawatan Kedua LI:

i) mendapatkan maklum balas LI daripada PA Sebelum tamat


PI dan PLI tentang perkara berikut: tempoh LI
- Hasil kerja PLI di industri
- Disiplin dan kedatangan PLI
- Pendapat dan cadangan PI

ii) menyemak dan menandatangani buku PA/PI


Laporan Harian

iii) pembentangan laporan LI PLI

iv) menilai pembentangan tugasan PLI PA/PI

v) menyemak draf laporan LI PA

vi) mengumpul Borang Penilaian PI PA

vii) memberi dan mengumpul semula PA Lampiran 4


Panduan Soal Selidik PLI

viii)memaklumkan kepada PLI tarikh akhir PA


penghantaran laporan LI dan buku
Laporan Harian

9. Melengkapkan laporan Panduan Lawatan Selepas lawatan


Kedua LI dan diserahkan kepada JKLIF PA Lampiran 2

18
6.2.4 Carta Alir Pelaksanaan Semasa LI untuk JKLIF dan PA
[Program Sarjana Muda di bawah FTMK, FPTT dan FTK 24 minggu)

Mula

Penentuan tempat LI yang sesuai

Perancangan aktiviti lawatan pertama penyeliaan LI

Persediaan lawatan pertama penyeliaan LI

Lawatan pertama untuk memastikan kesesuaian organisasi

Tidak
Tindakan Penentuan
kesesuaian
pembetulan Tempat

Ya
Pemantauan kemajuan pelajar dari semasa ke semasa

Persediaan lawatan kedua penyeliaan LI

Lawatan kedua

Pembentangan laporan oleh PLI dan penilaian pembentangan oleh PA/PI

Pengisian borang penilaian LI

Tamat
Tamat

19
6.3 Pelaksanaan Selepas Menjalani LI

Perkara Tanggungjawab Catatan

1. Penerimaan Laporan LI dan Buku Laporan


PA
Harian
2. a. Penyemakan dan penilaian:
i) Buku Laporan Harian
ii) Laporan PI
Panduan Penilaian
iii) Laporan PA
PA fakulti
iv) Pembentangan PLI
v) Laporan LI
b. Kemasukan markah mengikut Borang
Penilaian LI fakulti

3. Pengumpulan dan analisis borang soal


JKLIF Lampiran 4
selidik yang dilengkapkan oleh PLI

4. Penyerahan borang penilaian kepada PLIF PA

5. Penyerahan borang penilaian PI sekiranya


PA Lampiran 3
tidak diterima semasa lawatan kedua

6. Kemasukan markah penilaian pelajar ke


PLIF
dalam Sistem Maklumat Pelajar

7. Seminar pembentangan projek LI dan


PLIF
persembahan poster (sekiranya berkaitan)

8. Cetakan senarai tampal markah penilaian PLIF

9. Penyediaan dan pembentangan laporan


keseluruhan LI kepada Jawatankuasa JKLIF
Akademik Fakulti

20
6.3.1 Carta Alir Proses Pelaksanaan Selepas LI oleh PA dan PLIF

Mula

Mengumpul, menyemak dan menganalisis Laporan


LI, Buku Laporan Harian, borang soal selidik,
Laporan PI, Laporan PA dan Pembentangan PLI

Memasukkan markah ke dalam Borang Penilaian oleh PLIF

Menganjurkan seminar pembentangan projek LI


dan persembahan poster (sekiranya berkaitan)

Memasukkan markah penilaian pelajar ke dalam


Sistem Maklumat Pelajar

Mencetak Senarai Tampal

JKLIF menyediakan laporan keseluruhan LI

Tamat

21
7.0 SYARAT-SYARAT LATIHAN INDUSTRI BAGI PELAJAR

7.1 Sebelum LI
Pendaftaran mata pelajaran LI perlu dilakukan sebelum melaksanakan LI.

7.1.1 Mencari Tempat LI


i) PLI boleh memohon penempatan LI di mana-mana industri
di dalam dan luar negara (atas kebenaran fakulti). Pemilihan
industri untuk penempatan LI mestilah bersesuaian dengan
kursus yang diikuti oleh PLI. Mereka perlu mengambil kira
lokasi industri dan kemudahan awam yang sedia ada sebelum
memohon penempatan.
ii) PLI dibenarkan untuk membuat salinan surat pengenalan dan
borang maklum balas mengikut keperluan.
iii) PLI dinasihatkan memohon sekurang-kurangnya TIGA
industri pada satu-satu masa. Sekiranya industri yang
dipohon menolak permohonan, PLI dikehendaki memohon
industri yang lain.
iv) PLI diberi satu tempoh yang ditetapkan oleh fakulti untuk
mencari tempat menjalani LI. PLI diminta memaklumkan
industri berkenaan untuk menghantar borang maklum balas
sebelum menjalani LI.
v) Sekiranya PLI menerima lebih daripada satu tawaran, PLI
perlu memaklumkan kepada PLIF terlebih dahulu. PLI hanya
boleh menerima SATU tawaran sahaja.
vi) Elaun dan kemudahan seperti tempat tinggal/asrama dan
pengangkutan tertakluk pada industri berkenaan. Kemudahan
tersebut tidak boleh dituntut oleh PLI. Mereka dinasihatkan
mengambil kira faktor di atas sebelum menerima tawaran
industri.

22
vii) Industri yang bersetuju menerima PLI mestilah
melengkapkan borang maklum balas. PLI mestilah
menandatangani borang penerimaan/penolakan. PLI
dinasihatkan untuk menyimpan salinan borang berkenaan
sebagai rujukan.
viii) PLI yang tidak menerima sebarang tawaran penempatan dua
(2) minggu sebelum tarikh LI dikehendaki menghubungi
PLIF dengan segera.

7.2 Semasa LI
7.2.1 Melapor Diri di Industri
PLI dikehendaki melapor diri di industri pada tarikh yang telah
ditetapkan oleh JKLIU. PLI dikehendaki membawa dokumen berikut
semasa melapor diri:
i) Surat Penempatan Pelajar
ii) Salinan Bukti Tawaran
iii) Surat Pengesahan Lapor Diri
iv) Kad Matrik Pelajar
v) Buku Laporan Harian
vi) Surat Perlindungan Insurans Berkelompok UTeM atau Polisi
Insurans Peribadi (sekiranya ada)
vii) Resume PLI
viii) Gambar bersaiz pasport (minimum empat keping)

Nota:
1. Perkara (i), (ii), (iii), (vi) dan (vii) diserahkan kepada
industri.
2. Lekatkan gambar pada kulit hadapan buku Laporan Harian.

7.2.2 Disiplin dan Tatatertib


i) PLI tertakluk kepada peraturan Universiti dan berdisiplin
demi menjaga nama baik Universiti.

23
ii) PLI adalah tertakluk kepada segala peraturan dan undang-
undang industri di mana PLI ditempatkan.
iii) Fakulti akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya
mendapat laporan kesalahan bertulis yang dilaporkan oleh
industri.

7.2.3 Kehadiran dan Cuti


i) PLI mesti akur dengan peraturan kehadiran/waktu kerja yang
telah ditetapkan industri berkenaan.
ii) PLI dibenarkan mengambil cuti rehat tidak melebihi TUJUH
(7) hari bagi pelajar Sarjana Muda FTMK, FPTT dan FTK
(LI 24 minggu) dan TIGA (3) hari bagi pelajar Diploma dan
Sarjana Muda Kejuruteraan (10 minggu) sepanjang tempoh
LI tertakluk kepada kelulusan majikan. Cuti sakit tidak
termasuk di dalam cuti rehat yang dibenarkan.
iii) PLI yang mengambil cuti melebihi tempoh yang dibenarkan
tanpa sebarang alasan kukuh boleh digagalkan.
iv) Permohonan cuti dibuat terus kepada industri dan kelulusan
permohonan adalah tertakluk pada peraturan/dasar tempat LI.
v) Satu salinan borang cuti yang telah diluluskan hendaklah
dihantar kepada JKLIF dengan kadar segera.
vi) Pelajar tidak dibenarkan mengikuti aktiviti lain selain
daripada aktiviti LI sepanjang tempoh menjalani LI
melainkan dengan budi bicara pihak industri di mana PLI
ditempatkan.

7.2.4 Buku Laporan Harian


i) PLI dikehendaki mencatat kerja/aktiviti harian yang telah
dijalankan dalam buku Laporan Harian.
ii) PLI dimestikan mengemas kini buku Laporan Harian secara
berterusan dan ditandatangani secara berkala oleh PI
mengikut persetujuan antara PLI dan PI.

24
iii) PA menyemak, mengulas dan menandatangani buku Laporan
Harian semasa lawatan industri.
iv) Buku Laporan Harian dijadikan sebagai rujukan bagi
penyediaan laporan industri pada akhir latihan.

7.2.5 Kerahsiaan Industri


(Tertakluk kepada Polisi dan Peraturan Industri)
i) PLI dilarang mendedahkan sebarang maklumat (sama ada
sulit ataupun tidak) tentang industri kepada pihak luar kecuali
dengan kebenaran industri.
ii) PLI dilarang mencetak, membuat salinan atau mengambil
gambar apa-apa dokumen atau peralatan yang dianggap
rahsia tanpa kebenaran pihak industri.

7.2.6 Tempoh Latihan


i) PLI dikehendaki memulakan LI pada tarikh yang ditetapkan
dan TIDAK DIBENARKAN sama sekali menamatkan
latihan lebih awal dari tarikh yang ditetapkan.
ii) PLI yang menamatkan latihan lebih awal dari tarikh yang
ditetapkan (walaupun dengan kelulusan pihak industri) diberi
keputusan status gagal dalam mata pelajaran LI.

7.2.7 Penukaran Tempat Latihan


PLI TIDAK DIBENARKAN menukar industri selepas bermulanya
LI. Sebarang masalah berkaitan dengan penempatan perlu
dibincangkan terlebih dahulu dengan PLIF. PLI yang menukar
tempat latihan tanpa kebenaran PLIF akan diberi status keputusan
gagal dalam mata pelajaran LI mengikut budi bicara fakulti.

25
7.2.8 Penukaran Alamat
Sebarang penukaran alamat (tempat tinggal PLI ataupun industri)
mesti dimaklumkan kepada PLIF dengan mengisi borang yang
disediakan di dalam buku Laporan Harian.

7.2.9 Elaun/Kemudahan Semasa Latihan


Bayaran elaun dan kemudahan (tempat tinggal ataupun
pengangkutan) semasa latihan adalah mengikut polisi dan budi
bicara pihak industri berkenaan.

7.2.10 Insurans/Kemalangan/Kematian
PLI telah dilindungi dengan Insurans Perlindungan Berkelompok
UTeM atau/dan Polisi Insurans Peribadi (sekiranya ada). Sekiranya
berlaku kemalangan/kematian:
i) PI/PLI dikehendaki membuat laporan polis dalam jangka
masa 24 jam
ii) PI/PLI dikehendaki menghubungi PLIF dengan kadar segera
iii) PLI/Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni perlu mendapatkan
laporan perubatan (medical report) dan laporan polis untuk
tujuan tuntutan insurans

7.3 Selepas LI
7.3.1 Penyerahan Buku Laporan Harian, Laporan LI dan Borang
Soal Selidik Pelajar
PLI perlu menghantar buku Laporan Harian, Laporan LI dan Borang
Soal Selidik Pelajar kepada PLIF pada tarikh yang telah ditetapkan
oleh fakulti masing-masing. Laporan LI perlulah mendapat
pengesahan dan perakuan PI sebelum dihantar kepada PLIF.

26
8.0 PENILAIAN

8.1 Tujuan Penilaian


i) Mengukur prestasi dan kualiti kerja/latihan PLI di industri
ii) Menilai perkembangan sahsiah PLI
iii) Menilai kemahiran pelajar dari segi penulisan laporan dan
komunikasi
iv) Mengenal pasti kesesuaian industri bagi LI pada masa hadapan

8.2 Kriteria Penilaian PLI

8.2.1 Prestasi Kerja


i) Pengetahuan tentang tugasan
ii) Kebolehan mengaplikasikan pengetahuan dalam
menyelesaikan tugasan
iii) Prestasi dan kualiti kerja
iv) Disiplin dan sahsiah
v) Daya kreativiti dan inovasi

8.2.2 Hasil Kerja


i) Dinilai dari segi kualiti dan kuantiti kerja yang dihasilkan
ii) Pengetahuan tentang latar belakang dan operasi industri
iii) Catatan aktiviti tugasan harian dalam buku Laporan Harian
iv) Pembentangan projek/tugasan/aktiviti LI

8.2.3 Sahsiah Pelajar


Antara aspek kemahiran insaniah (soft skills) yang dinilai sepanjang
tempoh LI:
i) Disiplin
ii) kebolehan am/teknikal
iii) ketekunan dan minat
iv) inisiatif/kreativiti
v) kebolehan menjalankan arahan

27
vi) kepimpinan
vii) penyelesaian masalah
viii) kemahiran berkomunikasi
ix) perhubungan dengan pekerja lain
x) penyesuaian diri dengan tugas

8.3 Kaedah Penilaian


Penilaian LI dilaksanakan dalam dua peringkat iaitu peringkat fakulti dan
peringkat industri. Penilaian dibuat oleh PA dan PI dengan menggunakan
borang penilaian yang ditetapkan oleh pihak fakulti. Borang Penilaian PA
adalah mengikut ketetapan JKLIF. Borang Penilaian PI adalah seperti
Lampiran 3. Dalam sesi pembentangan laporan akhir program Latihan
Industri 24 minggu, fakulti terlibat boleh melibatkan wakil daripada PBPI
melalui dekan PBPI untuk menilai elemen kemahiran insaniah.

8.3.1 Program Sarjana Muda di bawah FTMK, FPTT dan FTK (24
minggu)

i) Subjek LI [6 kredit, hadir lulus (HL) atau hadir gagal (HG)]:


Perkara Peratusan Rujukan

Penilaian PI 40% Lampiran 3

Laporan Akhir 30%


Penilaian Buku Laporan Harian 20% Berdasarkan Fakulti
Pembentangan (PI & PA) 10%

ii) Subjek Laporan LI (6 kredit, dikira dalam CGPA)


Perkara Peratusan Rujukan
Pembentangan
10% Berdasarkan Fakulti
dinilai oleh PI dan PA
Penilaian PI 40% Lampiran 3

Laporan Akhir dinilai oleh PA 30%


Berdasarkan Fakulti
Penyeliaan di industri 20%

28
8.3.2 Program Diploma
i) LI [3 kredit, hadir lulus (HL) atau hadir gagal (HG)]:
Perkara Peratusan Rujukan

Penilaian PI 40% Lampiran 3

Penilaian PA
Penilaian Buku Laporan Harian 60% Berdasarkan Fakulti
Laporan Akhir

8.3.3 Program Sarjana Muda Kejuruteraan (10 minggu)


Subjek LI [5 kredit, hadir lulus (HL) atau hadir gagal (HG)]:
Perkara Peratusan Rujukan
Penilaian PI 50% Lampiran 3
Penilaian PA
Penilaian Buku Laporan Harian 50% Berdasarkan Fakulti

Nota:
1. Lulus mata pelajaran LI adalah prasyarat kepada mata pelajaran Laporan LI.
2. Sekiranya gagal mata pelajaran Laporan LI, PLI hanya perlu mengulang
mata pelajaran berkenaan.
3. Pelajar akan dikira GAGAL jika:
i) tidak mendaftar mata pelajaran LI
ii) menukar tempat LI tanpa mendapat kelulusan PLIF (merujuk kepada
perkara 7.2.7)
iii) menjalani LI kurang daripada tempoh yang telah ditetapkan
iv) tidak berada di premis industri ketika lawatan PA tanpa sebab yang
munasabah setelah temu janji dibuat dan dimaklumkan kepada
pelajar
v) tidak menghantar Laporan LI dan buku Laporan Harian dalam
tempoh seminggu selepas tamat LI
vi) JKLIF menerima laporan bertulis daripada pihak industri
menyatakan masalah disiplin PLI dan didapati bersalah setelah
siasatan dijalankan

29

You might also like