You are on page 1of 34

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT


1. Setitik Tinta Dari Pendaftar
2. Proses-proses Wajib Dilakukan Sebelum Majlis Konvokesyen
2.1 Pengambilan Gambar (Kad Alumni) 1-2
2.2 Pembayaran Untuk Yuran Konvokesyen/Yuran/Lain-lain
3-5
Bayaran/Hutang Tertunggak
2.3 Penyelesaian Pemulangan Bahan Dan Denda Perpustakaan
5
Laman Hikmah
2.4 Kajian Pengesanan Graduan 5-7
2.5 Cenderahati Konvokesyen 7-8
2.6 Kad Jemputan, Pas Masuk, Pas Kenderaan dan Q-Card 8-10
Pengambilan Jubah
3. Proses-proses Wajib Dilakukan Semasa Majlis Konvokesyen
3.1 Pendaftaran Graduan 11
3.2 Pecahan Sesi Majlis Konvokesyen 12-14
3.3 Panduan Kepada Graduan Semasa Majlis 15

4. Proses-proses Wajib Dilakukan Selepas Majlis Konvokesyen


4.1 Pemulangan Jubah, Mortar Board atau Bonnet dan Hood 15-17
4.2 Tuntutan Sijil dan Transkrip Akademik 17-18
4.3 Penahanan Sijil dan Transkrip Akademik 18
4.4 Kehilangan Sijil dan Transkrip Akademik 19
4.5 Kesilapan Maklumat Dalam Sijil dan Transkrip Akademik 19

5. Tatacara Berpakaian
5.1 Pakaian Tetamu /Ibu bapa Semasa Majlis Konvokesyen 20
5.2 Pakaian Graduan Semasa Majlis Konvokesyen 20-21
5.3 Penampilan Diri Graduan 22

6. Raptai 22

7. Graduan Kurang Upaya / Yang Memerlukan Bantuan Khas (Cacat


22
atau Kemalangan)
8. Gambar Konvokesyen 23

9. Seni kata Lagu UTeM 24

10. Waktu Solat Bagi Negeri Melaka 25

11. Senarai Semak 26-29

Lampiran A 30-31
SETITIK TINTA DARI PENDAFTAR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua graduan kerana
telah berjaya menamatkan pengajian di Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

Majlis Konvokesyen Ke-15 UTeM akan dilaksanakan pada 2 & 3 Disember 2019 (Isnin dan Selasa)
bertempat di Dewan Canselor UTeM, Kampus Induk Durian Tunggal, Melaka. Majlis Konvokesyen
adalah satu majlis pengiktirafan yang sangat bererti dan bermakna kepada graduan. Justeru,
kerjasama daripada semua graduan adalah diperlukan untuk menjadikan Majlis Konvokesyen ini
sebagai yang terbaik.

Buku ini disediakan bertujuan memberi panduan kepada graduan mengenai perkara-perkara yang
perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas menghadiri Majlis Konvokesyen. Buku Panduan
Graduan ini WAJIB dibaca dan difahami oleh setiap graduan bagi mengelakkan kekeliruan dan
ketidaksampaian maklumat penting yang perlu diketahui seperti pendaftaran graduan, tarikh raptai,
tarikh pengambilan jubah, tuntutan Sijil & Transkrip Akademik, penahanan Sijil & Transkrip Akademik,
pakaian graduan & ibu bapa, tuntutan gambar graduan dan Borang Kajian Pengesanan Graduan.

Panduan ini diharap membantu graduan sebelum, semasa dan selepas menghadirkan diri ke Majlis
Konvokesyen. Graduan turut diingatkan supaya sentiasa melayari laman sesawang Majlis
Konvokesyen di https://konvo.utem.edu.my/ untuk mendapatkan maklumat terkini tentang
perjalanan Majlis Konvokesyen. Kerjasama daripada semua graduan amat saya harapkan untuk
menjamin kejayaan keseluruhan Majlis Konvokesyen Universiti ini.

Syabas dan tahniah kepada semua graduan.

MASDZARIF BIN MAHAT


Pendaftar
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
MAJLIS KONVOKESYEN KE – 15 (2019)
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)
PADA 2 & 3 DISEMBER 2019 (ISNIN & SELASA)

Selamat Sejahtera

Tuan/Puan

MAJLIS KONVOKESYEN KE – 15 UTeM (2019)

Kami ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan tuan/puan menamatkan
pengajian di UTeM pada tahun ini. Majlis Konvokesyen Ke-15 UTeM akan diadakan pada 2 & 3
Disember 2019 (Isnin & Selasa) bertempat di Dewan Canselor UTeM, Kampus Induk Durian Tunggal,
Melaka. Para graduan adalah dijemput hadir pada Majlis Konvokesyen di atas.

Graduan diminta supaya membaca dengan teliti Buku Panduan Graduan ini dan mengikuti arahan
yang terkandung di dalamnya. Satu senarai semak telah disediakan di muka surat akhir Buku
Panduan Graduan ini untuk kemudahan tindakan oleh graduan. Jika mempunyai kemusykilan, para
graduan diminta untuk menghubungi pegawai- pegawai Universiti yang dinyatakan.

2. PROSES-PROSES WAJIB DILAKUKAN SEBELUM MAJLIS KONVOKESYEN

2.1 PENGAMBILAN GAMBAR (KAD ALUMNI)

Bagi memastikan Majlis Konvokesyen UTeM berjalan lancar, setiap graduan


DIWAJIBKAN mengambil gambar untuk Kad Alumni. Kad Alumni bertujuan untuk
memaparkan maklumat graduan semasa naik ke atas pentas. Graduan boleh
mengambil gambar Kad Alumni pada waktu bekerja dengan menghadirkan diri di
Bahagian Governan & Pengurusan Organisasi, Pejabat Pendaftar. Para graduan
diingatkan supaya berpakaian kemas semasa proses mengambil gambar Kad Alumni
seperti berikut:-
 Graduan lelaki : Memakai kemeja. Graduan turut diingatkan
supaya berambut pendek
 Graduan perempuan : Memakai pakaian yang sopan

Bagi graduan yang tidak berkesempatan untuk mengambil gambar Kad Alumni lebih
awal, satu sesi khas pengambilan gambar Kad Alumni akan diadakan seperti beriikut:

Tempat : Ruang Santai,


Aras 1,
Perpustakaan Laman Hikmah,
Kampus Induk, Durian Tunggal, Melaka

1
Tarikh / Masa : 28 November 2019 (Khamis)
- 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
- 2.30 petang hingga 5.00 petang

: 29 November 2019 (Jumaat)


- 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
- 2.45 petang hingga 5.00 petang

: 30 November 2019 (Sabtu)


- 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
- 2.30 petang hingga 5.00 petang

: 1 Disember 2019 (Ahad)


- Selepas raptai hingga jam 6.00 petang

NOTA PENTING:-

i) SILA BAWA KAD ALUMNI INI KE KHEMAH PERSEDIAAN GRADUAN UNTUK


MENDAFTAR DIRI SEBELUM NAIK KE PENTAS.

ii) SEMUA GRADUAN WAJIB MENGHADIRI MAJLIS RAPTAI KONVOKESYEN PADA


HARI AHAD 1 DISEMBER 2019 MULAI JAM 9.00 PAGI SEHINGGA JAM 12.00
TENGAH HARI. OLEH ITU, KAUNTER PENGAMBILAN GAMBAR (KAD ALUMNI)
DIBUKA SETELAH SELESAI MAJLIS RAPTAI.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai pengambilan gambar atau Kad Alumni, sila
berhubung dengan pegawai di Bahagian Governan & Pengurusan Organisasi,
Pejabat Pendaftar seperti berikut:

NAMA ALAMAT EMEL NO TELEFON


Puan Azrina binti Alwi azrina@utem.edu.my 06-270 1900
Encik Zuhaimi bin Alias zuhaimi@utem.edu.my 06-270 2847
Puan Hairulizan binti Yacob hairulizan@utem.edu.my 06-270 1904

2
2.2 PEMBAYARAN UNTUK YURAN KONVOKESYEN / YURAN / LAIN-LAIN BAYARAN / HUTANG
TERTUNGGAK

2.2.1 YURAN KONVOKESYEN


a) Semua graduan DIWAJIBKAN membuat bayaran yuran konvokesyen.

b) Graduan yang TIDAK HADIR ke Majlis Konvokesyen juga masih perlu


menjelaskan yuran konvokesyen untuk menuntut Sijil dan Transkrip
Akademik.

c) Kadar yuran konvokesyen bagi setiap program adalah seperti berikut:


i. Diploma : RM100.00
ii. Sarjana Muda : RM130.00
iii. Sarjana : RM150.00
iv. Kedoktoran : RM150.00

d) Pembayaran yuran konvokesyen boleh dibuat melalui 5 kaedah :

Kaedah 1:
Pembayaran di kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) – Graduan
perlu mengemukakan nombor kad pengenalan diri semasa hadir
membuat pembayaran di kaunter BIMB. (Arahan seperti di Lampiran A)

Kaedah 2:
Pembayaran yuran secara on-line dengan melayari laman sesawang
www.bankislam.com.my. (Arahan seperti di Lampiran A)

Kaedah 3:
Pembayaran dibuat melalui mesin auto-teller BIMB. (Arahan seperti di
Lampiran A)

Kaedah 4:
Pembayaran secara online melalui e-payment gateway UTeM dengan
melayari laman sesawang UTeM; http://migs.utem.edu.my/payment/.

Kaedah 5:
Pembayaran melalui perbankan internet JomPAY seperti maklumat di
bawah:

3
Semua graduan boleh membuat pembayaran yuran konvokesyen
bermula dari 1 Oktober 2019 (Selasa) sehingga 29 November 2019
(Jumaat) sebelum jam 4.00 petang.

e) Kegagalan graduan untuk membuat bayaran yuran konvokesyen


akan menyebabkan proses-proses seterusnya TIDAK BOLEH DITERUSKAN
iaitu:-
i. mengambil kad jemputan konvokesyen;
ii. mengambil jubah konvokesyen;
iii. menghadiri Majlis Konvokesyen; dan
iv. mengambil Sijil dan Transkrip Akademik.

2.2.2 YURAN / LAIN-LAIN BAYARAN / HUTANG TERTUNGGAK

a) Graduan yang mempunyai yuran / lain-lain bayaran / denda / hutang


tertunggak PERLU menjelaskan semua pembayaran sebelum minggu
pengambilan jubah bagi melancarkan urusan pengambilan jubah
kelak.

b) Merujuk kepada Pekeliling Bendahari Bil. 11/2011 berkenaan Peraturan


Pembayaran Pelajar, pelajar yang gagal menjelaskan semua bayaran
selepas tempoh yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan seperti
berikut:
i. Ditahan daripada membuat pendaftaran mata pelajaran
ii. Ditahan slip menduduki peperiksaan
iii. Ditahan keputusan peperiksaan
iv. Digantung pengajian
v. Diberhentikan
vi. Ditahan menghadiri konvokesyen
vii. Ditahan Transkrip

c) Pembayaran yuran / lain-lain bayaran / hutang tertunggak boleh


dibuat menggunakan kaedah seperti di para 2.2.1(d) atau di kaunter
Pejabat Bendahari sebelum tempahan jubah atau pengambilan jubah
dibuat.

d) Segala urusan pembayaran yuran adalah menggunakan debit


kad/kredit kad/bank draf/wang pos. PEMBAYARAN SECARA TUNAI
TIDAK AKAN DITERIMA.

4
NOTA PENTING:-

i) KEGAGALAN GRADUAN UNTUK MENYELESAIKAN BAYARAN AKAN


MENYEBABKAN PROSES-PROSES SETERUSNYA TIDAK DAPAT DITERUSKAN.

ii) GRADUAN YANG TIDAK HADIR KE MAJLIS KONVOKESYEN JUGA MASIH PERLU
MENJELASKAN YURAN KONVOKESYEN UNTUK MENUNTUT SIJIL DAN TRANSKRIP.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai yuran, sila berhubung dengan pegawai di


Pejabat Bendahari seperti berikut:

NAMA ALAMAT EMEL NO TELEFON


Cik Farah Farhanah binti Md Lani farhanah@utem.edu.my 06-270 2032
Encik Afiq bin Hashim afiq@utem.edu.my 06-270 2029
Encik Muhamad Hazwan bin Hassan hazwan@utem.edu.my 06-270 2028
Puan Siti Hajar binti Abd Latiff siti.hajar@utem.edu.my 06-270 2027

2.3 PENYELESAIAN PEMULANGAN BAHAN DAN DENDA PERPUSTAKAAN LAMAN HIKMAH

KEGAGALAN graduan untuk memulangkan bahan perpustakaan, tidak menjelaskan


denda dan tidak memulangkan kunci locker akan menyebabkan Sijil dan Transkrip
Akademik ditahan.

Graduan dikehendaki membuat semakan dan ‘clearance’ bagi perkara di atas


sebelum konvokesyen.

Pemulangan bahan, kunci loker dan pembayaran denda boleh dilakukan di kaunter
Sirkulasi. Resit Pemulangan bahan, pembayaran denda dan kunci loker akan
disertakan sebagai bukti.

2.4 KAJIAN PENGESANAN GRADUAN

Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan kajian pengesanan graduan


bagi semua graduan Universiti Awam (UA) dan IPTS secara on-line mulai tahun 2006.
Semua graduan diwajibkan mengisi Borang Kajian Pengesanan Graduan.

Kajian Pengesanan Graduan ini merupakan satu kajian tahunan bertujuan untuk
mengukur daya tahap “employability” dan “marketability” graduan, mendapat
pandangan / persepsi graduan tentang keberkesanan program akademik, sistem
pengajian prasarana di IPT masing-masing, mewujudkan pangkalan data graduan-
graduan IPT serta merupakan salah satu cara graduan untuk menyumbang kembali
kepada institusi masing-masing dan kepada bakal pelajar yang akan mengikuti
pelbagai program pengajian di IPT.

5
Justeru itu, graduan UTeM adalah DIWAJIBKAN untuk mengisi borang tersebut yang
boleh dilayari secara on-line di http://graduan.moe.gov.my/ atau melayari portal
UTeM https://konvo.utem.edu.my/graduan/sistem-kajian-pengesanan-graduan.html
bermula 4 November 2019 (Isnin) sehingga 4 Januari 2020 (Sabtu).

Graduan dikehendaki mencetak “Slip Pengesahan Kajian” dan mengemukakan slip


tersebut semasa mengambil jubah konvokesyen kelak.

Graduan dikehendaki menyerahkan Slip Pengesahan Kajian tersebut seperti


ketetapan berikut:

Tempat : Ruang Santai,


Aras 1,
Perpustakaan Laman Hikmah,
Kampus Induk, Durian Tunggal, Melaka

Tarikh / Masa : 28 November 2019 (Khamis)


- 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
- 2.30 petang hingga 5.00 petang

: 29 November 2019 (Jumaat)


- 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
- 2.45 petang hingga 5.00 petang

: 30 November 2019 (Sabtu)


- 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
- 2.30 petang hingga 5.00 petang

: 1 Disember 2019 (Ahad)


- Selepas raptai hingga jam 6.00 petang

Kegagalan melaksanakan Kajian Pengesanan Graduan akan menyebabkan tuan/


puan tidak akan diberikan jubah konvokesyen.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Kajian Pengesanan Graduan, sila berhubung


dengan ‘UTeM Career Connect’, Pusat Pengurusan Alumni dan Kebolehpasaran
Graduan, Pejabat Penolong Naib Canselor-Jaringan Industri dan Masyarakat (PPNC-
JIM) seperti berikut:

NAMA ALAMAT EMEL NO TELEFON


Encik Mohd Zahier bin Mohd Yusoff zahier@utem.edu.my 06-270 1916
Encik Ahmad Haikal bin Shamshul
haikal@utem.edu.my 06-270 4013
Bahrin

6
Selepas konvokesyen, menjadi harapan UTeM agar graduan berjaya menjawat
pekerjaan yang sesuai dengan bidang pengajian. Justeru itu, UTeM memohon
kerjasama graduan untuk meluangkan masa bagi mengemas kini status pekerjaan
pada portal dengan melayari http://graduan.moe.gov.my/update/

Tuan / puan juga adalah DIGALAKKAN untuk mendaftar sebagai ahli Persatuan Alumni
UTeM (AUTeM). Pendaftaran boleh dibuat di Kaunter Pengesanan Graduan atau di
Pusat Pengurusan Alumni dan Kebolehpasaran Graduan, Pejabat Penolong Naib
Canselor-Jaringan Industri dan Masyarakat (PPNC-JIM), Samsung IoT, Bangunan FTK,
Kampus Teknologi UTeM dengan yuran sebanyak RM30.00 (secara tunai).

Untuk sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran ahli AUTeM, sila berhubung


dengan Pusat Pengurusan Alumni dan Kebolehpasaran Graduan, Pejabat Penolong
Naib Canselor-Jaringan Industri dan Masyarakat (PPNC-JIM) seperti berikut:

NAMA ALAMAT EMEL NO TELEFON


Puan Ernawatie binti Md Sah ernawatie@utem.edu.my 06-270 4011
Encik Mohd Safar bin Adim safar@utem.edu.my 06-270 4006

2.5 CENDERAHATI KONVOKESYEN

Semua graduan diberikan cenderahati konvokesyen daripada AUTeM. Sehubungan


dengan itu, graduan dikehendaki mengambil cenderahati tersebut seperti ketetapan
berikut:

Tempat : Ruang Santai,


Aras 1,
Perpustakaan Laman Hikmah,
Kampus Induk, Durian Tunggal, Melaka

Tarikh / Masa : 28 November 2019 (Khamis)


- 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
- 2.30 petang hingga 5.00 petang

: 29 November 2019 (Jumaat)


- 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
- 2.45 petang hingga 5.00 petang

: 30 November 2019 (Sabtu)


- 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
- 2.30 petang hingga 5.00 petang

: 1 Disember 2019 (Ahad)

7
- Selepas raptai hingga jam 6.00 petang

NOTA PENTING:-

SEMUA GRADUAN WAJIB MENGHADIRI MAJLIS RAPTAI KONVOKESYEN PADA HARI AHAD
1 DISEMBER 2019 MULAI JAM 9.00 PAGI SEHINGGA JAM 12.00 TENGAH HARI. OLEH ITU,
KAUNTER PENGAMBILAN CENDERAHATI DIBUKA SETELAH SELESAI MAJLIS RAPTAI.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai cenderahati, sila berhubung dengan Pusat


Pengurusan Alumni dan Kebolehpasaran Graduan, Pejabat Penolong Naib Canselor-
Jaringan Industri dan Masyarakat (PPNC-JIM) seperti berikut:

NAMA ALAMAT EMEL NO TELEFON


Puan Ernawatie binti Md Sah ernawatie@utem.edu.my 06-2704011
Encik Mohd Safar bin Adim safar@utem.edu.my 06-2704006

2.6 KAD JEMPUTAN, PAS MASUK, PAS KENDERAAN DAN Q-CARD

2.6.1 Kad Jemputan, Pas Masuk, Pas Kenderaan dan Q-Card akan diserahkan mulai
28 November (Khamis) hingga 1 Disember 2019 (Ahad).

2.6.2 Setiap graduan yang hadir dibenarkan membawa tetamu mengikut jumlah
pas masuk yang diterima. Jumlah pas masuk bagi setiap graduan adalah
mengikut sesi seperti berikut:

SESI TARIKH PAS MASUK


I 2 Disember 2019 (Isnin, Pagi) 2
II 2 Disember 2019 (Isnin, Petang) 2
III 3 Disember 2019 (Selasa, Pagi) 2
IV 3 Disember 2019 (Selasa, Petang) 2

2.6.3 Tetamu graduan hendaklah memegang pas masuk ini untuk ditunjukkan
kepada petugas di pintu masuk dewan. Tetamu graduan yang tidak
membawa kad pas masuk ini tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.

2.6.4 Graduan DIWAJIBKAN meletakkan pas kenderaan di atas dashboard sebelah


kiri cermin kenderaan yang dinaiki oleh graduan.

2.6.5 Sila patuhi arahan petugas keselamatan dan papan tanda yang disediakan
semasa anda meletakkan kenderaan bagi mengelakkan kesesakan dan
halangan kepada kenderaan lain.

8
2.6.6 Berikut adalah ketetapan bagi urusan di Kaunter Kad Jemputan, Pas Masuk,
Pas Kenderaan Dan Q-Card:

Tempat : Ruang Santai,


Aras 1,
Perpustakaan Laman Hikmah,
Kampus Induk, Durian Tunggal, Melaka

Tarikh / Masa : 28 November 2019 (Khamis)


- 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
- 2.30 petang hingga 5.00 petang

: 29 November 2019 (Jumaat)


- 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
- 2.45 petang hingga 5.00 petang

: 30 November 2019 (Sabtu)


- 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
- 2.30 petang hingga 5.00 petang

: 1 Disember 2019 (Ahad)


- Selepas raptai hingga jam 6.00 petang

NOTA PENTING:-

SEMUA GRADUAN WAJIB MENGHADIRI MAJLIS RAPTAI KONVOKESYEN PADA HARI AHAD 1
DISEMBER 2019 MULAI JAM 9.00 PAGI SEHINGGA JAM 12.00 TENGAH HARI. OLEH ITU, KAUNTER
KAD JEMPUTAN, PAS MASUK, PAS KENDERAAN DAN Q-CARD DIBUKA SETELAH SELESAI MAJLIS
RAPTAI.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai kad jemputan, pas masuk, pas kenderaan dan
Q-Card, sila berhubung dengan pegawai di Bahagian Pengurusan Akademik seperti
berikut:

NAMA ALAMAT EMEL NO TELEFON


Encik Sahhizam bin Maamin sahhizam@utem.edu.my 062701962
Encik Azhar bin Ismail azhar.ismail@utem.edu.my 062701968
Encik Mohd Reduan bin Ahmad @
reduan@utem.edu.my 062702839
Samad

9
2.7 PENGAMBILAN JUBAH

Graduan dikehendaki membuat tempahan awal Jubah Konvokesyen melalui laman


Sesawang Majlis Konvokesyen https://konvo.utem.edu.my/. Berikut adalah ketetapan
bagi pengambilan jubah :

Tempat : Aras 3,
Dewan Canselor,
Kampus Induk, Durian Tunggal, Melaka
Tarikh / Masa : 28 November 2019 (Khamis)
- 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
- 2.30 petang hingga 5.00 petang

: 29 November 2019 (Jumaat)


- 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
- 2.45 petang hingga 5.00 petang

: 30 November 2019 (Sabtu)


- 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
- 2.30 petang hingga 5.00 petang

: 1 Disember 2019 (Ahad)


- Selepas raptai hingga jam 6.00 petang

Pengambilan jubah selepas daripada tempoh di atas TIDAK AKAN DILAYAN.

NOTA PENTING:-

SEMUA GRADUAN WAJIB MENGHADIRI MAJLIS RAPTAI KONVOKESYEN PADA HARI AHAD
1 DISEMBER 2019 MULAI JAM 9.00 PAGI SEHINGGA JAM 12.00 TENGAH HARI. OLEH ITU,
KAUNTER PENGAMBILAN JUBAH DIBUKA SETELAH SELESAI MAJLIS RAPTAI.

Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pegawai di Bahagian


Pengurusan Akademik seperti berikut:

NAMA ALAMAT EMEL NO TELEFON


Encik Sahhizam bin Maamin sahhizam@utem.edu.my 062701962
Encik Azhar bin Ismail azhar.ismail@utem.edu.my 062701968
Puan Siti Salwah binti Ahmad salwah@utem.edu.my 062701961
Puan Sharifah Intan binti Osman intan@utem.edu.my 062701965
Encik Mohd Asri bin Mohd mohdasri@utem.edu.my 062701966
Mokhtar

10
3. PROSES-PROSES WAJIB DILAKUKAN SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN

3.1 PENDAFTARAN GRADUAN

3.1.1 Graduan yang hadir pada hari penganugerahan dikehendaki mendaftarkan


diri kepada petugas di Khemah Persediaan Graduan dengan membawa
bersama-sama Q-Card dan Kad Alumni. Masa pendaftaran adalah seperti di
perenggan 3.2 di bawah.

3.1.2 Graduan diminta supaya TIDAK MEMBAWA sebarang beg / beg tangan
semasa melaporkan diri kerana ia tidak dibenarkan dibawa masuk ke Dewan
Canselor UTeM. HANYA Q-CARD DAN KAD ALUMNI SAHAJA YANG PERLU
DIBAWA BERSAMA.

3.1.3 Graduan Sesi I dan III (Sesi Pagi) dinasihatkan agar bersarapan pagi lebih awal
sebelum mendaftar diri.

3.1.4 Graduan Sesi II dan IV (Sesi Petang) dikehendaki mendaftar diri selepas
menunaikan solat zohor.

Jika menunaikan solat zohor selepas mendaftar diri, anda dikehendaki segera
masuk ke dalam barisan sebaik sahaja selesai solat zohor mengikut susunan
yang telah ditetapkan. (Waktu solat bagi negeri Melaka adalah seperti di
belakang buku ini)

3.1.5 Semua graduan tidak dibenarkan meninggalkan dewan sehingga selesai


Majlis Konvokesyen.

NOTA PENTING:
GRADUAN YANG DIDAPATI TIDAK KEMBALI SEMULA KE DALAM BARISAN SEHINGGA BARISAN
GRADUAN TELAH MASUK KE DALAM DEWAN, MEREKA TIDAK AKAN DIBENARKAN MASUK KE
DALAM DEWAN.

11
3.2 PECAHAN SESI MAJLIS KONVOKESYEN:

MASA
SESI TARIKH PROGRAM
PENDAFTARAN

I 2/12/2019 Kedoktoran 7.30 pagi


(Pagi) (Isnin)  Doktor Falsafah
 Doktor Kejuruteraan

Sarjana Sains
 Sarjana Sains Dalam Kejuruteraan Elektrik
 Sarjana Sains Dalam Kejuruteraan Mekatronik
 Sarjana Sains Dalam Kejuruteraan Elektronik
 Sarjana Sains Dalam Kejuruteraan Mekanikal
 Sarjana Sains Dalam Kejuruteraan Pembuatan
 Sarjana Sains Dalam Teknologi Maklumat Dan
Komunikasi
 Sarjana Sains Dalam Pengurusan Teknologi
 Sarjana Sains Pembangunan Sumber Manusia

Sarjana Mod Campuran

 Sarjana Kejuruteraan Elektrik (Elektronik Kuasa Dan


Pemacu)
 Sarjana Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri)

Sarjana Mod Kerja Kursus


 Sarjana Kejuruteraan Elektronik (Kejuruteraan
Komputer)
 Sarjana Kejuruteraan Elektronik (Sistem Elektronik)
 Sarjana Kejuruteraan Elektronik (Sistem
Telekomunikasi)

 Sarjana Kejuruteraan Mekanikal (Kejuruteraan


Tenaga)
 Sarjana Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)

 Sarjana Kejuruteraan Pembuatan (Kejuruteraan Sistem


Pembuatan)
 Sarjana Kejuruteraan Pembuatan (Kejuruteraan Sistem
Kualiti)
 Sarjana Kejuruteraan Pembuatan (Kejuruteraan
Industri)
 Sarjana Kejuruteraan Pembuatan (Kejuruteraan
Pembuatan Bahan Termaju Dan Pemprosesan)

 Sarjana Sains Komputer (Teknologi Rangkaian


Internet)
 Sarjana Sains Komputer (Teknologi Pangkalan Data)
 Sarjana Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian Dan
Kepintaran)
 Sarjana Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian)
 Sarjana Sains Komputer (Sains Keselamatan)
 Sarjana Sains Komputer (Pengkomputeran
Multimedia)

12
 Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Operasi
Termaju)
 Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan
Teknologi Dan Inovasi)

 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Dengan


Kepujian
 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Elektronik
Kuasa & Pemacu) Dengan Kepujian
 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik Dengan
Kepujian
 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kuasa
Industri) Dengan Kepujian

 Anugerah Hadiah Akademik

II 2/12/2019 Ijazah Sarjana Muda 1.00 petang


(Petang) (Isnin)  Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik Dengan
Kepujian
 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik
(Kejuruteraan Komputer) Dengan Kepujian
 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Elektronik
Industri) Dengan Kepujian

 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Dengan


Kepujian
 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Loji &
Penyenggaraan) Dengan Kepujian
 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Struktur
& Bahan) Dengan Kepujian
 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Termal-
Bendalir) Dengan Kepujian

 Ijazah Sarjana Muda Teknousahawanan Dengan


Kepujian
 Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Dengan
Kepujian (Inovasi Teknologi)
 Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Dengan
Kepujian (Pemasaran Teknologi Tinggi)

III 3/12/2019  Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan 7.30 pagi


(Pagi) (Selasa) Dengan Kepujian

 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik


(Automasi Industri & Robotik) Dengan Kepujian
 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik
(Kuasa Industri) Dengan Kepujian
 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik
(Elektronik Industri) Dengan Kepujian
 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik
(Telekomunikasi) Dengan Kepujian

13
 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Komputer
(Sistem Komputer) Dengan Kepujian

 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan


Mekanikal (Teknologi Automotif) Dengan Kepujian
 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan
Mekanikal (Sistem Penyejukan dan Penyaman Udara)
Dengan Kepujian
 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan
Mekanikal (Teknologi Penyelenggaraan) Dengan
Kepujian
 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan
Pembuatan (Reka Bentuk Produk) Dengan Kepujian
 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan
Pembuatan (Proses dan Teknologi) Dengan Kepujian

IV 3/12/2019  Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian 1.00 petang


(Petang) (Selasa) Komputer) Dengan Kepujian
 Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pengurusan
Pangkalan Data) Dengan Kepujian
 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Teknologi
Permainan) Dengan Kepujian
 Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepintaran
Buatan) Dengan Kepujian
 Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Media Interaktif)
Dengan Kepujian
 Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan
Perisian) Dengan Kepujian
 Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan
Komputer) Dengan Kepujian

Diploma
 Diploma Kejuruteraan Elektrik
 Diploma Kejuruteraan Elektronik
 Diploma Kejuruteraan Mekanikal
 Diploma Kejuruteraan Pembuatan
 Diploma Teknologi Maklumat dan Komunikasi

14
3.3 PANDUAN KEPADA GRADUAN SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN

PENTING:- Sila baca panduan ini dengan teliti.

3.3.1 Penganugerahan Ijazah Kedoktoran / Sarjana / Sarjana Muda dan Diploma


akan disempurnakan oleh Canselor atau Pro Canselor atau Naib Canselor
UTeM.

3.3.2 Apabila nama tuan/puan diumumkan, tuan/puan diminta berjalan terus ke


arah Canselor atau Pro Canselor atau Naib Canselor, tunduk sebagai tanda
hormat dan menerima Album Sijil dengan kedua-dua belah tangan dan
mengucapkan “TERIMA KASIH TUN / DATUK WIRA ”.

4. PROSES-PROSES WAJIB DILAKUKAN SELEPAS MAJLIS KONVOKESYEN

4.1 PEMULANGAN JUBAH, MORTAR BOARD ATAU BONNET DAN HOOD

4.1.1 Jubah, Mortar Board atau Bonnet dan Hood WAJIB dipulangkan sebaik sesi
penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah / Sarjana / Sarjana Muda / Diploma
tuan/puan berakhir.

4.1.2 Graduan Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dikehendaki memulangkan jubah
mengikut ketetapan berikut:-

Tarikh Tempat Masa


a) 2 Disember 2019 Ruang Santai, 12.00 tengah hari
(Isnin) Aras 1, hingga 7.00 malam
Perpustakaan Laman
b) 3 Disember 2019 8.00 pagi hingga
(Selasa) Hikmah, 7.00 malam
Kampus Induk, Durian
Tunggal, Melaka

Selepas dari tarikh dan tempoh masa yang dinyatakan di atas, graduan
dikehendaki memulangkan jubah, mortar board atau bonnet dan hood di
Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Pendaftar pada hari bekerja sahaja
bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, tertakluk kepada pengenaan
kadar sewaan dan denda lewat pemulangan jubah.

15
4.1.3 Graduan Kedoktoran dan Sarjana dikehendaki memulangkan jubah mengikut
ketetapan berikut:-
Bil. Tarikh Tempat Masa
1. 2 Disember 2019 Pejabat Pentadbiran, 12.00 tengah hari
(Isnin) Aras 2, Pusat hingga 7.00 malam
Pengajian Siswazah
2. 3 Disember 2019 Kampus Induk, Durian 8.00 pagi hingga
(Selasa) Tunggal, Melaka 5.00 petang

3. 4 Disember 2019 8.00 pagi hingga


(Rabu) 5.00 petang

Selepas dari tarikh dan tempoh masa yang dinyatakan di atas, graduan
dikehendaki memulangkan jubah, mortar board atau bonnet dan hood di
Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Pendaftar pada hari bekerja sahaja,
bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, tertakluk kepada pengenaan
kadar sewaan dan denda lewat pemulangan jubah.

4.1.4 Graduan akan dikenakan bayaran sewa jubah sekiranya memulangkan jubah
pada 5 Disember 2019 (Khamis) dan seterusnya. Kadar sewaan adalah seperti
di jadual berikut:-
Tempoh Pemulangan Kadar Sewaan
5 Disember 2019 (Khamis) hingga 11 Disember RM2.00/sehari*
2019 (Rabu)
12 Disember 2019 (Khamis ) dan ke atas RM30.00/sehari*

*kadar sewaan dikira termasuk Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am.

4.1.5 Mana-mana graduan yang telah menghilangkan jubah dan/atau mana-


mana kelengkapannya (seperti mortar board atau bonnet dan hood) akan
dikenakan denda kehilangan seperti berikut:

ITEM KADAR DENDA


a) Jubah RM700.00
b) Mortarboard RM100.00
c) Bonnet RM200.00
d) Hood RM100.00

4.1.6 Bagi graduan yang memulangkan jubah dan/atau mana-mana


kelengkapannya (seperti mortar board atau bonnet dan hood) di dalam
keadaan rosak, graduan dianggap telah menghilangkannya dan akan
dikenakan bayaran mengikut denda kehilangan.

16
4.1.7 Jika graduan turut lewat memaklumkan mengenai kerosakan ini, graduan
akan dikenakan bayaran sewaan, denda lewat dan denda kehilangan.

4.1.8 Semua bayaran berhubung dengan sewaan, denda lewat atau denda
kehilangan hendaklah dibayar di Kaunter Pejabat Bendahari sebelum
mengambil Sijil dan Transkrip.

4.2 TUNTUTAN SIJIL DAN TRANSKRIP AKADEMIK

4.2.1 Sijil dan Transkrip Akademik akan diserahkan selepas graduan memulangkan
jubah, mortar board dan hood dan telah menyelesaikan denda atau hutang
tertunggak dengan Universiti.

4.2.2 Graduan Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dikehendaki mengambil Sijil dan
Transkrip Akademik masing-masing selepas selesai setiap sesi seperti berikut :-

Bil. Tarikh Tempat Masa


1. 2 Disember 2019 Ruang Santai, 12.00 tengah hari
(Isnin) Aras 1, hingga 7.00 malam
Perpustakaan Laman
2. 3 Disember 2019 8.00 pagi hingga
(Selasa) Hikmah, 7.00 malam
Kampus Induk, Durian
Tunggal, Melaka

Selepas dari tarikh dan tempoh di atas Sijil dan Transkrip Akademik boleh
dituntut di Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Pendaftar. Waktu
pengambilan adalah pada hari bekerja sahaja, bermula jam 8.00 pagi hingga
5.00 petang.

4.2.3 Graduan Kedoktoran dan Sarjana, dikehendaki mengambil Sijil dan Transkrip
Akademik masing-masing selepas selesai setiap sesi konvokesyen boleh
dituntut di Pusat Pengajian Siswazah. Waktu pengambilan adalah pada hari
bekerja sahaja bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

4.2.4 Sijil dan Transkrip Akademik hendaklah dituntut di dalam tempoh 90 hari dari
tarikh Majlis Konvokesyen. Sekiranya tuntutan tidak dibuat dalam tempoh
tersebut, pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang
kerosakan, kehilangan atau sebagainya.

4.2.5 Bagi graduan yang tidak dapat hadir untuk mengambil Sijil dan Transkrip, boleh
berhubung terus dengan Bahagian Pengurusan Akademik (bagi graduan

17
program Diploma dan Sarjana Muda) atau Pusat Pengajian Siswazah (bagi
graduan program Kedoktoran dan Sarjana) dan meminta Sijil dan Transkrip
Akademik berkenaan diposkan dengan memberikan alamat terkini yang
lengkap serta salinan Kad Pengenalan. Pihak Universiti tidak akan
bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan semasa
perjalanan pos. Semua urusan pos untuk menghantar Sijil dan Transkrip
Akademik akan dibuat melalui Pos Laju. Pihak Universiti akan hanya
mengirimkan Sijil dan Transkrip Akademik setelah graduan mengembalikan
selengkapnya jubah, mortar board dan hood dan telah menyelesaikan hutang
tertunggak dengan Universiti.

4.2.6 Graduan yang mewakilkan individu lain untuk mengambil Sijil dan Transkrip
Akademik bagi pihaknya dikehendaki mengemukakan surat kebenaran dan
salinan kad pengenalan graduan serta mencatatkan nama dan nombor kad
pengenalan individu yang diwakilkan di dalam surat kebenaran. Pihak
Universiti akan hanya menyerahkan Sijil dan Transkrip Akademik kepada wakil
yang dilantik jika graduan telah mengembalikan selengkapnya jubah, mortar
board dan hood dan telah menyelesaikan hutang tertunggak dengan
Universiti.

4.3 PENAHANAN SIJIL DAN TRANSKRIP AKADEMIK

Graduan yang masih berhutang dengan pihak UTeM atau belum memulangkan buku
Perpustakaan atau barang-barang lain yang dipinjam dari mana-mana Pejabat di
UTeM, diingatkan supaya menyelesaikan urusan dengan Pejabat berkenaan selewat-
lewatnya 1 minggu sebelum Majlis Konvokesyen berlangsung. Sekiranya bayaran atau
penyerahan sudah dibuat, sila bawa resit bayaran atau bukti serahan sewaktu
menuntut Sijil dan Transkrip. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan Sijil dan
Transkrip Akademik graduan ditahan.

18
4.4 KEHILANGAN SIJIL ATAU TRANSKRIP AKADEMIK

4.4.1 Pihak UTeM telah menetapkan bahawa Sijil Dan Transkrip Akademik asal cuma
dikeluarkan sekali sahaja kepada graduan dan tidak lagi dikeluarkan untuk
menggantikan yang hilang atau rosak. Sekiranya sijil dan/atau transkrip hilang
atau rosak, pihak Universiti cuma dapat mengeluarkan salinan sijil dan/atau
transkrip berkenaan.

4.4.2 Bagi kes kehilangan Sijil dan/atau Transkrip Akademik, pelajar perlu membuat
laporan kepada pihak polis dan laporan tersebut hendaklah dilampirkan
semasa membuat permohonan ke Bahagian Pengurusan Akademik bagi
graduan Sarjana Muda dan Diploma atau Pusat Pengajian Siswazah bagi
graduan Ijazah Kedoktoran dan Sarjana.

4.4.3 Bagi kes kerosakan Sijil atau Transkrip Akademik, graduan perlu melampirkan
Sijil atau Transkrip Akademik yang rosak tersebut kepada Bahagian Pengurusan
Akademik atau Pusat Pengajian Siswazah (mana yang berkenaan) semasa
membuat permohonan.

4.4.4 Permohonan salinan Sijil atau Transkrip Akademik akan dikenakan bayaran
RM50.00 setiap satu bagi graduan Ijazah Sarjana Muda dan Diploma.
Manakala bagi graduan Ijazah Kedoktoran dan Sarjana bayaran yang
dikenakan untuk setiap salinan Sijil adalah RM100.00 dan Transkrip RM50.00.
Oleh itu, para graduan dinasihatkan menyimpannya dengan baik dan
selamat. Juga dinasihatkan graduan membuat salinan yang mencukupi.

4.5 KESILAPAN MAKLUMAT DALAM SIJIL DAN TRANSKRIP AKADEMIK

Sebaik sahaja menerima Sijil dan Transkrip Akademik, setiap graduan perlu
menyemaknya untuk mengelakkan sebarang kesilapan. Sekiranya terdapat kesilapan
maklumat dalam Sijil atau Transkrip Akademik ianya boleh diganti baru dengan syarat
kesilapan itu adalah dari pihak UTeM sendiri dan dilaporkan secara bertulis dalam
tempoh empat (4) minggu selepas tarikh konvokesyen atau 90 hari bagi mereka yang
tidak menghadiri konvokesyen. Selepas daripada tempoh ini Sijil atau Transkrip
Akademik tidak lagi dikeluarkan.

19
5. TATACARA BERPAKAIAN

5.1 PAKAIAN TETAMU/IBU BAPA SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN

5.1.1 Tetamu Lelaki (Islam/Bukan Islam)

Pakaian rasmi/kebangsaan lengkap/lounge suit atau pakaian tertib. Maksud


pakaian tertib bagi lelaki (termasuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas)
adalah berseluar panjang dan baju berlengan panjang (Kemeja-T adalah
tidak dibenarkan).

5.1.2 Tetamu Wanita (Islam/Bukan Islam)

a) Pakaian tertib bagi wanita (termasuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke


atas) adalah baju kurung/moden atau kebaya.

b) Bagi tetamu graduan yang bukan beragama Islam, pakaian gaun atau
skirt mestilah melebihi paras buku lali.

c) Blouse tanpa lengan, kemeja-T dan seluar yang tidak mencapai paras
buku lali adalah dianggap tidak sesuai dan tidak dibenarkan masuk ke
dalam Dewan Canselor UTeM.

NOTA PENTING
i) Panduan pemakaian untuk tetamu/ibu bapa ini adalah berdasarkan panduan
etika protokol berpakaian untuk majlis-majlis rasmi.
ii) Kanak - kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam
dewan.
iii) Petugas/Penyambut tetamu berhak untuk tidak membenarkan tetamu/ibu
bapa graduan dari memasuki Dewan jika gagal mematuhi peraturan pakaian
yang telah ditetapkan.

5.2 PAKAIAN GRADUAN SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN

5.2.1 Graduan lelaki:-

a) Mortar Board atau Bonnet (disediakan oleh pihak Universiti).


b) Jubah dan Hood (disediakan oleh pihak Universiti).
c) Memakai lounge suit (kot atau blazer) berwarna hitam atau gelap serta
bertali leher. Baju dan tali leher adalah berwarna bebas

ATAU

20
Sepasang Baju Melayu hitam berbutang lima (Baju Melayu cekak
musang), bersamping songket hitam berbunga benang emas dan
dipakai tanpa menggunakan bengkung.
d) Kasut kulit hitam bertutup penuh.

5.2.2 Graduan perempuan:-

a) Mortar Board atau Bonnet (disediakan oleh pihak Universiti).


b) Jubah dan Hood (disediakan oleh pihak Universiti).
c) Baju kurung moden/labuh atau kebaya bandung/labuh. Kebaya
Sarung tanpa menggunakan belah (split) di tepi tetapi boleh memakai
lipatan (pleat) di bahagian hadapan.
ATAU
Skirt labuh melepasi buku lali yang berwarna hitam dan blaus yang
berlengan panjang. (Warna blaus adalah bebas).
d) kain pakaian jenis “lace” boleh dipakai dengan syarat mempunyai
lining.
e) Selendang/Mini Telekung/Sarung Tangan dibenarkan untuk dipakai.
f) Warna pakaian adalah pilihan sendiri.
g) Bagi graduan yang memakai tudung/mini telekung, warna bagi tudung
tersebut adalah bebas.
h) Kasut kulit hitam bertutup penuh dan bertumit. Kasut sarung (sandal)
tidak dibenarkan sama sekali.

5.2.3 Jubah Graduan

a) Kedoktoran : Biru Kehitaman (Blue Black) dengan tiga jalur


dilengan mengikut warna Fakulti dengan hood
b) Sarjana : Biru Kehitaman (Blue Black) dengan dua jalur di
lengan mengikut warna Fakulti dengan hood
c) Sarjana Muda : Biru Kehitaman (Blue Black) dengan satu jalur di
lengan mengikut warna Fakulti dengan hood
d) Diploma : Blue Black tanpa jalur di lengan tangan

NOTA PENTING
PAKAIAN SELAIN DARIPADA JENIS PAKAIAN YANG DISENARAIKAN DI ATAS
ADALAH TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI. (SILA LIHAT LAMPIRAN DI BELAKANG
IAITU CONTOH PAKAIAN GRADUAN YANG DIBENARKAN)

21
5.3 PENAMPILAN DIRI GRADUAN

5.3.1 Graduan lelaki


Rambut hendaklah pendek dan kemas, tidak berwarna dan tidak mencecah
kolar baju. (Lihat lampiran)

5.3.2 Graduan Perempuan


Hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata.

JIKA GRADUAN GAGAL MEMATUHI PERATURAN PAKAIAN DAN PENAMPILAN


DIRI YANG DITETAPKAN, PIHAK PETUGAS MAJLIS KONVOKESYEN MEMPUNYAI
KUASA UNTUK TIDAK MEMBENARKAN GRADUAN MEMASUKI DEWAN DAN
MENYERTAI MAJLIS KONVOKESYEN UTeM.

6. RAPTAI

Semua graduan DIWAJIBKAN menghadiri raptai bagi melancarkan Majlis Konvokesyen.


Semasa raptai, graduan akan diberi taklimat mengenai proses-proses sebelum dan semasa
Majlis Konvokesyen tersebut. Berikut ialah ketetapan bagi majlis raptai tersebut.

Tempat : Dewan Canselor UTeM, Kampus Induk Durian Tunggal, Melaka.


Tarikh : 1 Disember 2019 (Ahad)
Masa : 9.00 Pagi

Semasa raptai, graduan dikehendaki berlatih menyanyikan lagu “UTeM TERBILANG”. Seni kata
lagu tersebut ada di muka surat akhir Buku Panduan ini.

7. GRADUAN KURANG UPAYA / MEMERLUKAN BANTUAN KHAS (CACAT ATAU KEMALANGAN)

Graduan kurang upaya (cacat atau kemalangan) yang memerlukan bantuan peralatan
seperti kerusi roda atau pembantu diminta memaklumkan kepada pihak Bahagian
Pengurusan Akademik di Kaunter Pengambilan Jubah semasa mengambil jubah atau
kepada petugas penyusunan graduan semasa raptai.

22
8. GAMBAR KONVOKESYEN

8.1 PENGAMBILAN GAMBAR MAJLIS KONVOKESYEN (DALAM DEWAN)

Graduan tidak dibenarkan mengambil gambar atau membenarkan orang lain


berbuat demikian semasa di dalam dewan. Semua pengambilan gambar semasa
Majlis Konvokesyen berlangsung akan diuruskan oleh syarikat yang akan dilantik.

Set gambar atas pentas mengandungi :-


a. Saiz gambar 11R (11” x 14”) : 1 keping (Gambar menerima Ijazah penuh)
b. Saiz gambar 8R (8” x 10”) : 1 keping (Gambar menerima Ijazah separuh)
c. Saiz gambar 5R (5” x 7”) : 1 keping (Gambar berjalan)
1 keping (Gambar menerima Ijazah penuh)
d. 1 Salinan CD gambar penerimaan Ijazah

Berikut adalah ketetapan bagi urusan tempahan gambar Majlis Konvokesyen (Dalam
Dewan Canselor UTeM) :

Tempat : Lobi, Perpustakaan Laman Hikmah


Tarikh : 28 November 2019 hingga 1 Disember 2019 (Khamis hingga
Ahad)
Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
2.30 petang hingga 5.00 petang

Gambar yang telah siap boleh dituntut sehari selepas Majlis Konvokesyen dengan
membawa resit bayaran gambar.

Berikut adalah ketetapan bagi urusan tuntutan gambar Majlis Konvokesyen (Dalam
Dewan Canselor UTeM):

Tempat : Lobi, Perpustakaan Laman Hikmah


Tarikh : 2 Disember 2019 (Isnin) dan 3 Disember 2019 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
2.30 petang hingga 5.00 petang

Selepas daripada tempoh yang dinyatakan di atas para graduan boleh mengambil
gambar tersebut di tempat yang akan dimaklumkan kelak.

Bagi graduan yang hendak menggunakan khidmat penghantaran gambar secara


pos (pos berdaftar) caj tambahan akan dikenakan merangkumi kos kertas keras dan
sampul bersaiz besar.

SEMUA GRADUAN WAJIB MENGHADIRI MAJLIS RAPTAI KONVOKESYEN PADA HARI AHAD
1 DISEMBER 2019 MULAI JAM 9.00 PAGI SEHINGGA JAM 12.00 TENGAH HARI. OLEH ITU,
KAUNTER GAMBAR KONVOKESYEN DIBUKA SETELAH SELESAI MAJLIS RAPTAI.

23
9. SENI KATA LAGU UTeM

“UTeM TERBILANG”

DI SINI SEGALA BERMULA


CEMERLANG MENCIPTA GEMILANG
BERTUAH BUMIKU MENYAKSI
BERSAMA KITA BERJUANG

TERSOHOR PERSADA DUNIA


SENADA WAWASAN NEGARA
MELAHIR INSAN LUHUR JIWA
MAMPAN MENAMBAT DUNIA

PERKONGSIAN PINTAR
UNIVERSITI DAN INDUSTRI
KREATIF INOVATIF

PEMBELAJARAN TERAS
APLIKASI DAN KOMPETENSI
TEKAD MENCAPAI VISI

DEMI SEMANGAT NEGARA


KAMI MENCURAH BAKTI
NASIB PERTIWI TERUS DIBELA
KEPADA IBUNDA KAMI BERJANJI

UTeM KU CEMERLANG
UTeM KU GEMILANG
UTeM KU TERBILANG
UTeM TERUS BERJUANG

24
10. WAKTU SOLAT BAGI NEGERI MELAKA

Tarikh Hari Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak


1-12-2019 Ahad 5:38 6:59 13:01 16:24 19:00 20:14

2-12-2019 Isnin 5:38 7:00 13:02 16:25 19:01 20:15

3-12-2019 Selasa 5:38 7:00 13:02 16:25 19:01 20:15

4-12-2019 Rabu 5:39 7:00 13:03 16:26 19:01 20:1

 Sumber daripada www.al-azim.com

25
11. SENARAI SEMAK

APA PERLU ANDA BUAT:

DOKUMEN PERLU
MASA BIL. PERKARA
DISERTAKAN/DIBAWA
SEBELUM MAJLIS 1 Layari laman web https://konvo.utem.edu.my/ dari
KONVOKESYEN masa ke semasa untuk mengetahui berita terkini
Majlis Konvokesyen

2 Baca dengan teliti setiap maklumat/ kandungan set


jemputan konvokesyen

3 Semak sesi konvokesyen anda

4 Semak tatacara berpakaian dan penampilan


semasa konvokesyen. Sediakan keperluan ini jika
tiada.

Maklumkan kepada tetamu/ibu bapa mengenai


tatacara berpakaian tetamu/ibu bapa semasa
Majlis Konvokesyen. Sediakan keperluan ini jika tiada.

5 Layari laman web http://graduat.moe.gov.my atau


https://konvo.utem.edu.my/ dan isikan Kajian
Pengesanan Graduan. Sila cetak Slip Pengesahan
Kajian dan simpan dengan baik (anda perlu
menunjukkan slip ini semasa mengambil jubah
konvokesyen)

6 Bayar yuran konvokesyen mengikut kaedah di


perenggan 2.4 Buku Panduan Graduan. Simpan resit
dengan baik (anda perlu menunjukkan resit ini
semasa mengambil jubah konvokesyen)

7 Semak dan bayar yuran / lain-lain bayaran / hutang


tertunggak mengikut kaedah di perenggan 2.4.1
Buku Panduan Graduan. Simpan resit atau bukti
bayaran dengan baik (anda perlu menunjukkan
resit/bukti ini semasa mengambil jubah
konvokesyen)

8 Datang ke Universiti pada tarikh yang ditetapkan - Slip Pengesahan


untuk pengambilan jubah. Kajian
- Resit-resit bayaran
yuran
konvokesyen/
yuran / lain-lain

26
bayaran / hutang
tertunggak

9 Ambil Cenderahati Konvokesyen di kaunter - Cenderahati


pengambilan Cenderahati. Konvokesyen

10 Serahkan Slip Pengesahan Kajian kepada Kaunter - Slip Pengesahan


Pengesanan Graduan. Kajian

11 Ambil gambar untuk Kad Alumni di Kaunter - Kad Alumni


Pengambilan Gambar. Ambil, semak dan simpan
Kad Alumni dengan baik (sila bawa Kad Alumni ini
semasa Majlis Konvokesyen)
12 Serahkan resit bayaran yuran konvokesyen dan Resit-resit bayaran
yuran / lain-lain bayaran / hutang tertunggak yuran konvokesyen/
dan/atau semak status berhutang anda di Kaunter yuran / lain-lain
Yuran. Jelaskan hutang (jika masih ada) dan simpan bayaran / hutang
resit pembayaran. (Transkrip dan Sijil Akademik tidak tertunggak
akan diserahkan jika masih berhutang kepada
Universiti)

13 Terima Kad Jemputan menghadiri konvokesyen, pas - Kad Jemputan


masuk dan pelekat kenderaan (sila serahkan pas
masuk kepada tetamu/ibu bapa yang akan masuk
ke Dewan Besar UTeM)

14 Ambil jubah konvokesyen dan Q-Card dari Kaunter - Jubah Graduan


Pengambilan Jubah (sila bawa jubah konvokesyen - Q-Qard
dan Q-Card ini semasa Majlis Konvokesyen)

15 Hadiri raptai Majlis Konvokesyen mengikut masa dan - Kad Alumni


tarikh yang ditetapkan. Kehadiran bagi majlis raptai - Q- Card
adalah diwajibkan kepada semua graduan (sila
rujuk Buku Panduan Graduan)

SEMASA MAJLIS 16 Datang ke Khemah Persediaan Graduan di Dewan - Kad Kenderaan


KONVOKESYEN Canselor UTeM dan mendaftar diri kepada petugas (letakkan pada
pengurusan graduan (sila tepati masa dan tatacara sebelah kiri cermin
berpakaian yang telah ditetapkan di dalam Buku depan kenderaan)
Panduan Graduan). Graduan Sesi I dan III - Kad Jemputan
dinasihatkan bersarapan lebih awal. (dipegang oleh ibu
bapa/ tetamu
graduan)
- Pas Masuk
(dipegang oleh ibu
bapa / tetamu
graduan yang
masuk ke Dewan
Canselor UTeM)

27
- Kad Alumni
(dipegang oleh
graduan)
- Q-Card (dipegang
oleh graduan)
- Jubah, mortar
board atau bonnet
hood (dipegang
oleh graduan)

PERINGATAN:

Graduan diminta
supaya tidak
membawa sebarang
beg / beg tangan,
barang berharga dan
dompet wang
semasa mendaftar diri
kecuali beg kertas
yang menyimpan
Jubah sahaja. Beg /
beg tangan tidak
dibenarkan untuk
dibawa masuk ke
dalam Dewan
Canselor UTeM. Pihak
Universiti tidak akan
bertanggungjawab
jika berlaku sebarang
kehilangan /
kerosakan harta
benda.

17 Beratur di dalam barisan / kursus anda mengikut


arahan petugas

18 Berarak masuk ke dewan dengan tertib

19 Ambil tempat duduk di dalam dewan mengikut


arahan Pepandu Graduan
20 Tunggu giliran Fakulti/kursus anda menerima
ijazah/diploma

21 Beratur untuk menerima Ijazah/Diploma apabila


mendapat arahan Pepandu Graduan

22 ‘Swipe’ Kad Alumni apabila diminta oleh petugas


untuk tujuan paparan nama di skrin.

28
23 Terima Ijazah / Diploma (sila rujuk perenggan 3.3
Buku Panduan Graduan)

24 Keluar dewan apabila pemakluman selesai majlis

25 Pulangkan jubah konvokesyen dalam keadaan baik.


SELEPAS MAJLIS Tempat pemulangan jubah konvokesyen adalah
KONVOKESYEN seperti mana yang dinyatakan di perenggan 4.1
Buku Panduan Graduan.

26 Ambil Sijil dan Transkrip (pastikan dahulu anda tidak - Kad pengenalan
berhutang kepada Universiti). Tempat mengambil Sijil - Resit-resit bayaran
dan Transkrip adalah seperti mana yang dinyatakan yuran
di perenggan 4.2 Buku Panduan Graduan. konvokesyen/
yuran / lain-lain
bayaran / hutang
tertunggak

29
LAMPIRAN A

A) Kaunter Bank – Cara Pembayaran

1. Isikan maklumat nama dan nombor kad pengenalan pelajar di Slip Pembayaran/Bill
Payment.

2. Isikan di ruangan nama universiti dengan nama “Universiti Teknikal Malaysia Melaka”.

3. Isikan di ruangan No. Rujukan/No Akaun Bil dengan “YK” dan diikuti dengan no matrik
pelajar. Contoh : YKB010110111

4. Serahkan kepada Teller Slip Pembayaran Bil / Bill Payment yang telah diisi maklumat
seperti di bawah.

Cara Pembayaran ‘IPT FEES’ Melalui Kaunter Bank Islam

B) Internet Banking – Cara Pembayaran

Cara Pembayaran ‘IPT FEES’ melalui Perbankan Internet Bank Islam

1. Layari www.bankislam.com.my

2. Klik logo “Internet Banking Login” dan tekan butang “ok” pada “Security Alerts”

3. Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk memasuki sistem Perbankan Internet Bank
Islam.

4. Pilih “Bill Presentment” pada bahagian “Bill Payment”.

5. Pilih Universiti pada bahagian senarai Universiti.

6. Masukkan No Kad Pengenalan pada ruang Kad Pengenalan dan klik “next”

7. Senarai bil akan dipaparkan. Sila pilih bil yang bermula dengan ‘YK’ diikuti dengan
nombor matrik pelajar. Contoh: YKB01010111. Kemudian klik “pay”.

30
8. Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih “source account”
yang hendak di debitkan and sahkan jumlah amaun yang hendak di bayar
dan klik “pay”

9. Skrin berikutnya akan menyenaraikan maklumat bayaran yang perlu disahkan.

10. Klik "Confirm" untuk meneruskan pembayaran atau sebaliknya.

11. Skrin berikut akan menunjukkan makluman bayaran yang telah dilakukan. Pelanggan
adalah dinasihatkan untuk membuat salinan makluman bayaran yang dilakukan
sebagai rujukan.

C) ATM BANK ISLAM – Cara Pembayaran

Pembayaran ‘IPT FEES’ Melalui ATM Bank Islam

Pilih Menu:

 LAIN-LAIN

 PEMBAYARAN BIL / YURAN IPT

 YURAN IPT

 Pilih AKAUN PEMBAYAR ( akaun yang akan didebit )

 Masukkan NO KAD PENGENALAN PELAJAR

 Pilih Bil yang ingin dibayar. Sila pilih bil yang bermula dengan ‘YK’ diikuti dengan nombor
matrik pelajar. Contoh: YKB01010111. Kemudian klik “pay”.

 Sahkan amaun yang ingin dibayar

* Transaksi selesai dan ambil Resit

31
Segala pertanyaan umum boleh dimajukan kepada:
Bahagian Pengurusan Akademik,
Universiti Teknikal Malaysia Melaka.
Telefon : 06-270 1959 / 1961 / 1965 / 1966 / 1962 / 1968 / 2839
/ 1970 / 1974 / 1963 / 1964/ 2846
Faks : 06-331 6079
E-mel : bpa@utem.edu.my

32

You might also like