You are on page 1of 5

LAMPIRAN B

MAJLIS KOMENSMEN INSTITUT AMINUDDIN BAKI KE-21


PERATURAN DAN PANDUAN

1. BUTIRAN MAJLIS KOMENSMEN

a. Majlis akan diadakan pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan
sebagaimana yang tercatat pada surat jemputan graduan.

b. Semua graduan perlu menyatakan Maklum Balas Kehadiran melalui


sistem MPPS (https://tls.moe.gov.my) sebelum atau pada 2 Mac 2020
(Isnin).

c. Pendaftaran Komensmen:
i. Pendaftaran bermula jam 10.00 pagi hingga 3.30 petang pada
27 Mac 2020 (Jumaat) di ruang legar Dewan Tuanku Cancelor.
Sila serahkan slip pembayaran asal di kaunter urus setia bagi
mendapatkan resit dan set jubah akademik;
ii. Graduan mesti menepati tarikh, masa dan program seperti
dalam atur cara majlis; dan
iii. Dokumen yang perlu dibawa ialah Tag Nama (dicetak melalui
sistem MPPS) dan slip pembayaran yang asal.

d. IAB berhak untuk tidak membenarkan graduan daripada menyertai


majlis ini sekiranya graduan tidak atau gagal memaklumkan
pengesahan kehadiran.

2. SYARAT PENYERTAAN GRADUAN DAN BAYARAN

a. Graduan yang hadir perlu membuat bayaran sebanyak RM150.00 (set


jubah akademik, folder sijil, gambar dan cenderamata) manakala
graduan yang tidak hadir perlu membuat bayaran sebanyak RM50
(folder sijil, cenderamata dan urusan pos) kepada:

Nama Bank: BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD


Nama Penerima: KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI
INSTITUT AMINUDDIN BAKI BANDAR
ENSTEK
Nombor Akaun: 05076010004254

b. Pembayaran perlu dijelaskan sebelum atau pada 2 Mac 2020 (Isnin)


dan Slip pembayaran perlu dimuat naik dalam sistem MPPS
(https://tls.moe.gov.my) sebelum atau pada 2 Mac 2020 (Isnin).

c. Graduan yang hadir perlu mengemas kini gambar rasmi berukuran


passport (*.jpg) melalui sistem MPPS sebelum atau pada 2 Mac 2020.

d. Penginapan tidak disediakan untuk graduan dan ahli keluarga


graduan. Penginapan adalah tanggungjawab graduan sendiri.

1|H a l a m a n
e. Kos pengangkutan adalah tanggungan graduan sendiri.

f. Tiada cuti khas untuk menghadiri Majlis Komensmen ini.

g. Tiada wakil dibenarkan mewakili graduan menyertai Majlis


Komensmen.

h. Graduan yang tidak hadir ke Majlis Komensmen, tiada ulangan atau


majlis kedua bagi ambilan yang sama.

i. Bagi graduan yang tidak hadir, serahan sijil boleh diwakili atau melalui
pos dan graduan perlu melengkapkan butiran tuntutan sijil melalui sistem
MPPS. Wakil perlu membawa slip pembayaran asal graduan yang
diwakili untuk pengesahan di kaunter pendaftaran dan semasa tuntutan
sijil.

j. Transkrip, diploma dan sijil hanya boleh dikeluarkan selepas Majlis


Komensmen selesai.

3. TAKLIMAT DAN RAPTAI

a. Semua graduan yang menyertai majlis ini diwajibkan menghadiri


taklimat dan raptai yang diadakan pada 27 Mac 2020 (Jumaat) bermula
jam 3.30 petang di Dewan Tuanku Canselor, USIM.

b. Pakaian semasa taklimat dan raptai hendaklah kemas dan sopan serta
bersesuaian dengan majlis.

c. Graduan dilarang memakai seluar jeans, selipar dan kemeja-T


semasa taklimat dan raptai.

4. PERGERAKAN DAN TATA TERTIB GRADUAN

a. Graduan perlu berbaris di lokasi yang ditetapkan mengikut ambilan


dan kumpulan serta giliran yang akan ditetapkan.

b. Graduan yang hadir lewat dari tempoh masa pendaftaran tanpa


alasan yang munasabah atau tidak mematuhi peraturan pemakaian
seperti yang telah ditetapkan, tidak dibenarkan menyertai Majlis
Komensmen ini.

c. Graduan diminta menghormati majlis di sepanjang majlis berlangsung


dengan berkelakuan sopan dan tidak membuat bising.

d. Graduan adalah dinasihatkan supaya tidak membawa masuk barang-


barang persendirian seperti kamera, telefon bimbit, alat kelui (Pager)
atau sebagainya ke dalam dewan.

e. Graduan dilarang mengambil gambar di dalam dewan semasa majlis


berlangsung kerana perkhidmatan Jurugambar Profesional disediakan.

2|H a l a m a n
f. Graduan kelainan upaya yang memerlukan bantuan peralatan
seperti kerusi roda atau pembantu diminta memaklumkan kepada
pihak Urus Setia Majlis Komensmen sebelum hari raptai.

g. Graduan dilarang meninggalkan dewan semasa majlis sedang


berlangsung.

h. KUASA IAB: IAB berhak untuk tidak membenarkan graduan


menyertai majlis sekiranya graduan tidak mematuhi mana-mana
peraturan yang dinyatakan bagi memastikan kelancaran majlis.

5. ETIKA PEMAKAIAN DAN SAHSIAH RUPA DIRI GRADUAN

a. Pakaian graduan semasa raptai hendaklah kemas dan sopan serta


bersesuaian dengan majlis.

b. Pakaian Graduan Lelaki


Lounge Suit:
i. Kemeja lengan panjang;
ii. Seluar panjang berwarna HITAM sahaja dibenarkan - (Jeans,
kemeja-T dan pakaian seragam pasukan keselamatan/
penguatkuasa TIDAK DIBENARKAN);
iii. Kot/blazer berwarna hitam;
iv. Stokin dan kasut formal berwarna hitam; dan
v. Tali leher berwarna merah.

c. Pakaian Graduan Wanita:


i. Baju kurung/kebarung/moden labuh. Graduan yang mengandung
boleh memakai pakaian yang bersesuaian;
ii. Pakaian fesyen berseluar tidak dibenarkan sama sekali;
iii. Pakaian gaun atau skirt melebihi paras lutut, blaus tanpa lengan,
kemeja-T, kain pario dan seluar adalah TIDAK DIBENARKAN;
dan
iv. Kasut hendaklah bertutup penuh yang bersesuaian, menutupi dari
bahagian hadapan hingga ke tumit kaki.

d. Pakaian Kebangsaan lain yang tidak menepati standard yang


dinyatakan adalah tidak dibenarkan dan dilarang.

e. Set Jubah Komensmen Graduan disediakan oleh IAB yang terdiri


daripada Jubah, Hood dan Mortarboard.

f. Kaedah Peminjaman Set Jubah Komensmen:


i. Slip pembayaran yuran komensmen hendaklah dikemukakan
semasa meminjam set Jubah Komensmen; dan
ii. Graduan diminta menguruskan peminjaman Set Jubah
Komensmen iaitu sebelum raptai. Sila rujuk atur cara majlis untuk
maklumat lanjut.

g. Set Jubah Komensmen hendaklah dipulangkan sebaik sahaja selesai


setiap sidang.

3|H a l a m a n
h. Kegagalan memulangkan set Jubah Komensmen memberikan
implikasi penyerahan transkrip, diploma dan sijil kepada graduan
berkenaan.

6. PASANGAN/IBU/BAPA/TETAMU DAN PAS MASUK

a. Setiap Graduan dibenarkan membawa masuk dua orang ahli keluarga


yang berumur 12 tahun ke atas sahaja di dalam dewan semasa majlis
berlangsung.

b. Ahli keluarga yang lain boleh menyaksikan tayangan secara langsung di


luar dewan.

c. Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan masuk


ke dalam dewan.

d. Hanya pasangan/ibu/bapa/tetamu yang memiliki Pas Masuk mengikut


sidang dibenarkan masuk.

e. Pasangan/ibu/bapa/tetamu diminta supaya mengambil tempat duduk di


dalam dewan seperti mana yang telah ditetapkan.

f. Pasangan/Ibu/bapa/tetamu dinasihatkan supaya bersarapan atau


makan tengahari terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam dewan.
Majlis dijangkakan mengambil masa yang agak lama.

g. Graduan diminta memaklumkan kepada ibu bapa/tetamu yang


mengiringi graduan supaya berpakaian kemas dan tertib serta
bersesuaian dengan majlis rasmi.

h. Pasangan/Ibu/bapa/tetamu hendaklah berpakaian rasmi seperti berikut:

1. Pakaian tetamu lelaki:


i. Kebangsaan; atau
ii. Batik; atau
iii. Lounge Suit; atau
iv. Pakaian rasmi yang sesuai; dan
v. Tetamu tidak dibenarkan memakai seluar jeans dan kemeja-T

2. Pakaian tetamu wanita:


i. Kebangsaan; atau
ii. Pakaian rasmi atau pakaian sopan;
iii. Seluar atau fesyen baju berseluar tidak dibenarkan sama sekali;
dan
iv. Tetamu tidak dibenarkan memakai pakaian gaun atau skirt
pendek (yang tidak melepasi paras lutut), blaus tanpa lengan,
kemeja-T dan seluar.

i. Pasangan/Ibu/bapa/tetamu diminta menghormati majlis dengan tidak


membuat bising dan dilarang meninggalkan dewan semasa Majlis
Komensmen sedang berlangsung.

4|H a l a m a n
j. Pasangan/Ibu/bapa/tetamu dilarang mengambil gambar di dalam
dewan semasa majlis berlangsung kerana perkhidmatan Jurugambar
Profesional disediakan.

k. Tetamu yang berumur di bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke


dewan.

l. Pasangan/Ibu/bapa/tetamu mesti berada di dalam dewan sehingga


Majlis Komensen tamat.

7. HAL-HAL LAIN

a. Sebarang pertanyaan mengenai Majlis Komensmen ini boleh


menghubungi En. Mazli Hasril bin Hasarudin di talian 06-7979373
atau Tn. Hj. Suhajanazer bin Suboh di talian 06-7979374.

b. Sebarang infomasi terkini akan dimaklumkan melalui portal e-Sidang IAB


(http://esidang.iab.edu.my) dan Telegram Channel Group
https://t.me/joinchat/AAAAAEqLXI-mIeknYt2Aug

c. Pihak IAB berhak untuk menambah serta meminda kandungan


Peraturan dan Panduan Majlis Komensmen IAB tanpa
memaklumkan terlebih dahulu kepada graduan.

PERINGATAN:
GRADUAN DIINGATKAN UNTUK MEMATUHI SEMUA PERATURAN YANG
DITETAPKAN. KEGAGALAN MEMATUHI ETIKA PEMAKAIAN DAN SAHSIAH
RUPA DIRI, MEMBERI HAK KEPADA IAB UNTUK TIDAK MEMBENARKAN
GRADUAN MENYERTAI MAJLIS KOMENSMEN INI.

5|H a l a m a n

You might also like