You are on page 1of 16

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KETERANGAN MENGENAI MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-35

------------------------------------------------1. Tarikh Majlis Konvokesyen 1.1 Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) Ke-35 akan diadakan di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM pada: Tarikh : Hari : 15 hingga 19 Oktober 2011 Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu (9 sesi)

Graduan boleh menyemak sebarang maklumat dari semasa ke semasa mengenai Majlis Konvokesyen termasuk susunan graduan mengikut program dan sesi (rujuk Lampiran 1) melalui laman web rasmi Bahagian Akademik: http://www.akademik.upm.edu.my. 2. Kehadiran Graduan

2.1

Sebagaimana termaktub dalam Acara Konvokesyen UPM, ijazah dan diploma hendaklah biasanya dikurniakan hanya kepada graduan yang hadir pada sesuatu Konvokesyen dengan syarat bahawa Senat boleh, dalam keadaan luar biasa, memutuskan supaya sesuatu Ijazah atau Diploma dikurniakan tanpa hadir.

2.2 Graduan hendaklah mematuhi arahan kehadiran yang telah ditentukan mengikut sesi yang ditetapkan.

2.3

Graduan tidak dibenarkan menangguhkan Majlis Konvokesyen ataupun mewakilkan kepada orang lain bagi menghadiri Majlis Konvokesyen.

3.

Yuran Graduan

3.1

Graduan sama ada yang akan menghadiri Majlis Konvokesyen atau tidak adalah diwajibkan membayar yuran graduan mengikut kadar berikut: Graduan Diploma Pendidikan (DPLI) : RM 100.00 Graduan Ijazah Bacelor : RM 100.00 Graduan Diploma : RM 75.00

3.2

Yuran Graduan UPM/Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)/EKSEKUTIF yang menghadiri Majlis Konvokesyen hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada 13 Oktober 2011 sama ada menggunakan:-

(a)

SLIP BANK CIMB Bank yang dikepilkan bersama-sama surat ini kepada BENDAHARI, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA; ATAU

Keterangan Mengenai Majlis Konvokesyen UPM Ke-35 versi bahasa Inggeris boleh dilayari di www.akademik.upm.edu.my The English version of the information on the 35th UPM Convocation Ceremony may be accessed at www.akademik.upm.edu.my
1

(b)

CIMBClicks (tertakluk graduan atau keluarga graduan merupakan pemegang akaun CIMB Bank) iaitu perkhidmatan perbankan peribadi melalui internet yang disediakan oleh CIMB Bank Berhad. (Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.cimbclicks.com.my); ATAU Kad kredit MasterCard atau pembayaran melalui kad kredit: Visa. Graduan boleh membuat

(c)

(i) dengan mengisi Borang Kebenaran Debit Terus (Direct Debit


Authorisation Form) dan menghantar melalui faksimile ke 03-8947 2048. Borang berkenaan boleh diperolehi melalui laman web http://www.bursar.upm.edu.my/ di bawah menu KEWANGAN PELAJAR.

(ii) Wakil graduan yang ingin membuat pembayaran bagi pihak


graduan perlu mengetahui nombor dimaklumkan kepada petugas kaunter. matrik graduan untuk

(PERINGATAN : Kadar minima bagi pembayaran melalui kad kredit di kaunter adalah sebanyak RM 100.00).

(d)

Melalui Kad Kredit Visa/Master Card dan Debit Card di kaunter Pelanggan Bendahari III, Tingkat Bawah, Bangunan Pentadbiran UPM atau kaunter sementara Bendahari yang berada di Kompleks Akademik Pusat pada 08 13 Oktober 2011.

3.3

Bagi graduan yang tidak menghadiri Majlis Konvokesyen, yuran graduan boleh dibayar pada bila-bila masa (waktu bekerja) di Kaunter Pelanggan Bendahari III (Tingkat Bawah, Bangunan Pentadbiran, UPM). Skrol/Transkrip graduan hanya akan dikeluarkan selepas tarikh konvokesyen dan selepas segala yuran termasuk yuran graduan dan hutang tertunggak (jika ada) dijelaskan. Bagi graduan yang membuat pembayaran dengan menggunakan:

3.4

(a)

SLIP BANK, graduan/wakil graduan hendaklah membawa salinan SLIP BANK tersebut (salinan Bendahari UPM) sebagai bukti yuran telah dijelaskan semasa meminjam pakaian akademik. (PERINGATAN : JANGAN POS SLIP BANK KE UPM); ATAU Perkhidmatan CIMBClicks, graduan/wakil graduan hendaklah sama ada membawa :-

(b)

(i) salinan cetakan transaksi wang tersebut; ATAU


(ii) nombor rujukan transaksi (8 digit) seperti contoh berikut: Trans Ref No 00065018

3.5

Graduan/wakil graduan yang tidak membawa mana-mana salinan transaksi di atas, mereka hanya boleh datang untuk meminjam pakaian akademik sehari selepas (untuk proses pengesahan) urusan pembayaran menggunakan CIMBClicks dilaksanakan.

4.

Pinjaman dan Pemulangan Pakaian Akademik

4.1

Graduan hendaklah terlebih dahulu membayar yuran graduan sebelum meminjam pakaian akademik. Resit/Kupon rasmi yang membuktikan bahawa yuran graduan telah dijelaskan perlu dikemukakan semasa meminjam pakaian akademik.

4.2

Pakaian akademik bagi graduan ijazah Bacelor yang akan menghadiri Majlis Konvokesyen hendaklah dipinjam dari Universiti. Ia terdiri daripada sehelai jubah (warna maroon), sehelai hood (mengikut warna rasmi fakulti) dan satu unit mortar board. Manakala pakaian akademik bagi graduan Diploma terdiri daripada sehelai jubah (warna kelabu) dan satu unit mortar board. Graduan diminta memastikan:

4.3

(a)
(b) (c)

jubah program pengajian adalah betul iaitu sama ada jubah Ijazah Lanjutan, Ijazah Bacelor atau Diploma. hood yang diterima adalah betul dengan warna Fakulti. pakaian akademik yang diterima berada dalam keadaan baik dan sempurna; dan

4.4 4.5

Graduan tidak dibenarkan meminda atau mengubahsuai mana-mana bahagian pakaian akademik yang dipinjam. Urusan peminjaman pakaian akademik akan dilaksanakan di Kompleks Akademik Pusat, UPM. Bagi memastikan urusan peminjaman pakaian akademik dapat berjalan dengan lancar dan teratur (terutama pada hari Sabtu dan Ahad), semua graduan dikehendaki mengenal pasti dan patuh akan penetapan maklumat peminjaman pakaian akademik sebagaimana berikut: Mulai 08 Oktober 2011 hingga 13 Oktober 2011 Tarikh 08 Oktober 2011 (Sabtu) Masa 8.30 pg 4.30 ptg Graduan Yang Terlibat Semua Sesi (Pastikan semua graduan melalui semua kaunter yang disediakan oleh pihak Urus Setia bagi mengelakkan sebarang masalah ketika menyertai Majlis Konvokesyen kali ke-35 berlangsung

09 Oktober 2011 (Ahad) 10 Oktober 2011 (Isnin) 11 Oktober 2011 (Selasa) 12 Oktober 2011 (Rabu) 8.30 pg 12.30 tgh 2.15 ptg 4.30 ptg Rehat 12.30 tgh 2.15 ptg 2.15 ptg - 4.30 ptg (Kaunter pakaian akademik ditutup sementara pada sebelah pagi untuk Semua Sesi

Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen bagi graduan yang menerima skrol pada Sesi 1, 2, 3, 4 dan 5)

Tarikh 13 Oktober 2011 (Khamis)

Masa 2.15 ptg - 4.30 ptg (Kaunter pakaian akademik ditutup sementara pada sebelah pagi untuk Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen bagi graduan yang menerima skrol pada Sesi 6, 7, 8 DAN 9 )

Graduan Yang Terlibat Semua Sesi

4.6

Graduan tidak perlu risau bagi mendapatkan saiz jubah yang sesuai kerana saiz jubah yang ada adalah mencukupi. 4.7 Graduan juga kehendaki melengkapkan Kajian Pengesanan Graduan 2011 Secara On-line bermula 23 September 2011 (Jumaat) melalui 2 sistem kajian seperti berikut: (a) Sistem Kajian Pengesanan Graduan (Kementerian Pengajian Tinggi) (Laman Web: http://graduat.mohe.gov.my)

(b) Sistem Kajian Pengesanan Graduan (Universiti Putra Malaysia)


(Laman Web: http://www.alumni.upm.edu.my/tracer2011/index.php) * Sila cetak Kedua-dua Slip Pengesahan di laman terakhir borang kajian dan bawa bersama semasa minggu pengambilan jubah akademik untuk disemak dan disahkan di kaunter semakan (Kaunter Alumni). Kegagalan graduan mengemukakan slip pengesahan ini akan menyebabkan kerumitan semasa berurusan sepanjang minggu konvokesyen berlangsung. 4.8 Pakaian akademik yang dipinjam hendaklah dikembalikan semula pada atau selewat-lewatnya 22 Oktober 2011 sebelum jam 4.15 petang di Kompleks Akademik Pusat. (Sila rujuk tarikh dan masa pemulangan pakaian akademik yang disertakan dalam album/skrol semasa hari konvokesyen). 4.9 Pihak Universiti akan mengenakan bayaran denda terhadap mereka yang lewat memulangkan pakaian akademik mulai 24 Oktober 2011 (Isnin) iaitu RM10.00 hari pertama selepas tarikh akhir pemulangan dan ditambah RM5.00 bagi setiap hari berikutnya. Bayaran denda hendaklah dibuat di Kaunter Pelanggan Bendahari III, Tingkat Bawah, Bangunan Pentadbiran, UPM dan resit bayaran hendaklah dikemukakan semasa memulangkan pakaian akademik.

4.10

Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kehilangan pakaian akademik yang dipinjam oleh graduan.

4.11 Jika pakaian akademik yang dipinjam itu rosak atau hilang, bayaran akan dikenakan dan skrol/transkrip tidak akan dikeluarkan sehingga bayaran tersebut dijelaskan. Kadar bayarannya adalah seperti berikut: Jubah Ijazah Bacelor Diploma Master Ph.D 5. RM 280.00 RM 150.00 RM 350.00 RM 400.00 Hood RM 35.00 RM 35.00 RM 35.00 Mortar Board RM 50.00 RM 50.00 RM 50.00 Bonnet

RM 70.00

Pakaian Semasa Menghadiri Majlis Konvokesyen

5.1

Graduan Ijazah Bacelor dan Diploma yang menghadiri Majlis Konvokesyen hendaklah, dalam majlis itu, berpakaian seperti berikut (rujuk contoh di Gambarajah 1):Wanita

pakaian labuh hingga buku lali/skirt labuh, baju/blaus berlengan panjang dan lengkap menutup hingga ke leher/suit dan seterusnya memakai pakaian akademik. Warna pakaian adalah bebas. Bagi yang memakai tudung kepala, dicadangkan agar menggunakan tudung kepala warna cerah supaya mudah disesuaikan dengan warna hood fakulti masing-masing (program Bacelor). Kasut hendaklah berwarna gelap dan bertutup pada bahagian hadapan dan belakang. Kasut sukan/selipar/kasut yang terbuka di belakang/kasut berwarna cerah atau putih adalah TIDAK DIBENARKAN. Skirt pendek TIDAK DIBENARKAN. Pant suits adalah dibenarkan. TIDAK DIBENARKAN memakai pakaian yang menutup muka. Lelaki

Kemeja lengan panjang berkolar, bertali leher dan lengkap memakai kot, berseluar slack berwarna gelap atau lengkap memakai Lounge Suit berwarna gelap, berstoking dan berkasut gelap dan seterusnya memakai pakaian akademik. Seluar jeans dan seluar pendek TIDAK DIBENARKAN. Kasut sukan/selipar/kasut berwarna cerah atau putih TIDAK DIBENARKAN. Potongan rambut perlulah pendek dan kemas.

5.2

Majlis Konvokesyen ini adalah satu upacara rasmi Universiti. Graduan diingatkan supaya mematuhi peraturan pakaian seperti dinyatakan di atas. 5

Graduan yang TIDAK MEMATUHI peraturan pakaian TIDAK AKAN DIBENARKAN masuk, berarak atau naik ke pentas untuk upacara pengurniaan Ijazah Bacelor dan Diploma. 6. Kad Jemputan 6.1 Kad jemputan dan arahan lain hanya akan diedarkan semasa graduan/wakil graduan meminjam pakaian akademik.

6.2 6.3

Pihak Universiti tidak bertanggungjawab atas kehilangan kad jemputan yang telah diedarkan dan kad yang hilang tidak akan diganti. Setiap graduan akan diberikan dua (2) kad jemputan untuk dua orang tetamu graduan bagi menghadiri Majlis Konvokesyen di Dewan Pusat Kebudayaan dan Keseniaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS).

7.

Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen

7.1

Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen akan diadakan di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah seperti maklumat berikut:

7.1.1 12 Oktober 2011 (Rabu) jam 9.00 pagi - Graduan yang terlibat
adalah graduan yang telah ditetapkan menerima skrol pada Sesi 1, 2, 3, 4 dan 5 (rujuk Lampiran 1); dan

7.1.2 13 Oktober 2011 (Khamis) jam 9.00 pagi - Graduan yang terlibat
adalah graduan yang telah ditetapkan menerima skrol pada Sesi 6, 7, 8 DAN 9 (rujuk Lampiran 1).

7.2 7.3

Semua graduan dikehendaki menghadiri taklimat dan raptai ini supaya lebih memahami acara yang akan dijalankan pada hari Konvokesyen nanti. Pihak Universiti boleh menghalang mana-mana graduan yang tidak menghadiri Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen daripada menyertai Majlis Konvokesyen UPM Ke-35.

8.

Perarakan Graduan Pada Hari Konvokesyen Perhatian kepada ibu bapa dan graduan yang menyertai Majlis Konvokesyen dikehendaki meletak kenderaan di tempat meletak kenderaan yang disediakan oleh pihak Keselamatan UPM (rujuk di Lampiran 2). 8.1 Sesi Pagi Graduan yang hadir untuk sesi pagi hendaklah berkumpul di tempat letak kereta Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM selewat-lewatnya pada jam 7.30 pagi. Perarakan graduan akan bermula pada jam 8.00 pagi. 8.2 Sesi Petang Graduan yang hadir untuk sesi petang hendaklah berkumpul di tempat letak kereta Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM selewat-lewatnya pada jam 1.45 tengah hari tersebut. Perarakan graduan akan bermula pada jam 2.10 petang. Surau disediakan di Bangunan Pentadbiran dan di sisi kiri dan kanan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah selain dari 6

Masjid UPM untuk memudahkan graduan beragama Islam menunaikan solat fardu Zohor.

8.3

Graduan diingatkan supaya berkumpul pada masa dan tempat yang telah ditetapkan. Bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas menuju ke kampus, graduan diminta mematuhi arahan-arahan yang diberikan kelak oleh pegawai-pegawai bertugas. Graduan yang lewat tidak dibenarkan masuk bagi menyertai Majlis Konvokesyen. Ibu bapa dan tetamu dinasihati untuk bersarapan terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam dewan bagi memastikan tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Ibu bapa dan tetamu tidak dibenarkan membawa masuk jambangan bunga atau cenderamata ke dalam dewan kerana ia akan menganggu kedudukan tetamu yang lain. Graduan perlu mematuhi semua peraturan dan arahan dari pegawai petugas semasa majlis berlangsung. Graduan dan tetamu graduan tidak dibenarkan meninggalkan Dewan sehingga majlis selesai.

8.4 8.5

8.6

8.7 8.8

9.

Peraturan Masuk Dewan Bagi Tetamu Graduan

9.1

Pakaian - Tetamu Lelaki Tertib

: Kebangsaan / Lounge Suit : Songkok bagi Sesi 1 dan Sesi 3

/ Batik /

- Tetamu Perempuan

: Kebangsaan / Sopan

9.2

Tetamu graduan boleh memasuki Dewan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah melalui pintu-pintu yang ditetapkan oleh pegawai petugas. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, kamera, perakam video dan telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam Dewan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM semasa Majlis Konvokesyen dilangsungkan. Bagi tujuan memudahkan aliran pergerakan tetamu, dan para graduan masuk dan ketika berada didalam Dewan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM. Sila rujuk pelan Dewan berkenaan di Lampiran 3.

9.3

9.4

10.

Cara Pengurniaan

10.1 Kedudukan barisan dan susunan graduan sepanjang majlis berlangsung


akan ditentukan oleh pihak Jawatankuasa/Urus Setia/Petugas.

10.2 Graduan akan menerima album/skrol masing-masing secara individu di atas


pentas daripada DYMM Tuanku Canselor atau Pro Canselor atau Naib Canselor.

11.

Mengambil Skrol/Transkrip Ijazah Bacelor dan Diploma

11.1 Graduan boleh mengambil skrol/transkrip Ijazah Bacelor atau Diploma


masing-masing sebaik sahaja sesi konvokesyen mereka selesai tertakluk kepada syarat-syarat berikut: (a) Graduan mestilah menunjukkan resit bayaran yuran graduan sebagai bukti yang yuran tersebut telah dijelaskan; Graduan perlu memulangkan pakaian akademik yang dipinjam dari Universiti. Borang permohonan skrol/transkrip hanya akan diedarkan kepada graduan yang telah memulangkan pakaian akademik bagi urusan pengambilan skrol/transkrip. Bagi graduan program Ijazah Bacelor dan Diploma UPM Serdang, skrol/transkrip mereka boleh diambil di Kompleks Akademik Pusat, UPM, pada tarikh-tarikh yang ditetapkan. Sila rujuk makluman yang dimuatkan dalam album dan skrol selepas majlis pengurniaan/penyampaian Ijazah Bacelor dan Diploma. Bagi graduan program PJJ/EKSEKUTIF, skrol/transkrip mereka boleh diambil dari UPM Education & Training Sdn. Bhd./Unit Program Eksekutif Fakulti berkenaan. Graduan yang masih berhutang dengan UPM/UPM Education & Training Sdn. Bhd. /Unit Program Eksekutif Fakulti berkenaan hendaklah menjelaskan hutang sebelum skrol/transkrip Ijazah Bacelor atau Diploma dapat dikeluarkan. Sila kembarkan resit/surat pengesahan daripada pihak berkenaan yang menyatakan hutang telah dijelaskan. Sekiranya graduan tidak dapat datang mengambil sendiri skrol/transkrip Ijazah Bacelor atau Diplomanya, mereka boleh melantik seorang wakil untuk mengambil skrol/transkrip Ijazah Bacelor atau Diploma bagi pihak mereka.

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

Graduan hendaklah memberi surat kuasa yang ditandatanganinya kepada wakil tersebut. Surat kuasa hendaklah dialamatkan kepada Pendaftar, Bahagian Akademik, UPM dengan menyatakan nama, nombor kad pengenalan dan salinan fotokopi kad pengenalan wakil yang dilantik itu. Syarat-syarat di atas (a hingga f) juga perlu dipenuhi sebelum skrol/transkrip Ijazah Bacelor atau Diploma diserahkan kepada wakil. Bagi graduan program EKSEKUTIF, surat kuasa hendaklah dialamatkan kepada Pengarah, Unit Program Eksekutif Fakulti yang berkenaan dengan menyatakan nama, nombor kad pengenalan wakil dan salinan fotokopi kad pengenalan yang dilantik. (g) Pihak UPM tidak bertanggungjawab sekiranya skrol/transkrip yang dituntut oleh graduan/wakil graduan berkenaan hilang atau rosak.

Kerjasama para graduan mematuhi atur cara dan maklumat konvokesyen ini adalah diharapkan bagi memastikan Majlis Konvokesyen UPM Ke-35 berjalan 8

lancar. Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian telefon berikut: 03-8946 6060/6250/6054/6026. Bahagian Akademik Universiti Putra Malaysia Serdang Selangor

Lampiran 1
BAHAGIAN AKADEMIK UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SUSUNAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-35

Sesi 1 (Sabtu) 15 Oktober 2011 Pagi Nama Program Doktor Falsafah -SPS Master Keselamatan Proses dan Pencegahan Kehilangan Master Teknologi Dan Industri Kayu Master Alam Sekitar Master Bahasa Melayu Doktor Falsafah -SPSP Bac. Pertanian (Akuakultur) Bac. Sains (Pengajian Makanan) Bac. Kejururawatan Bac. Sains (Kepujian) -Sains Bahan Bac. Sains (Bioteknologi) Bac. Kejuruteraan (Aeroangkasa) Bac. Pengurusan Alam Sekitar Bac. Sains Teknologi Kayu Bac. Sastera (Kesusasteraan Inggeris) Bac. Pentadbiran Perniagaan -Peng. Hospitaliti dan Rekreasi Diploma Perikanan -UPMKB Sesi 3 (Ahad) 16 Oktober 2011 Pagi Nama Program Master -SPS Master Pengurusan Air Master Pendidikan Doktor Perubatan Bac. Sains Bioindustri Bac. Kejuruteraan (Mekanikal) Diploma -UPMKB Sains

Sesi 2 (Sabtu) 15 Oktober 2011 Petang Nama Program Master Kejuruteraan Sistem Pembuatan -SPS Master Kejuruteraan Air Master Linguistik Terapan Master Kesusasteraan Dunia Master Sains Komputer Master Pembangunan Sumber Manusia Bac. Kejuruteraan (Awam) Bac. Kejuruteraan (Pertanian dan Biosistem) Bac. Sains Komputer -Multimedia Bac. Pertanian( Sains Ternakan) Bac. Sains Hortikultur Bac. Sains (Pembangunan Manusia) Bac. Ekonomi -Ekonomi Kewangan Bac. Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan) Bac. Sains Dengan Pendidikan (Kepujian) Bac. Sains (Pembangunan Sumber Manusia) Diploma Belia Dalam Kerja Pembangunan

Sesi 4 (Ahad) 16 Oktober 2011 Petang Nama Program Master Pentadbiran Perniagaan -SPSP Master Penderiaan Jauh & Sistem Maklumat Geografi Bac. Sains Pertanian Bac. Sains (Alam Sekitar) Bac. Sastera (Bahasa Inggeris ) -UPMET Bac. Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti) Bac. Sains (Pemb. Manusia dan Pengurusan) Bac. Ekonomi -Ekonomi Perniagaan Bac. Pentadbiran Perniagaan -Peng. Sumber Manusia Bac. Pend. (Peng. B. Inggeris Sbg. B. Kedua) -SANDWICH Diploma Pengurusan Perladangan Makanan -UPMKB

Perhutanan

10

BAHAGIAN AKADEMIK UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SUSUNAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-35

Sesi 5 (Isnin) 17 Oktober 2011 Pagi Nama Program Bil Master Kejuruteraan Struktur dan Pembinaan -SPS Master Statistik Gunaan Master Pend. (Peng. B. Melayu Sbg. B. Pertama) -PJJ Bac. Senibina Landskap Bac. Reka Bentuk (Seni Bina) Bac. Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian) Bac. Senibina Bac. Sains (Kepujian) -Statistik Bac. Sains (Kepujian) -Matematik Bac. Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) -UPMET Bac. Sains (Pembangunan Sumber Manusia) -UPMET Bac. Pentadbiran Perniagaan -UPEFEP Bac. Perakaunan -UPEFEP Bac. Ekonomi -UPEFEP Sesi 7 (Selasa) 18 Oktober 2011 Pagi Nama Program Master Pembangunan Sumber Manusia -PJJ Master Bahasa Melayu -PJJ Master Sains Veterinar Doktor Perubatan Veterinar Bac. Sains (Kepujian) -Biologi Bac. Sains (Kepujian) -Kimia Petroleum Bac. Ekonomi -Ekonomi Pembangunan Bac. Sains Komputer -Rangkaian Komputer Bac. Ekonomi -Perdagangan dan Kewangan Antarabangsa Bac. Pentadbiran Perniagaan -UPMET Bac. Sains (Kepujian) -Biokimia Bac. Sastera (Bahasa Inggeris) Bac. Komunikasi -UPMET Bac. Sains Perhutanan Bac. Sains (Pembanguan Manusia) -UPMET Bac. Kejuruteraan (Sistem Komputer & Komunikasi) Diploma Pertanian -UPMKB

Sesi 6 (Isnin) 17 Oktober 2011 Petang Nama Program Master Pengurusan Kejuruteraan SPS Master Kejuruteraan Alam Sekitar Master Komunikasi Korporat SPS Master Sastera Master Ekonomi Master Kejuruteraan Lebuhraya dan Pengangkutan Bac. Pentadbiran Perniagaan -Pemasaran Bac. Sains (Kepujian) -Kimia Perindustrian Bac. Pendidikan (Teknologi Maklumat) Bac. Pendidikan (Pendidikan Moral ) Bac. Pendidikan (Sains Pertanian) Bac. Kejuruteraan (Proses dan Makanan Bac. Sains (Perniagaantani) Bac. Sains (Sains Bioperubatan) Bac. Komunikasi Bac. Sains Komputer -Kejuruteraan Perisian -

Sesi 8 (Selasa) 18 Oktober 2011 Petang Nama Program Master Senibina landskap -SPS Master Perancangan dan Respon Kecemasan Bac. Sains (Kepujian) -Fizik Bac. Sains (Kepujian) -Kimia Bac. Sains Komputer Sistem Komputer Bac. Sains dan Teknologi Makanan Bac. Pentadbiran Perniagaan -Perniagaan Antarabangsa Bac. Pengajian Pengguna Bac. Sastera (Bahasa Asing) Bac. Sastera (Bahasa Asing) -UPEFBMK Bac. Sastera (Bah. dan Linguistik Melayu ) -UPEFBMK Bac. Komunikasi -UPEFBMK Bac. Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) Bac. Pend. (Peng. B. Malaysia Sbg. B. Pertama) Bac. Pendidikan (Sains Rumahtangga) Diploma Pendidikan

11

BAHAGIAN AKADEMIK UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SUSUNAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-35

Sesi 9 (Rabu) 19 Oktober 2011 Pagi Nama Program Master Inovasi dan Rekabentuk Kejuruteraan -SPS Master Pengurusan Perladangan Master Pengurusan Sumber Tanah Master Kesusasteraan Melayu Master Pengurusan -SPSP Master Sains -SPSP Master Komunikasi -PJJ Master Pendidikan (Pentadbiran Pendidikan ) -PJJ Bac. Pend. (Peng. B. Inggeris Sbg. B. Kedua) Bac. Pend. (Peng. B. Inggeris Sbg. B. Kedua) -UPMET Bac. Kejuruteraan (Kimia) Bac. Kejuruteraan (Elektrik dan Elektronik) Bac. Sains (Kepujian) -Mikrobiologi Bac. Pentabiran Perniagaan Kewangan Bac. Pentadbiran Perniagaan -Keusahawanan Bac. Perakaunan Bac. Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) Bac. Sastera (Bahasa Inggeris) -UPEFBMK Bac. Sastera (Kesusasteraan Melayu) Bac. Sains (Kepujian) -Sains Instrumentasi Bac. Sains (Dietetik) Bac. Sains (Pemb. Manusia & Tek. Maklumat) Bac. Muzik Bac. Pendidikan (Pendidikan Jasmani) Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan -UPMKB

Singkatan: SPS SPSP UPMET Sandwich UPEFEP UPEFBMK UPMKB PJJ

- Sekolah Pengajian Siswazah - Sekolah Pengajian Siswazah Pengurusan -UPM Education and Training Sdn.Bhd - Program berkembar UPM-KPM - Unit Program Eksekutif, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan - Unit Program Eksekutif, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi - UPM kampus Bintulu - Program Pendidikan Jarak Jauh

12

Gambarajah 1

CONTOH PAKAIAN DAN CARA BERPAKAIAN

Mortar Board

Contoh potongan rambut

Hood

Jubah

Kain/skirt labuh hingga buku lali Kasut warna gelap yang bertutup/bertali di bahagian hadapan dan belakang

13

GRADUAN PEREMPUAN

GRADUAN LELAKI

MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-35 TARIKH-TARIKH PENTING


15 hingga 19 Oktober 2011 08 - 13 Oktober 2011 Tarikh meminjam pakaian akademik bagi graduan Ijazah Bacelor dan Diploma di Kompleks Akademik Pusat, UPM. Rujuk para 3 dan 4. Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM bagi graduan yang ditetapkan menerima skrol pada Sesi 1, 2, 3, 4 dan 5. (Kaunter pinjaman pakaian akademik akan ditutup sementara pada sebelah pagi untuk Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen. Kaunter hanya akan dibuka kembali pada jam 2.15 petang sehingga 4.30 petang). Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM bagi graduan yang ditetapkan menerima skrol pada Sesi 6, 7, 8 DAN 9 (Kaunter pinjaman pakaian akademik akan ditutup sementara pada sebelah pagi untuk Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen. Kaunter hanya akan dibuka kembali pada jam 2.15 petang sehingga 4.30 petang). 15 19 Oktober 2011 Majlis Konvokesyen di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM. (Graduan berkumpul di tempat letak kereta, Pusat Kebudayaan dan Kesenian 14

12 Oktober 2011 (Rabu) (bermula jam 9.00 pagi)

13 Oktober 2011 (Khamis) (bermula jam 9.00 pagi)

Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM) mengikut sesi dan masa yang ditetapkan. 15 22 Oktober 2011 Tarikh memulangkan pakaian akademik dan mengambil skrol/transkrip (Ijazah Bacelor dan Diploma) di Kompleks Akademik Pusat, UPM sebelum 4.15 petang. Pemulangan pakaian akademik dan pengambilan skrol/transkrip adalah bertempat di Bahagian Akademik, Tingkat 1, Bangunan Pentadbiran, UPM. Denda akan dikenakan kepada graduan yang lambat memulangkan pakaian akademik (para 4.6 Pemulangan Pakaian Akademik adalah berkaitan).

Mulai 24 Oktober 2011

MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-35 SENARAI SEMAKAN GRADUAN


Tuan/Puan adalah diminta mengambil ingatan dengan memastikan: 1. 2. 3. 4. ( ( ( ( ) ) ) ) menerima, membaca dan memahami buku Keterangan Mengenai Majlis Konvokesyen UPM Ke-35. melengkapkan Kajian Pengesanan Graduan 2011 dan mencetak kedua-dua slip pengesahan kajian. menyemak bayaran yuran/denda yang masih tertunggak. membuat bayaran yuran graduan dengan menggunakan Slip Bank kepada BENDAHARI, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA atau melalui CIMBClicks atau Kad Kredit selewat-lewatnya pada 13 Oktober 2011. bawa salinan Slip Bank atau transaksi pembayaran melalui Channel-e atau Kad Kredit semasa anda/wakil meminjam pakaian akademik di Kompleks Akademik Pusat pada tarikh yang ditetapkan. bawa Borang Pakaian Akademik (yang dikepilkan bersama Notis Graduan) semasa anda/wakil meminjam pakaian akademik di Kompleks Akademik Pusat pada tarikh yang ditetapkan. pakaian akademik yang dipinjam adalah betul dan berkeadaan baik/sempurna. menghadiri Majlis Taklimat dan Raptai Konvokesyen Ke-35 pada jam 9.00 pagi 12 Oktober 2011 dan 13 Oktober 2011 (salah satu tarikh yang berkenaan - rujuk para 7). membawa kad sebut nama (bagi graduan) dan kad jemputan (bagi tetamu graduan) semasa menghadiri Majlis Konvokesyen. tiba lebih awal sebelum majlis bermula. pakaian graduan dan tetamu graduan menepati etika berpakaian yang ditetapkan. 15

5.

6.

7. 8.

( (

) )

9. 10. 11.

( ( (

) ) )

12.

pakaian akademik dipulangkan pada atau sebelum 22 Oktober 2011 sebelum jam 4.15 petang. Denda akan dikenakan kepada graduan yang lewat memulangkan pakaian akademik (mulai 24 Oktober 2011) mengikut kadar yang ditetapkan. menerima pengesahan pakaian akademik yang dipinjam telah dipulangkan. bawa borang yang berkenaan (diedar semasa memulangkan pakaian akademik) semasa mengambil skrol/transkrip.

13. 14.

( (

) )

16

You might also like