Professional Documents
Culture Documents
UNIT PENGAMBILAN & DAT A BAHAGIAN A: MAKLUMAT AM POLITEKNIK JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
1
Baca maklumat dengan teliti dan sila ambil tindakan yang sewajarnya agar dapat melicinkan proses pendaftaran anda di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA). 1.0 TEMPOH PENGAJIAN Lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Peringkat Program Sijil Diploma Kejuruteraan: -Awam -Elektrik -Mekanikal Diploma Perdagangan Diploma Penyenggaraan Pesawat (DAM) Diploma (Integrasi) Diploma Diploma Lanjutan Tempoh Pengaijian (semester) Empat (4)
Enam (6)
Enam (6) Bergantung kepada sijil kait Bergantung kepada sijil kait Empat (4)
Sijil Politeknik Sijil Kolej Komuniti Diploma Politeknik 2.0 LATIHAN INDUSTRI
Semua pelajar PSA diwajibkan lulus LATIHAN INDUSTRI (LI) dimana para pelajar menjalani praktikal di jabatan kerajaan/swasta yang telah dikenalpasti dalam tempoh satu semester sebelum menjalani Latihan Industri. Pelajar program peringkat sijil akan menjalani LI pada semester tiga manakala pelajar program diploma pula pada semester empat. 3.0 KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR DI POLITEKNIK PSA menyediakan segala kemudahan infrastruktur bagi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran berjalan lancar. Di antara kemudahan infrastruktur yang disediakan adalah dewan kuliah dan bilik kulih, bilik tayangan, makmal-makmal dan bengkelbengkel kejuruteraan, dewan serbaguna dan perpustakaan. Manakala daripada segi penginapan pula, PSA mempunyai asrama (kamsis) yang boleh menampung seramai 1200 orang pelajar dalam satu-satu masa. Disebabkan kapasiti kamsis yang tidak dapat menampung keseluruhan pelajar PSA, keutamaan diberikan kepada pelajar baru (semester satu). PSA bukan sahaja memberi keutamaan kepada kecemerlangan intelek tetapi menekankan pembinaan sahsiah, rohani dan jasmani yang sihat. Oleh itu, PSA telah menyediakan
2
pelbagai kemudahan untuk beriadah di Pusat Sukan dan sekitar Tasik PSA serta Pusat Islam untuk aktiviti keagamaan. Selain daripada itu, PSA juga menyediakan Food Court untuk pelajar menjamu selera dan sebuah kedai koperasi (KOPSA) yang menawarkan pelbagai barang perlatan pembelajaran dan keperluan seharian. 4.0 KEPERLUAN PEMBELAJARAN DAN BANTUAN KEWANGAN Pelajar perlu menanggung sendiri perbelanjaan seharian mereka semasa mengikuti pengajian di Politeknik. Antara kos yang terlibat termasuklah perbelanjaan makan dan minum seharian, keperluan pembelajaran seperti alatulis, fotostat dan sebagainya. PSA tidak menyediakan sebarang bantuan biasiswa/pinjaman kewangan kepada pelajar. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk menyediakan wang perbelanjaan secukupnya untuk sara hidup, peralatan pelajaran, buku dan lain-lain. Oleh yang demikian, pelajar dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat dan seterusnya (jika layak) memohon biasiswa/pinjaman daripada Yayasan negeri/Majlis Agama Islam/Pusat zakat Negeri masing-masing sebelum mendaftar di PSA. Walaubagaimanapun, kepada pelajar Program Diploma dan Integrasi yang layak, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ada menawarkan pinjaman pelajaran kepada pelajar baru. Bagi pelajar Program Sijil pula pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) akan menawarkan terus pinjaman jika dimohon semasa permohonan on-line. Sila rujuk Bahagian D untuk penerangan lanjut berkenaan kemudahan pinjaman yang disediakan oleh PTPTN, KPT dan lain-lain penaja. Penerangan lebih lanjut berkenaan pinjaman dan biasiswa boleh diperolehi semasa Taklimat Biasiswa dalam Minggu Suaikenal (MSK).
5.0
SENARAI CAWANGAN BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN) SEKITAR POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (Pembayaran boleh dilakukan di mana-mana cawangan BSN) BIL 1. CAWANGAN BSN CAWANGAN UTAMA Wisma PKNS, Beg Berkunci No.25, 40990 Shah Alam CAWANGAN MINI UiTM Pejabat Bendahari UiTM 40450 Shah Alam CAWANGAN MINI JALAN 17/21, SHAH ALAM No.32 Jalan 17/21 46400 Shah Alam CAWANGAN MINI SEKSYEN 16, SHAH ALAM No.9A jalan Niaga 16/3A, Seksyen 16, 40200 Shah Alam CAWANGAN MINI TAMAN SRI MUDA No.20, Jalan Bersatu 25/9, Taman sri Muda, 40400 Shah Alam CAWANGAN MINI SS 15/8A, SUBANG JAYA No.23 Jalan SS 15/8A, Subang Jaya 47500 Petaling Jaya CAWANGAN MINI SUBANG PERDANA No.19 (Lot 32), Jalan Dinar GU/3G Taman Subang Perdana Seksyen U3, 40150 Shah Alam
2.
3.
4.
5.
6.
7.
6.0
TARIKH DAN MASA MELAPOR DIRI TARIKH : 04 JULAI 2011 MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : KAFETERIA (DIBAWAH PEJABAT WARDEN) Semua pelajar baharu (lepasan SPM, lepasan sijil politeknik dan lepasan sijil kolej komuniti) sama ada ditawarkan kemudahan penginapan (kamsis) ataupun tidak perlu melapor diri pada tarikh dan masa yang tersebut di atas. Bagi pelajar yang ditawarkan kemudahan penginapan (kamsis) sila bawa semua keperluan anda untuk sepanjang tempoh berada di PSA. Bagi pelajar yang tidak ditawarkan kemudahan penginapan (kamsis) sila bawa barang keperluan untuk tempoh seminggu. Penempatan sementara akan diberikan sepanjang tempoh Minggu Suaikenal (MSK) berlangsung. Keutamaan penempatan sementara diberikan kepada pelajar program Diploma lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
7.0
RUPA DIRI PELAJAR POLITEKNIK Pelajar Politeknik tertakluk kepada semua peraturan dibawah AKTA 174, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976. PERKARA
b) Kasut
PELAJAR LELAKI
Kemeja lengan panjang/pendek Tali leher (pilihan) T-shirt berkolar adalah dibenarkan Seluar panjang (slack) Seluar jeans dilarang Baju Kebangsaan Cetak Musang Samping dan songkok berwarna hitam Kasut yang sesuai dan berstokin Selipar, terompah, capal atau seumpamanya adalah tidak dibenarkan Pendek dan kemas Aras belakang tidak melebihi paras kolar baju Aras tepi tidak melebihi paras setengah telinga Aras depan tidak melebihi dahi Tidak mewarnakan rambut Sebarang bentuk perhiasan adalah tidak dibenarkan
PELAJAR PEREMPUAN
Baju kurung/kebarung Blaus Kain/Maxi/Skirt labuh dan longgar Seluar panjang (slack) Tidak ketat
a) Pakaian
c) Rambut
Kasut yang sesuai dan digalakkan bersarung kaki Selipar, terompah, capal atau seumpamanya adalah tidak dibenarkan Kemas dan beridentitikan pelajar perempuan Pelajar Islam digalakkan bertudung Tidak mewarnakan rambut
d)Perhiasan
Tidak digalakkan memakai barang kemas Dilarang mencukur bulu kening dan solekan yang berlebihan
7.0
KEGIATAN KOKURIKULUM Aktiviti kokurikulum adalah diWAJIBkan kepada semua pelajar baru dan ianya termasuk didalam silibus sama ada dalam bidang kejuruteraan mahupun perdagangan disemester pertama dan kedua. Bagi semester pertama, semua pelajar diwajibkan lulus kursus AR101(POLIBRIGED) dimana pelajar didedahkan kepada empat(4) topik iaitu Pertolongan Cemas, Protokol & Etiket Sosial, Pencegahan Kebakaran dan Pengurusan & Jati Diri. Disamping itu, pelajar diajar topik asas kawad kaki bagi membentuk pelajar yang berdisiplin, berketerampilan dan semangat berpasukan. Pada semester kedua, pelajar diwajibkan mengikuti dan lulus Kursus AR2001 (kelab/persatuan, sukan dan badan beruniform). Pelajar diberi pilihan mengikuti kelayakan dan minat masing-masing untuk menyertai sama ada kelab/persatuan, sukan dan badan beruniform dalam modul tersebut. Pelajar yang meminati bidang ketenteraan, melalui kerjasama dengan Kementerian Pertahanan Malaysia, PSA telah menubuhkan pasukan tentera simpanan iaitu Askar wataniah (tentera darat) dan pasukan PLAS (tentera laut). Semua program kokurikulum dan sukan dikawal selia dibawah pengurusan Unit Sukan & Kokurikulum, Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP).
8.0
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP) Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) adalah satu organisasi pelajar yang berperanan untuk melatih kepimpinan pelajar disamping merancang pelbagai aktiviti pelajar diperingkat PSA bagi manfaat pelajar/kakitangan/masyarakat luar kampus. Fungsi utama penubuhan JPP adalah sebagai medium dalam menyampaikan maklumat serta pelbagai masalah diperingkat pelajar kepada pihak pengurusan PSA dan sebaliknya menyampai hasrat, misi dan visi PSA kepada para pelajar untuk membentuk atau mengasah bakat kepimpinan dan pengurusan sesebuah organisasi. Perlantikan Ahli JPP PSA mulai sesi Januari 2010 adalah melalui pilihanraya kampus.
4. 5. 6.
1.2
Senarai Dokumen
Borang Maklumat Peribadi Pelajar HHP 1 Laporan Pemeriksaan Doktor (filem X-ray tidak perlu dibawa) Bagi calon berkeperluan khas (Sijil kemahiran Penyenggaraan Mekanikal), perlu menyertakan audiogram yang disahkan oleh pakar Audiologi. HHP 2 Perakuan Kebenaran Bius (Anaesthesia) Dan Pembedahan (Authorisation For Anaesthesia And Surgical Procedure) HHP 3 Ikrar Pelajar, Pengakuan dan Lepas Tanggung HHP 4 Akuan Pelajar dan Ibubapa/Penjaga Borang Masuk Kamsis
3. 4. 5. 6.
*Pastikan semua borang yang disenaraikan di atas dilengkapkan sebelum hari pendaftaran 1.3 Gambar Warna Ukuran Pasport Yang Terbaru Semua pelajar perlu menyediakan 12 keping gambar berukuran passport.
10
2.0
PAKAIAN DAN RUPADIRI DI HARI PENDAFTARAN Sila patuhi tatacara berpakaian yang digariskan (sila rujuk muka surat 8 dan 9).
3.0
MINGGU SUAIKENAL (MSK) Pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) dengan sukacitanya memaklumkan bahawa semua pelajar baru PSA WAJIB mengikuti program MSK Sesi Jun 2011 seperti butiran berikut: Tarikh : 04 hingga 09 Julai 2011 (Isnin Sabtu) Masa : 4.30 petang (Isnin) hingga 12.00 tengah hari (Sabtu) Kumpulan Sasaran : Semua pelajar baru (termasuk Pelajar Integrasi & Bridging) Pakaian : Lelaki baju kemeja, seluar ,slack & kasut kulit Perempuan Baju kurung & kasut bertutup *KEGAGALAN MENGIKUTI PROGRAM MSK AKAN MENJEJASKAN PROSES PENDAFTARAN KURSUS AKADEMIK DAN PERMOHONAN PINJAMAN
4.0
PERINGATAN SEBELUM PENDAFTARAN a. Sepanjang tempoh pengajian di PSA, pelajar diwajibkan mematuhi : i - Undang-undang dan Perlembagaan Negara ii Akta 174 Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 iii Peraturan Akademik politeknik KPTM MAKLUMAT UMUM 5.1 5.2 5.3 Pertukaran Program/Politeknik Tawaran program dan tempat pengajian adalah muktamad Aku Janji Pelajar Semua pelajar baru diwajibkan menandatangani Aku Janji semasa MSK Larangan Membawa Kenderaan Di Dalam Politeknik Ketetapan telah dibuat oleh pihak PSA dimana semua pelajar yang mendapat kemudahan kediaman (kamsis) DILARANG membawa kenderaan sendiri di dalam kawasan Politeknik. Pelekat kenderaan tidak akan dikeluarkan kepada pelajar-pelajar ini.
5.0
11
12
7. 8. 9.
13
Semua salinan dokumen di atas hendaklah disahkan sama ada oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan pengurusan dan Profesional (dahulunya dikenali sebagai Kumpulan A), Wakil Rakyat, Penghulu, Pengamal Undang0undang, Pesuruhjaya Sumpah, Jaksa Pendamai atau Ahli EXCO. 2.0 KPTM a) Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia menawarkan pinjaman kepada pelajar peringkat sijil yang mengikuti pengajian di Politeknik. Jumlah pinjaman keseluruhan yang ditawarkan oleh KPTM adalah sebanyak RM 6,000.00 (RM 3,000.00 setahun). b) Cara memohon melalui on-line di alamat http://www.politeknik.edu.my. Sila klik Bahagian Pengambilan Pelajar Kemudahan Kewangan Pinjaman Pelajaran KPT Borang Permohonan. c) Sila masukkan nombor Kad Pengenalan untuk memohon pinjaman KPTM. d) Permohonan adalah PERCUMA. Keputusan permohonan akan diumumkan melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar sebaik sahaja tawaran diterima. e) Oleh itu, kerjasama pelajar adalah diperlukan untuk menyediakan dokumen-dokumen seperti tersenarai dibawah bagi tujuan mengisi borang perjanjian pinjaman pelajaran KPT, yang akan diadakan semasa Semester Satu(1). Bil 1. 2. 3. Senarai Dokumen Satu salinan Kad Pengenalan ibu/bapa/penjamin Satu salinan Kad Pengenalan Pelajar 3 keping setem hasil bernilai RM 10.00 setiap satu
14
3.0
LAIN-LAIN PENAJA Selain daripada pihak PTPTN, terdapat penaja lain yang turut menawarkan pinjaman/biasiswa kepada pelajar yang layak. Walaubagaimanapun, permohonan pinjaman/biasiswa ini adalah terhad dan pelajar boleh mendapat maklumat lanjut dengan cara menghubungi penaja-penaja tersebut seperti dialamat berikut: Berikut disenaraikan nama penaja yang aktif memberikan pinjaman/biasiswa kepada pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam. SENARAI NAMA PENAJA PINJAMAN/BIASISWA
BIL 1. NAMA PENAJA PTPTN PERINGKAT PENAJA Kerajaan (Perbadanan) ALAMAT Ketua Eksekutif, PerbadananTabung Pendidikan Tinggi Nasional, Lot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana, Off Jalan Samantan, Pusat Bandar Damansara, 50604 Kuala Lumpur Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Bahagian Biasiswa Aras 4, Blok 1 Menara PJH, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan 62100 Putrajaya NO.TELEFON & LAMAN WEB 03-20983683/20983805 www.ptptn.gov.my
2.
*KPTM
Kerajaan (Persekutuan)
03-8883500 www.mohe.gov.my
15
16
17
18
19
20
BPC
PENGERUSI PN. FATIMAH BINTI BAHARI SETIAUSAHA PN. MAZNI BINTI MUHAMAD AHLI-AHLI PN. ROSHILA BINTI ABDUL MUTALIB EN. AHMAD AZWAN BIN MAT YATIM PN. AZLIDA BINTI ABDULLAH EN. MOHD SAFARI BIN JAAFAR PN. NOOR HAYATI BINTI MAT TAIB PN. NOR LIZA BINTI KASIM PN. MARINA BINTI MANSOR PENGURUSAN KAMSIS
21