You are on page 1of 6

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Tel : 03 6204 6000

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Fax : 03 6204 6801


Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin Portal : jpwpkl.moe.gov.my
50604 Kuala Lumpur E-mel : jpn.wp@moe.gov.my

Rujukan : JPNWP.500-4/1/47 Jld.6 ( 78)


Tarikh 28 Julai 2020

SEPERTI SENARAI EDARAN

Melalui

Pengetua dan Guru Besar


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Tuan,

ARAHAN MENGHADIRI PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) PEGAWAI


PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH
PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR SIRI 2 TAHUN 2020

Dengan sukacitanya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa tuan adalah diarahkan untuk menghadiri Program


Transformasi Minda (PTM) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Siri 2 Tahun
2020 seperti ketetapan berikut:

2.1 Tarikh 10 hingga 14 Ogos 2020 (lsnin - Jumaat)

2.2 Tempat lnstitut Pendidikan Guru


Kampus Raja Melewar Seremban,
Jalan Sikamat
70400 Seremban
Negeri Sembilan

2.3 Pendaftaran: 10 Ogos 2020 (lsnin)


8.30 - 9.30 pagi
lnstitut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar

2.4 Pakaian 1) Lelaki


- Kemeja Putih (Plain White) + Seluar Slack
Hitam + Tali Leher + Tanda Nama (Name Tag)

2) Perempuan
- Baju Kurung + Tanda Nama (Name Tag)

"JPWPKL MERCU KEGEMILANGAN"


3. Untuk makluman tuan, kemudahan makan dan minum serta penginapan
disediakan. Para peserta diwajibkan menginap di kampus sepanjang perjalanan kursus.
Selaras dengan dasar kerajaan untuk mengoptimumkan perbelanjaan, peserta kursus
diminta untuk berkongsi kereta ke lokasi kursus untuk melapor diri. Sekiranya tidak
berkongsi kereta maka hanya ¼ daripada jumlah tuntutan yang dikemukakan sahaja
akan dibuat bayaran. Kod untuk.tuntutan perjalanan adalah seperti berikut:

PERKARA KOD

Latihan Pra Perkhidmatan Tahun 2020 41630100 B63 050110 21000

4. Jika sekiranya tuan menghadapi masalah kesihatan ataupun mengandung,


tuan dikehendaki untuk memaklumkan kepada penyelaras kursus dengan kadar segera.
Laporan pemeriksaan kesihatan daripada pegawai perubatan kerajaan yang
diiktiraf perlu disertakan bersama dengan permohonan pengecualian secara bertulis
oleh peserta untuk tidak menyertai mana-mana aktiviti fizikal.

5. Pengesahan pegawai perubatan kerajaan bahawa tuan berada pada tahap


kesihatan yang baik atau berada dalam tempoh kandungan yang sesuai untuk
menyertai kesemua aktiviti kuliah dan fizikal yang ditetapkan adalah turut diperlukan
untuk disertakan bersama-sama pengesahan kehadiran.

6. Tuan juga perlu memuat turun dan memasang Aplikasi MySejahtera di dalam
Telefon Bimbit masing-masing untuk pengesahan kehadiran dan sekiranya tuan
mempunyai gejala atau suhu badan melebihi 37.5°C tuan tidak dibenarkan memasuki
premis latihan dan dinasihatkan segera mendapatkan rawatan.

7. Person Under Investigation (PUI) dan Person Under Surveillance (PUS) tidak
dibenarkan mengikuti program latihan.

8. Turut disertakan bersama-sama ini maklumat berikut untuk rujukan dan susulan
selanjutnya:

5.1 Senarai Keperluan Peserta Sepanjang Program LAMPIRAN A


5.2 Peraturan Program LAMPIRAN B
5.3 Borang Pengesahan Kehadiran LAMPIRAN C

9. Tuan dikehendaki untuk mengembalikan Borang Pengesahan Kehadiran


(LAMPIRAN C) ke Unit Latihan dan Kemajuan Staf, JPWPKL sebelum atau pada
3 Ogos 2020 (lsnin), jam 4.00 petang. Setiap peserta yang akan hadir wajib memuat
turun bahan kursus PTM dari laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di
https://www.kompetensi.jpa.gov. my/ ptm/.
10. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Penyelaras Kursus Encik Abdul
Razak Bin Sulaiman di talian 03-62046068 alamat emel abdul.razak@moe.gov.my.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMA T UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

( MAZNAH BIN
Pengarah Pendi I an
Jabatan Pendidik n Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

s.k. 1. Pengarah
lnstitut Pendidikan Guru
Kampus Raja Melewar
Jalan Sikamat,
70400 SEREMBAN
Negeri Sembilan Darul Khusus

2. Ketua Penolong Pengarah Kanan


Sektor Sumber Manusia
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
LAMP/RANA

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA {PTM). PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN


JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

SENARAI KEPERLUAN PESERTA SEPANJANG PROGRAM

1. PAKAIAN

A. PESER"T:A LELAKI

i. Kemeja Berlengan Panjang (Warna Putih) + Seluar Panjang (Warna Gelap) +


Tali Leher (Sesi Kuliah)
ii. Baju Batik Malaysia (Hari Khamis)
iii. Blazer I Suit Warna Gelap
iv. Kasut Hitam (Selipar / Sandal adalah Tidak Dibenarkan Sama Sekali)
v. T-Shirt Berkolar + Track Bottom+ Kasut Sukan (Aktiviti Riadah)
vi. Pakaian Smart Kasual (Kemeja / T-Shirt Berkolar (Jeans I Khakis adalah
TIDAK DIBENARKAN Sama Sekali)

B. PESERTA PEREMPUAN

i. Baju Kebangsaan (Kurung / Kebaya)


ii. Kemeja Berlengan Panjang + Skirt Labuh (Warna Gelap)
iii. Baju Batik Malaysia (Hari Khamis)
iv. Blazer I Suit Warna Gelap
v. Kasut Hitam Bertutup dan Bertumit (Selipar / Sandal adalah Tidak
Dibenarkan Sama Sekali)
vi. T-Shirt Berkolar + Track Bottom+ Kasut Sukan (Aktiviti Riadah)

2. BARANGAN KEPERLUAN UNTUK PESERTA {WAJIB BAWA)

i. Cecair Pembersihan Tangan (Hand Sanitizer)


ii. Pelitup Muka (Face Mask)
iii. Telefon Pintar (Bagi Tujuan Peperiksaan dan Akses Internet)
iv. Alat Tulis
v. Komputer Riba + Pen Drive + Broadband (Penyediaan tugasan individu /
kumpulan)
vi. Tanda Nama
vii. Gambar Berukuran Passport (2 Keping)
viii. Cadar / Selimut
ix. Santai dan Sarung Santai
x. Ubat Nyamuk dan Ubatan Peribadi
xi. Seterika
xii. Surat Akuan Doktor (Jika Baru Mengandung)
xiii. Buku Rekod Mengandung - Warna Pink (Jika Mengandung)
xiv. Lain- lain Keperluan Peribadi

NOTA : PARA PESERTA WAJIB MEMATUHI PERATURAN BERPAKAIAN DAN MENJAGA


ETIKA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEPANJANG TEMPOH PROGRAM.

Unit Pengurusan Bakat


Sektor Sumber Manusia
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
LAMP/RANS

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN


JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

PERATURAN PROGRAM

1. Peserta MESTI menghadiri setiap slot pengisian program mengikut jadual dan
menyempurnakan semua aktiviti secara aktif.

2. Peserta hendaklah berada dalam dewan kuliah / lokasi program 10 min it lebih awal bagi
setiap slot yang telah dijadualkan.

3. Peserta dikehendaki menandatangani kehadiran di dalam buku kehadiran pada setiap slot
yang dijalankan. Merekod kehadiran orang lain adalah satu kesalahan dan tindakan
tatatertib boleh diambil kepada sesiapa yang didapati berbuat demikian.

4. Peserta tidak dibenarkan merokok semasa slot / aktiviti berjalan sama ada di dalam atau
di luar dewan kuliah, bilik latih amal, di padang rekreasi dan di tempat-tempat yang
dilarang merokok.

5. Peserta dikehendaki berpakaian rasmi semasa program. Peserta perlu mematuhi tatacara
berpakaian yang ditetapkan bagi setiap slot.

6. Peserta perlu mengisi instrumen penilaian program (PK06-1) dan instrumen penilaian
penceramah/ fasilitator (PK06-2) di dalam sistem SPL KPM yang akan didaftarkan oleh
urus setia.

7. Peserta dikehendaki sentiasa menghormati majlis/ slot program dengan menghadkan


pergerakan keluar/ masuk termasuk penggunaan telefon bimbit.

8. Peserta dilarang sama sekali melakukan sebarang perbuatan atau kegiatan yang
menyalahi undang-undang jenayah, agama dan perbuatan tidak bermoral sepanjang
tempoh program. Peserta yang didapati bersalah boleh diambil tindakan tatatertib
mengikut peraturan yang sedang berkuatkuasa.

9. Bagi peserta yang terpaksa meninggalkan program disebabkan oleh kes kecemasan,
kebenaran bertulis perlu diperolehi terlebih dahulu daripada pihak pengurusan program.

10. Sijil akan dikeluarkan kepada para peserta yang telah memenuhi peraturan dan kriteria
yang ditetapkan oleh Panel Program Transformasi Minda Kementerian Pendidikan
Malaysia melalui laman web KPM yang akan dimaklumkan.

11. Peserta dikehendaki memahami dan mematuhi peraturan atau arahan yang ditetapkan
dan sentiasa prihatin terhadap perubahan program yang dikeluarkan oleh pihak
pengurusan program dari semasa ke semasa.
LAMPIRANC

BORANG PENGESAHAN KEHADIRAN

Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin
50604 KUALA LUMPUR No. Faks: 03-62046808
(u.p: Unit Latihan dan Kemajuan Staf)

Melalui dan Salinan:

Pengetua / Guru Besar

PENGESAHAN KEHADIRAN PROGRAM TRANSFORMASI MINDA(PTM) PEGAWAI PERKHIDMATAN


PENDIDIKAN (PPP) JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR SIRI
2/2020
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada surat tuan bil. C7S) dim. JPNWP.500-4/1/47 Jld.6
bertarikh 2.9 Julai 2020 berhubung perkara yang tersebut di atas.

2. Saya _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ No. KIP: _ _ _ _ _ _ _ __


No. Telefon Bimbit (H/P): _ _ _ _ _ _ _ __
CJ Akan Hadir Program Transformasi Minda (PTM) Siri 2/2020 pada 10 Ogas 2020 hingga 14
Ogas 2020.
CJ Tidak Hadir kerana _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ __
(Sila sertakan laporan pemeriksaan kesihatan oleh pegawai perubatan kerajaan yang
diiktiraf sekiranya berkaitan bersama borang ini)

3. Butiran keadaan dan keperluan lain saya adalah seperti berikut:


Keadaan kesihatan:
CJ Telah mendapat pengesahan pegawai perubatan kerajaan yang diiktiraf untuk mengikuti
semua aktiviti kuliah dan fizikal yang ditetapkan (sila lampirkan pengesahan tersebut
bersama borang ini) walaupun mempunyai *masalah kesihatan/ mengandung selama
__ bulan (potong yang tidak berkenaan)
CJ Tiada masalah kesihatan/ tidak mengandung
r - 7 Pilihan makanan:
L__J Vegetarian

CJ Bukan vegetarian
4. Atas perhatian dan kerjasama tuan berhubung perkara ini adalah amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Nota : Tandakan X pada ruangan yang berkenaan dan kembalikan Borang Pengesahan Kehadiran
(LAMPIRAN C) ini kepada Unit Pengurusan Bakat Cawangan Latihan dan Kemajuan Staf, JPWPKL
PADA / SEBELUM 3 Ogos 2020, jam 4.00 petang melalui emel abdul.razak@moe.gov.my.

You might also like