You are on page 1of 11

TAJUK TUGASAN

KAJIAN :
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI INTERGRASI TEKNOLOGI
DALAM PEMBELAJARAN DI BILIK DARJAH

Isi Kandungan
BAB 1

BAB 2

Halaman

PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan

1.2 Pernyataan Masalah

1.3 Persoalan Kajian

1.4 Objektif Kajian

1.5 Kepentingan Kajian

1.6 Definisi Istilah

1.7 Limitasi Kajian

1.8 Rumusan
METODOLOGI KAJIAN

2.1 Pengenalan

2.2 Reka Bentuk Kajian

2.3 Kaedah Kajian

2.4 Prosedur Menjalankan Kajian

2.4.1 Fasa Pertama

2.4.2 Fasa Kedua

2.4.3 Fasa Ketiga

2.5 Prosedur Pengumpulan Data

2.6 Prosedur Temu bual

2.2.1 Langkah 1

2.2.2 Langkah 2

2.6.3 Langkah 3

2.6.4 Langkah 4

2.7 Dokumen Pilihan

10

BAB 3

MENJANA TEMA DAN PENGKODAN


3.1 Prosedur penganalisisan Data

11

3.1.1 Langkah 1

11

3.1.2 Langkah 2

11

3.1.3 Langkah 3

12

3.1.4 Langkah 4

13

3.1.5 Langkah 5

13

3.1.6 Langkah 6

13

3.2 Rumusan

15

Rujukan
Lampiran

16
17

Bab 1
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Perkataan teknologi berasal dari gabungan 2 perkatan bahasa latin iaitu teknos

bermaksud teknik atau kaedah dan logos bermaksud kaji atau belajar. Konsep teknologi
ini ini diperkembangkan lagi mengikut pandangan Evan dan Nation 2000, yang
menyatakan teknologi bukan hanya satu alat sahaja tetapi merupakan seni atau sains
tentang bagaimana sesuatu alat digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan. Oleh yang
sedemikian, dalam era moden penggunaan teknologi juga sering dikaitkan dengan dunia
pendidikan terutama penggunaan teknologi pendidikan
pembelajaran

dalam pengajaran dan

di dalam bilik darjah untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan melalui usaha yang berterusan bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
Semakin maju sesebuah negara semakin mudah teknologi bersepadu ke dalam
masyarakat kita. Telefon pintar kini menjadi

perkara biasa, penggunaan tablet telah

mengambil peranan komputer dan komputer riba, dan media sosial adalah sebahagian
daripada aktviti harian. Kesan penggunaan pesat dan meluas dalam inovasi teknologi telah
benar-benar mengubah cara kita menjalankan kehidupan seharian kita , ini termasuk
bagaimana ilmu pengetahuan diajar di dalam bilik darjah. Persoalannya adakah perkara ini
merupakan adalah suatu perubahan yang positif ? Adakah penggunaan teknologi dalam
pendidikan dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Jika, ya
apakah faktor-faktor yang perlu diambilkira sekiranya teknologi ini disepadukan di dalam
bilik darjah.
Dalam konteks pendidikan, berikut merupakan beberapa takrifan yang dibuat
tentang istilah teknologi pendidikan;
i. Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, idea, alat-alat, teknik dan
peristiwa yang bertujuan untuk member kesan baik kepada proses pendidikan. (Crowell
(1971) - Encyclopedia of education)
ii. Teknologi pendidikan ialah aplikasi prinsip-prinsip saintifik untuk mereka dan
membina sesuatu bagi menjalankan sistem pengajaran dan pembelajaran. (Uhwin, Derek
(1976) Applying Educational Technology) Teknologi pendidikan ialah proses yang
kompleks dalam menganalisis keperluan pendidikan secara sistematik, saintifik dan
rasional bertujuan untuk mereka bentuk dan mengaplikasikannya secara sepadu idea,
tenaga, sumber bahan, kaedah dan tata cara untuk mempertingkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran. (PersatuanTeknologi Pendidikan Malaysia-1988)

iii. Teknologi pendidikan ialah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknikteknik ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. (Bahagian
Teknologi Pendidikan 1991)
Maka teknologi pendidikan dalam darjah boleh dirumuskan sebagai satu kajian
teknologi , yang memberi peluang kepada pelajar untuk belajar melalui pendekatan yang
berkaitan dengan teknologi. Ia merangkumi keupayaan seseorang guru untuk membentuk
dan mengubah corak pembelajaran dan pengajaran yang inovtif dengan memanipulasi
bahan-bahan dan alat-alat dengan tujuan utama pengunaan teknologi dalam bilik darjah
menjadi pemangkin dalam meningkatkan cara belajar pelajar.
1.2 PENYATAAN MASALAH
Dapatan daripada kajian luar menunjukkan bahawa penyepaduan teknologi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dapat meningkatkan proses
pembelajaran murid. Namun pada masa yang sama di dapati terdapat juga kritikan
menyatakan bahawa , walaupun berlaku peningkatan dalam capaian teknologi di dalam dan
luar bilik darjah, guru-guru masih kurang mahir dalam menyepadukan teknologi untuk
digunapakai sebagai bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah dalam ertikata cara yang bermakna.
Oleh itu,

kajian ini dijalankan untuk

mengenalpasti faktor-faktor yang

mempengaruhi penyepaduan teknologi dalam bilik darjah yang dilaksanakan melalui


pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan cabaran cabaran yang dihadapi dalam
proses mengintergrasikan penggunaan teknologi pendidikan di bilik darjah .
1.3 Persoalan Kajian
Kajian ini mengemukakan dua persoalan kajian iaitu:
i. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan teknologi pendidikan yang
dapat membantu dalam meningkatkan tahap pembelajaran murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran?
ii. Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi berkaitan dengan pelaksanaan penggunaan
teknologi pendidikan dalam bilik darjah?
1.4 Objektif Kajian

Objektif utama kajian ini dijalankan iaitu:


i. Untuk mengenalpasti dan

menentukan

faktor-faktor

yang

mempengaruhi

penggunaan teknologi pendidikan yang dapat membantu dalam meningkatkan


tahap penerimaan ilmu pengetahuan oleh murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran?
ii. untuk mengenalpasti dan menentukan cabaran-cabaran yang dihadapi berkaitan
dengan pelaksanaan penggunaan teknologi dalam bilik darjah?
1.5 Kepentingan Kajian
Kajian ini dapat

mengenalpasti dan menentukan

faktor-faktor

yang mempengaruhi

penggunaan teknologi pendidikan dan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam implimentasi


penggunaan teknologi pendidikan di bilik darjah. Ini dapat membantu pihak yang
berkepentingan untuk menggunakan kajian ini sebagai

panduan apabila ingin

mengimplimentasikan penggunaan teknologi pendidikan di bilik darjah


1.6 Definisi Istilah
Beberapa istilah yang digunakan dalam penulisan ini membawa pengertian tersendiri.
Definisi yang dibuat adalah merujuk dalam konteks kajian ini sahaja bagi memudahkan
pembaca memahami istilah tersebut agar tidak keliru dengan istilah umum.
i.

Teknologi

Teknologi merujuk kepada sebagai apa-apa alat yang boleh digunakan untuk membantu
meningkatkan pembelajaran manusia, termasuk - tetapi tidak terhad kepada - kalkulator ,
tablet (seperti iPad ), Papan pintar(Smartboard) , kamera video , kamera digital , pemain
MP3, Portable embantu Digital ( PDA ), dan juga , komputer
Dalam kajian ini, teknologi ini juga dirujuk sebagai bahan bantu mengajar
berdasarkan kepada kelaziman penggunaan istilah ini oleh pihak responden.
ii.

Guru

Guru merupakan orang yang mengajar, dikenali juga sebagai pendidik, pengajar, pengasuh
(Kamus Dewan, Edisi Empat, 2000
1.7 Limitasi Kajian
Kajian yang dijalankan ini melibatkan seorang guru sains, seorang guru sejarah dan dua
orang pelajar yang belajar di kelas yang sama di Sekolah Menengah Lok Yuk Kudat.
Memandangkan sampel populasi yang kecil, hanya diambil dari dari sekolah yang sama,

maka ia tidak mewakili keseluruhan sekolah di daerah Kudat.


Kajian ini juga terbatas kepada faktor-faktor seperti
i.

Tahap profesionalisme pengkaji. Menurut Bogdan dan Biklen


(2007), seseorang pengkaji kesahan(validity) dapatan tidak boleh
dipengaruhi oleh sikap berat sebelah pengkaji terhadap dapatan

ii.

yang diperolehi.
kerjasama dan kesediaan reponden untuk ditemu bual. Ini sangat
penting sebab semasa responden memberikan jawapan, mereka
akan terpengaruh dengan persekitaran dan emosi mereka semasa

iii.

ditemu bual.
ketepatan jawapan yang diberikan. Merujuk kepada tahap
pengetahuan mereka terhadap bidang kajian.

1.8 Rumusan
Dalam bab ini, pengkaji telah menjelaskan latar belakang kajian, pernyataan masalah,
tujuan, persoalan kajian, kepentingan kajian dan limitasi kajian. Huraian dalam bab ini
selanjutnya akan dijadikan panduan untuk meninjau sorotan literatur yang sesuai dan
berhubungkait dengan kajian lepas yang pernah dijalankan sebelum ini.
BAB II
METODOLOGI KAJIAN
2.1 Pengenalan
Bab ini menjelaskan tentang beberapa aspek dalam metodologi yang berkait rapat dengan
rekabentuk kajian, prosedur menjalankan kajian, prosedur mengumpul data, prosedur
penganalisisan data dan kaedah kajian yang digunakan.
2.2 Reka bentuk kajian
Reka bentuk kajian yang digunakan untuk mendapatkan data dan maklumat ini ialah jenis
kajian kes. Kajian ini menggunakan metodologi secara kualitatif iaitu melalui temubual ke
atas tiga orang responden yang terdiri dari dan melakukan pemerhatian ke atas lapangan
kajian untuk mendapatkan maklumat berkaitan. Selain temubual dan pemerhatian, analisis
dokumen juga dilakukan dalam kajian ini. Melalui kajian kes yang dijalankan ini akan
dapat memberi kefahaman kepada pengkaji tentang faktor sebenar yang menyebabkan
orang ramai memilih guru sebagai kerjaya mereka untuk menjamin masa depan mereka.

2.3 Kaedah Kajian


Kajian kualitatif ini menggunakan triangulasi kaedah pengumpulan data menerusi
pemerhatian, temubual dan analisis dokumen. Kaedah temu bual sesuai dijalankan dalam
kajian kes kerana ia melibatkan pengumpulan dan penganalisaan data secara kualitatif yang
paling mudah. Kaedah temu bual juga melibatkan interaksi secara bersemuka antara
pengkaji dengan responden. Temu bual dalam kajian ini menggunakan kaedah temu bual
secara semi berstruktur. Soalan-soalan dalam temu bual berstruktur ditentukan terlebih
dahulu tetapi jawapan kepada soalan-soalan tersebut adalah terbuka, boleh dikembangkan
mengikut budi bicara penemubual dan orang yang ditemubual,
Selain temubual, penggunaan kaedah pemerhatian juga akan dilakukan bagi melihat
dan mencatat sendiri situasi sebenar penggunaan myang dijalankan di kelas prasekolah
terbabit. Akhirnya, kaedah menganalisis dokumen iaitu portfolio yang terdapat dalam kelas
prasekolah turut digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan maklumat yang
diperlukan.
2.4 Prosedur Menjalankan Kajian
Dalam kajian ini, terdapat beberapa fasa yang dijalankan:
2.4.

Fasa Pertama

Berinteraksi dengan beberapa responden secara tidak formal untuk melihat


sejauh mana minat mereka dalam kerjaya guru dan sebagai cita-cita mereka
di masa depan. Melalui interaksi ini, pengkaji dapat memilih tiga responden
yang lebih sesuai dan tepat untuk kajian yang dijalankan bagi fasa kedua.

2.4.

Fasa Kedua

Menemubual ketiga-tiga responden berkaitan dengan tajuk kajian kenapa


memilih guru sebagai kerjaya. Tujuannya adalah untuk melihat faktor utama

2.4.

dalam memilih kerjaya mereka


Fasa Ketiga

Membuat analisis dapatan secara menyeluruh dan melihat faktor dan


dorongan sebenar dalam pemilihan kerjaya terutamanya kerjaya guru yang
menjadi pilihan respondan kajian.

2.5 Prosedur Pengumpulan Data


Qualitative data consist of direct quatations from people about their experiences,
opinions, feelings, and knowledge obtained through interview; detailed descriptions of
peoples activities, behaviors, action recorded in observations; and excerpts, quatations,
or entire passages extracted from various types of dokumens (Patton,2002).

Dalam

kajian ini, kaedah yang digunakan untuk mengumpulkan data ialah menggunakan kaedah
pengumpulan data berdasarkan temubual dan juga analisis dokumen kajian lepas.
Temu bual ialah suatu teknik mengumpul data yang melibatkan interaksi bersemuka
( face-to-face) antara pengkaji dengan yang ditemu bual (responden). Kaedah ini
digunakan secara meluas sebab ia dapat menambah dan meluaskan pengetahuan kita
mengenai pemikiran, perasaan dan tingka laku responden yang akan memberikan tafsiran
dan makna yang lebih tepat berhubung dengan bidang kajian.
Teknik temu bual yang dijalankan adalah berbentuk semi berstruktur di mana jenis
temubual ini dimana soalan utama disedikan dan soalan susulan akan dibuat berdasarkan
jawapan responden . Menurut Merriem (1998) penggunaan temu bual separa berstruktur
bertujuan untuk mengumpulkan maklumat yang tepat dan bersifat fleksibel di mana
keadaan ini membolehkan responden menghuraikan apa yang difikirkannya kepada
penyelidik. Soalan-soalan dalam temubual ditentukan terlebih dahulu tetapi jawapan
terhadap setiap soalan tersebut adalah terbuka dan boleh dikembangkan.
Pemilihan responden untuk tujuan mendapatkan data melalui kaedah temu bual
dibuat berdasarkan perhubungan rapat antara

bidang kajian ini dengan responden itu

sendiri untuk mendapatkan maklumat yang lebih relevan dan tepat agar hasil kajian ini
dapat memenuhi dan menepati kehendak objektif kajian.

2.6 Prosedur Temubual


Untuk mendapatkan dan mengumpulkan data maklumat dalam kajian ini, kaedah temubual
dijalankan melibatkan temubual dengan guru dan temubual dengan dengan pelajar.
i.

Temubual dengan guru.

Pengkaji memilih seorang guru matapelajaran sains berdasarkan kepada keterlibatan

mereka

secara langsung dalam pelaksanaan dasar PPSMI dimana penggunaan teknologi

khususnya dalam bidang ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah di mana
penggunaan teknologi khususnya pengunaan ICT
ii.

Temubual dengan pelajar.

Dari tinjauan awal, Pengkaji memilih seorang pelajar dari kelas aliran sains dan seorang
pelajar dari kelas aliran sastera kerana pendedahan mereka terhadap penggunaan teknologi
yang berbeza.
Kajian dibuat mengikut garispaduan berikut;
2.6.1

Langkah 1
Pengkaji menyediakan soalan-soalan temubual mengikut kesesuaian kategori

mereka samada sebagai guru atau pelajar. Pengkaji perlu membuat persediaan dengan
mencari maklumat asas tentang tajuk kajian dan elemen-elemen dalam kajiannya seperti
teori, fenomena serta faktor-faktor yang mempengaruhi. Pengetahuan ini membantu
penyelidik membina instrumen kajian yang disebut sebagai protokol soalan (Hill, Knox,
Thompson, Williams, Hess, Ladany, 2005). Protokol soalan adalah senarai soalan-soalan
yang disediakan oleh penyelidik untuk mencari jawapan kepada soalan kajiannya. Protokol
soalan perlulah mengikut susunan berikut:

Bil.

Jenis

Penerangan

Soalan
Soalan

Membolehkan

Pengenalan

memperkenalkan diri.

anda?

Soalan

Memperkenalkan topik yang

Dalam kelas apakah alat atau

Transisi

hendak dikaji dan meminta

bahan

respon responden terhadap

mengajar ?

pengetahuan
3

Contoh
responden

asas

tentang

Soalan

topik tersebut.
Soalan
Utama

yang

Kunci

menghasilkan

jawapan

Boleh

Apakah

anda

perkenalkan

diri

yang digunakan untuk

faktor-faktor

menggalakkan

yang

guru-guru

kepada soalan kajian.

menggunakan alat bantu mengajar


di bilik darjah
Adakah alat bantu mengajar dapat

Soalan

Memeriksa jika responden

meningkatkat prestasi murid?


Adakah anda mempunyai apa-apa

Penutup

mahu menambah maklumat.

pandangan

lagi
tentang topik ini?

Contoh soalan yang dibina oleh pengkaji untuk sesi temubual adalah seperti di
bawah:
a. Contoh Soalan untuk Responden Seorang Guru
1:

Selamat pagi , boleh perkenalkan diri, cikgu?

2:

Cikgu, berapa lama sudah cikgu bertugas di sini dan apakah subjek yang cikgu

ajar?
3:

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, apakah alat bantu


mengajar yang biasa cikgu gunakan?

4:

Boleh cikgu terangkan sedikit bagaimana Alat bantu mengajar disediakan sebelum
proses pengajaran dan pembelajaran dimulakan.?

5:

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, adakah alat bantu mengajar yang
cikgu gunakan sentiasa berfungsi dengan baik?

6:

Adakah iklim bilik darjah sangat membantu dalam pelaksanaan PdP?

7:

Bagaiman pula dengan respon pelajar terhadap penggunaan ABM ?

8:

Adakah penggunaan ABM ini membantu pelajar untuk menguasai kemahiran yang
diajar?

9:

Apakah peranan yang dibuat oleh Pihak sekolah meningkatkan penggunan ABM di
bilik darjah.

10:

Ada apa apa lagi yang cikgu fikirkan yang membantu pelajar meningkatkan
memelalui penggunaan ABM atau teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran?

b.

Contoh soalan untuk Responden Penuntut Matrikulasi dan Pelajar Sekolah


Menengah

1:

Selamat , boleh perkenalkan diri anda?

2:

Seronok tak belajar di sekolah?

3:

Bagaimana cara cikgu anda mengajar dikelas?

4:

Semasa mengajar, adakah bahan atau alat yang cikgu anda gunakan?

5:

Apakah penggunaan bahan atau alat dapat membantu adik untuk belajar?

6:

Siapa guru yang adik minat dan apa mata pelajaran yang di ajar?

7:

Kenapa?

8:

Matapelajaran yang anda paling suka?

9.:

Kenapa?

You might also like