You are on page 1of 3

Rujukan Kami: JPNM.SPBM.PBM.600-4/2/21 Jld.

2 (52)
Tarikh : 27 Februari 2024

Guru Besar,
SK Bachang.

Tuan,

KEBENARAN PENGANJURAN KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PIALA GURU BESAR


PERINGKAT NEGERI SEMPENA KARNIVAL KEUSAHAWANAN SK BACHANG TAHUN 2024
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPNM) telah menerima
dan meneliti permohonan program di atas daripada pihak SK Bachang bagi Penganjuran
Kejohanan Sepak Takraw Piala Guru Besar Peringkat Negeri Sempena Karnival
Keusahawanan SK Bachang Tahun 2024 pada 27 April 2024 bertempat di SK Bachang.
3. Sehubungan dengan itu, pihak JPNM mengambil maklum akan permohonan tersebut serta
tiada halangan bagi penganjuran program tersebut. Mohon pihak tuan untuk memastikan
perkara-perkara berikut dipatuhi :

3.1 Pihak penganjur hendaklah mendapatkan kebenaran / persetujuan daripada


pengetua / guru besar sekolah;
3.2 Semua murid terlibat hendaklah mendapat kebenaran dan persetujuan daripada
pengetua / guru besar sekolah yang terlibat bagi menyertai program ini;
3.3 Penyertaan murid hendaklah secara sukarela dan mendapat kebenaran bertulis
daripada ibu bapa / penjaga;
3.4 Pihak penganjur adalah bertanggungjawab untuk mendapatkan kelulusan
penganjuran program daripada pihak-pihak berkaitan;
3.5 Surat kebenaran / kelulusan ini tidak boleh diguna pakai bagi maksud untuk
mendapatkan sumbangan serta tajaan daripada mana-mana pihak berkenaan;
3.6 Penyertaan murid tidak mengganggu atau menjejaskan waktu pengajaran dan
pembelajaran (PdP);
3.7 Pihak penganjur hendaklah memberikan maklumat program kepada sekolah
supaya boleh dimaklumkan kepada murid yang terlibat;
3.8 Pihak penganjur bertanggungjawab menguruskan insuran kemalangan yang
bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan, menjaga kesihatan, keselamatan dan
kebajikan semua murid yang terlibat;
3.9 Selaras dengan pelaksanaan Pendidikan Sivik yang sedang berkuat kuasa di
semua sekolah rendah dan menengah di bawah KPM, pihak penganjur dimohon
agar memastikan kesedaran sivik dan amalan murni dapat dijadikan sebagai salah
satu perkara wajib dilaksanakan sebelum/semasa/selepas program berlangsung
seperti gotong-royong membersihkan kawasan (sekiranya program dilaksanakan
secara bersemuka);
3.10 Tiada implikasi kewangan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan
Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah serta sekolah yang terlibat;
3.11 Pihak penganjur dimohon mengemukakan satu salinan laporan program yang
dijalankan (format seperti Lampiran A) kepada Unit Pembangunan Bakat Murid,
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dalam tempoh 30 hari selepas tamat program
bagi tujuan pengiktirafan program dan pemarkahan kokurikulum;
3.12 JPNM berhak menarik balik surat kelulusan / kebenaran sekiranya pihak penganjur
gagal mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan atau bercanggah dengan
dasar sedia ada yang sedang berkuat kuasa.
4. Untuk makluman tuan, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan
Negeri Melaka sedang berusaha untuk Melindungi Masa Instruksional (MMI), masa pengajaran
dan pembelajaran (PdP) murid. Oleh yang demikian kami mencadangkan supaya penglibatan
murid dan guru diadakan di luar waktu PdP agar tidak menjejaskan waktu pengajaran dan
pembelajaran murid dan dilaksanakan di luar waktu persekolahan atau pada hari Sabtu
yang dibenarkan sahaja.
5. Kelulusan ini hanya untuk perkara yang dipohon sahaja dan luput selepas tarikh
27 April 2024. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Mohd Hafiz Bin Husaini, Penolong
Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka di talian
atau 011-2708 2437.

Kerjasama dan keprihatinan tuan di dalam hal ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA”
“BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT”

Saya yang menjalankan amanah,

(HAJI JAMSARI BIN MARIMAN)


Timbalan Pengarah Pendidikan,
Sektor Pembangunan Murid.
b.p Pengarah Pendidikan,
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.
sk 1. Fail Penyelaras

JM/mhh/UPBM/kebenaranpenganjurankejohanansepaktakrawpialagurubesarskbachang

____________________________________________________________________________________________________________
“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
#jpnmelakaBITARA
LAMPIRAN A

LAPORAN
(NAMA AKTIVITI)

1.0 Nama Program / Aktiviti


2.0 Tarikh Pelaksanaan
3.0 Mod Pelaksanaan
4.0 Penyertaan (Jantina / Bangsa)

DAERAH / JANTINA BANGSA JUMLAH


NO SEKOLAH NEGERI /
NEGARA LAIN-
L P MELAYU CINA INDIA MURID GURU
LAIN

JUMLAH

5.0 Jadual Pengisian / Pelaksanaan Aktiviti


6.0 Peruntukan / Perbelanjaan Yang Diturunkan (***Jika Berkaitan)
7.0 Tetamu Kehormat (VIP)
8.0 Pemenang (***Jika Berkaitan)
9.0 Isu dan Cabaran
10.0 Cadangan Penambahbaikkan
11.0 Gambar

Disediakan Oleh :
Tarikh :

You might also like