You are on page 1of 2

Bismillahirahmanirrahim….

Rabbishrahli
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
Salam Malaysia Madani, salam Melakaku Maju jaya, rakyat Bahagia menggamit dunia
Pendidikan berkualiti, insan terdidik, negara sejahtera.
Salam Mpzac Murid Baik lagi Cerdik
Terima kasih pengerusi majlis… Ckg Munira Md Dom
Yang berbahagia Datuk Hj. Salehuddin bin Sattar, Ydp PIBG Sek. Men. Sains. Muzaffar syah
Yang berusaha, Pn. Masitah bte Salamat, Pengetua Sek. Men. Sains Muzaffar syah
Pn. Hawa Naqiah Makmor, GKMP Teknik dan Vokasional, merangkap Penasihat Akademik Al-Qalam
En. Nurul Fazli bin Haron, Ketua Sarana Tingkatan 2
Guru-guru, ibu bapa dan anak2 pelajar yang dikasihi sekalian

Alhamdulillah, pada pagi yang sejahtera ini kita dapat sama2 berkumpul dalam Program Town
Hall Tingkatan 2 yang mana ia adalah kesinambungan daripada beberapa Program Town Hall
mengikut tingkatan yang telah diadakan sebelum ini. Terima kasih atas kehadiran tuan-tuan
dan puan-puan sekalian. Program ini bertujuan untuk memberi penerangan mengenai
penetapan sasaran akademik tingkatan 2 bagi tahun 2023 dan seterusnya membentagkan
perancangan program kecemerlangan 2023 beserta bajet supaya ibu bapa lebih faham dan
maklum mengenai aktiviti akademik yang melibatkan anak-anak tuan puan.

Baiklah, tanpa membuang masa, berikut ialah perancangan program peningkatan akademik Al-
Qalam bagi tahun 2023/2024. Saya telah menyenaraikan 14 program yang dijadualkan
berlangsung selama 10 bulan bermula Mei 2023 hingga Februari 2024. Untuk makluman ibu
bapa juga, pihak sekolah akan menggunakan sepenuhnya yuran PIBG dalam sub peruntukan
Akademik sebanyak RM200 bagi seorang murid. Jadi lepas ni saya tidak payah la kejap-kejap
nak minta duit daripada ibu bapa utk menjalankan program. Kadang-kadang tebal juga muka ni
ya, tapi apa boleh buat dengan ibu bapalah tempat saya bergantung. Walau bagaimana pun,
pihak sekolah tiada halangan jika ibu bapa atau sarana mahukan program tertentu untuk anak-
anak Al-Qalam boleh kemukakan, tetapi peruntukan yang itu mungkin daripada sarana lah,
bukan daripada perintukan PIBG yang saya telah allocate ini. Kita akan lihat berdasarkan masa
dan kesesuaian.

You might also like