You are on page 1of 5

Terima Kasih kepada saudara/ saudari Pengacara Majlis.

Bissmillahirahmanirrahim
Alhamdulillahirabil’alamin
Wassalatuwassala mu’ala asrafilambiaya iwarmursalin wa’ala alihi waashabihi
ajmain
Rabbisrahli sadri wayassirli ambi wahlul uqdatamminlisyani yafqahu qauli
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam
Sejahtera
Salam sepun sepuruk memacu kecemerlangan
pendidikan daerah saratok
Salam Malaysia Madani
Salam Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak

“Fly Kenyalang, Fly”

(SALUTASI)

Yang berusaha
Cikgu Fitri Ramzi
Guru Besar SK SG KLAMPAI

Yang dihormati
Pn
YDP PIBG SK Sg Klampai

Yang dihormati
Cikgu
Penolong Kanan Pentadbiran

Yang dihormati
Cikgu
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang dihormati
Cikgu
Penolong Kanan Kokurikulum

Para Jemputan
Barisan guru
Serta pelajar-pelajar yang saya kasihi sekalian

(1)

PERKHEMAHAN LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK PERINGKAT ZON SARATOK TAHUN 2023/2024


1. Alhamdulilah, syukur kepada yang Maha Esa kerana dengan limpah
kurnia dan inayah-Nya kita dapat bersama-sama berkumpul dan
menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Program
Perkhemahan Lencana Pengakap Kanak-Kanak Peringkat Zon
Saratok Tahun 2023/2024
2. Kami di peringkat PPD Saratok sememangnya mengalu-alukan program
yang mendukung kemenjadian pelajar bukan sahaja dari segi akademik
tetapi kokurikulum serta sahsiah.
3. Sesungguhnya warga pendidikan mempunyai komitmen yang amat
tinggi dalam menjalankan tugas demi anak bangsa seperti yang tercatat
dalam moto “Berkhidmat Untuk Negara”.
4. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Saya dimaklumkan bahawa penyertaan dalam Perkhemahan
Lencana Pengakap Kanak-Kanak Peringkat Zon Saratok
Tahun 2023/2024 pada kali ini adalah amat menggalakkan.
5. Seramai ____ orang pelajar dari ____ buah sekolah jemputan iaitu
__________________________ telah berjaya menyertai pelbagai
aktivi yang telah dirancang antaranya :
i. Belajar mengenai simpulan dan ikatan
ii. Membina gadjet
iii. Kembara 5 KM
iv. Latihan asas kawad kaki
v. Pertolongan cemas dan sebagainya
6. Ini cukup membuktikan bahawa program seperti ini mampu memupuk
semangat daya saing yang kuat di samping mencungkil bakat dan potensi
anak-anak kita. Syabas, saya ucapkan.
7. Sebagai warga pendidikan yang berpengetahuan dan berpandangan
futuristik, kita harus sedar bahawa terdapat agenda lebih besar dalam
menyediakan anak-anak kita untuk masa hadapan yang lebih gemilang.
Tuan-tuan dan sidang hadirin sekalian,
(2)

PERKHEMAHAN LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK PERINGKAT ZON SARATOK TAHUN 2023/2024


Saya yakin bahawa kita telah pun membina asas yang kukuh dalam diri
generasi akan datang melalui Enam Aspirasi Murid yang diterapkan
melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025.
8. Kita juga telah bersedia untuk memenuhi aspirasi global di mana
pendidikan menetapkan sasaran keperluan universal menjelang Tahun
2030.
9. Dalam konteks ini, peranan warga pendidikan amat penting bagi
memastikan kejayaan transformasi pendidikan berupaya menganjak
kualiti generasi baharu ke arah pemikiran yang lebih bersifat globalisasi.
10. Anjakan pradigma seperti ini, lebih menjurus kepada transformasi minda
yang membolehkan anak-anak murid kita berdaya saing dan mampu
berdikari untuk membangunkan negara menjelang tahun 2050.
11. Dari segi operasi dan pembudayaan di peringkat Pejabat Pendidikan
Daerah Saratok, visi kita ialah untuk terus berusaha
melakukan semua perkara dengan lebih baik daripada dahulu.
12. Saya percaya, pendidikan akan mampu membawa arus perubahan kepada
kehidupan, pembangunan dan kemakmuran negara. Saya berbangga
memaklumkan bahawa kita telah mencapai perkembangan yang sangat
signifikan dengan pelbagai pencapaian.
13. Semoga kita terus berusaha memacu ke hadapan bagi melunaskan
agenda pendidikan negara.

Sidang hadirin dan hadirat,


Kita wajib mempersiapkan anak-anak kita dari segi mental dan fizikal
untuk menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang.

(3)

PERKHEMAHAN LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK PERINGKAT ZON SARATOK TAHUN 2023/2024


14. Dunia adalah sekolah pembelajaran setiap murid. Kita berhasrat agar
aktiviti-aktiviti akademik dan kokurikulum menjadi sebahagian daripada
pembelajaran yang akan membantu proses pencernaan ilmu dalam jiwa
murid-murid.
15. Ini juga merupakan salah satu usaha agresif untuk mula melangkah
bergerak ke arah paradigma pembelajaran berasaskan pendigitalan.
16. Prinsip kita jelas, pendidikan adalah hak setiap kanak-kanak tidak kira di
mana sahaja mereka berada dan dari mana sahaja mereka datang.
17. Di samping kita cuba bergerak ke arah pendidikan yang kalis masa
depan, dengan mengambil kira keperluan menghadapi gelombang
Revolusi Industri 4.0, kita tidak akan sesekali mengabaikan keperluan
dan hak untuk pendidikan anak-anak kita.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Saya percaya, pelajar-pelajar yang menyertai perkhemahan pada kali ini
mempunyai sikap yang kaya dengan nilai kasih sayang, optimis, dinamik
dan daya saing yang tinggi.
18. Melalui aktiviti seperti ini, maka lahirlah murid yang mempunyai
kepimpinan yang tinggi, sikap sabar yang terpuji serta sifat berpasukan
yang jitu.
19. Setiap murid di mata dan di hati seorang guru ialah permata bersinar
yang mempunyai keistimewaan dan kebolehan tersendiri.

20. Ketahuilah, bahawa pendidikan anak-anak murid ini merupakan pelaburan


jangka panjang dalam konteks pembangunan sesebuah negara.
21. Maka, kecemerlangan sesebuah sekolah perlu seiring dengan komitmen ibu
bapa serta komuniti setempat.
22. Justeru, saya ingin menyeru agar kita sama-sama terus memberikan kerjasama

(4)

PERKHEMAHAN LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK PERINGKAT ZON SARATOK TAHUN 2023/2024


dan komitmen dalam usaha memastikan kecemerlangan dari segi akademik,
kokurikulum, sukan, sahsiah dan juga disipilin khususnya di Daerah Saratok.

Sidang hadirin dan hadirat sekalian,


Sebelum saya mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, saya yakin kita semua
dapat bekerja sebagai satu pasukan yang mantap dan kukuh sekiranya kita
semua bersatu hati dengan sepakat untuk mencapai sasaran yang telah
ditetapkan seperti tagline PPD Saratok “Sepun Sepurok Memacu
Kecemerlangan”.
23. Marilah kita bekerja sebagai satu pasukan iaitu secara berterusan
menyampaikan perkhidmatan berimpak tinggi dengan cemerlang, berintegriti
dan saling memperkukuh sinergi demi mencapai aspirasi negara untuk
kejayaan anak-anak kita.
24. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Jawatankuasa Pengelola di atas
komitmen dan usaha dalam menjayakan Perkhemahan Lencana Pengakap
Kanak-Kanak Peringkat Zon Saratok Tahun 2023/2024 pada tahun ini.
25. Tahniah juga saya ucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai
perkhemahan pada kali ini.
26. Akhir kata, semoga segala usaha murni kita untuk memartabatkan bidang
pendidikan mendapat keberkatan-Nya.

Wabilah Hitaufiq Wal Hidayah Wassalamualaikum


Warrahmatullahi Hiwabarakatuh
Sekian. Terima Kasih.

(5)

PERKHEMAHAN LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK PERINGKAT ZON SARATOK TAHUN 2023/2024

You might also like