You are on page 1of 5

ISI KANDUNGAN

Kata Alu-Aluan

Amanat Pengarah

Visi dan misi Moto

: We Deliver Isu-

Isu Strategik

Kerangka Perancangan Strategik JPN Perak 2020 -2024

Nilai Teras Utama Perancangan Strategik JPN Perak 2020-2024

Task Force Pembinaan Perancangan Strategik JPN Perak 2020-2024

Sasaran Utama Kluster 1

Sasaran Utama Kluster 2

Sasaran Utama Kluster 3

Sasaran Utama Kluster 4

Sasaran Utama Kluster 5

Carta Perbatuan Utama Perancangan Strategik JPN Perak 2020-2024

Tindakan Pengurusan
ISI KANDUNGAN

Kamus Kluster 1

Kamus Kluster 2

Kamus Kluster 3

Kamus Kluster 4

Kamus Kluster 5

Borang Perakuan Kluster 1

Borang Perakuan Kluster 2


Borang Perakuan Kluster 3

Borang Perakuan Kluster 4

Borang Perakuan Kluster 5

Urus Setia Perancangan Strategik JPN Perak 2020-2024:

Singkatan Perkataan

Sekalung Budi
KATA-KATA ALUAN
PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI PERAK
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera,

Perancangan Strategik JPN Perak 2020-2024 merupakan dokumen utama bagi seluruh warga pendidik di negeri ini dalam memacu kualiti pendidikan yang
berfokus, sistematis, terancang serta mampu diukur pelaksanaan dan impak pencapaiannya. Walaupun dari segi strategi dan pelan tindakannya sama namun
dari aspek pelaksanaan terpulanglah kepada pihak PPD dan sekolah menyusun program dan aktiviti yang bersesuaian dengan konteks sekolah masing-masing.
PS2020-2024 bukanlah business as usual tapi satu pendekatan yang baharu dalam penyampaian pendidikan berkualiti di sekolah-sekolah.

Bermula dengan Amanat Pengarah, pengenalan moto baharu JPN, pembentukan visi dan misi maka akhirnya lahirlah dokumen komprehensif ini
mengembalikan kecemerlangan pendidikan di negeri Perak ini. Saya telah menggariskan beberapa perkara dalam usaha kita melahirkan kemenjadian murid
dan sekolah berkualiti iaitu kombinasi antara pemimpin sekolah, pendidik, anak-anak didik serta komuniti. Pemimpin yang hebat mesti mempunyai
pelbagai kompetensi abad ke-21, memahami senario di peringkat global dan membuat refleksi. Guru mesti berperanan sebagai subject matter expert, literasi
data dan sebagai penyelidik. Stress-free school mesti diamalkan supaya murid menyayangi sekolah mereka. We Deliver pula merupakan satu aku janji,
kebersamaan, dan komitmen setiap kepemimpinan baik di JPN, PPD dan sekolah untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada klien masing-masing.
Semua usaha ini diserlahkan dalam bentuk visi JPN Perak iaitu Pendidikan Berkualiti, Sekolah Unggul, Murid Holistik. Menjadi tanggungjawab kita
semua untuk merealisasikan misi iaitu penyampaian pendidikan berkualiti untuk membangun sekolah unggul bagi menyediakan murid
kalis masa hadapan.

PS 2020-2024 ini mempunyai lima kluster utama iaitu profesionalisme guru dan kepemimpinan pendidikan, kualiti bakat dan kemenjadian murid, jaringan
dan jalinan, penyelidikan dan inovasi serta tadbir urus dan sokongan profesional. Untuk memastikan pelaksananaan semua kluster ini, nilai teras utama
berilmu dan beramal, beriltizam, bekerjasama, berintegriti dan berakauntabiliti serta bersyukur wajar menjadi pegangan bersama-sama.

Saya menyeru supaya kita semua bersatu hati dan berganding bahu untuk sama-sama menghayati gerak kerja baharu ini ke arah meletakkan
pendidikan negeri Perak di tempat yang sewajarnya.

DR. MOHD SUHAIMI BIN MOHAMED ALI


Pengarah Pendidikan Negeri Perak
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Saya merakamkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpahan rahmat-Nya, Pejabat Pendidikan Daerah
Kinta Utara berjaya menyediakan Perancangan Strategik 2020-2024. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada semua personel yang terlibat dalam penghasilan dokumen ini.

Penghasilan dokumen ini dimulakan dengan mengupas daripada sudut operasi tentang mandat Pengarah Pendidikan
Negeri Perak yang memfokuskan kepada Pemimpin Berkesan & Guru Berkualiti serta Sekolah Berkualiti &
Kemenjadian Murid sebagai critical success factors dan juga jangkaan senario selepas tahun 2024.

Dokumen peringkat korporat ini akan menjadi panduan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara dan sekolah- sekolah
Daerah Kinta Utara untuk melaksanakan strategi transformasi sepanjang 5 tahun ini. Semua pihak perlu memahami dan
menyesuaikan kandungan dokumen ini di peringkat bisnes dan fungsional supaya pelaksanaan strategi di peringkat masing-masing
akan memberi impak besar kepada prestasi daerah. Daripada sudut pandangan lain, prestasi Daerah Kinta Utara akan memberi
kesan kepada prestasi Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pemahaman yang jelas tentang kandungan dokumen ini serta hala tuju yang ditetapkan perlu dijelmakan dalam operasi yang
berkualiti di semua peringkat dan berasaskan data. Keupayaan semua warga melaksanakan Budaya Kerja Cemerlang dalam
melaksanakan pelbagai strategi ini bukan sahaja meningkatkan prestasi daerah dan negeri tetapi meyakinkan banyak pihak bahawa
“Kinta Utara Sentiasa Unggul”.

MOHAMAD HAZAWAWI BIN YUSOF


Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara

You might also like