You are on page 1of 17

struktur jabatan pendidikan

negeri dan pejabat pendidikan


daerah

AHLI KUMPULAN:LEOW HUI SHI


WONG MIAO JING
LEONG YAN TIAN
S9
jabatan pendidikan negeri
( JPN )
jabatan pendidikan negeri ( JPN )

Bertanggungjawab:

1. Melaksanakan dasar pendidikan Malaysia


2. Pengagihan & penempatan guru peringkat negeri
3. Perjawatan guru & staf
4. Mengadakan program pendidikan
5. Menyelaraskan perkara-perkara yang berkaitan dengan kurikulum, sukatan pelajaran,
kokurikulum, bantuan kewangan, pembangunan sekolah serta pencalonan guru untuk
latihan dan pelbagai kursus
6. Diperingkat daerah pula diketuai oleh Pegawai Pedidikan Daerah yang bertanggungjawab
di dalam semua hal pentadbiran dan semua sekolah di satu-satu daerah.
STRUKTUR JABATAN
PENDIDIKAN NEGERI
PERANAN PEGAWAI DALAM

jabatan pendidikan NEGERI


Jawatan Fungsi

Pengarah ● Melaksanakan semua dasar dan peraturan serta program Kementerian


Pendidikan Pelajaran Malaysia dan kerajaan secara keseluruhannya
● Memastikan semua dasar dan peraturan dilaksanakan oleh pihak
pengurusan jabatan sekolah selaras dengan Akta Pendidikan 1996 dan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
● Memastikan pengurusan dan pentadbiran jabatan berada pada
landasan yang betul selaras dengan SKT dan takwim yang disediakan
bagi memaksimumkan usaha ke arah membantu pengurusan sekolah
yang berkesan

Timbalan Pengarah ● Membantu Pengarah Pendidikan merealisasikan Pendidikan Negeri


Pendidikan Johor Berlandaskan Visi dan Misi Jabatan, Perancangan Strategik
Jabatan, Fokus Pengurusan Jabatan (30 Inisiatif), KPI Pengarah
Pendidikan
● Membantu Pengarah Pendidikan Merancang, Melaksana dan
Mengawalselia Dasar-Dasar, Program/Aktiviti baru dan Sedia Ada
(sebagaimana Senarai Tugas Pengarah Pendidikan
Jawatan Fungsi

Ketua Sektor ● Memperkasa kepimpinan sekolah menengah dan rendah ke arah


Jaminan Kualiti melonjakkan kecemerlangan pendidikan
● Memastikan pengurusan organisasi dilaksanakan dengan
berkualiti dan berkesan

Ketua Sektor ● Menyelaraskan Pengurusan Perkhidmatan Dan Perjawatan


Khidmat Pengurusan ● Menyediakan Pengurusan Sumber Manusia yang cekap dan
dan Pembangunan berkesan
● Melaksanakan Pengurusan Kewangan Dan Akaun yang telus,
tepat dan berhemah
● Menyediakan dan menyelenggara prasarana pengajaran dan
pembelajaran yang kondusif dan selamat
● Memberikan khidmat sokongan yang efektif dan efisien
Jawatan Fungsi

Ketua Sektor ● Menyediakan garis panduan serta kriteria mewujudkan sekolah pada
Pengurusan Sekolah masa hadapan selaras dengan matlamat Wawasan 2020.
● Mewujudkan permuafakatan di semua sekolah rendah dan menengah.
● Menentukan keperluan penubuhan sekolah di kawasan-kawasan yang
baru dibangunkan selaras dengan keperluan pembangunan negara
● Meningkatkan tahap kemudahan fizikal dan prasarana sekolah bagi
mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.
● Menempatkan guru yang memenuhi keperluan negeri dari segi opsyen
dan bilangan
● Meningkatkan tahap kebajikan guru-guru

Ketua Sektor ● Pendidikan khas – mengurus pelaksanaan program pendidikan khas


Pendidikan Swasta integrase bermasalah pembelajaran, pendengaran, prasekolah
dan Pendidikan Khas pendidikan khas dan program pendidikan inklusif.
● Swasta – pendaftaran institusi/ pengelola/pekerja/guru/ murid bukan
warga negara & pemantauan, pengawalseliaan ke atas pendidikan
swasta.
Jawatan Fungsi

Ketua Sektor ● Memastikan semua perkhidmatan yang berkaitan dengan Hal


Pengurusan Ehwal murid dapat disempurnakan mengikut tempoh yang telah
Pembangunan ditetapkan .
Kemanusiaan ● Memastikan semua urusan kokurikulum, sukan dan permainan di
peringkat negeri daerah dan sekolah disempurnakan mengikut
takwim dan jadual yang telah diluluskan.
● Memastikan urusan perkhidmatan yang berkaitan dengan bantuan
murid iaitu Biasiswa, Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT),
Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Kumpulan Wang Amanah
Pelajar Miskin (KWAPM), eKasih dan `One-Off’ disempurnakan
mengikut tempoh yang ditetapkan.
● Memastikan urusan penghantaran maklumat berkaitan data murid
(SMM) dan data salahlaku pelajar (SSDM) ke Kementerian
Pelajaran Malaysia disempurnakan mengikut tempoh yang
ditetapkan.
Jawatan Fungsi

Ketua Sektor ● Menyelaras, mengurus dan menilai pelaksanaan Operasi Pendidikan


Pendidikan Islam Islam dan Bahasa Arab serta segala keperluan yang berkaitan dengannya
● Menyelaras, mengurus dan mengawal selia pengurusan sumber manusia,
pengurusan kewangan dan pentadbiran serta tadbir urus ICT SPI dan IPA
KPM
● Menyelaras dan mengurus keperluan serta pengoperasian IPA JPN dari
aspek pentadbiran sekolah, pengurusan guru, dan murid serta serta
penyelarasan Kelas Aliran Agama (KAA)
● Menyelaras dan mengurus institusi bagi pelaksanaan program
pembangunan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab dalam aspek
penyelidikan dan pendokumentasian

Ketua Sektor ● Merancang dan melaksanakan program-program yang berasaskan


Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang berkesan dan cekap di
Maklumat (ICT) peringkat jabatan
● Memastikan pelaksanaan aplikasi dan sistem Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) selaras dengan dasar keselamatan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (ICT) kementerian.
Jawatan Fungsi

Ketua Sektor ● Menyediakan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling untuk


Psikologi dan kesejahteraan individu, organisasi dan komuniti.
Kaunseling ● Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan kaunselor organisasi ke
tahap optimum dan berterusan
● Menyediakan pendidikan kesejahteraan mental dan fizikal kepada
warga KPM.
● Melaksanakan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling berteraskan
etika dan menepati peruntukan perundangan.
● Melestarikan kelangsungan Perkhidmatan Kaunseling kepada stake-
holder.
pejabat pendidikan daeraH
(ppd)
FUNGSI DAN PERANAN
pejabat pendidikan daerah
pejabat pendidikan daerah
Bertanggungjawab:
● Mewakili JPN dalam segala urusan pentadbiran jabatan di peringkat daerah.
● Bertanggung jawab mengenai perjalanan pentadbiran sekolah peringkat
daerah.
● Bertanggungjawab menggariskan dasar pentadbiran sekolah peringkat
daerah.
● Bertanggungjawab mengenai pertukaran dan penempatan guru-guru di
sekolah termasuk urusan perlantikan, penempatan dan penamatan GSTT
dan Guru Ganti.
● Mencadangkan penempatan dan pertukaran penyandang jawatan kenaikan
pangkat dan jawatan pengurusan serta jawatan kanan.
pejabat pendidikan daerah
● Bertanggungjawab mengenai pertukaran dan penempatan murid-murid
sekolah di dalam daerah.
● Bertanggungjawab mengenai keperluan pelajaran dari segi pengambilan
tanah, pembangunan fizikal, kemudahan sekolah, rumah guru dan
asrama di peringkat daerah.
● Memantau semua kegiatan kurikulum dan kokurikulum di peringkat
daerah.
● Berusaha bagi mempertingkatkan prestasi akademik dan kokurikulum
sekolah-sekolah dalam daerah.
● Menyelia institusi Pendidikan swasta serta memastikan intitusi tersebut
menjalankan Dasar Pelajaran Kebangsaan dengan berkesan.

You might also like