You are on page 1of 10

BAHAGIAN DALAM KPM DAN FUNGSINYA

1. BAHAGIAN AKAUN
BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH

 Memeriksa dan mengesahkan ketepatan penyata kewangan semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

 Menentukan pengurusan dan kawalan kewangan di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dijalankan dengan baik, teratur dan kemas kini serta
mematuhi peraturan dan prosedur kewangan yang ditetapkan.

 Memberi pendapat sama ada penyata kewangan yang disediakan menggambarkan kedudukan kewangan sekolah yang benar dan saksama.

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN

  Mengkaji dan merangka Dasar Penajaan dan Penguatkuasaan Perjanjian.


  Merancang dan mengurus penajaan / cuti belajar kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Anggota Kumpulan Pelaksana dan pelajar pra
perkhidmatan dalam dan luar negara.
  Menguatkuasa perjanjian pinjaman dan biasiswa / cuti belajar.

BAHAGIAN GENIUS

Fungsi Bahagian GENIUS, Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seperti berikut :

 Merancang hala tuju, membangunkan program, menetapkan senarai aktiviti, menggubal dasar dan membangunkan Key Performance
Indicator(KPI) yang merangkumi ;
o Program-Program yang berada di bawah tadbir urus Bahagian GENIUS iaitu; GENIUS Negara, GENIUS Kurnia dan GENIUS STEM
Talent; dan
o Program yang berada di bawah pelaksanaan Agensi Pelaksana; GENIUS@Pintar (UKM), GENIUS Seni (JKKN), GENIUS Insan
(USIM) dan GENIUS Remaja (UKM).
 Menyelaras keperluan program yang melibatkan peruntukan, pelaksanaan sesi libat urus (engagement) dengan pelbagai pihak, pengurusan
data/maklumat berkaitan dan lain-lain.
 Melaksanakan aktiviti-aktiviti program yang berada di bawah tadbir urus Bahagian iaitu berkaitan Program GENIUS Negara, GENIUS Kurnia
dan GENIUS STEM Talent.

BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA

BPSHA – sebuah bahagian bertanggungjawab terhadap Ketua Setiausaha KPM melaksanakan Enam (6) peranan utama berikut :

  Penggerak Hubungan Dua Hala (Bilateral) 

 Pemacu Hubungan Pelbagai Hala (Multilateral)

 Penyelaras Hal-Ehwal UNESCO-Malaysia

BAHAGIAN KEWANGAN

 Dasar Kewangan KPM


 Peruntukan ABM
 Dasar Pemberian Bantuan Persekolahan
 Kemudahan dan Pembiayaan
 Pakej bagi Majlis / Acara Rasmi Kerajaan
 Mesyuarat Jawatankuasa  Pengurusan Kewangan Dan Akaun (JPKA) Peringkat KPM

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

 PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN


 KEWANGAN
 PENGURUSAN PEROLEHAN DAN ASET
BAHAGIAN MATRIKULASI

 Merancang dan menggubal dasar-dasar Program Matrikulasi.


 Menggubal dan menentukan dasar-dasar penawaran dan kemasukan pelajar-pelajar ke Program Matrikulasi.
 Menggubal dasar kemasukan lulusan Program Matrikulasi ke Universiti Awam (UA). Kemasukan lulusan program ini ke Ijazah Pertama
dikendalikan bersama BPKP, KPT.
 Mengeluarkan Sijil Matrikulasi KPM.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN

 Merancang, mengurus, melaksana dan memantau projek-projek pendidikan dari segi fizikal dan kewangan.
 Menyelaras pengurusan perunding dan kontraktor bagi projek-projek pembangunan pendidikan.
 Menguruskan perolehan tapak-tapak projek pendidikan dan tapak-tapak rezab atau simpanan Persekutuan untuk kegunaan pembangunan

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

 Membangunkan kurikulum sekolah


 Menyebar kurikulum sekolah
 Memantau pelaksanaan kurikulum sekolah
 Menyediakan bahan sokongan kurikulum sekolah
 Menjalankan penilaian untuk pembangunan kurikulum sekolah

BAHAGIAN PROFESIONALISME GURU

 Menggubal dan merangka dasar pembangunan profesionalisme keguruan bagi memenuhi keperluan pendidikan negara.
 Merancang hala tuju strategik program pembangunan profesionalisme keguruan yang memenuhi keperluan dan matlamat Pelan Induk
Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK).
 Membangunkan dokumen standard pelaksanaan pembangunan profesionalisme keguruan sebagai sumber rujukan dan panduan kepada
bahagian dan institusi pelaksana latihan serta pembekal latihan luar KPM.

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM

 Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai pengoperasian Dasar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab serta segala keperluan yang berkaitan
dengannya; dan urusan maklum balas isu dan aduan pelanggan, keurusetiaan dan perhubungan;
 Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan hal ehwal Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di sekolah harian, personel IPA
KPM dan urusan sumber manusia BPI;
 Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai pengoperasian Program j-QAF, Kelas Kemahiran al-Quran dan KAA; Pendidikan Islam dan
Bahasa Arab di Prasekolah dan serta penyelarasan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA);

BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS

 Memperluas akses dan ekuiti pendidikan kepada MBK melalui Sekolah Pendidikan Khas, Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program
Pendidikan Inklusif.

 Memperkasa strategi pengoperasian Sekolah Pendidikan Khas, Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pendidikan Inklusif.

 Membangunkan modal insan MBK mengikut potensi dan meningkatkan kebolehpasaran dalam pelbagai bidang.

BAHAGIAN PENDIDIKAN SWASTA

 Mengkonsepkan dasar, memantapkan perundingan dan peraturan-peraturan pendidikan swasta serta merancang menentukan halatuju
pendidikan swasta.
 Menguruskan penubuhan dan pendaftaran institusi pendidikan swasta.
 Menjalankan aktiviti penguatkuasaan dan pengawalseliaan yang berkaitan dengan pendidikan swasta.
BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

 Merancang, memantau dan menilai pelaksanaan dasar makro dan hala tuju pendidikan teknikal dan vokasional di peringkat pendidikan asas.
 Merancang, memantau dan menilai pelaksanaan pelan pembangunan pendidikan, penyelidikan, sumber maklumat dan prasarana TVET di
peringkat pendidikan asas.
 Merancang, memantau dan menilai pembangunan kurikulum , penilaian dan pentaksiran serta proses pentauliahan dan jaminan kualiti program
TVET di peringkat pendidikan asas.

BAHAGIAN PENGURUSAN ASET

Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan program / aktiviti penyelenggaraan dan pengurusan Aset Alih dan Aset Tak Alih Kementerian
Pendidikan Malaysia

BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT

 Memahami lanskap bisnes, data, aplikasi dan Teknologi bagi ekosistem di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara menyeluruh.

 Membangun Enterprise Architecture untuk KPM.

 Meneroka teknologi baharu dan memacu prototaip, produk pendidikan ICT dan kaedah baharu dalam penggunaan teknologi untuk
memudahkan automasi dan penambahbaikan bagi operasi, pengajaran dan pembelajaran KPM. Contoh: penggunaan perisian sumber terbuka dalam
operasi, pengajaran dan pembelajaran KPM.

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN

Melaksanakan dasar pendidikan melalui perancangan, penyelarasan, pemantauan dan pengurusan


 Pengurusan program dan pengoperasian persekolahan
 Pengurusan Hal Ehwal Murid
 Penempatan dan pertukaran guru

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Fungsi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh:

 Merancang dan menterjemah Dasar Pendidikan Kebangsaan di Sekolah Berasrama Penuh;


 Merancang dan menerajui pengurusan pendidikan dan perkhidmatan profesional berkualiti;
 Merancang dan menerajui Sekolah Berasrama Penuh dalam melestarikan kecemerlangan setaraf pendidikan global;

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

 Pembangunan Dasar Sumber Manusia


 Pembangunan Organisasi
 Pembangunan Latihan dan Kompetensi

BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN

 Menerajui perancangan, pengurusan dan penggubalan dasar pendidikan makro, urusan hal ehwal Parlimen dan menguruskan pendaftaran
institusi pendidikan kerajaan dan bantuan kerajaan.
 Merancang, menyelaras dan mengesan kemajuan program pembangunan pendidikan menerusi program bantuan pelbagai hala, program
kerjasama serantau dan penyediaan unjuran guru serta memperkasakan modal insan
 Merancang dan melaksanakan penyelidikan dasar, program dan aktiviti pendidikan bagi tujuan perancangan pembangunan pendidikan dan
penggubalan dasar pendidikan.
BAHAGIAN PEROLEHAN

 Merancang dan menguruskan perolehan bekalan dan perkhidmatan bagi keperluan pendidikan merangkumi Bahagian/ Jabatan/ Agensi di
bawah Kementerian.
 Merangka dasar perolehan KPM selari dengan keperluan pendidikan Negara.
 Bertindak sebagai ‘focal point’ di dalam tadbir urus perolehan di peringkat KPM.

BAHAGIAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

 Menerajui pembangunan Pelan Induk Perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi berdasarkan dasar sedia ada dan baharu di KPM.
 Mengetuai operasi penyampaian Perkhidmatan kaunseling dan psikologi dalam aspek pembangunan, pencegahan dan pemulihan (3P) bagi
memastikan objektif yang ditetapkan tercapai.
 Mengetuai dan melaksanakan Pelan Induk Kompetensi Dan Kualiti Kaunselor Pendidikan KPM.

BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN

 Mentadbir urus Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian.


 Menggubal dasar mikro pembangunan sukan, kokurikulum dan kesenian.
 Merancang, mengurus, menyelia dan menilai pelaksanaan program sukan, kokurikulum

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

 Merancang, mengurus, memantau dan menilai keperluan dasar serta kualiti sumber dan teknologi Pendidikan

 Merancang dan mengurus penghasilan buku teks sekolah rendah dan menengah

 Merancang, mengurus, menyelaras dan memantau skim pinjaman buku teks

You might also like