You are on page 1of 5

SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH

1. Merancang dan memantau pengurusan dan pentadbiran pengoperasian


sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta.
2. Menyelia urusan pendaftaran sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta
baharu.
3. Menyemak dan menentusahkan data operasi pengurusan sekolah (sekolah,
guru, murid) bagi sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta.
4. Menyemak dan menentusahkan pendaftaran PIBG di sekolah kerajaan,
bantuan kerajaan dan swasta.
5. Merancang keperluan latihan bagi kepimpinan sekolah dengan penyedia
latihan profesional.
6. Menyemak dan menentusahkan keperluan, penempatan dan pertukaran guru.
7. Menyemak dan menentusahkan penempatan dan pertukaran pemimpin
sekolah (GPK dan PGB) dalam negeri.
8. Menyemak dan menentusahkan pendaftaran dan pertukaran murid antara
daerah dalam negeri bagi sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta.
9. Mengesah dan meluluskan pendaftaran murid bukan warganegara dan murid
tanpa dokumen di sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta.
10. Melaksanakan bimbingan dan sokongan profesional kepada sekolah.
11. Menyelia pengurusan perhubungan dan pendaftaran.
12. Merancang dan melaksana kerjasama dengan pihak berkepentingan dalam
mengoptimumkan potensi diri murid.
UNIT PRA SEKOLAH & RENDAH / MENENGAH & TINGKATAN 6

1. Menyelaras dan melaksanakan pengurusan dan pentadbiran pengoperasian


sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta:
a) Prasekolah;
b) Rendah;
c) Menengah; dan
d) Tingkatan 6.
2. Menyelaras dan melaksanakan pendaftaran sekolah baharu di sekolah
kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta.
3. Menyelaras pelaksanaan latihan bagi kepimpinan sekolah dengan penyedia
latihan.
4. Melaksanakan penempatan dan pertukaran guru dalam negeri di bawah
kawalan JPN. (Termasuk pendidikan khas dan pendidikan Islam).
5. Menyelaras pengurusan pemilihan pemimpin sekolah.
6. Mengumpul dan menganalisis data operasi pengurusan sekolah dalam negeri.
7. Mengurus pelaksanaan pendaftaran PIBG dalam negeri.
8. Membimbing dan memberi sokongan kepada PPD dalam aspek pengurusan
sekolah.
9. Melaksanakan pengurusan perhubungan dan pendaftaran.
10. Melaksanakan urusan perhubungan serta pelibatan ibu bapa, komuniti dan
swasta.
UNIT PENDIDIKAN SWASTA

1. Mengendalikan pendaftaran penubuhan Institusi Pendidikan Swasta (IPS)


melalui libat urus di peringkat negeri yang dipengerusikan oleh Pengarah.
2. Menyediakan laporan pemeriksaan dalam proses pendaftaran IPS.
3. Meneliti permohonan dan meluluskan permit guru IPS dalam sistem.
4. Menyelaras pengumpulan data pengoperasian IPS dan pusat bimbingan
alternatif (PBA).
5. Membuat verifikasi ke atas PBA.
6. Membuat pemeriksaan dan naziran ke atas tahap pematuhan IPS kepada
standard kualiti yang telah ditetapkan.
7. Membuat pemeriksaan dan naziran ke atas tahap pematuhan IPS kepada
standard kualiti untuk mendapat lesen KDN.
8. Menyemak dan mengesahkan kertas siasatan bagi tujuan tindakan
perundangan.
9. Mengurus dan mengenakan tindakan pengkompaunan.
10. Merancang pelaksanaan Private Public Partnership (PPP) dan menyelaraskan
maklumat / data peringkat negeri.
UNIT SEKOLAH JENIS KHAS

1. Merancang, menyelaras, memantau dan menilai keberkesanan program-


program utama di sekolah cemerlang, Sekolah Dalam Hospital, Sekolah Henry
Gurney dan Sekolah Integriti.
2. Merancang, menyelaras, memantau dan menilai keberkesanan pengoperasian
sekolah-sekolah program khas dalam negeri. (K9, Sekolah Model Khas,
Sekolah Amanah).
SCHOOL IMPROVEMENT PARTNERS (SIPartners+)

1. Membimbing dan memberi sokongan dalam membangunkan pemimpin


sekolah (Senior Leader Team, SLT) dalam keseluruhan aspek kepemimpinan
dan pengurusan organisasi sekolah;
2. Memberi khidmat nasihat kepada pemimpin sekolah (SLT) mengenai program/
intervensi yang sesuai berkaitan hal ehwal murid untuk dilaksanakan mengikut
keperluan;
3. Menganalisis dan melaporkan pencapaian sekolah dalam memantau kemajuan
dan pencapaian murid serta keberkesanan intervensi;
4. Melaksana program bimbingan dan latihan peningkatan profesionalisme
keguruan dalam daerah melalui Perkembangan Profesionalime Berterusan
(CPD) dan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC);
5. memberi khidmat nasihat mengenai pelan penggantian dan pembangunan
kapasiti; dan
6. membimbing perkongsian amalan terbaik mengikut keperluan sekolah.

You might also like