You are on page 1of 5

TEKS UCAPAN

Yang Berusaha Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak


Sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
Peringkat Bahagian Limbang 2014 di SMK.Merapok,Lawas..
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Menjulang
Pendidikan Negeri Sarawak. Fly Kenyalang Fly..Fly High..
1. Alhamdullillah bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T
kerana dengan limpah kunia dan inayah-Nya jua maka kita
dapat bersama sama dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang (APC) 2014 Peringkat Bahagian Limbang yang
diadakan di SMK.Merapok, Lawas pada petang ini.
2. Terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak terima
kasih kepada Pengerusi serta Ahli Jawatankuasa Pengelola
kerana menjemput saya untuk hadir dan seterusnya
menyempurnakan majlis penuh bermakna pada petang ini.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak pengelola
serta seluruh warga kerjanya kerana berjaya mengelolakan
majlis APC pada petang ini.
Tuan-tuan, puan-puan hadirin yang dihormati.
3. Sebagaimana kita sedia maklum Kementerian kita
sentiasa menitikberatkan pengurusan kerja dan budaya
kerja cemerlang selaras dengan aspirasi yang terkandung
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM
2013-2025). Peranan yang dipertanggungjawabkan kepada
Pejabat Pendidikan Daerah semakin mencabar dalam
tahun-tahun mendatang. Dalam Gelombang 1(2013-2015)
1

PPD
dituntut
untuk
menyediakan
asas
kepada
penambahbaikan sistem dan menyokong guru serta
memberi tumpuan kepada kemahiran utama. Warga
pendidik adalah barisan hadapan yang menjadi agen utama
transformasi pendidikan negara. Justeru, pembangunan
kompetensi para guru menjadi keutamaan kementerian dan
jabatan kita dan perlu dilaksanakan dengan berkesan.
4. Sesungguhnya, majlis APC ini merupakan salah satu
aktiviti tahunan yang penting dan bermakna bukan saja
kepada penerima anugerah malah seluruh warga pendidikan
di Bahagian Limbang. Ini merupakan satu pengiktirafan dan
penghargaan kepada warga organisasi yang telah
menunjukkan prestasi dan kualiti kerja yang cemerlang.
5. Saya dimaklumkan bahawa, seramai 173 orang peserta
akan menerima anugerah perkhidmatan cemerlang
berdasarkan prestasi yang telah ditunjukkan sepanjang
tahun 2014. Justeru, saya ingin mengucapkan tahniah dan
syabas kepada mereka yang menjadi bench mark pekerja
contoh dan mereka ini hendaklah sentiasa berusaha
mengekalkan prestasi kerja. Bagi mereka yang tidak terpilih
sebagai penerima APC, janganlah berputus asa. Jadikan ia
sebagai satu cabaran untuk memuhasabahkan diri,
melipatgandakan usaha untuk meningkatkan kreativiti,
produktiviti dan kualiti dari segi keberhasilan kerja.
6. Selain itu, pertemuan kita pada majlis ini merupakan
satu wadah untuk berinteraksi dan membuat introspeksi
kendiri. Justeru membuka ruang untuk warga organisasi
pendidikan merenung sejenak ke dalam diri sendiri,
memikirkan apakah kita sudah melaksanakan amanah dan
tanggungjawab untuk memaknakan transformasi pendidikan
2

kepada anak didik kita di sekolah supaya mampu berdepan


dengan cabaran masa depan yang kompleks. Adakah kita
sebagai penjawat awam sudah bersedia untuk melakukan
perubahan dalam cara kita bekerja, mampu melonjakkan
dan memperkasa diri mendepani kecemerlangan prestasi
samaada berkaitan dengan proses, sistem dan prosedur
kerja yang diamanahkan.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati.
7. Dalam usaha kita menghadapi era globalisasi, peranan
dan tanggugjawab institusi pendidikan di semua peringkat
sekolah adalah amat penting bagi menyediakan pelajar yang
berwibawa dan mempunyai semangat kental untuk
menghadapi dunia masa hadapan yang penuh dengan
cabaran dan pancaroba. Usaha yang terancang, terkawal
dan berterusan berasaskan panduan ilmu, pembelajaran
yang sempurna amat penting ke arah menjana dan
mencerna pelajar yang berpengetahuan tinggi berakhlak
mulia serta mampu memberi sumbangan ke arah membina
negara bangsa.
8. Sesungguhnya, kita telah sama-sama melalui pelbagai
kejayaan dalam program transformasi pendidikan samaada
di peringkat negeri mahupun di peringkat daerah.Kejayaan
yang dicapai mencerminkan wujudnya penambahbaikan
yang berterusan dengan mengintergrasikan elemen budaya
pembelajaran berterusan, kreativiti , inovatif dan berintergriti.
9. Sehubungan itu, saya ingin menyeru agar warga
pendidikan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan
keupayaan diri dalam bidang masing-masing, kerana
pengetahuan dan kaedah melaksanakan sesuatu tugas
akan cepat menjadi lapuk hasil daripada perubahan
3

teknologi yang pantas. Peningkatan kompetensi dan


pembangunan diri setiap warga organisasi merupakan satu
kemestian,kerana masih terdapat banyak cabaran dan
halangan yang perlu ditempuhi dalam merealisasikan visi
dan misi Jabatan kita. Namun begitu, dengan komitmen
yang padu daripada seluruh warga pendidikan, halangan
dan cabaran akan dapat kita atasi dan mampu menjadikan
Jabatan kita antara organisasi yang terunggul.
10. Akhirnya, saya mengambil kesempatan ini untuk
merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua
penerima anugerah perkhidmatan cemerlang pada petang
ini. Sama-samalah kita mencontohi jasa dan bakti yang telah
mereka curahkan demi membangunkan anak bangsa dan
generasi masa hadapan. Khidmat bakti mereka tidak
mungkin terbalas dengan wang ringgit dan harta dunia.
Semoga penerima-penerima anugerah dan warga yang
diraikan ini akan menjadi ikon teladan kepada kita semua.
11. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada Pengerusi
serta seluruh ahli jawatankuasa kerja, kerana berjaya
menganjurkan majlis anugerah perkhidmatan cemerlang
pada kali ini dengan jaya dan penuh makna.
Sekian.Wabillahitaufik Walhidayah.
Wassalamuallaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

You might also like