You are on page 1of 3

Kepada : Semua Waris Murid Prasekolah, Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi, 06200 Kepala Batas, Kedah Darul Aman.

25 Julai 2011

Tuan, LAWATAN ILMIAH MURID-MURID PRASEKOLAH Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa lawatan ilmiah murid-murid prasekolah akan diadakan seperti

ketetapan berikut: Tarikh Masa Tempat Bayaran 3. : 28 Julai 2011 (Khamis) : 7.45 pagi - 2.00 petang : i. Pusat Ekuin Darul Aman Park ii. KFC Jitra (Berhampiran dengan YAWATA) : RM

Sehubungan dengan itu, sekiranya tuan membenarkan anak tuan menyertai lawatan ini, sila isi pada

surat kebenaran waris dan kembalikan kepada guru prasekolah beserta dengan bayaran RM atau sebelum 27 Julai 2011. 4.

Pihak sekolah turut mengalukan-alukan ibu bapa / waris untuk turut serta dalam lawatan ilmiah ini akan dikenakan bagi setiap seorang waris yang menyertai lawatan.

dan bayaran sebanyak RM

Dimaklumkan bahawa tempat waris adalah terhad. Bagi ibu bapa / waris yang ingin turut serta perlu membuat pengesahan penyertaan selewat-lewatnya pada 27 Julai 2011 beserta bayaran. 5. Sekiranya anak tuan menyertai lawatan ini, sila pastikan anak tuan berada di sekolah tepat jam

7.45 pagi dan menjemput semula anak tuan pada pukul 2.00 petang. Pastikan anak tuan memakai t-shirt prasekolah beserta dengan kasut sekolah. Makanan akan disediakan oleh pihak sekolah.

Sekian, harap maklum.

( DALINA BINTI ZAINAL ABIDIN ) Guru Prasekolah, Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi.

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TINGGI 06200 KEPALA BATAS KEDAH DARUL AMAN

SURAT KEBENARAN WARIS Maklumat bapa / ibu / penjaga : Nama : Alamat Rumah : Maklumat pelajar : Nama : __________________________________________________ Alamat Sekolah : Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi No. Tel Sekolah : 04-7143353 Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa anak tuan / puan telah dipilih untuk menyertai Lawatan Ilmiah Prasekolah bertempat di Pusat Ladang Kuda, Jitra pada 28 Julai 2011 iaitu selama satu hari. Saya difahamkan bahawa di dalam aktiviti ini guru juga terlibat sebagai salah seorang pegawai pasukan. Soal keselamatan dan disiplin sentiasa diberi perhatian sewajarnya oleh guru-guru yang telah diamanahkan. Saya akan memberi kerjasama kepada pihak sekolah dan sedia maklum bahawa sekolah akan mengambil langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya seperti mendapatkan rawatan atau bantuan kecemasan sepanjang aktiviti ini. Saya juga mengaku tidak akan mengambil segala langkah undang-undang atau mahkamah terhadap pihak penganjur atau wakilnya sekiranya apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku terhadap anak / jagaan saya yang di luar bidang kuasa dan jangkaan. No. KP/SB : _______________ Tahun : Prasekolah No. KP :__________________ No. Tel Rumah : ___________

Yang benar,

( Tandatangan bapa / ibu / penjaga )

Tarikh : ;

Disahkan oleh,

. Tandatangan Guru Besar dan Cop Rasmi

Tarikh :..

Catatan : Hendaklah diisi dalam dua salinan. Satu salinan disimpan oleh bapa / ibu / penjaga

SURAT PENGESAHAN PENYERTAAN

Di sini, saya memaklumkan bahawa saya ____________________________________________ No.Kad Pengenalan ____________________ ibu bapa / waris kepada __________________________________ (TURUT SERTA / TIDAK AKAN TURUT SERTA ) dalam Lawatan Ilmiah Prasekolah pada 28 Julai 2011 beserta RM __________ .

SURAT PENGESAHAN PENYERTAAN

Di sini, saya memaklumkan bahawa saya ____________________________________________ No.Kad Pengenalan ____________________ ibu bapa / waris kepada __________________________________ (TURUT SERTA / TIDAK AKAN TURUT SERTA ) dalam Lawatan Ilmiah Prasekolah pada 28 Julai 2011 beserta RM __________ .

SURAT PENGESAHAN PENYERTAAN

Di sini, saya memaklumkan bahawa saya ____________________________________________ No.Kad Pengenalan ____________________ ibu bapa / waris kepada __________________________________ (TURUT SERTA / TIDAK AKAN TURUT SERTA ) dalam Lawatan Ilmiah Prasekolah pada 28 Julai 2011 beserta RM __________ .

You might also like