You are on page 1of 2

KATA ALU-ALUAN

YANG DIPERTUA PIBG


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana sidang redaksi PERINTIS
berjaya menerbitkan majalah edisi ke-57 ini. Penerbitan PERINTIS sangat
bermakna buat semua warga sekolah serta PIBG Sekolah Tuanku Abdul Rahman
kerana majalah ini ialah gambaran kerjasama dan usaha gigih ahli sidang redaksi
dan guru-guru yang amat komited dengan tugas. Syabas dan tahniah saya ucapkan
untuk warga STAR.
Pengiktirafan STAR sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi merupakan
manifestasi usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melahirkan modal insan
bertaraf dunia. Lakaran kejayaan demi kejayaan yang dicapai sepanjang tahun
2014 khususnya dalam program pengantarabangsaan yang ditunjukkan oleh
Pasukan Wind Orchestra dan pasukan ragbi STAR sangat membanggakan pihak
PIBG. PIBG sangat yakin bahawa pencapaian ini dapat menjadi pencetus
semangat kepada pelajar-pelajar untuk terus mengekalkan kecemerlangan STAR
dalam bidang akademik terutamanya dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
2014. Oleh itu, pelajar-pelajar hendaklah sentiasa peka dengan perubahan arus
pendidikan kini yang banyak membuka ruang dan peluang untuk mereka
mengembangkan potensi diri, dan kemahiran khususnya kemahiran
komunikasi ,kemahiran teknologi maklumat dan kemahiran berfikir aras
tinggi(KBAT).
PIBG sentiasa berusaha merancang dan melaksanakan program-program
terbaik ke arah peningkatan prestasi akademik para pelajar STAR justeru
kerjasama padu antara PIBG dan warga STAR khususnya para pendidik
merupakan faktor utama memacu hasrat murni ini. Sumbangan dalam bentuk
kewangan dan kepakaran sentiasa terbuka kepada warga STAR kerana pihak PIBG
sangat yakin pelajar-pelajar STAR ialah generasi alaf baru yang terpilih dalam
menentukan masa depan negara. Pelajar-pelajar Sekolah Berasrama Penuh dapat
merealisasikan hasrat kerajaan yang termaktub dalam Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia 2013-2015 iaitu melahirkan modal insan yang dapat memacu
hasrat pembangunan negara pada peringkat global.

Akhir bicara, saya berharap majalah ini menjadi wacana penyampaian


maklumat terkini yang sentiasa menjadi rujukan pelajar-pelajar dan seluruh warga
Sekolah Tuanku Abdul Rahman. Saya mewakili PIBG STAR sekali lagi
merakamkan ucapan tahniah kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atas usaha gigih
menerbitkan majalah kebanggaan sekolah ini. Semoga usaha murni ini terus
mengharumkan nama Sekolah Tuanku Abdul Rahman di persada antarabangsa.
Sekian, terima kasih.

DR AMIRUL SHAH BIN MD. SHAHBUDIN

You might also like