You are on page 1of 6

TEKS UCAPAN

TALENTA 2022

UCAPAN PERASMIAN
MAJLIS TALENTA EMAS
PROGRAM PEMBANGUNAN ADAB DAN NILAI
SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH HULU SELANGOR
TEKS UCAPAN PERASMIAN MAJLIS TALENTA EMAS
PROGRAM PEMBANGUNAN ADAB DAN NILAI (PPADNI) SEKOLAH-SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR TAHUN 2022

Bismillahirrahmnirrahim
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Yang Berusaha
Encik Abdullah Bin Ramli
Ketua Penolong Pengarah
Unit Perancangan Pembangunan Pendidikan Islam,
Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Yang Berusaha
Encik Rozman Bin Baharudin,
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Perancangan Dan Dasar,
Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor,

Puan Noriha Binti Nordin


Pengetua Smk Bukit Sentosa 2
Merangkap Pengerusi Pengelola Sekolah Menengah PPADNI KPM
Daerah Hulu Selangor Tahun 2022

Encik Zaini Bin Mad Lazim


Guru Besar Sk Taman Bunga Raya 2,
Merangkap Pengerusi Pengelola Sekolah Rendah PPADNI KPM
Daerah Hulu Selangor Tahun 2022

1
Barisan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis Talenta Emas PPADNI
2022 Merupakan Ahli Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah (Pekdis)
Sekretariat Hulu Selangor ,

Barisan Pengetua Dan Guru Besar, Guru-Guru Penolong Kanan Sekolah


Sekolah Daerah Hulu Selangor.

Barisan Jurulatih Sekolah Dan Daerah, Serta Murid-Murid Yang Meraih


Kejayaan Dalam Ppadni 2022 Pada Hari Ini.

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT atas limpah rahmat dan
izin-Nya kita dapat bersama-sama pada Majlis Penutupan Pertandingan
Program Pembangunan Adab dan Nilai Sekolah-Sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia Peringkat Daerah Hulu Selangor tahun 2022.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Pelaksana


iaitu Unit Pendidikan Islam PPD Hulu Selangor dan Pekdis Sekretariat
Hulu Selangor atas undangan untuk saya hadir dan seterusnya
merasmikan majlis yang penuh bermakna ini.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Saya sangat yakin, penganjuran majlis ini bukan sekadar untuk meraikan
kejayaan anak-anak dalam acara yang dipertandingkan, tetapi yang
paling penting ialah melihat kepada mesej yang ingin disampaikan dan
penerimaannya kepada kita semua.

2
Penghayatan kepada isi kandungan ayat-ayat suci al-Quran melalui E-
Taranum dan e-hafazan, mesej-mesej yang ingin disampaikan melalui
Nyanyian Solo yang merdu dan nilai-nilai murni serta cara hidup Islam
yang disampaikan melalui pertandingan Daie Siber yang beraneka
rentak penampilan dan gayanya juga akan memberikan kita inspirasi dan
galakan untuk lebih mendekatkan diri dengan syariat Islam yang
sebenar.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Dalam usaha kita untuk menjadi sebuah negara maju dalam bidang
pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan, kerajaan komited
membangunkan modal insan yang cemerlang, berkualiti dan memiliki
sahsiah yang terpuji. Justeru itu, dalam konteks ini, pendidikan yang
berlandaskan kepada syariat Islam melalui al-Quran menjadi teras ke
arah melahirkan modal insan yang mampu memperkasa sesebuah
bangsa dan negara seterusnya mencapai kejayaan di dunia dan di
akhirat.

Generasi sekarang inilah yang akan memacu kemajuan dan kestabilan


politik, ekonomi dan sosiobudaya negara pada masa hadapan. Suka
saya nyatakan di sini, apabila harapan kerajaan ini difokuskan kepada
generasi sekarang ini, sudah tentu mereka yang diantaranya ialah anak-
anak yang berada di alam persekolahan ini yang akanmenjadi pemimpin
dan penggerak ke arah pembangunan seterusnya merealisasikan hasrat
wawasan negara dan ummah.

Justeru itu usaha yang berterusan perlu digerakkan mulai sekarang ke


arah meningkatkan kecemerlangan murid dalam pelbagai aspek dan

3
bidang berpaksikan al-Quran bagi mematangkan mereka mendepani
cabaran semasa dan mendatang.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi


penghargaan dan syabas kepada semua murid yang telah berjaya dalam
pertandingan kali ini. Dalam suasana pandemik covid 19 yang melanda
seluruh negara dan sekarang kita berada dalam fasa andemik, saya
difahamkan pelbagai cabaran terpaksa dilalui samada oleh peserta yang
mengambil bahagian mahupun pihak urus setia pertandingan serta para
hakim memandangkan semua pertandingan terpaksa dilaksanakan
secara dalam talian samada melalui rakaman mahu pun secara
langsung. Namun begitu alhamdulillah semua acara berjaya
dilaksanakan dengan sempurna.

Justeru, syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dan peserta
yang memenangi acara yang dipertandingkan. Mudahan ia menjadi
pembakar semangat untuk kejayaan yang lebih cemerlang pada masa
akan datang.

Untuk akhirnya, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini


merasmikan Majlis Talenta Emas Pertandingan Program Pembangunan
Adab dan Nilai Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia
Peringkat Daerah Hulu Selangor tahun 2022.

Sekian,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

4
En Mahmud bin Karim
Pengarah
Permai Unggul Enterprise

You might also like